Neraka Sijjin
Disarikan dari Tafsir Ibn Katsir
www.ilmusunnah.com
Al-Imam Ibn Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) berkata:
يقول: حقا { إِنَّ كِتَابَ الْفُجَّارِ لَفِي سِجِّينٍ } أي: إن مصيرهم ومأواهم لفي سجين-فعيل من السَّجن، وهو الضيق-كما يقال: فسّيق وشرّيب وخمّير وسكّير، ونحو ذلك. ولهذا عظم أمره فقال: { وَمَا أَدْرَاكَ مَا سِجِّينٌ } ؟ أي: هو أمر عظيم، وسجن مقيم وعذاب أليم.
“Allah berfirman dengan haq, “Benar-benar Kitab (catatan) orang-orang derhaka itu tersimpan dalam Sijjiin.”
Yakni, bahawa kesudahan dan tempat kembali mereka itu di Sijjiin. Kata Sijjiin adalah wazan fi’iil dari kata As-Sijnu, yakni kesempitan (tempat yang sempit). Sebagaimana dikatakan, “فسّيق وشرّيب وخمّير وسكّير” dan yang semisal dengannya.
Kerana itulah Allah mengungkapkannya sebagai perkara yang besar. Allah berfirman, “Dan tahukah engkau apa itu Sijjin?”
Yakni, ia adalah urusan yang besar, penjara yang kekal, dan adzab yang pedih.”
ثم قد قال قائلون: هي تحت الأرض السابعة. وقد تقدم في حديث البراء بن عازب، في حديثه الطويل: يقول الله عز وجل في روح الكافر: اكتبوا كتابه في سجين. وسجين: هي تحت الأرض السابعة. وقيل: صخرة تحت السابعة خضراء. وقيل: بئر في جهنم.
“Kemudian telah disebutkan bahawa Sijjin itu di bawah lapisan bumi yang ke tujuh. Dan sebelumnya telah disebutkan dari hadis Al-Baraa’ bin ‘Aazib yakni dari hadis yang panjang. Allah ‘Azza wa Jalla berfirman tentang ruh orang-orang kafir, “Tulislah catatan amalnya di Sijjin.” Dan Sijjin itu di bawah lapisan bumi yang ke tujuh.
Dan dikatakan, ia adalah gurun pasir hijau di bawah lapisan bumi ke tujuh. Dan dikatakan juga, ia adalah telaga di Jahannam.
والصحيح أن “سجينا” مأخوذ من السَّجن، وهو الضيق، فإن المخلوقات كل ما تسافل منها ضاق، وكل ما تعالى منها اتسع، فإن الأفلاك السبعة كل واحد منها أوسع وأعلى من الذي دونه، وكذلك الأرضون كل واحدة أوسع من التي دونها، حتى ينتهي السفول المطلق والمحل الأضيق إلى المركز في وسط الأرض السابعة. ولما كان مصير الفجار إلى جهنم وهي أسفل السافلين، كما قال تعالى: { ثُمَّ رَدَدْنَاهُ أَسْفَلَ سَافِلِينَ إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ } [التين]: 5، 6]
Dan yang sahih bahawa “سِجِّينًا” diambil dari kata “السَّجن” dan ia adalah tempat yang sampit, kerana setiap dari para makhluk itu ketika ia semakin berada di bawah maka ia akan semakin sempit, manakala setiap yang ke atas (makin tinggi) ia pun akan semakin luas.
Langit-langit itu ada tujuh, dan setiap satunya lebih luas dan lebih tinggi berbanding yang di bawahnya. Dan demikianlah dengan lapisan bumi, setiap satunya lebih luas berbanding yang di bawahnya. Sehinggalah berakhir pada lapisan bumi yang paling bawah/rendah dan ia pun menjadi tempat yang paling sempit, yang ianya berada di pertengahan lapisan bumi yang ke tujuh.
Maka, kesudahan bagi orang-orang yang derhaka itu adalah di Jahannam, dan ia adalah serendah-rendah tempat. Sebagaimana firman Allah Ta’ala:
“Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh…” (Surah At-Tiin, 95: 6)
هاهنا: { كَلا إِنَّ كِتَابَ الْفُجَّارِ لَفِي سِجِّينٍ وَمَا أَدْرَاكَ مَا سِجِّينٌ } وهو يجمع الضيق والسفول، كما قال: { وَإِذَا أُلْقُوا مِنْهَا مَكَانًا ضَيِّقًا مُقَرَّنِينَ دَعَوْا هُنَالِكَ ثُبُورًا } [الفرقان: 13]
Pada firman Allah ini, “Sekali-kali jangan begitu, sesungguhnya kitab catatan amal orang-orang derhaka itu benar-benar tersimpan di Sijjin. Dan tahukah engkau apa itu Sijjin?”
Ianya (tempat ini) menggabungkan antara makna sempit dan rendah, sebagaimana firman-Nya:
“Dan apabila mereka dilemparkan ke tempat yang sempit dengan keadaan dibelenggu, mereka berteriak mengharapkan kebinasaan.” (Surah Al-Furqan, 25: 13)
وقوله: { كِتَابٌ مَرْقُومٌ } ليس تفسيرا لقوله: { وَمَا أَدْرَاكَ مَا سِجِّينٌ } وإنما هو تفسير لما كتب لهم من المصير إلى سجين، أي: مرقوم مكتوب مفروغ منه، لا يزاد فيه أحد ولا ينقص منه أحد؛ قاله محمد بن كعب القرظي.
“Dan firman-Nya, “(Yakni) Kitab yang berisi catatan amal.” Bukanlah menjelaskan firman-Nya, “Tidakkah engkau tahu apa itu Sijjin?”
Tetapi ia adalah tafsir (penjelasan) bagi apa yang telah ditetapkan untuk mereka berupa kesudahan dan tempat kembali mereka di Sijjin. Yakni yang telah tercatat dan tertulis lengkap tanpa pertikaian, tidak ada penambahan padanya satu pun, dan tidak pula pengurangan darinya satu pun. Demikian pendapat yang dikemukakan oleh Muhammad Ibn Ka’ab Al-Qurazhi.”
يقول تعالى: حقا { إِنَّ كِتَابَ الأبْرَارِ } وهم بخلاف الفجار، { لَفِي عِلِّيِّينَ } أي: مصيرهم إلى عليين، وهو بخلاف سجين. قال الأعمش، عن شَمر بن عطية، عن هلال بن يَسَاف قال: سأل ابن عباس كعبا وأنا حاضر عن سجين، قال: هي الأرض السابعة، وفيها أرواح الكفار. وسأله عن عِلّيين فقال: هي السماء السابعة، وفيها أرواح المؤمنين. وهكذا قال غير واحد: إنها السماء السابعة.
“Allah Ta’ala berfirman dengan haq (kebenaran), “Benar-benar kitab catatan orang yang berbuat kebaikan itu…” dan mereka berbeza dengan Al-Fujjar (orang yang derhaka), “… tersimpan di ‘Illiyyiin.” Yakni kesudahan mereka di ‘Illiyyiin, lawan atau beza dengan Sijjiin.
Telah berkata Al-A’masy dari Syammar bin ‘Athiyyah dari Hilaal bin Yassaaf, beliau berkata, Ibnu ‘Abbas pernah bertanya kepada Ka’ab tentang Sijjiin, dan aku hadir pada ketika itu. Kata Ka’ab, “Sijjiin adalah bumi di lapisan ke tujuh, dan padanya ruh-ruh orang-orang kafir berada.”
Kemudian beliau bertanya tentang ‘Illiyyiin, maka Ka’ab menjawab, “Ia adalah langit ke tujuh, dan padanya ruh-ruh orang-orang yang beriman berada.”
Dan demikianlah yang dikatakan oleh bukan seorang ulama tafsir, ianya adalah langit ke tujuh.”
Dan seterusnya….
Tafsir Ibn Katsir, 8/349-352 – Sila merujuk langsung untuk bacaan lanjut.
Sekian nukilan. Wallaahu a’lam.