Nilai Sebuah Peradaban
Syaikh Dr. Akram Dhiya’ al-‘Umuri hafizahullah berkata:
Dari sudut pandang Islam, peradaban yang tinggi adalah kemampuan untuk melahirkan suasana politik (pentadbiran), sosial, budaya, ekonomi dan ilmu pengetahuan yang dapat mengarahkan (mengajak) manusia kepada tauhid dan beribadah hanya semata-mata kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Serta menjadikan ajaran Islam sebagai neraca (ukuran) kepada setiap apa yang dilakukannya, tanpa rasa terganggu dengan kewujudan segala bentuk organisasi dan prasarana dalam masyarakat, tanpa menjadikan iman dan perbuatan saling bertentangan, serta tanpa merasa tertekan dengan mana-mana jua pihak sehingga boleh mengakibatkan berganjak dari tetap menghadap Allah. Oleh itu, walaupun sesebuah peradaban itu maju lagi berkembang pesat di bidang ilmu pengetahuan, bahasa dan sastera, serta memiliki pelbagai jenis bangunan, kemudahan perumahan, pakaian dan makanan, pelbagai kemudahan dalam memenuhi keperluan hidup bagi diri seseorang, aku katakan walaupun ianya demikian, tetap dipandang oleh ahli sejarah muslim sebagai gagal selagi mana ianya tidak mampu melahirkan suatu keadaan yang diwarnai oleh pengabdian kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan melaksanakan syari’at-Nya. Peradaban Islam sendiri telah melalui beberapa fasa yang panjang. Tidak disangsikan bahawa penekanan terhadap kemajuan material (kebendaan) terdapat di era abad ketiga dan keempat hijriyah dan bukan pada awal perkembangan Islam.
Oleh sebab itu, ahli sejarah Barat bernama Adam Mitch menganggap bahawa abad keempat hijriyah adalah kemuncak peradaban Islam manakala ahli sejarah muslim menyatakan bahawa permulaan Islamlah yang menjadi puncak peradaban disebabkan pada era awal Islam ianya lebih banyak diwarnai oleh pengabdian diri dan tauhid yang murni kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Selain itu, peribadi dan aktiviti umat Islam di era awal Islam lebih banyak diwarnai oleh penegakkan syari’at Islam berbanding abad keempat hijriyah. Realiti inilah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melalui hadisnya:
“Sebaik-baik generasi adalah generasiku, kemudian yang setelahnya, kemudian yang setelah itu…”
Pendapat dan pandangan seperti ini kelihatan aneh di sisi pengkaji sejarah bukan Islam, kerana tolok ukur yang mereka gunakan adalah tolok ukur Barat (yang tidak mengambil kira serta membelakangkan peri-pentingnya tauhid). Dan bagi para pengkaji sejarah dari kalangan umat Islam, mereka mampu untuk menolak apa jua nilai, ukuran, dan pandangan yang bersumber dari peradaban kapitalisme Barat. Perkara tersebut hanya dapat ia lakukan dengan kemuliaan Islam yang tinggi dan kesannya yang jelas dapat dilihat di dunia Islam masa ini. Di antara kesan-kesan tersebut adalah penolakan peradaban Barat, bangga dengan iman dan Islam serta kebebasan berfikir. Ini adalah langkah yang benar untuk mencapai suatu peradaban… InsyaAllah…
Rujuk (Edisi Terjemahan): Dr. Akram Dhiya’ al-‘Umuri, Shahih Sirah Nabawiyah, m/s. 36-37, Terbitan/Terjemahan: Pustaka as-Sunnah (Jakarta), Cet. 1 March 2010.
Edisi Asli: Dr. Akram Dhiya’ al-‘Umuri, Shohih Sirah Nabawiyah Muhawalatu Li Tahtbiq Qowa’id al-Muihadditsin fii Naqdi Riwayat as-Sirah an-Nabawiyah, m/s. 36-37, Maktabah al-’Ulum wal-Hikam al-Madinah al-Munawwarah, 1415H.
3 Comments
Saya bersetuju dengan tulisan ini. Peradapan Islam yang tertinggi berlaku dizaman Rasulullah yang mana baginda memimpin dan membentuk ummah mencakupi urusan zahir dan batin, rohani dan jasmani. Peradaban ataupun Ketamadunan yang tinggi selaras dengan fitrah manusia sebagai khalifah dimuka bumi ini selari dengan hamba Allah yang tawaduk. Peradaban atau Ketamadunan yang tinggi ini terbukti apabila Rasulullah dan juga Islam menjadi ikutan dunia pada masa itu. Benarlah bahawa pengabdian diri dan tauhid yang sempurna menjadi teras pencapaian maksud diatas.
Rasulullah dengan 4 sifat yang ada pada beliau iaitu siddiq, amanah, tablig dan fatonah membentuk dan memimpin para sahabatnya. Sifat 4 tadi merupakan sifat2 Ihsan ataupun sifat2 diri batin Rasulullah (Asal kejadian…pada hakikatnya, rujuklah pada orang yang arif). Sifat2 batin inilah yang diterjelikan/pamirkan oleh Rasulullah sebagai Khalifah Allah dimuka bumi ini. Baginda yang membentuk para sahabat dengan sifat ini juga dan dalam kumpulan yang besar kumpulan ini dipanggil Gulungan Mukmin.
Mukmin pula bukan individu, pastinya ramai ataupun berjemaah dan memakai sifat2 yang dipamirkan oleh Rasulullah. Satu rujukan, satu hati, bersaudara, tiada beza membeza, tiada mazhab, tiada kumpulan atau jenama2. Ada masalah diselesaikan secara bermusyawarah ataupun Rasulullah menjadi tempat rujukan. Tiada bidaah dalam agama. Masing2 menentukan agama dijunjung pada diri masing2. Kumpulan inilah yang dikatakan Ahli Sunnah Waljamaah. Rasulullah pernah bersabda dalam hadith Qursi: "Aku daripada Allah, orang2 Mukmin daripada Aku, orang2 Mukmin adalah daripada gulunganku". Baginda tidak mengatakan ahli keluarga baginda ataupun sanak saudara baginda sebagai dari gulungan baginda tetapi orang Mukmin. Sudah tentulah MUKMIN itu sesuatu yang tertinggi yang perlu dicapai oleh setiap insan yang Mukalaf. KENAPA pula? Merekalah insan2 yang mempamirkan sifat2 yang ditunjuki oleh Baginda. Kerana nabi itu memakai sifat 4, sifat 4 itu sifat siddiq, amanah, tabligh dan fatonah. Sifat 4 tadi sifat khalifah, sifat khalifah itu sifat hamba. Sifat hamba tadi sifat rukuk dan sujud, sifat rukuk itu sifat solat, sifat solat itu sifat tawaduk, sifat tawaduk itu sifat rendah diri/hati. Sifat yang perlu dipakai didalam solat dan diluar solat. Sifat2 inilah yang terahsia di dalam Al Fatihah.
Tingginya perababan Islam pada masa Rasulullah sehingga dunia menjadi milik orang Islam. Empayar Rom dan Parsi juga jatuh ketangan Islam. Islam menjadi ikutan. Tapi bila ketiadaan Rasulullah, manusia Islam sudah tidak bersatu lagi hanya sampai ke sahabat 4 saja. Ini berlaku diatas sebab keduniaan (Lari dari kehendak agama). Maka satu demi satu kerajaan Islam tumbang ketangan orang2 kafir dan bermulalah pemerintahan Dajjal Al Masih sehingga sekarang. Orang2 kafir cukup mahir menjatuhkan orang Islam. Mereka sedar bahawa Islam itu kuat diatas kekuatan batin ataupun rohaniah, lalu mereka melemahkan orang2 Islam dengan memasukkan atau mengadakan sesuatu yang boleh melemahkan Iman orang Islam, tidak peka pada hal2 rohani. Dunia dihati, tamak akan dunia, leka dan lain2. Hal2 Tasauf pun sudah menjadi asas saja walhal Tasauf lah satu ilmu untuk kekuatan Rohani. Kita makin lama makin jauh tersasar dari kehendak Allah. Berbagai2 usaha dijalankan untuk kembalikan umat Islam namun tiada berjaya. Melainkan kita kembali kepada kekuatan rohani yang telah diasaskan oleh baginda SAW…..iaitu MUKMIN.
(Dikesempatan ini saya meminta maaf kiranya ada yang terkurang dari tulisan ini ataupun menyentuh perasaan individu yang lain. Saya tidak berilmu dan yang berilmu itu Allah, atas kehendak dan kuasaNya dapat saya mencoretkan serba sedikit akan apa yang DIA bagi faham kepada saya. Kerana Kemuliaan tetap bagi Allah dan Kehinaan bagi hambanya)
Wassalam
Dr akram dhiya umari ni IM iraq tau tak.huhu