Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah wal-Jama’ah di Sisi Imam Ahmad
Imam Ahmad B. Hanbal rahimahullah (Wafat: 241H)
Ushulus Sunnah
www.ilmusunnah.com
Imam Ahmad B. Hanbal rahimahullah (Wafat: 241H) menegaskan:
“Ushul as-Sunnah (Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah) di sisi kami adalah:
التَّمَسُّكُ بِمَا كَانَ عَلَيْهِ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالِاقْتِدَاءُ بِهِمْ وَتَرْكُ الْبِدَعِ وَكُلُّ بِدْعَةٍ فهيضَلَالَةٌ
“Berpegang teguh dengan jalan hidup para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, berqudwah (mengambil contoh tauladan) dengan mereka, dan meninggalkan bid’ah. Dan setiap bid’ah itu adalah kesesatan.”
وترك الخصومات والجلوس مع أصحاب الأهواء، وترك المراء والجدال والخصومات في الدين
“Dan meninggalkan pertelingkahan (argumentasi) dan duduk-duduk bersama pengikut hawa nafsu. Dan meninggalkan bertikam lidah, jidal (perdebatan), dan pertelingkahan (berlawan hujah) di dalam agama.”
والسنة عندنا آثار رسول الله صلى الله عليه وسلم، والسنة تفسر القرآن، وهي دلائل القرآن، وليس في السنة قياس، ولا تضرب لها الأمثال، ولا تدرك بالعقول ولا الأهواء، إنما هي الاتباع وترك الهوى
“Dan as-Sunnah di sisi kami adalah atsar (setiap petunjuk yang diriwayatkan daripada) Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dan as-Sunnah itu, ia menafsirkan al-Qur’an, sebagai petunjuk yang menjelaskan kandungan al-Qur’an. Dan qiyas tidak termasuk di dalam as-Sunnah. Tidak dipertentangkan dengannya permisalan-permisalan, dan tidak-lah as-Sunnah itu diambil (atau dicapai) dengan semata-mata akal, dan tidak pula dengan hawa nafsu. Tetapi hendaklah ia diterima dengan cara al–ittiba’ (mengikuti Rasulullah) dan dengan meninggalkan hawa nafsu.”
ومن السنة اللازمة التي من ترك منها خصلة لم يقلها ويؤمن بها لم يكن من أهلها
الإيمان بالقدر خيره وشره، والتصديق بالأحاديث فيه، والإيمان بها لا يقال لم ولا كيف، إنما هو التصديق بها والإيمان بها
“Dan termasuk as-Sunnah yang wajib, yang sesiapa meninggalkan satu saja perkara darinya, maka dia bukan termasuk pengikutnya (bukan termasuk ahlus sunnah), adalah:
Beriman terhadap taqdir yang baik mahupun yang buruk, membenarkan hadis-hadis tentangnya serta mengimaninya. Tidak boleh ditanyakan, “Mengapa?” Tidak pula, “Bagaimana?” Yang ada hanyalah dengan membenarkannya dan mengimaninya.”
ومن لم يعرف تفسير الحديث ويبلغه عقله فقد كفي ذلك وأحكم له، فعليه الإيمان به والتسليم له، مثل حديث الصادق والمصدوق، وما كان مثله في القدر، ومثل أحاديث الرؤية كلها، وإن نبت عن الأسماع واستوحش منها المستمع فإنما عليه الإيمان بها، وأن لا يرد منها جزءا واحدا وغيرها من الأحاديث المأثورات عن الثقات
“Sesiapa yang tidak mengetahui tafsir sesuatu hadis, dan akalnya juga tidak mampu menjangkaunya, maka cukuplah dengan apa yang ada. Dan wajib untuk dia beriman serta tunduk menerimanya. Misalnya hadis Ash-Shoadiqul Mashduq, juga hadis yang semisal dengannya tentang taqdir. Demikian juga hadis-hadis tentang ar-ru’yah (melihat Allah) keseluruhannya, sekalipun terdengar mustahil di telinga dan tidak logik di sisi yang mendengarnya. Wajib atasnya untuk beriman dan jangan sampai ia menolaknya walau satu huruf pun. Demikian juga hadis-hadis yang dinukilkan oleh para perawi yang tsiqah (terpercaya).”
لا يخاصم أحدا ولا يناظره ولا يتعلم الجدل، فإن الكلام في القدر والرؤية والقرآن وغيرها من السنن مكروه منهي عنه، ولا يكون صاحبه إن أصاب بكلامه السنة من أهل السنة حتى يدع الجدل ويسلم ويؤمن بالآثار
“Tidak boleh bertikai dengan sesiapa pun, dan tidak pula mendebatnya. Dan jangan juga mempelajari perdebatan. Kerana sesungguhnya perbincangan (dengan akal) tentang taqdir, ru’yah, al-Qur’an, dan selainnya dari sunnah-sunnah yang ada adalah suatu yang dibenci dan terlarang. Tidaklah pelakunya termasuk ahlus sunnah walaupun ucapannya bertepatan dengan as-Sunnah, sampailah ia meninggalkan perdebatan, ia berserah diri, dan beriman dengan atsar.”
والقرآن كلام الله وليس بمخلوق، ولا تضعف أن تقول ليس بمخلوق، فإن كلام الله منه وليس منه شيء مخلوق، وإياك ومناظرة من أحدث فيه، ومن قال باللفظ وغيره، ومن وقف فيه فقال: لا أدري مخلوق أو ليس بمخلوق، وإنما هو كلام الله وليس بمخلوق.
“Al-Qur’an adalah kalamullah (firman Allah) dan bukan makhluk (caiptaan). Dan janganlah lemah untuk mengatakan: “Bukan makhluk.” Kerana sesungguhnya firman Allah itu tidak terpisahkan dari-Nya, dan tiada suatu bahagianpun dari-Nya berupa makhluk. Maka berhati-hatilah engkau terhadap orang yang mengada-ada tentangnya. Dan berhati-hatilah terhadap sesiapa yang mengatakan bahawa lafazku dengan al-Qur’an adalah makhluk atau semisalnya, demikian pula yang bersikap tawaqquf sehingga mengatakan: “Aku tidak tahu adakah al-Qur’an itu makhluk atau bukan.” Kerana sesungguhnya al-Qur’an adalah Kalamullah dan bukan makhluk.”
والإيمان بالرؤية يوم القيامة كما روي عن النبي صلى الله عليه وسلم من الأحاديث الصحاح، وأن النبي صلى الله عليه وسلم قد رأى ربه، وأنه مأثور عن رسول الله صلى الله عليه وسلم صحيح، رواه قتادة، عن عكرمة، عن ابن عباس، ورواه الحكم بن أبان، عن عكرمة، عن ابن عباس، ورواه علي بن زيد، عن يوسف بن مهران، عن ابن عباس، والحديث عندنا على ظاهره كما جاء عن النبي صلى الله عليه وسلم، والكلام فيه بدعة، ولكن نؤمن به كما جاء على ظاهره ولا نناظر فيه أحدا.
“Beriman dengan ru’yah di hari kiamat sebagaimana perkara tersebut telah diriwayatkan daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam hadis-hadis yang sahih. Dan bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah melihat Rabb-nya kerana perkara tersebut telah dinukilkan dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam secara sahih. Diriwayatkan oleh Qotadah daripada ‘Ikrimah daripada Ibnu ‘Abbas. Diriwayatkan pula oleh ‘Ali B. Zaid daripada Yusuf B. Mihran daripada Ibnu ‘Abbas. Hadis tersebut di sisi kami sebagaimana zahirnya, sebagaimana yang datang dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Memperkatakan tentangnya (dengan akal) adalah bid’ah, sebaliknya hendaklah kita beriman dengannya sebagaimana ia datang selari maksud zahirnya dan kita tidak memperdebatkannya dengan seorangpun tentangnya.”
والإيمان بالميزان كما جاء: يوزن العبد يوم القيامة فلا يوزن جناح بعوضة، وتوزن أعمال العباد كما جاء في الأثر. والإيمان به والتصديق به والإعراض عمن رد ذلك، وترك مجادلته.
“Beriman dengan adanya al-Miizaan (timbangan amal di hari Kiamat) sebagaimana yang terdapat dalam hadis: “Ada seorang hamba yang ditimbang pada hari Kiamat, tetapi beratnya tidak sampai menyamai sayap seekor nyamuk.” Demikian-lah juga seluruh amalan para hamba akan ditimbang, sebagaimana dikemukakan dalam atsar. Maka wajib beriman dengannya dan membenarkannya serta berpaling dari sesiapa sahaja yang menolaknya dan meninggalkan perdebatan dengannya.”
وإن الله تبارك وتعالى يكلم العباد يوم القيامة ليس بينهم وبينه ترجمان، والإيمان به والتصديق به.
“Sesungguhnya Allah akan berbicara (berkata-kata) dengan para hamba-Nya pada hari Kiamat. Tanpa penterjemah di antara mereka dengan-Nya. Dan wajib beriman dengan perkara ini serta membenarkannya.”
والإيمان بالحوض، وأن لرسول الله صلى الله عليه وسلم حوضا يوم القيامة ترد عليه أمته، عرضه مثل طوله مسيرة شهر، آنيته كعدد نجوم السماء، على ما صحت به الأخبار من غير وجه.
“Beriman dengan adanya al-Haudh (telaga Nabi) bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memiliki sebuah telaga pada hari Kiamat yang didatangi oleh umat beliau. Kelebarannya sama seperti panjangnya, iaitu sejauh perjalanan satu bulan. Bejana-bejananya sebanyak bintang-bintang di langit, berdasarkan apa yang telah sahih dari hadis-hadis dengan beberapa wajah (jalan riwayat).”
والإيمان بعذاب القبر، وأن هذه الأمة تفتن في قبورها، وتسأل عن الإيمان والإسلام، ومن ربه، ومن نبيه، ويأتيه منكر ونكير كيف شاء الله عز وجل وكيف أراد، والإيمان به والتصديق به.
“Beriman dengan adanya adzab kubur, dan bahawa umat ini akan menghadapi fitnah (ujian) di kuburnya, disoal tentang iman dan Islam, siapakah Rabb-mu, siapa Nabi-mu? Ia akan didatangi Munkar dan Nakiir, sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah ‘Azza wa Jalla dan sebagaimana yang diinginkan-Nya. Dan wajib beriman dengan hal ini serta membenarkannya.”
والإيمان بشفاعة النبي صلى الله عليه وسلم، وبقوم يخرجون من النار بعدما احترقوا وصاروا فحما، فيؤمر بهم إلى نهر على باب الجنة كما جاء في الأثر، كيف شاء الله وكما شاء، إنما هو الإيمان به والتصديق به
“Beriman dengan adanya Syafa’at Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan terhadap adanya kaum yang dikeluarkan dari Neraka setelah terbakar hingga menjadi arang. Lalu mereka diperintahkan ke sebuah sungai di depan pintu Syurga sebagaimana datang dalilnya di dalam atsar bersesuaian dengan kehendak Allah dan sebagaimana yang dikehendaki Allah. Oleh itu, hendaklah mengimaninya dan membenarkannya.”
والإيمان أن المسيح الدجال خارج مكتوب بين عينيه كافر، والأحاديث التي جاءت فيه، والإيمان بأن ذلك كائن
“Beriman bahawa al-Masih ad-Dajjal akan keluar. Di antara kedua mata Dajjal tertulis “Kaafir”. Dan hendaklah beriman dengan hadis-hadis yang datang berkaitan dengannya dan mengimani bahawa itu semua akan berlaku.”
وأن عيسى ابن مريم ينزل فيقتله بباب لد.
“Dan sesungguhnya ‘Isa B. Maryam ‘alaihis Salam akan turun lalu membunuh Dajjal di Bab Lud.”
والإيمان قول وعمل يزيد وينقص كما جاء في الخبر أكمل المؤمنين إيمانا أحسنهم خلقا.
“Dan iman itu adalah ucapan dan ‘amal. Ia bertambah dan berkurang sebagaimana dikhabarkan (dalam hadis), “Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya.”.”
ومن ترك الصلاة فقد كفر، وليس من الأعمال شيء تركه كفر إلا الصلاة، من تركها فهو كافر، وقد أحل الله قتله.
“Dan sesiapa yang meninggalkan solat, maka sesungguhnya ia telah kafir. Dan tidak ada satu amalpun yang jika meninggalkannya menjadi kufur kecuali solat. Sesiapa yang meninggalkannya, maka ia kafir. Dan sesungguhnya Allah telah menghalalkan untuk membunuhnya.”
وخير هذه الأمة بعد نبيها أبو بكر الصديق، ثم عمر بن الخطاب، ثم عثمان بن عفان، نقدم هؤلاء الثلاثة كما قدمهم أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم لم يختلفوا في ذلك، ثم بعد هؤلاء الثلاثة أصحاب الشورى الخمس علي بن أبي طالب، وطلحة، والزبير، وعبد الرحمن بن عوف، وسعد، كلهم يصلح للخلافة وكلهم إمام. ونذهب إلى حديث ابن عمر: كنا نعد ورسول الله صلى الله عليه وسلم حي، وأصحابه متوافرون: أبو بكر، ثم عمر، ثم عثمان، ثم نسكت. ثم من بعد أصحاب الشورى أهل بدر من المهاجرين، ثم أهل بدر من الأنصار من أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم على قدر الهجرة والسابقة أولا فأولا. ثم أفضل الناس بعد هؤلاء أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم القرن الذي بعث فيهم، كل من صحبه سنة أو شهرا أو يوما أو ساعة أو رآه، فهو من أصحابه، له من الصحبة على قدر ما صحبه، وكانت سابقته معه ، وسمع منه ونظر إليه نظرة، فأدناهم صحبة هو أفضل من القرن الذين لم يروه، ولو لقوا الله بجميع الأعمال كان هؤلاء الذين صحبوا النبي صلى الله عليه وسلم ورأوه وسمعوا منه ومن رآه بعينه وآمن به ولو ساعة أفضل بصحبته من التابعين ولو عملوا كل أعمال الخير.
“Dan sebaik-baik umat ini setelah Nabinya adalah Abu Bakr ash-Shiddiq, lalu ‘Umar Ibn al-Khaththab, ‘Utsman B. ‘Affan. Kami mendahulukan mereka bertiga sebagaimana para sahabat Rasulullah dahulu mendahulukan mereka tanpa memperselisihkan hal tersebut.
Kemudian setelah mereka bertiga adalah Ashhabusy-Syuraa yang lima, iaitu ‘Ali B. Abi Thalib, az-Zubair, ‘Abdurrahman B. ‘Auf, Sa’d dan Thalhah. Kesemuanya layak untuk memegang kekhalifahan. Mereka semua adalah para imam. Dan pendapat kami dalam hal tersebut adalah (berdasarkan) kepada hadis Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma:
“Dahulu ketika Rasulullah masih hidup dan para sahabat beliau masih banyak, kami selalu menyebut-nyebut (dengan urutan): Abu Bakr, lalu ‘Umar, kemudian ‘Utsman, lalu kami diam.” (Musnad Ahmad, no. 4626)
Kemudian setelah Ashhabusy-Syuraa adalah Ahli al-Badr (peserta perang Badr) dari kalangan Muhajiriin, setelah itu Ahli al-Badr dari kalangan Anshar. Kesemuanya dari para sahabat Rasulullah, mengikut tingkatan (urutan) hijrah dan yang terawal (memeluk Islam); yang lebih lebih awal, kemudian yang berikutnya.
Kemudian, seutama-utama manusia setelah mereka adalah para sahabat Rasulullah lainnya, iaitu generasi yang beliau diutus di tengah-tengah mereka.
Oleh itu, setiap orang yang menemani beliau sama ada selama setahun, sebulan, sehari, satu jam, atau bahkan sekadar hanya melihat beliau satu kali, maka ia termasuk sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Mereka mendapat status sebagai seorang sahabat bersesuaian dengan kadar persahabatannya. Keterdahuluannya bersama Rasulullah, mendengar serta melihat beliau. Yang paling rendah di antara mereka dalam persahabatan tetap lebih utama berbanding generasi yang tidak menyaksikan beliau, sekalipun ia berjumpa dengan Allah membawa seluruh amalan (kebaikan). Merekalah orang-orang yang menemani Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, melihat, dan mendengar daripada beliau. Dan sesiapa yang menyaksikan beliau dengan matanya walaupun hanya sesaat, serta beriman kepada beliau, dia adalah lebih utama kerana persahabatannya tersebut berbanding golongan tabi’in (murid-murid sahabat), sekalipun mereka melakukan setiap amalan kebaikan.”
والسمع والطاعة للأئمة وأمير المؤمنين البر والفاجر، ومن ولي الخلافة فاجتمع الناس عليه ورضوا به. ومن غلبهم بالسيف حتى صار خليفة وسمي أمير المؤمنين.
“Mendengar dan taat terhadap para imam serta pemimpin kaum mukminin, yang baik ataupun yang fajir (buruk). Demikian pula terhadap sesiapa yang memegang kekuasaan (kekhilafahan), dan orang-orang bersatu di bawah (pentadbiran)nya serta redha atasnya, juga terhadap sesiapa yang mengalahkan orang-orang dengan pedangnya sehingga menjadi penguasa (khalifah). Dan ia disebut dengan amiirul Mukminin.”
والغزو ماض مع الأمراء إلى يوم القيامة البر والفاجر لا يترك. وقسمة الفيء وإقامة الحدود إلى الأئمة ماض ليس لأحد أن يطعن عليهم ولا ينازعهم، ودفع الصدقات إليهم جائزة ونافذة، من دفعها إليهم أجزأت عنه برا كان أو فاجرا، وصلاة الجمعة خلفه وخلف من ولى جائزة تامة ركعتين، من أعادهما فهو مبتدع، تارك للآثار، مخالف للسنة، ليس له من فضل الجمعة شيء إذا لم ير الصلاة خلف الأئمة من كانوا برهم وفاجرهم، فالسنة أن تصلي معهم ركعتين، من أعادهما فهو مبتدع، وتدين بأنها تامة، ولا يكن في صدرك من ذلك شك.
“Berjihad dan berperang bersama pemerintah tetap berlangsung sehingga hari Kiamat, sama ada penguasa tersebut soleh ataupun yang fajir (buruk), ia tetap tidak ditinggalkan. Dan pembahagian fa’i serta penegakkan hukum-hukum hadd oleh para pemimpin juga tetap berlaku. Tidak dibolehkan atas seorang pun untuk mencaci mereka, tidak pula menjatuhkan mereka. Penyerahan zakat melalui mereka adalah boleh (sah) dan berlangsung. Sesiapa menyerahkannya kepada mereka, bermakna telah dianggap sah darinya, sama ada pemimpinnya tersebut orang yang soleh atau yang fajir.
Solat Juma’at di belakang pemimpin dan di belakang siapa sahaja yang diberikan amanah (kebenaran oleh penguasa) adalah sah, tetap berlangsung dan sempurna dengan dua raka’at. Sesiapa yang mengulanginya, maka ia adalah seorang mubtadi’ (ahli bid’ah) yang meninggalkan atsar, menyelisihi sunnah, dan tidak mendapatkan keutamaan solat Juma’at sedikitpun, jika ia tidak berpendapat sahnya solat Juma’at di belakang para pmimpin (siapa pun mereka) yang baik atau yang fajir. Yang bertepatan sunnah adalah ia solat bersama-sama mereka sebanyak dua raka’at dan meyakininya telah sempurna, tidak ada di dadamu keraguan apa pun tentang hal tersebut.”
ومن خرج على إمام المسلمين وقد كان الناس اجتمعوا عليه وأقروا له بالخلافة بأي وجه كان بالرضا أو بالغلبة فقد شق هذا الخارج عصا المسلمين، وخالف الآثار عن رسول الله صلى الله عليه وسلم، فإن مات الخارج عليه مات ميتة جاهلية. ولا يحل قتال السلطان ولا الخروج عليه لأحد من الناس، فمن فعل ذلك فهو مبتدع على غير السنة والطريق.
“Dan sesiapa yang memberontak terhadap seorang pemimpin dari kalangan muslimin, sementara rakyat telah bersatu atasnya dan mengakui kekuasaannya dengan cara apa pun, sama ada dengan kerelaan ataupun dengan penggulingan kekuasaan sebelumnya (dengan cara pemberontakan), maka sesungguhnya si pemberontak (al–khaarij) ini telah memecah-belahkan perpaduan kaum muslimin dan menyelisihi atsar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
“Jika si pemberontak tersebut mati di atas perkara tersebut, maka matinya adalah mati jahiliyyah.”
Dan tidak dihalalkan memerangi pemerintah. Tidak juga pemberontakan terhadapnya bagi sesiapa pun. Sesiapa yang melakukan perkara tersebut, sungguh ia adalah seorang mubtadi’ (ahli bid’ah) yang tidak berada di atas sunnah dan jalan yang benar.”
وقتال اللصوص والخوارج جائز إذا عرضوا للرجل في نفسه وماله، فله أن يقاتل عن نفسه وماله ويدفع عنها بكل ما يقدر عليه. وليس له إذا فارقوه أو تركوه أن يطلبهم ولا يتبع آثارهم، ليس لأحد إلا للإمام أو ولاة المسلمين، إنما له أن يدفع عن نفسه في مقامه ذلك، وينوي بجهده أن لا يقتل أحدا، فإن أتى عليه في دفعه عن نفسه في المعركة فأبعد الله المقتول، وإن قتل هذا في تلك الحال وهو يدفع عن نفسه وماله رجوت له الشهادة، كما جاء في الأحاديث وجميع الآثار في هذا إنما، أمر بقتاله ولم يؤمر بقتله ولا اتباعه، ولا يجهز عليه إن صرع أو كان جريحا، وإن أخذه أسيرا فليس له أن يقتله ولا يقيم عليه الحد، ولكن يرفع أمره إلى من ولاه الله فيحكم فيه.
“Memerangi al–Lushush (perompak, atau pencuri) serta al-khawarij adalah dibolehkan apabila ia telah mengambil jiwa dan merampas harta. Seseorang dibolehkan menghadang mereka demi (mempertahankan) diri ataupun hartanya, maka boleh baginya untuk melawan demi (menjaga keselamatan) diri dan hartanya, iaitu dia membela diri dan hartanya dengan segenap kemampuannya. Tetapi jika mereka telah pergi darinya (melaraikan diri) atau meninggalkannya, maka tidak boleh mencari mereka ataupun menelusuri jejak-jejak mereka. Tidak dibolehkan bagi seorang pun kecuali hanya bagi penguasa atau pemerintah kaum muslimin. Kerana dia hanya berhak untuk membela diri di tempatnya (atau di tempat tinggalnya) saat itu (saat ia diserang), dan dia tetap berniat dengan bersungguh-sungguh supaya tidak sampai membunuh seorang pun. Namun jika orang tersebut (yang menyerang) mati di kedua tangannya kerana membela diri dalam pergelutan tersebut, maka Allah akan menjauhkan orang yang terbunuh tersebut. Dan jika dia sendiri yang terbunuh dalam keadaan seperti itu sambil membela diri dan hartanya, maka aku berharap ia mendapat ke-syahidan. Sebagaimana telah datang dalam hadis-hadis serta seluruh atsar dalam persoalan ini. Jadi, dia hanya diperintah untuk memerangi dan tidak diperintah untuk membunuhnya, tidak pula mengejarnya, atau membelasahnya (sehingga mati) jika dia terjatuh atau terluka. Dan jika dia menjadikannya sebagai tawanan, maka tidak boleh baginya untuk membunuhnya, ataupun menegakkan hukum hadd atasnya. Akan tetapi (hendaklah) ia bawakan (laporkan) permasalahan tersebut kepada pihak yang telah Allah jadikan penguasa (pemerintah), lalu merekalah yang memutuskan hukum ke atasnya.”
ولا يشهد على أهل القبلة بعمل يعمله بجنة ولا نار يرجو للصالح، ويخاف عليه، ويخاف على المسيء المذنب، ويرجو له رحمة الله . ومن لقي الله بذنب يجب له به النار تائبا غير مصر عليه؛ فإن الله عز وجل يتوب عليه ويقبل التوبة عن عباده ويعفو عن السيئات. ومن لقيه وقد أقيم عليه حد ذلك الذنب في الدنيا فهو كفارته كما جاء الخبر عن رسول الله صلى الله عليه وسلم. ومن لقيه مصرا غير تائب من الذنوب التي قد استوجب بها العقوبة، فأمره إلى الله عز وجل، إن شاء عذبه، وإن شاء غفر له. ومن لقيه كافرا عذبه ولم يغفر له.
“Kita tidak mengetahui bagi seorang ahli kiblah itu sama ada masuk Syurga atau pun Neraka dengan sebab suatu amalan yang dilakukannya. Kita menaruh harapan atas seorang yang soleh, tetapi dalam masa sama turut mengkhuwatirkannya. Kita juga turut mengkhuwatirkan seorang yang jelek lagi bergelumang dosa, tetapi tetap mengharapkan rahmat Allah ke atasnya.
Dan sesiapa yang bertemu Allah dengan membawa dosa yang mengharuskannya masuk Neraka, tetapi ia telah bertaubat dan tidak terus-menerus di atas dosa tersebut, maka Allah akan mengampuninya. Dia menerima taubat dari para hamba-Nya dan mengampuni semua kesalahan.
Dan sesiapa yang bertemu Allah sementara hukum hadd benar-benar telah ditegakkan atasnya kerana suatu dosa (besar) di dunia, maka hukuman tersebut sebagai penebus dosanya. Sebagaimana datang khabarnya dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dan sesiapa bertemu dengan-Nya dalam keadaan masih terus bergelimang dengan dosa-dosa yang mengharuskannya mendapat hukuman, dan ia tidak pula bertaubat, maka urusannya ialah kepada Allah. Jika Allah menghendaki, Allah akan menyiksanya. Dan jika Alah menghendaki pula, Allah akan mengampuninya. Adapun yang bertemu dengan Allah dalam keadaan kafir, maka Allah akan menyiksanya dan tidak mengampuninya.”
والرجم حق على من زنا وقد أحصن إذا اعترف أو قامت عليه بينة، وقد رجم رسول الله صلى الله عليه وسلم، وقد رجمت الأئمة الراشدون.
“Hukum rejam adalah haq (benar) terhadap sesiapa sahaja yang berzina sedangkan ia dalam ikatan pernikahan (muhshan), jika ia mengaku sendiri, atau ada bukti atasnya, sungguh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah melaksanakan hukum rejam, demikian pula para Kulafa’ur-Rasyidin.”
ومن انتقص أحدا من أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم أو أبغضه لحدث كان منه أو ذكر مساوئه كان مبتدعا حتى يترحم عليهم جميعا، ويكون قلبه لهم سليما.
“Dan sesiapa yang mencela salah seorang saja dari para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, atau membencinya kerana suatu kejadian (kesalahan) darinya, atau menyebut-nyebut keburukannya, maka ia adalah seorang mubtadi’ (ahli bid’ah). Sampailah ia mendoakan rahmat ke atas mereka semuanya, dan hatinya pula turut menerima mereka semua.”
والنفاق هو الكفر، أن يكفر بالله ويعبد غيره، ويظهر الإسلام في العلانية مثل المنافقين الذين كانوا على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم.
“Nifaq adalah suatu kekufuran. Seseorang kufur terhadap Allah dan menyembah selain dari-Nya, namun ia menampakkan ke-Islaman secara zahir. Sebagaimana orang-orang munafiq di masa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.”
وهذه الأحاديث التي جاءت: ثلاث من كن فيه فهو منافق هذا على التغليظ، نرويها كما جاءت ولا نفسرها. وقوله: لا ترجعوا بعدي كفارا ضلالا يضرب بعضكم رقاب بعض، ومثل: إذا التقى المسلمان بسيفيهما فالقاتل والمقتول في النار، ومثل: سباب المسلم فسوق وقتاله كفر، ومثل: من قال لأخيه: يا كافر فقد باء بها أحدهما، ومثل: كفر بالله تبرؤ من نسب، وإن دق. ونحوه من الأحاديث مما قد صح وحفظ فإنا نسلم له وإن لم يعلم تفسيرها، ولا يتكلم فيه ولا يجادل فيه ولا تفسر هذه الأحاديث إلا بمثل ما جاءت، ولا نردها إلا بأحق منها.
“Dan di sini telah datang hadis-hadisnya (daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam):
“Ada tiga perkara yang sesiapa ketiga-tiganya ada pada dirinya, maka ia adalah seorang munafiq.”
Ini untuk menekankan besarnya permasalahan (nifaq). Kita meriwayatkannya sebagaimana datangnya dan tidak menafsirkannya.
Juga sabda beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
“Janganlah kalian kembali setelahku menjadi kafir lagi sesat, di mana sebahagian kalian saling menebas leher sebahagian lainnya.” (Musnad Ahmad, no. 16644)
Juga seperti (hadis):
“Apabila dua orang muslim saling bertemu dengan pedangnya, maka si pembunuh dan yang terbunuh ada di Neraka.” (Shahih al-Bukhari, no. 31)
Juga seperti (hadis):
“Mencaci (seorang) muslim adalah kefasikan, dan memeranginya adalah kekufuran.” (Shahih al-Bukhari, no. 48)
Juga seperti (hadis):
“Sesiapa yang berkata kepada saudaranya, “Wahai kafir.” Maka sungguh (sebutan tersebut) akan kembali kepada salah seorang dari keduanya.” (Shahih al-Bukhari, no. 6103, 6104)
Juga seperti (hadis):
“Kufur terhadap Allah adalah perlepasan diri dari nasab, sekecil apapun.”
Dan semisal hadis-hadis ini, yang sahih serta dihafal, maka kita menerimanya, sekalipun kita tidak mengetahui tafsiranya. Kita juga tidak berkata-kata dan berdebat tentangnya. Kita tidak menafsirkan hadis-hadis ini melainkan sebagaimana ia datang, dan tidak pula kita menolaknya melainkan dengan yang lebih benar darinya.”
والجنة والنار مخلوقتان، قد خلقتا كما جاء عن رسول الله صلى الله عليه وسلم: دخلت الجنة فرأيت قصرا، ورأيت الكوثر، واطلعت في الجنة فرأيت لأهلها كذا، واطلعت في النار فرأيت كذا، ورأيت كذا فمن زعم أنهما لم تخلقا فهو مكذب بالقرآن وأحاديث رسول الله صلى الله عليه وسلم، ولا أحسبه يؤمن بالجنة والنار.
“Syurga dan Neraka adalah dua makhluk yang benar telah diciptakan, sebagaimana datang dari hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
“Aku pernah memasuki Syurga, maka aku melihat sebuah istana.”
Dan:
“Aku telah melihat al-Kautsar.”
“Dan aku pernah menjenguk ke Neraka, maka aku menyaksikan demikian dan demikian…”
Oleh itu, sesiapa yang beranggapan bahawa keduanya belum diciptakan, bererti ia telah mendustakan al-Qur’an serta hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dan aku tidak menganggapnya beriman kepada Syurga dan Neraka.
ومن مات من أهل القبلة موحدا يصلى عليه ويستغفر له، ولا تترك الصلاة عليه لذنب أذنبه صغيرا كان أو كبيرا، وأمره إلى الله عز وجل
“Dan sesiapa sahaja yang meninggal dari kalangan ahli kiblah yang bertauhid, maka ia (tetap) disolatkan dan dimohonkan keampunan untuknya. Dan tidak ditinggalkan solat ke atas jenazahnya disebabkan suatu dosa yang dilakukannya, sama ada dosa kecil ataupun besar, dan urusannya diserahkan kepada Allah.”.” (Al-Laalakaa’i, Syarah Ushul I’tiqad Ahlus Sunnah wal-Jama’ah, 1/176-185 – Daar Thoyyibah, Cet. 1 (1426H), Riyadh)
Muat turun Audio mp3 perbahasan Kitab
Rakaman Perbahasan Kitab Ushulus Sunnah sebagaimana yang ditegaskan oleh Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah (Wafat: 241H). Tarikh 9-11 Safar 1434H (23-25 Disember 2012). Disampaikan oleh Ustadz Dzulqarnain hafidzahullah.