Adat Bersanding Dalam Perspektif Islam dan Fatwa-fatwa Ulama Tentangnya

Abu Numair
www.ilmusunnah.com

Maksud dan Definisi

Dalam bahasa ‘Arab atau tradisi sebahagian masyarakat ‘Arab terdahulu, bersanding dikenal dengan Al-Minashah (المِنَصَّة). Yakni maknanya dijelaskan sebagaimana berikut oleh sebahagian ulama:fitnah wanita

مِنصة العروس – وهو المكان الذي تُرفع عليه لتظهر أمام النساء – من العادات العربية القديمة، تجتمع فيه النساء حولها للغناء والفرح، لتزف العروس بعدها إلى زوجها.

Al-Minash-shah Al-‘Urus (pentas atau tempat duduk pengantin), yakni tempat yang ditinggikan agar mempelai (pengantin perempuan) dapat dilihat jelas di hadapan para tamu wanita, ia merupakan sebahagian dari adat masyarakat ‘Arab terdahulu. Para tamu dari kalangan wanita akan berkumpul di sekitarnya dalam rangka menyanyi dan menzahirkan kegembiraan, sebelum mempelai wanita berpindah ke rumah suaminya.” (Dipetik dari islamqa.info; https://islamqa.info/ar/102794)

Manakala dalam kalangan masyarakat Melayu Nusantara, adat bersanding difahami sebagaimana berikut:

Yakni meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas tempat duduk khas yang dikenal sebagai pelamin yang dihias indah dalam keadaan duduk sebelah-menyebelah, lengkap berpakaian khas pengantin, untuk dipertontonkan kepada orang ramai (dari kalangan hadirin) sama ada lelaki mahupun perempuan.

Di antara tujuan utama perlaksanaan adat persandingan adalah sebagai tontonan, kenangan, dan memenuhi adat-istiadat perkahwinan Melayu.

Terdapat beberapa teori dalam menjelaskan asal adat persandingan dalam adat istiadat Melayu. Pertama, adat persandingan adalah sebahagian dari adat resam Melayu tulen. Ini kerana penggunaan istilah raja sehari yang persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja. Kedua, ia merupakan sebahagian dari adat upacara yang diambil dari masyarakat India atau upacara dalam kepercayaan hindu. (lihat: Asal Usul Adat Resam Melayu oleh H. M Sidin – Penerbitan Pustaka Antara, 1964. Kamus Dewan Edisi ke-4. Religions in the Malay Archipelago oleh De Jong – Oxford Universiti Press, 1965. Tata Rakyat oleh Joginder Signh – Longman, 1978. Dan juga sumber-sumber yang lain)

Isu Dalam Adat Persandingan

Adat persandingan menjadi isu dan perbahasan dalam perspektif Islam apabila padanya terkandung perkara-perkara yang menyelisihi syara’. Hal tersebut adalah sebagaimana berikut:

1, Terdapat unsur-unsur kepercayaan khurafat dan bid’ah dalam adat “memohon atau memberi restu.”

Pada upacara ini biasanya para ahli keluarga akan tampil ke pentas pelaminan, kemudian saling bersalaman, memeluk, dan mencium mempelai dalam rangka memberi restu dengan maksud agar mempelai dikurniakan kebahagiaan seraya dijauhkan dari nasib malang dan keburukan.

Upacara dan sarana seperti ini termasuk wasilah dan i’tiqad yang bid’ah. Namun seandainya mereka meyakini yang memberikan kebahagiaan dan menjauhkan mudharat itu selain dari Allah (seperti misalnya keluarga yang memberi restu), maka padanya terkandung kesyirikan.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ

“Adakah mereka memiliki sembahan-sembahan selain Allah yang mensyari’atkan untuk mereka agama (syari’at) yang tidak diizinkan Allah?” (Surah Asy-Syuura, 42: 21)

Dari hadis ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ، فَهُوَ رَدٌّ

“Siapa yang mengada-adakan sesuatu yang baru dalam urusan kami (agama Islam) ini, yang bukan darinya, maka ianya tertolak.” (Shahih Al-Bukhari, no. 2697. Muslim, no. 1718)

Dari hadis ‘Abdullah bin Mas’ud, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

الطِّيَرَةُ شِرْكٌ، الطِّيَرَةُ شِرْكٌ، ثَلَاثًا، وَمَا مِنَّا إِلَّا وَلَكِنَّ اللَّهَ يُذْهِبُهُ بِالتَّوَكُّلِ

Ath-thiyarah (iaitu kerana mempercayai ramalan-ramalan, sangkaan-sangkaan atau mengangap sial sesuatu tanpa dalil) adalah kesyirikan, Ath-Thiyarah adalah syirik, Ath-Thiyarah adalah syirik.”

Ibnu Mas’oud berkata:

“Tidaklah ada yang dapat menghilangkan sangkaan sial (bernasib malang dari hatinya), tetapi Allah-lah yang menghilangkan anggapan sial tersebut apabila dia bertawakkal.” (Sunan Abi Dawud, no. 3910. At-Tirmidzi, no. 1614. Ibnu Majah, no. 3538)

Dari hadis ‘Abdullah bin ‘Amr, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ رَدَّتْهُ الطِّيَرَةُ مِنْ حَاجَةٍ، فَقَدْ أَشْرَكَ، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، مَا كَفَّارَةُ ذَلِكَ؟ قَالَ: أَنْ يَقُولَ أَحَدُهُمْ: اللهُمَّ لَا خَيْرَ إِلَّا خَيْرُكَ، وَلَا طَيْرَ إِلَّا طَيْرُكَ، وَلَا إِلَهَ غَيْرُكَ

“Sesiapa yang meninggalkan hajatnya disebabkan ath-thiyarah (iaitu kerana mempercayai sangkaan-sangkaan tidak baik atau mengangap sial sesuatu tanpa dalil), maka sesungguhnya dia telah syirik.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apa penyelesaiannya?” Maka beliau bersabda, “Hendaklah mereka mengatakan:

اللهُمَّ لَا خَيْرَ إِلَّا خَيْرُكَ، وَلَا طَيْرَ إِلَّا طَيْرُكَ، وَلَا إِلَهَ غَيْرُكَ

“Ya Allah tiadalah kebaikan melainkan dari Engkau, dan tiadalah keburukan (atau kesialan) itu melainkan dari Engkau, dan tiadalah yang berhak disembah melainkan Engkau.”.” (Musnad Ahmad, no. 7045. Dinilai hasan oleh Syu’aib Al-Arnauth)

Di hadis yang lain dari Abu Hurairah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لاَ طِيَرَةَ، وَخَيْرُهَا الفَأْلُ» قَالُوا: وَمَا الفَأْلُ؟ قَالَ: «الكَلِمَةُ الصَّالِحَةُ يَسْمَعُهَا أَحَدُكُمْ

“Tidak ada thiyarah (anggapan sial atau nasib malang disebabkan sesuatu tanpa dalil), namun jika ada yang baik dari thiyarah itu adalah al-fa’l (kata-kata motivasi atau dorongan untuk bersikap positif dan optimis).”

Para sahabat bertanya, “Apa dia al-fa’l?”

Jawab Rasulullah, “Perkataan-perkataan yang baik yang kalian dengar.” (Shahih Al-Bukhari, no. 5754. Muslim, no. 2223)

2, Diiringi adat menabur beras kunyit, menepung tawar, atau merenjis air mawar.

Dari amalan memberi atau memohon restu, ianya diikuti dengan amalan atau adat menabur beras kunyit, menepung tawar, atau merenjis air mawar. Pada sebahagian adat atau majlis, ritual ini satu pakej dengan acara “memberi restu”.

Amalan ini dikatakan memiliki makna-makna yang membawa syirik atau kepercayaan khurafat tertentu seperti mampu menghalau semangat tidak baik, mengelakkan perkara tidak diingini menimpa, sebagai pendinding, simbolik penyucian diri, sebagai tanda restu, atau makna sebaliknya dalam rangka meraih kebaikan tertentu, dan seumpamanya.

Maklumat ini penulis perolehi dari pelbagai sumber termasuk majalah-majalah berkaitan adat perkahwinan masyarakat Melayu, artikel-artikel yang banyak tersebar di internet, temu bual dari sebahagian ahli masyarakat atau individu, serta dari pengamal dan perunding penyedia pakej/set perkahwinan.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَإِنْ يَمْسَسْكَ اللَّهُ بِضُرٍّ فَلَا كَاشِفَ لَهُ إِلَّا هُوَ وَإِنْ يَمْسَسْكَ بِخَيْرٍ فَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (17) وَهُوَ الْقَاهِرُ فَوْقَ عِبَادِهِ وَهُوَ الْحَكِيمُ الْخَبِيرُ

“Dan jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Dan Dialah yang berkuasa atas seluruh hamba-hamba-Nya. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-An’aam, 6: 17-18)

Dari sini menunjukkan bahawa kemudharatan dan kebaikan itu hanya boleh ditolak atau dicapai dengan cara-cara yang benar, jelas dan dibenarkan oleh syara’. Kemudharatan tidak boleh dihilangkan atau dihalang dengan amalan-amalan yang tidak jelas atau sekadar bersumber dari sangkaan-sangkaan tertentu tanpa dalil-dalil yang benar sama ada dalil-dalil wahyu mahupun kauniyyah, yakni ianya tidak boleh ditolak dengan sesuatu yang bertentangan dengan syara’ atau berdasarkan i’tiqad-i’tiqad yang tidak berasas.

Dalam masa sama ianya juga terkandung maksud tasyabbuh (penyerupaan) dengan upacara perkahwinan orang kafir. Di mana Islam telah melarang umatnya dari bertayabbuh atau menyerupai amalan kepercayaan yang menjadi simbol khusus orang-orang kafir.

Dari hadis Ibn ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

“Siapa yang bertasyabbuh dengan suatu kaum (yang menjadi kebiasaan dan simbol orang-orang kafir), maka dia termasuk dalam golongan mereka.” (Sunan Abi Dawud, no. 4031)

Dan ianya juga termasuk dalam perbuatan membazir dan membuang-buang beras yang merupakan sebahagian dari bahan makanan, yang mana disebutkan dalam sebahagian hadis Nabi memerintahkan agar tidak membiarkan sisa makanan terbuang begitu saja dan turut memerintahkan agar mengutip makanan yang terjatuh jangan sampai terbazir lalu dimanfaatkan oleh Syaitan.

Dari itu, bagaimana pula dengan makanan yang sengaja dibuang-buang?

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ

“Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.” (Surah Al-A’raaf, 7: 31)

Allah Ta’ala juga berfirman:

وَلَا تُبَذِّرْ تَبْذِيرًا إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

“Dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (harta) secara boros. Sesungguhnya para pemboros (yakni orang-orang yang membazir) itu adalah saudara para Syaitan. Dan Syaitan itu kufur (ingkar) terhadap Rabb-nya.” (Surah Al-Is’ra’, 17: 26-27)

3, Padanya Wujud Unsur dan Makna Memperagakan perempuan atau isteri untuk tontonan umum yang telah diharamkan oleh syara’.

Perkara ini termasuk dalam makna tabarruj yang jelas diharamkan oleh Islam.

Asy-Syaikh ‘Abdullah bin Jarullah Al-Jarullah rahimahullah menjelaskan:

هو أن تظهر المرأة للرجال الأجانب الذين ليسوا من محارمها ما يوجب عليها الشرع أن تستره من زينتها ومحاسنها، فالتبرج إظهار المرأة زينتها ومحاسنها للرجال الأجانب الذين ليسوا من محارمها، فهو التكشف وإظهار الزينة من المرأة والمفاتن كحليها وذراعيها وساقيها وصدرها وعنقها ووجهها.

“Ia (tabarruj) adalah perbuatan seorang wanita menzahirkan perhiasan dan keindahan dari bahagian tubuhnya kepada lelaki ajnabi (yang bukan mahram), yang mana syari’at telah mewajibkannya untuk menutupinya. Maka tabarruj adalah menzahirkan (atau memperlihatkan) perhiasan dari bahagian tubuhnya dan kecantikannya kepada lelaki ajnabi yang bukan mahramnya, yakni dia menyingkap dan memperlihatkan perhiasannya dari bahagian-bahagian tubuhnya yang mampu mengundang pesona seperti perhiasannya (atau pakaiannya), lengannya, betisnya, dadanya, lehernya, atau wajahnya.”

Kata beliau lagi:

التبرج محرم في كتاب الله وسنة نبيه وإجماع المسلمين، فالمرأة كلها عورة لا يصح أن يرى الذين ليسوا من محارمها شيئًا من جسدها ولا شعرها ولا حليها ولا لباسها الباطن. وما تفعله أكثر نساء هذا الزمان من التهتك والتبرج وإظهار الزينة والذهب ما هو إلا مجاهرة بالعصيان وتشبه بالنساء الكافرات وإثارة للفتنة.

Tabarruj adalah haram berdasarkan Kitab Allah, Sunnah Nabi-Nya Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, dan ijma’ ulama kaum muslimin. Maka wanita itu seluruhnya adalah aurat, tidak boleh sengaja menjadi tontonan orang-orang yang bukan mahramnya sedikit pun, sama ada dari tubuhnya, rambutnya, perhiasannya, mahupun pakaian dalamnya.

Adapun apa yang dilakukan oleh kebanyakan wanita pada hari ini, yang membelakangkan moral, bertabarruj, menzahirkan perhiasannya, emas; perkara tersebut tidak lain termasuk menzahirkan kemaksiatan secara terang-terangan dan merupakan perbuatan tasyabbuh (penyerupaan) dengan wanita-wanita kafir serta termasuk sarana yang menimbulkan fitnah (kerosakan).” (lihat: Mas’uliyyah Mar’ah Al-Muslimah, m/s. 8 – Islamhouse.com)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الأولَى

“Dan hendaklah kalian (yakni isteri-isteri Nabi) tetap di rumah-rumah kalian dan jangan bertabarruj seperti orang-orang jahiliyyah terdahulu bertabarruj.” (Surah Al-Ahdzaab, 33: 33)

Dan para ulama tafsir menjelaskan bahawa para wanita beriman itu adalah mengikuti dan mencontohi ibu-ibu mereka dari isteri-isteri Nabi.

Asy-Syaikh As-Si’di rahimahullah berkata dalam tafsirnya tentang ayat ini:

لا تكثرن الخروج متجملات أو متطيبات، كعادة أهل الجاهلية الأولى، الذين لا علم عندهم ولا دين، فكل هذا دفع للشر وأسبابه.

“Janganlah kaum wanita banyak keluar dengan bercantik-cantik dan berwangi-wangian sebagaimana orang-orang jahiliyyah terdahulu, yang mereka tidak punya ilmu di sisi mereka dan tidak pula agama. Ini semua bertujuan mencegah keburukan dan sebab-sebab yang menjadi faktor keburukan.” (Tafsir As-Si’di, m/s. 663)

Kata Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H):

أي: الزمن بيوتكن فلا تخرجن لغير حاجة. ومن الحوائج الشرعية الصلاة في المسجد بشرطه

“Iaitu tinggallah di rumah kalian dan jangan keluar tanpa keperluan (yang syar’i). Dan dari bentuk keperluan syar’i adalah seperti solat di masjid berdasarkan syarat-syaratnya.” (Tafsir Ibnu Katsir, 6/409)

Walaupun demikian ada hadis yang menyebutkan bahawa “Solat seorang wanita di bilik rumahnya itu lebih utama berbanding dia keluar solat di masjid secara berjama’ah” walaupun bukanlah bermaksud wanita dilarang solat di masjid. (lihat artikel: Tempat Solat Terbaik Bagi Wanita)

Termasuk makna tabarruj ala jahiliyyah adalah sebagaimana kata Al-Imam Mujahid rahimahullah:

كانت المرأة تخرج تمشي بين يدي الرجال، فذلك تبرج الجاهلية

“Dahulu wanita keluar berjalan dalam kalangan kaum lelaki, maka yang demikian (termasuk) maksud tabarruj jahiliyyah.” (Tafsir Ibnu Katsir, 6/10)

Dari hadis ‘Abdullah (bin Mas’oud) radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّ الْمَرْأَةَ عَوْرَةٌ، فَإِذَا خَرَجَتِ اسْتَشْرَفَهَا الشَّيْطَانُ، وَأَقْرَبُ مَا تَكُونُ مِنْ وَجْهِ رَبِّهَا وَهِيَ فِي قَعْرِ بَيْتِهَا

“Sesungguhnya wanita itu aurat. Apabila dia keluar (dari rumah) maka syaitan pun menyambutnya (dengan mengangkat pandangan padanya). Keadaan wanita yang paling dekat dengan wajah Rabbnya adalah ketika dia berada di dalam rumahnya.” (Shahih Ibnu Khuzaimah no. 1685. Sunan At-Tirmidzi, no. 1173)

Kemudian Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memerintahkan melalui firman-Nya:

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ (30) وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ

“Katakanlah kepada para lelaki yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kehormatannya (atau kemaluannya); yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” Dan katakanlah kepada para wanita yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangan dan kehormatannya (atau kemaluannya), dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya…” (Surah An-Nuur, 24: 30-31)

Pada ayat ini terkandung perintah yang mencakupi lelaki dan perempuan. Allah telah memerintahkan agar menundukkan dan menahan pandangan mereka terhadap lawan jantina mereka yang bukan termasuk mahram mereka. Di antara hikmah dan maksud dari larangan ini adalah dalam rangka menjaga syahwat, kehormatan, dan memelihara pandangan mereka dari apa-apa yang sememangnya diharamkan untuk dilihat.

Perintah ini umumnya menunjukkan perintah menahan pandangan terhadap lawan jantina mereka dalam keadaan mereka menuntup aurat sempurna, lalu bagaimana terhadap lawan jantina mereka yang tidak menutup aurat sempurna sebagaimana kebanyakan wanita-wanita atau lelaki saat ini? Sudah tentu perintahnya atau penekanannya lebih tegas lagi.

Bahkan dalam suatu hadis Nabi menyebutkan perempuan yang sengaja membuat kaum lelaki terangsang atau terfitnah sebagai wanita berupa syaitan. (lihat: Shahih Muslim, no. 1403)

Lalu, dari ini semua… bagaimana dengan acara adat persandingan ini yang memang antara tujuan utamanya adalah untuk mempertontonkan isteri, anak perempuan, atau pengantin perempuan ditambah dalam keadaan yang kebanyakannya tidak menutup aurat secara sempurna, memakai pakaian yang tidak syar’i, berwangi-wangian, didandan, berhias cantik dan tabarruj pula?! Sedang dalam keadaan menutup aurat saja sudah dilarang oleh syara’ dan diperintahkan agar menundukkan pandangan!

Laa hawla wala quwwata illa billah

‘Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata:

أَمَا إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: مَا مِنَ امْرَأَةٍ تَخْلَعُ ثِيَابَهَا فِي غَيْرِ بَيْتِهَا إِلَّا هَتَكَتْ، مَا بَيْنَهَا وَبَيْنَ اللَّهِ تَعَالَى

“Adapun aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Tidaklah seorang wanita melepaskan pakaiannya (sehingga tersingkap auratnya) di selain rumahnya kecuali dia telah mengoyakkan (tirai penutup) antara dia dengan Allah Ta’ala.”.” (Sunan Abi Dawud, no. 4010)

Dalam lafaz At-Tirmidzi:

مَا مِنْ امْرَأَةٍ تَضَعُ ثِيَابَهَا فِي غَيْرِ بَيْتِ زَوْجِهَا إِلَّا هَتَكَتِ السِّتْرَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ رَبِّهَا

“Tidaklah seorang wanita melepaskan pakaiannya (sehingga tersingkap auratnya) di selain rumah suaminya kecuali dia telah mengoyakkan tirai penutup antara dia dengan Allah Rabb-nya.”

Diriwayatkan dari sahabat Nabi; ‘Ali radhiyallahu ‘anhu pernah berkata kepada isterinya, (iaitu) Fathimah radhiyallahu ‘anha:

يا فاطمة ما خير ما للمرأة؟ أن لا ترى الرجال ولا يروها. ألا تستحيون؟ ألا تغارون؟ يترك أحدكم امرأته تخرج بين الرجال تنظر إليهم وينظرون إليها

“Wahai Fathimah, apa yang terbaik untuk seorang wanita?” Fathimah menjawab:

“Hendaklah dia tidak melihat lelaki (yang bukan mahramnya) dan lelaki pun tidak melihatnya.”

‘Ali berkata lagi:

 “Tidakkah kamu malu? Tidakkah kamu cemburu? Salah seorang di antara kamu membiarkan isterinya pergi ke khalayak kaum lelaki dan dia melihat mereka serta mereka (para lelaki) pun memandangi mereka pula.” (Lihat: Al-Kaba’ir oleh Adz-Dzahabi, m/s. 171-172. Dinukil dari: Mas’uliyyah Al-Mar’ah Al-Muslimah oleh ‘Abdullah bin Jarullah Al-Jarullah, m/s. 67)

Kemudian dalam Musnad Ahmad juga terdapat atsar yang hampir sama daripada ‘Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

أَلَا تَسْتَحْيُونَ أَوْ تَغَارُونَ؟ فَإِنَّهُ بَلَغَنِي أَنَّ نِسَاءَكُمْ يَخْرُجْنَ فِي الْأَسْوَاقِ يُزَاحِمْنَ الْعُلُوجَ

“Adakah kamu tidak malu atau cemburu? Sesungguhnya telah sampai kepadaku bahawa wanita-wanita kamu keluar di pasar-pasar lalu mereka bercampur dengan kaum lelaki.” (Musnad Ahmad,  no. 1118. Sanadnya jayyid kerana Syarik bin ‘Abdullah Al-Qadhi dalam riwayatnya daripada Abu Ishaq adalah tsabit sebagaimana kata Imam Ahmad)

Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H):

ومن المعلوم أن العاقل يشتد عليه أن الأجنبي يرى وجه زوجته وابنته ونحو ذلك

“Dan dari yang dimaklumi bahawa orang yang memiliki akal akan merasa berat seandainya ada lelaki ajnabi (lelaki asing yang bukan mahram) memandang pada wajah isteri, anak perempuannya, dan seumpamanya.” (Fath Al-Bari, 12/245)

Ketahuilah, bahawa disebutkan dalam sebahagian hadis antaranya sebagaimana dari hadis ‘Abdullah bin ‘Umar, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

ثَلَاثَةٌقَدْحَرَّمَاللهُعَلَيْهِمُالْجَنَّةَ: مُدْمِنُالْخَمْرِ،وَالْعَاقُّ،وَالدَّيُّوثُ “،الَّذِييُقِرُّفِيأَهْلِهِالْخَبَثَ

“Tiga jenis orang yang diharamkan Syurga oleh Allah adalah pencandu Al-Khamr (minuman memabukkan), anak yang derhaka pada ibu dan bapa, dan si dayyuts, iaitu yang membiarkan suatu yang keji (maksiat) dilakukan oleh ahli keluarganya.” (Musnad Ahmad, no. 5372. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

Kata Al-Imam Ibn Al-Atsir rahimahullah (Wafat: 606H):

تحرُمُ الْجَنَّةُ عَلَى الدَّيُّوثِ هُوَ الَّذِي لَا يَغَارُ عَلَى أهله

“Diharamkan Syurga ke atas para dayyuts, iaitu lelaki yang tidak punya rasa cemburu terhadap ahli keluarganya.” (An-Nihayah fii Gharibil Hadits wal Atsar, 2/147)

Berkata An-Nuhas (rahimahullah):

هُوَ أَنْ يَحْمِيَ الرَّجُلُ زَوْجَتَهُ وَغَيْرَهَا مِنْ قَرَابَتِهِ وَيَمْنَعَ أَنْ يَدْخُلَ عَلَيْهِنَّ أَوْ يَرَاهُنَّ غَيْرُ ذِي مَحْرَمٍ

“Dia (lelaki yang punya kecemburuan) adalah lelaki yang melindungi dan memelihara isterinya serta ahli keluarganya dari kemasukan dan penglihatan orang-orang (yakni lelaki) yang bukan mahramnya.” (Tuhfat ul-Ahwadzi oleh ‘Abdurrahman Al-Mubarakfuri, 9/357)

… bersambung di poin no. 5.

4, Berhias dengan cara andaman tetentu yang bertujuan menutupi rupa paras atau kecantikan asal, seperti mengenakan make-up (alat solek pada muka), menghilangkan sebahagian bulu kening, memberikan warna-warna tertentu pada wajah, tangan atau seumpamanya.

Hukum asal berdandan bagi kaum wanita adalah harus lebih-lebih lagi bagi tujuan menambat hati suami. Namun tidak boleh sampai melampaui batas-batas yang diharamkan oleh Allah Ta’ala dan Rasul-Nya. Antaranya sebagaimana disebutkan, yakni tidak boleh sampai mengubah wajah yang asal, tidak boleh dengan warna (make-up) yang memberi kesan kekal, tidak boleh mencabut atau mencukur kening, tidak boleh tatuu, tidak boleh menyerupai dandanan orang-orang kafir, dan tidak boleh berdandan untuk orang-orang yang diharamkan Allah untuk melihatnya dari kalangan lelaki ajnabi khasnya.

Namun, inilah antara yang banyak berlaku dalam sebahagian persiapan, pakej dandanan, dan ritual atau majlis-majlis persandingan. Sedangkan ianya termasuk perbuatan melampaui batas-batas dibenarkan dan termasuk perkara yang diharamkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul-Nya sebagaimana tertera dalam banyak dalil.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَلَآمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللَّهِ

“(Dan Syaitan itu mengatakan) Dan aku akan menyuruh mereka (mengubah ciptaan Allah), maka mereka pun benar-benar mengubahnya…” (Surah An-Nisaa’, 4: 119)

Kata Asy-Syaikh As-Si’di rahimahullah (Wafat: 1376H) ketika menjelaskan ayat tersebut:

وهذا يتناول تغيير الخلقة الظاهرة بالوشم، والوشر والنمص والتفلج للحسن، ونحو ذلك مما أغواهم به الشيطان فغيروا خلقة الرحمن. وذلك يتضمن التسخط من خلقته والقدح في حكمته، واعتقاد أن ما يصنعون بأيديهم أحسن من خلقة الرحمن، وعدم الرضا بتقديره وتدبيره، ويتناول أيضا تغيير الخلقة الباطنة

“Dan ini meliputi pengubahan penciptaan yang zahir semisal dengan mentatuu, meruncingkan gigi, mencabut (atau mencukur) bulu kening, atau menjarakkan gigi demi mendapatkan kecantikkan dan yang sejenisnya dari perkara-perkara yang menjadi sasaran syaitan dalam memperdayakan mereka. Sehinggalah mereka pun mengubah ciptaan Allah Ar-Rahman. Dan pada yang demikian ini mengandungi makna rasa tidak puas dengan ciptaan-Nya dan menuduh adanya aib pada hikmah penciptaan-Nya serta mengangap apa yang mereka lakukan (ubah-suai) dengan tangan-tangan mereka itu lebih indah dari ciptaan-Nya. Mereka tidak redha dengan ketetapan dan aturan-Nya, dan perkara ini turut mencakup pengubahan pada ciptaan-Nya yang bathin.” (Tafsir As-Si’di, m/s. 203)

Dari hadis As-Sarid bin Suwaid, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

كُلُّ خَلْقِ اللهِ تَعَالىَ حَسَنٌ

“Setiap ciptaan Allah Ta’ala itu baik.” (Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 4522)

Dari hadis ‘Abdullah bin Mas’oud radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ تَعَالَى

“Allah melaknat orang yang membuat tatuu dan wanita yang minta ditatuu, wanita yang menyambung rambutnya (dengan rambut palsu), yang mencukur bulu kening, dan yang minta dicukur, dan wanita yang merenggangkan giginya untuk kecantikan sehingga mengubah ciptaan Allah Ta’ala.” (Musnad Ahmad, no. 4129. Shahih Al-Bukhari, no. 5931. Muslim, 2125)

Kecuali pada apa-apa yang padanya terdapat dalil yang menjelaskan syari’at atau keharusannya seperti khitan, bagi menutupi aib (di luar normal atau kebiasaan ciptaan) semisal memperbaiki bibir yang sumbing, membuat anggota tubuh palsu bagi menampung keperluan disebabkan kecacatan, merapikan gigi yang tidak sekata supaya dapat berfungsi dengan baik dan seumpamanya.

5, Pengantin perempuan didandan khas untuk tontonan umum (yakni untuk selain suaminya).

Sebelum itu, sebagaimana yang penulis sebutkan, hukum asal berdandan bagi seorang perempuan adalah mubah (yakni dibolehkan), asalkan tidak sampai melampaui batas-batas yang diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Antaranya dalam rangka bercantik-cantik dan menambat hati suami, tidak menggunakan bahan yang terlarang, tidak menyerupai dandanan wanita kafir atau orang-orang fasiq, tidak berlebih-lebihan, dan bukan untuk tatapan lelaki yang bukan mahramnya atau lelaki ajnabi.

Kata Asy-Syaikh ‘Abdul Aziz bin Baz rahimahullah:

وضع ما اعتاده النساء في الشفة من الحمرة هذا لا بأس به، والرَّوج بأنه زينة الشياطين هذا لا أصل له، المقصود أن المرأة لها أن تتزين وتتجمل بما تراه مناسباً في وجهها وكفيها وفي يديها وفي فمها كل هذا لا بأس به عند الزوج، لا للرجال الأجانب، أو بين النساء لا بأس، أما عند الرجل الأجنبي فهذا لا يجوز

عليها أن تتستر وأن تحتجب عمن حرم الله عليها أن يراها

“Mengenakan apa-apa yang dapat digunakan oleh kaum wanita pada bibirnya dari jenis pemerah bibir (lipstiks), ini tidaklah mengapa. Dikatakan lipstiks sebagai perhiasan Syaitan, ini tidak ada asalnya. Maksudnya, dibolehkan bagi wanita untuk berhias dan bercantik-cantik dengan apa-apa yang sesuai baginya pada wajahnya, pada tangannya, atau pada bibirnya. Semua ini tidaklah mengapa jika dilakukan di sisi suaminya, bukan untuk (tatapan) lelaki ajnabi (lelaki asing, bukan mahram). Boleh juga jika dilakukan sesama kalangan wanita sahaja (tanpa kehadiran lelaki asing). Ada pun jika dilakukan di hadapan lelaki ajnabi, maka ini tidaklah dibolehkan. Diwajibkan atasnya untuk menutup dan berhijab dari orang-orang  yang telah diharamkan oleh Allah baginya dari melihatnya.” (Fatwa Ibn Baz; http://www.binbaz.org.sa/noor/9726)

Namun, permasalahan di sini apabila dia didandan dalam rangka menjayakan acara persandingan.

Bagi menjayakan acara persandingan, biasanya pengantin perempuan pasti akan didandan dengan dandanan khusus tertentu. Ini semua dilakukan dalam rangka untuk mempertontonkannya buat para hadirin yang tergolong sama ada dari kalangan mahramnya atau selain mahramnya. Di sinilah letak sebahagian dari kemungkaran besar acara ini.

Bahkan pada sebahagian keadaan, pengantin perempuan sampai meninggalkan kewajiban solat bagi memastikan kesan solekan, andaman, dan dandanannya kekal sampai tamatnya majlis. Sungguh ini termasuk kemungkaran dan dosa yang sangat besar!

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَلا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الأولَى

“… Dan janganlah kamu bertabarruj (berhias dan berdandan untuk selain suaminya) dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyyah terdahulu.” (Surah Al-Ahzab, 33: 33)

Termasuk dalam bentuk-bentuk tabarruj adalah membuka aurat untuk tatapan umum, mencari tarikan (walaupun dalam keadaan menutup aurat), mahu kelihatan cantik dan berdandan bukan untuk suaminya, mencukur kening, memakai pakaian yang menunjukkan atau menggambarkan bentuk tubuh, serta yang semaksud dengannya.

Dari hadis Abu Musa Al-Asy’ari radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

أَيُّمَا امْرَأَةٍ اسْتَعْطَرَتْ فَمَرَّتْ عَلَى قَوْمٍ لِيَجِدُوا مِنْ رِيحِهَا فَهِيَ زَانِيَةٌ

“Perempuan mana pun yang mengenakan wangi-wangian lalu melintasi sekumpulan lelaki agar mereka mencium bau harum yang dia kenakan maka perempuan tersebut adalah penzina.” (Musnad Ahmad, no. 19711. Sunan An-Nasa’i no. 5129. Sunan At-Tirmidzi, no. 2786)

Dalam lafaz At-Tirmidzi:

كُلُّ عَيْنٍ زَانِيَةٌ، وَالمَرْأَةُ إِذَا اسْتَعْطَرَتْ فَمَرَّتْ بِالمَجْلِسِ فَهِيَ كَذَا وَكَذَا يَعْنِي زَانِيَةً

“Setiap mata akan berzina, dan seorang perempuan apabila mengenakan wangi-wangian lalu melintasi suatu majlis maka demikian dan demikian.” Yakni dia seakan pelaku zina. (Sunan At-Tirmidzi, no. 2786)

Al-Imam Al-Munawi rahimahullah (Wafat: 1031H) berkata:

والمرأة إذا استعطرت فمرت بالمجلس فقد هيجت شهوة الرجال بعطرها وحملتهم على النظر إليها، فكل من ينظر ‏إليها فقد زنا بعينه، ويحصل لها إثمٌ لأنها حملته على النظر إليها وشوشت قلبه، فإذن هي سببُ زناه بالعين، فهي أيضاً زانية

“Seorang wanita jika memakai wangi-wangian lalu melintasi suatu majlis (yakni sekumpulan lelaki) maka dia mampu membangkitkan syahwat lelaki dengan bau aromanya seraya mendorong mereka untuk melihat kepadanya. Setiap yang melihat kepadanya maka dianggap telah berzina dengan matanya. Wanita tersebut mendapat dosa kerana sengaja memancing pandangan kepadanya dan menjadi sebab datangnya bisikan pada hati orang yang memandangnya (kerana terfitnah). Jadi, wanita tersebut telah menjadi sebab zina dengan mata dan dia dianggap penzina (dengan sebab tersebut).” (Faidh Al-Qadir, 5/35)

