Oleh: Mohd Radzi Othman
Pertembungan Budaya Dan Jati Diri
Sa’ad bin Abi Waqqas menghitung jumlah penduduk daerah Ctesiphon ketika beliau membuka kota tersebut sekitar 137 000 orang namun bangsa tersebut lenyap setelah berlalu beberapa waktu. Persoalannya kemana hilang seluruh bangsa Parsi tersebut? Apakah mereka disembelih dalam upaya pembersihan etnik; sebagaimana yang telah dilakukan oleh Bangsa Serb atas Bangsa Bosnia yang menganut Islam suatu masa dahulu? Atau mereka telah mengalami diaspora atau berhijrah ke tempat lain? Ini boleh difahami dalam kacamata disiplin sosiologi dan kacamata Islam itu sendiri.
Ibn Khaldun berkata bahawa “Suatu bangsa yang telah dikalahkan dan berada dibawah kekuasaan bangsa lain, akan cepat lenyap”. (al-Mukaddimah). Kemudian beliau berkata lagi: “Peraturan Islam adalah dikenal kerana keadilannya” maka Islam tidak membenarkan umatnya membunuh kafir zimmi tanpa hak yang benar. Begitu juga darah seorang Muslim itu haram atas Muslim yang lain. Maka misteri lenyapnya Bangsa Parsi setelah berlalu beberapa waktu setelah mereka dikalahkan oleh Bangsa Arab adalah kerana difusi budaya dan teori muatan rohani, bukannya kerana ketidakadilan Islam atau kekejaman umatnya.
Dalam pembauran budaya atau penetrasi kebudayaan, akan mucul paling kurang tiga bentuk tindakbalas iaitu Akulturasi, Asimilasi atau Akomodasi. Akulturasi adalah pergabungan dua budaya sehingga terbentuk budaya baru tanpa menghilangkan unsur budaya asli. Sementara itu asimilasi adalah pertembungan dua budaya sehingga terbentuk budaya baru. Akomodasi pula adalah pembauran dua budaya yang akhirnya akan memenangkan budaya yang dominan sehingga budaya minoriti terhapus. Kaum minoriti akan melazimi budaya kaum majoriti bagi menghindari konflik.
Maka dalam kes Bangsa Parsi lenyap setelah ditakluk Bangsa Arab adalah kerana bangsa tersebut telah berakomodasi di dalam Bangsa Arab sehingga mereka berbicara dengan lidah Arab, mereka berbusana dengan pakaian Arab dan mereka berbudaya dengan budaya Arab. Oleh itu akhirnya mereka menjadi Bangsa Arab sehingga hilang unsur-unsur bangsa mereka sendiri.
Malah lebih utama adalah perubahan sesuatu bangsa itu selalu berlaku kerana “Muatan Rohani” yang berakar umbi pada agama penganutnya. Iaitu ketika bangsa Parsi meninggalkan agama Majusi dan beralih kepada Islam, maka mereka berkongsi kepercayaan dengan bangsa Arab. Malah hukum-hukum Islam memasuki diri mereka sehingga mereka menjadikan Islam sebagai pedoman dalam berbudaya yang akhirnya mereka mengikut Bangsa Arab yang lebih dahulu menemui Islam.
Minda Kaptif Muncul Dari Jatidiri Yang Lemah
Ada satu lagi teori yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh sosiologi antaranya Bapa Sosiologi Ibn Khaldun. Beliau membawakan teori “Minda Kaptif” atau Minda Terjajah.
