062 – Masih Tidurkah?

Masih Tidurkah PAS?

http://bahaya-syirik.blogspot.com

Entah kenapa masih ramai yang terlena dibuai mimpi-mimpi indah. Sedang kita diserang dengan bertali arus. Bukan dengan serangan fizikal dan jentera-jentera peluru atau kesakitan.

Tetapi kita diserang dari sudut pemikiran, keyakinan, keimanan, dan keteguhan aqidah. Pelbagai aliran pemikiran mula menyelinap masuk ke dalam masyarakat umat Islam masa ini. Suatu serangan halus yang tidak dirasakan sakit dengan fizikal dan pancaindera. Melainkan berupaya dikenalpasti melalui ilmu dan kefahaman.

Isunya adalah,

Di mana baru-baru ini kita digemparkan dengan isu syi’ah berpidato dan berhujjah di atas pentas Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di sebuah hotel di Kota Bharu. Terang-terangan pegangan aqidah ahlus sunnah diserang dengan begitu sahaja tanpa berselindung. Peliknya kenapa mesti di atas pentas PAS, sebuah pertubuhan/parti yang mengaku berjuang berorientasikan Islam? Para sahabat dicerca dan ditohmah. Menyelewengkan al-Qur’an dengan tafsiran-tafsiran yang batil menggunakan kepala otak sendiri.

Tidak lain, Islam bukanlah dilihat kepada nama atau siapa. Tetapi Islam dilihat dari dalil-dalil dan sumber. Kita tidak melihat kepada rupa dan nama. Tetapi kepada kefahaman dan ilmu. Serta apa yang dibawa. Kita melihat kepada fakta. Al-Qur’an dan hadis, berdasarkan kefahaman dan tafsiran salaful ummah dari kalangan yang soleh lagi terpercaya.

Syi’ah, suatu fahaman yang tidak asing bagi kita, menyerang kita dari zaman berzaman. Mengkafirkan para sahabat dan mentohmah kita dengan berat sekali. Hal ini tidak perlu diperbahaskan lagi, kerana di dalam blog saya ini pun telah banyak membentangkan kepada anda dengan hujjah dan sumber-sumber yang terpercaya akan hal yang dimaksudkan.

Tidak hairan juga, di dalam akhbar harakah yang selama ini membawakan kepada kita fikrah dan pemikiran ala khawarij. Kini seakan cuba membawakan suatu fahaman yang bercampur aduk yang jauh dari nilai-nilai ahlus sunnah wal jama’ah. Ini terbukti bila mana mereka secara jelas memuji kelompok yang sesat dan telah difatwakan menyimpang. Mereka menyanjung kelompok ajaran Muhammadiyah dan al-Arqam. Memuji Taha as-Suhaimi sebagai Sheikh dan salah seorang ulama yang besar.

Apakah mereka tidak mengerti. Apakah mereka tidak membuka mata? Kembalilah kepada manhaj ilmu dan pegangan aqidah yang tulus, berjuang atas keikhlasan, bukannya kepartian atau hizbi…

Tidak hairan juga jika suatu ketika masanya, seorang patokan mereka berpangkatkan Tok Guru mengiktiraf Iran sebagai negara Islam contoh. Padahal ia adalah sebuah negara Syi’ah yang bertunjangkan fahaman yang jauh menyimpang dari sunnah. Suatu golongan yang berfahaman mengkafirkan para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Mereka mengatakan al-Qur’an kita tidak lengkap. Mereka menghalalkan darah ahlus sunnah di negara mereka dan Iraq. Apakah ini yang kita sanjung dan puja? Malah, sebaliknya mereka mengkafirkan negara kita sendiri, mereka mengkafirkan pemimpin-pemimpin negara mereka sendiri. Apa hal nya ini? Apakah standardize yang mereka gunakan dalam menentukan sesuatu negara itu Islam atau bukan Islam. Mengapa sesuka hati mereka melabel itu dan ini dengan hujjah akal dan falsafah kabur!

Bukalah mata…

Tidak hairan juga, jika baru-baru ini, tokoh besar mereka yang menyandang gelaran Tok Guru juga, menyatakan adanya ilmu kasyaf dan boleh dikuasai dengan kaedah-kaedah tertentu dengan izin Allah.

Sedarlah…

Kezaliman yang paling besar dan lebih besar dari maksiat berzina, berjudi, riba, minum arak, dan mencuri, adalah kezaliman yang bernama Syirik. Iaitu menyekutukan Allah. Mensyirikkan Allah dalam ber-Aqidah dan beribadah. Ia merupakan sempadannya umat Islam di antara kafir dengan muslim. Di antara kufur dengan iman.

Sedarlah…

“Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” (Surah Luqman, 31: 13)

“Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) yang sebelummu. “Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), niscaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang rugi”.” (Surah az-Zumar, 39: 65)

Tidak hairanlah, jika gejala murtad terus berleluasa sekiranya gejala penyimpangan aqidah berlaku dengan teruknya dari kalangan para manusia yang mengaku sebagai ustaz dan ulama…

8 Comments

  1. assalamualaikum syeikh… ana x nak singgah lame ni, tp kalam nta tu bg ana melampau.. sinis dan biadap… Tok Guru yg diiktiraf ilmuan satu malaysia, x kan nak cakap bende bukan2.. ade hujjah dan pandangan die berlandaskan nas2 yg die pgg.. title ulama tu bukan die suke2 claim..

    ana yakin nta lagi byk ilmu drpd ana, tp ana rase x de ilmu yg ajar kite biadap dgn ulama.. kite dok sebok masalah khilaf, org lain gigih perjuangkan ketuanan Islam, x de la plak nak bg sumbangan..

    nak tegur x de masalah, tp kalo bute tanpa melihat situasi sebenar yg berlaku, x ke kurang ajar namenye? btol ke kena salahkan bulat2 pimpinan pas? kite tau ke ape yg sedang berlegar di klgn pimpinan mereka? hormatilah org lain kalo rase diri nak dihormati…

    nta nak delete comment ni x de masalah, tp kalo rase masih ade iman dalam diri, bijaklah dalam menilai.. jgn sebab org lain x sealiran dgn kite habis kite nak bantai sesuke mulut..

    maafkan ana kalo tersalah cakap.. sekian, wassalam…

  2. wa ‘alaikumussalam, ana ada bukti, sila lihat harakah keluaran 1-15 Mei 2008.

    Tok guru cakap berkenaan ilmu kasyaf.

    Then, kat dalam kolum fikrah, ada artikel menyanjung pertubuhan aurad muhammadiyah.

    Don’t be bias. open ur mind.

  3. Assalaamu’alaikum w.b.t… Bro Nawawi, ikhlas ana cakap, anta ni ibarat duri dalam daging Islam, anta adalah pemusnah perjuangan menegakkan Islam!

    Anta terlalu muda, tetapi merasakan ilmu setinggi langit dengan mencerca ulamak, anta nak jadi apa? Maaf la menegur, tetapi kita menegur ada batasnya juga, dah lama saya ikuti artikel2 anta, memang terlalu OVER. Anta mahu masuk syurga sorang2 ke? Anta tidak ada perasaan saya sesama makhluk ke?

    Ana tanya anta, apa JEMAAH anta skrg? Apa tujuan dakwah anta sekarang? Anta mahu rakyat makin salah faham? Jika anta tidak bersama PAS utk berjuang tegakkan ISLAM, anta mahu bersama siapa lagi? Mahu bersama UMNO, selama 50 tahun lebih dah merdeka ni ada anta nampak UMNO mahu tegakkan HUKUM ALLAH?? Anta tak tahukah erti hadith yang kalau kita mati tidak ada niat atau perasaan ingin melihat HUKUM ALLAH tertegak apa nama mati kita tu?

    Sedar lah waahi bro Nawawi, jangan menjadi api dalam sekam, belajar la dakwah bilhikmah, bukan dakwah bil membuta tuli tanpa rasa apa kesannya pada masyarakat kita, bila mana boleh timbul salah faham yang besar di kalangan umat.

    Mana ada manusia yang perfect skrg, but you must choose whose the best to bring ISLAM to the TOP!

    Saya mahu tanya anta, apa lagi JEMAAH yang anta rasa boleh menegakkan ISLAM dan menegakkan HUKUM HUDUD? Please tell here. Jazaakallahu khoirol jazaa’, maaf kerana terpaksa ku berkata2, wallahu a’lam 🙂

  4. Tentang Syiah berhujjah di pentas PAS, ulamak2 PAS sndr hairan dan tidak tahu menahu masalah tu. Itu adalah agenda musuh2 PAS hendak FITNAH pada PAS. Mahu merosakkan perjuangan ISLAM. Anta masih tidak nampak ke bro Nawawi? Jangan anta ingat nama anda Nawawi anda sudah setinggi tahap Imam Nawawi hehe

    Ingatlah antara pesan Saidina Umar, jangan kita menuntut ilmu kerana mahu menunjuk2, sombong, mahu berbantah2 dengan orang lain.

    Nada jangan juga masuk golongan yang cuba memfitnah PAS, kerana ceramah Syiah itu tidak ada kaitan langsung dengan PAS. Wallahu a’lam 🙂

  5. Tentang Syiah berhujjah di pentas PAS, ulamak2 PAS sndr hairan dan tidak tahu menahu masalah tu. Itu adalah agenda musuh2 PAS hendak FITNAH pada PAS. Mahu merosakkan perjuangan ISLAM. Anta masih tidak nampak ke bro Nawawi? Jangan anta ingat nama anda Nawawi anda sudah setinggi tahap Imam Nawawi hehe

    Ingatlah antara pesan Saidina Umar, jangan kita menuntut ilmu kerana mahu menunjuk2, sombong, mahu berbantah2 dengan orang lain.

    Anda jangan juga masuk golongan yang cuba memfitnah PAS, kerana ceramah Syiah itu tidak ada kaitan langsung dengan PAS. Wallahu a’lam 🙂

  6. Sila baca di blog ini tentang Syiah SABOTAJ PAS

    http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/

  7. wa ‘alaikumussalam…

    Forumer, saya jawab dlm bentuk point.

    Saya juga telah lama mengikuti pkembangan PAS. Saya mengikuti mrk mungkin lebih lama dan lebih dalam drpd sausara yg baru setahun jagung.

    Saya tahu apa yg ada di dalam PAS.

    apakah saudara tidak pernah mendengar Tuan Guru Nik Aziz yg pernah memuji IRAN sebagai negara Islam? Walhal begitu ramai ulama mengkafirkan atau sekurang2nya menyesatkan pemikiran Syi’ah di Iran yang didokong oleh ulama2 mereka seperti Khomeini dan lain2.

    Tetapi sungguh pelik apabila Tuan Guru Nik Aziz sanggup menyebut sebagai “Almarhum Khomeini”…

    Nampak sangat ketidak prihatinan Nik Aziz terhadap sesatnya Khomeini!

    Malaysia di anggap sebegai kafir, sekular dan lain2. Tetapi Iran dianggap sebagai negara Islam contoh! Jahilnya kalian!

    Islam dinilai dari aqidah, bukannya hudud!

    Semasa daulah madinah… Hudud bukanlah perkara yg pertama dicanang dan ditegakkan. Tetapi, persoalan yg terutama yg menjamin masuknya ke landasan yg selamat dan seterusnya menjamin ke syurga adalah Aqidah yg tulen lagi shaih.

    Bukan lah ia bagai yang dikata T.G. Nik Aziz iaitu “Undi PAS masuk Syurga”… jahilnya dia. Hadis mana yg beliau pakai?

    Dan artikel terbaru saya, sekali lagi mekritik TGNA tanpa segan silu menggunakan taurat pula…

    boleh lihat di sini,
    http://bahaya-syirik.blogspot.com/2008/06/063-harakah-mengapa-masih-menggunakan.html

    apakah benar dakwaan Ustaz Nasruddin Tantawi tersebut? Sedangkan org2 kelantan sendiri sudah tahu siapa PAS. Begitu ramainya Syi’ah di sana. Malah sudah smapai meresapi pondok2 di kelantan. Mengkeji dan mencela para sahabat nabi sudah tanpa berselindung lagi.

    Kalau saudara nak lebih detail, tanyakan sendiri kpd Maulana Asri yg nun di kelantan! Malah, dalam blog saya ini sendiri ada memaparkan beberapa keratan akhbar harakah yg memetik ucapan2 nik aziz yg memuji Syi’ah dan melindungi Syi’ah.

