Untukmu Yang Berjiwa Hanif

Title:
Untukmu Yang Berjiwa Hanif

Author:
Ustaz Armen Halim Naro

Publisher:
Psutaka Darul Ilmi

Price:
RM16 (Soft Cover)

RM30 (Hard Cover)

Weight:
100g

Description:

Di ketika jejak-jejak kasih-sayang Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mula tampak di halaman kalbu, awan mahabbah dan kabut cinta Allah sedang datang berarak di langit hati, petanda rahmat hidayah akan turun menyirami taman jiwa.

Tidak berselang-lama, akan tumbuh bersemi fitrah yang suci, hadir perasaan tunduk dan patuh kepada kebenaran, timbul motivasi dan semangat untuk melaksanakan kebaikan. Saat itulah kehidupan akan dirasa bererti dan kebahagiaan mampu diraih kembali. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Dan orang-orang yang berjuang di dalam jalan Kami, akan Kami beri mereka hidayah menuju jalan-jalan kebaikan.” (Surah al-ankabut, 29: 69).

Sekiranya ia dibiarkan begitu sahaja, tidak diolah dengan benar bahkan sering dilalaikan, pasti ia berlalu dan meninggalkannya di dalam kesendirian menyebabkan ia harus menunggu dan menunggu pada sebuah penantian yang tidak berkesudahan. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Ketika mereka menyeleweng dari jalan kebenaran, kami selewengkan hati mereka.” (Surah ash-Shaf, 61: 5)

Tiada pilihan lain bagi seorang hamba melainkan meneruskan pencarian dan memperkukuhkan keyakinan. Kerana bangun dari kelalaian merupakan langkah awal dari sebuah perjalanan menuju Shirathul Mustaqim. Jalan yang telah ditempuh oleh para Nabi dan Rasul, orangorang Shiddiq, Syuhada, dan orang-orang yang Soleh. Dan itulah yang telah terdahulu dilalui dan ditempuh oleh Rasulullah dan para Sahabatnya.

Beragamalah dengan agamanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan berjalan di atas jejak-jejak jalan Slafush Sholeh. Itulah sebuah keselamatan. Bahkan sebuah kewajiban. Itulah sebenarnya hidayah yang hakiki. Allah berfirman: Sekiranya mereka beriman seperti mereka beriman, nescaya mereka memperolehi hidayah.” (Surah al-Baqarah, 2: 137)

Buku ini adalah Sebuah buku yang menyentuh jiwa. Sesuai untuk mereka yang sedang mencari kebenaran dan sentiasa mahukan muhasabah serta motivasi diri. Telah beberapa cetakan dilakukan dan kini telah mencapai “Best Seller”.

Total Pages:
180

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: [email protected] untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest