Awas! Jalan-jalan Syaitan
Abu Numair Nawawi B. Subandi
www.ilmusunnah.com
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ (16) ثُمَّ لَآتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ وَلَا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ
“Iblis menjawab: “Oleh kerana Engkau telah menghukum aku sesat, maka aku benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian aku akan mendatangi mereka dari depan mereka, dari belakang mereka, dari kanan mereka, dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).” (Surah al-A’raaf, 7: 16-17)
Jabir B. ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhu berkata:
كُنَّا جُلُوسًا عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَخَطَّ خَطًّا هذا أَمَامَهُ فَقَالَ: هَذَا سَبِيلُ اللهِ عز وجل وخط خَطًّا عَنْ يَمِينِهِ وخط خَطًّا عَنْ شماله وقال هَذِهِ سَبِلُ الشَّيْطَانِ، مَّ وَضَعَ يَدَهُ فِي الْخَطِّ الْأَوْسَطِ، ثُمَّ تَلَا هَذِهِ الْآيَةَ
“Dahulu kami pernah duduk-duduk di sisi Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam lalu beliau membuat suatu garisan (lurus) seperti garisan ini di hadapannya. Lalu beliau bersabda:
“Ini adalah jalan Allah ‘Azza wa Jalla.”
Kemudian beliau membuat garis di sebelah kanannya dan membuat garis di sebelah kirinya lalu bersabda lagi:
“Ini adalah jalan-jalan Syaitan.” Kemudian beliau meletakkan tangannya di garisan yang tengah sambil membaca ayat ini:
وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Dan bahawa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan yang lain itu memecah-belahkan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertaqwa.” (Surah al-An’aam, 6: 153).” (Al-Albani, Dzilal al-Jannah, no. 16. Musnad Ahmad, no. 15277. Dinilai sahih oleh al-Albani)
Kata Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah:
وَإِذَا تَأَمَّلَ الْعَاقِلُ – الَّذِي يَرْجُو لِقَاءَ اللَّهِ – هَذَا الْمِثَالَ وَتَأَمَّلَ سَائِرَ الطَّوَائِفِ مِنْ الْخَوَارِجِ ثُمَّ الْمُعْتَزِلَةِ ثُمَّ الْجَهْمِيَّة وَالرَّافِضَةِ وَمَنْ أَقْرَبُ مِنْهُمْ إلَى السُّنَّةِ مِنْ أَهْلِ الْكَلَامِ مِثْلِ الكَرَّامِيَة والْكُلَّابِيَة وَالْأَشْعَرِيَّةِ وَغَيْرِهِمْ وَأَنَّ كُلًّا مِنْهُمْ لَهُ سَبِيلٌ يَخْرُجُ بِهِ عَمَّا عَلَيْهِ الصَّحَابَةُ وَأَهْلُ الْحَدِيثِ وَيَدَّعِي أَنَّ سَبِيلَهُ هُوَ الصَّوَابُ – وَجَدْت أَنَّهُمْ الْمُرَادُ بِهَذَا الْمِثَالِ الَّذِي ضَرَبَهُ الْمَعْصُومُ الَّذِي لَا يَتَكَلَّمُ عَنْ الْهَوَى. إنْ هُوَ إلَّا وَحْيٌ يُوحَى
“Apabila seseorang meneliti dengan pertimbangan yang benar, iaitu yang mengharapkan pertemuan dengan Allah, mereka meneliti perumpaman ini dan meneliti seluruh kelompok-kelompok dari kalangan al-khawarij, kemudian mu’tazilah, kemudian jahmiyah, dan orang-orang dari kalangan mereka yang lebih dekat ke arah sunnah dari kalangan ahli kalam seperti al-karamiyah, al-kullabiyah, al-asy’ariyah, dan selain mereka, bahawasanya setiap dari mereka memiliki jalan yang menyimpang keluar dari jalan yang ditempuh oleh para sahabat dan para ahli hadis, dan mereka menganggap bahawa jalan mereka adalah jalan yang paling benar.
Maka dengan itu akan kita dapati bahawa sebenarnya merekalah yang dimaksudkan dalam permisalan garisan (di kanan dan kiri) yang telah dibuat oleh al-Ma’shum Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, yang mana beliau tidaklah berbicara menuruti hawa nafsu, yang tiada lain melainkan wahyu yang diwahyukan kepadanya.” (Ibnu Taimiyah, Majmu’ al-Fatawa, 4/57)
Wallahu a’lam.