Apakah Ini Kepercayaan Seorang Manusia Yang Mahu Dinobat Sebagai Pemimpin Islam?

http://bahaya-syirik.blogspot.com/

Dirujuk daripada Blog Anwar Ibrahim, http://anwaribrahimblog.com/2009/02/09/selamat-menyambut-hari-thaipusam/ beliau dipetik sebagai berkata:

—@@@—

“Thaipusam diraikan oleh penganut agama Hindu bersempena lahirnya Dewa Murugan, juga apabila ibunya Dewi Parvati memberikan lembing buat menghapus kejahatan yang dikenal sebagai Soorapadman.

Kejahatan dan kebejatan Soorapadman semakin hari semakin melampau kerana dia merupakan raksasa yang berkuasa. Ini membuatkan Siva mengarahkan Murugan; yang terkenal cekal, tabah dan bijak mengaalahkan rakasasa tersebut.

Moga kita dapat mengambil sedikit iktibar dari kisah ini dan terus memperkukuhkan tekad buat mencipta Malaysia yang bebas merdeka dari rasuah dan kezaliman. Selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada seluruh penganut agama Hindu di Malaysia.”

ANWAR IBRAHIM

—@@@—

Juga, perkataan Dato’ Sri Nizar (minit ke 6:30) , yang mengajak meraikan dan sama-sama merayakan perayaan Thaipusam.

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=5pauMuKxok0]

Wahai umat Islam, Bukalah mata, bukalah minda, selamilah jiwa nuranimu… Adakah kita mengerti hakikat seorang Muslim yang sejati itu bermula dari dasar aqidahnya yang murni?

Tidak sekali-kali merestui kesyirikan dan kekafiran!

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai orang-orang kafir! Aku tidak sembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak sembah apa yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak pernah menjadi penyembah apa yang aku sembah. Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.” (Surah al-Kafirun, 109: 1-6)

“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa dia memberi nasihat kepadanya: “Wahai anakku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik (menyekutukan Allah) itu adalah sebesar-besar kezaliman.” (Surah Luqman, 31: 13)

Lebih lanjut, klik di sini.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest