Amalan-amalan Sunnah Di Bulan Dzulhijjah dan Keutamaannya
Di antara waktu yang paling utama dan sangat dianjurkan untuk menggandakan ibadah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala adalah di waktu datangnya bulan Dzulhijjah, khasnya pada sepuluh hari-harinya yang pertama. Yang dikatakan sebagai hari-hari terbaik dalam jajaran hari-hari yang ada dalam kehidupan di dunia.
Terdapat pelbagai amalan sunnah yang dianjurkan padanya, dan terdapat pula pelbagai keutamaan padanya.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ
“Demi waktu fajar, dan demi malam yang sepuluh.” (Surah Al-Fajr, 89: 1-2)
Ramai dari kalangan ahli tafsir menjelaskan makna “malam yang sepuluh” dalam ayat ini adalah sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah, dan apabila Allah Subhanahu wa Ta’ala bersumpah dengannya di sini menunjukkan sisi keutamaannya.
Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) menyebutkan:
والليالي العشر: المراد بها عشر ذي الحجة. كما قاله ابن عباس، وابن الزبير، ومجاهد، وغير واحد من السلف والخلف
“Sepuluh malam yang dimaksud dalam ayat ini adalah sepuluh hari pertama di bulan Dzulhijjah. Ini adalah sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnu ‘Abbas, Ibnu Az-Zubair, Mujahid dan selainnya yang bukan seorang dari kalangan salaf dan kholaf.” (Tafsir Ibnu Katsir, 8/390. Fath Al-Bari, 6/365)
Kemudian Al-Hafiz Ibnu Katsir mensahihkan pendapat ini. (lihat: Tafsir Ibnu Katsir, 8/391)
Ibnu Rajab Al-Hanbali rahimahullah (Wafat: 795H) menyebutkan:
وقال مسروق في قوله تعالى: {وَلَيَالٍ عَشْرٍ} [الفجر:2] هي أفضل أيام السنة خرجه عبد الرزاق وغيره وأيضا فأيام هذا العشر يشتمل على يوم عرفة وقد روي أنه أفضل أيام الدنيا كما جاء في حديث جابر الذي ذكرناه وفيه يوم النحر وفي حديث عبد الله بن قرط عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: ” أَعْظَمُ الأَيَّامِ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمُ النَّحْرِ ثُمَّ يَوْمُ الْقَرِّ” خرجه الإمام أحمد وأبو دواد وغيرهما وهذا كله يدل على أن عشر ذي الحجة أفضل من غيره من الأيام من غير استثناء هذا في أيامه.
“Masruq berkata tentang firman Allah Ta’ala, “… dan demi malam yang sepuluh.”
Ia adalah hari-hari yang paling afdhal (utama) dalam setahun. Diriwayatkan oleh ‘Abdurrazzaq dan selainnya.
Di samping itu juga, maka termasuklah 10 hari di sini adalah hari ‘Arafah. Dan telah diriwayatkan bahawa hari ‘Arafah adalah hari yang paling afdhal (utama) dari hari-hari di dunia sebagaimana yang telah disebutkan dalam hadis Jaabir….
Dan termasuk dalam 10 hari ini adalah hari An-Nahr (hari menyembelih, ‘Iedul Adh-ha) sebagaimana pada hadis ‘Abdullah bin Qurth bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Hari yang paling agung di sisi Allah adalah hari An-Nahr (‘Iedul Adh-ha) kemudian hari Al-Qarr (hari Tasyriq pertama, hari menetap di Mina bagi jama’ah haji).”
Diriwayatkan oleh Al-Imam Ahmad, Abu Dawud, dan selainnya.
Dan ini semua menunjukkan keutamaan 10 hari pertama di bulan Dzulhijjah berbanding hari-hari yang lainnya tanpa pengecualian.” (Lathaif Al-Ma’arif, m/s. 267)
Bulan Dzulhijjah adalah salah satu bulan dari bulan-bulan haram, yakni sebagaimana hadis dari Abu Bakrah radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
الزَّمَانُ قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ثَلَاثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ ذُو الْقَعْدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ وَالْمُحَرَّمُ وَرَجَبُ مُضَرَ الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ
“Waktu itu telah berputar sebagaimana biasa sejak Allah menciptakan langit dan bumi. Satu tahun ada 12 bulan, di antara 12 bulan tersebut ada 4 bulan haram; 3 bulan datang berturut-turut, iaitu Dzulqa’dah, Dzulhijjah, Muharram, dan satu lagi adalah Rajab yang terletak di antara bulan Jumadil (Akhir) dan Sya’ban.” (Shahih Al-Bukhari, no. 3197)
Al-Hafiz Ibn Rajab Al-Hanbali berkata:
قال علي بن أبي طلحة عن ابن عباس: اختص الله أربعة أشهر جعلهن حرما وعظم حرماتهن وجعل الذنب فيهن أعظم وجعل العمل الصالح والأجر أعظم
“Berkata ‘Ali bin Abu Thalhah dari Ibn ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, “Allah mengkhususkan empat bulan ini dan menjadikannya sebagai bulan haram disebabkan ada dua perkara yang besar di dalamnya, iaitu Allah menjadikan dosa-dosa yang dilakukan pada bulan tersebut lebih berat dan menjadikan amal-amal soleh serta pahala pada bulan tersebut lebih besar.” (Lathaa’if Al-Ma’aarif, m/s. 115)
Kata beliau juga:
وما تقدم عن كعب يدل على أن شهر ذي الحجة أفضل الأشهر الحرم الأربعة وكذا قال سعيد بن جبير راوي الحديث عن ابن عباس “ما من الشهور أعظم حرمة من ذي الحجة”. وفي مسند البزار عن أبي سعيد الخدري عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: “سيد الشهور رمضان وأعظمها حرمة ذو الحجة” وفي إسناد ضعف. وفي مسند الإمام أحمد عن أبي سعيد الخدري أيضا أن النبي صلى الله عليه وسلم قال في حجة الوداع في خطبته يوم النحر “ألا إن أحرم الأيام يومكم هذا ألا وإن أحرم الشهور شهركم هذا ألا وإن أحرم البلاد بلدكم هذا”. رورى ذلك أيضا عن جابر ووابصة بن معبد ونبيط بن شريط وغيرهم عن النبي صلى الله عليه وسلم وهذا كله يدل على أن شهر ذي الحجة أفضل الأشهر الحرم حيث كان أشدها حرمة وقد روى عن الحسن أن أفضلها المحرم وسنذكره عند ذكر شهر المحرم إن شاء الله تعالى. وأما من قال أفضلها رجب فقوله مردود.
“Dan telah disebutkan dari hadis Ka’ab yang menunjukkan atas keutamaan bulan Dzulhijjah itu lebih utama berbanding bulan-bulan haram yang empat. Dan demikian pula dari Sa’id bin Jubair, dari Ibnu ‘Abbas:
“Tidak ada bulan-bulan yang lebih agung berbanding Dzulhijjah.”
Dan di Musnad Al-Bazzar dari hadis Sa’id Al-Khudri, bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Penghulu bulan-bulan (dalam setahun) adalah Ramadhan, dan yang paling agung kehormatannya adalah Dzulhijjah.”
Namun pada isnadnya dha’if.
Dan di Musnad Al-Imam Ahmad dari Abu Sa’id Al-Khudri juga, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda ketika Haji Wada’ dalam khuthbahnya di hari An-Nahr:
“Ketahuilah bahawa hari yang paling haram (lagi dihormati) adalah hari kalian ini, ketahuilah bahawa bulan yang paling haram adalah adalah bulan kalian ini, dan ketahuilah bahawa negeri yang paling haram adalah negeri kalian ini (Makkah).”
Diriwayatkan juga dari Jaabir, Wabishah bin Ma’bad, Nabith bin Syarith, dan selain mereka dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.
Dan ini semua menunjukkan bahawa bulan Dzulhijjah adalah bulan haram yang paling utama, yang paling besar kehormatannya.” (Lathaa’if Al-Ma’aarif, m/s. 267-268)
Untuk lebih lanjut tentang bulan-bulan haram, sila lihat artikel dengan judul, Keutamaan Bulan-bulan Haram Dalam Islam.
Dari hadis Abu Bakrah radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
شَهْرَانِ لاَ يَنْقُصَانِ، شَهْرَا عِيدٍ: رَمَضَانُ، وَذُو الحَجَّةِ
“Dua bulan yang tiada kekurangan (dari sisi keutamaan dan ganjaran pahalanya) adalah dua bulan ‘Ied; (yakni) Ramadhan dan Dzulhijjah.” (Shahih Al-Bukhari, no. 1912. Muslim, no. 1089)
Dalam hadis dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ؟ قَالَ: وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ
“Tidak ada hari-hari (yang lebih utama) di mana amal-amal soleh yang dilakukan pada hari-hari tersebut lebih dicintai Allah berbanding hari-hari ini, iaitu 10 hari pertama di bulan Dzulhijjah.”
Para sahabat bertanya:
“Wahai Rasulullah, tidak juga jihad di jalan Allah?”
Jawab Rasulullah:
“Tidak jihad di jalan Allah, melainkan jika orang tersebut berangkat jihad dengan dirinya dan hartanya, lalu dia tidak kembali dengan sesuatu apa pun (iaitu: mati sebagai syahid).” (Shahih Al-Bukhari, no. 969. Sunan Abi Dawud, no. 2438. Sunan At-Tirmidzi, no. 757)
Dalam lafaz di Sunan Ad-Darimi:
مَا الْعَمَلُ، فِي أَيَّامٍ أَفْضَلَ مِنَ الْعَمَلِ فِي عَشْرِ ذِي الْحِجَّةِ
“Tidak ada amalan pada hari-hari (tertentu) yang lebih afdhal (utama) berbanding amal-amal pada 10 hari bulan Dzulhijjah….” (Sunan Ad-Darimi, no. 1814)
Dari hadis Jaabir, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
مَا مِنْ أَيَّامٍ أَفْضَلُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ أَيَّامِ عَشْرِ ذِي الْحِجَّةِ»، قَالَ: فَقَالَ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، هُنَّ أَفْضَلُ أَمْ عِدَّتُهُنَّ جِهَادًا فِي سَبِيلِ اللَّهِ، قَالَ: «هُنَّ أَفْضَلُ مِنْ عِدَّتِهِنَّ جِهَادًا فِي سَبِيلِ اللَّهِ، وَمَا مِنْ يوْمٍ أَفْضَلُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ يوْمِ عَرَفَةَ يَنْزِلُ اللَّهُ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيُبَاهِي بِأَهْلِ الْأَرْضِ أَهْلَ السَّمَاءِ، فَيَقُولُ: انْظُرُوا إِلَى عِبَادِي شُعْثًا غُبْرًا ضَاحِينَ جَاءُوا مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ يَرْجُونَ رَحْمَتِي، وَلَمْ يَرَوْا عَذَابِي، فَلَمْ يُرَ يَوْمٌ أَكْثَرُ عِتْقًا مِنَ النَّارِ مِنْ يوْمِ عَرَفَةَ
“Tidak ada hari yang lebih utama di sisi Allah berbanding sepuluh hari pertama di bulan Dzulhijjah.”
Seorang lelaki berkata, “Wahai Rasulullah, mana yang lebih utama, sepuluh hari tersebut ataukah berjihad di jalan Allah selama sepuluh hari?”
Beliau Shallallahau ‘alaihi wa Sallam pun bersabda:
“Sepuluh hari tersebut lebih utama dibandingkan berjihad selama sepuluh hari. Dan tidak ada hari yang lebih utama di sisi Allah berbanding hari ‘Arafah. (Pada hari tersebut) Allah turun ke langit dunia seraya berbangga-bangga dengan penduduk bumi di hadapan penduduk langit.
Lalu Allah berfirman: “Lihatlah kepada para hamba-hamba-Ku yang keadaannya kusut-masai, berdebu, dan berkorban datang dari setiap pelusuk negeri mengharapkan rahmat-Ku, dan tidak menghiraukan adzab-Ku. Tidaklah mereka melihat hari yang lebih banyak dibebaskan dari Neraka berbanding hari ‘Arafah.” (Shahih Ibnu Hibban, no. 3853)
Dalam riwayat yang lain:
مَا مِنْ عَمَلٍ أَزْكَى عِنْدَ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَلَا أَعْظَمَ أَجْرًا مِنْ خَيْرٍ يَعْمَلُهُ فِي عَشْرِ الْأَضْحَى
“Tidak ada amalan yang lebih suci dan lebih besar pahalanya di sisi Allah ‘Azza wa Jalla berbanding kebaikan yang dilakukan pada 10 hari menjelang Al-Adh-ha….” (Sunan Ad-Darimi, no. 1815. Syu’ab Al-Iman oleh Al-Baihaqi, no. 3476)
Yang dimaksudkan dengan hari yang 10 atau 10 hari pertama dalam bulan Dzulhijjah di sini adalah merangkumi hari-hari dalam bulan Dzulhijjah bermula dari 1 Dzulhijjah sampai habis hari-hari tasyriq (sebanyak 13 hari).
Kata Al-Imam Ibnu Qudamah rahimahullah (Wafat: 620H):
وَأَيَّامُ عَشْرِ ذِي الْحِجَّةِ كُلُّهَا شَرِيفَةٌ مُفَضَّلَةٌ يُضَاعَفُ الْعَمَلُ فِيهَا، وَيُسْتَحَبُّ الِاجْتِهَادُ فِي الْعِبَادَةِ فِيهَا؛ لِمَا رَوَى ابْنُ عَبَّاسٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: «مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهِنَّ أَحَبُّ إلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ
“Adalah 10 hari-hari pertama dari bulan Dzulhijjah itu seluruhnya adalah kemuliaan dan keutamaan, dilipatgandakan padanya (pahala) amalan-amalan, dan adalah sangat dianjurkan supaya bersungguh-sungguh beribadah pada waktu-waktu tersebut; berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas, bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: … (sebagaimana hadis-hadis di atas).” (Al-Mughni, 3/179)
Kata Al-Hafiz Ibnu Rajab Al-Hanbali rahimahullah (Wafat: 795H):
وقد دل هذا الحديث على أن العمل في أيامه أحب إلى الله من العمل في أيام الدنيا من غير استثناء شيء منها وإذا كان أحب إلى الله فهو أفضل عنده
“Bahawa hadis ini merupakan dalil yang menunjukkan bahawa beramal pada hari-hari tersebut (10 hari pertama di bulan Dzulhijjah) lebih dicintai oleh Allah berbanding beramal di hari-hari dunia yang lainnya tanpa pengecualian sedikitpun. Dan jika beramal pada hari-hari tersebut lebih dicintai oleh Allah, maka (ini menunjukkan) ia lebih afdhal (utama) di sisi-Nya.” (Latha’if Al-Ma’aarif, m/s. 260)
Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H):
والذي يظهر أن السبب في امتياز عشر ذي الحجة لمكان اجتماع أمهات العبادة فيه وهي الصلاة والصيام والصدقة والحج ولا يتأتى ذلك في غيره
“Dan yang zahir dan jelas bahawa sebab keistimewaan 10 hari pertama bulan Dzulhijjah adalah kerana padanya terkumpul sejumlah pokok-pokok (atau induk-induk) ibadah, dan ia berupa solat, puasa, sedekah, dan haji, yang mana ia tidak terdapat pada bulan-bulan selainnya.” (Fath Al-Bari, 2/460)
Dalil-dalil ini semua di samping banyak lagi dalil-dalil yang lain jelas menunjukkan keutamaan yang terkandung pada hari-hari di bulan Dzulhijjah dan keutamaan untuk menggandakan amal-amal soleh padanya, baik secara umum mahupun amal-amal secara khusus yang akan kami sebutkan.
Amalan-amalan Sunnah di Bulan Dzulhijjah
1, Mempertingkatkan kualiti ibadah fardhu, di samping menggandakan amalan-amalan sunnah,
Bersesuaian dengan statusnya sebagai salah satu dari 4 bulan haram (yang dihormati), yang mana amal-amal soleh sangat ditekankan padanya, dan tuntunan untuk meninggalkan dosa-dosa kerana keharamannya menjadi lebih besar. Selain kekhususan yang terkandung pada bulan Dzulhijjah itu sendiri sebagaimana telah datang dalil-dalilnya.
Al-Qadhi Abu Ya’la rahimahullah berkata:
والثاني لتعظيم انتهاك المحارم فيها أشد من تعظيمه في غيرها وكذلك تعظيم الطاعات فيها
“… Larangan dari melakukan perkara-perkara haram pada bulan tersebut adalah lebih ditekankan berbanding bulan-bulan yang lainnya disebabkan kemuliaan bulan itu. Demikian juga dengan amal ketaatan pada bulan tersebut, ianya lebih ditekankan berbanding bulan-bulan yang lainnya.” (Zaad Al-Masiir oleh Ibn Al-Jauzi, 3/432)
Kemudian berdasarkan hadis dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ؟ قَالَ: وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ
“Tidak ada hari-hari (yang lebih utama) di mana amal-amal soleh yang dilakukan pada hari-hari tersebut lebih dicintai Allah berbanding hari-hari ini, iaitu 10 hari pertama di bulan Dzulhijjah.”
Para sahabat bertanya:
“Wahai Rasulullah, tidak juga jihad di jalan Allah?”
Jawab Rasulullah:
“Tidak jihad di jalan Allah, melainkan jika orang tersebut berangkat jihad dengan dirinya dan hartanya, lalu dia tidak kembali dengan sesuatu apa pun (iaitu: mati sebagai syahid).” (Shahih Al-Bukhari, no. 969. Sunan Abi Dawud, no. 2438. At-Tirmidzi, no. 757)
2, Bersegera melaksanakan Haji bagi yang telah berkemampuan,
Pada bulan ini terdapat amalan khusus yang besar bagi kaum muslimin, yakni menunaikan haji di Makkah bagi yang telah berkemampuan. Adapun ibadah ‘umrah, ianya disyari’atkan dan boleh dilaksanakan sepanjang tahun.
Kemudian, menyatukan dua ibadah yang besar berupa ‘umrah dan haji sekaligus, hanya disyari’atkan pada bulan Syawwal, Dzulqa’dah, dan sebahagian dari Dzulhijjah secara khusus.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
الْحَجُّ أَشْهُرٌ مَّعْلُومَاتٌ فَمَن فَرَضَ فِيهِنَّ الْحَجَّ فَلاَ رَفَثَ وَلاَ فُسُوقَ وَلاَ جِدَالَ فِي الْحَجِّ وَمَا تَفْعَلُواْ مِنْ خَيْرٍ يَعْلَمْهُ اللَّهُ وَتَزَوَّدُواْ فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى وَاتَّقُونِ يَا أُوْلِي الأَلْبَابِ
“(Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi, maka siapa yang telah menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, maka tidak boleh berbuat keji, tidak berbuat fasiq dan tidak pula berjidal (bertengkar atau berbantah-bantahan) di dalam masa mengerjakan haji.
Dan apa yang kalian kerjakan berupa kebaikan, nescaya Allah mengetahuinya. Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa dan bertaqwalah kepada-Ku wahai orang-orang yang berakal.” (Surah Al-Baqarah, 2: 197)
Dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu’alaihi wa Sallam bersabda:
الْعُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلاَّ الْجَنَّةُ
“‘Umrah ke ‘umrah berikutnya adalah penghapus dosa yang dilakukan di antara keduanya, dan haji yang mabrur tidaklah ada balasan baginya kecuali Syurga.” (Shahih Al-Bukhari, no. 1773. Muslim, no. 1349)
Haji mabrur adalah haji yang selari dengan petunjuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, ikhlas kerana mencari wajah Allah, menyempurnkan tuntutan-tuntunannya, menegakkan hukum-hukumnya, menjauhi perbuatan-perbuatan yang haram dan keji, dan mampu menghasilkan keadaan yang lebih baik berbanding sebelum berhaji.
3, Mengambil Kesempatan Untuk Puasa Sunnah,
Di antara amalan yang tidak seharusnya dilepaskan adalah melaksanakan ibadah puasa pada hari-hari yang utama ini.
Ini berdasarkan keumuman hadis dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ
“Tidak ada hari-hari (yang lebih utama) di mana amal-amal soleh yang dilakukan pada hari-hari tersebut lebih dicintai Allah berbanding hari-hari ini, iaitu 10 hari pertama di bulan Dzulhijjah.” (Shahih Al-Bukhari, no. 969. Sunan Abi Dawud, no. 2438. Sunan At-Tirmidzi, no. 757)
Kemudian berdasarkan hadis dari Hunaidah bin Kholid dari isterinya, dari sebahagian isteri-isteri Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, mereka mengatakan:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ تِسْعَ ذِي الْحِجَّةِ، وَيَوْمَ عَاشُورَاءَ، وَثَلَاثَةَ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، أَوَّلَ اثْنَيْنِ مِنَ الشَّهْرِ وَالْخَمِيسَ
“Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam beliau berpuasa di 9 hari pertama bulan Dzulhijjah, di hari ‘Aasyuraa’, tiga hari dari setiap bulan, Isnin pertama setiap bulan, dan hari Khamis.” (Sunan Abi Dawud, no. 2437. Dinilai sahih oleh An-Nawawi, Ibnu Rajab, Ibnu Hajar, dan Al-Albani)
Sebahagian ulama ada yang melemahkan hadis tersebut serta mengatakannya bertentangan dengan hadis dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, yang mana kata ‘Aisyah:
مَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَائِمًا فِي الْعَشْرِ قَطُّ
“Tidak pernah aku melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berpuasa 10 hari pertama bulan Dzulhijjah sama sekali.” (Shahih Muslim, no. 1176. Bab: Puasa sepuluh hari pertama di bulan Dzulhijjah)
Para ulama berbeza pendapat dalam menetapkan hal ini dan sebahagian mereka mengatakan:
1, Rasulullah tidak berpuasa penuh dan meninggalkannya ketika itu kerana bimbang akan ada dari kalangan umatnya yang akan menganggapnya sebagai wajib. Ini pendapat yang dikemukakan oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Fath Al-Bari. (lihat: Fath Al-Bari, 2/460)
2, Apabila berlaku pertentangan antara yang menetapkan dengan yang tidak, maka yang didahulukan adalah dalil yang menetapkannya. Ini adalah pendapat Imam Ahmad sebagaimana dikemukakan oleh Al-Hafiz Ibnu Rajab dalam Latha’if Al-Ma’aarif.
3, Maksud hadis ‘Aisyah tersebut adalah untuk menunjukkan Nabi tidak berpuasa penuh pada sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah. Manakala hadis yang menetapkan menunjukkan Nabi berpuasa pada sebahagian besar dari sepuluh atau sembilan hari pertama bulan Dzulhijjah.
4, Manakala Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) merincikan hal ini:
“Para ulama mengatakan, hadis tersebut perlu dita’wil (ditafsirkan dan dirincikan). Bahawa ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha mungkin boleh jadi tidak pernah melihat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melaksanakan puasa tersebut (9 hari berturut-turut di awal Dzulhijjah), tetapi bukan bermakna Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak pernah melaksanakan puasa tersebut sama sekali, kerana boleh jadi beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mungkin berada di rumah ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha pada satu hari di antara hari-hari awal Dzulhijjah dan berada pula di rumah isteri-isteri beliau yang lain pada hari-hari yang lain.
Atau, boleh jadi juga Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melaksanakan sebahagian puasa dari keseluruhan hari tersebut pada suatu tahun, melaksanakan sebahagian puasa tersebut pada tahun lain, kemudian melaksanakan seluruh puasa tersebut pada tahun yang lainnya pula.
Atau, boleh jadi juga beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam meninggalkan perlaksanaan puasa tersebut pada sebahagian tahun kerana suatu sebab (halangan) seperti safar, sakit, atau yang selainnya.” (Al-Majmu’ Syarh Al-Muhadzdzab, 8/387-388)
Manakala di Syarh Shahih Muslim, beliau menjelaskan:
“Perkataan ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa Nabi tidak pernah berpuasa sepuluh hari pertama di bulan Dzulhijjah perlu dita’wil (ditafsirkan). Maksudnya, beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak pernah berpuasa pada hari-hari itu mungkin disebabkan sakit, safar (sedang dalam perjalanan), atau kerana sebab-sebab yang lainnya.
Boleh jadi juga memang kerana ‘Aisyah tidak pernah melihat beliau berpuasa pada hari-hari tersebut (namun telah dilihat oleh isteri beliau yang lain – pent.), tetapi itu tidaklah menunjukkan bahawa beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak berpuasa sama sekali. Tafsiran seperti ini dikuatkan oleh hadis riwayat Hunaidah bin Kholid dari isterinya (sebagaimana riwayat Abu Dawud di atas)…” (Syarh Shahih Muslim, 8/71-72)
Wallahu a’lam.
4, Puasa sempena Hari ‘Arafah,
Umumnya, puasa ‘Arafah adalah puasa yang disunnahkan untuk dilaksanakan oleh kaum muslimin pada hari ke 9 di bulan Dzulhijjah (yakni ketika orang-orang yang berhaji sedang wukuf di ‘Arafah).
Dari hadis Abu Qotadah Al-Anshari radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ، أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ، وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ، وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ، أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ
“Puasa di hari ‘Arafah, aku berharap dengannya Allah akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang…” (Shahih Muslim, no. 1162)
Puasa di hari ‘Arafah adalah bagi selain dari mereka yang melaksanakan haji yang bukan sedang berada di ‘Arafah. Adapun bagi mereka yang sedang berhaji atau sedang wuquf di ‘Arafah, maka sunnah puasa ‘Arafah ini tidak dianjurkan untuk mereka.
Antaranya sebagaimana hadis dari ‘Uqbah bin ‘Aamir, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
يَوْمُ عَرَفَةَ وَيَوْمُ النَّحْرِ وَأَيَّامُ التَّشْرِيقِ، عِيدُنَا أَهْلَ الْإِسْلَامِ، وَهُنَّ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ
“Hari ‘Arafah, hari An-Nahr, dan hari-hari Tasyriq di sisi kami ahli Islam, ianya merupakan hari-hari untuk makan dan minum.” (Musnad Ahmad, no. 17379. Sunan Abi Dawud, no. 2419. At-Tirmidzi, no. 773. Shahih Ibn Hibban, no. 3603. Ibnu Khuzaimah, no. 2100. Dinilai sahih oleh At-Tirmidzi)
Kemudian dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, beliau berkata:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَفْطَرَ بِعَرَفَةَ، وَأَرْسَلَتْ إِلَيْهِ أُمُّ الفَضْلِ بِلَبَنٍ فَشَرِبَ
“Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak berpuasa ketika di ‘Arafah. Dihidangkan susu kepada beliau oleh Ummu Al-Fadhl, lalu beliau pun meminumnya.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 750. Bab: Dibenci berpuasa pada hari ‘Arafah bagi mereka yang sedang di ‘Arafah)
Demikian juga sebagaimana kata Ibnu ‘Umar, tatkala beliau berhaji bersama Nabi, Nabi tidak berpuasa pun ketika hari ‘Arafah, demikian juga ketika berhaji bersama Abu Bakr, demikian juga ketika bersama ‘Umar, juga ketika berhaji bersama ‘Utsman, mereka juga tidak berpuasa ketika di ‘Arafah tatkala berhaji. (lihat: Sunan At-Tirmidzi, no. 750)
Baca lebih lengkap tentang puasa hari ‘Arafah di artikel: Puasa Sunnah Hari ‘Arafah Berserta Keutamaannya.
5, Memperbanyakkan Doa Pada Hari ‘Arafah,
Terdapat banyak keutamaan pada hari ‘Arafah ini, dan di antara lainnya adalah dianjurkan agar memperbanyakkan dzikir dan doa.
Dari hadis ‘Aisyah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ، مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ، وَإِنَّهُ لَيَدْنُو، ثُمَّ يُبَاهِي بِهِمِ الْمَلَائِكَةَ، فَيَقُولُ: مَا أَرَادَ هَؤُلَاءِ؟
“Di antara hari yang Allah banyak membebaskan para hamba dari Neraka adalah pada hari ‘Arafah. Allah akan mendekati mereka lalu akan menampakkan keutamaan mereka kepada para malaikat. Kemudian Allah berfirman:
“Apa yang dikehendaki oleh mereka?” (Shahih Muslim, no. 1348)
Kata Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H):
هذا الحديث ظاهر الدلالة في فضل يوم عرفة
“Hadis ini secara zahirnya menunjukkan keutamaan hari ‘Arafah.” (Syarh Shahih Muslim, 9/117)
Di hadis yang lain, dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya (‘Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash radhiyallahu ‘anhu), bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ، وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
“Sebaik-baik do’a adalah do’a pada hari Arafah, dan sebaik-baik ucapan yang aku dan para nabi sebelumku ucapkan adalah:
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
“Tiada yang berhak diibadahi melainkan Allah satu-satunya, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan, bagi-Nya segala pujian, dan Dia-lah yang berkuasa atas segala sesuatu.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 3585. Kata At-Tirmidzi, hadis gharib. Manakala Al-Albani mengatakannya hasan)
Manakala dalam Musnad Ahmad, disebutkan:
كَانَ أَكْثَرُ دُعَاءِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَرَفَةَ: ” لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، بِيَدِهِ الْخَيْرُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
“Kebanyakan doa Rasulullah di hari ‘Arafah adalah:
لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، بِيَدِهِ الْخَيْرُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
“Tiada yang berhak diibadahi melainkan Allah satu-satu-Nya, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan, bagi-Nya segala pujian, di Tangan-Nya lah kebaikan, dan Dia-lah yang berkuasa atas segala sesuatu.” (Musnad Ahmad, no. 6961. Kata Syu’aib Al-Arnauth, hasan lighairihi. Lihat pula rincian tahqiq beliau pada Musnad Ahmad di hadis ini)
Al-Hafiz Ibn Rajab Al-Hanbali rahimahullah (Wafat: 795H) berkata:
“Sesiapa yang ingin membebaskan dirinya dari api Neraka dan diampuni dosa-dosanya pada hari ‘Arafah, maka hendaklah dia menjaga (melaksanakan) sebab-sebab (yakni amalan-amalan) yang dapat membebaskannya dari api Neraka dan mendapatkan keampunan Allah Ta’ala. Di antaranya (dengan):
Berpuasa pada hari ‘Arafah,… menjaga anggota dan pancaindera dari apa-apa yang diharamkan pada hari tersebut,… memperbanyakkan mengucapkan kesaksian terhadap tauhid dengan ikhlas dan benar, kerana tauhid adalah dasar dan asas agama Islam yang telah Allah sempurnakannya pada hari ‘Arafah… (lalu beliau menyebutkan hadis ini dan hadis sebelumnya di atas – pen.)….” (Lathaa’if Al-Ma’aarif, m/s. 283)
Dalam riwayat yang lain, dari Thalhah bin ‘Ubaidillah bin Kariz (tabi’in tsiqah), bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
أَفْضَلُ الدُّعَاءِ دعَاءُ يَوْمُ عَرَفَةَ، وَأَفْضَلُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ
“Doa yang paling afdhal adalah doa hari ‘Arafah, serta (ucapan) yang paling afdhal yang aku dan para nabi sebelumku ucapkan adalah:
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ
“Tiada yang berhak diibadahi melainkan Allah satu-satu-Nya, tiada sekutu bagi-Nya.” (Muwaththa’ oleh Imam Malik, no. 239. Kata Syu’aib Al-Arnauth, mursal sahih)
Baca juga tulisan dengan judul, “Keutamaan Doa di Hari ‘Arafah.”
6, Memperbanyakkan Dzikir berupa Tahlil, Takbir, Tahmid dan dzikir-dzikir yang lainnya pada 10 hari yang pertama,
Disunnahkan memperbanyakkan dzikir-dzikir berupa tahlil, takbir, dan tahmid sejak memasuki awal bulan Dzulhijjah, yakni di 10 hari pertamanya, kemudian diteruskan pula pada hari-hari tasyriq.
Dan ianya juga dianjurkan agar dibaca (dilaungkan) dengan suara kuat sepertimana laungan takbir raya, sebagaimana yang telah dicontohkan oleh para salaf. Ianya dibaca pada mana-mana waktu secara umum sepanjang 10 hari pertama bulan Dzulhijjah, dan disunnahkan agar memperbanyakkannya.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
لِيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ عَلَى مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الأنْعَامِ
“Agar mereka menyaksikan pelbagai manfaat bagi mereka, dan supaya mereka berdzikir menyebut nama Allah pada hari-hari yang telah dimaklumi (ditentukan) atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa haiwan ternak.” (Surah Al-Hajj, 22: 28)
Pada ayat ini terkandung penyebutan keutamaan yang terdapat pada hari-hari yang dimaksudkan, dan anjuran agar berdzikir menyebut nama Allah.
Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) menjelaskan ayat ini dengan katanya:
قال ابن عباس والشافعي والجمهور: هي أيامُ العشر. واعلم أنه يُستحبُّ الإِكثار من الأذكار في هذا العشر زيادةً على غيره، ويُستحب من ذلك في يوم عَرَفة أكثر من باقي العشر.
“Ibn ‘Abbas, Al-Imam Asy-Syafi’i, dan jumhur ulama menjelaskan tentang tafsir ayat ini bahawa ia adalah 10 hari pertama dari bulan Dzulhijjah.
Dan ketahuilah bahawa disunnahkan untuk memperbanyakkan dzikir pada sepuluh hari tersebut, iaitu lebih banyak berbanding hari-hari yang lainnya.
Dan disunnahkan pula untuk lebih memperbanyakkan lagi dzikir pada hari ‘Arafah.” (Al-Adzkar, m/s. 290)
Dari hadis Ibnu ‘Umar, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ الْعَمَلُ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ، فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنَ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ
“Tidak ada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah, dan tidak pula amalan yang lebih dicintai oleh-Nya di dalamnya berbanding hari-hari yang 10 ini (yakni 10 hari-hari terawal di bulan Dzulhijjah), maka perbanyakkanlah padanya dengan tahlil, takbir, dan tahmid.” (Musnad Ahmad, no. 5446, 6154. Dinilai sahih oleh Syu’aib Al-Arnauth)
Al-Imam Al-Bukhari rahimahullah (Wafat: 256H) menyebutkan (secara mu’allaq):
وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ، وَأَبُو هُرَيْرَةَ: يَخْرُجَانِ إِلَى السُّوقِ فِي أَيَّامِ العَشْرِ يُكَبِّرَانِ، وَيُكَبِّرُ النَّاسُ بِتَكْبِيرِهِمَ وَكَبَّرَ مُحَمَّدُ بْنُ عَلِيٍّ خَلْفَ النَّافِلَةِ
“Bahawa Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah, mereka berdua pernah keluar ke pasar pada hari-hari yang sepuluh (di awal bulan Dzul-Hijjah) sambil bertakbir, dan orang ramai pun mengikuti takbir mereka. Manakala Muhammad bin ‘Ali bertakbir ketika selesai dari solat sunnah.” (lihat: Shahih Al-Bukhari, bab: Fadhl Al-‘Amal fi Ayyaam At-Tasyriiq)
Diriwayatkan dalam Akhbaar Makkah oleh Al-Faakihi, berkata Mujaahid:
كَانَ أَبُو هُرَيْرَةَ وَابْنُ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَخْرُجَانِ أَيَّامَ الْعَشْرِ إِلَى السُّوقِ، فَيُكَبِّرَانِ، فَيُكَبِّرُ النَّاسُ مَعَهُمَا، لا يَأْتِيَانِ السُّوقَ إِلا لِذَلِكَ
“Bahawa Abu Hurairah dan Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma pernah keluar ke pasar pada hari-hari yang 10 (di awal Dzul-Hijjah). Lalu mereka bertakbir seraya bertakbirlah orang-orang bersama mereka berdua. Tidaklah datang ke pasar melainkan dengan demikian (dalam keadaan melaungkan takbir).” (Akhbaar Makkah oleh Al-Faakihi, no. 1644)
Zahir hadis atau atsar-atsar ini jelas menunjukkan ianya diucapkan dengan suara yang lantang (didengari), dan boleh diucapkan/dilaungkan di mana-mana pun (selagi memungkinkan), baik ketika sedang berjalan, berkenderaan, di pasar-pasar, di rumah, ketika berbaring, atau semisal.
7, Memperbanyakkan Dzikir berupa Takbir, Tahlil, dan Tahmid di Setiap Sebaik Selesai Dari Solat Fardhu Bermula pada Subuh 9 Dzulhijjah,
Dzikir-dzikir tadi yang diucapkan secara umum bermula 1 Dzulhijjah, apabila masuk hari ke 9 Dzulhijjah (bersamaan hari ‘Arafah), maka ianya disunnahkan pula untuk dilaungkan di setiap sebaik selesai dari solat-solat fardhu. Dan dzikir ini dikenal juga dalam kalangan kita sebagai takbir raya (takbir ‘Iedul Adh-ha).
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
وَاذْكُرُوا اللَّهَ فِي أَيَّامٍ مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ تَعَجَّلَ فِي يَوْمَيْنِ فَلا إِثْمَ عَلَيْهِ وَمَنْ تَأَخَّرَ فَلا إِثْمَ عَلَيْهِ لِمَنِ اتَّقَى وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّكُمْ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ
“Dan berdzikirlah (dengan menyebut) Allah pada hari yang diperkirakan..” (Surah Al-Baqarah, 2: 203)
Berkata ‘Ikrimah:
وَاذْكُرُوا اللَّهَ فِي أَيَّامٍ مَعْدُودَاتٍ يعني: التكبير أيامَ التشريق بعد الصلوات المكتوبات: الله أكبر، الله أكبر
“(firman Allah): “Dan berdzikirlah (dengan menyebut) Allah pada hari yang diperkirakan.” Maksudnya adalah takbir-takbir pada hari Tasyriiq setelah solat-solat fardhu: (dengan takbir) Allahu Akbar, Allahu Akbar.” (Tafsir Ibnu Katsir, 1/560)
Majlis fatwa Ulama di ‘Arab Saudi; Al-Lajnah Ad-Daa’imah lil Buhuts Al-‘Ilmiyyah wal-Iftaa’ menyebutkan:
يشرع في عيد الأضحى التكبير المطلق، والمقيد، فالتكبير المطلق في جميع الأوقات من أول دخول شهر ذي الحجة إلى آخر أيام التشريق. وأما التكبير المقيد فيكون في أدبار الصلوات المفروضة من صلاة الصبح يوم عرفة إلى صلاة العصر من آخر أيام التشريق، وقد دل على مشروعية ذلك الإجماع، وفعل الصحابة رضي الله عنهم.
“Disyari’atkan pada ‘Ied Al-Adh-ha takbir secara muthlaq dan takbir yang muqayyad.
Takbir muthlaq dilaksanakan pada seluruh (atau mana-mana) waktu bermula dari awal masuk bulan Dzul-Hijjah sampai akhir hari Tasyriiq.
Adapun Takbir yang muqayyad, dilakukan pada setiap selesai solat fardhu, bermula dari solat Subuh hari ‘Arafah (9 Dzul-Hijjah) sampai solat ‘Ashr hari Tasyriiq yang terakhir.
Dan dalil pensyari’atan takbir tersebut adalah berdasarkan ijma’ dan perbuatan para sahabat radhiyallahu ‘anhum.” (Fatwa no. 10777, diketuai oleh Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baaz)
Dari atsar Abu ‘Abdirrahman daripada ‘Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu:
أَنَّهُ كَانَ يُكَبِّرُ بَعْدَ صَلَاةِ الْفَجْرِ يَوْمَ عَرَفَةَ، إِلَى صَلَاةِ الْعَصْرِ مِنْ آخِرِ أَيَّامِ التَّشْرِيقِ، وَيُكَبِّرُ بَعْدَ الْعَصْرِ
“Bahawasanya beliau (‘Ali) bertakbir sebaik selesai solat Subuh pada hari ‘Arafah sehingga solat ‘Ashar di hari Tasyriiq yang terakhir. Dan beliau turut bertakbir setelah ‘Ashar.” (Mushannaf Ibnu Abi Syaibah, no. 5631, 5632)
Hal yang sama turut diriwayatkan dari ‘Umar Al-Khaththab, ‘Abdullah bin ‘Abbas, dan ‘Abdullah bin Mas’oud radhiyallahu ‘anhum. (lihat: Al-Mustadrak oleh Al-Hakim, no. 1112, 1114, 1115)
Muhaqqiq dalam mazhab Asy-Syafi’i, iaitu Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H). Beliau berkata dalam kitab beliau, Al-Adzkar:
وأما عيدُ الأضحى، فيُكَبِّر فيه من بعد صلاة الصبح مِنْ يَوْمِ عَرَفة إلى أن يصليَ العصر من آخر أيام التشريق، ويكبرُ خلفَ هذه العَصْرِ، ثم يقطع، هذا هو الأصحّ الذي عليه العمل، وفيه خلافٌ مشهورٌ في مذهبنا ولغيرنا، ولكن الصحيح ما ذكرناهُ، وقد جاء فيه أحاديث رويناها في “سنن البيهقي”، وقد أوضحتُ ذلك كلَّه من حيث الحديث، ونقل المذهب في “شرح المهذّب
“Dan adapun takbir bagi ‘Ied Al-Adh-ha, maka takbirnya dilakukan bermula dari solat Subuh hari ‘Arafah (9 Dzul-hijjah) sampailah sebaik selesai solat ‘Ashar pada hari Tasyriiq terakhir.
Takbir (yang terakhir) dilaungkan sebaik selesai solat ‘Ashar (di akhir hari Tasyriiq tersebut) kemudian berhenti.
Inilah yang sahih untuk diamalkan. Dan padanya khilaf (terdapat perbezaan pendapat) yang masyhur dalam mazhab kami dan selain kami, tetapi yang sahih adalah apa yang kami sebutkan.
Banyak hadis-hadis berkaitan perkara ini yang kami riwayatkan di Sunan Al-Baihaqi, dan kami menjelaskan yang demikian itu seluruhnya dari sudut hadis dan nukilan mazhab (pendapat-pendapat) di kitab Syarh Al-Muhadzdzab.” (Al-Adzkar, m/s. 337 – Tahqiq Amir ‘Ali Yasin)
Al-Hafiz Ibn Hajar rahimahullah (Wafat: 852H) menyimpulkan:
حديث وأصح ما ورد فيه عن الصحابة قول على وبن مسعود إنه من صبح يوم عرفة إلى آخر أيام منى أخرجه بن المنذر وغيره والله أعلم
“Perkataan yang paling tepat dalam hal ini adalah apa yang diriwayatkan dari kalangan sahabat berupa perkataan ‘Ali dan Ibn Mas’oud, bahawa takbir ‘Iedul Ad-ha itu bermula dari Subuh hari ‘Arafah sampailah hari terakhir Mina (yakni hari tasyriq yang akhir). Dikeluarkan oleh Ibn Al-Mundzir dan selainnya, wallaahu a’lam.” (Fdath Al-Bari, 2/462)
Al-Imam Al-Bukhari turut menyebutkan (yakni meriwayatkan secara mu’allaq):
كَانَ عُمَرُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يُكَبِّرُ فِي قُبَّتِهِ بِمِنًى فَيَسْمَعُهُ أَهْلُ الْمَسْجِدِ فَيُكَبِّرُونَ وَيُكَبِّرُ أَهْلُ الْأَسْوَاقِ حَتَّى تَرْتَجَّ مِنًى تَكْبِيرًا وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يُكَبِّرُ بِمِنًى تِلْكَ الْأَيَّامَ وَخَلْفَ الصَّلَوَاتِ وَعَلَى فِرَاشِهِ وَفِي فُسْطَاطِهِ وَمَجْلِسِهِ وَمَمْشَاهُ تِلْكَ الْأَيَّامَ جَمِيعًا وَكَانَتْ مَيْمُونَةُ تُكَبِّرُ يَوْمَ النَّحْرِ وَكُنَّ النِّسَاءُ يُكَبِّرْنَ خَلْفَ أَبَانَ بْنِ عُثْمَانَ وَعُمَرَ بْنِ عَبْدِ الْعَزِيزِ لَيَالِيَ التَّشْرِيقِ مَعَ الرِّجَالِ فِي الْمَسْجِدِ
“Bahawa ‘Umar bertakbir di dalam kubahnya (yakni khemahnya) di Mina sehingga ahli masjid (yakni orang-orang di masjid) mendengarnya lalu mereka pun turut serta bertakbir, dan orang-orang yang di pasar-pasar juga turut bertakbir sampailah Mina menjadi gema dengan laungan takbir.
Bahawa Ibnu ‘Umar juga pernah bertakbir di Mina ketika hari-hari tersebut sebaik selesai solat (fardhu) di atas tempat tidurnya, di khemahnya, di majlisnya, di tempat berjalannya pada hari-hari tersebut seluruhnya.
Bahawa turut pernah bertakbir adalah Maimunah (Isteri Nabi) pada ‘Ied Al-Adh-ha, dan kaum wanita pun turut bertakbir di bekalang Abban bin ‘Utsman dan ‘Umar bin ‘Abdil ‘Aziz pada malam-malam hari Tasyriiq bersama kaum lelaki di masjid.” (lihat: Shahih Al-Bukhari, bab: At-Takbiir Ayyama Mina wa Idza Ghodaa ila ‘Arafah)
Lihat artikel, “Amalan Takbir di Bulan Dzulhijjah” untuk dalil-dalil dan penjelasan lebih terperinci, diikuti contoh-contoh dan bentuk-bentuk takbir yang diamalkan oleh para salaf.
8, Menahan diri dari memotong/mencabut kuku, rambut, serta bebuluan di tubuh bagi yang telah berniat untuk menyembelih haiwan korban sebaik masuknya 1 Dzulhijjah sampailah dia selesai menyembelih,
Dari hadis Umm Salamah, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda:
إِذَا دَخَلَتِ الْعَشْرُ، وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ، فَلَا يَمَسَّ مِنْ شَعَرِهِ وَبَشَرِهِ شَيْئًا
“Jika telah masuk sepuluh hari pertama (bulan Dzulhijjah) dan salah seorang dari kalian ingin berkorban, maka janganlah dia menyentuh (memotong atau mencabut) sesuatu dari rambut dan bulu-bulu di kulitnya.” (Shahih Muslim, no. 1977)
Dalam sanad yang lain:
إِذَا رَأَيْتُمْ هِلَالَ ذِي الْحِجَّةِ، وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ، فَلْيُمْسِكْ عَنْ شَعْرِهِ وَأَظْفَارِهِ
“Jika kalian telah melihat hilal (anak bulan) Dzulhijjah, dan salah seorang dari kalian ingin berkorban, maka janganlah dia menyentuh (memotong) dari rambut dan kukunya.” (Shahih Muslim, no. 1977)
Dalam sanad yang lain lagi:
مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ فَإِذَا أُهِلَّ هِلَالُ ذِي الْحِجَّةِ، فَلَا يَأْخُذَنَّ مِنْ شَعْرِهِ، وَلَا مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَتَّى يُضَحِّيَ
“Sesiapa yang memiliki haiwan sembelihan yang akan disembelih (sebagai korban) maka jika telah nampak hilal (anak bulan) Dzulhijjah, maka janganlah dia mengambil (memotong atau mencabut) dari rambutnya, dan juga jangan kukunya sedikitpun sampailah dia menyelesaikan sembelihan korbannya.” (Shahih Muslim, no. 1977)
Kata Al-Imam Ibnu Qudamah rahimahullah (Wafat: 620H):
إذَا ثَبَتَ هَذَا، فَإِنَّهُ يَتْرُكُ قَطْعَ الشَّعْرِ وَتَقْلِيمَ الْأَظْفَارِ، فَإِنْ فَعَلَ اسْتَغْفَرَ اللَّهَ تَعَالَى. وَلَا فِدْيَةَ فِيهِ إجْمَاعًا، سَوَاءٌ فَعَلَهُ عَمْدًا أَوْ نِسْيَانًا
“Jika telah tsabit (ditetapkan) demikian, maka bagi mereka yang hendak berkorban, maka hendaklah dia meninggalkan dari memotong rambut dan memotong kukunya. Tetapi jika dia telah melakukannya, maka hendaklah dia beristighfar (memohon keampunan) kepada Allah Ta’ala, dan tidak ada fidyah (atau denda) padanya secara ijma’, sama ada dia melakukannya secara sengaja atau tidak sengaja.” (Al-Mughni, 9/437)
Untuk lebih jelas, sila baca di tulisan dengan judul, “Larangan Memotong Kuku dan Rambut Bagi Yang Ingin Berkorban.”
9, Melaksanakan Solat ‘Ied bersama Imam dan anjuran mendengar khuthbah ‘Ied,
Dari hadis Al-Baraa’ bin ‘Aazib, beliau berkata:
beliau menyaksikan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda di hari An-Nahr (‘Iedul Adh-ha):
خَطَبَنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ النَّحْرِ، قَالَ: «إِنَّ أَوَّلَ مَا نَبْدَأُ بِهِ فِي يَوْمِنَا هَذَا أَنْ نُصَلِّيَ، ثُمَّ نَرْجِعَ، فَنَنْحَرَ فَمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ فَقَدْ أَصَابَ سُنَّتَنَا، وَمَنْ ذَبَحَ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ، فَإِنَّمَا هُوَ لَحْمٌ عَجَّلَهُ لِأَهْلِهِ لَيْسَ مِنَ النُّسُكِ فِي شَيْءٍ
“Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah berkhuthbah kepada kami pada hari An-Nahr. Beliau bersabda:
“Sesungguhnya yang pertama sekali akan kita laksanakan pada hari ini adalah solat, kemudian kita kembali, lalu kita menyembelih haiwan korban.
Maka siapa yang melaksanakan demikian, sesungguhnya dia telah melaksanakan serta menepati sunnah kami, dan siapa yang telah menyembelih sebelum solat, maka itu adalah daging sembelihan biasa yang dia berikan untuk keluarganya, dan tidaklah ia termasuk nusuk (sembelihan korban) sedikit pun.” (Shahih Al-Bukhari, no. 968)
Pada hadis ini juga terkandung penjelasan tentang anjuran ibadah korban dan waktu bermulanya.
10, Menyembelih Korban pada hari-hari menyembelih (yakni antara 10 hingga 13 Dzulhijjah),
Dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
الصَّوْمُ يَوْمَ تَصُومُونَ، وَالفِطْرُ يَوْمَ تُفْطِرُونَ، وَالأَضْحَى يَوْمَ تُضَحُّونَ
“Puasa adalah hari kalian berpuasa, Al-Fithr adalah hari kalian berbuka (makan), dan Al-Adh-ha adalah hari kalian menyembelih (haiwan korban).” (Sunan At-Tirmidzi, no. 697)
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ. فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
“Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat dan berkorbanlah kerana Rabb-mu.” (Surah Al-Kau-tsar, 108: 1-2)
Ayat ini menunjukkan kata perintah agar berkorban setelah perintah solat, iaitu dalam rangka menunjukkan rasa syukur atas nikmat-nikmat dari Allah Ta’ala.
Sejumlah ulama tafsir mengatakan tentang ayat ini adalah menunjukkan perintah menyembelih haiwan sebagai korban setelah solat ‘Iedul Adh-ha. (Al-Mughni, 9/435)
Dan ibadah korban adalah termasuk salah satu syi’ar Islam yang besar dan sebagai tanda serta amalan orang-orang yang bersyukur dan bertaqwa.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنْسَكًا لِيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَى مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ فَإِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَلَهُ أَسْلِمُوا وَبَشِّرِ الْمُخْبِتِينَ
“Setiap umat (dari para Rasul terdahulu), telah kami perintahkan untuk menyembelih haiwan korban, agar mereka menyebut nama Allah (sebagai tanda syukur) atas apa yang direzekikan bagi mereka dari haiwan-haiwan ternakkan.” (Surah Al-Hajj, 22: 34)
Dan kata Ibnu Qudamah rahimahullah (Wafat: 620H):
وَأَجْمَعَ الْمُسْلِمُونَ عَلَى مَشْرُوعِيَّةِ الْأُضْحِيَّةِ
“Dan kaum muslimin telah ber-ijma’ (sepakat) bahawa menyembelih korban adalah disyari’atkan.” (Al-Mughni, 9/435)
Beliau juga menyebutkan:
وَالْأُضْحِيَّةُ سُنَّةٌ، لَا يُسْتَحَبُّ تَرْكُهَا لِمَنْ يَقْدِرُ عَلَيْهَا، أَكْثَرُ أَهْلِ الْعِلْمِ يَرَوْنَ الْأُضْحِيَّةَ سُنَّةً مُؤَكَّدَة
“Menyembelih haiwan korban adalah sunnah, tidak disukai bagi yang meninggalkannya dalam keadaan mampu. Kebanyakan ahli ilmu (para ulama) berpendapat bahawa menyembelih haiwan korban adalah sunnah muakkadah (sangat dianjurkan dan ditekankan)…” (Al-Mughni, 9/435)
Manakala waktunya, sebagaimana kata Al-Imam Asy-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 204H):
وَالْأُضْحِيَّةُ جَائِزَةٌ يوم النَّحْرِ وَأَيَّامَ مِنًى كُلَّهَا لِأَنَّهَا أَيَّامُ النُّسُكِ
“Menyembelih korban itu dibolehkan pada hari nahr (‘Iedul Adh-ha) dan hari-hari mina (tasyriq) seluruhnya kerana ia adalah hari-hari untuk menyembelih.” (Al-Umm, 2/226)
Dari Jubair bin Muth-‘im, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
كُلُّ أَيَّامِ التَّشْرِيقِ ذَبْحٌ
“Seluruh hari tasyriiq adalah hari menyembelih (untuk berkorban).” (Musnad Ahmad, no. 16751. Al-Baihaqi, Sunan Al-Kubra, no. 19239. Dinilai sahih lighairihi oleh Syu’aib Al-Arnauth)
Untuk lebih jelas tentang Makna, Hukum, Keutamaan, Tata Cara, Perlaksanaan, kriteria haiwan, dan Sunnah-sunnah Korban, boleh disemak di artikel kami, “Beginilah Ibadah Korban...”
