Pelajaran Berharga Dari Kisah Musa Menasihati Firaun

Pelajaran Berharga Dari Kisah Musa Menasihati Firaun

www.ilmusunnah.com

akhlak_yang_baik

Pada artikel ini, kami akan bawakan penjelasan (tafsir) dari Surah Thoha ayat 24-36, dan 42-46.

Pada ayat-ayat Al-Qur’an ini akan dipaparkan beberapa faedah di antaranya:

1, Akhlak dan sikap dalam mendakwahi dan menasihati penguasa yang zalim lagi diktator.

2, Contoh dan teladan dari sebaik-baik manusia (yakni para Nabi) dalam menyikapi seburuk-buruk manusia dari kalangan orang-orang yang zalim, berlaku kasar dan melampaui batas.

3, Bekal dalam dakwah adalah ilmu berupa dalil dan hujah dari ayat-ayat Allah, memulakannya dengan pemurnian tauhid diiringi dengan dorongan kepada mad’u agar kembali pada Allah dengan bimbingan (dalil) yang benar.

4, Menginginkan kebaikan untuk orang yang didakwahi, menjelaskan anjuran agar berbuat kebaikan dan menjelaskan ancaman dari Allah jika berpaling dari peringatan-peringatan-Nya.

5, Termasuk adab dalam berdakwah adalah menyampaikan secara berdepan, bersua muka, diikuti dengan lisan dan bahasa yang fasih agar mudah difahami, diiringi dengan sikap lunak dan lembut agar lebih mampu menundukkan serta menarik hati yang kasar. Yakni bukan bertujuan untuk membuka ruang pertelingkahan dan menyakitkan hati orang yang didakwahi.

6, Lisan yang fasih amat membantu dalam penyebaran dakwah, memberi kefahaman, dan menarik tumpuan. Namun, kefasihan bukanlah semestinya dalil kebenaran sebaliknya hanyalah wasilah, manakala ketidakfasihan pula bukanlah bermakna tanda apa yang disampaikan berupa kebathilan.

7, Bersedia dengan dada yang lapang dalam menghadapi sebarang kemungkianan tidak baik.

8, Memohon pertolongan dan petunjuk dari Allah dalam setiap langkahnya.

9, Sentiasa mengingat Allah, melakukannya dalam rangka mencari wajah Allah, dan berhati-hati agar jangan sampai menyimpang dari bimbingan Allah Subhanahu wa Ta’ala.

10, Tidak takut melainkan hanya kepada Allah dan mengetahui bahawa tugas pendakwah adalah untuk menyampaikan, menjelaskan, dan mengajak hanya kepada Allah.

Berikut kami paparkan dari Tafsir berkaitan, semoga bermanfaat.

Dari Taisir Al-Karim Ar-Rahman fi Tafsir Kalam Al-Mannan
Surah Thoha (20), ayat 24-36 dan ayat 42-46.
Oleh Asy-Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir As-Si’di rahimahullah

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

اذْهَبْ إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى (24) قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي (25) وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي (26) وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي (27) يَفْقَهُوا قَوْلِي (28) وَاجْعَلْ لِي وَزِيرًا مِنْ أَهْلِي (29) هَارُونَ أَخِي (30) اشْدُدْ بِهِ أَزْرِي (31) وَأَشْرِكْهُ فِي أَمْرِي (32) كَيْ نُسَبِّحَكَ كَثِيرًا (33) وَنَذْكُرَكَ كَثِيرًا (34) إِنَّكَ كُنْتَ بِنَا بَصِيرًا (35) قَالَ قَدْ أُوتِيتَ سُؤْلَكَ يَا مُوسَى

“Pergilah kepada Fir’aun; sesungguhnya dia telah melampaui batas.” Musa pun berdoa, “Wahai Rabbku, lapangkanlah bagiku dadaku, mudahkanlah bagiku urusanku, dan leraikanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku, dan jadikanlah untuk-ku seorang pembantu dari keluargaku, (iaitu) Harun saudaraku, teguhkanlah dengannya kekuatanku, dan jadikanlah dia sekutu dalam urusanku, supaya kami banyak bertasbih kepada-Mu, dan banyak mengingat-Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Melihat (keadaan) kami.” Allah berfirman, “Sungguh telah diperkenankan permintaanmu wahai Musa.” (Surah Thoha, 20: 24-36)

