Sunnah Menamakan Anak Dengan Nama-nama Yang Baik

Sunnah Menamakan Anak Dengan Nama-nama Yang Baik

Abu Numair
www.ilmusunnah.com

nama-nama_2

Termasuk sebahagian dari sunnah (yakni yang afdhal) adalah memberikan nama buat anak para hari ke tujuh kelahirannya.

Ini berdasarkan hadis dari Samurah bin Jundab radhiyallaahu ‘anhu, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau bersabda:

كُلُّ غُلَامٍ رَهِينَةٌ بِعَقِيقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ، وَيُسَمَّى فِيهِ، وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ

“Setiap anak itu tergadai dengan ‘aqiqahnya, disembelih (haiwan ‘aqiqah) untuknya pada hari ke-tujuh, dan pada hari itu juga dia diberi nama serta kepalanya dicukur.”  (Musnad Ahmad, no. 20083, 20193, 20194. Sunan Abi Dawud, no. 2838)

Namun jika si anak diberikan nama sebelum masuk hari ke tujuh kelahirannya juga tidaklah mengapa.

Ini adalah berdasarkan hadis Anas bin Malik radhiyallaahu ‘anhu, beliau berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

وُلِدَ لي الليلةَ غلامٌ فسميته باسم أبي إبراهيم – عليه السلام

“Pada malam hari ini aku dikurniakan dengan kelahiran bayi lelaki, maka aku pun menamakannya dengan nama ayahku, Ibrahim – ‘alaihis Salaam.” (Shahih Muslim, no. 2315)

Kemudian berdasarkan hadis Abu Musa radhiyallaahu ‘anhu, beliau berkata:

وُلد لي غلامٌ فأتيت به النبي – صلى الله عليه وسلم -، فسماه إبراهيم، فحنَّكه بتمرةٍ، ودعا له بالبركة، ودفعه إليَّ

“Aku dikurniakan dengan kelahiran bayi lelaki, lalu aku pun pergi membawanya kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, lalu beliau pun menamakannya dengan nama Ibrahim, beliau mengoleskan tamr pada langit-langit mulutnya dan beliau mendoakan baginya dengan keberkahan, lalu beliau menyerahkannya semula kepadaku.” (Shahih Al-Bukhari, no. 5467)

Juga berdasarkan hadits Anas bin Malik radhiyallaahu ‘anhu. Beliau berkata:

ذهبت بعبد الله بن أبي طلحة الأنصاري إلى رسول الله – صلى الله عليه وسلم – حين وُلِدَ ورسول الله – صلى الله عليه وسلم – في عباءةٍ يهنأ بعيراً له، فقال: ((هل معك تمر؟)) فقلت: نعم، فناولته تمراتٍ فألقاهن في فيه فلاكهن، ثم فغر فا الصبي فمجَّه في فيه، فجعل الصبي يتلمَّظه، قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((حبُّ الأنصار التمر))، وسماه عبد الله

“Aku pergi menemui Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersama ‘Abdullah bin Abu Thalhah Al-Anshari ketika beliau baru dilahirkan. Pada ketika itu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengenakan aba’ah dan sedang menandai unta miliknya. Beliau bertanya, “Adakah bersama kalian ada tamr (kurma kering)?” Aku pun menjawab, “Ya.” Aku berikan beberapa tamr kepada beliau dan beliau pun memasukkannya ke dalam mulut lalu mengunyahnya. Kemudian beliau pun membuka mulut si bayi seraya memasukkan cebisan tamr (yang telah hancur) ke dalamnya, maka di bayi pun mengecap-ngecap kurma tersebut dengan mulutnya. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Kesukaan kaum Anshar adalah tamr.” Dan beliau menamakannya dengan nama ‘Abdullah.” (Muttafaqun ‘alaih; Shahih Al-Bukhari, no. 5470. Muslim, no. 2144)

Berkata Syaikh Ibnu Baz rahimahullah:

وهذا يدلّ على شرعية تسمية المولود أول ما يولد، وهذا سنة، ويدل على شرعية التحنيك في أول يوم

“Ini menunjukkan disyari’atkan menamakan bayi pada awal kelahirannya, dan ini adalah sunnah. Ia juga merupakan dalil yang menunjukkan disyari’atkan agar mentahnik kurma pada langit-langit mulut bayi pada hari pertama kelahirannya.” (Al-Hadyu An-Nabawi fi Tarbiyatil Aulad, m/s. 72)

Al-Imam Ibn Al-Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) berkata:ibnul_qayyim_tag

إن التسمية لما كانت حقيقتها تعريف الشيء المسمى لأنه إذا وجد وهو مجهول الاسم لم يكن له ما يقع تعريفه به فجاز تعريفه يوم وجوده وجاز تأخير التعريف إلى ثلاثة أيام وجاز إلى يوم العقيقة عنه ويجوز قبل ذلك وبعده والأمر فيه واسع

