Nama-nama Yang Dilarang dan Dibenci Dalam Islam

Nama-nama Yang Dilarang dan Dibenci Dalam Islam

Asy-Syaikh Bakr bin ‘Abdillah Abu Zayd
Disarikan dari buku Tasmiyyatuul Mauluud, Aadab wa Ahkaam
www.ilmusunnah.com

Pada tulisan yang kami ketengahkan ini adalah bertujuan menjelaskan bentuk-bentuk nama atau penamaan kepada anak-anak yang dilarang dalam Islam serta jalan keluar dari permasalahan yang telah terjadi. Semoga bermanfaat.nama-nama-indah_2

A. Nama-nama Yang Diharamkan

Asy-Syaikh Bakr bin ‘Abdillah Abu Zayd rahimahullah berkata:

دلت الشريعة على تحريم تسمية المولود في واحد من الوجوه الآتية

Syara’ telah menjelaskan pengharaman menamakan anak dengan salah satu dari bentuk-bentuk penamaan berikut:

اتفق المسلمون على أنه يحرم كل اسم معبد لغير الله تعالى، من شمس أو وثن أو بشر أو غير ذلك، مثل : عبد الرسول، عبد النبي، عبد علي، عبد الحسين، عبد الأمير (يعني: أمير المؤمنين علي بن أبي طالب رضي الله عنه)، عبد الصاحب (يعني : صاحب الزمان المهدي المنتظر)، وهي تسميات الروافض.

Pertama, Para ulama telah bersepakat bahawa diharamkan seluruh nama yang mengandungi makna atau bentuk ‘ubudiyyah (penghambaan) kepada selain Allah, seperti pengabdian kepada matahari, berhala, manusia, ataupun selainnya, misalnya seperti ‘AbdurRasul (hamba Rasul), ‘AbdunNabi (hamba Nabi), ‘Abdu ‘Ali (hamba Ali), ‘Abdul Husain (hamba Husain), ‘Abdul Amir (hamba Pemimpin), yakni maksudnya adalah Amiirul Mukminin ‘Ali bin Abi Thalib, ‘Abdus Shahib (maksudnya adalah shahibuz zaman Al-Mahdi yang ditunggu-tunggu, kesemuanya merupakan nama-nama yang popular di kalangan orang-orang sesat Syi’ah Rafidhah!

وقد غير النبي صلى الله عليه وسلم كل اسم معبد لغير الله تعالى ، مثل : عبد العزى، عبد الكعبة ، عبد شمس، عبد الحارث. ومن هذا الباب : غلام الرسول، غلام محمد، أي : عبد الرسول … وهكذا. والصحيح في عبد المطلب المنع.

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri telah mengubah setiap nama yang mengandungi makna atau bentuk ‘ubudiyyah (penghambaan) kepada selain Allah Subhanahu wa Ta’ala, seperti ‘Abdul ‘Uzza (hamba ‘Uzza), ‘Abdul Ka’bah (hamba Ka’bah), ‘Abdu Syams (hamba Matahari), dan ‘Abdul Harits (hamba Pembajak Tanah).

Termasuk pula dalam hal ini nama Ghulam Ar-Rasul (atau GhulamurRasul), Ghulam Muhammad; yakni membawa makna hamba rasul. Menurut pendapat yang sahih bahawa nama ‘Abdul Muthalib (hamba yang selalu menuntut) juga terlarang.

ومن هذا الغلط في التعبيد لأسماء يظن أنها من أسماء الله تعالى وليست كذلك مثل : عبد المقصود، عبد الستار، عبد الموجود، عبد المعبود، عبد الهوه، عبد المرسل، عبد الوحيد، عبد الطالب … فهذه يكون الخطأ فيها من جهتين:

من جهة التسمية الله بما لم يرد به السمع، وأسماؤه سبحانه توفيقية على النص من كتاب أو سنة. والجهة الثانية التعبيد بما لم يسم الله به نفسه ولا رسوله صلى الله عليه وسلم .

Termasuk kesalahan, jika memberikan nama dengan nama-nama yang mengandungi makna atau bentuk ‘ubudiyyah (penghambaan) kepada nama-nama yang dianggap (atau disangka) sebagai nama-nama Allah Subhanahu wa Ta’ala, sedangkan ianya bukan dari nama-nama Allah, seperti ‘Abdul Maqshud (hamba yang dituju), ‘Abdus Sattar (hamba yang menutupi), ‘Abdul Maujud (hamba yang wujud), ‘Abdul Ma’bud (hamba yang diibadahi), ‘Abdul Hawah (hamba yang dicintai), ‘Abdul Mursil (hamba yang mengutus) ‘Abdul Wahid (hamba yang esa), dan ‘Abdul Thalib (hamba penuntut). Semua ini termasuk suatu kesalahan yang dapat dirinci dari dua sisi:

1, Menamakan dengan nama-nama Allah yang belum pernah didengar sama sekali (dari sumber dalil yang sahih dan benar – pent.), sedangkan nama-nama Allah itu adalah tauqifiyyah yakni diambil dan diketahui berdasarkan nash-nash dari Al-Qur’an dan As-Sunnah.

2, Meng-‘ubudiyah-kan (yakni menyandarkan bentuk penghambaan) suatu nama kepada nama-nama yang Allah belum pernah menamakan atas diri-Nya, tidak pula oleh Rasul-Nya Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

التسمية باسم من أسماء الله تبارك وتعالى فلا تجوز التسمية باسم يختص به الرب سبحانه، مثل : الرحمن، الرحيم، الخالق، البارئ … وقد غير النبي صلى الله عليه وسلم ما وقع من التسمية بذلك. وفي القرآن العظيم : ( هل تعلم له سمياً ) [مريم : 15]، أي لا مثيل له يستحق مثل اسم الذي هو الرحمن.

Kedua, memberikan nama dengan salah satu dari nama-nama Allah Tabaraka wa Ta’ala.

Bahawa tidak dibolehkan menamakan anak dengan suatu nama yang khusus hanya bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala, misalnya seperti Ar-Rahman (Dzat Yang Maha Mengasihi Seluruh Makhluk), Ar-Rahim (Dzat Yang Maha Mengasihi Hamba-hamba yang beriman), Al-Khaliq (Dzat Yang Maha Pencipta), dan Al-Baari’ (Dzat Yang Maha Pencipta).

Bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah mengubah nama-nama yang memiliki kesamaan dengan nama-nama tersebut.

Allah berfirman sebagaiman dalam Al-Qur’an Al-Azhim:

…هَلْ تَعْلَمُ لَهُ سَمِيًّا (65)

“… Adakah kamu mengetahui walau seorang pun yang sama dengan Dia?” (Surah Maryam, 19: 65)

Yakni maksudnya, tidak ada tandingan bagi-Nya yang berhak dinamakan semisal dengan nama-Nya, iaitu Ar-Rahman (Dzat Yang Maha Mengasihi hamba-hamba yang beriman) (lihat: Tafsir Al-Qurthubi, 11/130)

التسمية بالأسماء الأعجمية المولدة للكافرين الخاصة بهم

Ketiga, (Adalah diharamkan) memberikan nama dengan nama-nama a’jam (non-‘Arab) khasnya yang bersumber dari orang-orang kafir, lebih-lebih lagi yang menjadi ciri khusus (kebanggaan) mereka. (lihat: Ahkaam Ahlidz-Dzimmah oleh Ibn Al-Qayyim, 2/768-769)

والمسلم المطمئن بدينه يبتعد عنها وينفر منها ولا يحوم حولها. وقد عظمت الفتنة بها في زماننا، فيلتقط اسم الكافر من أوربا وأمريكا وغيرهما، وهذا من أشد مواطن الإثم وأسباب الخذلان، ومنها : بطرس، جرجس، جورج، ديانا، روز، سوزان … وغيرها مما سبقت الإشارة إليه.

Seorang muslim yang meyakini agamanya, nescaya dia akan menjauhi nama-nama orang-orang kafir tersebut, tidak sudi dan tidak menyibukkan diri padanya.

Bahawasanya telah menjadi fitnah yang besar pada zaman kita ini, di mana nama-nama orang-orang kafir tersebut sangat mudah ditemukan (dalam kalangan kaum muslimin), sama ada yang dari Eropah, Amerika ataupun selainnya. Ini merupakan sebab-sebab dosa dan sebab-sebab yang mengundang kehinaan yang paling dahsyat (kerana nama melambangkan hati-hati pemiliknya – pent.).

Di antara nama-nama tersebut adalah seperti Petrus, Georgius, George, Diana, Roza, Suzan dan yang lain yang seumpama dengannya, sebagaimana yang telah kami sentuh sebelum ini (yakni di perbahasan sebelumnya dari buku ini – pent.).

وهذا التقليد للكافرين في التسمي بأسمائهم، إن كان عن مجرد هوى وبلادة ذهن، فهو معصية كبيرة وإثم، وإن كان عن اعتقاد أفضليتها على أسماء المسلمين، فهذا على خطر عظيم يزلزل أصل الإيمان، وفي كلتا الحالتين تجب المبادرة إلى التوبة منها، وتغييرها شرط في التوبة منها.

Sikap taqlid (mengikuti tanpa ilmu) pada orang-orang kafir dalam pemberian nama dengan nama-nama mereka ini, jika semata-mata kerana mengikuti hawa nafsu ataupun kerana jahilnya pemikiran, maka ini merupakan suatu kemaksiatan yang besar dan berupa dosa. Namun jika kerana menyakini (beranggapan) bahawa nama-nama tersebut memiliki keutamaan (yakni mengangapnya lebih bagus atau lebih utama) berbanding nama-nama kaum muslimin, maka ini merupakan bahaya yang besar yang dapat menggugat dasar keimanan.

Kedua-dua keadaan ini mewajibkan seseorang agar segera bertaubat darinya, dan bersegera mengubah nama-nama tersebut merupakan salah satu dari syarat taubat darinya.

التسمي بأسماء الأصنام المعبودة من دون الله ومنها : اللات، العزى، إساف، نائلة، هبل

Keempat, menamakan anak dengan nama-nama berhala yang disembah selain Allah, di antaranya adalah Latta, ‘Uzza, Isaaf, Na-ilah dan Hubal. (maka hal ini termasuk nama-nama yang dilarang dalam Islam)

التسمي بالأسماء الأعجمية، تركية، أو فارسية أو بربرية أو غيرها مما لا تتسع لغة العرب ولسانها، ومنها : ناريمان، شيريهان، نيفين، شادي – بمعنى القرد عندهم – جيهان.

Kelima, menamakan dengan nama-nama a’jam (non-‘Arab), sama ada dengan nama-nama Turki, Parsi, Barbar atau selainnya yang tidak sesuai dengan kaedah bahasa ‘Arab dan lisannya, di antaranya semisal Naarimaan, Syerehan, Nevin, Syeirin, Syadi – yang membawa makna kera (monyet) menurut mereka, dan Jihaan.

وأما ما ختم بالتاء، مثل : حكمت، عصمت، نجدت، هبت، مرفت، رأفت … فهي عربية في أصلها، لكن ختمها بالتاء الطويلة المفتوحة – وقد تكون بالتاء المربوطة – تتريك لها أخرجها عن عربيتها، لهذا لا يكون الوقف عليها بالهاء.

Adapun nama-nama yang diakhiri dengan hurut taa’ seperti Hikmat, ‘Ishmat, Nijdat, Hibbat, Mirfat, dan Ri’fat, semua nama-nama ini asalnya berasal dari bahasa ‘Arab. Namun disebabkan diakhiri dengan huruf taa thawilah (panjang) yang terbuka ,dan adakalanya diakhiri dengan taa marbutha sehingga menjadi nama Turki, yakni menjadikan nama-nama tersebut keluar dari kaedah bahasa ‘Arab yang asal. Maka dari sebab itulah, akhir dari nama-nama tersebut tidak dibaca haa’ (Hikmah, ‘Ishmah, Nijdah, dan seterusnya…).

والمختومة بالياء مثل: رمزي، حسني، رشدي، حقي، مجدي، رجائي هي عربية في أصلها، لكن تتريكها بالياء في آخرها منع من عربيتها بهذا المبنى، إذ الياء هنا ليست ياء النسبة العربية مثل: ربعي، ووحشي، وسبتي ( لمن ولدت يوم السبت)، ولا ياء المتكلم، مثل: كتابي، بل ياء الإمالة الفارسية والتركية.

Demikian pula, nama-nama yang diakhiri dengan huruf yaa’, seperti Ramzay, Husnay, Rusyday, Haqqay, Majday, dan Roja’iy, semua nama-nama ini asalnya adalah dari bahasa ‘Arab. Akan tetapi, dengan disertakan huruf yaa’ di akhir hurufnya, maka ia pun berubah menjadi nama-nama Turki, sehingga dengan susunan ini nama tersebut telah keluar dari kaedah bahasa ‘Arab. Kerana huruf yaa’ di sini bukanlah yaa’ nisbat sebagaimana yang dimaklumi dalam bahasa ‘Arab, seperti Rab’i (tempat tinggal), Wahsyi (kebuasan), dan Sabti (hari Sabtu) {bagi siapa-siapa yang dilahirkan pada hari Sabtu}. Juga bukan yaa’ Al-mutakallim, seperti Kitabi (buku-ku). Akan tetapi, itu adalah yaa’ imalah ke-Parsian dan ke-Turkian (yakni antara fathah dan kasrah).

وأما لفظ (فقي) في مصر، فهو عندهم مختصر (فقيه). ومن الأسماء الفارسية ما ختم بلفظ (ويه)، مثل : سيبويه، وقد أحصى بعضهم اثنين وتسعين اسماً مختومة بلفظ (ويه) وفي اللغة الأردية يقحمون الياء في وسط الكلمة علامة للتأنيث، فيقولون في رحمن: (رحيمن)، وفي كريم : ( كريمن) …

Adapun lafazh Fiqay yang ada di negeri Mesir menurut mereka adalah perkataan yang dipendekkan dari lafaz Faqih (orang yang punya kefahaman agama yang mendalam – pent.).Anak-anak dilahirkan Dalam Keadaan Fitrah

Nama-nama Parsi yang diakhiri dengan lafaz waih, misalnya Sibawaih. Dan sebahagian ulama telah menghitung ada sembilan puluh dua nama (dari kalangan para ahli ilmu) yang namanya diakhiri dengan lafaz waih. (Lihat: Kitab Sibawaih Imamun Muhat, m/s. 20-24) dari cetakan-cetakan Al-Majma’ul ‘Ilmi, ‘Iraq, tahun 1398H)

Dalam bahasa Urdu, mereka memasukkan huruf yaa’ di tengah-tengah kalimat sebagai tanda ta’nits (untuk perempuan). Sehingga mereka mengatakan kata “Rahman” menjadi “Rahiman”, dan kata “Karim” menjadi “Kariman”.

كل اسم فيه دعوى ما ليس للمسمى، فيحمل من الدعوى والتزكية والكذب ما لا يقبل بحال. ومنه ما ثبت في الحديث أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ” إن أخنع اسم عند الله رجل تسمى ملك الأملاك …” الحديث، متفق عليه. ومثله قياسا على ما حرمه الله ورسوله: سلطان السلاطين، حاكم الحكام، شاهنشاه، قاضي القضاة.

Keenam, setiap nama yang di dalamnya mengandungi makna yang tidak ada pada si penyandang atau pemilik nama. Sehingga dari apa yang terdakwa, apa yang ditazkiyah (disucikan melalui nama tersebut), dan pembohongan yang tidak bersesuaian dengan hal tersebut.

Dalilnya adalah sebagaimana yang telah tsabit dalam hadis bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّ أَخْنَعَ اسْمٍ عِنْدَ اللهِ رَجُلٌ تَسَمَّى مَلِكَ الْأَمْلَاكِ

“Sesungguhnya nama yang paling hina di sisi Allah adalah seseorang yang menamakan dirinya dengan nama Malakul Amlak (raja segala raja).” (Mutafaqun ‘alaih)

Juga yang semisalnya sebagai kiasan dari nama-nama yang diharamkan Allah dan Rasul-Nya tersebut: di antaranya adalah Sulthanus Salatin (sultan segala sultan), Hakimul Hukkam (hakim segala hakim), Syahansyah (raja segala raja), dan Qadhil Qudhah (hakim segala hakim). (Lihat: Mu’jamul Manahil Lafzhiyah, m/s. 260 dan 311)

وكذلك تحريم التسمية بمثل : سيد الناس، سيد الكل، سيد السادات، ست النساء. ويحرم إطلاق ( سيد ولد آدم ) على غير رسول الله صلى الله عليه وسلم. وفي حديث زينب بنت أبي سلمة رضي الله عنها أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ” لا تزكوا أنفسكم، الله أعلم بأهل البر منكم ” رواه مسلم.

