Pemerintah Wajib Melarang Ikhtilath di Tempat-tempat Terbuka

Pemerintah Wajib Melarang Ikhtilath di Tempat-tempat Terbuka

Al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H)
Petikan kitab Ath-Thuruq Al-Hukmiyyah fi As-Siyasah Asy-Syar’iyyah

www.ilmusunnah.com

wanita itu aurat_Al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata:

( فَصْلٌ ) وَمِنْ ذَلِكَ: أَنَّ وَلِيَّ الْأَمْرِ يَجِبُ عَلَيْهِ أَنْ يَمْنَعَ اخْتِلَاطَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ فِي الْأَسْوَاقِ، وَالْفُرَجِ، وَمَجَامِعِ الرِّجَالِ.

“Fasal pada yang tersebut: Bahawa waliyul amr (pemerintah atau pihak berkuasa) wajib atas mereka agar melarang ikhtilath (percampuran atau pergaulan bebas) kaum lelaki dengan kaum perempuan di pasar-pasar, di tempat-tempat terbuka, dan di tempat-tempat berkumpulnya para lelaki.”

قَالَ مَالِكٌ رَحِمَهُ اللَّهُ وَرَضِيَ عَنْهُ: أَرَى لِلْإِمَامِ أَنْ يَتَقَدَّمَ إلَى الصُّيَّاغِ فِي قُعُودِ النِّسَاءِ إلَيْهِمْ، وَأَرَى أَلَا يَتْرُكَ الْمَرْأَةَ الشَّابَّةَ تَجْلِسُ إلَى الصُّيَّاغِ فَأَمَّا الْمَرْأَةُ الْمُتَجَالَّةُ وَالْخَادِمُ الدُّونُ، الَّتِي لَا تُتَّهَمُ عَلَى الْقُعُودِ، وَلَا يُتَّهَمُ مَنْ تَقْعُدُ عِنْدَهُ: فَإِنِّي لَا أَرَى بِذَلِكَ بَأْسًا، انْتَهَى.

فَالْإِمَامُ مَسْئُولٌ عَنْ ذَلِكَ، وَالْفِتْنَةُ بِهِ عَظِيمَةٌ، قَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: { مَا تَرَكْت بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنْ النِّسَاءِ }.

“Al-Imam Malik (semoga Allah merahmati dan meredhai beliau) berkata: “Aku memandang, perlu bagi para imam (yakni pemerintah) memperingatkan para pembuat emas agar tidak pergi duduk bersama-sama kaum wanita. Dan aku memandang jangan sampai pemerintah membiarkan para pemudi (wanita-wanita muda) duduk bersama para pembuat emas. Adapun para perempuan tua dan pembantu kalangan bawah yang kepergiannya ke luar tidak menimbulkan fitnah, maka aku melihat hal tersebut tidak ada masalah.” – Tamat nukilan (dari Imam Malik).

Para Imam (pemerintah) bertanggungjawab (yakni akan dipertanyakan kelak) atas yang demikian, kerana bercampurnya kaum lelaki dan perempuan boleh menyebabkan timbulnya fitnah (yakni keburukan) yang besar. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

Tidaklah ada setelah peninggalanku suatu fitnah yang lebih membahayakan atas kaum lelaki berbanding fitnah para wanita.” (lihat Shahih Al-Bukhari, no. 5096 – pent.)

وَفِي حَدِيثٍ آخَرَ { بَاعِدُوا بَيْنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ } وَفِي حَدِيثٍ آخَرَ: أَنَّهُ قَالَ لِلنِّسَاءِ : { لَكُنَّ حَافَّاتُ الطَّرِيقِ }

Disebutkan dalam hadis yang lain:

“Pisahkanlah antara lelaki dengan perempuan.” (lihat: Kasyf Al-Khofaa’ wa Muzil Al-Libas oleh Al-‘Ajluni, 1/279 – Daar Ihyaa’ At-Turats – pent.)

Dan dalam hadis lain disebutkan: bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda kepada kaum wanita:

“Bagi kalian adalah pinggir jalan.” (lihat: Sunan Abi Dawud, no. 5272. Dinilai hasan oleh Al-Albani – pent.)

وَيَجِبُ عَلَيْهِ مَنْعُ النِّسَاءِ مِنْ الْخُرُوجِ مُتَزَيِّنَاتٍ مُتَجَمِّلَاتٍ، وَمَنْعُهُنَّ مِنْ الثِّيَابِ الَّتِي يَكُنَّ بِهَا كَاسِيَاتٍ عَارِيَّاتٍ، كَالثِّيَابِ الْوَاسِعَةِ وَالرِّقَاقِ، وَمَنْعُهُنَّ مِنْ حَدِيثِ الرِّجَالِ، فِي الطُّرُقَاتِ، وَمَنْعُ الرِّجَالِ مِنْ ذَلِكَ.

“Adalah menjadi kewajiban pemerintah untuk melarang kaum wanita keluar dari rumah-rumah mereka dengan mengenakan perhiasan dan bercantik-cantik. Pemerintah juga wajib melarang kaum perempuan dari mengenakan pakaian yang menampakkan aurat (seakan-akan telanjang), seperti pakaian luas (melondeh) dan tipis (atau jarang). Pemerintah juga wajib melarang kaum perempuan dari berbicara dengan kaum lelaki di jalan-jalan. Demikian juga, kaum lelaki juga wajib dilarang berbicara dengan perempuan di jalan-jalan.”wanita dan lelaki

وَإِنْ رَأَى وَلِيُّ الْأَمْرِ أَنْ يُفْسِدَ عَلَى الْمَرْأَةِ – إذَا تَجَمَّلَتْ وَتَزَيَّنَتْ وَخَرَجَتْ – ثِيَابَهَا بِحِبْرٍ وَنَحْوِهِ، فَقَدْ رَخَّصَ فِي ذَلِكَ بَعْضُ الْفُقَهَاءِ وَأَصَابَ، وَهَذَا مِنْ أَدْنَى عُقُوبَتِهِنَّ الْمَالِيَّةِ.

“Dan bahawa dibolehkan bagi waliyyul amr (pemerintah atau pihak berkuasa) untuk merosakkan pakaian wanita yang apabila dia keluar dengan bercantik-cantik dan berhias, seperti diconteng pakaiannya dengan dakwat atau yang seumpamanya.  Ini adalah bentuk keringanan (pembolehan) dari sebahagian fuqaha’ dan inilah yang benar. Dan ini dari bentuk hukuman pemusnahan harta.”

وَلَهُ أَنْ يَحْبِسَ الْمَرْأَةَ إذَا أَكْثَرَتْ الْخُرُوجَ مِنْ مَنْزِلِهَا ، وَلَا سِيَّمَا إذَا خَرَجَتْ مُتَجَمِّلَةً، بَلْ إقْرَارُ النِّسَاءِ عَلَى ذَلِكَ إعَانَةٌ لَهُنَّ عَلَى الْإِثْمِ وَالْمَعْصِيَةِ ، وَاَللَّهُ سَائِلٌ وَلِيَّ الْأَمْرِ عَنْ ذَلِكَ .

“Pemerintah (atau hakim) juga diperbolehkan untuk memenjarakan perempuan yang terlalu kerap keluar rumah, khasnya apabila dia keluar rumah dengan sengaja bercantik-cantik (bersolek). Sebaliknya, tindakan yang membenarkan para perempuan kerap keluar rumah (khasnya dengan bercantik-cantik), itu adalah tindakan yang membantu mereka dalam berbuat dosa dan maksiat. Allah akan mempertanyakan pemerintah tentang hal tersebut.”

وَقَدْ مَنَعَ أَمِيرُ الْمُؤْمِنِينَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ النِّسَاءَ مِنْ الْمَشْيِ فِي طَرِيقِ الرِّجَالِ ، وَالِاخْتِلَاطِ بِهِمْ فِي الطَّرِيقِ.فَعَلَى وَلِيِّ الْأَمْرِ أَنْ يَقْتَدِيَ بِهِ فِي ذَلِكَ .

“Bahawasanya Amirul Mukminin ‘Umar bin Al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu telah melarang para wanita dari berjalan di jalan-jalan yang biasa dilalui oleh kaum lelaki. Beliau juga melarang mereka bercampur dengan kaum lelaki. Maka hendaklah para pemerintah mencontohi tindakan Umar ini.”

وَقَالَ الْخَلَّالُ فِيجَامِعِهِ “: أَخْبَرَنِي مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى الْكَحَّالُ : أَنَّهُ قَالَ لِأَبِي عَبْدِ اللَّهِ : أَرَى الرَّجُلَ السُّوءَ مَعَ الْمَرْأَةِ ؟ قَالَ : صِحْ بِهِ ، وَقَدْ أَخْبَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : { أَنَّ الْمَرْأَةَ إذَا تَطَيَّبَتْ وَخَرَجَتْ مِنْ بَيْتِهَا فَهِيَ زَانِيَةٌ } .

“Berkata Al-Khallaal dalam Jami’-nya: “Muhammad bin Yahya Al-Kahhal telah mengkhabarkan kepadaku bahawa beliau berkata kepada Abu ‘Abdillah, “Aku melihat seorang lelaki yang buruk bersama dengan seorang perempuan.” Abu ‘Abdillah berkata, “Luruskan (perbaikilah) lelaki itu, kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Sesungguhnya seorang perempuan jika memakai wangi-wangian dan keluar dari rumahnya (yakni sehingga dicium oleh para lelaki – pent.), maka dia adalah penzina.” (lihat: Musnad Ahmad, no. 19711, 19747. Sunan At-Tirmidzi, no. 2786. An-Nasaa’i, no. 5126. Shahih Ibn Khuzaimah, no. 1681 – pent.)

وَ ” يَمْنَعُ الْمَرْأَةَ إذَا أَصَابَتْ بَخُورًا أَنْ تَشْهَدَ عِشَاءَ الْآخِرَةِ فِي الْمَسْجِدِ ” .فَقَدْ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : { الْمَرْأَةُ إذَا خَرَجَتْ اسْتَشْرَفَهَا الشَّيْطَانُ } .

“Dan beliau turut melarang perempuan yang memakai wangi-wangian dari hadir mengikuti solat ‘Isyaa’ Al-Akhirah di dalam masjid.” (lihat: Shahih Muslim, no. 443, 675. Sunan Abi Dawud, no. 565, 4174 – pent.)

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Seorang perempuan jika dia keluar rumah saja, maka Syaitan pun mengangkat pandangan kepadanya.”(lihat: Sunan At-Tirmidzi, no. 1173. Shahih Ibnu Khuzaimah no. 1685 – pent.)

Ikhtilath adalah Bencana dan Keburukan

وَلَا رَيْبَ أَنَّ تَمْكِينَ النِّسَاءِ مِنْ اخْتِلَاطِهِنَّ بِالرِّجَالِ: أَصْلُ كُلِّ بَلِيَّةٍ وَشَرٍّ، وَهُوَ مِنْ أَعْظَمِ أَسْبَابِ نُزُولِ الْعُقُوبَاتِ الْعَامَّةِ، كَمَا أَنَّهُ مِنْ أَسْبَابِ فَسَادِ أُمُورِ الْعَامَّةِ وَالْخَاصَّةِ، وَاخْتِلَاطُ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ سَبَبٌ لِكَثْرَةِ الْفَوَاحِشِ وَالزِّنَا، وَهُوَ مِنْ أَسْبَابِ الْمَوْتِ الْعَامِّ، وَالطَّوَاعِينِ الْمُتَّصِلَةِ .

“Tanpa diragukan, memberi peluang kepada para wanita untuk ber-ikhthilath (yakni bercampur-gaul) dengan kaum lelaki adalah asal (punca) segala bencana dan keburukan. Dan ia termasuk sebesar-besar sebab yang menjadi faktor turunnya adzab Allah kepada masyarakat; sebagaimana ia juga menjadi sebab rosaknya urusan umum mahupun khusus. Ikhtilath (pergaulan bebas) kaum lelaki dengan para perempuan adalah (antara) sebab yang mendorong kepada banyaknya perbuatan fawaahisy (keji) dan perzinaan; dan ia juga menjadi sebab kematian secara umum, dan menularnya penyakit thaa’uun (penyakit berjangkit).”tidak akan beruntung mereka yang pemimpinnya wanita

وَلَمَّا اخْتَلَطَ الْبَغَايَا بِعَسْكَرِ مُوسَى، وَفَشَتْ فِيهِمْ الْفَاحِشَةُ: أَرْسَلَ اللَّهُ إلَيْهِمْ الطَّاعُونَ، فَمَاتَ فِي يَوْمٍ وَاحِدٍ سَبْعُونَ أَلْفًا ، وَالْقِصَّةُ مَشْهُورَةٌ فِي كُتُبِ التَّفَاسِيرِ.فَمِنْ أَعْظَمِ أَسْبَابِ الْمَوْتِ الْعَامِّ: كَثْرَةُ الزِّنَا، بِسَبَبِ تَمْكِينِ النِّسَاءِ مِنْ اخْتِلَاطِهِنَّ بِالرِّجَالِ، وَالْمَشْيِ بَيْنَهُمْ مُتَبَرِّجَاتٍ مُتَجَمِّلَاتٍ، وَلَوْ عَلِمَ أَوْلِيَاءُ الْأَمْرِ مَا فِي ذَلِكَ مِنْ فَسَادِ الدُّنْيَا وَالرَّعِيَّةِ – قَبْلَ الدِّينِ – لَكَانُوا أَشَدَّ شَيْءٍ مَنْعًا لِذَلِكَ.

