Penciptaan Bumi Sebelum Langit, Matahari dan Bintang-bintang

Penciptaan Bumi Sebelum Langit, Matahari dan Bintang-bintang

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:langit dan bumi

قُلْ أَئِنَّكُمْ لَتَكْفُرُونَ بِالَّذِي خَلَقَ الْأَرْضَ فِي يَوْمَيْنِ وَتَجْعَلُونَ لَهُ أَنْدَادًا ذَلِكَ رَبُّ الْعَالَمِينَ (9) وَجَعَلَ فِيهَا رَوَاسِيَ مِنْ فَوْقِهَا وَبَارَكَ فِيهَا وَقَدَّرَ فِيهَا أَقْوَاتَهَا فِي أَرْبَعَةِ أَيَّامٍ سَوَاءً لِلسَّائِلِينَ (10) ثُمَّ اسْتَوَى إِلَى السَّمَاءِ وَهِيَ دُخَانٌ فَقَالَ لَهَا وَلِلْأَرْضِ ائْتِيَا طَوْعًا أَوْ كَرْهًا قَالَتَا أَتَيْنَا طَائِعِينَ (11) فَقَضَاهُنَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ فِي يَوْمَيْنِ وَأَوْحَى فِي كُلِّ سَمَاءٍ أَمْرَهَا وَزَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَحِفْظًا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ (12)

“Katakanlah: “Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada Yang menciptakan bumi dalam dua hari dan adakah kalian jadikan bagi-Nya tandingan-tandingan? (Sedang Yang menciptakan) demikian itu adalah Rabb semesta alam.”

Dan dia menciptakan di bumi itu gunung-gunung yang teguh di atasnya. Dia memberkahinya dan Dia menentukan padanya kadar makanan-makanan (penghuni)nya dalam empat hari. (Penjelasan itu sebagai jawaban) bagi orang-orang yang bertanya.

Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit, dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi:

“Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa.”

Keduanya menjawab, “Kami datang dengan suka hati (tunduk taat).” Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua hari. Dia mewahyukan pada setiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit dunia dengan bintang-bintang yang bergemerlapan (seperti lampu), dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.” (Surah Fushshilat, 41: 9-12)

Tafsir Ayat

Al-Hafiz Ibn Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) berkata:

هذا إنكار من الله على المشركين الذين عبدوا معه غيره، وهو الخالق لكل شيء، القاهر لكل شيء، المقدر لكل شيء، فقال: { قُلْ أَئِنَّكُمْ لَتَكْفُرُونَ بِالَّذِي خَلَقَ الأرْضَ فِي يَوْمَيْنِ وَتَجْعَلُونَ لَهُ أَنْدَادًا } أي: نظراء وأمثالا تعبدونها معه { ذَلِكَ رَبُّ الْعَالَمِينَ } أي: الخالق للأشياء هو رب العالمين كلهم. وهذا المكان فيه تفصيل لقوله تعالى: { خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَالأرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ } [الأعراف: 54]

“Ayat-ayat ini merupakan bentuk pengingkaran Allah ‘Azza wa Jalla terhadap orang-orang musyrik yang mengibadahi selain Allah di samping mengibadahi-Nya, sedangkan Allah-lah Rabb yang Maha Menciptakan, menundukkan, dan berkuasa atas segala sesuatu.

Allah Ta’ala berfirman:

“Katakanlah: “Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada Yang menciptakan bumi dalam dua hari dan adakah kalian jadikan bagi-Nya tandingan-tandingan?

Maksudnya, tandingan-tandingan yang turut kalian sembah (atau ibadahi) di samping mengibadahi Allah.

“(Sedang Yang menciptakan) demikian itu adalah Rabb semesta alam.”

Maksudnya, Yang menciptakan segala sesuatu adalah Rabb seluruh alam semesta. Ayat-ayat ini juga merupakan penjelasan bagi firman Allah ‘Azza wa Jalla:

“Allah-lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam hari…” (Surah Al-A’raaf, 7: 54)

ففصل هاهنا ما يختص بالأرض مما اختص بالسماء، فذكر أنه خلق الأرض أولا لأنها كالأساس، والأصل أن يُبْدَأَ بالأساس، ثم بعده بالسقف، كما قال: { هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُمْ مَا فِي الأرْضِ جَمِيعًا ثُمَّ اسْتَوَى إِلَى السَّمَاءِ فَسَوَّاهُنَّ سَبْعَ سَمَوَاتٍ } الآية [البقرة: 29]، فأما قوله: { أَأَنْتُمْ أَشَدُّ خَلْقًا أَمِ السَّمَاءُ بَنَاهَا رَفَعَ سَمْكَهَا فَسَوَّاهَا وَأَغْطَشَ لَيْلَهَا وَأَخْرَجَ ضُحَاهَا وَالأرْضَ بَعْدَ ذَلِكَ دَحَاهَا أَخْرَجَ مِنْهَا مَاءَهَا وَمَرْعَاهَا وَالْجِبَالَ أَرْسَاهَا مَتَاعًا لَكُمْ وَلأنْعَامِكُمْ } [ النازعات : 27-33 ]

Maka di sini Allah Ta’ala memberikan perincian tentang hal-hal yang dikhususkan bagi bumi, dan juga hal-hal yang dikhususkan bagi langit. Allah Ta’ala menyebutkan bahawa Dia menciptakan bumi terlebih dahulu, kerana ia ibarat sebuah tunjang dasar, di mana asas binaan sebuah bangunan itu biasanya didahulukan, kemudian barulah Dia membina atapnya, sebagaimana firman-Nya:

“Dia-lah yang menciptakan segala yang ada di bumi untuk kalian dan dia berkehendak (menciptakan) langit, lalu dijadikan-lah oleh-Nya tujuh langit.” (Surah Al-Baqarah, 2: 29)

Adapun firman Allah ‘Azza wa Jalla:

“Adakah kalian lebih sukar penciptaannya ataupun langit? Allah telah membinanya, Dia meninggikan binaannya lalu menyempurnakannya, dan Dia menjadikan malamnya gelap-gelita, dan menjadikan siangnya terang-benderang. Dan bumi setelah itu dihamparkan oleh-Nya. Ia (bumi) memancarkan darinya mata airnya, dan (menumbuhkan) tumbuh-tumbuhannya (atau rerumputannya). Dan gunung-gunung dipasakkan oleh-Nya dengan teguh, (semua itu) untuk kemudahan dan kenikmatan bagi kalian.” (Surah An-Nazi’at, 79: 27-33)

ففي هذه الآية أن دَحْى الأرض كان بعد خلق السماء (2) ، فالدَّحْيُ هو مفسر بقوله: { أَخْرَجَ مِنْهَا مَاءَهَا وَمَرْعَاهَا }

Penghamparan bumi yang disebutkan dalam ayat ini terjadi setelah Allah ‘Azza wa Jalla menciptakan langit.

Yakni, kalimat “الدَّحْيُ” (Ad-Dahyu; hamparan) ia ditafsirkan dengan firman-Nya (yakni ayat berikutnya):

“Ia (bumi) memancarkan darinya mata airnya, dan (menumbuhkan) tumbuh-tumbuhannya.” (Surah An-Nazi’at, 79: 31)

وكان هذا بعد خلق السماء، فأما خلق الأرض فقبل خلق السماء بالنص، وبهذا أجاب ابن عباس فيما ذكره البخاري عند تفسير هذه الآية من صحيحه، فإنه قال: وقال المنهال، عن سعيد بن جبير قال: قال رجل لابن عباس: إني أجد في القرآن أشياء تختلف عليّ

Dan ini (penghamparan bumi dengan air, tumbuh-tumbuhan, dan gunung-ganangnya) terjadi setelah penciptaan langit (serta hiasan-hiasannya – pent.). Adapun penciptaan bumi, ia diciptakan sebelum penciptaan langit sebagaimana disebutkan dalam nash (teks dalil) di atas.

Demikianlah juga jawaban Ibn ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma ketika seseorang bertanya tentang penafsiran ayat ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam kitab Shahih-nya dari Sa’id Ibn Jubair, beliau (Sa’id bin Jubair) berkata:

“Seorang lelaki bertanya kepada Ibn ‘Abbas:

“Sesungguhnya aku mendapati bahawa pada Al-Qur’an itu mengandungi beberapa perkara yang bertentangan menurutku.”… (lalu beliau memberikan jawabannya…)

Kata Al-Hafiz Ibn Katsir lagi:

وخلق الأرض في يومين، ثم خلق السماء، ثم استوى إلى السماء، فسواهن في يومين آخرين، ثم دَحَى الأرض، ودَحْيُها: أن أخرج منها الماء والمرعى، وخلق الجبال والجماد والآكام وما بينهما في يومين آخرين، فذلك قوله: { دَحَاهَا } وقوله { خَلَقَ الأرْضَ فِي يَوْمَيْنِ }

“Dan Dia telah menciptakan bumi dalam dua hari, lalu kemudian menciptakan langit. Dia berkehendak menjadikan langit, lalu dijadikan dan disempurnakanlah langit itu dalam dua hari lainnya. Kemudian Dia menghamparkan bumi (menciptakan kelengkapan dan sumber untuk kehidupan), yakni (maksud menghamparkan bumi itu adalah) dengan mengeluarkan air dan tanam-tanaman dan tetumbuhan darinya, menciptakan gunung-gunung, bebatuan, bedan-benda yang manpat dan padat, dan anak-anak bukit, serta segala sesuatu yang terdapat di antara langit dan bumi dalam dua hari yang lainnya pula (sehingga menjadilah masanya berjumlah enam (6) hari semuanya.

Itulah yang dimaksudkan oleh firman-Nya:

“Dan bumi sesudah itu dihamparkan-Nya[1].” (Surah An-Nazi’at, 79: 30). (lihat: Shahih Al-Bukhari, 6/127, dari hadis Al-Minhal bin ‘Amr)

فقوله: { خَلَقَ الأرْضَ فِي يَوْمَيْنِ } يعني: يوم الأحد ويوم الاثنين. { وَجَعَلَ فِيهَا رَوَاسِيَ مِنْ فَوْقِهَا وَبَارَكَ فِيهَا } أي: جعلها مباركة قابلة للخير والبذر والغراس، { وَقَدَّرَ فِيهَا أَقْوَاتَهَا } ، وهو: ما يحتاج  أهلها إليه من الأرزاق والأماكن التي تزرع وتغرس، يعني: يوم الثلاثاء والأربعاء، فهما مع اليومين السابقين أربعة؛ ولهذا قال تعالى: { فِي أَرْبَعَةِ أَيَّامٍ سَوَاءً لِلسَّائِلِينَ } أي: لمن أراد السؤال عن ذلك ليعلمه.

Firman Allah:

“Yang telah menciptakan bumi dalam dua hari.”

Yakni hari Ahad dan Isnin.

“Dan Dia menciptakan di bumi itu gunung-gunung yang teguh di atasnya, Dia memberkahinya.”

Yakni menjadikannya penuh berkah, banyak mendatangkan kebaikan, menumbuhkan benih-benih dan bebijian serta tanam-tanaman.

“Dia menentukan padanya kadar makanan-makanan (penghuni)nya…”

Maksudnya, segala sesuatu yang diperlukan oleh penghuninya, sama ada berupa rezeki yang pelbagai jenis, mahupun tempat-tempat yang digunakan untuk menyemai benih dan bercucuk-tanam, yakni pada hari Selasa dan Rabu.

Jika dua hari ini dijumlahkan dengan dua hari sebelumnya, maka jumlahnya adalah empat hari. Oleh kerana inilah Allah ‘Azza wa Jalla berfirman:

“Dalam empat hari sebagai jawaban bagi orang-orang yang bertanya..”

Yakni, bagi orang yang ingin menanyakannya agar mengetahui.

وقال مجاهد وعكرمة في قوله: { وَقَدَّرَ فِيهَا أَقْوَاتَهَا } جعل في كل أرض ما لا يصلح في غيرها، ومنه: العصب باليمن، والسابري بسابور والطيالسة بالرّي.

Mujahid dan ‘Ikrimah berpendapat tentang firman-Nya:

“Dia menentukan padanya kadar makanan-makanan (penghuni)nya…”

Allah telah menjadikan di setiap bahagian bumi dengan aneka tanaman yang yang tumbuh di masing-masing tempat yang berbeza yang tidak tumbuh di tempat yang lainnya, seperti pokok ‘ashab yang hanya tumbuh di kawasan Yaman, pokok saabuuri yang hanya tumbuh di kawasan Sabur, dan pokok thayalisah yang hanya tumbuh di wilayah Rayy.

وقوله: { ثُمَّ اسْتَوَى إِلَى السَّمَاءِ وَهِيَ دُخَانٌ } ، وهو: بخار الماء المتصاعد منه حين خلقت الأرض، { فَقَالَ لَهَا وَلِلأرْضِ اِئْتِيَا طَوْعًا أَوْ كَرْهًا } أي: استجيبا لأمري، وانفعلا لفعلي طائعتين أو مكرهتين. قال الثوري، عن ابن جريج، عن سليمان بن موسى، عن مجاهد، عن ابن عباس في قوله [تعالى] (1) { فَقَالَ لَهَا وَلِلأرْضِ اِئْتِيَا طَوْعًا أَوْ كَرْهًا } قال: قال الله تعالى للسموات: أطلعي شمسي وقمري ونجومي. وقال للأرض: شققي أنهارك، وأخرجي ثمارك. فقالتا: { أَتَيْنَا طَائِعِينَ } واختاره ابن جرير -رحمه الله.

Firman Allah:

“Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit, dan langit itu masih merupakan asap…”

Yakni wap air yang naik darinya ketika bumi diciptakan.

Firman Allah:

“…lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi:

“Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa.”

Maksudnya, penuhilah perintah-Ku oleh kalian berdua, dan ikutilah apa yang Aku tetapkan, dengan suka hati atau terpaksa.

Ats-Tsauri meriwayatkan dari Ibn ‘Abbas tentang firman Allah ‘Azza wa Jalla:

“…lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi:

“Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa.”

Beliau (Ibn ‘Abbas) berkata, Allah ‘Ta’ala berkata kepada langit, “Terbitlah matahari-Ku, bulan-Ku, dan bintang-bintang-Ku…”

Dia pun berkata kepada bumi, “Belah, pecah, dan bahagi-bahagikanlah sungai-sungai-mu, dan keluarkanlah buah-buahanmu.”

Lalu kedua-duanya berkata:

“Kami datang dengan suka hati (tunduk taat).”

Dan inilah (penafsiran) yang dipilih oleh Ibn Jarir (Ath-Thabari) rahimahullah.

{ فَقَضَاهُنَّ سَبْعَ سَمَوَاتٍ فِي يَوْمَيْنِ } أي: ففرغ من تسويتهن سبع سموات في يومين، أي: آخرين، وهما يوم الخميس ويوم الجمعة. { وَأَوْحَى فِي كُلِّ سَمَاءٍ أَمْرَهَا } أي: ورتب مقررا في كل سماء ما تحتاج إليه من الملائكة، وما فيها من الأشياء التي لا يعلمها إلا هو، { وَزَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ } وهن الكواكب المنيرة المشرقة على أهل الأرض، { وَحِفْظًا } أي: حرسا من الشياطين أن تستمع إلى الملأ الأعلى. { ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ } أي: العزيز الذي قد عز كل شيء فغلبه وقهره، العليم بجميع حركات المخلوقات وسكناتهم.

Firman-Nya:

“Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua hari.”

Yakni, Dia menyelesaikan penciptaan tujuh langit tersebut dalam waktu dua hari, atau pada dua hari yang terakhir, iaitu hari Khamis dan Juma’at.

Firman-Nya:

“Dia mewahyukan pada setiap langit urusannya.”

Yakni mempersiapkan segala sesuatu yang diperlukan oleh para makhluk yang berada di dalamnya, seperti malaikat dan yang lainnya, yang tidak diketahui kecuali oleh Allah ‘Azza wa Jalla.

Firman-Nya:

“Dan Kami hiasi langit dunia dengan bintang-bintang yang bergemerlapan (seperti lampu)…”

Yakni, objek-objek langit (berupa bintang-bintang) yang bersinar yang memancarkan cahayanya kepada penduduk bumi.

Firman-Nya:

“… dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya.”

Yakni, menjaganya dari syaitan-syaitan yang hendak mencuri dengar (khabar) dari Al-Mala’ Al-A’la.

Firman-Nya:

Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.”

Yakni, Yang Maha Perkasa atas segala sesuatu, sehingga Dia dapat mengalahkan dan menguasainya. Yang Maha Mengetahui atas segala gerak-geri dan diamnya seluruh makhluk-Nya.” (Tafsir Ibn Katsir, 7/167)

Asy-Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir As-Si’di rahimahullah menjelaskan:

ينكر تعالى ويعجِّب، من كفر الكافرين به، الذين جعلوا معه أندادا يشركونهم معه، ويبذلون لهم ما يشاؤون من عباداتهم، ويسوونهم بالرب العظيم، الملك الكريم، الذي خلق الأرض الكثيفة العظيمة، في يومين، ثم دحاها في يومين، بأن جعل فيها رواسي من فوقها، ترسيها عن الزوال والتزلزل وعدم الاستقرار. فكمل خلقها، ودحاها، وأخرج أقواتها، وتوابع ذلك فِي أَرْبَعَةِ أَيَّامٍ سَوَاءً لِلسَّائِلِينَ عن ذلك

“Allah Subhanahu wa Ta’ala mengingkari dan hairan terhadap kekafiran orang-orang yang kafir kepada-Nya, yang mana mereka menjadikan tandingan-tandingan bagi-Nya, mereka persekutukan dengan-Nya, dan mereka beribadah kepada sekutu-sekutu tersebut menurut apa yang mereka sukai dari bentuk-bentuk pemujaan (atau ibadah) mereka, dan mereka menyamakannya dengan Rabb yang Maha Agung, Maha Pemurah, Yang telah menciptakan bumi yang tebal lagi amat besar dalam dua hari. Lalu Allah hamparkannya dalam dua hari dengan menjadikan gunung-gunung di atasnya yang menjadi pasak bagi bumi agar tidak goyah, tidak bergoncang, dan agar ia tetap tenang (diam). Allah pun menyempurnakan penciptaannya dan menghamparkannya dengan mengeluarkan makanan-makanannya serta segala perkara yang berkaitan dengannya:

“… dalam empat hari, sebagai jawaban bagi orang-orang yang bertanya.”

tentang perkara ini.

فلا ينبئك مثل خبير، فهذا الخبر الصادق الذي لا زيادة فيه ولا نقص. { ثُمَّ } بعد أن خلق الأرض { اسْتَوَى } أي: قصد { إِلَى } خلق { السَّمَاءِ وَهِيَ دُخَانٌ } قد ثار على وجه الماء، { فَقَالَ لَهَا } ولما كان هذا التخصيص يوهم الاختصاص، عطف عليه بقوله: { وَلِلأرْضِ اِئْتِيَا طَوْعًا أَوْ كَرْهًا }

Tidak ada yang mengkhabarkannya kepada kalian sebagaimana Allah Yang Maha Mengetahui. Inilah fakta dan maklumat yang benar, tidak ditambah dan tidak dikurangi.

Kemudian setelah Dia menciptakan bumi, dia istiwa’ (menuju dan mengarah) kepada penciptaan langit dan pada ketika itu langit masih merupakan asap yang menguap di atas permukaan air, lalu Dia berkata kepadanya.

Oleh kerana takhsis (pengkhususan) ini mengisyaratkan pengecualian, maka Allah menyambungnya dengan firman-Nya:

“Dan kepada bumi, datanglah kamu berdua menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa.”

أي: انقادا لأمري، طائعتين أو مكرهتين، فلا بد من نفوذه. { قَالَتَا أَتَيْنَا طَائِعِينَ } ليس لنا إرادة تخالف إرادتك.

Maksudnya, tunduklah dengan perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa, kerana ia harus terlaksana.

“Keduanya menjawab, “Kami datang dengan suka hati.”.”

Yakni, kami tidak punya keinginan yang menyelisihi kehendak-Mu.

{ فَقَضَاهُنَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ فِي يَوْمَيْنِ } فَتَمَّ خلق السماوات والأرض في ستة أيام، أولها يوم الأحد، وآخرها يوم الجمعة، مع أن قدرة اللّه ومشيئته صالحة لخلق الجميع في لحظة واحدة، ولكن مع أنه قدير، فهو حكيم رفيق، فمن حكمته ورفقه، أن جعل خلقها في هذه المدة المقدرة.

Firman-Nya:

“Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua hari.”

Dengan demikian, selesailah penciptaan langit dan bumi dalam enam hari, dimulai dari hari Ahad dan berakhir pada hari Juma’at, walaupun hakikatnya dengan kekuasaan dan kehendak Allah, Dia mampu mempu menciptakan semua itu dalam sekejap cuma. Namun, sekalipun demikian, namun Dia Maha Bijaksana lagi Maha Lembut. Di antara kebijaksanaan dan kelembutan-Nya itu adalah, Dia menciptakan langit dan bumi dalam tempoh yang telah ditetapkan (dengan memiliki hikmah yang banyak – pent.).

واعلم أن ظاهر هذه الآية، مع قوله تعالى في النازعات، لما ذكر خلق السماوات قال: { وَالأرْضَ بَعْدَ ذَلِكَ دَحَاهَا } يظهر منهما التعارض، مع أن كتاب اللّه، لا تعارض فيه ولا اختلاف. والجواب عن ذلك، ما قاله كثير من السلف، أن خلق الأرض وصورتها متقدم على خلق السماوات كما هنا، ودحي الأرض بأن { أَخْرَجَ مِنْهَا مَاءَهَا وَمَرْعَاهَا وَالْجِبَالَ أَرْسَاهَا } متأخر عن خلق السماوات كما في سورة النازعات، ولهذا قال فيها: { وَالأرْضَ بَعْدَ ذَلِكَ دَحَاهَا أَخْرَجَ مِنْهَا } إلى آخره ولم يقل: “والأرض بعد ذلك خلقها”

Ketahuilah bahawa zahir ayat ini apabila digabungkan dengan firman-Nya dalam Surah An-Nazi’at, yang mana setelah Allah menyebutkan penciptaan langit, Dia berfirman:

“Dan setelah yang demikian bumi itu Kami hamparkan.” (Surah An-Nazi’at, 79: 30)

Seakan ada pertentangan (kontadik) antara dua ayat tersebut. Sedangkan Kitab Allah (Al-Qur’an) ini tidak ada pertentangan padanya, dan tidak pula percanggahan di antara satu ayat dengan satu ayat lainnya.

Jawabnya adalah sebagaimana yang telah dikatakan oleh jumhur para salaf, bahawa sesungguhnya penciptaan bumi dan bentuknya itu lebih awal (didahulukan) berbanding penciptaan langit-langitnya sebagaimana dijelaskan di sini.

Penghamparan bumi maksudnya adalah:

“Mengeluarkan air dan tumbuh-tumbuhan (atau rumput-rumputnya), dan gunung-gunung dipasakkan padanya.”

Penghamparan bumi dijadikan terkemudian, setelah penciptaan langit. Ini adalah sebagaimana dijelaskan dalam Surah An-Nazi’at.

Maka dari itu, di sana Dia berfirman:

“Dan bumi sesudah itu Dia hamparkan[2], Dia keluarkan darinya… (hingga akhir ayat)..”

Allah tidak mengatakan, “Dan bumi sesudah itu Dia ciptakan.”

وقوله: { وَأَوْحَى فِي كُلِّ سَمَاءٍ أَمْرَهَا } أي: الأمر والتدبير اللائق بها، الذي اقتضته حكمة أحكم الحاكمين.

Firman-Nya:

“Dan Dia wahyukan pada tiap-tiap langit urusannya.”

Maksudnya, urusan dsan tugasan yang sesuai dengan tuntutan bebijaksanaan Allah yang Maha Bijaksana.

{ وَزَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ } هي: النجوم، يستنار، بها، ويهتدى، وتكون زينة وجمالا للسماء ظاهرًا، وجمالا لها، باطنًا، بجعلها رجومًا للشياطين، لئلا يسترق السمع فيها. { ذَلِكَ } المذكور، من الأرض وما فيها، والسماء وما فيها { تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ } الذي عزته، قهر بها الأشياء ودبرها، وخلق بها المخلوقات. { الْعَلِيمِ } الذي أحاط علمه بالمخلوقات، الغائب والشاهد. فَتَرْكُ المشركين الإخلاص لهذا الرب العظيم الواحد القهار، الذي انقادت المخلوقات لأمره ونفذ فيها قدره، من أعجب الأشياء، واتخاذهم له أندادًا يسوونهم به، وهم ناقصون في أوصافهم وأفعالهم، أعجب، وأعجب، ولا دواء لهؤلاء، إن استمر إعراضهم، إلا العقوبات الدنيوية والأخروية

Firman-Nya:

“Dan Kami hiasi langit dunia dengan bintang-bintang yang bergemerlapan (seperti lampu).”

Yakni bintang-bintang yang dapat dijadikan penerang dan pedoman arah, dan menjadi keindahan serta perhiasan bagi langit secara lahiriyah, dan sebagai bentuk keindahannya secara batin, yang mana ia dijadikan sebagai alat untuk melempar syaitan-syaitan agar mereka tidak mencuri dengar wahyu di sana.

Demikianlah yang disebutkan di atas, yakni bumi dengan segala isinya dan langit dengan segala isinya, adalah dengan ketentuan Yang Maha Perkasa yang dengan keperkasaan-Nya Dia menundukkan segala sesuatu, Dia mengaturnya dan dengannya pula Dia menciptakan semua makhluk. Dia Al-‘Aliim (yang Maha Mengetahui) yang pengetahuan-Nya meliputi (menjangkau) seluruh makhluk, yang ghaib mahupun yang dapat disaksikan.

Maka, sikap kaum musyrikin yang mengabaikan sikap ikhlas dalam bertauhid kepada Rabb yang Maha Agung, Maha Esa lagi Maha Menundukkan, yang seluruh makhluk tunduk kepada perintah-Nya, dan ketentuan-Nya berlaku padanya, maka ia merupakan suatu yang menghairankan.

Dan pengambilan sekutu-sekutu (tandingan-tandingan) bagi-Nya yang mereka setarakan dengan-Nya, sedangkan sekutu-sekutu itu lemah secara sifat mahupun perbuatan, dan ini adalah suatu yang sangat menghairankan.

Tidak ada terapi bagi mereka jika sikap berpaling mereka terus berterusan selain hukuman-hukuman duniawi dan ukhrawi. (Tafsir As-Si’di, m/s. 745)

Wallaahu a’lam.


[1] Al-Hafiz Ibn Katsir berkata di Tafsir Surah An-Nazi’at:

وقوله: { وَالأرْضَ بَعْدَ ذَلِكَ دَحَاهَا } فسره بقوله: { أَخْرَجَ مِنْهَا مَاءَهَا وَمَرْعَاهَا } وقد تقدم في سورة “حم السجدة أن الأرض خلقت قبل السماء، ولكن إنما دُحيت بعد خلق السماء، بمعنى أنه أخرج ما كان فيها بالقوة إلى الفعل. وهذا معنى قول ابن عباس، وغير واحد، واختاره ابن جرير. وقال ابن أبي حاتم: حدثنا أبي، حدثنا عبد الله بن جعفر الرقي، حدثنا عبيد الله-يعني ابن عمرو-عن زيد بن أبي أنيسة، عن المِنْهال بن عَمْرو، عن سعيد بن جبير، عن ابن عباس: { دَحَاهَا } وَدَحْيها أن أخرج منها الماء والمرعى، وشقق [فيها] الأنهار، وجعل فيها الجبال والرمال والسبل والآكام، فذلك قوله: { وَالأرْضَ بَعْدَ ذَلِكَ دَحَاهَا } وقد تقدم تقرير ذلك هنالك.

Firman Allah Ta’ala:

وَالأرْضَ بَعْدَ ذَلِكَ دَحَاهَا

“Dan bumi sesudah itu Dia hamparkan.” (Surah An-Nazi’at, 79: 30)

Ia ditafsirkan dengan firman-Nya:

“Ia memancarkan darinya mata airnya, dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya (atau rerumputannya).” (Surah An-Nazi’at, 79: 31)

Telah disampaikan penjelasannya di Surah As-Sajdah, bahawa bumi diciptakan sebelum penciptaan langit, namun kemudian barulah dihamparkan setelah penciptaan langit. Dengan maksud, bahawa ia mengeluarkan seluruh apa yang terkandung di dalamnya dengan kekuatan pada suatu tindakan. Inilah maksud perkataan Ibn ‘Abbaas dan selainnya, dan perkataan ini juga yang dipilih oleh Ibn Jarir.

Ibn Abi Hatim berkata, “Ayahku telah menceritakan kepada kami dari Al-Minhal bin ‘Amr dari Sa’id bin Jubair dari Ibn ‘Abbas, beliau berkata:

“Maksud lafaz “دَحَاهَا”, yakni dikeluarkan darinya mata air dan tumbuh-tumbuhan, dipencarkan sungai-sungai (menjadi banyak aliran), dan dijadikan di dalamnya gunung-gunung, pasir-pasir, jalan-jalan serta bukit-bukit kecil.”

Itulah maksud firman-Nya:

وَالأرْضَ بَعْدَ ذَلِكَ دَحَاهَا

“Dan bumi sesudah itu Dia hamparkan.” (Surah An-Nazi’at, 79: 30)

Di mana penjelasn hal ini telah berlalu sebelumnya.” (Tafsir Ibn Katsir, 8/316)

Manakala di Tafsir Surah Qaaf, 50: 7, beliau berkata:

وقوله: { وَالأرْضَ مَدَدْنَاهَا } أي: وسعناها وفرشناها

“Firman-Nya, “Dan bumi itu Kami hamparkan.” Yakni maksudnya, Kami luaskan (lapangkan), dan kami bentangkan.” (Tafsir Ibn Katsir, 7/396)

Kata Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma:

وَخَلَقَ الأَرْضَ فِي يَوْمَيْنِ ثُمَّ خَلَقَ السَّمَاءَ، ثُمَّ اسْتَوَى إِلَى السَّمَاءِ فَسَوَّاهُنَّ فِي يَوْمَيْنِ آخَرَيْنِ، ثُمَّ دَحَا الأَرْضَ، وَدَحْوُهَا: أَنْ أَخْرَجَ مِنْهَا المَاءَ وَالمَرْعَى، وَخَلَقَ الجِبَالَ وَالجِمَالَ وَالآكَامَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي يَوْمَيْنِ آخَرَيْنِ، فَذَلِكَ قَوْلُهُ: {دَحَاهَا} [النازعات: 30].

“Bumi diciptakan dalam dua hari/masa, kemudian diciptakan pula langit. Ketika Allah berkehendak menciptakan langit maka disempurkanlah langit dalam dua hari yang lain. (Setelah langit disempurkan) bumi pun “daha” (yakni dihamparkan dengan segala kelengkapan dan keperluan sumber-sumber kehidupan), dan yang dimaksudkan dengan bumi di-“daha” (dihamparkan) adalah; keluar dari bumi itu air (mata-mata air, air-air yang mengalir dan sungai-sungai), mula menumbuhkan rumput-rumput dan tumbuh-tumbuhan, dijadikan padanya gunung-ganang, bebatuan, bukit-bukit dan dataran serta segala apa yang ada di antara langit dan bumi itu dalam dua hari yang lain. Maka demikianlah yang dimaksudkan dengan firman Allah, “دَحَاهَا” (bumi dihamparkan).

وَقَوْلُهُ: {خَلَقَ الأَرْضَ فِي يَوْمَيْنِ} [فصلت: 9]. فَجُعِلَتِ الأَرْضُ وَمَا فِيهَا مِنْ شَيْءٍ فِي أَرْبَعَةِ أَيَّامٍ، وَخُلِقَتِ السَّمَوَاتُ فِي يَوْمَيْنِ

Adapun firman Allah, “Diciptakan bumi itu dalam dua hari/masa.” (Surah Fushshilat, 41: 9) (Maksudnya) dijadikan bumi itu (jirim, jasad dan bentuk-bentuknya) diikuti segala sesuatu apa yang ada padanya (kelengkapan kehidupan dan kandungan-kadungan bumi) seluruhnya adalah berjumlah empat (4) hari. Manakala langit-langit itu diciptakan dan disempurnakan dalam dua hari/masa (sebelum bumi dihamparkan). (lihat: Shahih Al-Bukhari, 6/127)

Maknanya bumi diciptakan lebih dahulu berupa jasad dan bentuk-bentuknya dalam dua hari, kemudian diikuti penciptaan langit-langit dan penyempurnaan 7 lapisan-lapisan langit berserta kandungan-kandungannya dalam dua hari, lalu setelah itu disempurkan pula bumi dengan dihamparkannya dengan segala kandungan dan kelengkapan sumber-sumber kehidupan (seperti air, udara, gunung-ganang, dll) dalam dua hari pula. Menjadilah jumlah masa/hari penciptaan bumi dan langit semuanya adalah 6 hari. Wallaahu a’lam.

[2] Asy-Syaikh As-Si’di ketika menafsirkan Surah Al-Hijr, 15: 19, beliau berkata:

{ وَالأرْضَ مَدَدْنَاهَا } أي: وسعناها سعة يتمكن الآدميون والحيوانات كلها على الامتداد بأرجائها والتناول من أرزاقها والسكون في نواحيها.

“Firman-Nya, “Dan bumi itu Kami hamparkan.” Maksudnya, Kami luaskan (lapangkan) bumi dengan seluas-luasnya agar manusia dan haiwan-haiwan seluruhnya dapat berjalan sampai ke segenap pelosok dan mencari rezeki-rezekinya, dan dapat tingal di susut-sudutnya.” (Tafsir As-Si’di, m/s. 430)

Asy-Syaikh As-Si’di ketika menafsirkan Surah Qaaf, 50: 7, beliau berkata:

{ و } إلى { الأرض } كيف { مَدَدْنَاهَا } ووسعناها، حتى أمكن كل حيوان السكون فيها والاستقرار (2) والاستعداد لجميع مصالحه

“Dan (agar mereka memerhatikan) kepada bumi bagaimana Kami menghamparkannya, dan meluaskannya, sampailah membolehkan seluruh haiwan menempatinya dengan tenang dan stabil, serta mempersiapkan seluruh kebaikan dan keperluannya.” (Tafsir As-Si’di, m/s. 804)

Asy-Syaikh As-Si’di ketika menafsirkan Surah Al-Ghaasiyah, 88: 20, beliau berkata:

{ وَإِلَى الأرْضِ كَيْفَ سُطِحَتْ } أي: مدت مدًا واسعًا، وسهلت غاية التسهيل، ليستقر الخلائق على ظهرها، ويتمكنوا من حرثها وغراسها، والبنيان فيها، وسلوك الطرق الموصلة إلى أنواع المقاصد فيها. واعلم أن تسطيحها لا ينافي أنها كرة مستديرة، قد أحاطت الأفلاك فيها من جميع جوانبها، كما دل على ذلك النقل والعقل والحس والمشاهدة، كما هو مذكور معروف عند أكثر الناس، خصوصًا في هذه الأزمنة، التي وقف الناس على أكثر أرجائها بما أعطاهم الله من الأسباب المقربة للبعيد، فإن التسطيح إنما ينافي كروية الجسم الصغير جدًا، الذي لو سطح لم يبق له استدارة تذكر. وأما جسم الأرض الذي هو في غاية الكبر والسعة، فيكون كرويًا مسطحًا، ولا يتنافى الأمران، كما يعرف ذلك أرباب الخبرة.

“(Firman Allah), “Dan bumi bagaimana ia dihamparkan?” Yakni dibentangkan dengan luas agar dapat dimanfaatkan dengan pelbagai kemudahan, para penghuninya merasa tenang di atasnya, membolehkan bercucuk-tanam, membuat binaan-binaan (rumah, bangunan, dll. – pent.) di atasnya, dan melalui jalan-jalannya untuk pelbagai tujuan padanya.

Ketahuilah bahawa hamparan yang dimaksudkan (di sini) tidaklah menafikan bulatnya bumi seperti bola (sfera) yang dilingkupi oleh pelbagai bintang-bintang dari pelbagai sisi-sisinya sebagaimana yang ditunjukkan oleh dalil naqli, akal, panca indera, dan kesaksian, yakni sebagaimana yang makruf disebutkan kebanyakan manusia, khasnya pada zaman ini yang mana ramai orang mampu mencapai pelbagai penjuru-penjuru wilayah yang jauh dengan pelbagai alat-alatan yang diberikan oleh Allah yang menjadi sebab untuk mendekatkan yang jauh. Kerana suatu hamparan hanyalah menafikan suatu jisim berbentuk bulat yang kecil, yang mana kalau dibentangkan tidak lagi berbentuk bulat. Adapun bentuk bumi, ianya amat besar dan luas, maka menjadilah bentuk bumi itu dalam keadaan bulat (sfera) yang terhampar, dan tidak pula menafikan satu sama lain sebagaimana yang diketahui dari pengalaman para ahlinya.” (Tafsir As-Si’di, m/s. 922)

Namun, berbeza dengan Al-Imam Al-Qurthubi rahimahullah (Wafat: 671H), ketika menafsirkan firman Allah Ta’ala:

وَالْأَرْضَ مَدَدْناها وَأَلْقَيْنا فِيها رَواسِيَ

“Dan Kami telah menghamparkan bumi dan menjadikan padanya gunung-gunung.” (Surah Al-Hijr, 19: 15)

Dan ayat:

وَالْأَرْضَ فَرَشْنَاهَا فَنِعْمَ الْمَاهِدُونَ

“Dan bumi itu Kami hamparkan, maka sebaik-baik yang menghamparkan (adalah Kami).” (Surah Adz-Dzariyat, 51: 48)

Beliau berkata:

وَهُوَ يَرُدُّ عَلَى مَنْ زَعَمَ أَنَّهَا كَالْكُرَةِ

“Dan ia adalah bantahan atas sesiapa yang mengatakan bumi berbentuk bola (sfera).” (Tafsir Al-Qurthubi, 10/13)

Demikian juga ketika beliau menjelaskan tafsir ayat yang lain, Allah Ta’ala berfirman:

وَهُوَ الَّذِي مَدَّ الْأَرْضَ وَجَعَلَ فِيها رَواسِيَ وَأَنْهاراً

“Dan Dia-lah (Allah) yang membentangkan bumi dan menjadikan gunung-gunung serta sungai-sungai padanya.” (Surah Ar-Ra’d, 13: 3)

Kata beliau:

فِي هَذِهِ الْآيَةِ رَدٌّ عَلَى مَنْ زَعَمَ أَنَّ الْأَرْضَ كَالْكُرَةِ

“Pada ayat ini terkandung bantahan bagi siapa yang mendakwa bahawa bumi itu berbentuk bola (sfera).”

Beliau juga menjelaskan:

وَالَّذِي عَلَيْهِ الْمُسْلِمُونَ وَأَهْلُ الْكِتَابِ الْقَوْلُ بِوُقُوفِ الْأَرْضِ وَسُكُونِهَا وَمَدِّهَا، وَأَنَّ حَرَكَتَهَا إِنَّمَا تَكُونُ فِي الْعَادَةِ بِزَلْزَلَةٍ تُصِيبُهَا.

“Adapun bagi kaum muslimin dan ahli kitab, mereka berpendapat bahawa bumi itu tetap, diam (tenang, tidak bergerak) dan terhampar (atau membentang). Bumi hanya bergerak ketika ditimpa goncangan (gegaran atau gempa) sebagaimana yang biasa berlaku.” (Tafsir Al-Qurthubi, 9/280)

Namun, tidak ditemui ada ulama terdahulu yang memahami bahawa bumi ini beredar (mengelilingi matahari) dan berputar, lalu dengan sebab putaran bumi tersebut menatijahkan pertukaran siang dan malam. Bahkan yang jelas ditemui dari perkataan-perkataan mereka, adalah mereka sepakat menyatakan bahawa kejadian pertukaran malam dan siang terjadi dengan sebab peredaran matahari, sedang keadaan bumi adalah tetap pada kedudukannya, yakni diam tidak berganjak. Wallaahu a’lam.