Demikian pula pada pengharaman nama semisal Sayyidun Naas (pemimpin semua manusia), Sayyidul Kulli (pemimpin segala-galanya), Sayyidus Sadat (penghulu segala pemimpin), dan Sittun Nisaa’ (penghulu seluruh wanita.)

Dan diharamkan secara mutlak sebutan Sayyidu Waladi Adam (penghulu bani Adam) kepada selain Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Diriwayatkan dalam hadis Zainab binti Abu Salamah radhiyallahu ‘anha bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لَا تُزَكُّوا أَنْفُسَكُمْ، اللهُ أَعْلَمُ بِأَهْلِ الْبِرِّ مِنْكُمْ

“Janganlah menganggap diri kalian suci, Allah lebih mengetahui orang yang paling baik di antara kalian.” (Shahih Muslim, no. 2142)

قال ابن القيم: التسمية بأسماء الشياطين، كخنزب، والولهان، والأعور، والأجدع وقد وردت السنة بتغيير اسم من كان كذلك

Ketujuh, Ibnul Qayyim berkata (sebagaimana dalam Tuhfatul Maudud, m/s. 117):

“(Adalah diharamkan) memberikan nama dengan nama-nama syaitan, seperti Hinzab, Al-Walhan, Al-A’war dan Al-Ajda’.”

Telah diriwayatkan dalam As-Sunnah yang menjelaskan tentang kewajiban mengubah nama-nama tersebut.

B. Nama-nama Yang Dimakruhkan (yakni yang ditegah dan dibenci)

Asy-Syaikh Bakr bin ‘Abdillah Abu Zayd berkata lagi:

في الأسماء المكروهة يمكن تصنيفها على ما يلي:

(Manakala bagi) Nama-nama yang dimakruhkan pula (yakni nama-nama yang perlu dihindari), ia dapat diklasifikasikan sebagaimana berikut:

تكره التسمية بما تنفر منه القلوب، لمعانيها، أو ألفاظها، أو لأحدهما، لما تثيره من سخرية وإحراج لأصحابها وتأثير عليهم، فضلاً عن مخالفة هدي النبي صلى الله عليه وسلم بتحسين الأسماء:

Pertama, dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama yang membuat hati tidak suka disebabkan dari makna dan lafaznya, atau salah satu dari keduanya. Ini adalah kerana ianya dapat memberikan kesan yang negatif berupa ejekan dan dosa bagi pemiliknya serta pengaruh yang buruk bagi mereka.

Selain dari itu, ianya juga menyelisihi petunjuk Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang menganjurkan supaya memperbaguskan nama.

ومنها : حرب، مرة، خنجر، فاضح، فحيط، حطيحط، فدغوش … وهذا في الأعراب كثير، ومن نظر في دليل الهواتف رأى في بعض الجهات عجباً !

ومنها : هيام و سهام، بضم أولهما : اسم لداء يصيب الإبل.

ومنها : رحاب وعفلق، ولكل منهما معنى قبيح. ومنها : نادية، أي : البعيدة عن الماء.

Di antara contoh dari nama-nama tersebut adalah seperti Harb (perang), Murrah (pahit), Khanjar (pisau besar), Fadhih (membuka aibnya), Fahith (terancam bahaya), Hathihath (tergesa-gesa), dan Fadghus. Nama-nama seperti ini banyak didapati dalam kalangan masyarakat ‘Arab. Siapa yang melihat dalam daftar buku telefon misalnya, nescaya dia akan melihat beberapa nama yang menghairankan!

Di antara contoh yang lain adalah seperti nama Huyyam dan Suham, dengan harakat dhammah di awal hurufnya, yang bermakna nama bagi jenis penyakit yang menimpa unta.

Kemudian contoh yang lainnya seperti nama Ruhab dan ‘Aflaq, kedua-dua nama ini memiliki makna yang buruk (keji).

Demikian pula dengan nama Nadiyah, yang maknanya jauh dari air.

ويكره التسمي بأسماء فيها معان رخوة شهوانية، وهذا في تسمية البنات كثير، ومنها: أحلام، أريج، عبير، غادة (وهي التي تتثنى تيهًا ودلالاً)، فتنة، نهاد، وصال، فاتن، (أي : بجمالها)، شادية، شادي (وهما بمعنى المغنية)

Kedua, dimakruhkkan menamakan anak-anak dengan nama-nama yang mengundang syahwat. Penemaan seperti ini banyak digunakan pada kalangan perempuan. Di antaranya adalah seperti nama Ahlam (lamunan), Ariij (wanita yang semerbak baunya), ‘Abir (wanita yang harum baunya), Ghadah (wanita yang lemah gemalai) yakni wanita yang berkarektor gedik lagi mengada-ngada, Fitnah (menggoda), Nuhad (wanita yang montok payudaranya), Wishal (bersetubuh), Fathin (si pembuat fitnah lagi menggoda kecantikannya), Syadiyah (penyanyi) dan Syadi (kedua-dua nama ini bermakna penyanyi). (lihat: As-Silsilah Ash-Shahihah, no.216. Tarbiyyatul Aulad fil Islam oleh ‘Abdullah Nashih Al-‘Ulwan, 1/85-86)

ويكره تعمد التسمي بأسماء الفساق الماجنين من الممثلين والمطربين وعمار خشبات المسارح باللهو الباطل.

Ketiga, dimakruhkan dengan sengaja memberikan nama dengan nama-nama kaum fasiq yang tidak punya maruah (atau rasa malu dalam melakukan dosa), seperti para artis, penyanyi, dan orang-orang yang mengimarahkan arena teater dengan al-lahwu (hiburan dan permainan) yang batil.

ومن ظواهر فراغ بعض النفوس من عزة الإيمان أنهم إذا رأوا مسرحية فيها نسوة خليعات، سارعوا متهافتين إلى تسمية مواليدهم عليها، ومن رأى سجلات المواليد التي تزامن العرض، شاهد مصداقية ذلك … فإلى الله الشكوى.

Di antara fenomena yang menzahirkan jauhnya hati-hati dari kemuliaan iman adalah bahawa apabila mereka melihat sebuah drama (atau filem tertentu) yang di dalamnya memaparkan artis-artis wanita dengan pesona hawa nafsu, maka mereka pun berlumba-lumba menamakan anak-anak mereka dengan nama-nama artis tersebut. Bagi sesiapa yang cuba melihat pada daftar nama-nama anak yang telah hilang kehormatan, nescaya dia akan menyaksikan kebenaran fenomena tersebut. Maka hanya kepada Allah-lah kita mengadu.

ويكره التسمية بأسماء فيها معان تدل على الإثم والمعصية، كمثل (ظالم بن سراق) فقد ورد أن عثمان بن أبي العاص امتنع عن تولية صاحب هذا الاسم لما علم أن اسمه هكذا، كما في ” المعرفة والتاريخ ” ( 3/201) للفسوي.

Keempat, dimakruhkan memberikan nama dengan nama-nama yang di dalamnya mengandungi makna-makna yang menunjukkan perbuatan dosa dan maksiat, seperti Zhalim bin Sarraq (zalim bin pencuri). Diriwayatkan bahawa ‘Utsman bin Abu Al-‘Ash melarang untuk mengangkat pemimpin yang nama-nya semisal nama-nama tersebut, sebagaimana disebutkan dalam Al-Ma’rifah wat Tarikh (3/201) karya Al-Fasawi.

وتكره التسمية بأسماء الفراعنة والجن: ومنها: فرعون، قارون، هامان …

Kelima, dimakruhkan menamakan dengan nama-nama yang mengandungi sifat Fir’aun dan jin (yakni bersikap bengis dan sombong). Di antaranya adalah nama Fir’aun, Qarun dan Haman.

ومنه التسمية بأسماء فيها معان غير مرغوبة، كمثل: (خبية بن كناز)، فقد ورد أن عمر رضي الله عنه قال عنه: “لا حاجة لنا فيه، فهو يخبئ وأبوه يكنز” كما في “المؤتلف والمختلف” (4/1965) للدارقطني.

Keenam, dimakruhkan menamakan dengan nama-nama yang dibenci, seperti Khabiyyah bin Kannaaz (penyonglap bin penimbun). Diriwayatkan bahwa Umar radhiyallahu ‘anhu pernah berkata tentangnya, “Kami tidak ada keperluan dengan dirinya, kerana dia menyembunyikan harta dan ayahnya menimbunnya, sebagaimana yang disebutkan dalam Al-Mu’talaf wal Mukhtalaf, (4/1965) susunan Ad-Daruquthni.”Perhatikan kewajiban ilmu untuk anak-anak kita

ويكره التسمي بأسماء الحيوانات المشهورة بالصفات المستهجنة، ومنها التسمية بما يلي: حنش، حمار، قنفذ، قنيفذ، قردان، كلب، كليب… والعرب حين سمت أولادها بهذه، فإنما لما لحظته من معنى حسن مراد : فالكلب لما فيه من اليقظة والكسب، والحمار لما فيه من الصبر والجلد، وهكذا … وبهذا بطل غمز الشعوبية للعرب كما أوضحه ابن دريد وابن فارس وغيرهما.

Ketujuh, dimakruhkan menamakan dengan nama-nama haiwan yang terkenal dengan sifat kotor. Di antaranya menamakan dengan nama-nama seperti: Hanasy (ular berbisa), Himar (keledai), Qunfudz (landak), Qunaifadz (landak kecil), Qirdani (kutu binatang), Kalb (anjing), dan Kulaib (anjing kecil).

Adapun orang-orang ‘Arab ketika menamakan anak-anaknya dengan nama-nama di atas, maka mereka hanya melihatnya dari sisi positif. Misalnya nama Kalb (anjing) yang memiliki sifat selalu bersiap-siaga dan bersemangat, Himar (kledai) yang memiliki sifat sabar dan tabah, dan demikianlah seterusnya. Atas dasar ini, maka terbatallah dakwaan (atau sebahagian pandangan) yang mengatakan penamaan tersebut terjadi atas dasar ketaksuban terhadap bangsa ‘Arab, sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Ibnu Duraid dan Ibnu Faaris serta yang lainnya.

وتكره التسمية بكل اسم مضاف من اسم أو مصدر أو صفة مشبهة مضافة إلى لفظ (الدين) ولفظ (الإسلام) مثل: نور الدين، ضياء الدين، سيف الإسلام، نور الإسلام … وذلك لعظيم منزلة هذين اللفظين (الدين) و (الإسلام)،

Ke-lapan, dimakruhkan menamakan anak-anak dengan setiap isim mudhaf (kata benda yang disandarkan kepada kata benda yang lain) sama ada berupa isim (kata benda), mashdar (kata dasar), atau sifatu musyabbahah (sifat penyerupaan) kepada lafaz ad-din (agama) dan al-Islam. Misalnya adalah nama-nama seperti Nuruddin (cahaya agama), Dhiyauddin (sinar agama), Saiful Islam (pedang Islam), dan Nurul Islam (cahaya Islam). Ini adalah disebabkan agungnya kedudukan kedua-dua bentuk lafaz tersebut, yakni ad-din dan al-Islam. (lihat: Tuhfatul maudud, m/s. 136. As-Silsilah Ash-Shahihah, no. 216)

فالإضافة إليهما على وجه التسمية فيها دعوى فجة تطل على الكذب، ولهذا نص بعض العلماء على التحريم، والأكثر على الكراهة، لأن منها ما يوهم معاني غير صحيحة مما لا يجوز إطلاقه، وكانت في أول حدوثها ألقاباً زائدة عن الاسم، ثم استعملت أسماء.

Penyandaran kepada kedua-dua lafaz tersebut dalam penamaan merupakan pengakuan yang bersifat terburu-buru yang menampakkan kedustaan (yakni nama yang diberi tersebut tidak menjelaskan hakikat pemilik nama tersebut bahkan tidak mampu dicapai oleh pemiliknya – pent.).

Oleh kerana itu, ada sebahagian ulama yang menjelaskan keharamannya, namun kebanyakkan dari mereka memakruhkannya (menegah dan membencinya). (lihat: Syarh Ibnu ‘Allaan li Al-Adzkar, 6/130)

Ini adalah kerana dari nama-nama tersebut dapat menimbulkan pelbagai prasangka makna yang tidak benar, yang tidak boleh di-ithlaqkan. Dikatakan pada awalnya, penamaan seperti itu hanyalah merujuk pada laqab (gelaran tambahan) dari suatu nama, namun kemudian justeru digunakan sebagai nama-nama.

وقد يكون الاسم من هذه الأسماء منهياً عنه من جهتين مثل: شهاب الدين، فإن الشهاب الشعلة من النار، ثم إضافة ذلك إلى الدين، وقد بلغ الحال في إندونيسيا التسمية بنحو: ذهب الدين، ماس الدين!

Adakalanya, sebuah nama dari nama-nama ini dilarang untuk digunakan kerana ditinjau dari dua sudut, misalnya nama Syihabuddin (meteor agama). Pertama, kerana erti syihab adalah nyalaan api. Manakala sudut yang kedua, kerana di-idhafahkan (disandarkan) kepada lafaz ad-din (agama). Penggunaan nama-nama seperti ini telah banyak di negara kita, seperti Dzahabuddin (emas agama) dan Massuddin (keperluan agama).

كان النووي رحمه الله تعالى يكره تلقيبه بمحيي الدين، وشيخ الإسلام ابن تيمية رحمه الله تعالى يكره تلقيبه بتقي الدين، ويقول ” لكن أهلي لقبوني بذلك فاشتهر وقد بينت ذلك في ” معجم المناهي ” و ” تغريب الألقاب

Bahawasanya Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (yang diberi gelar dengan Muhyiddin) tidak suka dirinya diberi laqab (gelaran) Muhyiddin (yang menghidupkan agama – pent.). Demikian pula dengan Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah juga tidak suka diberi laqab (gelar) dengan Taqiyyuddin (yang menjaga agama – pent.).

Beliau berkata, “Akan tetapi masyarakatku memberi laqab (gelaran) kepadaku dengan laqab tersebut, sehingga ianya pun menjadi masyhur.”

Permasalahan tersebut telah dijelaskan dalam kitab Mu’jamul Manahi dan Taghribul Alqab.

وأول من لقب الإسلام بذلك هو بهاء الدولة ابن بويه (ركن الدين) في القرن الرابع الهجري. ومن التغالي في نحو هذه الألقاب: زين العابدين، ويختصرونه بلفظ (زينل)، وقسام علي، ويختصرونه بلفظ (قسملي).

Dan orang yang terawal diberi laqab (gelaran) dengan laqab tersebut dalam Islam adalah Baha’ Ad-Daulah bin Buwaih, beliau diberi gelaran Ruknuddin (tiang penopang agama) pada abad keempat hijriyyah.[1]

Termasuk bentuk berlebih-lebihan dalam pemberian laqab seperti ini adalah nama Zainal ‘Abidin (sebaik-baik ahli ibadah) lalu mereka singkatkan menjadi Zainal, dan Qassam ‘Ali (penebus ‘Ali) lalu mereka singkatkan menjadi Qasmali.

وهكذا يقولون – وبخاصة لدى البغاددة – في نحو: سعد الدين، عز الدين، علاء الدين: سعدي، عزي، علائي. والرافضة يذكرون أن النبي صلى الله عليه وسلم سمى علي بن الحسين بن علي بن أبي طالب رحمه الله تعالى: سيد العابدين، وهذا لا أصل له، كما في: ” منهاج السنة ” ( 4/50 )، و ” الموضوعات ” لابن الجوزي (2/44-45)، وعلي بن الحسين من التابعين، فكيف يسميه النبي صلى الله عليه وسلم بذلك؟! فقاتل الله الرافضة ما أكذبهم وأسخف عقولهم!

Demikianlah pula mereka mengatakan (khasnya menurut orang-orang Baghdad); contohnya nama Sa’aduddin (kebahagiaan agama), ‘Izzuddin (kemulian agama), ‘Alauddin (keagungan Agama), Sa’di (kebahagianku), ‘Izzi (kemuliaanku), dan Ala’i (keagunganku).