11, Disunnahkan untuk makan dan minum pada 10 hingga 13 Dzulhijjah, serta menunjukkan larangan berpuasa pada hari tersebut,
Ini adalah berdasarkan hadis dari ‘Uqbah bin ‘Aamir, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
يَوْمُ عَرَفَةَ وَيَوْمُ النَّحْرِ وَأَيَّامُ التَّشْرِيقِ، عِيدُنَا أَهْلَ الْإِسْلَامِ، وَهُنَّ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ
“Hari ‘Arafah (bagi yang berhaji), hari An-Nahr, dan hari-hari Tasyriq di sisi kami ahli Islam, ianya merupakan hari-hari untuk makan dan minum.” (Musnad Ahmad, no. 17379. Sunan Abi Dawud, no. 2419. At-Tirmidzi, no. 773. Shahih Ibn Hibban, no. 3603. Ibnu Khuzaimah, no. 2100. Dinilai sahih oleh At-Tirmidzi)
Dari hadis Nubaisyah Al-Hudzaliy radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
أَيَّامُ التَّشْرِيقِ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ
“Hari-hari Tasyriq adalah hari makan dan minum.” (Shahih Muslim, no. 1141)
Manakala pada riwayat Hisyam terdapat tambahan
وَذِكْرٍ لِلَّهِ
“ (Hari-hari Tasyriq adalah hari makan dan minum) … dan hari-hari untuk berdzikir kepada Allah.”
Dari hadis Ka’ab bin Malik radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah mengutuskan beliau dan Aus bin Al-Hadatsaan pada hari-hari Tasyriq, lalu menyerukan:
أَنَّهُ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ إِلَّا مُؤْمِنٌ وَأَيَّامُ مِنًى أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ
“Bahawa tidak akan masuk Syurga kecuali orang yang beriman, dan hari-hari Mina (yakni 10-13 Dzulhijjah) adalah hari makan dan minum.” (Shahih Muslim, no. 1142)
Buraidah radhiyallahu ‘anhu berkata:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَخْرُجُ يَوْمَ الفِطْرِ حَتَّى يَطْعَمَ، وَلَا يَطْعَمُ يَوْمَ الأَضْحَى حَتَّى يُصَلِّيَ
“Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak keluar pada ‘Iedul Fithri sampailah beliau makan lebih dulu, dan beliau tidak makan pada ‘Iedul Adh-ha sampailah selesai solat.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 542. Dinilai sahih oleh Al-Albani)
Kata Al-Imam At-Tirmidzi rahimahullah (Wafat: 279H):
وَقَدْ اسْتَحَبَّ قَوْمٌ مِنْ أَهْلِ العِلْمِ: أَنْ لَا يَخْرُجَ يَوْمَ الفِطْرِ حَتَّى يَطْعَمَ شَيْئًا، وَيُسْتَحَبُّ لَهُ أَنْ يُفْطِرَ عَلَى تَمْرٍ، وَلَا يَطْعَمَ يَوْمَ الأَضْحَى حَتَّى يَرْجِعَ
“…. Manakala pada ‘Iedul Adh-ha pula, adalah dianjurkan agar tidak makan lebih dulu sampailah selesai/kembali dari solat.” (Sunan At-Tirmidzi, 2/426)
Termasuk dalam makna ini adalah dianjurkan untuk menjamu dan memberi makan kepada yang lain.
Di samping itu, hadis-hadis ini juga menunjukkan bahawa pada hari-hari tersebut adalah hari-hari yang dilarang untuk berpuasa.
12, Disunnahkan Makan, Menyedekahkan, dan Menghadiahkan Daging Haiwan Korban,
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
لِيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ عَلَى مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ
“Supaya mereka menyaksikan pelbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah (antaranya dengan cara menyembelih korban) pada hari yang telah ditentukan (iaitu pada 10-13 Dzulhijjah) atas rezeki yang telah Allah berikan kepada mereka berupa haiwan ternakkan. Maka makanlah sebahagian darinya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sedang kesusahan (miskin) serta faqir.” (Surah al-Hajj, 22: 28)
Demikian juga di ayat yang lain Allah menyebutkan tentang korban unta, Allah Ta’ala berfirman:
وَالْبُدْنَ جَعَلْنَاهَا لَكُمْ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ فَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهَا صَوَافَّ فَإِذَا وَجَبَتْ جُنُوبُهَا فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ كَذَلِكَ سَخَّرْنَاهَا لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
“Dan telah Kami jadikan bagi kalian unta-unta itu sebahagian dari syi’ar Allah, kalian mendapat kebaikan yang banyak padanya, maka sebutlah nama Allah dengan ikhlas padanya ketika kalian menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah terikat). Kemudian apabila telah rebah (mati), maka makanlah sebahagian darinya, dan berilah makan orang yang memerlukan (yang tidak meminta-minta) dan orang yang memerlukan (dalam keadaan meminta-minta). Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu bagi kalian, mudah-mudahan kalian bersyukur.” (Surah Al-Hajj, 22: 36)
Al-Hafiz Ibn Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) berkata:
وقد احتج بهذه الآية الكريمة مَن ذهب من العلماء إلى أن الأضحية تُجزَّأ ثلاثة أجزاء: فثلث لصاحبها يأكله [منها] (8) ، وثلث يهديه لأصحابه، وثلث يتصدق به على الفقراء؛ لأنه تعالى قال: { فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ }
“Sebahagian ulama berhujah dengan ayat yang mulia ini bahawa daging udh-hiyyah (korban) terbahagi kepada tiga bahagian; yakni sepertiga untuk pemiliknya (yang berkorban), yakni untuk dia makan sebahagian darinya (atau dia simpan), sepertiga untuk dia hadiahkan kepada sahabat-sahabatnya, dan sepertiga lagi untuk dia sedekahkan kepada orang-orang yang faqir, kerana Allah Ta’ala berfirman:
“… maka makanlah sebahagian darinya, dan berilah makan orang yang memerlukan (yang tidak meminta-minta) dan orang yang memerlukan (dalam keadaan meminta-minta).” (Tafsir Ibn Katsir, 5/429)
Untuk lebih jelas, sila semak di artikel dengan judul “Sunnah Makan dan Menyedekahkan Daging Korban.”
Semoga bermanfaat untuk kita fahami, amal dan sampaikan.
Wallaahu a’lam.