Adakah Terdapat Anjuran Puasa Sempena Bulan Rejab?

Adakah Terdapat Anjuran Puasa Sempena Bulan Rejab?

Asy-Syaikh ‘Abdullah bin ‘Abdul ‘Aziz At-Tuwaijiri
www.ilmusunnah.com

puasa-rejab-2

من الأمور المبتدعة في شهر رجب : تخصيصه بالصيام أو القيام، والمخصصين له استندوا إلى أحاديث بعضها ضعيف، وكثير منها موضوع والتي سبق وذكرنا بعضاً منها.

Di antara perkara bid’ah (yang diada-adakan) sempena bulan Rejab adalah mengkhususkan berpuasa atau melakukan ibadah malam di dalamnya.[1]

Mereka yang mengkhususkan bulan ini dengan amalan tersebut menyandarkan pendapat mereka berdasarkan hadis-hadis yang sebahagiannnya adalah dha’if (lemah), manakala sebahagian besar lainnya adalah maudhu’ (palsu) sebagaimana yang telah kami sebutkan sebelumnya.[2]

قال شيخ الإسلام ابن تيمية:

Syaikh Al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) berkata:

أما تخصيص رجب وشعبان جميعاً بالصوم، أو الاعتكاف، فلم يرد فيه عن النبي صلى الله عليه وسلم شيء ولا عن أصحابه، ولا أئمة المسلمين، بل قد ثبت في الصحيح أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يصوم شعبان، ولم يكن يصوم من السنة أكثر مما يصوم من شعبان، من أجل شهر رمضان

“Mengkhususkan bulan Rejab dan bulan Sya’ban seluruhnya untuk melakukan puasa atau i’tiqaf tidaklah warid sedikitpun dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, para sahabatnya, ataupun dari kalangan imam-imam kaum muslimin.

Sebaliknya yang tsabit dalam Ash-Shahih, bahawa dinyatakan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berpuasa pada bulan Sya’ban, serta ditegaskan bahawa beliau tidak pernah melaksanakan puasa sunnah dalam setahun yang lebih banyak berbanding di bulan Sya’ban, tidak lain kerana kedekatannya dengan bulan Ramadhan.[3]

وأما صوم رجب بخصوصه فأحاديثه كلها ضعيفة، بل موضوعة، لا يعتمد أهل العلم على شيء منها، وليست من الضعيف الذي يروى في الفضائل، بل عامتها من الموضوعات المكذوبات،

Adapun hadis-hadis yang menjelaskan puasa Rejab secara khusus, dapat dipastikan bahawa seluruhnya adalah sama ada hadis-hadis yang dha’if atau maudhu’ (palsu). Hadis-hadis ini tidaklah dijadikan dasar pegangan oleh ahli ilmu sama sekali.

Hadis-hadis tersebut bukanlah dari kategori hadis dha’if yang diriwayatkan dalam masalah fadhai’il (yakni hadis-hadis yang ringan kedhaifannya, yang dapat diambil faedah sebagai hadis-hadis galakkan beramal – pent.), tetapi bahkan ia dari kategori hadis-hadis yang maudhu’ (palsu) atau dusta.

وأكثر ما روي في ذلك أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل رجب يقول: (( اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان)) وقد روى ابن ماجه في سننه عن ابن عباس عن النبي صلى الله عليه وسلم ((نهى عن صيام رجب)). وفي إسناده نظر.

Hadis yang paling sering diriwayatkan dalam kategori ini antaranya adalah:

“Apabila memasuki bulan Rejab, maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun berdoa:

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان

“Ya Allah berilah keberkahan kepada kami pada bulan Rejab dan bulan Sya’ban, kemudian sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan.”

Al-Imam Ibn Majah meriwayatkan dalam Sunan-nya, dari Ibnu ‘Abbaas, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bahawa beliau melarang berpuasa pada bulan Rejab. Tetapi sanadnya perlu diteliti.

لكن صح أن عمر بن الخطاب كان يضرب أيدي الناس ليضعوا أيديهم في الطعام في رجب، ويقول: لا تشبهوه برمضان. ودخل أبو بكر فرأى أهله قد اشتروا كيزانا للماء واستعدوا للصوم فقال: ما هذا؟ فقالوا: رجب. فقال: أتريدون أن تشبهوه برمضان؟ وكسر تلك الكيزان فمتى أفطر بعضاً لم يكره صوم البعض. وفي المسند وغيره حديث عن النبي صلى الله عليه وسلم (( أنه أمر بصوم الأشهر الحرم )). وهي رجب وذو القعدة وذو الحجة والمحرم ، فهذا في صوم الأربعة جميعاً، لا من تخصص رجب

Terdapat riwayat yang sahih yang menyatakan bahawa ‘Umar bin Al-Khaththab memukul tangan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab, agar mereka meletakkan tangan pada makanan (yakni membatalkan puasanya). ‘Umar mengatakan:

لا تشبهوه برمضان

“Janganlah kalian menyamakan bulan Rejab dengan bulan Ramadhan.”

