Biar sejuta alasan yang kita reka dan cipta, kebenaran itu tetap begitu dan tidak akan berubah. Ia tidak menunggu kamu, tetapi kitalah yang berharap kepada kebenaran itu ditegakkan, jika kita mengerti.
Kebenaran bukan dengan falsafah, bukan dengan apa yang kau fikirkan, bukan juga dengan menurut apa yang kau rasa-rasa enak begitu dan begini. Kebenaran itu mestilah dari Tuhan-mu, biarpun hati dan falsafah-mu terasa berat. Kerana Tuhan tidak berkeinginan pun kepada tawar-menawar.
Kitalah yang perlu redha, maka Dia akan redha kepada kita. Jika tidak sudi, Dia pun tidak sudi. Bahkan, kita yang akan rugi, kerana kitalah yang memerlukan perhatian-Nya.
Kita fikir-fikirkanlah sendiri…
Jika engkau mengaku lebih benar dari kalam Tuhan, bawakanlah tutur lidamu yang mampu menyangkal kalam Agung yang turun dari langit… bawakan kepadaku. Lekas dan segera. Ada berani???
Perhatikanlah baris-baris kalam Tuhanmu ini yang telah sedia boleh difahami dalam bahasa mu…
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.” (Surah ar-Ra’d, 13: 11)
Nak berubah ke tak nak?
“Sesungguhnya Kami benar-benar telah membawa kebenaran kepada kamu tetapi kebanyakan di antara kamu benci pada kebenaran itu.” (az-Zukhruf, 43: 78)
Engkau bencikah kebenaran itu?
“Dan tatkala kebenaran (al-Quran) itu datang kepada mereka, mereka berkata: “Ini adalah sihir dan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang mengingkarinya.” (az-Zukhruf, 43: 30)
Masih mahu beralasan?
“Sebenarnya Al-Quran itu adalah kebenaran dari Rabbmu, agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang belum datang kepada mereka orang yang memberi peringatan sebelum kamu; mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk.” (as-Sajdah, 32: 3)
4 Pilihan cuba kau pilih;
1 – Leader: Mahu menjadi pemimpin perubahan yang menjadi master mind membuka minda masyarakat agar kembali kepada prinsip yang haqq. Menghancurkan kebatilan.
2 – Advocate: Mahu menjadi pendokong dan penyokong. Membantu dengan segala kemampuan?
3 – Follower: Atau sekadar pengikut setia? Kira ok… al-Hamdulillah.
4 – Resistor: Mahu menjadi penentang? Silakan…
Maka, yang mana pilihan hati? Tanya ilmu dan iman? Belum cukup ilmu? Jom belajar!
Masih bermenung???
Ada masa ke untuk ragu? Ada masa untuk bertangguh? Masih mahu mencipta sejuta alasan?
Hah! Jawablah sendiri… bukan padaku, tetapi, pada-Nya. Tuan punya Kalam.
– Sekadar bermonolog,
– 00:40, 23/May/2008, Jumaat.
1 Comment
Very nice article…isinya serius tapi di sampaikan secara bersahaja.
Apabila nikah di sukarkan, maka terjadilah zina di sana sini…
Mari kita permudahkan nikah.