Antara Dusta Yang Besar
Dari hadis Abul Asqa’, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
إِنَّ مِنْ أَعْظَمِ الفِرَى أَنْ يَدَّعِيَ الرَّجُلُ إِلَى غَيْرِ أَبِيهِ، أَوْ يُرِيَ عَيْنَهُ مَا لَمْ تَرَ، أَوْ يَقُولُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا لَمْ يَقُلْ
“Sesungguhnya, di antara dusta yang besar adalah seseorang yang menasabkan dirinya kepada selain bapanya, atau mendakwa melihat sesuatu dalam mimpinya sedangkan dia tidak melihatnya, atau dia mengatakan sesuatu atas nama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sedangkan Rasulullah tidak mengatakannya.” (Shahih Al-Bukhari, no. 3509)
Penjelasan hadis:
في هذا الحديث: أن هذه الخصال الثلاث من أعظم الكذب لأن المنتسب إلى غير أبيه يدَّعي أن الله خلقه من ماء فلان، والكذب في الرؤيا كذب على الله، لأنها جزء من النبوة، وعن ابن عباس مرفوعًا:
من تحلم بحلم لم يره كُلف أن يعقد بين شعيرتين ولن يفعل.
والكذب على الرسول – صلى الله عليه وسلم – كذب في الدين.
وفي الحديث الصحيح عن النبي – صلى الله عليه وسلم: «من كذب علي متعمدًا فليتبوأ مقعده من النار.
Pada hadis ini terkandung penjelasan bahawa tiga perkara tersebut termasuk kedustaan yang sangat besar. Di antara sebabnya adalah; orang yang menasabkan dirinya kepada selain bapanya bermakna dia telah menyatakan bahawa Allah ‘Azza wa Jalla telah menciptakannya dari air mani si fulan yang dia nisbatkan tersebut.
Dusta dalam menceritakan mimpi boleh membawa makna dia berdusta kepada Allah, kerana mimpi merupakan tanda nubuwwah (kenabian). Dari hadis Ibn ‘Abbaas secara marfu’:
“Siapa yang menceritakan suatu mimpi sedangkan dia tidak memimpikannya, maka dia akan dibebani untuk duduk di antara dua biji barli dan dia tidak akan mampu melakukannya.”
Manakala berdusta atas nama Rasul Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, bermakna dia berbuat dusta atas nama agama. Sebagaimana dalam hadis sahih, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau bersabda:
“Siapa yang berdusta atas nama-ku dengan sengaja, maka hendaklah dia bersiap dengan tempat duduknya di Neraka.”
Sumber: Disarikan dari Tathrizu Riyadhish Shalihin, m/s. 511-512 oleh Asy-Syaikh Faishal bin Hammad Al-Mubarak rahimahullah.