Syaikh ‘Abdul Malik B. Ahmad Ramadhani al-Jaza’iri
Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi’i Price:
RM26 Weight:
450gram Description:
Keenam-enam Pilar (rukun) Utama dalam perbahasan ini dinisbatkan kepada Ahlul Atsar (Ahlus Sunnah wal-Jama’ah) yang tujuannya adalah mengingatkan kepada kita bahawa agama yang haq adalah dengan cara mengikuti jejak Salafus Soleh (sahabat, tabi’in, dan tabi’ut-tabi’in) yang telah mendahului kita, yang mana mereka telah dipuji dengan sebutan yang baik melalui lisan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, bahkan disebutkan dalam al-Qur-an al-Karim.
Kefahaman tentang enam pilar (rukun) ini penting untuk dimiliki dan dikuasai oleh setiap Muslim untuk membendung serta menyelamatkan ummat dari pelbagai bentuk kerosakan yang telah terjadi dengan begitu berleluasa, yang diakibatkan oleh orang-orang yang mendahulukan logik (rasional) atas wahyu, dan mendahulukan hawa nafsu ke atas akal fikiran yang sihat (fitrah), serta orang-orang yang menyelisihi manhaj (prinsip) Ahlus Sunnah wal-Jama’ah.
Oleh kerenanya, dengan memahami prinsip-prinsip dasar manhaj Salaf, insya-Allah kita telah menempuh pintu kebahagiaan dan jalan keselamatan. Sungguh tepat jika dikatakan bahawa ummat ini akan meraih kembali kejayaan dan kemuliaannya, apabila mereka kembali kepada jalan agama yang benar sebagaimana jalan agama yang telah ditempuh oleh para Salafus Soleh (generasi awal yang soleh). Kerana dari merekalah agama ini berkembang dan dari merekalah kita menerima agama ini.
268 m/s.
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: [email protected] untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.