Menariknya Minda Terjajah ini tidak berlaku kepada penganut Islam yang baharu lantaran Islam menyebar bukan kerana mahu mengorek kekayaan pribumi atau menghambakan manusia, sebaliknya Islam mahu memerdekakan manusia dari penghambaan dan memerdekakan jiwa dari kesyirikan. Ibn Khaldun berkata tentang Minda Terjajah:
“Yang ditakluki selalunya mahu meniru yang menang dalam hal perilaku, caranya berpakaian, pekerjaannya dan pelbagai keadaan dan adat resam. Sebabnya ialah kerana jiwa selalunya melihat kesempurnaan pada diri orang yang berupaya menakluki jiwa itu dan kepada orang yang menjadi tempatnya bernaung. Dia melihat tokoh berkenaan sebagai sempurna, sama ada disebabkan jiwa itu dipengaruhi oleh rasa hormat terhadapnya, atau kerana jiwa itu silap dalam mengandaikan bahawa perasaan patuh kepada orang tersebut bukanlah disebabkan kekalahan tetapi kerana kesempurnaan orang yang menakluki itu. Sekiranya andaian yang salah itu telah sebati dalam jiwa, maka ia akan membentuk sebuah keyakinan yang kukuh. Jiwa itu kemudiannya akan menerima seluruh perilaku dan tindak-tanduk orang yang menang dan mengasimilasikan diri dengannya. Inilah yang dimaksudkan dengan sebuah peniruan.” (al-Mukaddimah)
Kerana itulah Munsyi Abdullah lebih suka memuji orang Inggeris, seperti pujiannya kepada isteri Tuan Raffles dengan menganugerahkan serangkap pantun: “Puyu-puyu konon namanya, Di dalam kolam konon tempatnya, Cantik manis barang lakunya, Serta dengan budi bahasanya”. Namun dia mencoretkan watak wanita Melayu dengan gambaran buruk dan biadap: “Apakah konon berkain batik, Kalau tidak dengan sujinya, Apa guna berbini cantik, Kalau tidak dengan budinya.” (Hikayat Abdullah).
Namun minda Raja Ali Haji tidak mampu dijajah oleh Belanda sepertimana terjajahnya minda Munsyi Abdullah dengan Inggeris. Dalam Tuhfat an-Nafis beliau menggambarkan perilaku Bangsa Belanda ketika beliau bersama ayahnya, Raja Ahmad Riau mengadakan misi diplomasi di Betawi: “Di situlah segala Hollanda yang muda-muda menari bersama-sama perempuan nonanya, berpelok-pelok berpusing dengan muzik”. Dengan jelas dia melihat betapa asingnya budaya Bangsa Belanda dari kacamata Islam dan akal budi Melayu. Dari keturunan Raja Ali Haji inilah lahir Syed Syeikh al-Hadi yang menjadi simbol kepada “Reformasi Pemikiran” di Tanah Melayu.
Contoh Otak Kaptif Yang Dianut
Namun begitu, tanpa sedar “Kemelayuan” yang kita warisi semakin pudar ditelan globalisasi. Selama 400 tahun umat Melayu dijajah, sedikit sebanyak budaya kita berubah akibat pertembungan budaya. Tanpa sedar juga rupanya kita masih menyanjung Barat sehingga kita “beriman” akan kesempurnaan mereka pada semua sisi. Lantas kita pun meniru mereka dalam berpakaian, tingkah-laku hatta sehingga cara mereka berfikir dan berbahasa!
Begitulah kita menerima mereka dengan hati yang terbuka dan toleransi tinggi sehingga kita mengorbankan akal budi kita sendiri. Begitu juga kita merelakan seluruh cara fikir mereka menerobos minda dan jalan fikir kita. Kita berbuat demikian untuk merasa maju, menganggap moderat dan melakar nama di persada dunia. Namun tanpa sedar pemikiran dan jalan fikir tersebut sangat berbahaya kepada kita.
Kita menerima hampir semua “isme” yang mereka bidankan tanpa banyak bicara. Begitu juga dalam beragama, kita banyak mencerap filsafat Yunani dan kemudian kita imaninya. Sedang kita semakin lupa untuk tetap teguh kepada aqidah yang sahih dan amal ibadah yang sempurna – mengikut petunjuk Rasul Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Beliau berkata: “Sesiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia sebahagiaan dari mereka.” (Direkodkan oleh Abu Dawud)
Kita dahulu dikenali sebagai sebuah umat yang bersatu sehingga kita mengungkapkan “Bulat air kerana pembentung, bulat masyarakat kerana muafakat”. Begitu juga kita dahulunya mentaati pemimpin kita dengan iman dan taqwa sehingga kita berkata: “Biar mati anak, jangan mati adat.” sedang “Adat bersendi hukum, hukum bersendi syara’, syara’ mengata adat menurut”. Lantas leluhur kita menterjemahkan hal tersebut dalam Hikayat Hang Tuah.
Taat Hang Tuah kepada Sultannya
Ketika Hang Tuah disingkir dan dihukum bunuh, maka dia menurut. Begitu juga ketika Sultan mengusir Puteri Gunung Ledang, dia juga mengikut. Juga seluruh rakyat diam tanpa berontak. Kerana umat Melayu mengerti bahawa ketaatan kepada penguasa penting untuk keamanan Negara. Dan mereka mengerti bahawa Hang Jebat itu pemberontak dan wajarlah hayatnya ditamatkan oleh Hang Tuah.
Citra umat Melayu ini bersamaan dengan prinsip Islam. Diriwayatkan dari Abu Hamzah, dia berkata: “Ketika sampainya kepadaku peristiwa pembakaran Ka’bah (yang dilakukan oleh Hajjaj ats-Tsaqafi – Panglima tentera Abdul Malik B. Marwan) aku keluar menuju Makkah. Aku berkali-kali menemui Ibn ‘Abbas sehingga beliau mengenali aku dan menyanyangiku. Kemudian aku mencaci Hajjaj di depan Ibn Abbas, maka beliau berkata: Jangan engkau menjadi pendukung syaitan.” (Direkodkan oleh Bukhari)
Malangnya otak kita telah dijajah dengan slogan “kebebasan berpendapat” sehingga mereka berani melanggar aturan Islam dengan mencerca penguasa. Mereka menjulang kata “Raja adil raja di sembah, raja zalim raja di sanggah” yang keluar dari mulut penderhaka bangsa. Dan mereka juga malu untuk berkata “Melayu harus bersatu dan memerintah”. Mereka merasa assabiyah itu sebuah kejahatan dan dosa, sehingga mereka tidak mahu berjuang untuk bangsa. Sedangkan asabiyah yang terlarang adalah menolong bangsanya dalam melakukan kejahatan.
Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam: “Adakah perbuatan asabiyah seseorang itu suka (kasih) kepada kaumnya (bangsanya)? Tidak, tetapi asabiyah itu ialah orang yang menyokong (menolong) kaumnya melakukan kezaliman.” (Direkodkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah)
Usaha memperjuangkan nasib bangsa bukan sebuah asabiyah yang tercela.
6 Comments
zcfblgekguekjzllzmgr, justin bieber baby lyrics, xtzraco.
To be a adroit charitable being is to have a make of openness to the far-out, an skill to guardianship aleatory things beyond your own pilot, that can front you to be shattered in very exceptional circumstances as which you were not to blame. That says something exceedingly weighty relating to the fettle of the righteous passion: that it is based on a trustworthiness in the uncertain and on a willingness to be exposed; it's based on being more like a plant than like a jewel, something rather feeble, but whose extremely item handsomeness is inseparable from that fragility.
It is very prominent to match adapted care of all your gems pieces so that they pattern in behalf of a lifetime. There are diverse approaches and ways to decontaminated weird types of jewels be it gold, silver-tongued, pearls, diamond or semiprecious stone stones. Outlined under the sun are the several ways sooner than which you can walk off care of your accessories and charge of them lambent and new always.
To be a good benign being is to procure a philanthropic of openness to the far-out, an gift to group undeterminable things beyond your own control, that can govern you to be shattered in very extreme circumstances on which you were not to blame. That says something exceedingly outstanding relating to the condition of the honest life: that it is based on a trustworthiness in the uncertain and on a willingness to be exposed; it's based on being more like a shop than like a jewel, something fairly dainty, but whose acutely precise beauty is inseparable from that fragility.
Advice in old age is foolish; for what can be more absurd than to increase our provisions for the road the nearer we approach to our journey's end.
[url=http://accutro5607.wordpress.com/2010/10/11/bulova-accutron-spaceview-50th-anniversary-limited-edition/]Watches[/url]
Watches
Those who bound to to the standard faiths allege that the authority of their obedience rests on expos‚, and that pronouncement is confirmed in the pages of books and accounts of miracles and wonders whose disposition is supernatural. But those of us who from long discarded the assent in the magical unruffled are in the attendance of revelations which are the base of faith. We too entertain our revealed religion. We have looked upon the fa‡ade of men and women that can be to us the symbols of that which is holy. We enjoy heard words of sacred understanding and facts in fact vocal in the vulnerable voice. Out of the domain there set up meet up to us these experience which, when accepted, give to us revelations, not of abnormal religion, but of a unexceptional and sure certitude in the spiritual powers that animate and labour in the center of [a person's] being.