“Sesungguhnya tasmiyyah (pemberian nama) itu pada hakikatnya bertujuan untuk menunjukkan identiti pemilik nama. Ini adalah kerana jika seseorang didapati tanpa nama bermakna dia tidak memiliki identiti yang dengannya dia dapat dikenali. Oleh itu, pemberian nama boleh diberikan pada hari kelahirannya, boleh juga ditunda pada hari ketiga, atau ketika pada hari ‘aqiqahnya. Boleh juga sebelum atau setelah hari ‘aqiqahnya. Bahawasanya perkara ini adalah luas.” (Tuhfatul Mauduud bi Ahkamil Maulud, m/s. 79)

Membaguskan Nama Bayi dan Memilih Nama yang Tidak Mengandungi Larangan Syar’i

Perkara ini terdiri dari beberapa bentuk,

Bentuk Pertama: Memilih Nama yang paling dicintai Allah, yakni (antaranya) ‘Abdullah dan ‘Abdurrahman.

Ini adalah berdasarkan hadis Ibnu ‘Umar radhiyallaahu ‘anhu, beliau berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إنَّ أحبَّ أسمائكم إلى الله: عبد الله، وعبد الرحمن

“Sesungguhnya nama kalian yang paling dicintai oleh Allah adalah ‘Abdullah dan ‘Abdurrahman.”

Ini adalah lafaz dalam riwayat Muslim. Manakala lafaz Abu Dawud dan At-Tirmidzi adalah:

أحبُّ الأسماء إلى الله تعالى: عبد الله وعبد الرحمن

“Nama yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah ‘Abdullah dan ‘Abdurrahman.” (Shahih Muslim, no. 2132. Sunan Abi Dawud, no. 4929. At-Tirmidzi, no. 2833)

Al-Imam Ibnu Hazm rahimahullah (Wafat: 456H) berkata:

واتفقوا على استحسان الاسماء المضافة الى الله عز وجل كعبد الرحمن وما أشبه ذلك

“Para ulama telah ittifaq (sepakat) tentang baiknya nama-nama yang disandarkan kepada Allah ‘Azza wa Jalla (sebagai menunjukkan bentuk penghambaan kepada-Nya) seperti nama ‘Abdurrahman dan yang serupa dengannya.” (Tuhfatul Mauduud bi Ahkamil Maulud, m/s. 72)

Bentuk Kedua: Nama-nama sebagaimana yang diberikan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

1, Ibrahim; Berdasarkan hadis Abu Musa radhiyallaahu ‘anhu, beliau berkata:

ولد لي غلامٌ، فأتيت به النبي – صلى الله عليه وسلم -، فسمّاه إبراهيم، فحنَّكه بتمرٍ ودعا له بالبركة

“Aku telah dikurniakan dengan kelahiran seorang bayi lelaki. Aku pergi membawanya kepada Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam. Beliau pun menamakannya dengan nama Ihrahim, mengoleskan kurma pada langit-langit mulutnya dan mendoakan keberkahan untuknya.” (Shahih Al-Bukhari, no. 5467)

Kemudian berdasarkan hadis Anas radhiyallaahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

وُلد لي الليلة غلامٌ، فسمّيته باسم أبي إبراهيم – عليه السلام

“Aku dikurniakan dengan kelahiran bayi lelaki pada malam hari ini. Aku menamakannya dengan nama ayahku, yakni Ibrahim ‘alaihissalam.” (Shahih Muslim, no. 2315)

Dari hadis ini juga turut menjelaskan dalil disunnahkan menamakan anak dengan nama dari nama-nama para Nabi atau nama dari nama-nama orang soleh. Kemudian dikuatkan dengan dalil dari hadis yang lain, dari hadis Al-Mughirah bin Syu’bah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّهُمْ كَانُوا يُسَمُّونَ بِأَنْبِيَائِهِمْ وَالصَّالِحِينَ قَبْلَهُمْ

“Bahawasanya mereka dahulu menamakan dengan nama dari nama-nama para nabi mereka dan nama dari nama-nama orang-orang soleh sebelum mereka.” (Shahih Muslim, no. 2135. Sunan At-Tirmidzi, no. 3155)

2, Abdullah; Sebagaimana hadis Anas radhiyallaahu ‘anhu, di mana:

أن النبي – صلى الله عليه وسلم – حنَّك ابن أبي طلحة، وسماه: عبد الله

“Bahwasa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengoleskan kurma pada langit-langit mulut anak Abu Thalhah lalu menamakannya dengan nama ‘Abdullah.” (lihat: Shahih Al-Bukhari, no. 5470. Muslim, no. 2144)

3, Beliau memberi kun-yah (gelaran) “Ummu Abdillah”; Sebagaimana diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallaahu ‘anhuma, beliau berkata:

قلت يا رسول الله كلُّ صواحبي لهنَّ كُنى، قال: ((فاكتني بابنك عبد الله بن الزبير)) [يعني ابن اختها]، فكانت تُكنَّى: أمُّ عبد الله

“Aku berkata, ‘Wahai Rasulullah, semua kawan-kawan perempuanku telah memiliki kun-yah.” Nabi pun bersabda, “Gunakanlah kun-yah dengan nama anak lelakimu, yakni ‘Abdullah bin Az-Zubair.” (Maksudnya adalah anak lelaki saudarinya). Maka ‘Aisyah pun mendapat kun-yah ‘Ummu Abdillah.” (lihat: Sunan Abi Dawud, no. 4970)

Juga didukung oleh hadis Al-Baraa’ bin ‘Azib radhiyallaahu ‘anhu, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau bersabda:

الخالة بمنزلة الأم

“Makcik (dari pihak ibu) itu menempati kedudukan ibu.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 1904)abdullah_tag

4, Yusuf; diriwayatkan dari Yusuf bin ‘Abdullah bin Salam, beliau berkata:

سمّاني رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يوسف وأقعدني على حجره ومسح على رأسي

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memberiku nama Yusuf dan mendudukkanku di dalam pangkuan beliau, lalu mengusap kepalaku.” (Al-Adab Al-Mufrad oleh Al-Bukhari, no. 367. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

Nama-nama yang diubah oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam

1, Barrah; beliau ubah menjadi Zainab.

Sebagaimana dinyatakan dalam hadis dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu:

أن زينب بنت أبي سلمة، كان اسمها برة، فقيل: تُزكِّي نفسها، فسماها رسول الله – صلى الله عليه وسلم – زينب

“Bahawa Zainab binti Abu Salamah dulunya bernama Barrah (yang bersih dari dosa). Dikatakan kepadanya, “Beliau mensucikan dirinya sendiri, maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun memberinya nama Zainab.” (Shahih Al-Bukhari, no. 6172. Muslim, no. 2141)

Barrah, adalah nama bagi perempuan; bentuk mu’annatas dari kata barr, yakni lawan kepada kata fajir (pendosa). (lihat: Jami’ Al-Ushul oleh Ibn Al-Atsir, 1/372)

2, Barrah; beliau mengubahnya menjadi menjadi Juwairiyah.

Sebagaimana dinyatakan dalam hadis dari Ibnu ‘Abbas radhiyallaahu ‘anhuma, beliau berkata:

كانت جويرية اسمها برة، فحوّل رسول الله – صلى الله عليه وسلم – اسمها جويرية، وكان يكره أن يقال خرج من عند برّة

“Dulu Juwairiyah bernama Barrah, lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengubah namanya menjadi Juwairiyah. Beliau tidak suka bila disebut “baru saja keluar dari menemui Barrah (wanita yang sangat suci dan taat).” (Shahih Muslim, no. 2139)

Kerana kata nama Barrah memiliki maksud tazkiyah, yakni penyucian terhadap diri sendiri dari dosa, atau makna menunjukkan pujian terhadap diri sendiri.

3, ‘Ashiyah (pelaku maksiat); beliau ubah menjadi Jamilah (yang cantik).

Sebagaimana dinyatakan dalam hadis dari Ibnu ‘Umar radhiyallaahu ‘anhuma, beliau berkata:

أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ غَيَّرَ اسْمَ عَاصِيَةَ وَقَالَ: أَنْتِ جَمِيلَةُ

“Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengubah nama ‘Ashiyah, beliau bersabda, “Engkau adalah Jamiilah.”.”

Dalam riwayat yang lain:

أَنَّ ابْنَةً لِعُمَرَ كَانَتْ يُقَالُ لَهَا عَاصِيَةُ فَسَمَّاهَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَمِيلَةَ

“Pernah dulu salah seorang anak perempuan ‘Umar bernama ‘Ashiyah, lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menamakannya Jamiilah.” (Shahih Muslim, no. 2139)

4, Abu Al-Hakam; beliau mengganti gelaran ini menjadi Abu Syuraih (bapa kepada Syuraih). Syuraih adalah nama anak sulungnya.

Dari hadis Syuraih, dari ayahnya (Haani’), beliau berkata:

أَنَّهُ لَمَّا وَفَدَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَعَ قَوْمِهِ سَمِعَهُمْ يَكْنُونَهُ بِأَبِي الْحَكَمِ، فَدَعَاهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: «إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْحَكَمُ، وَإِلَيْهِ الْحُكْمُ، فَلِمَ تُكْنَى أَبَا الْحَكَمِ؟» فَقَالَ: إِنَّ قَوْمِي إِذَا اخْتَلَفُوا فِي شَيْءٍ أَتَوْنِي، فَحَكَمْتُ بَيْنَهُمْ فَرَضِيَ كِلَا الْفَرِيقَيْنِ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَا أَحْسَنَ هَذَا، فَمَا لَكَ مِنَ الْوَلَدِ؟» قَالَ: لِي شُرَيْحٌ، وَمُسْلِمٌ، وَعَبْدُ اللَّهِ، قَالَ: «فَمَنْ أَكْبَرُهُمْ؟» قُلْتُ: شُرَيْحٌ، قَالَ: «فَأَنْتَ أَبُو شُرَيْحٍ

“Bahawa pernah ketika dia datang bersama kaumnya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau mendengar orang-orang memanggilnya dengan nama Abul Hakam. Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun memanggilnya, beliau bersabda:

“Sesungguhnya Allah-lah Al-Hakam (penentu hukum) dan hanya kepada-Nya (kita) berhukum. Lalu kenapa engkau diberi gelar Abul Hakam?” Maka Hani’ pun menjawab:

“Sesungguhnya jika kaumku berselisih dalam suatu permasalahan, mereka pun mendatangiku, lalu aku-lah yang memberi keputusan hukum atas perselisihan mereka, dan mereka pun redha.” Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun bersabda:

“Betapa bagusnya ini! Adakah engkau mempunyai anak?” Beliau menjawab, “Aku mempunyai anak yang bernama Syuraih, Muslim dan ‘Abdullah.” Beliau bertanya lagi, “Di antara mereka siapa yang paling besar?” Beliau menjawab, “Syuraih.” Beliau bersabda: “Kalau begitu namamu adalah Abu Syuraih (bapa kepada Syuraih).” (Sunan Abi Dawud, no. 4955. An-Nasaa’i, no. 5402. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

5, Ashram diganti menjadi Zur’ah.

Sebagaimana dinyatakan dalam hadis Usamah bin Akhdari radhiyallaahu ‘anhu, beliau berkata:

أَنَّ رَجُلًا يُقَالُ لَهُ أَصْرَمُ كَانَ فِي النَّفَرِ الَّذِينَ أَتَوْا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَا اسْمُكَ؟» قَالَ: أَنَا أَصْرَمُ، قَالَ: بَلْ أَنْتَ زُرْعَةُ

“Sesungguhnya seorang lelaki bernama Ashram (yang terpotong) bersama-sama rombongan orang-orang yang datang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bertanya (kepadanya), “Siapa namamu?” Lelaki tersebut menjawab, “Ashram.” Beliau bersabda, “Tetapi namamu sekarang adalah Zur’ah (yang tumbuh).”.” (Sunan Abi Dawud, no. 4954. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

6, Hazn, beliau ubah menjadi Sahl (lembut dan agar dipermudahkan).

Al-Imam Al-Bukhari dari jalan Sai’d bin Al-Musayyib dari ayahnya:

أَنَّ أَبَاهُ جَاءَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: «مَا اسْمُكَ» قَالَ: حَزْنٌ، قَالَ: «أَنْتَ سَهْلٌ» قَالَ: لاَ أُغَيِّرُ اسْمًا سَمَّانِيهِ أَبِي قَالَ ابْنُ المُسَيِّبِ: «فَمَا زَالَتِ الحُزُونَةُ فِينَا بَعْدُ

“Sesungguhnya ayah beliau (yakni datuk kepada Sa’ib Ibn Al-Musayyib) datang kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, lalu beliau bertanya, “Siapa namamu?” Jawabnya, “Hazn (sedih, tertekan, sukar).” Rasulullah berkata, “Namamu adalah Sahl (mudah).” Dia berkata, “Aku sama sekali tidak akan mengubah nama yang telah diberikan oleh ayahku.” Ibnul Musayyib berkata, “Maka tidak pernah putus kesedihan dan kesulitan pada urusan kami setelah itu.”.” (Shahih Al-Bukhari, no. 6190)

7, Fulaan, diubah menjadi Al-Mundzir.

Sebagaimana dalam hadits Sahl, di dalamnya disebutkan bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bertanya kepada Abu Usaid tentang nama anak lelakinya:

مَا اسْمُهُ؟ قَالَ: فُلاَنٌ، قَالَ: «وَلَكِنْ أَسْمِهِ المُنْذِرَ» فَسَمَّاهُ يَوْمَئِذٍ المُنْذِرَ

“Siapa namanya?” Abu Usaid menjawab, “Fulan.” Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Tetapi namanya sekarang adalah Al-Mundzir.” Semenjak itu Abu Usaid menamakannya sebagai Al-Mundzir.” (Shahih Al-Bukhari, no. 6191. Muslim, no. 2149)

Al-Imam Abu Dawud rahimahullah (Wafat: 275H) berkata:

وَغَيَّرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْمَ الْعَاصِ، وَعَزِيزٍ، وَعَتَلَةَ، وَشَيْطَانٍ، وَالْحَكَمِ، وَغُرَابٍ، وَحُبَابٍ، وَشِهَابٍ، فَسَمَّاهُ هِشَامًا، وَسَمَّى حَرْبًا سَلْمًا، وَسَمَّى الْمُضْطَجِعَ الْمُنْبَعِثَ، وَأَرْضًا تُسَمَّى عَفِرَةَ سَمَّاهَا خَضِرَةَ، وَشَعْبَ الضَّلَالَةِ، سَمَّاهُ شَعْبَ الْهُدَى، وَبَنُو الزِّنْيَةِ، سَمَّاهُمْ بَنِي الرِّشْدَةِ، وَسَمَّى بَنِي مُغْوِيَةَ، بَنِي رِشْدَةَ» قَالَ أَبُو دَاوُدَ: «تَرَكْتُ أَسَانِيدَهَا لِلِاخْتِصَارِ

“Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam juga turut mengganti nama Al-‘Ash, ‘Aziz, ‘Atalah, Syaithan, Al-Hakam, Ghurab, Hubab dan Syihab, beliau mengubahnya menjadi Hisyaam.

Beliau mengganti nama Harb menjadi Salmaan, dan nama Mudh-thaji’ menjadi Munba’its.

Beliau juga mengganti nama daerah ‘Afirah menjadi Khadhirah, dan daerah Sya’b Adh-Dhalalah menjadi Sya’b Al-Huda. Kabilah Banu Az-Zinyah beliau ubah menjadi Bani Ar-Risydah, manakala Bani Mughwiyah beliau ubah menjadi Bani Risydah.” (lihat: Sunan Abi Dawud, no. 4956)

Diriwayatkan dari Abu Wahb Al-Jusyami radhiyallaahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

وَأَحَبُّ الْأَسْمَاءِ إِلَى اللَّهِ عَبْدُ اللَّهِ، وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ، وَأَصْدَقُهَا حَارِثٌ، وَهَمَّامٌ، وَأَقْبَحُهَا حَرْبٌ وَمُرَّةُ

“…Nama yang paling dicintai oleh Allah adalah ‘Abdullah dan ‘Abdurrahman. Nama yang paling benar (jujur) adalah Harits dan Hammam. Manakala nama yang paling buruk adalah Harb dan Murroh.” (Sunan Abi Dawud, no. 4950)

Makna nama-nama sebagaimana tersebut di atas adalah sepertimana berikut:

1, Ashram (أصرم); nama ini tidak disukai kerana mengandungi makna ash-sharm (الصرم), yakni terputus.

2, Zur’ah (زرعة); beliau mengganti nama Ashram menjadi Zur’ah, kerana berasal dari kata zar’u (الزرع), iaitu tumbuhan atau tumbuh yang merupakan kata lawan dari keterputusan. (lihat: Jami’ Al-Ushul oleh Ibn Al-Atsir, 1/374)

3, Hazn (حزن), atau Al-Huzunah (الحزونة); lawan kepada kata as-suhulah (السهولة), yakni kehalusan atau kelembutan. Manakala makna Hazn atau Al-Huzunah adalah tanah yang keras dan kasar. (lihat: Jami’ Al-Ushul oleh Ibn Al-Atsir, 1/376)

4, ‘Atalah (عتلة); Al-‘Atalah bermakna kasar dan keras. Dikatakan, ‘ataltu ar-rajula (عتلت الرجل), aku menarik seseorang dengan  kasar. Dari kata ini muncul ungkapan, ‘Rajulun ‘utullun’ (رجل عُتلٌّ), yakni lelaki yang keras dan kasar.

5, ‘Aziz (عزيز), yakni Perkasa; nama ini tidak disukai kerana seorang hamba itu disifati dengan kerendahan dan ketundukan kepada Allah Ta’ala.

6, Syihab (شهاب); nama Syihab tidak disukai kerana membawa maksud nyalaan api. Juga, kerana nyalaan api termasuk sarana pada membakar (atau merejam) Syaitan.

7, Ghurab (غراب); nama ghurab tidak disukai kerana maknanya adalah jauh. Juga kerana ghurab termasuk jenis burung yang terburuk (yakni sejenis burung pemakan bangkai), dibolehkan membunuhnya, sama ada di tanah haram Makkah mahupun selainnya.

8, ‘Afirah (عفرة); berasal dari kata ‘afar al-ardhi (عفر الأرض), yakni warna tanah. Juga diriwayatkan dengan lafaz ‘atsirah (عثرة), yakni jenis tanah yang tidak dapat menumbuhkan tanaman. ‘Afirah adalah tanah perbukitan, bahagian atasnya disebut ‘atsir, yakni debu.

9, Bani Az-Zinyah (بني الزنيّة); dikatakan, “Fulan lazinyah…” (فلان لزنية), si fulan anak hasil perzinaan. Manakala “Fulan larisydah” (فلان لرشدة) maknanya si fulan anak dari pernihakan sah.

10, Al-Hubaab (الحُبَاب), yakni ular; dan dengan itu juga syaitan dinamakan Hubab. (Makna-makna ini dapat dilihat di Jami’ Al-Ushul oleh Ibn Al-Atsir, 1/376)

11, Harb (حرب), yakni peperangan; Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam meninggalkan nama ini kerana ianya mengandungi makna pembunuhan dan kekacauan.

12, Murrah (مُرّة), yakni pahit; Tidak disenangi dan selalu dibenci oleh tabiat manusia. (Jami’ Al-Ushul oleh Ibn Al-Atsir, 1/359)

Nama-nama yang dilarang oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam

Dari hadis Samurah bin Jundab radhiyallaahu ‘anhu, beliau berkata:

نَهَانَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نُسَمِّيَ رَقِيقَنَا بِأَرْبَعَةِ أَسْمَاءٍ: أَفْلَحَ، وَرَبَاحٍ، وَيَسَارٍ، وَنَافِعٍ

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melarang kami memberi nama buah hati kami dengan empat nama, yakni Aflah, Rabaah, Yasaar dan Naafi’ (yang bermanfaat).” (Shahih Muslim, no. 2136)

Dalam riwayat yang lain dari Samurah, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

وَلَا تُسَمِّيَنَّ غُلَامَكَ يَسَارًا، وَلَا رَبَاحًا، وَلَا نَجِيحًا، وَلَا أَفْلَحَ، فَإِنَّكَ تَقُولُ: أَثَمَّ هُوَ؟ فَلَا يَكُونُ فَيَقُولُ: لَا إِنَّمَا هُنَّ أَرْبَعٌ فَلَا تَزِيدُنَّ عَلَيَّ

“Janganlah sekali-kali kalian menamakan anak lelakimu dengan nama Yasaar (kemudahan), Rabaah (keuntungan), Najiih (yang sabar) atau Aflah (keberuntungan atau kejayaan). Sebab mungkin suatu masa engkau akan bertanya, “Adakah dia ada (yakni orang dengan nama tersebut)?” Lalu ternyata dia tiada, maka orang yang ditanya pun menjawab, “Tidak ada.”.” (Shahih Muslim, no. 2137)

Yakni maknanya: keuntungan, atau kemudahan, atau kejayaan, atau kemanfaatan tidak ada.abdullah_tag_1

Asy-Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz rahimahullah menyebutkan ketika membahas kitab Zad Al-Ma’ad, (2/334-336):

كان هذا النهي أولاً، ثم سمَّى الصحابة ببعض هذه الأسماء، فدلّ ذلك على أنه منسوخ، أو أقرّه بعد ذلك، أو أنه يكون للكراهة … وقد أقرّ عليه الصلاة والسلام اسم حكيم بن حزام، والله – عز وجل – ذكر اسم امرأة العزيز، فللمخلوق ما يليق به، وللخالق ما يليق به، بخلاف الأسماء التي تدلّ على العظمة: كالخالق، والجبار، ورب العالمين، وغير ذلك فهذا لا يطلق إلا على الله

“Larangan ini disampaikan pada awal Islam, kemudian para sahabat menggunakan sebahagian dari nama-nama tersebut, ini menunjukkan bahawa larangan tersebut telah mansukh (terhapus), atau menunjukkan beliau telah menyetujui penggunaannya, atau larangan tersebut hanya menunjukkan makna makruh (tegahan). Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri menyetujui nama Hakim bin Hizam. Kemudian Allah menyebutkan nama Al-‘Aziz (yakni sang penguasa, pemimpin mesir dalam kisah Nabi Yusuf – pent.). Maka dari sini sebenarnya, makhluk memiliki nama yang bersesuaian dengannya, dan Sang Khaliq (Allah) juga memiliki nama yang sesuai dengan-Nya. Berbeza dengan nama-nama yang menunjukkan keagungan (yang bersifat khusus), seperti Al-Khaliq (Pencipta), Al-Jabar (Yang Maha Menundukkan), Rabbul ‘Alamin (Pengatur atau Pemilik alam semesta), dan yang lain seumpamanya, nama-nama ini tidak boleh disebutkan secara mutlak kecuali untuk Allah Ta’ala.”

Diriwayatkan dari Jabir radhiyallaahu ‘anhu, beliau berkata:

أَرَادَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَنْهَى عَنْ أَنْ يُسَمَّى بِيَعْلَى، وَبِبَرَكَةَ، وَبِأَفْلَحَ، وَبِيَسَارٍ، وَبِنَافِعٍ وَبِنَحْوِ ذَلِكَ، ثُمَّ رَأَيْتُهُ سَكَتَ بَعْدُ عَنْهَا، فَلَمْ يَقُلْ شَيْئًا، ثُمَّ قُبِضَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَمْ يَنْهَ عَنْ ذَلِكَ» ثُمَّ أَرَادَ عُمَرُ أَنْ يَنْهَى عَنْ ذَلِكَ ثُمَّ تَرَكَهُ

“Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bekeinginan melarang menggunakan nama Ya’la, Barakah, Aflah, Yasaar, Naafi’ dan yang lain yang seumpamanya. Kemudian setelah itu aku melihat beliau tidak berkata apa pun tentang nama-nama tersebut. Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam wafat dan tidak melarang penggunaannya. Lalu ‘Umar berkeinginan melarang penggunaan nama-nama tersebut, namun beliau hanya memendamkan dan meninggalkan niatnya.” (Shahih Muslim, no. 2138)

Secara umumnya, keseluruhan nama-nama yang disebutkan tegahan penggunaannya di dalam hadis-hadis tersebut di atas adalah seperti berikut:

1, Yasaar;

2, Rabaah;

3, Najiih;

4, Aflah;

5, Ya’la;

6, Barakah; dan

7, Naafi’.

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) berkata:

يكره التسمية بهذه الأسماء المذكورة في الحديث وما في معناها، ولا تختصّ الكراهة بها وحدها، وهي كراهة تنزيه لا تحريم، والعلّة في الكراهة ما بيّنه – صلى الله عليه وسلم – في قوله: فإنك تقول: أثمَّ هو؟ فيقول: لا، فَكُرِه لبشاعة الجواب، وربما أوقع بعض الناس في شيء من الطيرة، وأما قوله: أراد النبي – صلى الله عليه وسلم -: أن ينهى عن هذه الأسماء، فمعناه: أراد أن ينهى عنها نهي تحريم، فلم ينه، وأما النهي الذي هو لكراهة التنزيه فقد نهى عنه في الأحاديث الباقية

“Adalah dimakruhkan menggunakan nama-nama yang disebutkan di dalam hadis dan nama-nama yang semakna dengannya yang mana hukum makruh ini tidak hanya berlaku untuk nama-nama yang disebutkan saja.

Hukum makruh tersebut adalah bersifat tanzih (makruh yang ringan) yakni bertujuan tegahan, bukan bermakna tahrim (mengharamkan). Alasan makruh tersebut adalah sebagaimana diisyaratkan pada sabda beliau:

“Sebab mungkin suatu masa engkau akan bertanya, “Adakah dia ada (yakni orang dengan nama tersebut)?” Lalu ternyata dia tiada, maka orang yang ditanya pun menjawab, “Tidak ada.”.”

Beliau tidak menyukainya kerana buruknya jawaban yang diberikan. Atau mungkin boleh jadi jawaban ini dapat menjadi perkara yang menjerumuskan seseorang kepada perbuatan thiyarah.

Adapun perkataan perawi:

“Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkeinginan melarang penggunaan nama-nama tersebut.”

Maksudnya, beliau hendak melarang dalam makna mengharamkan, tetapi beliau tidak menyampaikan larangan tersebut. Adapun larangan yang bertujuan menegah, beliau sampaikan sebagaimana dalam hadis-hadis yang lain.” (Syarh Shahih Muslim, 14/365-366)

Nama-nama Yang Diharamkan

Sebagai contoh adalah Malikul Amlak (ملك الأملاك), yakni raja segala raja.

Ini sebagaimana hadis dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

أَغْيَظُ رَجُلٍ عَلَى اللهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَأَخْبَثُهُ وَأَغْيَظُهُ عَلَيْهِ، رَجُلٍ كَانَ يُسَمَّى مَلِكَ الْأَمْلَاكِ، لَا مَلِكَ إِلَّا اللهُ

“Orang yang paling dimurkai Allah nanti pada hari kiamat yang paling keji dan yang paling dibenci-Nya adalah lelaki yang menamakan dirinya Malikul Amlak (raja segala raja), bahawasanya tiada raja (yang haq dan paling berkuasa) melainkan Allah.” (Shahih Muslim, no. 2143)

Dalam riwayat Al-Bukhari:

أَخْنَى الأَسْمَاءِ يَوْمَ القِيَامَةِ عِنْدَ اللَّهِ رَجُلٌ تَسَمَّى مَلِكَ الأَمْلاَكِ

“Nama yang paling hina lagi keji di sisi Allah pada hari Kiamat adalah lelaki yang menamakan dirinya Malikul Amlak (raja diraja).” (Shahih Al-Bukhari, no. 6205)

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) berkata:

واعلم أن التسمي بهذا الاسم حرام، وكذلك التَّسمي بأسماء الله تعالى المختصة به: كالرحمن، والقدوس، والمهيمن، وخالق الخلق، ونحوها

“Ketahuilah bahawa menamakan dengan nama-nama tersebut hukumnya adalah haram. Begitu juga menggunakan nama-nama Allah Ta’ala yang menjadi kekhususan-Nya, seperti Ar-Rahman, Al-Qudus, Al-Muhaimin, Khaliqul Khalqi dan yang seumpamanya.” (Syarh Shahih Muslim oleh An-Nawawi. 14/369. Lihat juga: Fathul Bari oleh Ibn Hajar, 10/589-590)

Termasuk nama-nama seumpama yang diharamkan adalah seperti Sulthanus-Salatin (sultan segala sultan), Hakimul-Hukkam (hakim bagi segala hakim), Sayyidun Naas (pemimpin seluruh manusia), Sayyidus Sadat (penghulu segala pemimpin), Sittun Nisaa’ (penghulu wanita), atau Khairunnisaa’ (sebaik-baik wanita).

Selain itu, Ibnul Qayyim rahimahullah menyebutkan dalam kita beliau Tuhfatul Mauduud bi Ahkamil Mauluud, akan larangan memberikan nama dengan nama-nama Syaitan seperti Hinzab, Al-Walhan, Al-A’war dan Al-Ajda.

Turut dilarang juga adalah menamakan anak-anak dengan nama dari nama-nama a’jam (non-‘Arab) khasnya dari nama-nama orang kafir. Seorang muslim yang meyakini agamanya dengan baik, nescaya dia akan menjauhi nama-nama tersebut, tidak menyukainya, dan berusaha menjauh dari menyibukkan diri pada nama-nama mahupun pemilik nama-nama tersebut (dari kalangan orang-orang kafir).

Dari itu, seharusnya bagi seorang muslim untuk memilih nama yang dicintai Allah Ta’ala dan tidak mengandungi larangan secara syar’i.

Al-Imam Al-Bukhari rahimahullah membuah bab dalam Shahih-nya:

بَابُ مَا يُدْعَى النَّاسُ بِآبَائِهِمْ

“Bab dipanggilnya manusia dengan nama ayah mereka.”

Kemudian Al-Imam Al-Bukhari menyebutkan hadis Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma, bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّ الْغَادِرَ يُرْفَعُ لَهُ لِوَاءٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يُقَالُ: هَذِهِ غَدْرَةُ فُلَانِ ابنِ فُلَانٍ

“Sesungguhnya seorang pengkhianat akan dikibarkan bendera (tanda) untuknya pada hari kiamat. Dikatakan untuknya, “Inilah pengkhianatan fulan bin fulan.”.” (Shahih Al-Bukhari, no. 6177. Muslim, no. 1736)

Al-Imam Ibnu Hazm rahimahullah berkata:

اتفقوا على استحسان الأسماء المضافة إلى الله: كعبد الله، وعبد الرحمن، وما أشبه ذلك، واتفقوا على تحريم كل اسم مُعبَّدٍ لغير الله، كعبد العزَّى، وعبد هُبَل، وعبد عمرو، وعبد الكعبة، وما أشبه ذلك، حاشا عبد المطلب …

“Para ulama ititifaq (bersepakat) atas baiknya menisbatkan (atau menyandarkan) nama kepada Allah (sebagai bentuk dan lambang penghambaan – pent.), seperti ‘Abdullah (hamba Allah), ‘Abdurrahman (hamba Allah yang Maha Penyayang) dan yang lainnya yang seumpama. Mereka juga bersepakat tentang keharaman setiap nama yang mengandungi makna pengabdian kepada selain Allah, seperti ‘Abdul ‘Uzza (hamba ‘Uzza), ‘Abdul Hubal (hamba Hubal), ‘Abdu ‘Amr (hamba ‘Amr), ‘Abdul Ka’bah (hamba Ka’bah), dan yang lainnya yang seumpama…” (lihat: Tuhfatul Mauduud bi Ahkamil Maulud, m/s. 72. Al-Furu’ oleh Ibn Muflih, 5/107-108)

Para ulama juga telah sepakat tentang keharaman menamakan dengan nama yang bernisbat penghambaan (pengabdian) kepada selain Allah.

Dari hadis Haani’ bin Yazid, beliau berkata:

وسمع النبي صلى الله عليه وسلم يسمون رجلا منهم عبد الحجر فقال النبي صلى الله عليه وسلم: ما اسمك؟ قال: عبد الحجر قال: لا أنت عبد الله

“…Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam mendengar mereka memanggil salah seorang dari kalangan mereka dengan nama ‘Abdul Hajar (hamba batu). Lalu Nabi Shalallaahu ‘alaihi wa Sallam pun bertanya:

“Siapakah namamu?” Lelaki tersebut pun menjawab, “‘Abdul Hajar.” Beliau pun bersabda:

“Gantikanlah namamu dengan ‘Abdullah (yakni hamba Allah).” (Al-Adabul Mufrad oleh Al-Bukhari, no. 811)

Wallaahu a’lam – Sekian nukilan.

Disarikan dari kitab Al-Hadyu An-Nabawi fi Tarbiyatil Aulad oleh Asy-Syaikh Dr. Sa’id bin ‘Ali bin Wahf Al-Qahthani.