093 – Ke Mana Arah Tuju Perjuangan Islam PAS?

Ke Mana Arah Tuju Perjuangan Islam PAS?

http://bahaya-syirik.blogspot.com/

—-@@@@—-
Tokoh Terbilang PAS Bersama Salah seorang penyanyi Rock tanah air:
Pautan rujukan 1, Pautan rujukan 2
—-@@@@—-

Jika sebelum ini, Parti Islam Semalaysia (PAS) sering mempertikaikan seteru utamanya dari kalangan BN, iaitu UMNO khususnya yang gemar menganjurkan pelbagai jenis konsert nyanyian bersama para artis.

Apakah PAS kini sudah mengorak langkah baru ke arah sebuah tajdid (pembaharuan) di dalam ijtihad perjuangan dan pegangan agama mereka? Mereka kini bersikap lebih tolerance dan megah dengan penyertaan golongan para artis.

Dalam isu penganjuran konsert, apakah PAS kini sudah mula mencair dengan menerima jejak pemikiran UMNO dalam isu konsert nyanyian, terlebih lagi melibatkan konsert Rock?

Sebagai sebuah badan perjuangan Islam, PAS sewajarnya tidak mudah hanyut ditelan arus muzik dan artis. Jangan biarkan prinsip tergadai hanya kerana disebabkan mahu mengejarkan sokongan. Yang natijah akhirnya nanti akan membuahkan slogan, “Janji Demo sokong Kito, Kito pun Sokong Demo, Halal Sokmo!”

Jangan kerana mahu bersikap terbuka, akhirnya terbuka pekung di dada! Jangan kerana tidak mahu dipandang kolot, akhirnya prinsip agama digadaikan.

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya):

“Akan ada dari umatku, kaum yang menghalalkan zina dan sutera, khamr (minuman keras) dan alat-alat muzik….” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5590)

Wallahu a’lam…