Penyusun Tuhfat ul-Ahwadzi, Muhammad ‘Abdurrahman Al-Mubarakfuri rahimahullah (Wafat: 1353H) berkata:

قَوْلُهُ (كُلُّ عَيْنٍ زَانِيَةٌ) أَيْ كُلُّ عَيْنٍ نَظَرَتْ إِلَى أَجْنَبِيَّةٍ عَنْ شَهْوَةٍ فَهِيَ زَانِيَةٌ (إِذَا اسْتَعْطَرَتْ) أَيِ اسْتَعْمَلَتِ الْعِطْرَ (فَمَرَّتْ بِالْمَجْلِسِ) أَيْ مَجْلِسِ الرِّجَالِ (يَعْنِي زَانِيَةً) لِأَنَّهَا هَيَّجَتْ شَهْوَةَ الرِّجَالِ بِعِطْرِهَا وَحَمَلَتْهُمْ عَلَى النَّظَرِ إِلَيْهَا وَمَنْ نَظَرَ إِلَيْهَا فَقَدْ زَنَى بِعَيْنَيْهِ فَهِيَ سَبَبُ زِنَى الْعَيْنِ فَهِيَ آثِمَةٌ

“Sabda Nabi “Setiap mata akan berzina…” maknanya setiap mata yang memandang kepada ajnabiyyah (orang yang bukan mahramnya) dengan syahwat, maka dia telah berzina.

Sabda Nabi “apabila dia mengenakan wewangian…” maksudnya menggunakan pewangi (perfum, athar, dll. yang harum semerbak aromanya).

Sabda Nabi “apabila dia melintasi suatu majlis…” yakni majlis yang padanya ada kaum lelaki.

Sabda Nabi “Yakni dia seakan pelaku zina”; (disebut sebagai penzina) adalah kerana wanita-wanita itu menjadi sebab yang membangkitkan syahwat (atau ghairah) para lelaki dengan aroma wangian yang dia kenakan, dan dia telah memancing (atau mendorong) para lelaki untuk melihat kepadanya. Maka sesiapa yang melihat kepadanya maka dia telah berzina dengan matanya, lalu ini menjadi faktor yang mendorong terjadinya zina mata (yakni bersedap-sedapan dengan matanya melihat sesuatu yang diharamkan), maka ini adalah perbuatan dosa.” (Tuhfah Al-Ahwadzi bi Syarh Jaami’ Tirmidzi, 8/58)

Termasuk dalam makna ini adalah mereka yang berhias, berdandan atau bercantik-cantik dalam rangka memancing pandangan dan meraih tarikan dari selain suami atau mahramnya.

Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) berkata:

وسبب المنع منه واضح وهو ما فيه من تحريك داعية الشهوة وقد ألحق به العلماء ما في معناه كحسن الملبس والحلي الذي يظهر والزينة الفاخرة وكذا الاختلاط بالرجال

“Sebab dari larangan tersebut adalah jelas, di mana ia mampu menggerakkan syahwat lelaki. Para ulama menyamakan perkara ini dengan mengenakan pakaian dan perhiasan yang bagus yang dia tampakkan (dalam rangka meraih perhatian) di mana demikianlah karektor penzina yang fakhirah (dimaklumi), dan demikan juga ikhtilath (percampuran bebas) dengan lelaki.” (Fath Al-Bari, 2/349)

Benar-benar perbuatan sebahagian kaum wanita seperti ini telah menjadi sebab munculnya pelbagai fitnah (keburukan) yang besar di sana-sini. Apabila pergaulan bebas dibiarkan, pelbagai bentuk eksploitasi wanita mendapat sambutan, peragaan tubuh dijadikan sumber hiburan, dan sebagai sarana mencari perhatian, maka berlakulah apa yang telah berlaku.

Pelbagai bencana keruntuhan moral mula berleluasa, kejadian-kejadian cabul, rogol dan pemerkosaan berlaku tanpa kawalan, demikian perbuatan perzinaan dan seumpamanya yang lain turut berlaku. Di antaranya berpunca dari pengabaian terhadap larangan-larangan Allah tersebut dan faktor-faktor seperti disebutkan di sini. Adegan-adegan yang membangkitkan syahwat dan berahi manusia dimainkan dan dipertontonkan tanpa rasa malu. Manusia menjadikan syahwat sebagai lahan keuntungan dan meraih perhatian umum, akhirnya lahirlah kelompok-kelompok manusia bernafsu haiwan dan tindakan luar kawalan. Jika perkara seumpama ini tidak diberikan perhatian serius dengan bersungguh-sungguh kembali kepada petunjuk wahyu, nescaya pelbagai kerosakan akhlak akan semakin berleluasa, na’uudzubillaah.

6, Terkandung pembaziran harta dan membebankan pasangan, khasnya pada set pelamin, dan untuk hal-hal yang terkait dengannya seperti pakej fotografi, pakaian, andaman, dan seumpamanya.

Sungguh semua ini selain tidak bermanfaat dan pembaziran, padanya terkandung bentuk berlebih-lebihan, maksiat dan dosa. Bahkan untuk merealisasikan hal-hal semacam ini sudah tentu memerlukan belanja yang besar. Mereka mencari redha dan kepuasan dari sisi manusia dengan melanggar batasan-batasan Allah.

Islam itu sifatnya memudahkan. Sedangkan hal-hal yang menyelisihinya adalah memberatkan serta bakal dipertanggungjawabkan di hadapan Allah kelak. Bahkan sebahagian ulama mengatakan bahawa di antara tanda berkahnya sebuah majlis perkahwinan adalah yang mudah penyelenggaraannya, manakala di antara tanda jauhnya majlis perkahwinan dari keberkahan adalah yang menyusahkan lagi memberatkan dan dipenuhi pula dengan maksiat serta pembaziran.

Sebagaimana hadis dari ‘Umar bin Al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

خَيْرُ النِّكَاحِ أَيْسَرُهُ

“Sebaik-baik pernikahan adalah yang paling mudah.” (Sunan Abi Dawud, no. 2117. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

Rentetan dari hal ini, biasanya tidak akan terhenti pada majlis sahaja, video dan gambar-gambar yang dirakam tersebut akan disebarkan dan dipertontonkan kepada umum pula sehingga dirinya dan isterinya menjadi tontonan orang-orang yang tidak sepatutnya dari kalangan yang bukan mahramnya. La hawla wala quwwata illaa billaah.

Namun apa yang lebih menyedihkan dari semua ini adalah keadaan masyarakat yang jauh dari agama, tidak menganggap perkara ini sebagai kemungkaran, bahkan berlumba-lumba dalam melaksanakannya walaupun terpaksa mengeluarkan belanja yang besar. Semoga Allah memberi kita dan mereka hidayah dan taufiq-Nya. Wallaahul Musta’aan.

Hukum Menghadiri Majlis Persandingan

Asy-Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah dalam satu sesi soal-jawab, beliau menyebutkan:

أن حضور الولائم من السنة، لكن إذا كان فيها محرم، فإن قدرت على تغييره فاحضر وغير وإلا فلا تحضر.

“Bahawa menghadiri walimah adalah termasuk sunnah, tetapi apabila padanya terkandung perkara-perkara yang diharamkan, maka jika dia punya kemampuan (dan bertujuan) untuk mengubahnya, maka dia boleh hadir, tetapi jika tidak, maka janganlah dia hadir.” (Liqa’ Asy-Syahri, Hukmu Hudhur Al-Walimah ma’a Wujudi Al-Munkarat; http://binothaimeen.net/content/1459)

Lihat juga artikel dengan judul, “Kewajiban Memenuhi Undangan Kenduri, Kecuali…

Fatwa-fatwa Ulama Tentang Adat Bersanding

Asy-Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz rahimahullah berkata:

ومن الأمور المنكرة التي استحدثها الناس في هذا الزمان وضع منصة للعروس بين النساء، يجلس إليها زوجها بحضرة النساء السافرات المتبرجات، وربما حضر معه غيره من أقاربه أو أقاربها من الرجال، ولا يخفى على ذوي الفطر السليمة والغيرة الدينية ما في هذا العمل من الفساد الكبير، وتمكن الرجال الأجانب من مشاهدة النساء الفاتنات المتبرجات، وما يترتب على ذلك من العواقب الوخيمة، فالواجب منع ذلك والقضاء عليه، حسما لأسباب الفتنة، وصيانة للمجتمعات النسائية مما يخالف الشرع المطهر، وإني أنصح جميع إخواني المسلمين في هذه البلاد وغيرها بأن يتقوا الله ويلتزموا شرعه في كل شيء، وأن يحذروا كل ما حرم الله عليهم، وأن يبتعدوا عن أسباب الشر والفساد في الأعراس وغيرها، التماسا لرضى الله سبحانه وتعالى، وتجنبا لأسباب سخطه وعقابه

“Dan di antara perkara mungkar yang direka oleh masyarakat pada zaman ini adalah meletakkan pelamin di antara para tetamu wanita, kemudian turut duduk padanya pengantin perempuan bersama suaminya (pengantin lelaki) dengan disaksikan (yakni dihadiri) oleh wanita-wanita yang tidak menutup aurat dan bertabarruj, turut hadir bersamanya keluarga atau kerabat pengantin lelaki yang sama-sama menyaksikan. Tidak dapat dinafikan bagi mereka yang memiliki fitrah yang salimah (sejahtera) dan punya ghirah (kecemburuan dan keprihatinan) terhadap agamanya akan dapat memahami bahawa perkara seperti ini termasuk fasad (kemungkaran) yang besar.

Padanya terkandung kebarangkalian untuk para lelaki ajnabi menyaksikan gadis-gadis yang berhias dengan tabarruj, dan apa-apa yang dapat menjadikan timbulnya akibat-akibat tidak baik, maka adalah wajib melarang dari perkara seperti ini dan mencegahnya, menutup pintu-pintu fitnah, dan menjaga para wanita dari penyimpangan dan penyelisihan terhadap syari’at yang suci.

Benar-benar aku menasihati seluruh saudara-ku kaum muslimin di negara ini dan di negara-negara yang lainnya agar semuanya bertaqwa kepada Allah, lazimilah syari’at-Nya dalam segala perkara, mencegah dan menjaga diri dari semua apa-apa yang diharamkan oleh Allah atas diri-diri mereka, menjauhi perkara yang menjadi sebab-sebab keburukan dan kefasadan sama ada pada majlis-majlis perkahwinan atau yang selainnya, mohonlah redha Allah Subhanahu wa Ta’ala dan jauhilah sebab-sebab yang membuat murka dan mengundang seksa-Nya.” (Fatawa Al-Islamiyyah oleh Muhammad bin ‘Abdil ‘Aziz Al-Musnid, 3/255. Tahrim At-Tabarruj wa As-Sufur oleh Syaikh Ibn Baz; http://www.binbaz.org.sa/article/70)

Asy-Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah berkata:

تشريع المرأة ليلة الزواج إذا كان على الوجه الذي لا يتضمن محظوراً فلا بأس به، مثل أن يؤتى بالمرأة المتزوجة وعليها ثيابٌ لا تخالف الشرع ، وتجلس على منصة حتى يراها النساء، وليس في النساء خليطٌ من الرجال، وليس مع المرأة زوجها، فإن هذا لا بأس به؛ لأن الأصل في غير العبادات الحل إلا ما قام الدليل على تحريمه، أما لو كانت المرأة هذه تأتي إلى النساء ومعها زوجها، أو يكون في محفل النساء رجال، فإن ذلك لا يجوز؛ لأن هذا يتضمن محظوراً شرعياً، ثم إنه من المؤسف أنه في بعض الأحيان أو من عادات بعض الناس أن يحضر الزوج مع الزوجة في هذه المحفل، وربما يُقَبِّلها أمام النساء، وربما يلقمها الحلوى وما أشبه ذلك، ولا شك أن هذا سخافةٌ عقلاً ومحظورٌ شرعاً: أما السخافة العقلية فلأنه كيف يليق بالإنسان عند أول ملاقاة زوجته أن يلاقيها أمام نساء يقبلها أو يلقمها الحلوى أو ما أشبه ذلك، وهل هذا إلا سببٌ مثيرٌ لشهوة النساء، لا شك في هذا . وأما شرعاً فلأن الغالب أن النساء المحتفلات يكن كاشفات الوجوه، بارزات أمام هذا الرجل، وفي ليلة العرس ونشوة العرس يكن متجملات متطيبات، فيحصل بهن الفتنة، وربما يكون في ذلك ضرر على الزوجة نفسها، فإن الزوج ربما يرى في هؤلاء المحتفلات من هي أجمل من زوجته وأبهى من زوجته، فيتعلق قلبه بما رأى، و( يقل قدر ) زوجته عنده، وحينئذٍ تكون نكبة عليه وعلى الزوجة وعلى أهلها .

فالحذر الحذر من هذه العادة السيئة، ويكفي إذا أرادوا أن تبرز المرأة وحدها أمام النساء كما جرت به العادة من قديم الزمان في بعض الجهات

Tasyri’ (menghias) pengantin perempuan pada malam pernikahannya jika dilakukan dengan tanpa mengandungi sesuatu yang terlarang dari sisi agama itu tidaklah mengapa, misalnya dia dipersiapkan sebagai pengantin dengan mengenakan pakaian yang tidak menyelisihi syara’, didudukan di atas pelamin yang hanya dapat dilihat oleh kaum wanita sahaja, tidak ada dari kalangan lelaki yang turut serta padanya, dan tidak ada bersama-sama wanita yang hadir itu suaminya, maka yang seperti ini tidaklah mengapa.

Kerana hukum asal pada perkara selain urusan ibadah itu adalah halal (dibolehkan) kecuali ada dalil yang mengharamkannya. Adapun jika pengantin perempuan tersebut datang menemui tamu undangan wanita yang ditemani oleh suaminya, atau ada pada majlis ketika itu wanita dan lelaki, maka ini tidaklah dibolehkan.

Kerana pada hal seperti ini mengandungi larangan syara’, kemudian dari suatu yang menyedihkan adalah terkadang pada sebahagiaan masa atau sebahagian adat masyarakat, mereka menghadirkan pasangan suami dan isterinya (yakni pasangan pengantin) secara bersamaan pada majlis ini. Malah si suami mencium isterinya di hadapan para hadirin wanita (atau hadirin secara umumnya – pent.), kemudian menyuapkan halwa (manisan) atau apa-apa yang seumpamanya.

Tidak diragukan lagi bahawa yang demikian ini merupakan bentuk kedangkalan cara berfikir dan ianya dilarang oleh syara’. Lemah akal dilihat dari sisi bahawa bagaimana mungkin bagi seseorang yang pertama kali menemui isterinya, dilakukan di hadapan para wanita, dengan cara menciumnya, menyuapkannya dengan manisan, atau adegan-adegan yang seumpama dengannya. Tanpa syak, ini termasuk sebab (atau adegan) yang mengundang syahwat bagi wanita (atau hadirin).

Adapun dilihat dari sisi larangan syari’at pada umumnya para hadirin wanita kebanyakannya dalam keadaan tersingkap wajahnya, tampak jelas di hadapan lelaki, pada malam majlis tersebut mereka semua saling berhias dengan bercantik-cantik dalam keadaan berwangi-wangian, maka sudah tentu akan menimbulkan fitnah, bahkan boleh jadi akan menimbulkan keburukan pada diri isterinya. Di mana suaminya dapat melihat wanita-wanita dari kalangan hadirin yang lainnya yang barangkali cantik-cantik atau lebih cantik dari isterinya, lalu menyebabkan ketertarikan pada hatinya dengan apa yang dilihatnya, menjadikan dia membandingkan dengan isteri di sisinya, dan ini mampu menjadikan datangnya musibah atasnya, bagi isterinya, dan pada keluarganya.

Maka hati-hatilah dengan adat kebiasaan yang buruk tersebut, cukuplah jika dia sekadar memperlihatkan pengantin wanita kepada kalangan hadirin wanita saja (di ruangan khas yang terpisah dari kehadiran kaum lelaki), sebagaimana yang menjadi adat atau kebiasaan pada masa dahulu di sebahagian tempat.” (lihat: Fatawa Nur ‘ala Ad-Darb oleh Ibn ‘Utsaimin, no. 415)

Dari sumber yang lain, Syaikh Ibn ‘Utsaimin rahimahullah berkata:

ومن المنكر: أن يأتي الزوج في محفل النساء ويكون قد أعد له ماسة، وإن شئت فقل: منصة، ويجلس هو والزوجة أمام النساء، حتى قيل: إن بعض السفهاء يقبل زوجته أمام النساء!! نعوذ بالله! ألا يثير الشهوة هذا؟! بلى والله، مهما كانت المرأة في التقوى وتشاهد شاباً وشابة يقبل أحدهما الآخر إلا وستثور شهوتها، وربما يأتي بتفاحة أو بحلوى ويلقمها الزوجة أمام النساء، كل هذا من الفتن، وهذا حرام بلا شك، وأقبح من ذلك أن بعض الناس يأتي بفيديو ويصور هذا المشهد، كل هذا حدثت أخيراً

“Dan termasuk kemungkaran adalah apabila seorang pengantin lelaki datang pada suatu majlis kaum wanita (jika di negara kita lebih teruk; majlisnya bercampur antara lelaki dan wanita – pent.) yang disiapkan tempat khas baginya dengan apa yang dikenal sebagai “minashshah” (pentas atau pelamin), dia duduk padanya bersama isterinya dengan disaksikan oleh para tamu wanita (jika di negara kita; lelaki dan wanita sama-sama menyaksikannya – pent.), sehingga dikatakan oleh sebahagian orang-orang yang bodoh, si suami itu mencium isterinya di hadapan para wanita (atau hadirin). Na’uudzubillah..!

Tidakkah yang demikian itu menjadi sebab yang membangkitkan syahwat (berahi)?! Bahkan demikian, wallaah.

Walaupun seorang wanita itu (atau hadirin di sana) termasuk orang yang bertaqwa, tetapi jika dia menyaksikan sepasang pemuda dan pemudi (yakni pasangan pengantin suami isteri) saling mencium antara satu sama lain, maka syahwatnya pasti akan terusik. Adakalanya si pengantin lelaki datang dengan membawa epal atau halwa (manisan) lalu menyuapkannya kepada isterinya (pengantin perempuan) di hadapan hadirin wanita. Semua ini merupakan fitnah (kemungkaran) dan termasuk perbuatan haram tanpa syak. Dan lebih keji lagi dari ini semua, sebahagian orang datang dengan pakej rakaman (video) dan fotografi bagi mengabadikan peristiwa tersebut. Semua ini telah berlaku pada era akhir ini.” (Sumber: Liqa’ Asy-Syahri, Hukmu Hudhur Al-Walimah ma’a Wujudi Al-Munkarat; http://binothaimeen.net/content/1459)

Asy-Syaikh ‘Abdullah bin ‘Abdirrahman Al-Jibrin rahimahullah ditanya

س – هل يجوز زف العريس مع العروس بين النساء في الأفراح؟

ج- لا يجوز هذا الفعل فإنه دليل على نزع الحياة وتقليد لأهل الخنا والشر بل الأمر واضح فإن العروس تستحي أن تبرز أمام الناس ، فكيف تزف أمام الأشهاد.

Soalan: “Bolehkah pengantin lelaki dan pengantin perempuan saling duduk bersanding dalam satu majlis walimah di hadapan kaum wanita?”

Jawaban Syaikh: “Perbuatan ini adalah tidak dibenarkan. Sebab ini adalah bukti atas tercabutnya rasa malu dan mengikuti kaum yang bodoh serta buruk akhlaknya. Perkaranya adalah jelas. Pengantin wanita sepatutnya merasa malu menampakkan diri di hadapan orang ramai, lalu bagaimana dengan perbuatan tersebut yang sengaja dilakukan di hadapan orang-orang yang sengaja menyaksikannya?” (Fatawa Islamiyah oleh Muhammad Al-Musnid, 3/256)

Sebahagian fatwa-fatwa ini menyebutkan bersanding di hadapan hadirin wanita sahaja, kerana itu merupakan sebahagian dari adat di negara mereka. Seandainya ini pun telah difatwakan haram oleh para ulama besar di sana dan termasuk kemungkaran yang besar, lalu bagaimana dengan fenomena di negara kita yang kedua mempelai disandingkan di hadapan para hadirin lelaki dan wanita dalam ruang yang penuh ikhtilath (bercampur-baur) antara lelaki dan wanita yang bukan mahram sama sekali? Yang hadirin lelakinya melihat kepada pengantin perempuan (isteri pengantin), manakala hadirin wanitanya pula melihat kepada pengantin yang lelaki?!

Subhanallaah, bertaqwa-lah kepada Allah.

Wallaahu a’lam.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest