Kitab ar-Risalah Karya Imam asy-Syafi’i
(Kitab Ilmu Ushul Fiqh Pertama di Dunia)
Author:
Al-Imam asy-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 204H)
Publisher:
Pustaka Azzam
Price:
RM66
Weight:
900 gram
Description:
Imam asy-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 204H) merupakan seorang tokoh dan seorang imam yang amat masyhur namanya dalam dunia Islam, beliau juga merupakan tokoh yang hebat dan besar jasanya.
Beliau merupakan individu yang pertama memiliki gagasan dan idea cemerlang berkenaan kaedah penggalian hukum-hukum Islam, yang disusun dengan begitu sistematik ke dalam sebuah karyanya yang diberi judul ar-Risalah (yang bermaksud, sebuah pesanan).
Usaha pembukuan ini bertepatan dengan kepesatan perkembangan ilmu-ilmu pengetahuan dalam dunia Islam. Ianya berlangsung di sekitar era khalifah Harun al-Rasyid (145H-193H), dan kemuncaknya adalah di masa Khalifah al-Ma’mun (170-218H).
Dengan lahirnya kitab ini, fasa awal perkembangan ilmu ushul fiqh pun bermula. Kitab ini menjadi rujukan utama bagi ahli ushul di masa-masa seterusnya. Kitab ar-Risalah ini juga merangkumi gambaran metodhologi imam asy-Syafi’i dalam mencari, menyusun dan menggali/menggubal hukum-hakam Islam. Ianya sangat baik untuk dijadikan rujukan utama bagi mereka yang bergelar pengkaji, mahasiswa, pelajar, penggerak akademik, dan pemerhati. Ia juga turut menjadi rujukan para ulama dulu dan kini.
Kata Imam ‘Abdurrahman B. Mahdi rahimahullah tentang kitab ar-Risalah, “Ketika aku melihat kitab ar-Risalah karya asy-Syafi’i, aku tercegang kerana aku sedang melihat (susunan bahasa) seorang yang bijak, fasih, lagi penuh dengan nasihat sehingga aku memperbanyakkan doa untuknya.” (Mukaddimah kitab ar-Risalah tahqiq Syaikh Ahmad Syakir, m/s. 4)
Kata Syaikh Ahmad Syakir, “Seluruh kitab imam asy-Syafi’i adalah contoh sastera ‘Arab yang murni dan berada di puncak balaghah yang tertinggi. Beliau menulis berdasarkan naluri yang bersesuaian dengan fitrah, tidak dibuat-buat dan tidak dipaksa-paksa. Kitab-kitab beliau adalah penjelasan yang paling fasih yang pernah anda baca setelah al-Qur’an dan hadis, tidak dapat ditandingi oleh satu ucapan pun dan tidak terkalahkan oleh satu tulisan pun.” (Mukaddimah kitab ar-Risalah tahqiq Syaikh Ahmad Syakir, m/s. 14)
Badruddin az-Zarkasyi di dalam kitab al-Bahr al-Muhith fii Ushul menyatakan, “asy-Syafi’i adalah ulama pertama yang menyusun buku tentang ushul fiqh. Bagi bidang ushul fiqh ini, beliau menulis kitab ar-Risalah, Ahkam al-Qur’an, Ikhtilaf al-Hadits, Ibthal al-Istihsan, Jama’ al-‘Ilm, dan al-Qiyas. Melalui pelbagai pembahagian bab-bab perbahasan dalam kitab ini, beliau telah menjelaskan selok-belok penghujahan dengan hadis ahad, membentangkan syarat-syarat kesahihan hadis, keadilan para perawi hadis, penolakan khabar mursal dan munqathi’, serta perkara-perkara lain yang boleh diketahui dengan menyemak isi kandungannya.” ( Mukaddimah kitab ar-Risalah tahqiq Syaikh Ahmad Syakir, m/s. 13)
Pages:
604 m/s.
More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: [email protected] untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari – http://galeriniaga.blogspot.com/
Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.