“Ketika perempuan-perempuan jalang (pelacur) bercampur dengan askar Nabi Musa, maka berkembanglah perbuatan faahisyah (keji). Lalu Allah pun mengirimkan atas mereka penyakit thaa’uun (sejenis penyakit berjangkit). Maka terjadilah kematian yang dalam sehari saja mencecah 70000 korban, dan kisah ini masyhur (sangat dikenal) di dalam kitab-kitab tafsir.

Salah satu sebab terbesar kematian umum (dalam masyarakat) adalah berleluasanya perzinaan yang berasal dari pergaulan bebas (ikhtilath) antara kaum wanita dengan lelaki. Mereka berjalan-jalan sesama mereka dalam kalangan kaum lelaki dalam keadaan mutabarrijaat mutajammilaat (bertabarruj, bersolek, lagi bercantik-cantik). Kalaulah para pemerintah mengetahui (memahami dengan baik) kesan buruk dari ikhtilath (pergaulan bebas) yang menjadi sebab rosaknya dunia dan masyarakat, juga menjadi sebab hancurnya agama, nescaya mereka akan dengan sungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk mencegah gejala ikhtilath tersebut.”

قَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : ” إذَا ظَهَرَ الزِّنَا فِي قَرْيَةٍ أَذِنَ اللَّهُ بِهَلَاكِهَا ” .

“‘Abdullah Ibn Mas’oud radhiyallahu ‘anhu berkata:

Jika telah zahir (berleluasanya) perzinaan di suatu negeri, maka Allah akan izinkan kehancurannya.”.” (lihat: Al-Mustadrak Al-Hakim, no. 2261. Al-Mu’jam Al-Kabir, no. 460. Majma’ Az-Zawa’id, no. 6583. Syu’abul Iman oleh Al-Baihaqi, no. 5033, 5143. Lihat juga Musnad Ahmad, no. 3809 daripada Nabi dari hadis Ibn Mas’oud – pent.)

وَقَالَ ابْنُ أَبِي الدُّنْيَا: حَدَّثَنَا إبْرَاهِيمُ بْنُ الْأَشْعَثِ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ زَيْدٍ الْعَمِّيُّ عَنْ أَبِيهِ عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: { مَا طَفَّفَ قَوْمٌ كَيْلًا، وَلَا بَخَسُوا مِيزَانًا، إلَّا مَنَعَهُمْ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ الْقَطْرَ،وَلَا ظَهَرَ فِي قَوْمٍ الزِّنَا إلَّا ظَهَرَ فِيهِمْ الْمَوْتُ، وَلَا ظَهَرَ فِي قَوْمٍ عَمَلُ قَوْمِ لُوطٍ إلَّا ظَهَرَ فِيهِمْ الْخَسْفُ، وَمَا تَرَكَ قَوْمٌ الْأَمْرَ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّهْيَ عَنْ الْمُنْكَرِ إلَّا لَمْ تُرْفَعْ أَعْمَالُهُمْ، وَلَمْ يُسْمَعْ دُعَاؤُهُمْ }.

“Ibnu Abi Ad-Dunya berkata:

“Ibrahim bin Al-Asy’ats bercerita kepada kami, ‘Abdurrahman bin Zaid Al-‘Amni bercerita kepada kami, daripada ayahnya, daripada Sa’id bin Jubair, daripada Ibn ‘Abbaas, beliau berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

Tidaklah suatu kaum mengurangi timbangan, dan tidaklah pula mereka berbuat curang dalam timbangan, kecuali Allah ‘Azza Wa Jalla akan melarang dari mereka titisan air (yakni kurnian-Nya). Tidaklah zahir (berleluasanya) perbuatan zina pada suatu kaum melainkan akan muncul banyaknya kematian (dalam kalangan mereka). Tidaklah zahir (berleluasanya) amalan kaum Luth (homoseksual) pada suatu kaum melainkan akan muncul al-hasfu (yakni gempa bumi dan pembenaman ke dalam bumi – pent.). Tidaklah suatu kaum meninggalkan amar ma’ruf dan nahi mungkar, melainkan amal-amal mereka tidak akan diangkat (yakni tidak akan diterima), dan doa-doa mereka tidak didengar.”

Sekian nukilan – Dari kitab Ath-Thuruq Al-Hukmiyyah fi As-Siyaasah Asy-Syar’iyyah oleh Al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H).