Suatu ketika, pernah di saat Abu Bakr masuk (ke rumahnya) beliau melihat keluarganya telah membeli tempat (bekas) air dan sudah bersiap-siap untuk berpuasa. Lalu beliau pun bertanya:

“Apa ini?” Jawab mereka, “Untuk puasa Rejab.” Abu Bakr bertanya lagi, “Adakah kalian hendak menyamakan bulan ini dengan Ramadhan?” Lalu Abu Bakr pun memecahkan bekas air tersebut.

Walaupun demikian, jika seseorang berpuasa pada sebahagian hari dari bulan Rejab ini (yakni bukan disebabkan menganggap adanya keutamaan sempena Rejab – pent.), dan tidak berpuasa pada sebahagian hari-harinya yang lain dari bulan Rejab, maka bentuk puasa seperti ini tidaklah makruh (dibenci).

Dalam Al-Musnad dan kitab-kitab yang lainnya terdapat hadis yang diriwayatkan dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, bahawasanya beliau memerintahkan berpuasa pada beberapa bulan Haram. Bulan haram yang dimaksudkan adalah Rejab, Dzulqa’dah, Dzulhijjah, dan Muharram. Hadis ini menjelaskan anjuran untuk berpuasa pada ke-empat-empat bulan tersebut; tetapi bukan untuk mengkhususkan puasa pada bulan Rejab semata-mata.[4]

وذكر شيخ الإسلام ابن تيمية- رحمه الله- ( أن تعظيم شهر رجب من الأمور المحدثة التي ينبغي اجتنابها، وأن اتخاذ شهر رجب موسماً بحيث يفرد بالصوم مكروه عن الأمام أحمد – رحمه الله – وغيره )

Syaikh Al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah menjelaskan:

“Bahawasanya mengangungkan bulan Rejab termasuk perkara baru yang diada-adakan yang seharusnya dihindari, maka menjadikan bulan Rejab sebagai waktu atau bulan khusus untuk melakukan puasa tertentu (dengan anggapan memiliki keutamaan tersendiri) adalah suatu yang dibenci (makruh). Pendapat ini diriwayatkan dari Imam Ahmad rahimahullah (Wafat: 241H) dan ulama yang lainnya.[5]

وقال ابن رجب:

Al-Hafiz Ibn Rejab rahimahullah (Wafat: 795H) berkata:

وأما الصيام فلم يصح في فضل صوم رجب بخصوصه شيء عن النبي صلى الله عليه وسلم، ولا عن أصحابه، ولكن روي عن أبي قلابة قال: (( في الجنة قصر لصوام رجب)) قال البيهقي: أبو قلابة من كبار التابعين، لا يقول مثله إلا عن بلاغ.

“Berkaitan keutamaan puasa bulan Rejab secara khusus, tidak ada satu hadis pun yang diriwayatkan secara sahih dari Nabi dan para sahabat beliau tentang kekhususan Rejab. Hanya cuma, terdapat riwayat dari Abu Qilabah[6] yang menyebutkan:

“Di Syurga terdapat sebuah istana yang diperuntukkan bagi orang-orang yang banyak berpuasa pada bulan Rejab.”

Al-Imam Al-Baihaqi memberi komentar, “Abu Qilabah adalah tokoh besar dari kalangan Tabi’in. Sungguh, tidaklah beliau akan mengatakan seperti itu melainkan bersumber dari hadis yang disampaikan kepadanya.”[7]

وإنما ورد في صيام الأشهر الحرم كلها حديث مجيبة الباهلية عن أبيها أو عمها أن النبي صلى الله عليه وسلم قال له :((صم من الحرم واترك))، قالها ثلاثاً: خرجه أبو داود وغيره، وخرجه ابن ماجه وعنده (( صم أشهر الحرم )) وقد كان بعض السلف يصوم الأشهر الحرم كلها منهم: ابن عمر والحسن البصري، وأبو إسحاق السبيعي.

Hadis-hadis yang menganjurkan puasa di bulan Haram secara penuh hanyalah hadis yang berasal dari jalur Mujibah Al-Bahiliyah, dari ayahnya, atau dari pak ciknya di pihak ibu. Di dalamnya disebutkan bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda kepadanya:

“Berpuasalah pada beberapa bulan Haram dan berbukalah pada sebahagiannya.”[8]

Anjuran ini diucapkan oleh beliau sebanyak 3 kali.

Hadis tersebut diriwayatkan oleh Abu Dawud dan ulama yang lainnya. Ibnu Majah juga meriwayatkan hadis ini, tetapi teksnya lebih ringkas (yakni):

“Berpuasalah pada beberapa bulan Haram.”

Sebahagian salaf memang mengamalkan puasa pada bulan Haram, sepenuhnya. Di antara mereka adalah Ibnu ‘Umar, Al-Hasan Al-Bashri, dan Abu Ishaq As-Suba’i[9].

وقال الثوري: الأشهر الحرم أحب إلى أن أصوم فيها. وجاء في حديث خرجه ابن ماجه أن أسامة بن زيد كان يصوم الأشهر الحرم، فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم -: (( صم شوالاً ))، فترك أشهر الحرم وصام شوالاً حتى مات. وفي إسناده انقطاع. وخرج ابن ماجه أيضاً بإسناد فيه ضعف عن ابن عباس – رضي الله عنهما – أن النبي صلى الله عليه وسلم نهى عن صيام رجب. والصحيح وقفه على ابن عباس. ورواه عطاء عن النبي صلى الله عليه وسلم – مرسلاً. وروى عبد الرازق في كتابه عن داود بن قيس عن زيد بن أسلم ذكر لرسول الله صلى الله عليه وسلم قوم يصومون رجباً فقال: (( أين هم من شعبان ))

Sufyan Ast-Tsauri berkata:

“Bulan-bulan haram adalah bulan yang paling aku sukai untuk berpuasa di dalamnya.”

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, dinyatakan bahawa Usamah bin Zayd biasa berpuasa pada beberapa bulan haram. Tetapi kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda kepadanya:

“Berpuasalah pada bulan Syawwal.”

Setelah Rasulullah bersabda demikian, Usamah pun meninggalkan puasa beberapa bulan haram tersebut dan menggantikannya dengan berpuasa pada bulan Syawwal sehinggalah beliau wafat. Namun sanad hadis ini terputus (yakni tidak sahih – pent.).

Ibnu Majah juga meriwayatkan hadis tersebut dengan sanad yang dha’if, dari Ibn ‘Abbaas, bahawa Nabi melarang puasa Rejab. Pendapat yang sahih adalah Ibnu Majah sebenarnya me-mauquf-kan hadis ini kepada Ibnu ‘Abbaas. ‘Atha’ juga meriwayatkan hadis ini dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam secara mursal.

Al-Imam ‘Abdurrazzaq meriwayatkan hadis berikut di kitabnya, dari Abu Dawud bin Qays, dari Zayd bin Aslam, bahawa pernah diadukan kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tentang perbuatan sekelompok orang yang biasa berpuasa bulan Rejab. Mendapat khabar tersebut, Rasulullah pun bersabda:

“Mengapa mereka tidak melakukannya pada bulan Sya’ban?”[10]

Al-Hafiz Ibnu Rejab juga berkata:

وقال ابن رجب أيضاً: وعن ابن عمر وابن عباس أنهما كانا يريان أن يفطر منه أياماً .

“Diriwayatkan dari Ibnu ‘Umar dan Ibnu ‘Abbaas, bahawa kedua mereka menyarankan agar kaum muslimin tidak berpuasa selama beberapa hari pada bulan tersebut (Rejab).”

وكرهه أنس أيضاً، وسعيد بن جبير. وكره صيام رجب كله: يحيى بن سعيد الأنصاري، والإمام أحمد – رحمه الله – وقال: يفطر منه يوماً أو يومين، وحكاه عن ابن عمر وابن عباس. وقال الشافعي – رحمه الله – في القديم:

Anas dan Sa’id bin Jubair juga memakruhkan (membenci) puasa sempena bulan Rejab.

Yahya bin Sa’id Al-Anshari rahimahullah (Wafat: 143H) memakruhkan (membenci) berpuasa sebulan penuh sempena bulan Rejab. Al-Imam Ahmad rahimahullah (Wafat: 241H) berkata:

“Sebaiknya seseorang tidak berpuasa sehari atau dua hari pada bulan Rejab.”

Imam Ahmad meriwayatkan pendapat ini dari Ibnu ‘Umar dan Ibnu ‘Abbaas.

Al-Imam Asy-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 204H) berkata dalam qaul qadim (yakni pendapat lamanya):

أكره أن يتخذ الرجل شهر صوم شهر يكمله كما يكمل رمضان

“Aku tidak suka apabila seseorang berpuasa selama satu bulan pada apa-apa bulan pun, yakni dia berpuasa pada bulan-bulan tersebut sebulan penuh sebagaimana dia berpuasa pada bulan Ramadhan.”

