Orang Beriman Tidak Akan Menghadiri Perayaan Kaum Kafir

Orang Beriman Tidak Akan Menghadiri Perayaan Kaum Kafir

Abu Numair
www.ilmusunnah.com

Dalam Al-Qur’an ketika Allah Subhanahu wa Ta’ala menyebutkan sifat-sifat ‘ibadur-rahman (para hamba Allah yang Maha Pengasih, iaitu orang-orang yang dikasihi Allah), di antara sifatnya adalah:

وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا

“…(iaitu) orang-orang yang tidak menyaksikan (menghadiri) az-zuur. Dan apabila mereka melewati pada sesuatu yang lagha, mereka hanya melintas dengan menjaga kehormatan dirinya.” (Surah al-Furqaan, 25: 72)

Muhammad Al-Hanafiyah berkata tentang maksud kata “الزُّورَ”:

اللهو والغناء

“Iaitu hiburan dan nyanyi-nyanyian.”

‘Amru bin Qais rahimahullah (ulama Tabi’in) berkata tentang maksud ayat “الزُّورَ”:

هي مجالس السوء والخنا

“Ia adalah majlis-majlis keburukan dan penuh kata-kata tercela.” (Tafsir Ibnu Katsir, 6/130)

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) mengatakan bahawa:

وهذه أيضا من صفات عباد الرحمن، أنهم: { لا يَشْهَدُونَ الزُّورَ } قيل: هو الشرك وعبادة الأصنام. وقيل: الكذب، والفسق، واللغو، والباطل

“Dan dari sini juga menunjukkan sebahagian dari sifat-sifat ‘ibadurrahman itu adalah mereka “Tidak menyaksikan “الزُّورَ”.” Sebahagian pendapat mengatakan “الزُّورَ” itu adalah kesyirikan dan penyembahan terhadap berhala. Dikatakan juga bahawa maksudnya adalah kedustaan, kefasikan, perkara-perkara lagha, dan kebathilan.”

Maksudnya, para ‘ibadurrahman iaitu para hamba yang dikasihi lagi disayangi oleh Allah itu mereka tidak menyaksikan atau menghadiri majlis-majlis yang diisi dengan kesyirikan, kemungkaran, kebathilan, pemujaan terhadap berhala, majlis-majlis keburukan, nyanyi-nyanyian, serta majlis-majlis yang diisi dengan kata-kata tercela.

Kata Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H):

وقال أبو العالية، وطاوس، ومحمد بن سيرين، والضحاك، والربيع بن أنس، وغيرهم: هي أعياد المشركين

“Berkata Abu Al-‘Aliyyah, Thawus, Muhammad bin Sirin, Adh-Dhohhaak, Ar-Rabii’ bin Anas, dan selain mereka, “(Termasuk) maksud “الزُّورَ” adalah perayaan (atau hari-hari kebesaran) kaum musyrikiin (orang-orang kafir).” (Tafsir Ibnu Katsir, 6/130)

Demikian juga sebagaimana kata sahabat Nabi; Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu:

الزُّورُ عِيدُ الْمُشْرِكِينَ

““الزُّورَ” adalah perayaan kaum musyrikiin.” (Ahkam Ahl Adz-Dzimmah oleh Ibn Al-Qayyim, 3/1244)

Asy-Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir As-Si’di rahimahullah menjelaskan, “Az-zuur, iaitu perbuatan dan ucapan yang diharamkan. Para ‘ibadur-Rahman (para hamba yang dikasihi Allah) meninggalkan segala bentuk majlis yang mengandungi ucapan atau perbuatan yang diharamkan, seperti mempertikaikan ayat-ayat Allah, berdebat dengan kebathilan, ghibah (mengumpat), namimah (adu-domba), cela-mencela, membuat tuduhan tidak baik, mengolok-ngolok, nyanyian yang diharamkan, meminum khamar, penghamparan sutra, gambar-gambar, dan yang semisal dengan itu.” (Taisiir Al-Kariim Ar-Rahmaan fii Tafsiir Kalaam Al-Mannaan, m/s. 588 – Daar Ibn al-Jauzi)ucap selamat perayaan kafir

Maksudnya di sini, ‘ibadur-Rahman (para hamba yang dikasihi Allah) itu adalah mereka yang tidak menghadiri dan tidak terlibat dengan sebarang majlis-majlis kesyirikan serta perayaan-perayaan kaum kafir.

Dari sisi lain, perbuatan menghadiri, meraikan, atau ucap tahniah bersempena perayaan kaum kafir, itu semua mengandungi maksud redha, suka-cita, dan bertolong-tolongan dalam menzahirkan syi’ar-syi’ar kekafiran, kesyirikan, penyembahan terhadap thaghut, kebid’ahan, dan hal-hal tercela yang dimurkai oleh Allah.

Al-Imam Abu Al-Qasim Hibatullah Al-Laalikaa’i Asy-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 418H) berkata:

وَلَا يَجُوزُ لِلْمُسْلِمِينَ أَنْ يَحْضُرُوا أَعْيَادَهُمْ؛ لِأَنَّهُمْ عَلَى مُنْكَرٍ وَزُورٍ

“Dan tidak-lah boleh bagi kaum muslimin menghadiri perayaan-perayaan mereka (musyrikin) kerana mereka itu sedang melakukan mungkar dan zuur (majlis kesyirikan dan hal-hal tercela).” (Ahkam Ahl Adz-Dzimmah, 3/1245)

Dari kalangan ulama Mazhab Ahmad, mereka mengatakan:

وَيَحْرُمُ شُهُودُ عِيدِ الْيَهُودِ وَالنَّصَارَى وَغَيْرِهِمْ مِنْ الْكُفَّارِ

“Adalah haram menyaksikan (menghadiri) perayaan Yahudi dan Nashaara, dan yang selain mereka dari perayaan-perayaan (atau sambutan hari-hari kebesaran) orang-orang kafir.” (Kasyaaf Al-Qinaa’ ‘an Matan Al-Iqnaa’ oleh Al-Bahuuti, 8/336)

Termasuk contoh-contoh perayaan atau hari-hari kebesaran kaum kafir adalah seperti sambutan Tahun Baru Cina (Chinese New Year), Krismas, Deepavali, sambutan Tahun Baru Masehi, Thaipusam, Chap Goh Mei, Valentine Day, Halloween, dan yang lainnya. Di zaman Rasulullah dan pemerintahan Islam generasi awal, syi’ar-syi’ar perayaan-perayaan kaum kafir seperti ini sama sekali tidak dibenarkan dizahirkan sedikitpun di dalam wilayah kekuasaan Islam.

Kata Al-Hafiz Ibn Al-Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H):

وَكَمَا أَنَّهُمْ لَا يَجُوزُ لَهُمْ إِظْهَارُهُ فَلَا يَجُوزُ لِلْمُسْلِمِينَ مُمَالَاتُهُمْ عَلَيْهِ وَلَا مُسَاعَدَتُهُمْ وَلَا الْحُضُورُ مَعَهُمْ بِاتِّفَاقِ أَهْلِ الْعِلْمِ الَّذِينَ هُمْ أَهْلُهُ.

“Sebagaimana mereka tidak dibenarkan menzahirkan syi’ar-syi’ar kekafiran mereka, maka tidak boleh juga bagi kaum Muslimin menzahirkan rasa gembira atas perayaan mereka, tidak boleh membantu mereka (dalam kekafiran), dan tidak boleh juga menghadiri majlis-majlis mereka dengan ittifaq (kesepakatan) ahli ilmu.” (Ahkam Ahl Adz-Dzimmah, 3/1245)

Selain itu, terdapat hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

إِنَّ لِكُلِّ قَوْمٍ عِيدًا وَهَذَا عِيدُنَا

“Sesungguhnya bagi setiap kaum (agama atau bangsa) ada perayaannya, dan hari ini (‘Iedul ‘adha) adalah perayaan kita.” (Shahih Al-Bukhari, no. 952. Muslim, no. 892)

Ini dijelaskan lagi dengan hadis daripada Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, di mana beliau berkata:

قَدِمَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ وَلَهُمْ يَوْمَانِ يَلْعَبُونَ فِيهِمَا فِي الْجَاهِلِيَّةِ، فَقَالَ: إِنَّ اللهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا: يَوْمَ الْفِطْرِ، وَيَوْمَ النَّحْرِ

“Ketika mula-mula Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam datang ke Madinah, penduduk Madinah ketika itu memiliki dua hari khusus untuk bergembira yang padanya mereka selalu bermain-main di masa Jahiliyah. Maka beliau kemudian bersabda:

“Sesungguhnya Allah telah mengganti dua hari tersebut dengan yang lebih baik lagi darinya. Iaitu ‘Ied Al-Fithri dan hari An-Nahr (‘Ied Al-Adh-ha).” (Musnad Ahmad, no. 12006. Dinilai sahih oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar, Al-Albani dan Syu’aib Al-Arnauth)trinity kafir

Manakala lafaz dalam Sunan Abi Dawud:

قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ وَلَهُمْ يَوْمَانِ يَلْعَبُونَ فِيهِمَا، فَقَالَ: مَا هَذَانِ الْيَوْمَانِ؟ قَالُوا: كُنَّا نَلْعَبُ فِيهِمَا فِي الْجَاهِلِيَّةِ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ” إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا: يَوْمَ الْأَضْحَى، وَيَوْمَ الْفِطْرِ

“Ketika mula-mula Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam datang ke Madinah, penduduk Madinah masih mengadakan dua perayaan yang mereka raikan untuk bersenang-senang lagi bersuka-ria. Rasulullah bertanya, “Hari apakah dua hari ini?” Mereka jawab, “Pada masa jahiliyyah, kami biasa bergembira pada dua hari tersebut.” Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun bersabda:

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan dengan dua hari yang lebih baik untuk kalian, iaitu ‘Iedul Adh-ha dan ‘Iedul Fithri.” (Sunan Abi Dawud, no. 1134)

Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah (Wafat: 852H):

واستنبط منه كراهة الفرح في أعياد المشركين والتشبه بهم وبالغ الشيخ أبو حفص الكبير النسفي من الحنفية فقال من أهدى فيه بيضة إلى مشرك تعظيما لليوم فقد كفر بالله تعالى

“Berdasarkan hadis ini, diambil ketetapan hukum dilarangnya melahirkan rasa gembira sempena perayaan (hari-hari kebesaran) kaum musyrikin dan meniru-niru (atau menyerupai) mereka (dalam perayaan). Dan disampaikan oleh Syaikh Abu Hafs Al-Kabir An-Nasafi dari kalangan ulama mazhab Hanafi, beliau menegaskan, “Menghadiahkan walau sebutir telur kepada orang-orang musyrik sebagai tanda penghormatan terhadap perayaan mereka, maka bererti dia telah kafir terhadap Allah Ta’ala.”.” (Fath Al-Bari Syarh Shahih Al-Bukhari, 2/442)

Al-Imam Al-Baihaqi meriwayatkan bahawa ‘Umar bin Al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu berkata:

اجْتَنِبُوا أَعْدَاءَ اللهِ فِي عِيدِهِمْ

“Jauhilah musuh-musuh Allah (yakni orang-orang kafir) pada hari raya mereka.” (As-Sunan Al-Kubra oleh Al-Baihaqi, no. 18862)

Maka, setelah jelas demikian halnya; Tinggalkanlah syi’ar-syi’ar jahiliyyah dan kekafiran tersebut. Allah telah memuliakan kita dengan Islam, dan Allah telah memberikan kepada kita dua hari raya untuk bergembira sebagai ganti dari hari-hari perayaan jahiliyyah atau perayaan kaum kafir yang penuh kesia-siaan, tercela, penuh maksiat, kemungkaran, kebid’ahan, dan kesyirikkan. Maka, muliakanlah diri kita dengan Islam, dan bergembiralah, bersyukurlah, dan terimalah dengan apa yang telah Allah kurniakan untuk kita, sebagai umat Islam.

Jadi demikianlah hendaknya, apabila Allah Ta’ala sendiri telah menggantikan untuk kita dengan hari yang lebih baik lagi, dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersama para sahabatnya pun telah meninggalkan perayaan-perayaan jahiliyyah tersebut, maka apa perlunya kita terhegeh-hegeh untuk meraikan dan bersukacita dengan hari-hari perayaan kaum kafir tersebut? Cukupkanlah diri kita dengan kemuliaan yang ada pada Islam.

Sebagaimana kata ‘Umar bin Al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu:

إِنَّا قَوْمٌ أَعَزَّنَا اللَّهُ بِالإِسْلاَمِ، فَلَنْ نَبْتَغِيَ الْعِزَّةَ بِغَيْرِهِ

“Sesungguhnya kami adalah kaum yang Allah muliakan dengan Islam, maka tidaklah kami mencari kemuliaan dengan yang selainnya.” (Al-Mustadrak Al-Hakim, no. 208)

Bahkan kata Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, kerendahan dan kehinaan-lah bagi mereka yang berpaling dari Islam, iaitu bagi mereka yang berpaling dari petunjuk beliau sebagaimana dalam sabdanya:

وَجُعِلَ الذِّلَّةُ، وَالصَّغَارُ عَلَى مَنْ خَالَفَ أَمْرِي، وَمَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

“Dijadikan KERENDAHAN dan KEHINAAN ke atas sesiapa yang menyelisihi perintahku. Dan sesiapa yang tasyabbuh iaitu menyerupai sesuatu kaum (dalam hal yang menjadi kekhususan kaum kafir – pent.) maka dia termasuk ke dalamnya (ke dalam kaum tersebut).” (Musnad Ahmad, no. 5114, 5115. Dinilai sahih oleh Ahmad Syakir)

Dengan itu, kewajiban bagi umat Islam adalah mendakwahi orang-orang kafir kepada Islam atas kemampuan dan usaha yang gigih. Bukan sebaliknya dengan menzahirkan rasa redha terhadap kekafiran mereka, meniru-niru budaya mereka, gembira atas penyembahan mereka terhadap berhala, dan membantu mereka dalam kekafiran. Subhanallah, hal-hal seperti itu amat mencemarkan kesucian tauhid, bahkan boleh menjerumuskan ke dalam kekafiran.

Berkata ulama dari kalangan mazhab Hanafi:

وَيَكْفُرُ بِخُرُوجِهِ إلَى نَيْرُوزِ الْمَجُوسِ وَالْمُوَافَقَةِ مَعَهُمْ فِيمَا يَفْعَلُونَهُ فِي ذَلِكَ الْيَوْمِ وَبِشِرَائِهِ يَوْمَ نَيْرُوزِ شَيْئًا لَمْ يَكُنْ يَشْتَرِيهِ قَبْلَ ذَلِكَ تَعْظِيمًا لِلنَّيْرُوزِ لَا لِلْأَكْلِ وَالشُّرْبِ وَبِإِهْدَائِهِ ذَلِكَ الْيَوْمِ لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ بَيْضَةً تَعْظِيمًا لِذَلِكَ الْيَوْمِ

“Dan menjadi kafir seseorang muslim dengan sebab dia menyertai perayaan kaum Majusi dan mengikuti apa yang mereka lakukan pada hari tersebut, dan demikian juga menjadi kafir dia jika dia membeli sesuatu sempena hari Nairuz yang dia tidak pernah membelinya pada hari lain bertujuan memuliakan hari tersebut bukan kerana dia mahu memakan atau meminumnya pada hari tersebut, dan jadi kafir dia dengan memberi hadiah walaupun sebiji telur kepada kaum musyrikin pada perayaan mereka kerana memuliakan hari tersebut.” (Majma’ Al-Anhar fi Syarhi Multaqal Abhar, 4/449 – Maktabah Syamilah)menyerupai suatu kaum

Dari kalangan mazhab Malik mengatakan:

(ولعب نيروز) أي أن اللعب في يوم النيروز وهو أول يوم من السنة القبطية مانع من قبول الشهادة وهو من فعل الجاهلية والنصارى

“(Bermain-main di hari nairuz), iaitu berseronok dan bergembira sempena perayaan (pesta) Nairuz iaitu awal Tahun masyarakat Qibti, ia menjadi sebab terhalangnya seseorang menjadi saksi (dalam mahkamah) kerana ia termasuk amalan orang-orang Jahiliyah dan Nashaara (Kristian).” (Asy-Syarhul Kabir oleh Abul Barakat Ahmad Al-‘Adawi, 4/181)

Orang-orang Kafir Dilarang Menzahirkan Syi’ar Kekafiran

Kata Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) berkaitan kedudukan orang-orang kafir di negara Islam:

ويمنعون من اظهار الخمر والخنزير وضرب النواقيس والجهر بالتوراة والانجيل وإظهار الصليب واظهار أعيادهم ورفع الصوت على موتاهم

“Dan adalah dilarang bagi mereka itu (orang-orang kafir yang menetap di negara Islam) dari tindakan menzahirkan al-khamr (arak atau minuman-minuman keras mereka), babi, membunyikan loceng, menguatkan (memperdengarkan) bacaan Taurat dan Injil (atau kitab-kitab agama mereka), menzahirkan salib serta menzahirkan perayaan mereka, serta menguatkan suara ratapan mayat.” (Al-Majmu’ Syarh Al-Muhadzdzab oleh An-Nawawi, 19/412)

Syaikh Al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) berkata:

أنه قد تقدم في شروط عمر رضي الله عنه التي اتفقت عليها الصحابة وسائر الفقهاء بعدهم أن أهل الذمة من أهل الكتاب لا يظهرون أعيادهم في دار الإسلام وسموا الشعانين والباعوث فإذا كان المسلمون قد اتفقوا على منعهم من إظهارها فكيف يسوغ للمسلمين فعلها أو ليس فعل المسلم لها أشد من فعل الكافر لها مظهرا لها

“Bahawasanya telah berlalu pada pensyaratan ‘Umar radhiyallahu ‘anhu yang mana telah disepakati atasnya oleh para sahabat dan seluruh fuqaha’ setelah mereka bahawa ahli dzimmah dari kalangan ahli kitab tidak boleh menzahirkan (atau menampakkan) perayaan (atau hari-hari besar) mereka di negara Islam… Jika kaum muslimin telah bersepakat pada melarang orang kafir dari menzahirkan hari raya (atau hari-hari kebesaran) mereka, jadi bagaimana mungkin dibolehkan bagi seorang muslim untuk merealisasikan (atau menjayakan)nya? Maka sudah tentu perbuatan seorang muslim adalah lebih buruk dari perbuatan kaum kafir pada menzahirkannya.” (Iqtidha’ Ash-Shirath Al-Mustaqim, 1/199)

Memang demikianlah sepatutnya kedudukan ahli zimmah, iaitu orang-orang kafir yang menetap di dalam sesebuah negara Islam. Mereka tidak dibenarkan menzahirkan agama mereka kepada umum dan tidak dibenarkan mendakwahkannya kepada umat Islam, apatah lagi menzahirkan syi’ar-syi’ar kebesaran agama mereka secara umum seolah-olah negara Islam ini adalah milik mereka.

Namun yang berlaku pada hari ini atas faktor kelemahan dan kejahilan umat Islam sendiri adalah sebaliknya, mereka bebas sebagaimana bebasnya umat Islam, malah kadang-kadang mereka naik kepala sampai bertindak biadap. Sehingga umat Islam sendiri bersama-sama meraikan, membantu (dalam kekafiran), dan merayakan syi’ar-syi’ar kekafiran dan kesesatan mereka. Sedangkan hal tersebut termasuk dosa yang besar, lebih besar dari dosa minum arak, berzina, dan membunuh, yang mana dosa syirik itu adalah termasuk sebesar-besar dosa dan kezaliman. Ini antaranya sebagaimana ditegaskan oleh Imam Ibn Al-Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H):

وَأَمَّا التَّهْنِئَةُ بِشَعَائِرِ الْكُفْرِ الْمُخْتَصَّةِ بِهِ فَحَرَامٌ بِالِاتِّفَاقِ مِثْلَ أَنْ يُهَنِّئَهُمْ بِأَعْيَادِهِمْ وَصَوْمِهِمْ، فَيَقُولَ: عِيدٌ مُبَارَكٌ عَلَيْكَ، أَوْ تَهْنَأُ بِهَذَا الْعِيدِ، وَنَحْوَهُ، فَهَذَا إِنْ سَلِمَ قَائِلُهُ مِنَ الْكُفْرِ فَهُوَ مِنَ الْمُحَرَّمَاتِ، وَهُوَ بِمَنْزِلَةِ أَنْ يُهَنِّئَهُ بِسُجُودِهِ لِلصَّلِيبِ، بَلْ ذَلِكَ أَعْظَمُ إِثْمًا عِنْدَ اللَّهِ وَأَشَدُّ مَقْتًا مِنَ التَّهْنِئَةِ بِشُرْبِ الْخَمْرِ وَقَتْلِ النَّفْسِ وَارْتِكَابِ الْفَرْجِ الْحَرَامِ وَنَحْوِهِ.

وَكَثِيرٌ مِمَّنْ لَا قَدْرَ لِلدِّينِ عِنْدَهُ يَقَعُ فِي ذَلِكَ، وَلَا يَدْرِي قُبْحَ مَا فَعَلَ، فَمَنْ هَنَّأَ عَبْدًا بِمَعْصِيَةٍ أَوْ بِدْعَةٍ أَوْ كُفْرٍ فَقَدْ تَعَرَّضَ لِمَقْتِ اللَّهِ وَسَخَطِهِ

“Adapun mengucapkan Tahniah (ucap selamat) bersempena Syi’ar-syi’ar Kufur yang khusus dengan mereka maka ini adalah HARAM dengan KESEPAKATAN ulama seperti: Mengucapkan Tahniah sempena PERAYAAN mereka atau Puasa mereka, yang mana dia berkata:

“Selamat Hari Raya.”, “Tahniah sempena perayaan ini.”, dan seumpamanya, maka perbuatan ini jika yang mengucapkannya tersebut selamat dari kufur maka ia tidak lepas dari perbuatan yang HARAM dan dia sama seperti orang yang mengucapkan tahniah kepada kaum kafir sempena si kafir itu bersujud kepada Salib bahkan perbuatan itu lebih besar dosanya di sisi Allah dan lebih dibenci di sisi Allah berbanding seseorang yang mengucapkan tahniah atas sebab seseorang itu meminum arak, membunuh orang, berzina, dan seumpamanya.

Dan kebanyakan orang yang tidak memiliki penghargaan terhadap agama, mereka terjebak dalam perkara ini dan dia tidak sedar betapa kejinya perbuatannya tersebut, maka sesiapa yang mengucapkan tahniah kepada seseorang sempena perbuatan maksiat, atau bid’ah, atau kufur, maka dia telah terdedah kepada kebencian Allah yang amat dahsyat dan kemurkaan-Nya.” (Ahkam Ahl Adz-Dzimmah, 1/441 – Rujuk teks penuh beliau di, https://ilmusunnah.com/?p=8987)

Bahkan pada acara serta perbuatan tersebut turun kemurkaan Allah yang amat besar. Ini antaranya sebagaimana kata ‘Umar Al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu:

لاَ تَعَلَّمُوا رَطَانَةَ الأَعَاجِمِ وَلاَ تَدْخُلُوا عَلَى الْمُشْرِكِينَ فِى كَنَائِسِهِمْ يَوْمَ عِيدِهِمْ فَإِنَّ السُّخْطَةَ تَنْزِلُ عَلَيْهِمْ

“Janganlah kamu belajar lenggok bahasa ‘aajam dan jangan masuk kepada (majlis-majlis) orang-orang kafir di tempat-tempat ibadat mereka di hari-hari perayaan mereka kerana kemurkaan Allah sedang turun kepada mereka.” (Sunan Al-Kubra oleh Al-Baihaqi, no. 18861. Mushannaf Ibnu Abi Syaibah, no. 26281. Mushannaf ‘Abdurrazzaq, no. 1609)

Syaikh Al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) menukil atsar ‘Umar ini pada kitab atau fatwanya, di mana beliau berkata:

 وَقَدْ رَوَى البيهقي بِإِسْنَادِ صَحِيحٍ فِي بَابِ كَرَاهِيَةِ الدُّخُولِ عَلَى الْمُشْرِكِينَ يَوْمَ عِيدِهِمْ فِي كَنَائِسِهِمْ؛ وَالتَّشَبُّهِ بِهِمْ يَوْمَ نيروزهم وَمَهْرَجَانِهِمْ – عَنْ سُفْيَانَ الثَّوْرِيِّ عَنْ ثَوْرِ بْنِ يَزِيدَ عَنْ عَطَاءِ بْنِ دِينَارٍ قَالَ: قَالَ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ – رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ” لَا تَعَلَّمُوا رَطَانَةَ الْأَعَاجِمِ وَلَا تَدْخُلُوا عَلَى الْمُشْرِكِينَ فِي كَنَائِسِهِمْ يَوْمَ عِيدِهِمْ فَإِنَّ السُّخْطَ يَنْزِلُ عَلَيْهِمْ “فَهَذَا عُمَرَ قَدْ نَهَى عَنْ تَعَلُّمِ لِسَانِهِمْ وَعَنْ مُجَرَّدِ دُخُولِ الْكَنِيسَةِ عَلَيْهِمْ يَوْمَ عِيدِهِمْ فَكَيْفَ مَنْ يَفْعَلُ بَعْضَ أَفْعَالِهِمْ ؟ أَوْ قَصَدَ مَا هُوَ مِنْ مُقْتَضَيَاتِ دِينِهِمْ ؟ أَلَيْسَتْ مُوَافَقَتُهُمْ فِي الْعَمَلِ أَعْظَمُ مِنْ مُوَافَقَتِهِمْ فِي اللُّغَةِ ؟ أو لَيْسَ عَمَلُ بَعْضِ أَعْمَالِ عِيدِهِمْ أَعْظَمُ مِنْ مُجَرَّدِ الدُّخُولِ عَلَيْهِمْ فِي عِيدِهِمْ وَإِذَا كَانَ السُّخْطُ يَنْزِلُ عَلَيْهِمْ يَوْمَ عِيدِهِمْ بِسَبَبِ عَمَلِهِمْ فَمَنْ يُشْرِكُهُمْ فِي الْعَمَلِ أَوْ بَعْضِهِ أَلَيْسَ قَدْ تَعَرَّضَ لِعُقُوبَةِ ذَلِكَ. ثُمَّ قَوْلُهُ : ” اجْتَنِبُوا أَعْدَاءَ اللَّهِ فِي عِيدِهِمْ ” أَلَيْسَ نَهْيًا عَنْ لِقَائِهِمْ وَالِاجْتِمَاعِ بِهِمْ فِيهِ ؟ فَكَيْفَ بِمَنْ عَمِلَ عِيدَهُمْ وَقَالَ ابْنِ عُمَرَ فِي كَلَامٍ لَهُ : مَنْ صَنَعَ نيروزهم وَمَهْرَجَانَهُمْ وَتَشَبَّهَ بِهِمْ حَتَّى يَمُوتَ حُشِرَ مَعَهُمْ . وَقَالَ عُمَرَ : اجْتَنِبُوا أَعْدَاءَ اللَّهِ فِي عِيدِهِمْ . وَنَصَّ الْإِمَامِ أَحْمَد عَلَى أَنَّهُلَا يَجُوزُ شُهُودُ أَعْيَادِ الْيَهُود وَالنَّصَارَى وَاحْتَجَّ بِقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى : { وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ }

“Sebagaimana diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dengan isnad yang sahih pada bab dibencinya masuk ke tempat (atau majlis-majlis) kaum musyrikin pada hari raya mereka di rumah-rumah ibadat (atau gereja-gereja) mereka, dan dibencinya bertasyabbuh dengan mereka pada hari Nairuz (sambutan tahun baru mereka – pent.) dan mihrajan mereka (sejenis perayaan tahun baru juga – pent.).

Daripada Sufyan Ats-Tsauri daripada Tsaur bin Yazid daripada ‘Athaa’ bin Dinaar, beliau berkata, ‘Umar bin Al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu berkata:

“Janganlah kamu belajar lenggok bahasa ‘aajam dan jangan masuk ke tempat-tempat (atau majlis-majlis) orang-orang kafir di tempat-tempat ibadat mereka di hari-hari perayaan mereka kerana kemurkaan Allah sedang turun kepada mereka.”

“Maka pada yang demikian ‘Umar dengan tegas melarang dari mempelajari bahasa mereka (yakni mempelajari, membanggakannya, atau menuturkannya tanpa sebab – pent.) dan melarang dari memasuki rumah-rumah ibadat (atau gereja) mereka pada hari perayaan mereka, lalu bagaimana pula bagi siapa yang melakukan sebahagian dari amalan-amalan atau perbuatan mereka (sempena hari raya mereka – pent.)? Atau melakukan apa yang menjadi tuntutan atau tujuan dari agama mereka?

Bukankah persetujuan (atau penyerupaan) mereka dalam perkara amalan lebih besar (dahsyatnya) berbanding hanya sekadar persetujuan (atau penyerupaan) pada hal mempelajari bahasa?

Bukankah melakukan sebahagian dari amalan-amalan bersempena perayaan mereka lebih besar (dahsyatnya) berbanding sekadar masuk ke tempat-tempat mereka pada hari raya mereka.

Apabila kemurkaan Allah turun atas mereka pada hari kebesaran mereka disebabkan amal perbuatan mereka, maka siapa yang berserikat dengan mereka (atau menyerupai mereka) pada amalan atau sebahagiannya, tidakkah mereka takut akan terdedah pada ancaman kemurkaan dan akibat yang serupa?”

“Kemudian perkataan ‘Umar, “Jauhilah musuh-musuh Allah pada hari-hari perayaan mereka.” Tidakkah ini merupakan larangan dari menemui mereka dan berkumpul-kumpul dengan mereka pada hari-hari perayaan mereka? Lalu bagaimana bagi siapa yang meraikan perayaan mereka? Berkata Ibn ‘Umar:

“Siapa yang membuat (atau meraikan) hari Nairuz mereka dan sambutan mihrajan mereka, dan bertasyabbuh dengan mereka (yakni menyerupai mereka) sampai datang kematian pada mereka, maka mereka akan dihimpunkan bersama-sama (pada hari Kiamat).”Orang beriman dan kafir tidak akan bersatu

Dan ‘Umar berkata:

“Jauhilah musuh-musuh Allah pada hari perayaan mereka.”

Dan Imam Ahmad mengegaskan bahawa tidak dibenarkan menyaksikan (atau menghadiri) perayaan Yahudi mahupun Nashara, dan ini berdasarkan firman Allah Ta’ala:

“(‘Ibadadurrahman) itu adalah mereka yang tidak menghadiri (atau menyaksikan) az-zuur…”. (Majmu’ Al-Fatawa, 25/325-326. Iqtidha’ Ash-Shirath Al-Mustaqim, 1/200)

Al-Hafiz Ibnu Rajab Al-Hanbali rahimahullah (Wafat: 795H) juga pernah mengingatkan sebagaimana dalam salah satu tulisan beliau:

“Orang yang melakukan maksiat adalah orang yang membawa keburukan (nasib malang) pada dirinya dan orang lain, kerana dibimbangi adzab akan diturunkan kepadanya, lalu adzab tersebut menimpa manusia secara merata, khususnya bagi orang yang tidak mengingkari perbuatan pelaku maksiat tersebut. Dari itu, menjauhi pelaku tersebut adalah kewajiban. Jika kekejian telah berleluasa (bermaharajalela), maka semua manusia akan celaka.

Demikian juga dianjurkan untuk menjauhi tempat-tempat maksiat dan bencana yang akan ditimbulkan, kerana dibimbangi tertimpa adzab. Sebagaimana perkataan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kepada para sahabatnya, pada ketika melintasi perkampungan kaum Tsamud di Al-Hijr. Kata beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

لاَ تَدْخُلُوا مَسَاكِنَ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ، إِلَّا أَنْ تَكُونُوا بَاكِينَ، أَنْ يُصِيبَكُمْ مِثْلُ مَا أَصَابَهُمْ

“Janganlah kalian memasuki (tempat) orang-orang yang menzalimi diri mereka sendiri, melainkan kalian dalam keadaan menangis kerana dibimbangi musibah (adzab) yang telah menimpa mereka juga akan menimpa kalian.” (Shahih Al-Bukhari, no. 3381. Muslim, no. 2980). (Lathaa’if Al-Ma’aarif fiimaa li Mawaasim Al-Aam min Al-Wadzaa’if, m/s. 154-156 – Daar Ibnu Katsir, Cet. 5, Tahqiq Yaasiin Muhammad As-Sawaas)

Kemudian,

Dari atsar sahabat Nabi, ‘Abdullah bin ‘Amru bin Al-‘Aash radhiyallahu ‘anhuma, kata beliau:

مَنْ بَنَى بِبِلَادِ الْأَعَاجِمِ وَصَنَعَ نَيْرُوزَهُمْ وَمِهْرَجَانَهُمْ وَتَشَبَّهَ بِهِمْ حَتَّى يَمُوتَ وَهُوَ كَذَلِكَ حُشِرَ مَعَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Sesiapa yang tinggal di negeri orang kafir, menyambut perayaan Nairuz mereka (pesta tahun baru – pent.) dan menyambut hari mihrajan mereka (sejenis perayaan majusi) serta meniru cara hidup mereka sehingga dia mati dalam keadaan tersebut, maka dia akan dihimpunkan pada hari kiamat bersama-sama mereka.” (As-Sunan Al-Kubra oleh Al-Baihaqi, no. 18863. Dinilai sahih oleh Ibnu Taimiyyah)

Ini sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

المَرْءُ مَعَ مَنْ أَحَبَّ يَوْمَ القِيَامَةِ

“Di hari kiamat kelak, seseorang itu bersama siapa yang dia cintai.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 3535. Dinilai sahih oleh At-Tirmidzi)

Dalam hadis yang lain:

الرَّجُلُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ، فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلُ

“Seseorang akan dikumpulkan (pada hari kiamat) berdasarkan agama teman rapatnya, maka hendaklah salah seorang daripada kalian melihat betul-betul siapa yang menjadi teman rapatnya.” (Sunan Abi Dawud, no. 4833. At-Tirmidzi, no. 2378. Dinilai hasan oleh Al-Albani)

Kerana jika yang dia cintai atau yang dijadikan sebagai sahabat qarib itu adalah orang-orang kafir dengan cara mencintai, menzahirkan rasa suka, dan redha terhadap syi’ar-syi’ar kekafirannya, maka dia termasuk dalam maksud hadis ini.

Ingatlah bahawa bagi kita adalah agama kita, yakni agama tauhid, agama Islam yang mana hanya dengannyalah kita akan mulia dengan cara mengabdikan diri hanya kepada Allah. Oleh itu, peganglah baik-baik jangan sampai ternoda. Dan bagi mereka (orang-orang kafir), adalah agama dan kepercayaan mereka. Dengannya mereka akan dihinakan oleh Allah.

Adapun mereka yang mendakwa menghadiri perayaan-perayaan kaum kafir atas dasar konon mahu mengeratkan hubungan, melembutkan hati mereka, dan untuk tujuan melakukan dakwah, maka itu semua adalah dusta. Dakwah tidak akan berlangsung dalam keadaan mereka sendiri melakukan kemungkaran.

Bukankah banyak lagi hari dan waktu yang lain, namun kenapa hanya ditunggu hari-hari perayaan mereka yang di ketika itu adalah kemuncak pesta-pesta mereka bermaksiat kepada Allah baru mahu bercakap soal dakwah?

Kita di dalam Islam sememangnnya dituntut berbuat baik kepada mereka secara umum, maka tunjukkanlah kebaikan tersebut. Namun bukan-lah dimaksudkan berbuat baik itu dalam rangka bertolong-tolongan dan saling meraikan atau menzahirkan kegembiraan atas syi’ar-syi’ar kekufuran mereka!

Syubhat dan Pencerahan Ucapan Tahniahamal pelaku syirik menjadi debu

Dalam Al-Qur’an, Allah Ta’ala berfirman:

وَإِذَا حُيِّيتُمْ بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ حَسِيبًا

“Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan suatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik darinya, atau balaslah dia (dengan yang setara). Sesungguhnya Allah sentiasa menghisab segala sesuatu.” (Surah An-Nisaa’, 4: 86)

Sebahagian orang ada yang menggunakan dalil Al-Qur’an ini sebagai dalil keharusan atau dalil bolehnya memberi dan menjawab ucapan tahniah (wish) sempena perayaan kaum kafir.

