Ad-Daa’ Wa ad-Dawaa’
Mengenal Pelbagai Jenis Penyakit Hati Yang Merbahaya dan Penawarnya

Title:
Ad-Daa’ Wa ad-Dawaa’
Mengenal Pelbagai Jenis Penyakit Hati Yang Merbahaya dan Penawarnya

Author:
Ibnu Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah (Wafat: 751H)
Tahqiq: Syaikh ‘Ali B. Hasan al-Halabi

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi’i

Price:
RM72

Weight:
100g

Description:

Buku ini berbicara dengan panjang lebar lagi terperinci dalam pelbagai persoalan doa, aqidah, akhlak, kesan maksiat, syirik, cinta (al-Hubb), kesan cinta, tarbiyah dan tazkiyatun-nufus. Perbahasan tulisan dimulakan dari persoalan pentingnya do’a bagi seseorang hamba serta hubungan do’a dengan takdir. 2 – Berbicara berkaitan jenis-jenis maksiat dan bahayanya bagi para pelakunya, juga dosa-dosa dan kesan negatifnya secara langsung di dunia. 3 – Kemudian beliau (penulis/Ibnul Qayyim) berbicara pula tentang hukuman Allah terhadap hamba-Nya sama ada hukuman yang bersifat syar’i atau pun qadari, qalbi atau pun badani, duniawi atau pun ukhrawi. 4 – Berbicara mengenai syirik dan jenis-jenisnya di dalam ibadah perbuatan, perkataan, kehendak, dan niat, serta syiriknya agama Nasrani, juga syirik dalam wasilah dan syafaat. 5 – Berbicara berkaitan pintu-pintu pembuka maksiat, di antaranya bisikan hati, pandangan mata, dan langkah kaki. 6 – Berbicara mengenai liwat (homoseks) dan menyetubuhi binatang. 7 – Serta tentang kesucian diri, hakikat cinta, peringkat dan jenis-jenis cinta, soal mabuk asmara dan beebrapa permasalahan yang lain. Anda akan menjadi terpesona dengan huraian-huraian yang disusun oleh penulis yang sangat berilmu dan faqih dari halaman demi halaman. Anda akan merasa puas dari dahaga ilmu yang bermanfaat.
Maka, telitilah buku ini dari lembaran pertama sehingga ke akhirnya…

Demikianlah, begitu banyak persoalan masalah yang disebutkan oleh Ibnul Qayyim (rahimahullah) secara panjang lebar berserta penyelesaiannya yang begitu meyakinkan. Beliau memaparkan pelbagai perkara, sama ada yang halus (tersirat) atau pun yang tampak (tersurat) dari sudut hakikat ilmu, disertai dengan penjelasan tentang pengawasan dan pembaikan terhadap jiwa.
Setiap perbahasan yang beliau utarakan menjadikan para penuntut ilmu wajib memiliki dan menala’ah kitab ini. Kitab aslinya berjudul al-Jawaabul Kaafi li Man Sa-ala ‘anid Dawaa’isy Syaaft atau ada yang menyebutkannya dengan judul: ad-Daa’ wad Dawaa’.
Selaku penulis, Imam Ibnul Qayyim (rahimahullah) sendiri tidak pernah memberi judul karya beliau ini dengan salah satu dari kedua judul tersebut, sebagaimana dijelaskan di dalam muqaddimah beliau. Kedua judul tersebut diberikan untuk sebuah karya yang sama, iaitu yang ditulis oleh Ibnul Qayyim, sebagai jawaban terhadap soalan yang diajukan kepada beliau. Pembetulan makna di antara kedua judul tersebut dengan isi kitab ini tampak jelas walaupun judul ad-Daa’ wad Dawaa’ lebih dikenali. Sebab, judul tersebut diperkuatkan oleh para penyusun biografi beliau (rahimahullah), seperti al-Hafizh Ibnu Rejab al-Hambali (rahimahullah) dalam Dzail Thabaqaat al-Hanaabilah (11/450), Ibnul ‘Ammad (rahimahullah) dalam asy-Syadzaraat (VI/169), serta asy-Syaukani (rahimahullah) dalam al-Badruth Thaali’ (11/144).

Total Pages:
565

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: [email protected] untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest