287 – Prinsip Dasar Islam

Prinsip Dasar Islam
Menurut al-Qur’an dan as-Sunnah Yang Sahih

Title:
Prinsip Dasar Islam
Author:
Ustaz Yazid B. ‘Abdul Qadir Jawas

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi’i

Price:
RM38

Weight:
500 kg

Description:

Setiap muslim yakin sepenuhnya bahawa kurniaan Allah yang terbesar di dunia ini adalah agama Islam. Maka wajib ke atas setiap muslim untuk bersyukur kepada Allah ‘Azza wa Jalla dengan nikmat-Nya yang telah memberikan kepada kita hidayah sebagai muslim.

Sebagai bukti dan tanda syukur, seseorang muslim perlu redha Allah sebagai Rabb-nya, Islam sebagai agamanya dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sebagai Nabinya.

Apabila seseorang ingin menjadi muslim yang sejati, pengikut Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang setia, maka dia wajib meyakini Islam sebagai satu-satunya agama yang haq (benar), memepelajari agama Islam dengan bersungguh-sungguh dan mengamalkan Islam dengan ikhlas kerana Allah dan mengikuti petunjuk yang disampaikan oleh Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Melalui buku ini, penulis menjelaskan prinsip-prinsip asas dan utama dalam agama Islam yang wajib diketahui oleh setiap muslim dan muslimah. Buku ini sangat sesuai dan amat dicadangkan kepada mereka yang baru mula mahu mendekati Islam, yang mahu mengenal asas-asas Islam, kepada mereka baru memeluk agama Islam, serta kepada mereka yang baru mula sedar dan memiliki rasa ingin tahu tentang Islam dari asas-asas sendinya.

Antara yang dibincangkan dalam buku ini adalah: Bagaimana mensyukuri nikmat Islam, pengertiann Islam dan tahap-tahapnya, sifat-sifat Islam, Tauhid dan menjauhi syirik sebagai asas Islam, keutamaan Tauhid, beriman kepada Nabi, pengertian ibadah, keutamaan dan keindahan Islam, Islam sebagai agama yang mudah, Islam sebagai agama yang sempurna, sumber Islam adalah al-Qur’an dan as-Sunnah di atas kefahaman salafush-sholeh, Islam sebagai agama yang benar, sifat al-wala’ wal-bara’, dan yang terakhir adalah tentang kemuliaan akhlak ahlus sunnah wal-jama’ah.

Mudah-mudahan dengan membaca buku ini pembaca akan bertambah keimanan, ilmu yang bermanfaat, bersemangat terhadap Islam dan mudah-mudahan Allah memberikan hidayah taufiq kepada kita untuk dapat melaksanakan syari’at Islam dan istiqamah (konsisten) di atas ‘aqidah dan prinsip agama yang benar. Insya-Allah

Total Pages:
262 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Depositkan bayaran (bank in bayaran termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi Subandi) atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), dan sms/email kan nama serta alamat penuh anda untuk urusan penghantaran.