واحتج بحديث عائشة – رضي الله عنها – :

Al-Imam Asy-Syafi’i berhujjah atas pendapatnya tersebut berdasarkan hadis dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anhuma:

ما رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم استكمل شهراً قط إلا رمضان

“Aku tidak pernah melihat Rasulullah menyempurnakan puasa sebulan penuh, kecuali pada bulan Ramadhan.”[11]

وقال: كذلك يوماً من الأيام وقال

Asy-Syafi’i menambahkan, “Demikian juga pada hari-hari yang lainnya.”

Kemudian Al-Imam Asy-Syafi’i menjelaskan:

إنما كرهته أن لا يتأسى رجل جاهل، فيظن أن ذلك واجب، وإن فعل فحسن وتزول كراهة إفراد رجب بالصوم، بأن يصوم معه شهراً آخر تطوعاً عند بعض أصحابنا (الحنابلة) مثل أن يصوم الأشهر الحرم، أو يصوم رجب وشعبان

“Aku tidak menyukai hal tersebut adalah supaya ianya tidak diikuti oleh orang-orang yang jahil, sehingga mereka beranggapan ia termasuk sebahagian dari kewajiban. Akan tetapi, jika seseorang melaksanakan hal tersebut lalu menambahkannya dengan puasa sunnah pada bulan yang lain, maka menurut sebahagian sahabat kami (yakni para pengikut mazhab Hanbali)[12], cara seperti ini akan menggugurkan hukum kemakruhan mengkhususkan puasa pada bulan Rejab ini.

Misalnya, seseorang melakukan puasa pada beberapa bulan Haram. Atau dia melakukan puasa pada bulan Rejab dan Sya’ban.”

وقد تقدم عن ابن عمر – رضي الله عنهما – وغيره صيام الأشهر الحرم. والمنصوص عن أحمد -رحمه الله – : ( أنه لا يصومه بتمامه إلا من صام الدهر )

Pada huraian sebelumnya, telah dikemukakan riwayat dari Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma dan selainnya (dari sahabat-sahabat Nabi yang lainnya), iaitu pendapat yang menganjurkan untuk berpuasa pada beberapa bulan Haram. Tetapi, pendapat yang dinash-kan dari Imam Ahmad; bahawa beliau menyatakan bahawa seseorang tidak boleh berpuasa pada bulan Rejab secara penuh, kecuali bagi sesiapa yang telah biasa melaksanakan puasa Ad-Dahr (yakni puasa sepanjang tahun, atau dikenali sebagai puasa sehari dan berbuka sehari, atau dikenali juga dengan puasa Nabi Daud, atau juga merujuk bagi siapa yang melazimi puasa 3 hari setiap bulan – pent.).[13]

وروي عن ابن عمر- رضي الله عنهما- ما يدل عليه: فإنه بلغه أن قوماً أنكروا عليه أنه حرم صوم رجب فقال: كيف بمن يصوم الدهر؟

Diriwayatkan dari Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma yang mana menjadi dalil pendapat Imam Ahmad:

“Bahawa Ibnu ‘Umar dikhabarkan tentang suatu kaum yang mengingkarinya bahawa mereka mengharamkan puasa Rejab, maka Ibnu ‘Umar pun berkata:

“Jadi bagaimana bagi siapa yang biasa melaksanakan puasa Ad-Dahr?”

وهذا يدل على أنه لا يصام رجب إلا مع صوم الدهر.

Ini merupakan dalil bahawa tidak boleh berpuasa Rejab kecuali bagi siapa yang biasa berpuasa Ad-Dahr.

وروي يوسف بن عطية عن هشام بن حسان عن ابن سيرين عن عائشة أن النبي صلى الله عليه وسلم لم يصم بعد رمضان إلا رجباً وشعبان. ويوسف ضعيف جداً

Yusuf bin ‘Athiyyah meriwayatkan dari Hasyim bin Hasan, dari Ibnu Sirin, dari ‘Aisyah, bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak pernah berpuasa selain Ramadhan (dengan puasa sebulan penuh), kecuali puasa Rejab dan Sya’ban.[14] Namun, Yusuf adalah seorang yang dha’if.”[15]

وقال ابن قيم الجوزية في هديه صلى الله عليه وسلم في صيام التطوع:

Al-Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah rahimahullah (Wafat: 751H) berkata tentang petunjuk Rasulullah Shallallahu ‘alaih wa Sallam berkaitan puasa tathawwu’ (puasa sunnah):

لم يصم الثلاثة الأشهر سرداً -رجب وشعبان ورمضان -كما يفعله بعض الناس، ولا صام رجباً قط، ولا استحب صيامه، بل روي عنه النهي عن صيامه ذكره ابن ماجه

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak pernah berpuasa selama tiga bulan berturut-turut; Rejab, Sya’ban dan Ramadhan – Sebagaimana yang dilakukan sebahagian orang. Beliau tidak pernah melakukan puasa Rejab seperti itu walaupun sekali, serta tidak pernah pula menganjurkannya. Malah sebaliknya, terdapat pula riwayat yang menunjukkan beliau melarang umatnya dari melakukan puasa seperti tersebut sebagaimana dikemukakan oleh Ibnu Majah.”[16]

وقال أبو شامة:

Al-Imam Abu Syamah rahimahullah (Wafat: 665H) berkata:

وذكر الشيخ أبو الخطاب في كتاب أداء ما وجب من وضع الوضاعين في رجب عن المؤتمن بن أحمد الساجي الحافظ قال:

كان الإمام عبد الله الأنصاري شيخ خراسان لا يصوم رجب وينهى عن ذلك ويقول: ما صح في فضل رجب ولا صيامه عن رسول الله صلى الله عليه وسلم شيء وقد رويت كراهة صومه عن جماعة من الصحابة، منهم أبو بكر وعمر- رضي الله عنهما -، وكان يضرب بالدرة صوامه

“Syaikh Abu Al-Khaththab menyebutkan riwayat dalam kitab Adaa’u ma Wajaba min Wadh’i Al-Wadhdha’iin fi Rajab, yang bersumber dari Mu’tamin bin Ahmad As-Saaji Al-Hafiz, beliau berkata, bahawa Al-Imam ‘Abdullah Al-Anshari yakni Syaikh Khurasan (tokoh ulama wilayah Khurasan – pent.) tidak berpuasa sempena Rejab dan beliau melarangnya.

Syaikh ini menegaskan, tidak ada satu riwayat pun yang sahih dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang menjelaskan keutamaan bulan Rejab dan anjuran berpuasa padanya. Dan telah diriwayatkan tentang makruhnya puasa bersempena dengan bulan ini dari jama’ah para sahabat Nabi, yang antaranya adalah Abu Bakr dan ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma. Bahkan dinyatakan bahawa ‘Umar sering memukul orang yang melakukan puasa sempena bulan Rejab dengan tongkatnya.”

وروي ذلك الفاكهي في كتاب مكة له، وأسند الإمام المجمع على عدالته، المتفق على إخراج حديثه وروايته، أبو عثمان سعيد بن منصور الخراساني قال: حدثنا سفيان عن مسعر عن وبرة عن خرشة بن الحر أن عمر ابن الخطاب-رضي الله عنه-كان يضرب أيدي الرجال في رجب ،إذا رفعوها عن طعامه حتى يضعوها فيه، ويقول: إنما هو شهر كان أهل الجاهلية يعظمونه .قال وهذا سند مجمع على عدالة رواته .

Pernyataan ini juga diriwayatkan oleh Al-Faakihi dalam Akhbar Makkah-nya:

“Imam yang telah disepakati keadilannya dan diakui hadis dan riwayatnya, yakni Abu ‘Utsman Sa’id bin Manshur Al-Khurasani, beliau pernah berkata, Sufyan (Ibn Uyainah) menceritakan kepada kami dari Mis’ar, dari Wabrah, dari Kharsyah bin Al-Hurr, bahawa ‘Umar bin Al-Khaththab memukul tangan orang-orang pada bulan Rejab, yakni sepanjang mereka mengangkat tangannya dari makanan (yakni kerana berpuasa sempena bulan Rejab), sampailah mereka mahu meletakkan tangannya pada makanan (yakni berbuka). ‘Umar pun berkata:

“Sesungguhnya bulan ini hanya diagungkan oleh orang-orang jahiliyyah.”

Berkaitan riwayat ini, Al-Fakihi menyatakan:

“Sanad ini adalah sanad yang telah disepakati keadilan para perawinya.”

فالصيام جنة، وفعل خير، وعمل بر، لا لفضل صوم هذا الشهر قال: فإن قيل: أليس هذا هو استعمال خير؟ قيل الخير ينبغي أن يكون مشروعاً من النبي صلى الله عليه وسلم، فإذا علمنا أنه كذب خرج أنه من المشروعية، وإنما كانت تعظيمه مضر في الجاهلية، كما قال أمير المؤمنين عمر – رضي الله عنه-، وضرب أيدي الذين كانوا يصومونه وكان ابن عباس حبر القرآن يكره صيامه.

Puasa adalah perisai, perbuatan yang baik, dan merupakan amalan kebajikan (yang berpahala). Akan tetapi semua itu bukanlah asas yang menjadi tuntutan pada puasa sempena Rejab tersebut, sebaliknya ia adalah keutamaan di balik puasa itu sendiri (tanpa terkhusus pada mana-mana puasa).

Jika ada yang menanyakan:

“Bukankah dengan berpuasa Rejab bermakna kita telah melakukan kebaikan?”

Maka, jawaban yang dapat diberikan adalah:

“Berbuat baik itu perlu berdasarkan syari’at Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Setelah kita mengetahui kedustaan atau ketidak-absahan riwayat-riwayat (tentang anjuran atau keutamaan) puasa sempena bulan Rejab, maka dapat kita pastikan bahawa perbuatan (atau amalan) ini tidaklah berasal dari syari’at. Bahkan yang mengangungkan Rejab pada ketika itu adalah kaum (kabilah) Mudhar ketika jahiliyyah (yakni pengagungan Rejab bukan berasal dari umat Islam – pent.). Ini adalah sebagaimana yang diungkapkan oleh Amirul Mu’minin ‘Umar bin Al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu. ‘Umar malah memukul tangan orang-orang yang melakukan puasa sempena bulan Rejab. Sementara Ibnu ‘Abbaas yang dikenal sebagai Habr Al-Qur’an turut memakruhkannya (yakni tidak menyukainya).”

وقال فقيه القيروان، وعالم أهل زمانه بالفروع: أبو محمد بن زيد: وكره ابن عباس صيام رجب كله، خيفة أن يرى الجاهل أنه مفترض

Abu Muhammad bin Zayd, seorang ahli fiqh Qairuwan dan tokoh yang ‘alim (menguasai) furu’ (cabang-cabang permasalahan fiqh) pada masanya, beliau berkata:

“Ibnu ‘Abbaas membenci puasa Rejab sebulan penuh kerana wujudnya kebimbangan terhadap orang-orang yang jahil yang akan menyangkanya sebagai sebahagian dari kewajiban.”[17]

وقال الطرطوشي:

Al-Imam Ath-Thurthusyi rahimahullah (Wafat: 520H) menjelaskan:

يكره صيام رجب على أحد ثلاثة أوجه: أحدها: إذا خصه المسلمون بالصوم في كل عام، حسب العوام ومن لا معرفة له بالشريعة مع ظهور صيامه أنه فرض كرمضان. الثاني: أو أنه سنة ثابتة خصه رسول الله صلى الله عليه وسلم كالسنن الراتبة. الثالث: أو أن الصوم فيه مخصوص بفضل ثواب على سائر الشهور، جار مجري صوم عاشوراء، وفضل آخر الليل على أوله في الصلاة، فيكون من باب الفضائل لا من باب السنن والفرائض، ولو كان من باب الفضائل لسنه صلى الله عليه وسلم، أو فعله ولو مرة في العمر كما فعل في صوم عاشوراء، وفي الثلث الغابر من الليل.

ولما لم يفعل بطل كونه مخصوصاً بالفضيلة، ولا هو فرض ولا سنة باتفاق، فلم يبق لتخصيصه بالصيام وجه، فكره صيامه والدوام عليه، وحذراً من أن يلحق بالفرائض والسنن الراتبة عند العوام .

فإن أحب امرؤ أن يصومه على وجه تؤمن فيه الذريعة، وانتشار الأمر-حتى لا يعد فرضاً أو سنة-فلا بأس بذلك

“Puasa Rejab dimakruhkan kerana tiga sebab,

Pertama; Jika umat Islam mengkhususkan bulan ini sebagai bulan yang dianjurkan berpuasa di setiap tahun, maka seiring dengan bertambah banyaknya orang yang melakukannya, orang-orang awam dan orang-orang yang tidak mengetahui syari’at pun akan menganggap puasa ini sebagai suatu kewajiban sebagaimana puasa Ramadhan.

Kedua; Kebarangkalian yang lainnya, mereka akan menganggap puasa Rejab sebagai sunnah yang sangat dianjurkan, (dengan anggapan) kerana perbuatan ini telah dikhususkan oleh Rasulullah, sebagaimana halnya solat sunnah rawatib.

Ketiga; Mungkin juga, mereka akan menganggap puasa Rejab ini dikhususkan oleh Allah dengan ganjaran yang lebih besar berbanding puasa di bulan-bulan yang lainnya.

Akibatnya, puasa pada bulan Rejab ini akan menjadi (dianggap) seperti puasa ‘Asyura; atau menjadi (dianggap) seperti akhir malam yang lebih utama dibanding awal malamnya dalam perkara melaksanakan solat-solat sunnah. Sampailah puasa Rejab itu pun mereka masukkan dalam kategori fadha’il (yang memiliki anjuran keutamaan), walaupun mungkin tidak dianggap sebagai sunnah yang ditekankan ataupun fardhu. Namun, seandainya puasa tersebut memang termasuk dalam bab fadha’il, nescaya Rasulullah pernah melakukannya walaupun hanya sekali seumur hidup sebagaimana beliau melakukan puasa ‘Asyura dan solat di sepertiga malam.

Jadi, dalam keadaan Rasulullah sendiri tidak pernah melaksanakan puasa sempena Rejab, maka menjadi batallah kedudukan puasa Rejab sebagai puasa yang memiliki kekhususan keutamaan. Dengan sendirinya puasa sempena bulan Rejab tidak boleh dianggap sebagai puasa yang wajib mahupun sunnah, bersesuaian dengan kesepakatan yang telah diitifaqkan (atau dipersetujui). Maka, tidak ada alasan untuk mengkhususkan bulan Rejab dengan amalan puasa pada mana-mana harinya. Atas sebab itu, dimakruhkan berpuasa sempena bulan Rejab dan membiasakannya, yakni agar orang-orang yang awam tidak menyamakannya dengan perkara-perkara yang wajib mahupun menyamakannya seperti amalan solat sunnah Rawatib. Akan tetapi, apabila seseorang hendak melakukan puasa bertepatan dengan hari-hari di bulan Rejab, dalam keadaan bebas dari sangkaan dan bebas dari tersebarnya anggapan ia termasuk sebahagian sunnah atau kewajiban, maka ianya tidaklah mengapa.”[18]

فمما تقدم من كلام هؤلاء العلماء من السلف الصالح يتبين لنا أن شهر رجب لا يخصص ولم يخصص بصيام دون غيره من الأشهر، وكذلك تخصيصه بالصيام تعظيم له، وتعظيم شهر رجب فيه تشبه بأهل الجاهلية، ومن تشبه بقوم فهو منهم.

Berdasarkan penjelasan para ulama salaf ash-sholih tersebut, jelaslah bagi kita sekarang bahawa bulan Rejab bukanlah bulan yang istimewa, dalam makna bukanlah bulan yang padanya dikhususkan dengan amalan berpuasa berbanding bulan-bulan lainnya. Dalam permasalahan ini, perlu difahami bahawa mengkhususkan bulan Rejab dengan melakukan puasa sebulan penuh merupakan bentuk pengagungan terhadapnya (berbanding bulan-bulan yang lainnya). Sementara pengagungan terhadapnya merupakan amalan yang menyerupai amalan masyarakat jahiliyyah (dalam keadaan tidak ada bimbingannya dari Al-Qur’an mahupun Sunnah – pent.). (Sebagaimana disebutkan dalam hadis) dan siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian dari mereka.

وتخصيصه بالصيام بدعة لأنه لم يأمر به صلى الله عليه وسلم ولم يفعله، ولا خلفاؤه الراشدون، ولا التابعون، ولا السلف الصالح، وكل ما ورد في صيامه من النصوص فقد اتفق جمهور على أنها موضوعة إلا القليل منها ضعيف جداً لا يصلح الاحتجاج به.

Mengkhususkan bulan Rejab dengan amalan puasa adalah bid’ah, kerana perbuatan ini tidak pernah diperintahkan dan dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, tidak pula oleh Khulafa’ Ar-Rasyidin, Tabi’in, mahupun para ulama salaf ash-sholih yang lainnya. Semua apa yang diriwayatkan dari nash-nash yang menjelaskan puasa bulan Rejab, majoriti ulama telah bersepakat akan kepalsuan sebahagian besar dari riwayat-riwayatnya, kemudian hanya sedikit darinya yang dha’if (lemah), namun itu pun termasuk dalam kategori dha’if yang sangat dha’if sehingga tidak dapat digunakan sebagai hujah.

وقد صح عن ابن عباس أنه كان ينهى عن صيام رجب كله لئلا يتخذ عيداً. وصح عنه أيضاً قال:

Dan telah sah pula riwayat dari Ibnu ‘Abbaas, bahawasanya beliau melarang seseorang dari berpuasa sempena Rejab seluruhnya agar orang ramai tidak menjadikannya sebagai hari raya (setelah berakhirnya bulan tersebut).[19]

Dan telah sahih juga dari Ibnu ‘Abbaas, beliau berkata:

ما رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يتحرى صيام يوم فضله على غيره إلا هذا اليوم يوم عاشوراء، وهذا الشهر يعني شهر رمضان.

“Aku tidak pernah melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berusaha melakukan puasa pada suatu hari yang lebih beliau utamakan berbanding (hari-hari) lainnya, kecuali hari ini, yakni hari ‘Asyura dan bulan ini, yakni bulan Ramadhan.”

فإذا ليس لتخصيص شهر رجب بالصوم أصل

Dengan demikian, mengkhususkan bulan Rejab dengan amalan puasa tidaklah memiliki asal (dasar dari Al-Qur’an mahupun sunnah).”

Wallaahu a’lam.

Sumber: Disarikan dari Kitab Al-Bida’ Al-Hauliyyah karya ‘Abdullah bin ‘Aziz At-Tuwaijiri, m/s. 226-236 – Cet. 1, 1421H (Daar Al-Fadhilah, Riyadh). Merupakan hasil Thesis Master di bidang ‘aqidah Universiti Imam Muhammad Su’ud (‘Arab Saudi) dengan keputusan mumtaz.

Kitab ini juga telah diterbitkan dalam edisi terjemahan (lengkap). Klik Untuk mendapatkannya.


 

[1] Yakni dengan anggapan puasa dan ibadah di bulan ini memiliki keutamaan tersendiri berbanding puasa atau ibadah di bulan-bulan yang lainnya.

[2] Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) berkata:

لم يرد في فضل شهر رجب، ولا في صيامه، ولا في صيام شيء منه معين، ولا في قيام ليلة مخصوصة فيه حديث صحيح يصلح للحجة، وقد سبقني إلى الجزم بذلك الإمام أبو إسماعيل الهروي الحافظ رويناه عنه بإسناد صحيح، وكذلك رويناه من غيره

“Tidak ada riwayat (hadis) yang sahih yang dapat dijadikan sebagai hujah berkaitan keutaman atau kekhususan bulan Rejab (berbanding bulan lainnya), tidak pada puasanya, tidak pula puasa pada hari tertentu dari bulan Rejab, dan tidak pula pada keutamaan solat malamnya. Telah mendahuluiku dalam memastikan perkara ini adalah Al-Imam Abu Ismail Al-Harawi Al-Hafiz (Wafat: 481H), yang mana kami meriwayatkannya dari beliau dengan sanad yang sahih, dan kami juga meriwayatkannya dari selainnya.” (lihat: Tabyin Al-Ujab bi ma Warada fi Fadhli Ar-Rojab, m/s. 6)

[3] Lihat: Shahih Al-Bukhari, no. 1970. Muslim, no. 1156. Namun padanya tidak terdapat tambahan, “kerana kedekatannya dengan bulan Ramadhan.”

[4] Majmu’ Al-Fatawa, 25/290-291.

[5] Lihat: Iqtidha’ Ash-Shiratal Mustaqim, 2/624-625.

[6] Lihat biografinya di Ath-Thobaqat, 7/183-185. Al-Jarh wa At-Ta’dil, 5/57-58, no. 286. Tadzkiratu Al-Huffaz, 1/94, no. 85.

[7] Pernyatakaan Al-Baihaqi ini dijawab dengan mengatakan bahawa pada ulama semisal Abu Ismail Al-Harawi, Syaikh Al-Islam Ibn Taimiyyah, dan Al-Hafiz Ibn Hajar Al-‘Asqalani telah sepakat bahawa tidak ada hadis yang sahih yang menjelaskan keutamaan puasa di bulan Rejab secara khusus. Hadis-hadis yang berkaitan dengan permasalahan ini tidak jelas, sebahagiannya dha’if, dan sebahagian yang lainnya maudhu’ (palsu); dan yang maudhu’ inilah yang lebih banyak. Wallaahu a’lam.

[8] Hadis ini dinilai dha’if kerana identiti Mujibah Al-Bahili yang tidak dikenal atau diperbahaskan.

[9] Beliau adalah tokoh besar dari kalangan tabi’in, dikatakan setaraf dengan Az-Zuhri. Lihat: Ath-Thobaqat, 6/313-315. Siyar A’lam An-Nubala’, 5/392-401, no. 180. Taqrib At-Tahzib, 2/73, no. 623.

[10] Lihat: Latha-if Al-Ma’aarif, m/s. 123-124.

[11] Shahih Al-Bukhari, no. 1969.

[12] Lihat: Al-Inshaf oleh Al-Mardawi, 3/347.

[13] Lihat: Al-Mughni oleh Ibn Qudamah, 3/167.

[14] Hadis ini disebutkan oleh Ibnu Hajar dalam kitab beliau, Tabyin Al-‘Ujab (m/s. 12). Kemudian beliau mengatakan, “Hadis ini munkar, disebabkan perawinya Yusuf bin ‘Athiyyah adalah perawi yang tersangat dha’if.”

[15] Latha-if Al-Ma’aarif, m/s. 124-125.

[16] Lihat: Zaadul Ma’ad, 2/64.

[17] Lihat: Al-Baa’its ‘ala Inkaril Bida’ wal-Hawadits, m/s. 48-49.

[18] Lihat: Al-Hawaadits wa Al-Bida’, m/s. 130-131.

[19] Lihat: Mushannaf oleh ‘Abdurrazzaq, no. 7854. Ibnu Hajar mengatakan dalam Tabyin Al-‘Ujab, “Isnad riwayat ini adalah sahih.” (Tabyin Al-‘Ujab, m/s. 35).