    Kalau Mahathir (Tun. M) sendiri tahu betapa sesatnya syi’ah, kenapa nik aziz begitu jahil (atau buat2 tak tau) terhadap syi’ah!

    Saya sudah bosan dengan memperalatkan Islam demi politik sempit lagi asyabiyah dan kepartian!

    fikirlah sendiri!

  8. Salaam. Umur saya dah 30 tahun lebih, dan awak baru awal 20an, awak kata saya baru setahun jagung yer hehe ikut suka awak laa

    Saudara kata : “apakah saudara tidak pernah mendengar Tuan Guru Nik Aziz yg pernah memuji IRAN sebagai negara Islam? “

    –> Salahkah kalau kita memuji jika ada kebaikan yang mereka lakukan. Seperti kelakuan dan adab etika pemimpinnya sekarang iaitu Ahmadinejad?

    Itu tidak bermakna Nik Aziz itu menyokong Syiah. Dia sndr membuat kenyataan dia tidak bersekongkol dengan Syiah dan nyata Nik Aziz adalah ahli sunnah, macam mana awak boleh tuduh beliau?

    Kesilapan tanpa disedari oleh Tuk Guru Nik Aziz pasti ada, kerana dia bukan maksum, tetapi awak melabelkan pada nya terlalu berat tu. Awak sndr maksum ke? Tak pernah buat salah atau tersilap kata2 langsung? saya sendiri perhatikan belambak2 unsur FITNAH kat blog2 awk nih? Bertaubat dan insaflah bro NAWAWI. BAHAYA LIDAH

    Saudara kata : “Semasa daulah madinah… Hudud bukanlah perkara yg pertama dicanang dan ditegakkan. Tetapi, persoalan yg terutama yg menjamin masuknya ke landasan yg selamat dan seterusnya menjamin ke syurga adalah Aqidah yg tulen lagi shaih.”

    –> betul mula2nya Aqidah yang perlu dititik beratkan. Tetapi awak tengok skrg aqidah rakyat Malaysia makin OK ke makin KO? Beratus ribu sudah murtad pun awak kata makin OK lagi ke?

    Dan awak tengok sejarah Islam, sampai cerah ke Nabi dan sahabat perjuangkan Aqidah semata2? mereka tidak melaksanakan HUKUM HUDUD ke? still dun get it?

    Saudara berkata : “Bukan lah ia bagai yang dikata T.G. Nik Aziz iaitu “Undi PAS masuk Syurga”… jahilnya dia. Hadis mana yg beliau pakai?”

    –> Cuba bagi bukti apa yang dikatakan Nik Aziz tu, jangan awak pandai2 reka. Hujjah2 tuk guru tu sentiasa berKIAS. Awak takkan tak tahu apa itu KIAS? Awak tak pernah dengar ke ustaz2 dari dulu mengajar biasanya ada kias2 nih? cakap direct dan kias lain, ini lah antara kesilapan2 yang banyak media2 utama buat, just ambik sekerat2 kata2 tuk guru, x ambik habis atau dari awal, just cari point utk membantai PAS. itu taktik BARAT kerana barat yang mengajar BN.

    Tentang Taurat tu, Awak tidak baca ke dalam rukun iman?> tentang beriman pada kitab? Awak tidak baca ke tentang kita mesti juga beriman dengan TAURAT. Cuma Taurat yang ada sekarang ini tidak 100% asli lagi. tetapi tidak bermakna keseluruhan kata2 dalamnya adalah palsu belaka. Dan mungkin tuk guru ada alasan dia untuk guna ayat tu, awak mesti muzakarah sndr dengan dia sblm awak menuduh bukan2.

    Dan saya mahu menegaskan pada awak islam bukan semata2 AQIDAH sahaja. Islam terdiri dari Aqidah , Syariah dan akhlaq. Awak tidak boleh meninggalkan syariah, sekadar beriman tetapi hukum tidak buat tidak jadi. Sama macam ajaran tarekat yang mengamalkan solat pakai niat sahaja. Itu kerana dia menggunakan aqidah semata2, tetapi membuang syariat!

    Fikir2kan lah wahai Bro Nawawi. Wallahu a’lam 🙂

Comments are closed.