Nasihat dan Manhaj Ibnu Taimiyyah Dalam Isu Pemberontakan

Nasihat dan Manhaj Ibnu Taimiyyah
Dalam Isu Pemberontakan

Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H)
www.ilmusunnah.com

Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) berkata di dalam kitabnya, Minhaj As-Sunnah An-Nabawiyyah:

ففي الجملة أهل السنة يجتهدون في طاعة الله ورسوله بحسب الإمكان كما قال تعالى فاتقوا الله ما استطعتم وقال النبي صلى الله عليه وسلم إذا أمرتكم بأمر فأتوا منه ما استطعتم ويعلمون أن الله تعالى بعث محمدا صلى الله عليه وسلم بصلاح العباد في المعاش والمعاد وأنه أمر بالصلاح ونهى عن الفساد فإذا كان الفعل فيه صلاح وفساد رجحوا الراجح منهما فإذا كان صلاحه أكثر من فساده رجحوا فعله وإن كان فساده أكثر من صلاحه رجحوا تركه فإن الله تعالى بعث رسوله صلى الله عليه وسلم بتحصيل المصالح وتكميلها وتعطيل المفاسد وتقليلها فإذا تولى خليفة من الخلفاء كيزيد وعبد الملك والمنصور وغيرهم فإما أن يقال يجب منعه من الولاية وقتاله حتى يولى غيره كما يفعله من يرى السيف فهذا رأى فاسد فإن مفسدة هذا أعظم من مصلحته وقل من خرج على إمام ذي سلطان إلا كانما تولد على فعله من الشر أعظم مما تولد من الخير كالذين خرجوا على يزيد بالمدينة وكابن الأشعث الذي خرج على عبد الملك بالعراق وكابن المهلب الذي خرج على ابنه بخراسان وكأبي مسلم صاحب الدعوة الذي خرد عليهم بخراسان أيضا وكالذين خرجوا على المنصور بالمدينة والبصرة وأمثال هؤلاء وغاية هؤلاء إما أن يغلبوا وإما أن يغلبوا ثم يزول ملكهم فلا يكون لهم عاقبة فإن عبد الله بن علي وأبا مسلم هما اللذان قتلا خلقا كثيرا وكلاهما قتله أبو دعفر المنصور وأما أهل الحرة وابن الأشعث واب المهلب وغيرهم فهزموا وهزم أصحابهم فلا أقاموا دينا ولا أبقوا دنيا والله تعالى لا يأمر بأمر لا يحصل به صلاح الدين ولا صلاح الدنيا وإن كان فاعل ذلك من أولياء الله المتقين ومن أهل الجنة فليسوا أفضل من علي وعائشة وطلحة والزبير وغيرهم ومع هذا لم يحمدوا ما فعلوه من القتال وهم أعظم قدرا عند الله وأحسن نية من غيرهم وكذلك أهل الحرة كان فيهم من أهل العلم والدين خلق وكذلك أصحاب ابن الأشعث كان فيهم خلق من أهلالعلم والدين والله يغفر لهم كلهم وقد قيل للشعبي في فتنة ابن الأشعث أين كنت يا عامر قال كنت حيث يقول الشاعر فاستأنست بالذئب إذ عوى وصوت إنسان فكدت أطير أصابتنا فتنة لم نكن فيها بررة أتقياءولا فجرة أقوياء وكان الحسن البصري يقول إن الحجاج عذاب الله فلا تدفعوا عذاب الله بأيديكم ولكن عليكم بالاستكانة والتضرع فإن الله تعالى يقول ولقد أخذناهم بالعذاب فما استكانوا لربهم وما يتضرعون وكان طلق بن حبيب يقول اتقوا الفتنة بالتقوى فقيل له أجمل لنا التقوى فقال أن تعمل بطاعة الله على نور من الله ترجو رحمة الله وأن تترك معصية الله على نور من الله تخاف عذاب الله رواه أحمد وابن أبي الدنيا وكان أفاضل المسلمين ينهون عن الخروج والقتال في الفتنة كما كان عبد الله بن عمر وسعيد بن المسيب وعلي بن الحسين وغيرهم ينهون عام الحرة عن الخروج على يزيد وكما كان الحسن البصري ومجاهد وغيرهما ينهون عن الخروج في فتنة ابن الأشعث ولهذا استقر أمر أهل السنة على ترك القتال في الفتنة للأحاديث الصحيحة الثابته عن النبي صلى الله عليه وسلم وصاروا يذكرون هذا فيعقائدهم ويأمرون بالصبر على جورالأئمة وترك قتالهم وإن كان قد قاتل في الفتنة خلق كثير من أهل العلم والدين وباب قتال أهل البغي والأمر بالمعروف والنهي عن المنكر يشتبه بالقتال في الفتنة وليس هذا موضع بسطه ومن تأمل الأحاديث الصحيحة الثابته عن النبي صلى الله عليه وسلم في هذا الباب واعتبر أيضا اعتبار أولى الأبصار علم أن الذي جاءت به النصوص النبوية خير الأمور ولهذا لما أراد الحسين رضي الله عنه أن يخرج إلى أهل العراق لما كاتبوه كتبا كثيرة أشار عليه أفاضل أهل العلم والدين كابن عمر وابن عباس وأبي بكر بن عبد الرحمن بن الحارث بن هشام أن لا يخرج وغلب على ظنهم أنه يقتل حتى إن بعضهم قال أستودعك الله من قتيل وقال بعضهم لولا الشفاعة لأمسكتك ومصلحة المسلمين والله ورسوله إنما يأمر بالصلاح لا بالفساد لكن الرأي يصيب تارة ويخطيء أخرى فتبين أن الأمر على ما قاله أولئك ولم يكن في الخروج لا مصلحة دين ولا مصلحة دنيا بل تمكن أولئك الظلمة الطغاة من سبط رسول الله صلى الله عليه وسلم حتى قتلوه مظلوما شهيدا وكان في خروجه وقتله من الفساد ما لم يكن حصل لو قعد في بلده فإن ما قصده من تحصيل الخير ودفع الشر لم يحصل منه شيء بل زاد الشر بخروجه وقتله ونقص الخير بذلك وصار ذلك سببا لشر عظيم وكان قتل الحسين مما أوجب الفتن كما كان قتل عثمان مما أوجب الفتن وهذا كله مما يبين أن ما أمر به النبي صلى الله عليه وسلم من الصبر على جور الأئمة وترك قتلاهم والخروج عليهم هو أصلح الأمور للعباد في المعاش والمعاد وأن من خالف ذلك متعمدا أو مخطئا لم يحصل بفعله صلاح بل فساد ولهذا أثنى النبي صلى الله عليه وسلم على الحسن بقوله إن ابني هذا سيد وسيصلح الله به بين فئتين عظيمتين من المسلمين ولم يثن على أحد لا بقتال في فتنة ولا بخروج على الأئمة ولا نزع يد من طاعة ولا مفارقة للجماعة

“Secara umumnya, Ahli sunnah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menjalankan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya bersesuaian dengan kemampuan mereka, sebagaimana firman Allah Ta’ala:

فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ

“Bertaqwalah kepada Allah semampu kamu.” (Surah At-Taghabun, 64: 16)

Dan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

وَإِذَا أَمَرْتُكُمْ بِأَمْرٍ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ

“Jika aku memerintahkan kamu dengan suatu perintah maka laksanakanlah sedaya-upaya kamu.” (Shahih Al-Bukhari, no. 7288)Politik_Islam_Takliq_Siyasah_Syar-iyyah_Ibnu_Taimiyah

Dan mereka (Ahli Sunnah) meyakini bahawa Allah Ta’ala mengutus Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dengan membawa kebaikan bagi para hamba sama ada untuk kehidupan mereka di dunia mahu pun di akhirat, dan beliau memerintahkan kebaikan dan melarang kerosakkan. Jika terdapat suatu perbuatan yang padanya mengandungi kebaikan dan keburukan, maka mereka (Ahli Sunnah) lebih mendahulukan yang lebih besar kadarnya. Jika sesuatu perkara itu kebaikannya lebih banyak dari keburukannya, maka mereka mendahulukan untuk mengerjakan perbuatan tersebut. Dan jika keburukkan (mafsadahnya) lebih besar daripada kebaikannya maka mereka mendahulukan untuk meninggalkan perbuatan tersebut. Kerana sesungguhnya Allah Ta’ala mengutus Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam untuk mewujudkan segala kebaikan serta menyempurnakannya dan menghilangkan segala bentuk mafsadah (keburukan) serta menguranginya.

Sehingga jika seseorang khalifah telah berkuasa, sebagaimana contohnya Yazid (bin Mu’awiyah), ‘Abdul Malik (bin Marwan), (Abu Ja’far) Al-Manshur, dan yang selainnya; maka jika tidak dikatakan bahawa wajib untuk menghalangi mereka dari tampuk kepimpinan dan memeranginya hingga dikuasai oleh selain mereka iaitu sebagaimana yang dilakukan oleh kelompok yang membolehkan menghunus pedang (melawan pemerintah), maka ini adalah pemikiran (pendapat) yang tertolak kerana mafsadahnya lebih besar dari kemashlahatannya (kebaikannya). Dan hampir setiap kelompok yang melakukan pemberontakkan kepada pemerintah yang telah berkuasa melainkan perbuatannya tersebut akan mengakibatkan keburukan yang lebih besar berbanding kebaikan yang berjaya diperolehi. Sebagaimana orang-orang di kota Madinah yang melakukan pemberontakan ke atas Yazid, sebagaimana juga Ibnu Al-Asy’ats di ‘Iraq yang memberontak kepada ‘Abdul Malik, Ibn Al-Muhallab di Khurasan yang memberontak kepada putra (Abdul Malik), Abu Muslim pengasas kekuatan dinasti ‘Abbasiyyah di Khurasaan yang memberontak kepada mereka (dinasti Umawiyyah), dan orang-orang yang memberontak kepada Al-Manshur di Madinah dan di Bashrah, serta yang orang-orang yang sama seperti mereka.

Hasil terakhir yang dapat diperolehi adalah: Mereka tewas dalam peperangan atau mereka menang tetapi kemudian (tidak berapa lama setelah itu) kekuasaan mereka pula lenyap, maka tidak ada hasil (yang baik) bagi mereka. ‘Abdullah bin ‘Ali dan Abu Muslim, mereka berdua telah membunuh ramai orang namun akhirnya kedua-dua mereka dibunuh pula oleh Abu Ja’far Al-Manshur.Al-Iqtidha_ash_shirathal_mustaqim_karya_ibnu_Taimiyyah

Adapun Ahl Al-Harrah (peserta fitnah Al-Hurrah); Ibnu Al-Asy’ats, Ibnu Al-Muhallab, dan yang lainnya, mereka tewas dan rakan-rakan mereka juga turut ditewaskan. Mereka tidak mampu menegakkan agama, dan hasil peninggalan mereka pun tidak lagi kelihatan. Padahal Allah Ta’ala tidak memerintahkan dengan suatu perintah yang tidak menghasilkan kemashlahatan (kebaikan) sama ada kemashlahatan dalam agama atau pun dunia, walaupun pelaku pemberontakan tersebut termasuk wali-wali Allah yang bertaqwa dan tergolong penduduk Syurga.

Maka tidaklah mereka lebih baik berbanding ‘Ali, ‘Aisyah, Thalhah, Az-Zubair, dan yang selainnya. Walaupun demikian, Ahli Sunnah tidak memuji peperangan yang telah mereka lakukan, padahal kedudukan mereka lebih mulia di sisi Allah dan niat mereka lebih baik dari selain mereka. Demikian juga Ahl Al-Harrah, di antara mereka banyak ahli ilmu dan ahl ad-diin (orang-orang agama yang bertaqwa), demikian juga pengikut Ibnu Al-Asy’ats yang mana dalam kalangan mereka terdapat ramai ulama’ dan ahli ibadah. Semoga Allah mengampuni mereka semua.

Benar-benar telah dikatakan kepada Asy-Sya’bi ketika berlangsungnya zaman fitnah Ibn Al-Asy’ats, “Di manakah engkau wahai ‘Amir (Asy-Sya’bi)?” Maka beliau (Asy-Sya’bi) berkata, “Sebagaimana perkataan seorang penyair:

عَوَى الذِّئْبُ فَاسْتَأْنَسْتُ بِالذِّئْبِ إِذْ عَوَى وَصَوَّتَ إِنْسَانٌ فَكِدْتُ أَطِيْرُ

“Serigala menggonggong maka aku pun merasa senang dengan serigala ketika ia menggonggong.

Dan ketika aku mendengar suara seseorang maka hampir-hampir aku terbang (kerana kegirangan)”.

Kami ditimpa fitnah, sedangkan kami bukanlah orang-orang yang baik lagi bertaqwa dan bukan pula orang-orang fajir yang kuat (yang membabi buta mengikuti fitnah tersebut).

Al-Hasan Al-Bashri pernah berkata:

إن الحجاج عذاب الله فلا تدفعوا عذاب الله بأيديكم ولكن عليكم بالاستكانة والتضرع فإن الله تعالى يقول ولقد أخذناهم بالعذاب فما استكانوا لربهم وما يتضرعون

“Sesungguhnya kemunculan Al-Hajjaj (yakni seorang pemerintah yang zalim – pent.) adalah disebabkan dari azab Allah, maka janganlah engkau melawan azab Allah dengan tangan-tangan kamu. Akan tetapi wajib bagi kamu untuk tunduk dan memohon dengan merendah diri kerana sesungguhnya Allah Ta’ala telah berfirman (maksudnya):

“Dan sesungguhnya Kami telah menimpakan azab kepada mereka, maka mereka tidak tunduk kepada Rabb mereka, dan (juga) tidak memohon (kepada-Nya) dengan merendahkan diri.” (Surah Al-Mukminun, 23: 76)

Thalq bin Habib berkata:

اتقوا الفتنة بالتقوى فقيل له أجمل لنا التقوى فقال أن تعمل بطاعة الله على نور من الله ترجو رحمة الله وأن تترك معصية الله على نور من الله تخاف عذاب الله رواه أحمد وابن أبي الدنيا

“Lindungilah dirimu dari fitnah dengan ketaqwaan.” Maka dikatakan kepadanya, “Simpulkanlah untuk kami apa itu ketaqwaan?” Beliau berkata, “Iaitu engkau beramal dengan ketaatan kepada Allah dengan cahaya dari Allah dengan berharap rahmat Allah. Dan engkau meninggalkan kemaksiatan kepada Allah dengan cahaya dari Allah kerana takut akan azab Allah.” (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Abid Dunya)

Dahulunya, tokoh-tokoh umat Islam di ketika berlakunya fitnah (pergolakan), mereka melarang pemberontakan kepada penguasa dan melarang dari peperangan. Sebagaimana yang dilakukan oleh ‘Abdullah bin ‘Umar, Sa’id bin Al-Musayyib, ‘Ali bin Al-Husain, dan selainnya. Mereka melarang pemberontakan kepada Yazid di ketika peristiwa Al-Harrah sebagaimana juga Al-Hasan Al-Bashri, Mujahid, dan selain mereka berdua juga melarang pemberontakan di ketika berlakunya peristiwa fitnah Ibn Al-Asy’ats.wali_allah_ataukah_wali_syaitan_3

Oleh sebab itu, pegangan Ahli Sunnah adalah telah dengan tetap untuk meninggalkan peperangan di ketika berlakunya fitnah (pergolakan) berdasarkan hadis-hadis yang sahih lagi tsabit dari Nabi. Dan kemudian mereka menyebutkan perkara ini dalam aqidah-aqidah mereka serta mereka memerintahkan untuk bersabar di atas kezaliman para penguasa dan meninggalkan sikap memerangi mereka walaupun banyak dari kalangan ulama’ dan ahli ibadah yang telah berperang di ketika berlakunya fitnah. Hukum memerangi para bughat (pemberontak), dan amar ma’ruf nahi mungkar serupa dengan hukum berperang di ketika terjadinya fitnah, akan tetapi bukan di sini tempat penjelasannya secara panjang lebar.

Sesiapa yang meneliti hadis-hadis sahih dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berhubung perbahasan ini dan seluruhnya, juga mengambil pelajaran sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang yang berilmu, nescaya dia akan mengetahui bahawasanya apa yang datang (perintah) di dalam hadis-hadis Nabi merupakan perkara yang terbaik.

Oleh kerana itulah, ketika Al-Husain ingin keluar bergabung dengan penduduk ‘Iraq di ketika mereka (penduduk ‘Iraq) mengirimkan banyak surat kepada beliau, maka para ulama’ dan ahli ibadah seperti Ibnu Umar, Ibnu ‘Abbas, Abu Bakar bin ‘Abdirrahman bin Al-Harits bin Hisyam mengisyaratkan kepada Al-Husain supaya tidak pergi (menerima panggilan surat tersebut) dan mereka benar-benar menjangkakan bahawasanya beliau akan terbunuh. Sehingga ada sebahagian dari mereka berkata (kepada Al-Husain):

“Aku serahkan engkau kepada Allah, wahai orang yang terbunuh.”

Dan yang selainnya juga berkata:

“Seandainya kalau bukan disebabkan (aku beriman akan adanya) Asy-Syafa’at, sudah tentu aku akan memegangmu dan menahanmu dari pergi.”

Mereka semua melakukan yang demikian ini dengan tujuan menasihati beliau dan mencari kemaslahatannya serta juga kemaslahatan umat islam secara umum. Allah dan Rasul-Nya hanyalah memerintahkan dengan kemaslahatan dan tidak memerintahkan dengan kemafsadahan (keburukkan), akan tetapi pendapat seseorang terkadang benar dan terkadang silap. Kemudian terbukti bahawa urusannya seperti yang dijangkakan oleh mereka (iaitu akhirnya Al-Husain terbunuh), dan tidak ada kemaslahatan yang diperolehi dari pemberontakan Al-Husain, sama ada maslahah untuk agama mahupun dunia. Bahkan orang-orang yang zalim lagi melampaui batas tersebut berjaya mengalahkan cucu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sehingga akhirnya mereka pun membunuhnya di dalam keadaan yang zalim dan mati syahid.

Dan akibat pemberontakan Al-Husain dan terbunuhnya beliau, timbullah pula keburukkan yang tidak akan terjadi sekiranya dia tetap berdiam diri di negerinya. Cita-cita yang hendak beliau capai dari pemberontakan, iaitu untuk mewujudkan kebaikan dan menjatuhkan keburukkan akhirnya sama sekali tidak tercapai. Bahkan akibat pemberontakan dan terbunuhnya beliau, keburukkan semakin bertambah dan sebaliknya kebaikan semakin berkurang. Tragedi ini menjadi penyebab timbulnya mala-petaka yang amat besar. Peristiwa terbunuhnya Al-Husain menimbulkan fitnah sebagaimana terbunuhnya ‘Utsman yang juga menjadi penyebab timbulnya fitnah.

Ini semua menjelaskan bahawa syari’at yang diperintahkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam adalah untuk bersabar di atas kezaliman para penguasa dan meninggalkan sikap memerangi serta memberontak kepada mereka. Ia adalah perkara yang terbaik bagi para hamba di dalam kehidupan mereka (di dunia) dan di akhirat. Dan sesiapa yang menyelisihi ketetapan ini sama ada secara sengaja atau tidak sengaja, maka perbuatannya tersebut tidak akan mendatangkan kebaikan, sebaliknya mengakibatkan keburukan. Oleh sebab itu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memuji Al-Hasan (cucu beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, dan tidak memuji mereka yang terlibat dalam pemberontakan) dengan sabdanya:

إن ابني هذا سيد وسيصلح الله به بين فئتين عظيمتين من المسلمين

“Sesungguhnya cucuku ini adalah sayyid (pemimpin) dan dengan kehadirannya Allah akan mendamaikan dua kelompok besar dari kaum muslimin.”

Dan Nabi tidak memuji walau seorang pun yang terlibat dalam peperangan di ketika terjadinya fitnah atau pemberontakan terhadap para penguasa atau pertembungan dengan penguasa atau yang memisahkan diri dari al-jama’ah (kesatuan umat Islam).

Dipetik dari: Karya Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah, Minhaj As Sunnah An-Nabawiyyah, 4/527-531. Mu’asasah Al-Qurthubah.

Baca juga artikel dengan judul, “Manhaj Ibnu Taimiyyah Terhadap Pemerintah.”

Majmu_Al_Fatawa_Ibnu_Taimiyah_set_lengkap_28_jilid

1 Comment

  1. […] Baca juga penjelasan Ibnu Taimiyyah di pautan berikut, “Nasihat dan Manhaj Ibnu Taimiyyah Dalam Isu Pemerontakan.” […]

Comments are closed.