Orang-orang Syi’ah Rafidhah mengatakan bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah menamakan ‘Ali bin Al-Husain bin ‘Ali bin Abu Thalib rahimahullah dengan Sayyidul ‘Abidin (penghulu para ahli ibadah). Perbuatan ini tidak ada dasarnya sama sekali, sebagaimana dijelaskan dalam Minhajus Sunnah (4/50), dan Al-Maudhu’at karya Ibnul Jauzi (2/44-45). Kerana ‘Ali bin Al-Husain sebahagian dari generasi tabi’in, maka bagaimana mungkin Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam boleh menamakannya dengan nama tersebut?!

Semoga Allah membinasakan kaum Rafidhah atas kedustaan dan kedunguan akal-akal mereka.

ومن أسوأ ما رأيت منها التسمية بقولهم: جلب الله، يعني: كلب الله! كما في لهجة العراقيين، وعند الرافضة منهم يسمونه: جلب علي، أي: كلب علي! وهم يقصدون أن يكون أميناً مثل أمانة الكلب لصاحبه.

Pemberian nama yang paling buruk dari apa yang pernah penulis lihat adalah Jalbullah, yang bermaksud anjing Allah sebagaimana dalam dialek orang-orang ‘Iraq. Manakala orang-orang Syi’ah Rafidhah, di antara mereka ada yang menamakan dengan nama Jalbun ‘Ali, yang maksudnya anjing Ali, dengan tujuan agar dia menjadi aman sebagaimana anjing yang mengamankan tuannya.

وتكره التسمية بالأسماء المركبة ،مثل: محمد أحمد، محمد سعيد، فأحمد مثلاً فهو الاسم، محمد للتبرك … وهكذا. وهي مدعاة إلى الاشتباه والالتباس، ولذا لم تكن معروفة في هدي السلف، وهي من تسميات القرون المتأخرة، كما سبقت الإشارة إليه. ويلحق بها المضافة إلى لفظ الجلالة ( الله )، مثل : حسب الله، رحمة الله، جبرة الله، حاشا: عبد الله، فهو من أحب الأسماء إلى الله. أو المضافة إلى لفظ الرسول، مثل : حسب الرسول، وغلام الرسول … وبينتها في : ” معجم المناهي “، و ” تغريب الألقاب “.

Kesembilan, dimakruhkan memberikan nama dengan nama yang murakkab (nama yang berulang atau terdiri lebih dari satu kata yang tidak berkaitan – pent.), seperti Muhammad Ahmad, Muhammad Sa’id. Sebagai contoh nama Ahmad adalah isim (kata benda), dan Muhammad untuk bertabarruk (mengambil berkah dari nama Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam).

Nama-nama tersebut menimbulkan persoalan dan mengandungi percampuran, dan ianya tidak pula dikenal di kalangan salaf (kaum muslimin generasi awal/terbaik), sebaliknya ia merupakan nama orang-orang kurun muta’akhirin (terkemudian), sebagaimana telah diisyaratkan di perbahasan terdahulu.

Termasuk dalam kategori ini adalah nama-nama yang di-idhafahkan (disandarkan) kepada lafaz jalaalah (Allah), seperti Hasbullah (cukuplah Allah sebagai penolong), Rahmatullah (rahmat Allah), Jabratullah (keputusan Allah), kecuali nama ‘Abdullah (hamba Allah) kerana ia adalah nama yang paling disukai Allah (yang berbentuk pengabdian kepada Allah, serta tsabit dengan nash dan contoh para salaf – pent.).

Ataupun nama yang di-idhafahkan (disandarkan) kepada lafaz ar-rasul, seperti Hasbur Rasul (cukuplah Rasul sebagai penolongku), dan Ghulamur Rasul (pelayan atau hamba Rasul), permasalahan ini telah penulis jelaskan dalam Mu’jamul Manahi dan Taghribul Alqab.

وكره جماعة من العلماء التسمي بأسماء الملائكة عليهم السلام! مثل: جبرائيل، ميكائيل، إسرافيل. أما تسمية النساء بأسماء الملائكة، فظاهر الحرمة، لأن فيها مضاهاة للمشركين في جعلهم للملائكة بنات الله، تعالى الله عن قولهم. وقريب من هذا تسمية البنت : ملاك، ملكة.

Kesepuluh, sebahagian ulama ada yang memakruhkan pemberian nama dengan nama-nama para malaikat ‘alaihimus Sallam, seperti Jibrail, Mikail, dan Israfil.perintahkan anak tunaikan solat pada usia tujuh tahun

Adapun menamakan kaum wanita dengan nama-nama para malaikat, ianya adalah jelas diharamkan, kerana merupakan bentuk penyerupaan kepada kaum musyrikin dalam menjadikan para malaikat sebagai anak-anak perempuan Allah. Maha Tinggi Allah dari apa yang mereka ucapkan.

Yang menghampiri (atau menyerupai) hal ini adalah menamakan anak perempuan dengan nama Malakun dan Malikah.[2]

وكره جماعة من العلماء التسمية بأسماء سور القرآن الكريم، مثل: طه، يس، حم … ” وأما ما يذكره العوام أن يس وطه من أسماء النبي صلى الله عليه وسلم، فغير صحيح

Kesebelas, sebahagian ulama yang lainnya ada yang memakruhkan pemberian nama dengan nama dari nama-nama surah Al-Quran Al-Karim, seperti Thoha, Yasin, dan Hamim. Adapun apa yang disebutkan oleh masyarakat awam bahawa Yasin dan Thoha termasuk sebahagian dari nama-nama Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, maka ini adalah tidak sahih.[3]

C. Solusi dan Jalan Keluar Dari Permasalahan

Kemudian Syaikh berkata lagi:

في المخرج من الأسماء المحرمة أو المكروهة

Solusi dan Jalan Keluar dari Nama-nama Yang Diharamkan dan Dimakruhkan

المخرج هو في تغييرها واستبدالها باسم مستحب شرعاً أو جائز، كما تقدم في الأصلين الخامس والسادس.

Solusi dan jalan keluar yang dimaksudkan di sini adalah dengan mengubah dan menggantikannya dengan nama yang baik yang disunnahkan, sama ada secara syar’i atau yang dibolehkan, sebagaimana yang telah penulis jelaskan dalam prinsip kelima dan keenam.

وطلب التغيير يكون من الولي الشرعي على القاصر أو من المسمى بعد بلوغه ورشده.

Permintaan untuk mengubah tersebut boleh dilakukan sendiri oleh walinya yang syar’i bagi anak kecil, atau dari orang yang menyandang nama tersebut apabila dia telah mencapai usia balih dan dewasa.

وقد غير النبي صلى الله عليه وسلم مجموعة وحولها من الأسماء الشركية إلى الأسماء الإسلامية، ومن الأسماء الكفرية إلى الأسماء الإيمانية.

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri telah mengubah sejumlah nama-nama yang mengandungi maksud syirik kepada nama-nama islamiyyah, dan dari nama-nama kafir kepada nama-nama orang yang beriman.

وعن عائشة رضي الله عنها، قالت : ” كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يغير الاسم القبيح إلى الاسم الحسن ” رواه الترمذي. يعلم ذلك من نظر كتاب ” الإصابة في تمييز أسماء صحابة ” لابن حجر وقد استقرأتها في كتاب “معجم المناهي اللفظية “. والحمد لله رب العالمين.

Dari hadis ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau berkata:

“Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam biasa menukar nama-nama yang buruk kepada nama-nama yang baik.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 2839)

Bagi yang telah meneliti kitab Al-Ishaabah fi Tamyiiz Asmaa’ Ash-Shohabah karya Ibn Hajar, telah dia akan mengetahui perkara ini. Penulis juga telah membahaskannya dalam kitab Mu’jam Al-Manaahi Al-Lafziyyah, walhamdulillahi rabbil ‘aalamiin.

وظاهر من هدى النبي صلى الله عليه وسلم في تحويل الأسماء مراعاة القرب في النطق، كتغيير شهاب إلى هشام، وجثامة إلى حسانة. وهكذا يحول – مثلاً – : عبد النبي إلى عبد الغني، عبد الرسول إلى عبد الغفور، وعبد علي إلى عبد العلي، وعبد الحسين إلى عبد الرحمن، وحنش إلى أنس، وعبد الكاظم إلى عبد القادر… والمهم تحويل الاسم إلى مستحب أو جائز.

Secara zahir dari petunjuk Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam pengubahan nama-nama, beliau memerhatikan dari kedekatan lafaz, seperti nama Syihab (nyalaan api, atau meteor) diubah menjadi Hisyam (kedermawanan dan kemurahan hati), manakala Jatsamah (yang sering berdiam diri, berpeluk tubuh) kepada Hasanah (kebaikan).

Demikian pula beliau mengubah nama semisal ‘AbdunNabi (hamba Nabi) kepada ‘Abdul Ghani (Hamba Allah yang Maha Kaya), ‘AbduRasul (hamba Rasul) kepada ‘Abdul Ghofuur (Hamba Allah yang Maha Pengampun), ‘Abdu ‘Ali (hamba ‘Ali) kepada ‘Abdul ‘Ali (hamba Allah yang Maha Tinggi), ‘Abdul Husain (hamba Husain) kepada ‘Abdurrohman (hamba Allah yang Maha Mengasihi seluruh makhluk), Hanasy (ular berbisa) kepada Anas (mudah mesra dan ramah), dan ‘Abdul Kazhim (hamba orang yang menahan marah) kepada ‘Abdul Qadir (hamba Allah yang Maha Kuasa).

Dan yang menjadi dasar penting di sini, adalah menukar nama kepada nama-nama yang disunnahkan atau yang dibolehkan.

Wallaahu a’lam – sekian nukilan.


 

[1] Al-Islam wal Hadharatul Gharbiyyah karya Muhammad Kurdi Ali. Di dalamnya terdapat ungkapan penting mengenai sikap berlebih-lebihan dengan laqab-laqab ini, sehingga laqab tersebut tidak beredar kecuali atas ketetapan penguasa. Dan boleh jadi, untuk memperolehinya harus dengan menge-luarkan banyak wang, kemudian digunakan sebagai namanya, sampai-sampai orang yang bukan muslim pun dinamai dengannya. Sehingga Al-Hasan bin Rasyiq Al-Qairuwani menuturkan, “Perkara yang membuatku meninggalkan bumi Andalas adalah nama-nama yang dipeluk erat dan dipegang teguh. Yaitu nama-nama kerajaan yang tidak pada tempatnya, seperti kucing yang digambarkan sebagai singa yang buas.”

[2] Lihat kitab Al-Alfazh wal Asalib (m/s. 152-153) bahawa nama Malakun diambil dari kata-kata Al-Malaku.

[3] Perkataan Al-’Allamah Ibnul Qayyim rahimahullah dalam Tuhfatul Maudud (m/s. 109).