Namun hal ini dapat dijawab sebagai berikut:

1, Perlu diketahui bahawa perayaan dan hari-hari kebesaran kaum kafir bukanlah majlis yang baik di sisi Islam, dan ini telah dijelaskan sebagaimana di atas di mana ia termasuk Az-Zuur. Iaitu ia adalah termasuk penzahiran syi’ar kekafiran, kesyirikkan, dan kemaksiatan terhadap Allah.

2, Maka, ucapan tahniah dan segala sarana yang mengarahkan kepada penjayaan atau penzahiran sambutan tersebut adalah hal yang haram lagi terlarang sebagaimana dijelaskan oleh Imam Ibn Al-Qayyim di atas berdasarkan kesepakatan para ulama.

3, Hakikatnya, ucapan tahniah bersempena dengan perayaan kaum kafir itu bukanlah ucapan penghormatan dan kebaikan sama sekali, sebaliknya ia adalah ucapan yang mengandungi maksud redha, sambutan, suka-cita, dan penghormatan terhadap syi’ar-syi’ar kemusyrikan dan kemaksiatan kaum kafir terhadap Allah Subhanahu wa Ta’ala yang mana kesyirikan itu dosanya lebih besar dari dosa membunuh, berzina, meminum khamr, makan babi, dan berjudi. Maka sebagaimana kita tidak akan mengucapkan tahniah kepada kaum yang membunuh, berzina, meminum khamr, makan babi dan berjudi, maka sudah tentu lebih lagi terhadap orang yang melakukan dosa-dosa yang jauh lebih besar darinya.

4, Ayat Al-Qur’an ini turun berkaitan ucapan salam. Ini adalah sebagaimana dikemukakan oleh Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) dalam Tafsir-nya:

وَإِذَا حُيِّيتُمْ بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا

“Firman Allah, “Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan suatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik darinya, atau balaslah dia (dengan yang setara).” (Surah An-Nisaa’, 4: 86)

أي: إذا سلم عليكم المسلم، فردوا عليه أفضل مما سلم، أو ردوا عليه بمثل ما سلم [به] فالزيادة مندوبة، والمماثلة مفروضة

“Iaitu maksudnya, apabila SEORANG MUSLIM mengucapkan SALAM kepada kalian, maka balaslah dengan salam yang lebih baik, atau balaslah dengan salam yang sama. Kerana membalasnya dengan lebih baik itu dianjurkan, manakala membalasnya dengan balasan serupa adalah diwajibkan.”

وقال قتادة: { فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا } يعني: للمسلمين

“Berkata Qotadah, “maka balaslah (ucapan salam) penghormatan itu dengan yang lebih baik darinya…” iaitu untuk kaum muslimin.”

فإن بلغ المسلم غاية ما شرع في السلام؛ رد عليه مثل ما قال، فأما أهل الذمة فلا يُبْدؤون بالسلام ولا يزادون، بل يرد عليهم بما ثبت في الصحيحين، عن ابن عمر

“… (Maksudnya adalah membalasnya dengan ucapan salam yang lebih baik). Jika seorang muslim telah memahami tujuan syari’at Islam, maka paling tidak dia akan membalasnya dengan ucapan yang setara (atas ucapan salam yang ditujukan untuknya – pent.).

Manakala terhadap ahl adz-dzimmah (iaitu orang kafir yang tunduk dengan ketentuan di dalam negara Islam), mereka tidak boleh diberi ucapan salam terlebih dahulu, tidak boleh ditambah balasan salam terhadap mereka, tetapi (jika mereka memberi salam dengan lafaz salam yang benar dan jelas maksudnya terhadap kita) tetap dijawab dengan berdasarkan pada apa yang terdapat dalam kitab Ash-Shahihain (dua kitab sahih; Al-Bukhari dan Muslim) dari hadis Ibnu ‘Umar.” (lihat: Tafsir Ibnu Katsir, 2/368-370)

Maka, apa yang dimaksudkan dari ayat tersebut adalah tentang membalas ucapan salam (yang jelas pensyari’atan dan maksud kebaikannya). Bukannya ucapan sempena hari-hari kebesaran kaum kafir, bukan juga sempena dengan perkara-perkara maksiat dan mungkar lainnya. Iaitu bukan sebagai dalil untuk ucapan-ucapan yang mengandungi penzahiran maksiat dan kemungkaran seumpama walaupun dianggap baik oleh sebahagian orang.

Asy-Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah berkata:

ﺗﻬﻨﺌﺔ ﺍﻟﻜﻔﺎﺭ ﺑﻌﻴﺪ ﺍﻟﻜﺮﻳﺴﻤﺲ ﺃﻭ ﻏﻴﺮﻩ ﻣﻦ ﺃﻋﻴﺎﺩﻫﻢ‎ ‎ﺍﻟﺪﻳﻨﻴﺔ ﺣﺮﺍﻡ ﺑﺎﻻﺗﻔﺎﻕ

“Memberi ucapan tahniah/selamat kepada orang-orang kafir sempena Krismas atau perayaan-perayaan lainnya dari perayaan-perayaan agama mereka adalah suatu yang diharamkan dengan ittifaq (kesepakatan para ulama).” (Majmu’ Al-Fatawa wa Ar-Rasa’il, 3/45)

Wallahu a’lam.