Prinsip Ahlus Sunnah Tatkala Fitnah Melanda Sesama Kaum Muslimin
Imam Abu Muhammad Al-Hasan bin ‘Ali bin Khalaf Al-Barhabari rahimahullah (Wafat: 329H)
Syarhus Sunnah
Imam Al-Barbahari rahimahullah (Wafat: 329H) menegaskan:
أن شهادة أن لا إله إلا الله لا تقبل من صاحبها إلا بصدق النية وخالص اليقين وكذلك لا يقبل الله شيئا من السنة في ترك بعض ومن خالف ورد من السنة شيئا فقد رد السنة كلها فعليك بالقبول ودع المحال واللجاجة فإنه ليس من دين الله في شيء وزمانك خاصة زمان سوء فاتق الله.
فإذا وقعت الفتنة فالزم جوف بيتك وفر من جوار الفتنة وإياك والعصبية وكل ما كان من قتال بين المسلمين على الدنيا فهو فتنة فاتق الله وحده لا شريك له ولا تخرج فيها ولا تقاتل فيها ولا تهوى ولا تشايع ولا تمايل ولا تحب شيئا من أمورهم فإنه يقال من أحب فعال قوم خيرا كان أو شرا كان كمن عمله وفقنا الله وإياكم لمرضاته وجنبنا وإياكم معاصيه.
“Bahawa kesaksian “لا إله إلا الله” tidaklah diterima melainkan dengan pembenaran niat (hati) dan keyakinan yang tulus. Allah tidaklah menerima apabila sebahagian ajaran-Nya ditinggalkan. Dan sesiapa yang menyelisihi serta menolak sebahagian dari As-Sunnah (agama), bermakna dia telah meninggalkan As-Sunnah seluruhnya.
Maka dari itu, hendaklah engkau bersikap pasrah (tunduk menerima), dan meninggalkan sikap berbantah-bantah (berdebat), kerana ia bukanlah termasuk agama Allah sedikitpun. Dan zaman engkau khasnya, adalah zaman yang penuh keburukan, maka bertaqwalah kepada Allah.
Jika telah muncul fitnah, maka lazimilah (tinggalkan) di dalam rumah engkau, dan selamatkan diri dari mendekati fitnah, dan hendaklah berwaspada dari sikap ta’ashub, dan setiap pertikaian di antara Al-Muslimin (kaum muslimin) dalam merebutkan dunia, maka ia adalah fitnah. Maka bertaqwalah kepada Allah, dan jangan mensyirikkan Allah dengan sesuatu apa pun, jangan engkau keluar, jangan pula engkau melibatkan diri dalam pertikaian tersebut, jangan cenderung, jangan membela, jangan ikut campur-tangan, dan jangan engkau mencintai (menyukai) sedikit pun dari urusan mereka. Kerana sesiapa yang menyukai perbuatan mereka sama ada yang baik atau yang buruk maka dia seperti mengamalkannya.
Semoga Allah memberi taufiq kepada kita dan menjauhkan kita dari maksiat.”
Dinukil dan diterjemahkan dari kitab Syarhus Sunnah karya Imam Al-Barbahari, tahqiq Muhammad Sa’id Salim Al-Qahthaani.