Tafsir dan penjelasan ayat (oleh Asy-Syaikh ‘Abdurrahman As-Si’di):

لما أوحى الله إلى موسى، ونبأه، وأراه الآيات الباهرات، أرسله إلى فرعون، ملك مصر، فقال: { اذْهَبْ إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى } أي: تمرد وزاد على الحد في الكفر والفساد والعلو في الأرض، والقهر للضعفاء، حتى إنه ادعى الربوبية والألوهية -قبحه الله- أي: وطغيانه سبب لهلاكه، ولكن من رحمة الله وحكمته وعدله، أنه لا يعذب أحدا، إلا بعد قيام الحجة بالرسل،

“(Tafsir Ayat 24) Setelah Allah menurunkan wahyu kepada Musa dan menetapkan kenabiannya serta memperlihatkan kepadanya ayat-ayat (yakni tanda-tanda kekuasaan-Nya) yang mempersonakan pandangan, Allah pun mengutuskan beliau kepada Fir’aun, raja Mesir.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

اذْهَبْ إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى

“Pergilah kepada Fir’aun; sesungguhnya dia telah melampaui batas.”

Yakni maksudnya, Fir’aun yang sangat degil lagi melampaui batas dalam kekufuran, terkenal dengan keafasadannya, sangat sombong di bumi serta bertindak kasar (menindas) terhadap orang-orang yang lemah. Bahkan sampai mendakwa dirinya dengan sifat rububiyyah (ketuhanan) dan uluhiyyah (berhak disembah). Semoga Allah memburukkan keadaannya. Yakni maknanya, tindakan Fir’aun yang sangat melampaui batas menjadi penyebab kebinasaannya. Akan tetapi, termasuk dari rahmat Allah, hikmah-Nya, dan keadilan-Nya, Dia tidak menyeksa siapapun melainkan setelah tertegaknya hujah atas mereka dengan diutuskan para rasul.

فحينئذ علم موسى عليه السلام أنه تحمل حملا عظيما، حيث أرسل إلى هذا الجبار العنيد، الذي ليس له منازع في مصر من الخلق، وموسى عليه السلام، وحده، وقد جرى منه ما جرى من القتل، فامتثل أمر ربه، وتلقاه بالانشراح والقبول، وسأله المعونة وتيسير الأسباب، التي [هي] من تمام الدعوة، فقال: { رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي } أي: وسعه وأفسحه، لأتحمل الأذى القولي والفعلي، ولا يتكدر قلبي بذلك، ولا يضيق صدري، فإن الصدر إذا ضاق، لم يصلح صاحبه لهداية الخلق ودعوتهم.

(Tafsir Ayat 25) Pada ketika itu Musa ‘alaihis Salam mengetahui bahawa dia telah memikul beban tanggungjawab yang sangat berat sekali, diutus untuk menemui penguasa yang bertangan besi lagi keras kepala ini, yang mana tidak mempunyai tandingan (semisal sifat jahatnya) di Mesir. Dan Musa ‘alaihis Salam hanya berseorangan, dan pernah menjadi penyebab kematian (seseorang di sana). Lalu beliau pun menyambut perintah Rabb-nya dan menerimanya dengan hati terbuka dan tulus. Beliau memohon pertolongan kepada-Nya serta memohon kemudahan sebab agar dapat menjadi penyempurna dakwahnya.

Beliau berdoa:

 رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي

“Ya Rabb-ku, lapangkanlah untukku dadaku.”

Yakni maksudnya, luaskan dan lapangkanlah dadaku untuk menghadapi beban halangan dan cabaran sama ada dari sudut perkataan dan tindakan yang tidak baik, agar hatiku tidak menjadi terganggu (hilang tumpuan) kerananya serta tidak merasa sempit. Sesungguhnya hati bila telah menyempit, nescaya pemiliknya tidak akan mampu memikul misi memberi petunjuk dan mendakwahi manusia.

قال الله لنبيه محمد صلى الله عليه وسلم: { فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ } وعسى الخلق يقبلون الحق مع اللين وسعة الصدر وانشراحه عليهم.

Allah berfirman kepada Nabi-Nya Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:akhlak_yang_baik_indah

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ

“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkankan diri dari sekelilingmu.” (Surah Ali ‘Imran, 3: 159)

{ وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي } أي: سهل علي كل أمر أسلكه وكل طريق أقصده في سبيلك، وهون علي ما أمامي من الشدائد، ومن تيسير الأمر أن ييسر للداعي أن يأتي جميع الأمور من أبوابها، ويخاطب كل أحد بما يناسب له، ويدعوه بأقرب الطرق الموصلة إلى قبول قوله.

(Tafsir Ayat 26) Dan mudahkanlah bagiku urusanku…”

Maksudnya, mudahkanlah bagiku segala urusan yang aku laksanakan dan setiap cara yang aku tempuh dalam misiku, serta ringankanlah rintangan-rintangan yang ada di hadapanku. Di antara bentuk kemudahan dari Allah adalah Dia memudahkan bagi seorang da’i untuk melaksanakan segala sesuatu dengan caranya yang benar, mengajak manusia berbicara dengan gaya bicara yang sesuai dengannya, serta mendakwahi mereka dengan cara yang paling berkesan dan sesuai agar ianya mudah diterima.

{ وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي * يَفْقَهُوا قَوْلِي } وكان في لسانه ثقل لا يكاد يفهم عنه الكلام كما قال المفسرون كما قال الله عنه أنه قال { وَأَخِي هَارُونُ هُوَ أَفْصَحُ مِنِّي لِسَانًا } فسأل الله أن يحل منه عقدة يفقهوا ما يقول فيحصل المقصود التام من المخاطبة والمراجعة والبيان عن المعاني

(Tafsir Ayat 27-28) “dan leraikanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku…”

Kerana pada bahagian lidahnya terdapat kekeluan untuk berkomunikasi, hampir-hampir perkataan yang keluar dari mulutnya tidak dapat difahami (dengan baik), sebagaimana yang telah dijelaskan oleh para ahli tafsir. Sebagaimana Allah berfirman berkaitan dirinya, ketika Musa berkata:

وَأَخِي هَارُونُ هُوَ أَفْصَحُ مِنِّي لِسَانًا

“Dan saudaraku Harun, dia lebih fasih lidahnya dariku.” (Surah Al-Qashash, 28: 34)

Beliau memohon kepada Allah agar menghilangkan kekeluan pada lidahnya, agar mereka dapat memahami apa yang beliau katakan atau sampaikan. Sehingga hasilnya, kesempurnaan tujuan pun dapat direalisasikan melalui komunikasi, perdebatan, dan penjelasan-penjelasan tentang hakikat-hakikat perkara (yang menjadi tujuan).

{ وَاجْعَلْ لِي وَزِيرًا مِنْ أَهْلِي } أي معينا يعاونني ويؤازرني ويساعدني على من أرسلت إليهم وسأل أن يكون من أهله لأنه من باب البر وأحق ببر الإنسان قرابته ثم عينه بسؤاله فقال { هَارُونَ أَخِي

(Tafsir Ayat 29-30) “Dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku,”

Maksudnya jadikanlah untukku pembantu yang menolong, mendukung serta membantuku menjalankan misi pengutusanku kepada mereka. Beliau meminta agar pembantu itu dari keluarga sendiri. Kerana termasuk dalam bab berbuat kebaikan, dan pihak yang paling berhak untuk lebih dulu mendapatkan kebaikan dari seseorang adalah kaum kerabatnya sendiri. Kemudian beliau menentukan individu tersebut dalam permohonannya:

هَارُونَ أَخِي

“(Iaitu ) Harun saudaraku.”

اشْدُدْ بِهِ أَزْرِي } أي قوني به وشد به ظهري قال الله { سَنَشُدُّ عَضُدَكَ بِأَخِيكَ وَنَجْعَلُ لَكُمَا سُلْطَانًا }

(Tafsir Ayat 31) “Teguhkanlah dengannya kekuatanku,”

Maksudnya kuatkanlah aku dengannya dan tetapkanlah belakangku dengannya, Allah Ta’ala berfirman:

سَنَشُدُّ عَضُدَكَ بِأَخِيكَ وَنَجْعَلُ لَكُمَا سُلْطَانًا

“Kami akan membantu-mu dengan saudara-mu, dan kami berikan kepada kalian berdua kekuasaan yang besar.” (Surah Al-Qashash, 28: 35)

{ وَأَشْرِكْهُ فِي أَمْرِي } أي في النبوة بأن تجعله نبيا رسولا كما جعلتني

(Tafsir Ayat 32) “dan jadikanlah dia sekutu dalam urusanku,”

Maksudnya dalam kenabian, dengan cara Engkau mengangkatnya sebagai nabi dan juga rasul, sebagaimana Engkau telah menjadikan-ku demikian.

ثم ذكر الفائدة في ذلك فقال { كَيْ نُسَبِّحَكَ كَثِيرًا * وَنَذْكُرَكَ كَثِيرًا } علم عليه الصلاة والسلام أن مدار العبادات كلها والدين على ذكر الله فسأل الله أن يجعل أخاه معه يتساعدان ويتعاونان على البر والتقوى فيكثر منهما ذكر الله من التسبيح والتهليل وغيره من أنواع العبادات

(Tafsir Ayat 33-34) Kemudian beliau menyampaikan faedah berkaitan dengan itu:

كَيْ نُسَبِّحَكَ كَثِيرًا (33) وَنَذْكُرَكَ كَثِيرًا

“Supaya kami banyak bertasbih kepada-Mu, dan banyak mengingati-Mu.”

Beliau ‘alaihis salaam mengetahui bahawa paksi bagi setiap ibadah dan agama adalah untuk dzikrullah (mengingati Allah). Beliau memohon kepada Allah agar menjadikan saudaranya bersama beliau, supaya dia dapat saling bekerjasama dan menolong dalam kebaikan dan ketaqwaan, yang mana ianya akan semakin memperbanyak dzikrullah bagi mereka berdua, berupa tasbih, tahlil, dan ibadah-ibadah lainnya.

{ إِنَّكَ كُنْتَ بِنَا بَصِيرًا } تعلم حالنا وضعفنا وعجزنا وافتقارنا إليك في كل الأمور وأنت أبصر بنا من أنفسنا وأرحم فمن علينا بما سألناك وأجب لنا فيما دعوناك

(Tafsir Ayat 35) “Sesungguhnya Engkau Maha Melihat (keadaan) kami.”

Yakni, Engkau mengetahui keadaan, kelemahan, dan ketidak-upayaan kami, serta keperluan kami pada (pertolongan)-Mu dalam setiap urusan, dan adalah Engkau lebih memahami dan lebih mengasihi kami berbanding diri kami sendiri. Maka, rahmatilah kami dengan apa yang kami pohonkan kepada-Mu dan perkenankanlah untuk kami segala sesuatu yang kami pohon (di dalam doa kami kepada-Mu).

قال الله { قَدْ أُوتِيتَ سُؤْلَكَ يَا مُوسَى } أي أعطيت جميع ما طلبت فسنشرح صدرك ونيسر أمرك ونحل عقدة من لسانك يفقهوا قولك ونشد عضدك بأخيك هارون { ونجعل لكما سلطانا فلا يصلون إليكما بآياتنا أنتما ومن اتبعكما الغالبون }

(Tafsir Ayat 36) Allah berfirman:

قَدْ أُوتِيتَ سُؤْلَكَ يَا مُوسَى

“Benar-benar telah diperkenankan permintaanmu, wahai Musa,”

Maksudnya engkau telah diberi segala yang engkau minta. Kami akan melapangkan dadamu, memudahkan urusanmu dan meleraikan kekakuan dari lidahmu, sehingga mereka pun akan memahami apa yang engkau sampaikan, dan Kami akan meneguhkan-mu dengan saudara-mu, Harun.

وَنَجْعَلُ لَكُمَا سُلْطَانًا فَلَا يَصِلُونَ إِلَيْكُمَا بِآيَاتِنَا أَنْتُمَا وَمَنِ اتَّبَعَكُمَا الْغَالِبُونَ

“dan kami berikan kepada kalian berdua kekuasaan yang besar, maka mereka pun tidak dapat mencapaimu. (Berangkatlah kalian berdua) dengan membawa ayat-ayat Kami. Kalian berdua dan orang yang mengikuti kalianlah yang menang.” (Surah Al-Qashash: 35)

وهذا السؤال من موسى عليه السلام يدل على كمال معرفته بالله وكمال فطنته ومعرفته للأمور وكمال نصحه وذلك أن الداعي إلى الله المرشد للخلق خصوصا إذا كان المدعو من أهل العناد والتكبر والطغيان يحتاج إلى سعة صدر وحلم تام على ما يصيبه من الأذى ولسان فصيح يتمكن من التعبير به عن ما يريده ويقصده

Permohonan dari Musa ‘alaihi Sallam ini merupakan dalil yang menunjukkan kesempurnaan ma’rifah (pengetahuan) beliau terhadap Allah, kesempurnaan kecerdikan dan tingginya pengetahuan beliau terhadap urusan-urusan dan kesempurnaan sikap tulusnya. Hal tersebut kerana; seorang juru dakwah yang menyeru kepada Allah, yang menunjukkan jalan bagi manusia yang lain, terutamanya apabila ketika mad’u (yakni orang yang didakwahi) dari kalangan orang-orang yang suka menentang, sombong dan diktator, maka dia sangat memerlukan kelapangan dada, kelembutan yang sempurna dalam menghadapi sebarang gangguan yang akan menimpanya, berserta lisan yang fasih yang darinya berupaya mengungkapkan apa-apa yang diinginkan dan dimaksudkan.

بل الفصاحة والبلاغة لصاحب هذا المقام من ألزم ما يكون لكثرة المراجعات والمراوضات ولحاجته لتحسين الحق وتزيينه بما يقدر عليه ليحببه إلى النفوس وإلى تقبيح الباطل وتهجينه لينفر عنه ويحتاج مع ذلك أيضا أن يتيسر له أمره فيأتي البيوت من أبوابها ويدعو إلى سبيل الله بالحكمة والموعظة الحسنة والمجادلة بالتي هي أحسن يعامل الناس كلا بحسب حاله

Malah, kefasihan berbicara dan penggunaan gaya bahasa yang menarik termasuk perkara yang sangat penting, kerana pada tujuan tersebut akan banyak terjadi pertembungan pandangan dan saling mendebat serta adanya unsur yang memerlukan kemampuan untuk memperindah wajah kebenaran dan menghiasinya bersesuaian dengan kadar kemampuannya. Gunanya, agar dapat melahirkan rasa suka pada jiwa-jiwa mereka, serta bagi memperjelas buruknya wajah kebatilan dan mencoreng-corengnya supaya lari darinya. Selain itu, seorang da’i perlu berusaha agar urusannya menjadi mudah, maka dia mendatangi “rumah-rumah melalui pintu-pintunya” (yakni melaksanakan urusan melalui jalan dan cara yang tepat), menyeru kepada jalan Allah dengan cara paling hikmah, dengan nasihat yang baik dan mujadalah (penghujahan) yang baik, serta mampu berinteraksi dengan orang-orang sesuai dengan keadaannya.

وتمام ذلك أن يكون لمن هذه صفته أعوان ووزراء يساعدونه على مطلوبه لأن الأصوات إذا كثرت لا بد أن تؤثر فلذلك سأل عليه الصلاة والسلام هذه الأمور فأعطيها

Dan agar lebih sempurna lagi, orang yang demikian keadaannya perlu memiliki para pendukung dan para pembantu yang akan meringankannya dalam melaksanakan misinya, kerana suatu pendapat apabila disuarakan banyak orang, maka ia akan menjadi lebih berpengaruh.

Kerana itulah, beliau (Musa) ‘alaihis Sallam memohon perkara-perkara tersebut, lalu Allah pun langsung memberikannya.

وإذا نظرت إلى حالة الأنبياء المرسلين إلى الخلق رأيتهم بهذه الحال بحسب أحوالهم خصوصا خاتمهم وأفضلهم محمد صلى الله عليه وسلم فإنه في الذروة العليا من كل صفة كمال وله من شرح الصدر وتيسير الأمر وفصاحة اللسان وحسن التعبير والبيان والأعوان على الحق من الصحابة فمن بعدهم ما ليس لغيره

Dalam jika kita lihat pada keadaan para nabi yang diutus kepada umat manusia, maka kita akan dapat lihat mereka bersikap sedemikian bersesuaian dengan keadaannya, khasnya nabi penutup mereka dan yang paling afdhal, (iaitu) Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Bahawasanya beliau berada di puncak tertinggi di setiap sifat kesempurnaan. Beliau memiliki kelapangan dada, kemudahan urusan, kefasihan lisan, keindahan bicara dan kemampuan dalam menjelaskan perkara, serta memiliki para penolong di atas al-haq (kebenaran) dari kalangan sahabat-sahabat dan orang-orang setelah mereka, yang tidak dimiliki oleh nabi-nabi yang lainnya.” (Sekian Tafsir ayat 24-36)lisan dan hati yang lurus

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

اذْهَبْ أَنْتَ وَأَخُوكَ بِآيَاتِي وَلَا تَنِيَا فِي ذِكْرِي (42) اذْهَبَا إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى (43) فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَيِّنًا لَعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَى (44) قَالَا رَبَّنَا إِنَّنَا نَخَافُ أَنْ يَفْرُطَ عَلَيْنَا أَوْ أَنْ يَطْغَى (45) قَالَ لَا تَخَافَا إِنَّنِي مَعَكُمَا أَسْمَعُ وَأَرَى (46)

“Pergilah engkau dan saudaramu dengan membawa ayat-ayat-Ku dan janganlah kalian berdua lalai dalam mengingati-Ku. Pergilah kalian berdua kepada Fir’aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas; maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah-lembut, mudah-mudahan dia ingat atau takut. Berkatalah mereka berdua, “Ya Rabb kami, sesungguhnya kami bimbang jika dia langsung menyeksa kami atau akan bertambah kemelampauannya.” Allah berfirman, “Jangan kalian berdua bimbang, sesungguhnya Aku bersama kalian berdua, yakni Aku mendengar dan melihat.” (Surah Thoha, 20: 42-46)

Tafsir dan penjelasan ayat (oleh Asy-Syaikh ‘Abdurrahman As-Si’di):

لما امتن الله على موسى بما امتن به، من النعم الدينية والدنيوية قال له

(Tafsir Ayat 42) Ketika Allah mengingatkan tentang Musa dengan apa-apa yang telah dikurniakan padanya dari nikmat-nikmat agama dan dunia, Allah berfirman kepadanya:

 { اذْهَبْ أَنْتَ وَأَخُوكَ } هارون { بِآيَاتِي } أي: الآيات التي مني، الدالة على الحق وحسنه، وقبح الباطل، كاليد، والعصا ونحوها، في تسع آيات إلى فرعون وملئه،

“Pergilah kamu beserta saudaramu,” (iaitu) Harun بِآيَاتِي “dengan membawa ayat-ayat-Ku,” iaitu tanda-tanda kebesaran yang berasal dari-Ku yang menjadi dalil tentang al-haq (kebenaran), keindahnya, serta yang menjelaskan betapa buruknya kebatilan, seperti kekuatan, tongkat dan seumpamanya, pada sejumlah sembilan tanda-tanda kekuasaan menuju Fir’aun dan para pembesarnya.

{ وَلا تَنِيَا فِي ذِكْرِي } أي: لا تفترا، ولا تكسلا عن مداومة ذكري بل استمرَّا عليه، والزماه كما وعدتما بذلك { كَيْ نُسَبِّحَكَ كَثِيرًا وَنَذْكُرَكَ كَثِيرًا } فإن ذكر الله فيه معونة على جميع الأمور، يسهلها، ويخفف حملها.

