Tujuh Lapis Langit dan Bumi

Tujuh Lapis Langit dan Bumi

www.ilmusunnah.com

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:langit-malam-hitam

اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ وَمِنَ الْأَرْضِ مِثْلَهُنَّ يَتَنَزَّلُ الْأَمْرُ بَيْنَهُنَّ لِتَعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ وَأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا

“Allah menciptakan tujuh langit dan demikian pula bumi semisal itu (yakni juga 7 lapis bumi). Allah menurunkan urusan (ketetapan) di antara keduanya agar kalian mengetahui bahawa Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu, dan bahawasanya Allah itu benar-benar meliputi segala sesuatu dengan ilmu-Nya.” (Surah Ath-Thalaq, 65: 12)

Al-Hafiz Ibn Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) menyebutkan:

يقول تعالى مخبرا عن قدرته التامة وسلطانه العظيم ليكون ذلك باعثًا على تعظيم ما شرع من الدين القويم { اللهُ الَّذِي خَلَقَ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ } كقوله تعالى إخبارًا عن نوح أنه قال لقومه { أَلَمْ تَرَوا كَيْفَ خَلَقَ اللهُ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ طِبَاقًا } [نوح : 15] وقال تعالى { تُسَبّحُ لَهُ السَّمَاوَاتُ السَّبْعُ والأرْضُ وَمَن فِيهنَّ } [الإسراء : 44] . وقوله تعالى { وَمِنَ الأرْضِ مِثْلَهُنَّ } أي سبعا أيضا ، كما ثبت في الصحيحين “من ظلم قيدَ شِبر من الأرض طُوِّقه من سبع أرضين ” وفي صحيح البخاري “خُسِف به إلى سبع أرضين ” وقد ذُكِرت طُرقه وألفاظه وعزوه في أول” البداية والنهاية” عند ذكر خلق الأرض ولله الحمد والمنة.

“Allah Ta’ala memaklumkan tentang kekuasaan-Nya yang Agung dan qudrah (ke-Maha Mampuan)Nya yang Maha Sempurna agar dijadikan sebagai bentuk pengAgungan  terhadap apa-apa yang disyari’atkan di dalam agama yang qawim.

(Firman Allah),

“Allah-lah yang telah menciptakan tujuh langit-langit.”

Sebagaimana Allah Ta’ala mengkhabarkan tentang Nuh ketika beliau berkata kepada kaumnya:

“Adakah kalian tidak memerhatikan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh langit yang bertingkat-tingkat?” (Surah Nuh, 71: 15)

Allah berfirman,

“Bertasbih kepada Allah seluruh tujuh langit, bumi, dan apa-apa yang ada di dalamnya (di antara langit dan bumi)…” (Surah Al-Isra’, 17: 44)

Firman Allah Ta’ala,

“… dan demikian pula bumi juga semisal itu.”

Yakni terdiri dari 7 lapisan bumi juga, sebagaimana tsabit di dua Kitab Shahih (Al-Bukhari dan Muslim):

“Siapa yang mengambil sejengkal tanah secara zalim (yakni tanpa hak), maka Allah akan menghimpitnya dengan tujuh lapis bumi.”

Di Shahih Al-Bukhari (disebutkan bahawa), “… (pada Hari Kiamat nanti) dia akan dibenamkan ke dalam tujuh lapisan bumi.”

Jalan periwayatan, lafaz-lafaznya, dan kupasannya telah disebutkan pada awal kitab Al-Bidayah wan-Nihayah pada perbahasan tentang penciptaan bumi. Segala puji dan sanjungan hanya bagi Allah.

ومن حمل ذلك على سبعة أقاليم فقد أبعد النَّجْعَة ، وأغرق في النزع وخالف القرآن والحديث بلا مستند . وقد تقدم في سورة الحديد عند قوله : { هُوَ الأوَّلُ والآخِرُ والظَّاهِرُ والْبَاطِنُ } [الآية : 3] ذكر الأرضين السبع ، وبعد ما بينهن وكثافة كل واحدة منهن خمسمائة عام وهكذا قال ابن مسعود وغيره ، وكذا في الحديث الآخر “ما السماوات السبع وما فيهن وما بينهن والأرضون السبع وما فيهن وما بينهن في الكرسي إلا كحلقة ملقاة بأرض فلاة”

“Siapa yang memaknakan tujuh bumi tersebut sebagai tujuh daerah, benar-benar dia telah menyimpang jauh dari makna yang sepatutnya, hanyut dalam perselisihan dan telah menyelisihi Al-Qur’an dan Al-Hadits tanpa sandaran hujah/dalil yang boleh dipertanggungjawabkan.

Sebagaimana telah dipaparkan pada kupasan terdahulu di Surah Al-Hadid pada ayat-Nya,

“Dia-lah yang Awwal, yang Akhir, yang Zhahir, dan yang Bathin.” (Surah Al-Hadid, 57: 3)

Bahawasanya Allah telah menyebutkan tentang tujuh lapisan bumi, setelah itu Allah menyebutkan tentang apa-apa yang ada di antara keduanya, ketumpatan (atau ketebalan) setiap satu antara keduanya adalah 500 tahun perjalanan. Demikianlah yang dikatakan oleh Ibnu Mas’oud dan selainnya.

Demikian pula disebutkan pada hadis yang lain, “Tujuh langit dan apa-apa yang ada pada keduanya dan apa-apa yang ada di antara keduanya, dan tujuh lapis bumi serta apa-apa yang ada padanya serta apa-apa yang ada di antara keduanya jika dibandingkan dengan Al-Kursi hanyalah seakan-akan selingkaran cincin/gelang yang dicampakkan di atas tanah yang luas terbentang.” (Tafsir Ibn Katsir, 8/156)

Al-Hafiz Ibn Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) menyebutkan di halaman yang lain:langit-bintang

{ اللَّهُ الَّذِي رَفَعَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِي لأجَلٍ مُسَمًّى يُدَبِّرُ الأمْرَ يُفَصِّلُ الآيَاتِ لَعَلَّكُمْ بِلِقَاءِ رَبِّكُمْ تُوقِنُونَ (2) }

يخبر الله تعالى عن كمال قدرته وعظيم سلطانه: أنه الذي بإذنه وأمره رَفَع السماوات بغير عمَد، بل بإذنه وأمره وتسخيره رفعها عن الأرض بُعدًا لا تنال ولا يدرك مداها، فالسماء الدنيا محيطة بجميع الأرض وما حولها من الماء والهواء من جميع نواحيها وجهاتها وأرجائها، مرتفعة عليها من كل جانب على السواء، وبعد ما بينها وبين الأرض من كل ناحية مسيرة خمسمائة عام، وسمكها في نفسها مسيرة خمسمائة عام. ثم السماء الثانية محيطة بالسماء الدنيا وما حوت، وبينها وبينها من البعد مسيرة خمسمائة عام، وسمكها خمسمائة عام، ثم السماء الثالثة محيطة (2) بالثانية، بما فيها، وبينها (3) وبينها خمسمائة عام، وسمكها خمسمائة عام، وكذا الرابعة والخامسة والسادسة والسابعة، كما قال [الله] (4) تعالى: { اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ وَمِنَ الأرْضِ مِثْلَهُنَّ يَتَنزلُ الأمْرُ بَيْنَهُنَّ لِتَعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ وَأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا } [الطلاق: 12]

“Firman Allah Ta’ala):

“Allah-lah yang mengangkat dan meninggikan langit-langit tanpa sebarang tiang (sebagaimana) yang dapat kalian lihat, kemudian Dia istiwa’ di atas ‘Arsy, dan ditundukkanlah pula matahari dan bulan. Masing-masing (matahari dan bulan itu) beredar sehingga ke waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), agar kalian meyakini pertemuan dengan Rabb kalian.”

Di dalam ayat ini Allah Ta’ala mengkhabarkan tentang kesempurnaan qudrah-Nya dan keAgungan Kekuasaan-Nya, bahawasanya dengan izin dan perintah-Nya langit-langit diangkat dan ditinggikan dengan tanpa sebarang tiang penyangga. Bahkan juga, dengan izin, perintah dan kekuasaan-Nya lah langit diangkat terpisah daripada bumi dengan suatu jarak yang tidak dapat diketahui mahupun dijangkau ukuran kejauhannya.  Adapun langit dunia (langit yang paling rendah, bawah dan dekat dengan bumi) itu meliputi seluruh penjuru bumi mencakupi apa-apa yang ada pada permukaan bumi seluruhnya baik airnya atau udaranya dari segala arah, lokasi dan seluruh bahagian-bahagiannya. Langit ditegakkan di atas bumi dari seluruh arah dan penjuru bumi secara saksama (jarak-jaraknya), dan jarah (kejauhannya) di antara langit dan bumi dari mana-mana sisi atau penjuru bumi adalah seiring yakni sejauh perjalanan 500 tahun, sedang ketebalan langit itu sendiri adalah setebal 500 tahun perjalanan.

Diikuti pula dengan langit kedua, ianya meliputi langit dunia dan segala apa-apa yang ada di dalamnya, dan jarak di antara langit kedua dengan langit dunia adalah sejauh 500 tahun perjalanan, demikian pula dengan ketebalannya juga sejauh 500 tahun perjalanan.

Demikian pula kemudian diikuti langit yang ketika meliputi seluruh langit kedua serta segala apa-apa yang ada di dalam liputan langit kedua. Jarak di antara langit ketiga dengan langit kedua adalah sejauh 500 tahun perjalanan. Dan demikianlah pula dengan langit ke empat, ke lima, ke enam, dan ke tujuh, sebagaimana firman Allah Ta’ala:

“Allah-lah yang telah menciptakan tujuh langit-langit dan demikian pula bumi juga diciptakan dengan tujuh lapis bumi, Allah menurunkan urusan (ketetapan) di antara keduanya agar kalian mengetahui bahawa Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu, dan bahawasanya Allah itu benar-benar meliputi segala sesuatu dengan ilmu-Nya.” (Surah Ath-Thalaq, 65: 12)

وفي الحديث: “ما السماواتُ السبع وما فيهنّ وما بينهن في الكرسي إلا كحلقة ملقاة بأرض فَلاة، والكرسي في العرش كتلك الحلقة في تلك الفلاة وفي رواية: “والعرش لا يقدر قدره إلا الله، عز وجل، وجاء عن بعض السلف أن بعد ما بين العرش إلى الأرض مسيرة خمسين ألف سنة، وبعد ما بين قطريه مسيرة خمسين ألف سنة، وهو من ياقوتة حمراء.

“Di dalam hadis disebutkan, “Tidaklah ketujuh-tujuh langit itu dan apa-apa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dengan bumi jika dibandingkan dengan Al-Kursi, melainkan hanyalah seperti lingkaran cincin yang dicampakkan di gurun yang luas. Manakala Al-Kursi itu pula jika dibandingkan dengan Al-‘Arsy, hanyalah seperti lingkaran cincin yang dicampakkan di gurun itu pula.”

Dalam riwayat yang lain (disebutkan), “Bahawasanya tidak ada yang dapat mengukur (kadar keluasan dan kebesaran) Al-‘Arsy kecuali hanya Allah ‘Azza wa Jalla.”

Diriwayatkan dari sebahagian salaf bahawa jarak antara ‘Arsy dengan bumi itu adalah sejauh perjalanan 50,000 tahun perjalanan, jarak antara hujung dengan hujung ‘Arsy (diameternya) adalah sejauh perjalanan 50,000 tahun perjalanan. Dan ‘Arsy itu terbina dari yaquth merah.” (Tafsir Ibn Katsir, 4/428-429)

Baca juga tulisan dengan judul, “‘Arsy dan Kursi Allah Ta’ala.”