Anjuran Bersedekah Setelah Solat Ied di Musholla
Abu Numair
www.ilmusunnah.com
Dari Ibnu ‘Abbas bahawa (beliau berkata):
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى يَوْمَ الفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُصَلِّ قَبْلَهَا وَلاَ بَعْدَهَا، ثُمَّ أَتَى النِّسَاءَ وَمَعَهُ بِلاَلٌ، فَأَمَرَهُنَّ بِالصَّدَقَةِ، فَجَعَلْنَ يُلْقِينَ تُلْقِي المَرْأَةُ خُرْصَهَا وَسِخَابَهَا
“Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam solat dua raka’at pada hari Al-Fithri tanpa didahulukan solat sebelumnya mahupun sesudahnya. Kemudian beliau bersama Bilal datang ke kaum wanita lalu memerintahkan mereka agar bersedekah. Maka mereka pun melemparkan sedekahnya seraya seorang wanita melemparkan anting-anting dan rantai lehernya.” (Shahih Al-Bukhari, no. 964)
Abu Sa’iid al-Khudri radhiyallahu ‘anhu berkata:
خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي أَضْحَى أَوْ فِطْرٍ إِلَى المُصَلَّى، فَمَرَّ عَلَى النِّسَاءِ، فَقَالَ: «يَا مَعْشَرَ النِّسَاءِ تَصَدَّقْنَ فَإِنِّي أُرِيتُكُنَّ أَكْثَرَ أَهْلِ النَّارِ» فَقُلْنَ: وَبِمَ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: «تُكْثِرْنَ اللَّعْنَ، وَتَكْفُرْنَ العَشِيرَ، مَا رَأَيْتُ مِنْ نَاقِصَاتِ عَقْلٍ وَدِينٍ أَذْهَبَ لِلُبِّ الرَّجُلِ الحَازِمِ مِنْ إِحْدَاكُنَّ»، قُلْنَ: وَمَا نُقْصَانُ دِينِنَا وَعَقْلِنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: «أَلَيْسَ شَهَادَةُ المَرْأَةِ مِثْلَ نِصْفِ شَهَادَةِ الرَّجُلِ» قُلْنَ: بَلَى، قَالَ: «فَذَلِكِ مِنْ نُقْصَانِ عَقْلِهَا، أَلَيْسَ إِذَا حَاضَتْ لَمْ تُصَلِّ وَلَمْ تَصُمْ» قُلْنَ: بَلَى، قَالَ: «فَذَلِكِ مِنْ نُقْصَانِ دِينِهَا»
Pada hari ‘Idul Adha atau Idul Fithri, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam keluar menuju ke musholla (kawasan lapang) untuk melaksanakan solat.
Setelah itu, beliau pun berkhutbah dan ketika melintasi kaum wanita, beliau bersabda:
“Wahai sekalian wanita, bersedekahlah kalian dan perbanyakkanlah istighfar (memohon keampunan) kerana benar-benar telah diperlihatkan kepadaku kebanyakan kalian adalah penghuni neraka.” Berkata salah seorang wanita:
“Apa sebabnya kami menjadi kebanyakan dari penghuni neraka wahai Rasulullah?” Beliau menjawab:
“Kalian banyak melaknat dan mengkufuri kebaikan suami. Aku belum pernah melihat orang yang kurang akal dan agamanya namun dapat menundukkan lelaki yang memiliki akal yang sempurna berbanding kalian.” Wanita itu bertanya lagi:
“Wahai Rasulullah, apa yang dimaksudkan dengan kurang akal dan kurang agama?” Jawab Rasulullah:
“Bukankah kesaksian kalian itu hanya setengah berbanding lelaki?” Mereka jawab, “Benar.” Rasulullah berkata, “Itulah salah satu contoh kurangnya akal. Dan bukankah jika kalian haidh, kalian tidak berpuasa dan tidak solat?”
Mereka pun menjawab, “Benar.” Rasulullah pun berkata, “Itulah sebahagian dari kurangnya agama.” (Shahih Al-Bukhari, no. 304. Muslim, no. 79)
Imam Ibnu Khuzaimah rahimahullah (Wafat: 311H) membuat bab dalam kitab Shahihnya:
باب الأمر بالصدقة وما ينوب الإمام من أمر الرغبة في خطبة العيد
“Perintah Bersedekah dan Pesan yang Disampaikan Imam dalam Khuthbah ‘Ied.” (Shahih Ibnu Khuzaimah, 2/350)
Juga:
باب ذكر عظة الإمام النساء وتذكيره إياهن وأمره إياهن بالصدقة بعد خطبة العيدين
“Bab nasihat dan peringatan Imam kepada kaum wanita serta perintah agar mereka bersedekah setelah khuthbah dua ‘Ied.” (Shahih Ibnu Khuzaimah, 2/356)
Wallaahu a’lam.