Jawaban Asy-Syaikh Ibn ‘Utsaimin Terhadap Pembela Aqidah Al-Asya’irah

www.ilmusunnah.com

Fatwa Dr. Yusuf Al-Qaradhawi (semoga Allah memberi petunjuk padanya) sebagaimana yang terdapat di dalam laman web rasminya menyebutkan (dalam rangka membela Al-Asyairah):

وردا على سؤال آخر من أحد الحضور جاء فيه: “بعض الناس يطعن في عقيدة الأزهر الشريف، فما رد فضيلتكم على هذا الكلام؟”، قال الشيخ القرضاوي بنبرة استفهام ساخرة: “عقيدة الأزهر الشريف؟!” ورأى أن من يقول ذلك “فهو يطعن في الأشعرية”، وتابع: “ليس الأزهر وحده أشعريا.. الأمة الإسلامية أشعرية.. الأزهر أشعري والزيتونة أشعري والديوباندي (بالهند) أشعري وندوة العلماء أشعرية ومدارس باكستان أشعرية.. وكل العالم الإسلامي أشعرية”. وأشار إلى أنه حتى الأشعرية موجودة بالسعودية التي تعد مركز السلفية الوهابية، وقال: “السلفيون مجموعة صغيرة، حتى إذا قلنا السعودية فليس كل السعودية سلفيين، فالحجازيون غير النجديين غير المنطقة الشرقية غير منطقة جيزان وهكذا”. وأضاف: “فإذا أخذنا بالأغلبية، فإن أغلبية الأمة أشعرية.. هذه كلها اجتهادات في فروع العقيدة، والكل متفق على شهادة أن لا اله إلا الله وأن محمد رسول الله وعلى النبوة في الإيمان بالله وكتبه ورسله وفي اليوم الآخر”. وشدد على أن “هذه الاختلافات لا ينبغي أن نكفر بها أحدا

Terjemahan: Di ketika menjawab soalan lain daripada salah seorang yang turut serta (bertanya):
“Segolongan orang telah mengkritik ‘aqidah al-Azhar asy-Syarif. Maka, apa jawapan tuan yang dihormati, terhadap perkataan (tohmahan) tersebut?” Maka Syaikh al-Qaradhawi menjawab dalam bentuk persoalan yang penuh takjub:

“Aqidah Al-Azhar asy-Syarif?!”

(Beliau berkata) “Saya lihat orang yang berkata seperti itu adalah orang yang mengkritik (‘aqidah) al-Asya’irah”. Seterusnya beliau berkata: “Bukanlah al-Azhar satu-satunya yang (beraqidah) Asy’ari. Ummah Islamiyyah adalah Asya’irah (majoritinya). Al-Azhar (beraqidah) Asy’ari. Az-Zaituniyyah (beraqidah) Asy’ari. Ad-Deoubandi (di India) beraqidah Asy’ari. Nadwah Al-Ulama’ beraqidah Asy’ari dan sekolah-sekolah di Pakistan juga (beraqidah) Asy’ariyyah. Seluruh Dunia Islam adalah Asy’ari (beraqidah Asy’ari)”.

(Syaikh Dr. Al-Qaradhawi turut menjelaskan) wujudnya golongan Al-Asya’irah di Saudi yang dikenali sebagai markaz Salafiyyah Wahhabiyyah. Beliau berkata:

Salafiyyun (Wahhabiyyah) hanya minoriti sahaja (di dunia). Walaupun kita katakan negara Saudi (sebagai Salafi wahhabi), namun bukan seluruh Saudi itu Salafi (Wahhabi). Golongan ahli Hijaz (yang kebanyakkan ulama’ mereka masih al-Asya’irah tetapi tidak menonjol) bukan seperti ahli Nejad. (Ahli Nejad juga) bukan Ahli Syarqiyyah (ahli timur Saudi). (Ahli Syarqiyyah juga) bukan seperti Ahli di daerah Jizan. Begitulah seterusnya…”

Beliau menambah: “Sekiranya mahu dikira majoriti umat Islam, maka majoriti ummah adalah al-Asya’irah. Itu hanyalah perselisihan dalam masalah furu’ Aqidah. Kesemuanya bersepakat terhadap iman kepada Tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan Muhammad itu adalah Rasulullah. Semuanya bersepakat terhadap kenabian (Rasulullah s.a.w.) dan pada keimanan terhadap Allah, kitab-kitab, para rasul-Nya dan beriman kepada Hari Akhirat”.

Lalu beliau mengingatkan secara tegas: “Khilaf ini (manhaj Al-Asya’irah) tidak boleh menjadi sebab kita mengkafirkan sesiapa!”

Rujukan:

http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item;_no=6914&version;=1&template;_id=116&parent;_id=114

القرضاوي: لا فتوى لشلتوت بالتعبد على الجعفري
موقع القرضاوي/9-4-2009
الخميس 09 ابريل 2009
عقيدة الأزهر

Jawaban Asy-Syaikh Ibnu Utsaimin secara umum di dalam kitabnya, Al-Qowa’idul Mutsla, di bahagian tajuk “Bantahan Terhadap al-Asya’irah”:

قلنا: أننا لا نسلم أن تكون نسبة الأشاعرة بهذا القدر بالنسبة لسائر فرق المسلمين، فإن هذه دعوى تحتاج إلى إثبات عن طريق الإحصاء الدقيق. ثم لو سلمنا أنهم بهذا القدر أو أكثر فإنه لا يقتضي عصمتهم من الخطأ، لأن العصمة في إجماع المسلمين لا في الأكثر. ثم نقول: إن إجماع المسلمين قديما ثابت على خلاف ما كان عليه أهل التأويل، فإن السلف الصالح من صدر هذه الأمة، وهم الصحابة الذين هم خير القرون والتابعون لهم بإحسان وأئمة الهدى من بعدهم، كانوا مجمعين على إثبات ما أثبته الله لنفسه، أو أثبته له رسوله صلى الله عليه وسلم من الأسماء والصفات، وإجراء النصوص على ظاهرها اللائق بالله تعالى، من غير تحريف، ولا تعطيل، ولا تكييف، ولا تمثيل. وهم خير القرون بنص الرسول صلى الله عليه وسلم، وإجماعهم حجة ملزمة، لأنه مقتضى الكتاب والسنة، وقد سبق نقل الإجماع عنهم في القاعدة الرابعة من قواعد نصوص الصفات

Terjemahan: Kita tidak boleh menerima sekiranya dikatakan pengikut Asy’ariyah adalah sebesar itu. Pengakuan seperti itu memerlukan bukti dengan kajian yang teliti. Sekiranya benar jumlah mereka sebesar itu, atau mungkin malah lebih, perkara tersebut tidak menunjukkan bahawa mereka berada dalam kebenaran. Kerana kebenaran terdapat di dalam ijma’ kaum muslimin, bukan bergantung kepada banyaknya jumlah umat Islam. Apatah lagi bahawa kaum muslimin generasi awal (terdahulu) telah ijma’ (bersepakat) menyelisihi fahaman ahli ta’wil. Para salafush-Sholeh dari generasi pertama umat ini, iaitu para sahabat (yang merupakan generasi terbaik), para Tabi’in dan para imam mujtahij telah ijma’ menetapkan semua nama-nama dan sifat-sifat Allah yang telah Dia tetapkan sendiri atau ditetapkan oleh Rasulullah. Mereka juga telah ijma’ memahami nash-nash tentang sifat Allah menurut zhohirnya bersesuaian dengan keagungan-Nya tanpa melakukan tahrif, ta’thil, takyif, dan tamtsil.

Para sahabat, tabi’in, dan para imam mujtahid adalah orang-orang yang dipuji oleh Rasulullah sebagai generasi terbaik. Ijma’ mereka adalah hujjah yang wajib diikuti, kerana bersesuaian dengan tuntutan al-Qur’an dan as-Sunnah. Tentang ijma’ mereka ini telah dibicarakan pada kaedah keempat di dalam memahami nash tentang sifat Allah.

Rujukan:

Nukilan dari Al-Qowa’idul Mutsla fii Shifatillah wa Asma’ihu Al-Husna karya Asy-Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest