Fatwa Panduan Solat

Title:
Fatwa Panduan Solat
(3 Ulama Saudi Arabia)

Author:
Selenggaraan Ust. Abu Ruwais asy-Syubrawi

Publisher:
Karya Bestari

Price:
RM18

Weight:
500g

Description:

SOLAT adalah ibadah dan tiang agama paling penting. Meninggalkan solat seolah-olah seorang Muslim itu meninggalkan agamanya. Muslim sejati wajib menghampirkan diri kepada TUHANnya. Ini kerana, saat paling hampir seorang hamba dengan TUHANnya adalah ketika solat. Oleh itu, Muslim sejati wajib mengetahui hukum-hakam berkaitan ibadah paling istimewa ini agar dapat melakukannya dengan sempurna ketika berada di hadapan TUHANnya. Sabda Nabi s.a.w:
“Solatlah kamu sepertimana kamu telah melihat aku mengerjakan solat.” – Hadis riwayat al-Bukhari dan Ahmad.Selain itu, solat yang tidak sempurna rukun dan syaratnya mungkin tidak diterima atau hanya mendapat beberapa bahagian pahala mengikut perkiraan ALLAH. Ini bermakna, kita tidak boleh melakukannya menurut kehendak nafsu semata-mata tanpa ilmu yang sahih dan tepat berkaitan solat. Pada hari ini, kebanyakan umat Islam banyak melakukan kesilapan dalam solat disebabkan kejahilan. Namun, sebahagian mereka masih lagi ego dan memandang remeh perkara ini. Akhirnya, solat itu sendiri tidak mampu mengubah mereka menjadi Muslim sejati. Paling merugikan sekiranya solat itu langsung tidak dinilai oleh ALLAH.Semoga buku ‘Fatwa Panduan Solat’ yang dilengkapi dalil daripada al-Quran, hadis dan pendapat ulama terkemuka ini mampu menyelesaikan segala persoalan dan memberi manfaat kepada seluruh umat Islam.

Total Pages:
410

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: [email protected] untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest