Agar Dikurniakan Cahaya Mata, Pelajaran Indah Dari Doa Dua Orang Nabi

Agar Dikurniakan Cahaya Mata
Pelajaran Indah Dari Doa Dua Orang Nabi

Abu Numair
www.ilmusunnah.com

Cahaya Mata Penyeri Kehidupan

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:didiklah anakmu...

وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا (74) أُولَئِكَ يُجْزَوْنَ الْغُرْفَةَ بِمَا صَبَرُوا وَيُلَقَّوْنَ فِيهَا تَحِيَّةً وَسَلَامًا

“Dan orang-orang yang berkata (berdoa): “Wahai Rabb kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan anak keturunan kami sebagai penyejuk hati (bagi kami), dan jadikanlah kami pimpinan bagi orang-orang yang bertaqwa.”

Mereka itulah orang yang dibalasi dengan martabat yang tinggi (dalam Syurga) kerana kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya…” (Surah Al-Furqan, 25: 74-75)

Anak-anak yang dilahirkan merupakan kurniaan dari Allah. Anak-anak juga merupakan hiasan dan penyeri kehidupan di hati para ibu dan bapa. Allah Subhanahu wa Ta’ala mengungkapkan sebagaimana dalam firman-Nya:

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآبِ

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: isteri-isteri, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, haiwan-haiwan ternakan dan sawah ladang. Demikian bentuk nikmat kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (Syurga).” (Surah Ali Imran, 3: 14)

Di ayat yang lain, Allah Ta’ala berfirman:

الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِنْدَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا

“Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Rabb-mu serta lebih baik untuk menjadi harapan.” (Surah Al-Kahfi, 18: 46)

Di sisi yang lain, anak-anak juga merupakan bentuk ujian yang dibebankan atas kedua ibu dan bapa agar mereka bersyukur, bersikap amanah, dan tetap di atas kebenaran.

Setiap pasangan yang telah menikah pasti akan mendamba kehadiran cahaya mata buat penyeri kehidupan berkeluarga.

Namun ada kalanya, tidak setiap pasangan mendapat apa yang diimpikan dalam sela masa yang diinginkan. Demikianlah, apakan daya kalau memang Allah belum berkenan menganugerahi cahaya mata buat mereka.

Walaupun demikian, sebagai seorang muslim kita wajib beriman bahawa setiap takdir Allah pasti mengandungi kebaikan, sama ada kita sedari atau belum menyedari.

Jika kita telusuri kisah-kisah dari sebahagian kisah para Nabi, kita pasti akan menemukan sebahagian mereka juga turut diuji dengan keadaan tersebut, iaitu diuji dengan penantian hadirnya cahaya mata, yang merupakan sebuah penantian yang menuntut kesabaran dan keteguhan hati. Lalu bagaimana sikap dan teladan yang mereka paparkan? InsyaAllah, sama-sama kita telusuri, fahami dan ambil teladan serta pelajaran.

Kisah Doa Nabi Zakariyya ‘alaihis Salaam

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:Anak-anak dilahirkan Dalam Keadaan Fitrah

ذِكْرُ رَحْمَتِ رَبِّكَ عَبْدَهُ زَكَرِيَّا (2) إِذْ نَادَى رَبَّهُ نِدَاءً خَفِيًّا (3) قَالَ رَبِّ إِنِّي وَهَنَ الْعَظْمُ مِنِّي وَاشْتَعَلَ الرَّأْسُ شَيْبًا وَلَمْ أَكُنْ بِدُعَائِكَ رَبِّ شَقِيًّا (4) وَإِنِّي خِفْتُ الْمَوَالِيَ مِنْ وَرَائِي وَكَانَتِ امْرَأَتِي عَاقِرًا فَهَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ وَلِيًّا (5) يَرِثُنِي وَيَرِثُ مِنْ آلِ يَعْقُوبَ وَاجْعَلْهُ رَبِّ رَضِيًّا (6) يَا زَكَرِيَّا إِنَّا نُبَشِّرُكَ بِغُلَامٍ اسْمُهُ يَحْيَى لَمْ نَجْعَلْ لَهُ مِنْ قَبْلُ سَمِيًّا (7) قَالَ رَبِّ أَنَّى يَكُونُ لِي غُلَامٌ وَكَانَتِ امْرَأَتِي عَاقِرًا وَقَدْ بَلَغْتُ مِنَ الْكِبَرِ عِتِيًّا (8) قَالَ كَذَلِكَ قَالَ رَبُّكَ هُوَ عَلَيَّ هَيِّنٌ وَقَدْ خَلَقْتُكَ مِنْ قَبْلُ وَلَمْ تَكُ شَيْئًا (9) قَالَ رَبِّ اجْعَلْ لِي آيَةً قَالَ آيَتُكَ أَلَّا تُكَلِّمَ النَّاسَ ثَلَاثَ لَيَالٍ سَوِيًّا (10) فَخَرَجَ عَلَى قَوْمِهِ مِنَ الْمِحْرَابِ فَأَوْحَى إِلَيْهِمْ أَنْ سَبِّحُوا بُكْرَةً وَعَشِيًّا (11)

“(Yang dibacakan ini adalah) penjelasan tentang rahmat Rabb-mu kepada hamba-Nya, Zakariyya. “Iaitu ketika dia berdoa kepada Rabb-nya dengan suara yang lembut:

“Sungguh tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, namun aku belum pernah putus-asa dan kecewa dalam berdoa kepada-Mu, wahai Rabb-ku. Dan sesungguhnya aku bimbang terhadap mawaliku (waris keturunanku) sepeninggalku, sedang isteriku pula seorang yang mandul, maka anugerahilah aku dari sisi-Mu seorang cahaya mata, yang akan mewarisiku dan mewarisi sebahagian keluarga Ya’qub. Jadikanlah pula dia, wahai Rabb-ku, seorang yang diredhai.”

“Wahai Zakariyya, sesungguhnya Kami memberi khabar gembira kepadamu akan (kehadiran) seorang cahaya mata yang bernama Yahya, yang sebelumnya Kami belum pernah menciptakan orang yang serupa dengan dia.”

Zakariyya berkata, “Ya Rabb-ku, bagaimana akan ada anak bagiku, sedangkan isteriku adalah seorang yang mandul dan aku (sendiri) sesungguhnya sudah mencapai umur yang sangat tua.”

Allah berfirman, “Demikianlah.” Allah berfirman, “Perkara tersebut adalah mudah bagi-Ku; dan sesunguhnya telah Aku ciptakan kamu sebelum itu, sedangkan kamu (di waktu itu) belum ada sama sekali.”

Zakariyya berkata, “Wahai Rabb-ku, berilah aku suatu tanda.” Allah berfirman, “Tanda bagimu ialah bahawa kamu tidak dapat bercakap-cakap dengan manusia selama tiga malam, padahal kamu sihat.” Maka Zakariyya pun keluar dari mihrab menuju kaumnya, lalu dia memberi isyarat kepada mereka; hendaklah kalian bertasbih di waktu pagi dan petang.” (Surah Maryam, 19: 2-11)

Di ayat yang lain, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ (38) فَنَادَتْهُ الْمَلَائِكَةُ وَهُوَ قَائِمٌ يُصَلِّي فِي الْمِحْرَابِ أَنَّ اللَّهَ يُبَشِّرُكَ بِيَحْيَى مُصَدِّقًا بِكَلِمَةٍ مِنَ اللَّهِ وَسَيِّدًا وَحَصُورًا وَنَبِيًّا مِنَ الصَّالِحِينَ (39) قَالَ رَبِّ أَنَّى يَكُونُ لِي غُلَامٌ وَقَدْ بَلَغَنِيَ الْكِبَرُ وَامْرَأَتِي عَاقِرٌ قَالَ كَذَلِكَ اللَّهُ يَفْعَلُ مَا يَشَاءُ (40) قَالَ رَبِّ اجْعَلْ لِي آيَةً قَالَ آيَتُكَ أَلَّا تُكَلِّمَ النَّاسَ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ إِلَّا رَمْزًا وَاذْكُرْ رَبَّكَ كَثِيرًا وَسَبِّحْ بِالْعَشِيِّ وَالْإِبْكَارِ (41)

“Di sanalah Zakariyya berdoa kepada Rabb-nya, dia berkata, “Wahai Rabb-ku, berilah aku dari sisi-mu seorang zuriat yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa.”

Kemudian Malaikat (Jibril) memanggil Zakariyya, sedang dia dalam keadaan berdiri melakukan solat di mihrab (katanya), “Sesungguhnya Allah menggembirakan-mu dengan kelahiran (seorang puteramu) Yahya, yang membenarkan kalimat (yang datang) dari Allah, menjadi ikutan, menahan diri (dari hawa nafsu) dan seorang Nabi yang termasuk dari kalangan orang-orang soleh.” Zakariyya berkata, “Wahai Rabb-ku, bagaimana aku boleh mendapat anak sedang aku telah sangat tua dan isteriku pula seorang yang mandul?” Allah berfirman:

“Demikianlah, Allah berbuat apa yang dikehendaki-Nya.” Berkata Zakariya:perintahkan anak tunaikan solat pada usia tujuh tahun

“Berilah aku suatu tanda (bahawa isteriku telah hamil).” Allah berfirman:

“Tandanya bagimu, kamu tidak dapat berkata-kata dengan manusia selama tiga hari, kecuali dengan isyarat. Dan sebutlah (nama) Rabb-mu sebanyak-banyaknya serta bertasbihlah di waktu petang dan pagi hari.” (Surah Ali ‘Imran, 3: 38-41)

Pelajaran Berharga

Di antara pelajaran dan faedah penting dari kisah doa Nabi Zakariyya ‘alaihis Salaam:

1, Mengandungi penjelasan tentang adab-adab tatkala berdoa kepada Allah, antaranya berdoa dengan suara yang lembut dan penuh rendah diri.

Sebagaimana di ayat yang lain, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً إِنَّهُ لا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

“Berdoalah kepada Rabb-mu dengan rendah diri dan suara yang lembut, sesunggunya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” (Surah Al-A’raaf, 7: 55)

2, Mengadukan permasalahan dan kelemahan diri kepada Allah, kerana hanya kepada Allah tempat terbaik mengadukan permasalahan.

3, Terus berdoa dengan konsisten tanpa putus-asa. Ada kalanya seseorang telah berdoa hingga bertahun-tahun lamanya, tetapi doanya mungkin belum terkabul. Walaupun demikian, berdoalah dan teruslah berdoa. Jangan berputus-asa.

Sesungguhnya Nabi Zakariyya telah berdoa hingga uban telah mula tampak di kepala beliau, dan tubuh-badannya pula telah mula tua dan susut kekuatanya. Sehingga akhirnya Allah pun memperkenankan doanya walaupun dalam keadaannya yang telah tua dan keadaan isterinya yang mandul dengan seorang anak bernama Yahya.

Dari hadis Abu Hurairah, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda:

لاَ يَزَالُ يُسْتَجَابُ لِلْعَبْدِ، مَا لَمْ يَدْعُ بِإِثْمٍ أَوْ قَطِيعَةِ رَحِمٍ، مَا لَمْ يَسْتَعْجِلْ قِيلَ: يَا رَسُولَ اللهِ مَا الِاسْتِعْجَالُ؟ قَالَ: يَقُولُ: قَدْ دَعَوْتُ وَقَدْ دَعَوْتُ، فَلَمْ أَرَ يَسْتَجِيبُ لِي، فَيَسْتَحْسِرُ عِنْدَ ذَلِكَ وَيَدَعُ الدُّعَاءَ

“Doa seorang hamba akan diperkenankan selagi mana dia tidak berdoa untuk perkara dosa atau untuk memutuskan silaturrahim, dan selagi mana dia tidak isti’jal (tergesa-gesa).”

Seorang sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan dengan al-Isti’jal?”

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjawab, “Iaitu apabila dia mengatakan, “Aku telah berdoa dan berdoa tetapi tidak juga diperkenankan.” Maka dia pun kecewa dan meninggalkan doa.” (Shahih Muslim, no. 2735)

Demikianlah pula dengan kisah Nabi Ibrahim ‘alaihis Salaam yang tetap memanjatkan doa kepada Allah sehingga Allah pun menganugerahkan kepadanya dua orang putera walaupun tatkala usianya telah tua.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي وَهَبَ لِي عَلَى الْكِبَرِ إِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ إِنَّ رَبِّي لَسَمِيعُ الدُّعَاءِ (39)

“ (Ibrahim berkata), Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua(ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Rabb-ku, benar-benar Maha Mendengar (yakni memperkenankan) doa.” (Surah Ibrahim, 14: 39)

4, Boleh menjadikan penyebutan nikmat-nikmat Allah sebagai bentuk tawassul di saat berdoa.

Sebagaimana Nabi Zakariyya ketika berdoa:

قَالَ رَبِّ إِنِّي وَهَنَ الْعَظْمُ مِنِّي وَاشْتَعَلَ الرَّأْسُ شَيْبًا وَلَمْ أَكُنْ بِدُعَائِكَ رَبِّ شَقِيًّا (4)

“Sungguh tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, namun aku belum pernah putus-asa dan kecewa dalam berdoa kepada-Mu, wahai Rabb-ku.” (Surah Maryam, 19: 4 – lihat pula Tafsir As-Si’di)doa_untuk_diri_ibu_bapa_kaum_mukminin

5, Menyebut-nyebut nama Allah dan memuji-Nya dalam berdoa seperti, “Wahai Rabb-ku, Engkau Maha Mengabulkan doa, Engkau Maha Mendengar, Engkau Maha Pemurah, atau Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

Ini juga termasuk dalam rangka tawassul dengan nama-nama Allah ketika berdoa.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَلِلَّهِ الأسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا

“Dan hanya milik Allah nama-nama yang baik (asmaa’ul-husnaa), maka berdoalah kepada-Nya dengan menyebut nama-nama tersebut.” (Surah Al-A’raaf, 7: 180)

6, Dalam doa Nabi Zakariyya, ada faedah yang sangat bermanfaat, beliau bukan semata-mata berdoa memohon zuriat. Tetapi turut memanjatkan agar dikurniakan seorang anak yang soleh dan baik, iaitu seorang anak yang mampu menegakkan agama. Di mana beliau menyebutkan agar dikurniakan zuriat yang dapat mewarisi Nabi Ya’qub (yakni berupa kenabian dan kesolehan) serta mewarisinya dalam melestarikan kerja-kerja kenabian, iaitu membimbing dan mendakwahi kaumnya.

Dalam sebuah hadis, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengkhabarkan:

وَإِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلَا دِرْهَمًا وَرَّثُوا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

“Bahawasanya para Nabi itu tidaklah mewariskan dinar mahu pun dirham. Namun, mereka mewariskan ilmu.” (Sunan Abi Dawud, no. 3641)

Padanya juga terdapat faedah betapa prihatinnya beliau terhadap keadaan kaumnya sepeninggalan beliau. Perhatian beliau berbeza dengan perhatian kebanyakan manusia, di mana perhatian dan permohonan doa beliau tidak terfokus semata-mata pada kemaslahatan dunia, namun untuk kemaslahatan agama.

Doa yang sama turut dicontohkan oleh Nabi Ibrahim ‘alaihis Salaam sebagaimana yang diungkapkan oleh Allah dalam ayatnya:

رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ (100) فَبَشَّرْنَاهُ بِغُلَامٍ حَلِيمٍ

“(Ibrahim berdoa), “Wahai Rabb-ku, kurniakanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk dalam kalangan orang-orang soleh.”

Maka Kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar.” (Surah Ash-Shaaffaat, 37: 100-101)

Demikianlah mereka mencontohkan agar kita tidak semata-mata berdoa dan mengharapkan zuriat, namun juga berdoa dan mengharapkan zuriat yang soleh lagi menegakkan agama, mendirikan solat, dan berbuat kebaikan.

7, Menjelaskan sifat rahmat dan kasih-sayang Allah kepada hamba-Nya yang tetap setia berdoa dengan penuh kesungguhan. Sehingga Allah pun menganugerahkannya seorang cahaya mata yang soleh dan baik, sehingga Allah mengkhabarkan:

لَمْ نَجْعَلْ لَهُ مِنْ قَبْلُ سَمِيًّا

“… yang sebelumnya Kami belum pernah menjadikan yang serupa dengannya.”

8, Menjelaskan bahawa, segala sesuatu itu adalah mudah bagi Allah dengan kehendak-Nya sekaligus menunjukkan keagungan dan kebesaran-Nya, walaupun dari satu sudut ianya seakan-akan bertentangan dengan kebiasaan dan menghairankan sebahagian orang.

Dari kisah ini menjelaskan kekuatan dan keampuhan doa, seraya menuntut kita agar tetap berdoa dengan penuh yakin dan sangka baik terhadap Allah.

Dari hadis Abu Hurairah, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالإِجَابَةِ، وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لَاهٍ

“Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kalian yakin ia akan diperkenankan. Ketahuilah bahawa Allah tidak akan menerima doa dari hati yang lalai lagi sambil lewa.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 3479. Dinilai hasan oleh Al-Albani)

9, Anak merupakan kurniaan dan rahmat dari Allah. Kehadirannya menjadi khabar gembira buat pasangan yang telah menikah, sama ada cepat mahupun lambat. Maka hendaklah dia bersyukur kepada Allah.

Sebagaimana sebaik Allah mengkhabarkan kepada Nabi Zakariyya tentang kehamilan isterinya, langsung diikuti dengan perintah agar ingat kepada Allah dan memperbanyakkan tasbih kepada-Nya:

قَالَ رَبِّ اجْعَلْ لِي آيَةً قَالَ آيَتُكَ أَلَّا تُكَلِّمَ النَّاسَ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ إِلَّا رَمْزًا وَاذْكُرْ رَبَّكَ كَثِيرًا وَسَبِّحْ بِالْعَشِيِّ وَالْإِبْكَارِ (41)

“Berkata Zakariya, “Berilah aku suatu tanda (bahawa isteriku telah hamil).” Allah berfirman:

“Tandanya bagimu, kamu tidak dapat berkata-kata dengan manusia selama tiga hari, kecuali dengan isyarat. Dan sebutlah (nama) Rabb-mu sebanyak-banyaknya serta bertasbihlah di waktu petang dan pagi hari.” (Surah Ali ‘Imran, 3: 38-41)poster doa zuriat yg bertaqwa

Syukur itu ditancapkan dalam hati dengan meyakininya sebagai kurniaan dari Allah, dituturkan dengan lisan dengan memanjatkan pujian, dzikir dan syukur kepada Allah, serta dizahirkan dengan ketaatan kepada Allah berupa mentauhidkan-Nya, melaksanakan amal-amal soleh dan menjauhi larangan-larangan-Nya.

Termasuk bentuk penzahiran syukur melalui amalan adalah mendidik anak-anak dengan benar bersesuaian tuntunan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, bersabar atas perilaku mereka, dan sentiasa mendoakan dan mengharapkan kebaikan untuk mereka dengan keimanan kepada Allah, ketaqwaan, mensyukuri nikmat-nikmat, beramal soleh, dan kemanfaatan kepada orang lain.

Ini sebagaimana yang dicontohkan dalam kisah doa Nabi Ibrahim ‘alaihi Salaam yang telah diungkapkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam firman-Nya:

رَبَّنَا إِنِّي أَسْكَنْتُ مِنْ ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِنْدَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُوا الصَّلَاةَ فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ وَارْزُقْهُمْ مِنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ (37) رَبَّنَا إِنَّكَ تَعْلَمُ مَا نُخْفِي وَمَا نُعْلِنُ وَمَا يَخْفَى عَلَى اللَّهِ مِنْ شَيْءٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ (38) الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي وَهَبَ لِي عَلَى الْكِبَرِ إِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ إِنَّ رَبِّي لَسَمِيعُ الدُّعَاءِ (39) رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ (40) رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

“(Ibrahim berkata), “Wahai Rabb kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di sisi rumah-mu (yakni Baitullah) yang dihormati, wahai Rabb kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan solat, maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan rezekikanlah mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur. Wahai Rabb kami, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami zahirkan; dan tidak ada sesuatu apa pun yang tersembunyi bagi Allah, sama ada yang ada di bumi mahupun yang ada di langit. Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua(ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Rabb-ku, benar-benar Maha Mendengar (yakni memperkenankan) doa. Wahai Rabb-ku, jadikanlah aku dan dari anak keturunanku orang-orang yang tetap mendirikan solat, wahai Rabb kami, perkenankanlah doaku. Wahai Rabb kami, ampunilah aku dan kedua ibu bapa-ku dan seluruh orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (yakni hari Kiamat).” (Surah Ibrahim, 14: 37-41)

Sekaligus menunjukkan tingginya keimanan dan kebergantungan mereka kepada Allah, sehingga Allah pun memperkenankan doa-doa mereka. Dan mereka termasuk pula dari kalangan orang-orang yang teguh lagi mensyukuri nikmat.

Andai doa belum juga termaqbul?

Maka berikut penulis kongsikan satu hadis dari Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:doa utk ibu bapa

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيهَا إِثْمٌ ، وَلَا قَطِيعَةُ رَحِمٍ ، إِلَّا أَعْطَاهُ اللهُ بِهَا إِحْدَى ثَلَاثٍ: إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ دَعْوَتُهُ، وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ، وَإِمَّا أَنْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنَ السُّوءِ مِثْلَهَا ” قَالُوا: إِذًا نُكْثِرُ، قَالَ: ” اللهُ أَكْثَرُ

“Tidaklah seorang muslim memanjatkan doa yang tidak mengandungi dosa, dan tidak pula memutuskan hubungan silaturrahim (kekerabatan), melainkan Allah akan memberinya salah satu di antara tiga perkara (iaitu):

“Doanya akan segera dikabulkan, atau akan disimpan baginya di akhirat, atau dirinya akan dijauhkan dari keburukan yang senilai dengan permohonan yang dipintanya.”

Para sahabat pun berkata, “Kalau begitu, kami akan memperbanyakkan doa.” Rasulullah pun menambah:

“(Sesungguhnya) Allah lebih banyak (dalam memperkenan dan menerima doa kalian).” (Musnad Ahmad, no. 11133. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

Selain itu, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman tentang Nuh ‘alaihis Salaam:

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا (١٠) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا (١١) وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا

“Maka aku (Nuh) katakan kepada mereka, “Beristighfarlah kepada Rabb-mu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan melengkapkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun, dan mengadakan pula di dalamnya sungai-sungai.” (Surah Nuh, 71: 10-12)

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) menjelaskan ayat ini dalam tafsir:

أي: إذا تبتم إلى الله واستغفرتموه وأطعتموه، كثر الرزق عليكم، وأسقاكم من بركات السماء، وأنبت لكم من بركات الأرض، وأنبت لكم الزرع، وَأَدَرَّ لكم الضرع، وأمدكم بأموال وبنين، أي: أعطاكم الأموال والأولاد، وجعل لكم جنات فيها أنواع الثمار، وخللها بالأنهار الجارية بينها

“Maksudnya apabila kamu semua bertaubat kepada Allah, beristighfar (memohon ampun) kepada-Nya dan kamu sentiasa mentaati-Nya, nescaya Dia akan memperbanyakkan rezeki ke atas kamu, menurunkan kepada kamu hujan yang barakah, mengeluarkan untuk kamu keberkahan dari bumi, menumbuhkan untuk kamu tumbuh-tumbuhan, mengalirkan (melimpahkan) untuk kamu susu-susu perahan, dan melengkapkan untuk kamu harta dan anak-anak. Maksudnya Dia akan memberi kamu dengan harta kekayaan dan anak-anak serta memberi kepada kamu kebun-kebun yang di dalamnya terdapat pelbagai jenis buah-buahan yang di dalamnya mengalir sungai-sungai.” (Tafsir Ibn Katsir, 8/233)

Wallaahu a’lam..