Solat Sunnah di Atas Kenderaan Bagi Musafir

Solat Sunnah di Atas Kenderaan Bagi Musafir

Abu Numair
www.ilmusunnah.com

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) telah membuat bab dalam Syarh Shahih Muslim berjudul:solat sebagaimana nabi solat

باب جواز صلاة النافلة على الدابة في السفر حيث توجهت

“Bab dibolehkan solat sunnah di atas haiwan tunggangan ketika safar ke mana pun haiwan tersebut menghadap.”

Dan pada bab tersebut adalah dalam rangka membahaskan hadis-hadis riwayat Muslim berikut:

1, Dari hadis Ibnu ‘Umar, beliau berkata:

أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُصَلِّي سُبْحَتَهُ حَيْثُمَا تَوَجَّهَتْ بِهِ نَاقَتُهُ

“Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam biasa solat sunnah dengan menghadap ke mana pun untanya berjalan.” (Shahih Muslim, no. 33)

2, Di hadis berikutnya, dari Ibnu ‘Umar, beliau berkata:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي وَهُوَ مُقْبِلٌ مِنْ مَكَّةَ إِلَى الْمَدِينَةِ عَلَى رَاحِلَتِهِ حَيْثُ كَانَ وَجْهُهُ، قَالَ: وَفِيهِ نَزَلَتْ {فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا فَثَمَّ وَجْهُ اللهِ} [البقرة: 115]

“Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah suatu ketika solat dan pada ketika itu beliau sedang di atas unta dalam suatu perjalanan dari Makkah ke Madinah, dan beliau menghadap mengikuti ke arah manapun untanya berjalan.”

Ibnu ‘Umar berkata:

“Pada ketika itu turunlah wahyu, “Ke mana pun kamu menghadap di sanalah wajah Allah.” (Surah Al-Baqarah, 2: 115).” (Shahih Muslim, no. 700)

3, Di hadis berikutnya, dari Ibnu ‘Umar, beliau berkata:

إِنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُوتِرُ عَلَى الْبَعِيرِ

“Bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam biasa solat witr di atas unta.” (Shahih Al-Bukhari, no. 999. Muslim, no. 700)

Al-Imam Al-Bukhari meletakkan hadis ini pada bab:

بَابُ الوِتْرِ عَلَى الدَّابَّةِ

“Bab: Solat witr di atas haiwan tunggangan.”

4, Di hadis berikutnya, dari Ibnu ‘Umar, beliau berkata:

رَأَيْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي عَلَى حِمَارٍ وَهُوَ مُوَجِّهٌ إِلَى خَيْبَرَ

“Aku melihat Rasulullah beliau solat di atas keldai, dan pada ketika itu beliau menghadap ke arah Khaibar.” (Shahih Muslim, no. 700)

5, Dari hadis Sa’id bin Yaasar, bahawa beliau berkata:

كُنْتُ أَسِيرُ مَعَ ابْنِ عُمَرَ بِطَرِيقِ مَكَّةَ، قَالَ سَعِيدٌ: فَلَمَّا خَشِيتُ الصُّبْحَ نَزَلْتُ، فَأَوْتَرْتُ، ثُمَّ أَدْرَكْتُهُ، فَقَالَ لِي ابْنُ عُمَرَ: أَيْنَ كُنْتُ؟ فَقُلْتُ لَهُ: خَشِيتُ الْفَجْرَ، فَنَزَلْتُ فَأَوْتَرْتُ، فَقَالَ عَبْدُ اللهِ: أَلَيْسَ لَكَ فِي رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُسْوَةٌ، فَقُلْتُ: بَلَى وَاللهِ، قَالَ: «إِنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُوتِرُ عَلَى الْبَعِيرِ

“Pernah suatu ketika aku melakukan perjalanan (malam hari) bersama Ibn ‘Umar di jalan Makkah. Lalu aku bimbang Subuh akan menjelang maka aku pun turun (dari haiwan tunggangannya) untuk melaksanakan witr, kemudian diteruskan dengan solat Subuh. Lalu Ibn ‘Umar menegurku:

“Kenapa dengan engkau?”

Aku katakan padanya, “Aku bimbang fajr (Subuh) akan menjelang, maka aku pun turun untuk solat witr. Lalu ‘Abdullah (Ibnu ‘Umar) pun berkata:

“Bukankah pada diri Rasulullah telah ada contoh teladan.” Maka aku pun jawab, “Sungguh demi Allah, itu benar.”

Ibnu ‘Umar pun berkata, “Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah melaksanakan witr di atas untanya.” (Shahih Muslim, no. 700)

6, Di hadis yang lain dari Ibnu ‘Umar, beliau berkata:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُسَبِّحُ عَلَى الرَّاحِلَةِ قِبَلَ أَيِّ وَجْهٍ تَوَجَّهَ، وَيُوتِرُ عَلَيْهَا، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يُصَلِّي عَلَيْهَا الْمَكْتُوبَةَ

“Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah melaksanakan solat sunnah di atas untanya dengan menghadap ke arah mana pun untanya berjalan, beliau juga melaksanakan witr di atas untanya, tetapi beliau tidak pernah melakukan solat fardhu di atasnya.” (Shahih Muslim, no. 700)

7, Di hadis yang lain dari Anas bin Sirin, beliau berkata:

تَلَقَّيْنَا أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ حِينَ قَدِمَ الشَّامَ، فَتَلَقَّيْنَاهُ بِعَيْنِ التَّمْرِ، فَرَأَيْتُهُ يُصَلِّي عَلَى حِمَارٍ وَوَجْهُهُ ذَاكَ الْجَانِبَ، وَأَوْمَأَ هَمَّامٌ عَنْ يَسَارِ الْقِبْلَةِ، فَقُلْتُ لَهُ: رَأَيْتُكَ تُصَلِّي لِغَيْرِ الْقِبْلَةِ، قَالَ: «لَوْلَا أَنِّي رَأَيْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَفْعَلُهُ لَمْ أَفْعَلْهُ

“Pernah suatu masa kami menemui Anas bin Malik ketika beliau datang ke Syam iaitu di wilayah ‘Ain At-Tamr, lalu aku melihat beliau solat di atas keldai sementara wajahnya menghadap ke suatu sisi. Dan Hammaam (perawi hadis) mengisyaratkan, iaitu sisi kiri Kiblat. Lalu aku (Anas bin Sirin) pun berkata kepadanya, “Aku lihat engkau solat ke arah selain Kiblat?” Maka beliau jawab:solat malam dua rakaat

“Seandainya aku tidak pernah melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melakukan hal tersebut, nescaya aku tidak akan melakukannya.” (Shahih Muslim, no. 702)

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) berkata:

في هذه الأحاديث جواز التنفل على الراحلة في السفر حيث توجهت وهذا جائز بإجماع المسلمين وشرطه أن لا يكون سفر معصية ولا يجوز الترخص بشيء من رخص السفر لعاص بسفره وهو من سافر لقطع طريق أو لقتال بغير حق أو عاقا والده أو آبقا من سيده أو ناشزة على زوجها ويستثنى المتيمم فيجب عليه إذا لم يجد الماء أن يتيمم ويصلي وتلزمه الإعادة على الصحيح سواء قصير السفر وطويله فيجوز التنفل على الراحلة في الجميع عندنا وعند الجمهور

“Pada hadis-hadis ini menjelaskan bolehnya melaksanakan solat sunnah di atas kenderaan ketika dalam safar (perjalanan) ke mana pun arah kederaan tersebut berjalan. Dan ini dibenarkan dengan ijma’ kaum muslimin dengan syarat bahawa perjalanan tersebut tidak bertujuan untuk melakukan maksiat. Tidak ada suatu rukhshah (keringanan) apa pun di dalam safar dengan tujuan maksiat, sepertinya contohnya perjalanan untuk menyamun, membunuh tanpa hak yang syar’i, derhaka kepada ibu bapa, seorang hamba yang lari dari tuannya, atau seorang wanita yang derhaka kepada suaminya.

Bagi orang-orang tersebut tidak mendapatkan keringanan dalam hal ini kecuali untuk bertayammum jika tidak mendapati air untuk menunaikan solat, kemudian perlu mengulanginya menurut pendapat yang lebih sahih.

Melaksanakan solat sunnah di atas kenderaan hukumnya adalah boleh, sama ada dalam perjalanan dengan jarak yang pendek atau pun yang jauh. Inilah pendapat di sisi kami dan jumhur ulama.”

Menurut beliau lagi:

وفيه دليل على أن المكتوبة لا تجوز إلى غير القبلة ولا على الدابة وهذا مجمع عليه إلا في شدة الخوف فلو أمكنه استقبال القبلة والقيام والركوع والسجود على الدابة واقفة عليها هودج أو نحوه جازت الفريضة على الصحيح في مذهبنا

“Pada hadis-hadis ini terdapat dalil yang menjelaskan tidak boleh melaksanakan solat fardhu dengan menghadap ke arah selain kiblat dan tidak boleh juga melaksanakannya di atas kenderaan. Ini adalah berdasarkan kesepakatan para ulama, melainkan jika seseoang itu sedang berada dalam ketakutan (darurat). Tetapi apabila memungkinkan untuk dia menghadap ke arah Kiblat, berdiri, ruku’, dan sujud di atas kenderaan, maka dibolehkan baginya melaksanakan solat fardhu menurut pendapat yang sahih dalam mazhab kami (mazhab Asy-Syafi’i).” (Syarh Shahih Muslim, 5/210-211)

Wallaahu a’lam.