“Dan janganlah kalian berdua lalai dalam mengingat-Ku.”

Maksudnya janganlah kalian menjadi lemah dan jangan malas untuk tetap berdzikir kepada-Ku dengan konsisten dan beterusan. Jagalah perkara ini sebagaimana janji kalian berdua untuk tetap melakukannya:

 كَيْ نُسَبِّحَكَ كَثِيرًا (33) وَنَذْكُرَكَ كَثِيرًا (34)

“… Supaya kami banyak bertasbih kepada-Mu dan banyak mengingati-Mu.”

Sesungguhnya dzikir kepada Allah mendatangkan pertolongan dalam menangani seluruh urusan, menjadikannya mudah, dan meringankan beban yang dibawa.

{ اذْهَبَا إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى } أي: جاوز الحد، في كفره وطغيانه، وظلمه وعدوانه.

(Tafsir Ayat 43) “Pergilah kalian berdua kepada Fir’aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas.”

Maksudnya, telah melampaui batas dalam kekufurannya, kediktatorannya, kezalimannya, dan sikap permusuhannya.

{ فَقُولا لَهُ قَوْلا لَيِّنًا } أي: سهلا لطيفا، برفق ولين وأدب في اللفظ من دون فحش ولا صلف، ولا غلظة في المقال، أو فظاظة في الأفعال، { لَعَلَّهُ } بسبب القول اللين { يَتَذَكَّرُ } ما ينفعه فيأتيه، { أَوْ يَخْشَى } ما يضره فيتركه، فإن القول اللين داع لذلك، والقول الغليظ منفر عن صاحبه،

(Tafsir Ayat 44) “Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut…”

Yakni dengan perkataan yang lunak, lembut, dengan adab dan etika yang baik tanpa ada unsur kekejian, tidak untuk menunjuk kehebatan dan tanpa unsur kekerasan dalam perkataan, atau sikap kasar dalam tindakan. لَعَلَّهُ “Mudah-mudahan,” Yakni melalui perkataan yang lembut tersebut,  يَتَذَكَّر “dia pun beringat,” tentang perkara-perkara yang bermanfaat bagi dirinya hingga dia pun terdetik untuk melaksanakannya  أَوْ يَخْشَى“atau takut”, terhadap segala sesuatu yang membahayakan dirinya lalu dia pun meninggalkannya.

Sesungguhnya tutur kata yang lembut akan membawa kepada perubahan tersebut, dan tutur bicara yang kasar hanya akan membangkitkan sikap anti (tidak suka) di dalam dirinya.

وقد فسر القول اللين في قوله: { فَقُلْ هَلْ لَكَ إِلَى أَنْ تَزَكَّى * وَأَهْدِيَكَ إِلَى رَبِّكَ فَتَخْشَى }

Tutur kata yang lunak ini diperjelaskan dalam Firman Allah:

فَقُلْ هَلْ لَكَ إِلَى أَنْ تَزَكَّى (18) وَأَهْدِيَكَ إِلَى رَبِّكَ فَتَخْشَى

“Maka katakanlah (kepada Fir’aun), “Adakah keinginan bagimu untuk membersihkan diri (dari kesesatan). dan engkau akan aku pimpin ke jalan Rabb-mu agar engkau takut kepada-Nya.”.” (Surah An-Nazi’at, 79: 18-19)

فإن في هذا الكلام من لطف القول وسهولته وعدم بشاعته ما لا يخفى على المتأمل فإنه أتى بـ ” هل ” الدالة على العرض والمشاورة التي لا يشمئز منها أحد ودعاه إلى التزكي والتطهر من الأدناس التي أصلها التطهر من الشرك الذي يقبله كل عقل سليم ولم يقل ” أزكيك ” بل قال ” تزكى ” أنت بنفسك ثم دعاه إلى سبيل ربه الذي رباه وأنعم عليه بالنعم الظاهرة والباطنة التي ينبغي مقابلتها بشكرها وذكرها

Sesungguhnya ungkapan perkataan tersebut memuat sisi kelembutan dan kemudahan tanpa ada unsur keburukan yang sangat jelas sekali bagi orang yang merenunginya dengan baik. Beliau memulainya dengan kata  هَلْ “Adakah,” yang menandakan tawaran dan ajakan berbicara, yang tidak mungkin ada seorang pun membencinya. Beliau mengajaknya untuk menyucikan dan membersihkan diri dari kesyirikan yang mampu disambut oleh setiap akal yang sihat. Beliau tidak mengatakan, “Aku akan membersihkan dirimu.” Akan tetapi beliau mengatakan, تَزَكَّى  “engkau membersihkan diri,” Yakni engkaulah orang yang melaksanakannya.

Selanjutnya, beliau mengajaknya menuju jalan Rabb-nya yang telah memberi dan melimpahkan kenikmatan padanya dengan kenikmatan yang zahir dan yang bathin, yang sudah seharusnya membuat dia melahirkan rasa syukur dan mengingat nikmat-nikmat tersebut.

فقال { وَأَهْدِيَكَ إِلَى رَبِّكَ فَتَخْشَى } فلما لم يقبل هذا الكلام اللين الذي يأخذ حسنه بالقلوب علم أنه لا ينجع فيه تذكير فأخذه الله أخذ عزيز مقتدر

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

 وَأَهْدِيَكَ إِلَى رَبِّكَ فَتَخْشَى

“Dan engkau akan aku pimpin ke jalan Rabb-mu agar engkau takut kepada-Nya.”

Ketika dia enggan menerima perkataan yang lembut yang keindahannya mampu memikat hati, maka dapat difahami bahawa peringatan tersebut sudah tidak dikehendaki lagi baginya. Allah pun menyeksanya dengan seksaan Dzat Yang Maha Perkasa lagi Maha Kuasa.

{ قَالا رَبَّنَا إِنَّنَا نَخَافُ أَنْ يَفْرُطَ عَلَيْنَا } أي يبادرنا بالعقوبة والإيقاع بنا قبل أن تبلغه رسالاتك ونقيم عليه الحجة { أَوْ أَنْ يَطْغَى } أي يتمرد عن الحق ويطغى بملكه وسلطانه وجنده وأعوانه

(Tafsir Ayat 45) “Berkatalah mereka berdua, “Wahai Rabb kami, sesungguhnya kami bimbang bahawa dia akan langsung menyeksa kami..”

Yakni maksudnya langsung menyeksa dan menimpakannya pada kami sebelum kami sempat menyampaikan risalah-risalah-Mu kepadanya dan menegakkan hujah atas dirinya.

(Tafsir Ayat 45) “Atau akan bertambah kemelampauannya,”

Yakni maksudnya semakin angkuh terhadap kebenaran dan melampaui batas dengan kerajaan yang dia pegang, kekuasaannya, tentera-tenteranya, dan para penyokongnya.

{ قَالَ لا تَخَافَا } أن يفرط عليكما { إِنَّنِي مَعَكُمَا أَسْمَعُ وَأَرَى } أي أنتما بحفظي ورعايتي أسمع أقوالكما وأرى جميع أحوالكما فلا تخافا منه فزال الخوف عنهما واطمأنت قلوبهما بوعد ربهما

(Tafsir Ayat 46) “Allah berfirman, “Janganlah engkau berdua bimbang…”

Yakni jangan bimbang dia akan langsung menyeksa kalian berdua (kerana):

 إِنَّنِي مَعَكُمَا أَسْمَعُ وَأَرَى

“… sesungguhnya Aku bersama kalian berdua, yakni Aku mendengar dan melihat…”

Yakni maksudnya kalian berdua di bawah perlindungan dan perhatian-Ku dari (kejahatan)-nya. Aku mendengar perkataan kalian berdua, dan melihat setiap keadaan kalian berdua, maka janganlah kalian takut. Maka rasa takut pun sirna dari mereka serta hati mereka juga turut menjadi tenteram dengan janji Rabb mereka.”

Sekian nukilan.

akhlak_yang_baik_indah