Nama Buku:
Perjalanan Hidup Rasul Yang Agung Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam
Penulis:
Syaikh Syafiyurrahman al-Mubarakfuri
Terbitan:
Darul Haq
Harga:
RM78
Berat:
1.3Kg
Membaca dan menghayati sirah/sejarah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bukanlah sekadar sebagai bahan bacaan dan untuk mendapatkan informasi berkenaan Rasulullah, tetapi lebih dari itu semua. Iaitu bertujuan untuk meneladani sifat dan tatacara kehidupan beliau dalam segala perkara, mengambil ‘ibrah (iktibar/pelajaran) darinya dan menerapkannya dalam kehidupan seharian kita.
Buku ini merupakan salah satu rujukan yang tidak kurang pentingnya bagi tujuan meneliti hal yang dimaksudkan. Di dalamnya mengandungi kupasan yang menarik berkenaan sekitar sejarah kehidupan bangsa arab, fasa-fasa peperangan, kehidupan agama, sosial, budaya, politik, ekonomi, geografi, suku kaumnya, dan beberapa kerajaan yang wujud ketika itu. Turut dipaparkan juga adalah sekitar latar belakang kehidupan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam secara lengkap dan terperinci kemudian ditutup dengan paparan detik-detik terakhir kehidupan beliau serta gambaran sifat dan budi pekerti beliau.
Lebih istimewa, buku ini turut dilengkapi dengan analisa sejarah, penukaran tahun peristiwa dari hijrah ke masehi, rujukan-rujukan hadis yang sahih, peta global/umum lokasi-lokasi bersejarah, dan beberapa yang lain.
732 m/s.
1 Comment
This comment has been removed by a blog administrator.