Pujian Syaikh Muqbil Kepada Syaikh Al-Albani rahimahumallaah
Syaikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i rahimahullah
www.ilmusunnah.com
Berikut adalah nukilan dari pujian Syaikh Muqbil bin Hadi rahimahullah kepada Syaikh Al-Albani rahimahullah.
Kata Syaikh Muqbil:
“Demikian pula dalam bidang hadis, orang yang paling menguasai ilmunya di zaman ini adalah Asy-Syaikh Nashiruddin Al-Albani hafidzohullaahu Ta’aala. Kerana itu kami menganjurkan kepada seluruh penuntut ilmu untuk memberikan perhatian yang sungguh-sungguh terhadap kitab-kitab beliau dan mengambil faedah darinya. Dan mana-mana maktabah (perpustakaan) yang di dalamnya tidak terdapat kitab Syaikh Nashiruddin Al-Albani maka perpustakaan tersebut termasuk perpustakaan yang miskin. Semoga Allah membalas beliau dengan kebaikan atas usaha beliau untuk Islam dan kaum muslimin.” (Ijaabatus Saa’il ‘alaa Ahammil Masaa’il, m/s. 560, no. 318 – Cet. 2, Daar Al-Haramain (Qaahirah))
Kata Syaikh Muqbil juga:
“Asy-Syaikh Nashiruddin Al-Albani hafidzohullah dalam As-Silsilah Adh-Dha’iifah menjadikan hati para pembacanya sangat puas. Demikian juga pada As-Silsilah Ash-Shahiihah. Namun adakalanya dalam beberapa hadis, hati saya tidak begitu puas dengan tash-hiih beliau seperti misalnya hadis:
“Perkara halal yang paling dimurkai Allah adalah thalaq.”
Juga beberapa hadis yang beliau sahihkan seperti:
“Zuhudlah engkau di dunia, nescaya Allah akan mencintaimu dan zuhudlah engkau terhadap harta yang ada di tangan manusia, nescaya manusia akan mencintaimu.”
Juga hadis:
“Mohonlah pertolongan dalam setiap perkara kalian dengan menyembunyikannya.”
Dan beberapa hadis lainnya yang hati ini tidak cukup puas dengan tash-hiih beliau.
Tetapi cukuplah bahawa tidak seorang pun yang semisal dengan beliau di zaman ini. Seharusnya diketahui bahawa Asy-Syaikh Nashiruddin Al-Albani memiliki penelitian ilmiyah yang sangat luas yang tidak terjangkau oleh seorang pun, dan beliau memiliki kitab-kitab rujukan yang mana kami tidak diberi kemudahan mendapatkannya. Sehingga kami terpaksa mendapatkannya (melalui perantara) dari kitab-kitab Asy-Syaikh Nashiruddin Al-Albani dengan menisbatkan kepada beliau. Semoga Allah membalas jasa-jasa beliau untuk Islam dan kaum muslimin dengan segala kebaikan.” (Ijaabatus Saa’il ‘alaa Ahammil Masaa’il, m/s. 567, no. 325 – Cet. 2, Daar Al-Haramain (Qaahirah))
Wallahu a’lam.