Rincian Tawassul Dengan Nama Nabi
Al-Imam Ibn Abil ‘Izz Al-Hanafi rahimahullah (Wafat: 792H)
www.ilmusunnah.com
وَأَمَّا الِاسْتِشْفَاعُ بِالنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَغَيْرِهِ فِي الدُّنْيَا إِلَى اللَّهِ تَعَالَى فِي الدُّعَاءِ، فَفِيهِ تَفْصِيلٌ: فَإِنَّ الدَّاعِيَ تَارَةً يَقُولُ: بِحَقِّ نَبِيِّكَ أَوْ بِحَقِّ فُلَانٍ، يُقْسِمُ عَلَى اللَّهِ بِأَحَدٍ مِنْ مَخْلُوقَاتِهِ، فَهَذَا مَحْذُورٌ مِنْ وَجْهَيْنِ:
Menjadikan Nabi atau selain beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sebagai pemberi syafa’at (perantara) kepada Allah di dunia dalam doa, terdapat rinciannya. Ini adalah kerana ada orang yang berdoa terkadang mengucapkan (kata-kata seperti):
“Aku memohon kepada-Mu dengan haq Nabi-Mu, atau dengan haq fulan.”
Dia bersumpah atas nama Allah dengan salah satu dari makhluk-Nya. Dan ini adalah perbuatan terlarang dari dua sisi:
أَحَدُهُمَا أَنَّهُ أَقْسَمَ بِغَيْرِ اللَّهِ.
Pertama, Terkait sumpah dengan selain Allah, yang mana bersumpah dengan selain Allah adalah tidak dibenarkan (dilarang), kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
مَنْ حَلَفَ بِغَيْرِ اللَّهِ فَقَدْ أَشْرَكَ
“Siapa yang bersumpah dengan selain Allah, maka dia telah berbuat syirik.” (Sunan Abi Dawud, no. 3251. At-Tirmidzi, no. 1535)
وَالثَّانِي: اعْتِقَادُهُ أَنَّ لِأَحَدٍ عَلَى اللَّهِ حَقًّا. وَلَا يَجُوزُ الْحَلِفُ بِغَيْرِ اللَّهِ، وَلَيْسَ لِأَحَدٍ عَلَى اللَّهِ حَقٌّ إِلَّا مَا أَحَقَّهُ عَلَى نَفْسِهِ، كَقَوْلِهِ تَعَالَى:
Kedua, Terkait mengimani adanya seseorang yang memiliki hak atas atas Allah. Tidaklah dibolehkan bersumpah dengan selain Allah, dan tidaklah ada bagi seorang pun haq atas Allah kecuali apa yang telah Allah tetapkan atas diri-Nya, sebagaimana Allah Ta’ala berfirman:
وَكَانَ حَقًّا عَلَيْنَا نَصْرُ الْمُؤْمِنِينَ
“Dan bahawasanya Kami memiliki haq untuk menolong orang-orang yang beriman.” (Surah Ar-Ruum, 30: 47)
وَكَذَلِكَ مَا ثَبَتَ فِي الصَّحِيحَيْنِ مِنْ قَوْلِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِمُعَاذٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، وَهُوَ رَدِيفُهُ
Demikian juga sebagaimana yang tsabit dalam Ash-Shahihain (dua kitab Shahih) dari sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kepada Mu’adz radhiyallahu ‘anhu ketika beliau memboncengnya:
يَا مُعَاذُ، أَتَدْرِي مَا حَقُّ اللَّهِ عَلَى عِبَادِهِ؟ قُلْتُ: اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ، قَالَ: حَقُّهُ عَلَيْهِمْ أَنْ يَعْبُدُوهُ وَلَا يُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا، أَتَدْرِي مَا حَقُّ الْعِبَادِ عَلَى اللَّهِ إِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ؟ قُلْتُ: اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ، قَالَ: حَقُّهُمْ عَلَيْهِ أَنْ لَا يُعَذِّبَهُمْ
“Wahai Mu’adz, tahukah engkau apa hak Allah atas hamba-hamba-Nya?”
Maka jawab Mu’adz, “Allah dan Rasul-Nya lah yang lebih mengetahui.” Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Hak-Nya atas mereka adalah hendaklah mereka mengabdikan-Nya dan tidak mensyirikkannya dengan sesuatu apa pun. Tahukah engkau apa hak para hamba terhadap Allah apabila mereka telah melaksanakannya?”
Mu’adz jawab, “Allah dan Rasul-Nya lah yang lebih mengetahui.”
Rasulullah bersabda, “Hak mereka terhadap Allah adalah Allah tidak akan meng-adzab mereka.” (Shahih Al-Bukhari, no. 2856. Muslim, no. 30)
فَهَذَا حَقٌّ وَجَبَ بِكَلِمَاتِهِ التَّامَّةِ وَوَعْدِهِ الصَّادِقِ، لَا أَنَّ الْعَبْدَ نَفْسَهُ مُسْتَحِقٌّ عَلَى اللَّهِ شَيْئًا كَمَا يَكُونُ لِلْمَخْلُوقِ عَلَى الْمَخْلُوقِ ، فَإِنَّ اللَّهَ هُوَ الْمُنْعِمُ عَلَى الْعِبَادِ بِكُلِّ خَيْرٍ ، وَحَقُّهُمُ الْوَاجِبُ بِوَعْدِهِ هُوَ أَنْ لَا يُعَذِّبَهُمْ ، وَتَرْكُ تَعْذِيبِهِمْ مَعْنًى لَا يَصْلُحُ أَنْ يُقْسَمَ بِهِ ، وَلَا أَنْ يُسْأَلَ بِسَبَبِهِ وَيُتَوَسَّلَ بِهِ ، لِأَنَّ السَّبَبَ هُوَ مَا نَصَبَهُ اللَّهُ سَبَبًا. وَلَقَدْ أَحْسَنَ الْقَائِلُ:
Maka ini merupakan hak yang telah ditetapkan oleh Allah dengan kalimat-Nya yang sempurna dan janji-Nya yang benar. Namun bukanlah bererti bahawa hamba berhak terhadap hak tersebut atas Allah, sebagaimana makhluk-Nya punya hak atas makhluk lainnya.
Ini adalah kerana Allah adalah Pemberi nikmat kepada seluruh hamba berupa segala bentuk kebaikan, dan hak mereka yang wajib dengan janji-Nya adalah bahawa Allah tidak meng-adzab mereka, yang mana Allah tidak meng-adzab mereka merupakan sebuah makna yang tidak layak dijadikan sebagai sumpah, tidak layak dijadikan sebagai sebab untuk bertawassul kepada-Nya, kerana sebuah sebab adalah apa yang Allah tetapkan sebagai sebab. Betapa baiknya ucapan seorang penyair:
مَا لِلْعِبَادِ عَلَيْهِ حَقٌّ وَاجِبٌ … كَلَّا وَلَا سَعْيٌ لَدَيْهِ ضَائِعُ
إِنْ عُذِّبُوا فَبِعَدْلِهِ ، أَوْ نُعِّمُوا … فَبِفَضْلِهِ وَهُوَ الْكَرِيمُ الوَاسِعُ
Hamba-hamba tidak punya hak wajib atas Allah,
Tidak sekali-kali tidak, (tetapi) tidak pula ada usaha yang sia-sia di sisi-Nya,
Bila mereka di-adzab, maka (itu adalah) dengan sebab keadilan-Nya,
Atau bila mereka diberi nikmat, maka (itu adalah) dengan keutamaan-Nya,
Dia-lah yang Maha Pemurah,
Lagi Maha Luas Kurniaan-Nya.
وَتَارَةً يَقُولُ
Adakalanya seseorang berkata:
بِجَاهِ فُلَانٍ عِنْدَكَ
“Aku memohon kepada-Mu dengan kedudukan fulan di sisi-Mu.”
Atau,
نَتَوَسَّلُ إِلَيْكَ بِأَنْبِيَائِكَ وَرُسُلِكَ وَأَوْلِيَائِكَ
“Kami bertawassul kepada-Mu dengan Nabi-Mu, para utusan-Mu, dan para wali-wali-Mu.”
وَمُرَادُهُ أَنَّ فُلَانًا عِنْدَكَ ذُو وَجَاهَةٍ وَشَرَفٍ وَمَنْزِلَةٍ فَأَجِبْ دُعَاءَنَا. وَهَذَا أَيْضًا مَحْذُورٌ، فَإِنَّهُ لَوْ كَانَ هَذَا هُوَ التَّوَسُّلُ الَّذِي كَانَ الصَّحَابَةُ يَفْعَلُونَهُ فِي حَيَاةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَفَعَلُوهُ بَعْدَ مَوْتِهِ، وَإِنَّمَا كَانُوا يَتَوَسَّلُونَ فِي حَيَاتِهِ بِدُعَائِهِ، يَطْلُبُونَ مِنْهُ أَنْ يَدْعُوَ لَهُمْ، وَهُمْ يُؤَمِّنُونَ عَلَى دُعَائِهِ، كَمَا فِي الِاسْتِسْقَاءِ وَغَيْرِهِ.
(Maksudnya), kerana fulan memiliki kedudukan, kemuliaan, dan tempat yang baik di sisi-Mu, maka perkenankanlah doa kami.
Maka ini juga merupakan suatu yang mahzuur (suatu yang berbahaya lagi terlarang), kerana jika bertawassul seperti ini yang dilakukan oleh para sahabat di zaman Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam masih hidup, nescaya mereka juga akan melakukannya setelah kewafatan beliau (namun jelas mereka tidak melakukannya). Sebaliknya tawassul mereka (para sahabat) dengan Nabi semasa hidup Nabi adalah dengan doa beliau, mereka meminta Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam untuk berdoa bagi mereka dan mereka meng-aminkannya, sebagaimana dalam doa istisqaa’ dan yang lainnya.
فَلَمَّا مَاتَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ عُمَرُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ – لَمَّا خَرَجُوا يَسْتَسْقُونَ:
Ketika mana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah wafat, ‘Umar bin Al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu meminta hujan, mereka keluar dengan berdoa:
اللَّهُمَّ إِنَّا كُنَّا إِذَا أَجْدَبْنَا نَتَوَسَّلُ إِلَيْكَ بِنَبِيِّنَا فَتَسْقِيَنَا، وَإِنَّا نَتَوَسَّلُ إِلَيْكَ بِعَمِّ نَبِيِّنَا
“Ya Allah, dulu kami pernah tertimpa dengan kemarau, kami bertawassul kepada-Mu dengan Nabi kami, lalu Engkau menurunkan hujan untuk kami, dan ketika saat ini kami bertawassul kepada Engkau dengan pak cik Nabi kami (yakni Al-‘Abbas), (maka turunkanlah hujan untuk kami).” (Shahih Al-Bukhari, no. 1010, 3710)
مَعْنَاهُ بِدُعَائِهِ هُوَ رَبَّهُ وَشَفَاعَتِهِ وَسُؤَالِهِ، لَيْسَ الْمُرَادُ أَنَّا نُقْسِمُ عَلَيْكَ بِهِ، أَوْ نَسْأَلُكَ هِهِ عِنْدَكَ، إِذْ لَوْ كَانَ ذَلِكَ مُرَادًا لَكَانَ جَاهُ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَعْظَمَ وَأَعْظَمَ مِنْ جَاهِ الْعَبَّاسِ.
Makna “dengan Nabi kami” adalah dengan doa beliau kepada Rabb-nya, syafa’at, dan permohonannya (yakni ketika Rasulullah masih hidup – pent.). Bukan maksudnya kami bersumpah atas-Mu dengan Nabi-Mu, atau kami meminta kepada-Mu dengan kedudukan beliau di sisi-Mu, kerana jika maksudnya begitu, nescaya kedudukan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam lebih agung berbanding kedudukan Al-‘Abbas (sehingga para sahabat pun tidak perlu pergi kepada Al-‘Abbas setelah kewafatan Nabi, sebaliknya cukup dengan tetap bertawassul kepada Nabi – pent.).
وَتَارَةً يَقُولُ: بِاتِّبَاعِي لِرَسُولِكَ وَمَحَبَّتِي لَهُ وَإِيمَانِي بِهِ وَسَائِرِ أَنْبِيَائِكَ وَرُسُلِكَ وَتَصْدِيقِي لَهُمْ، وَنَحْوِ ذَلِكَ. فَهَذَا مِنْ أَحْسَنِ مَا يَكُونُ فِي الدُّعَاءِ وَالتَّوَسُّلِ وَالِاسْتِشْفَاعِ.
Tetapi jika dia mengatakan:
“Aku memohon kepada-Mu dengan ittiba’ku kepada Rasul-Mu, atau dengan cintaku kepada beliau, atau dengan imanku kepada beliau dan para Nabi-Mu serta pembenaranku terhadap mereka.”
Atau dengan ucapan yang senada denganya, maka ini termasuk bentuk doa, tawassul, dan permohonan syafa’at yang baik. (kerana ia termasuk bentuk tawassul dengan amal-amal soleh – pent.)
فَلَفْظُ التَّوَسُّلِ بِالشَّخْصِ وَالتَّوَجُّهِ بِهِ فِيهِ إِجْمَالٌ، غَلِطَ بِسَبَبِهِ مَنْ لَمْ يَفْهَمْ مَعْنَاهُ: فَإِنْ أُرِيدَ بِهِ التَّسَبُّبُ بِهِ لِكَوْنِهِ دَاعِيًا وَشَافِعًا، وَهَذَا فِي حَيَاتِهِ يَكُونُ، أَوْ لِكَوْنِ الدَّاعِي مُحِبًّا لَهُ، مُطِيعًا لِأَمْرِهِ، مُقْتَدِيًا بِهِ، وَذَلِكَ أَهْلٌ لِلْمَحَبَّةِ وَالطَّاعَةِ وَالِاقْتِدَاءِ، فَيَكُونُ التَّوَسُّلُ إِمَّا بِدُعَاءِ الْوَسِيلَةِ وَشَفَاعَتِهِ، وَإِمَّا بِمَحَبَّةِ السَّائِلِ وَاتِّبَاعِهِ، أَوْ يُرَادُ بِهِ الْإِقْسَامُ بِهِ وَالتَّوَسُّلُ بِذَاتِهِ، فَهَذَا الثَّانِي هُوَ الَّذِي كَرِهُوهُ وَنَهَوْا عَنْهُ.
Adapun lafaz tawassul dengan diri seseorang dan bertawajjuh (memohon sesuatu) dengannya, padanya terkandung makna yang ijmal (masih umum), dan atas sebab itu ramai orang yang salah dalam memahami maknanya. Ini kerana ia boleh mengandungi makna menjadikan orang (yang disebut namanya dalam tawassul tersebut) sebagai sebab (yang memperkenankan), yakni dia sebagai orang yang berdoa sekaligus pemberi syafa’at.
Makna ini hanya boleh semasa hidup beliau, atau kerana orang yang berdoa itu mencintainya, mentaati perintahnya dan meneladaninya, yang mana dia memang layak dicintai, ditaati dan diteladani. Jadi, tawassulnya boleh jadi dengan wasilah doa dan syafa’atnya, atau dengan kecintaan orang yang meminta dan ittiba’nya.
Atau, tawassul dengan seseorang boleh juga bermakna bersumpah atas Allah dengan orang tersebut dan bertawassul dengan batang tubuh orang tersebut, maka yang kedua inilah bentuk tawassul yang dibenci dan dilarang.
وَكَذَلِكَ السُّؤَالُ بِالشَّيْءِ، قَدْ يُرَادُ بِهِ التَّسَبُّبُ بِهِ، لِكَوْنِهِ سَبَبًا فِي حُصُولِ الْمَطْلُوب، وَقَدْ يُرَادُ بِهِ الْإِقْسَامُ بِهِ.
Demikian juga meminta dengan sesuatu, boleh menjadikannya sebagai sebab, kerana sesuatu itu merupakan sebab terwujudnya apa yang dihajatkannya, sebagaimana maksudnya boleh bermakna bersumpah dengan sesuatu tersebut. (maka ini juga dilarang – pent.)
وَمِنَ الْأَوَّلِ: حَدِيثُ الثَّلَاثَةِ الَّذِينَ أَوَوْا إِلَى الْغَارِ، وَهُوَ حَدِيثٌ مَشْهُورٌ فِي الصَّحِيحَيْنِ وَغَيْرِهِمَا، فَإِنَّ الصَّخْرَةَ انْطَبَقَتْ عَلَيْهِمْ، فَتَوَسَّلُوا إِلَى اللَّهِ بِذِكْرِ أَعْمَالِهِمُ الصَّالِحَةِ الْخَالِصَةِ، وَكُلُّ وَاحِدٍ مِنْهُمْ يَقُولُ
Di antara dalil bagi bentuk tawassul yang pertama tersebut adalah hadis tentang tiga orang lelaki yang terperangkap di dalam gua, hadis ini sangat masyhur diriwayatkan dalam Ash-Shahihain dan yang selainnya, yang mana sebuah batu besar telah menutup pintu gua tersebut ketika tiga lelaki tersebut berada di dalamnya.
Maka mereka pun bertawassul kepada Allah dengan menyebutkan amal-amal soleh mereka yang telah mereka lakukan dengan keikhlasan, di mana masing-masing mereka berkata (dalam doanya):
فَإِنْ كُنْتُ فَعَلْتُ ذَلِكَ ابْتِغَاءَ وَجْهِكَ فَافْرُجْ عَنَّا مَا نَحْنُ فِيهِ، فَانْفَرَجَتِ الصَّخْرَةُ فَخَرَجُوا يَمْشُونَ. فَهَؤُلَاءِ: دَعَوُا اللَّهَ بِصَالِحِ الْأَعْمَالِ، لِأَنَّ الْأَعْمَالَ الصَّالِحَةَ هِيَ أَعْظَمُ مَا يَتَوَسَّلُ بِهِ الْعَبْدُ إِلَى اللَّهِ، وَيَتَوَجَّهُ بِهِ إِلَيْهِ، وَيَسْأَلُهُ بِهِ، لِأَنَّهُ وَعَدَ أَنْ يَسْتَجِيبَ لِلَّذِينِ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَيَزِيدَهُمْ مِنْ فَضْلِهِ.
“Apabila aku melakukan amal soleh tersebut dalam rangka mencari Wajah-Mu, maka bebaskanlah kami dari apa yang menimpa kami ini.”
Maka batu besar tersebut pun beranjak dan mereka pun keluar dari gua tersebut.
Mereka telah berdoa kepada Allah dengan menyebutkan amal-amal soleh mereka (sebagai bentuk tawassul), kerana amal yang soleh merupakan sarana yang paling besar bagi hamba untuk mendekatkan diri kepada Allah, berdoa kepada-Nya, dan memohon kepada-Nya, kerana Allah telah menjanjikan untuk menjawab doa orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta menambahkan untuk mereka dari kurniaan-Nya.
Syafa’at Di Sisi Allah Tidak Sama Dengan Syafa’at di Sisi Manusia
فَالْحَاصِلُ أَنَّ الشَّفَاعَةَ عِنْدَ اللَّهِ لَيْسَتْ كَالشَّفَاعَةِ عِنْدَ الْبَشَرِ ، فَإِنَّ الشَّفِيعَ عِنْدَ الْبَشَرِ كَمَا أَنَّهُ شَافِعٌ لِلطَّالِبِ شَفَّعَهُ فِي الطَّلَبِ ، بِمَعْنَى أَنَّهُ صَارَ شَفْعًا فِيهِ بَعْدَ أَنْ كَانَ وِتْرًا ، فَهُوَ أَيْضًا قَدْ شَفَعَ الْمَشْفُوعَ إِلَيْهِ ، وَبِشَفَاعَتِهِ صَارَ فَاعِلًا لِلْمَطْلُوبِ ، فَقَدْ شَفَّعَ الطَّالِبَ وَالْمَطْلُوبَ مِنْهُ ، وَاللَّهُ تَعَالَى وِتْرٌ ، لَا يَشَفَعُهُ أَحَدٌ ، فَلَا يَشْفَعُ عِنْدَهُ أَحَدٌ إِلَّا بِإِذْنِهِ ، فَالْأَمْرُ كُلُّهُ إِلَيْهِ ، فَلَا شَرِيكَ لَهُ بِوَجْهٍ . فَسَيِّدُ الشُّفَعَاءِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِذَا سَجَدَ وَحَمِدَ اللَّهَ تَعَالَى فَقَالَ لَهُ اللَّهُ :
Ringkasnya, syafa’at di sisi Allah tidak sama dengan syafa’at di sisi manusia, kerana pemberi syafa’at di sisi manusia yang mana dia bertindak sebagai pemberi syafa’at bagi orang yang meminta syafa’at dalam permintaannya, dalam makna dia menggenapkan (menguatkan) peminta syafa’atnya setelah sebelumnya dia bersendirian, dia juga menggenapkan pihak yang permintaan itu ditujukan kepadanya. Lalu dengan syafa’at pemberi syafa’at, dia pun menunaikan permintaan orang yang meminta. Jadi, pemberi syafa’at telah menggenapkan si peminta dan pihak yang memberi syafa’at itu diminta darinya.
Makna ini tidak ada pada Allah, kerana Allah Ta’ala adalah bersendirian (ganjil), tidak seorang pun menggenapkannya, maka tidak seorang pun yang berhak memberi syafa’at di sisi-Nya kecuali dengan izin-Nya.
Sayyid sang pemberi syafa’at (ketika hari Kiamat nanti), yakni Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau nanti di hari Kiamat akan bersujud dan bertahmid kepada Allah Ta’ala (untuk memohon kepada Allah).
Maka Allah menjawab:
ارْفَعْ رَأْسَكَ، وَقُلْ يُسْمَعْ، وَاسْأَلْ تُعْطَهْ، وَاشْفَعْ تُشَفَّعْ، فَيَحُدُّ لَهُ حَدًّا فَيُدْخِلُهُمُ الْجَنَّةَ، فَالْأَمْرُ كُلُّهُ لِلَّهِ
“Angkatlah kepalamu, mintalah, nescaya akan diperkenankan. Ucapkanlah nescaya akan didengar, dan berilah syafa’at nescaya akan dikabulkan.”
Maknanya, Allah Ta’ala menetapkan batasan bagi beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan memasukkan mereka ke dalam Syurga. Segala urusan ada di Tangan Allah.
وَفِي الصَّحِيحِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: يَا بَنِي عَبْدِ مَنَاف، لَا أَمْلِكُ لَكُمْ مِنَ اللَّهِ شَيْئًا، يَا صَفِيَّةُ يَا عَمَّةَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا أَمْلِكُ لَكِ مِنَ اللَّهِ شَيْئً، يَا عَبَّاسُ عَمَّ رَسُولِ اللَّهِ، لَا أَمْلِكُ لَكَ مِنَ اللَّهِ شَيْء
Dalam Ash-Shahih disebutkan bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Wahai Bani ‘Abdu Manaf, aku tidak memiliki apa pun untuk melindungi kalian dari adzab Allah. Wahai Shafiyyah, makcik Rasulullah, aku tidak memiliki apa pun untuk melindungi-mu dari adzab Allah. Wahai ‘Abbas, pakcik Rasulullah, aku tidak memiliki apa pun untuk melindungi-mu dari adzab Allah.”
فَإِذَا كَانَ سَيِّدُ الْخَلْقِ وَأَفْضَلُ الشُّفَعَاءِ يَقُولُ لِأَخَصِّ النَّاسِ بِهِ: لَا أَمْلِكُ لَكُمْ مِنَ اللَّهِ مِنْ شَيْءٍ فَمَا الظَّنُّ بِغَيْرِهِ؟
Apabila sayyid, makhluk Allah dan pemberi syafa’at yang paling utama berkata kepada orang terdekatnya:
“… aku tidak memiliki apa pun untuk melindungi-mu dari adzab Allah.”
Lalu bagaimana dengan orang selain beliau?
– Sekian nukilan, Wallaahu a’lam.
Sumber: Al-Minhatul Ilahiyyah Tahdzib Syarh Ath-Thahawiyyah oleh ‘Abdul Akhir Hammad Al-Ghunaimi, m/s. 64-68 – Daar Ibnul Jauzi, Cet. 1425 (Saudi ‘Arabia).