Sikap Menghadapi Fitnah
Syaikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i rahimahullah
www.ilmusunnah.com
Syaikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i rahimahullah menasihatkan:
“Kita ini wahai jama’ah kaum muslimin! Seandainya kita mahu kembali kepada Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, maka sungguh akan terangkat dari kita banyak sekali fitnah-fitnah (ujian, musibah, dan kekacauan). Kita ini terkena fitnah sama ada kita sedari atau tidak, kaum muslimin seluruhnya terserang fitnah sama ada mereka merasakannya atau pun tidak, seperti fitnah dunia, fitnah terbukanya aurat, pakaian singkat, perbankan yang diselubungi riba, dan alangkah banyaknya lagi fitnah-fitnah yang tidak memiliki ubat!
Semua itu tidaklah dapat diatasi dengan pidato, akan tetapi diubati dengan kembalinya kita semua kepada Allah dengan jalan taubat kepada Allah, sama ada engkau sebagai pemerintah ataupun rakyat, kita semua bertaubat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala supaya Dia mengangkat dari kita adzab ini, juga fitnah-fitnah pembunuhan, peperangan, saling membenci, saling mendengki, dan seluruh fitnah yang tiada had kawalannya. Kita kembali kepada Allah dan Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam serta menggigitnya dengan kuat menggunakan geraham, walaupun sehingga engkau menganggap baik sesuatu perkara… Kalau engkau berpandangan bahawa pendapatmu, pendapat fulan, atau pendapat fulan lebih tepat dengan masa ini, sedangkan Sunnah tidak bersesuaian lagi dengan masa ini, maka benturkanlah pendapatmu dan pendapat semua fulan-fulan tersebut ke dinding seraya berpegang teguh-lah dengan Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.” (Muqbil B. Hadi, An-Nush-hul Amiin li Tholibatil ‘Ilm wa Saa’iris Salafiyyin, m/s. 70)