Mendahulukan Jalan Untuk Kaum Muslimin Berbanding Orang Kafir

Mendahulukan Jalan Untuk Kaum Muslimin Berbanding Orang Kafir

www.ilmusunnah.com

jalan-lebuh-raya

Dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لَا تَبْدَءُوا الْيَهُودَ وَلَا النَّصَارَى بِالسَّلَامِ، فَإِذَا لَقِيتُمْ أَحَدَهُمْ فِي طَرِيقٍ، فَاضْطَرُّوهُ إِلَى أَضْيَقِهِ

“Janganlah engkau memulakan salam terhadap Yahudi dan Nashara. Apabila kalian bertemu (bertembung) dengan salah seorang dari mereka di jalanan, maka doronglah (biarlah) dia lalu di tempat yang sempit (pinggir jalan).” (Shahih Muslim, no. 2167)

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) berkata:

قوله صلى الله عليه و سلم واذا لقيتم أحدهم فى طريق فاضطروه إلى أضيقة قال أصحابنا لايترك للذمى صدر الطريق بل يضطر إلى أضيقه اذا كان المسلمون يطرقون فان خلت الطريق عن الرحمة فلاحرج قالوا وليكن التضييق بحيث لايقع فى وهدة ولا يصدمه جدار ونحوه والله أعلم

“Terkait perkataan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “… Apabila kalian bertemu (bertembung) dengan salah seorang dari mereka di jalanan, maka doronglah (biarlah) dia lalu di tempat yang sempit (pinggir jalan)..

Menurut sahabat-sahabat kami (dari kalangan tokoh-tokoh ulama bermazhab Asy-Syafi’i), “Tidak boleh membiarkan orang-orang kafir dzimmi menggunakan laluan di tengah-tengah jalan, tetapi sebaliknya hendaklah mendorong mereka ke pinggir jalan apabila terdapat kaum muslimin pada laluan tersebut. Tetapi jika pada laluan tersebut tidak ramai orang (atau sepi), maka tidaklah mengapa.”

Mereka juga mengatakan, “Dan perbuatan mendorong mereka ke pinggir jalan tersebut janganlah sampai membuat mereka jatuh ke lembah, atau jangan sampai mereka tersangkut (atau berlanggar) dengan dinding, dan seumpamanya.” Wallaahu a’lam.” (Syarh Shahih Muslim, 14/147)

Al-Imam Ash-Shan’ani rahimahullah (Wafat: 1182) berkata:

وفي الحديث دليل على إلجائهم إلى مضايق الطرق إذا اشتركوا هم والمسلمون في الطريق فيكون واسعه للمسلمين فإن خلت الطريق عن المسلمين فلا حرج عليهم

“Pada hadis tersebut merupakan dalil agar mendorong mereka ke pinggir jalan ketika mereka berada pada laluan yang sama dengan kaum muslimin, agar jalan kaum muslimin lebih luas, tetapi jika tidak ada kaum muslimin pada laluan/jalan tersebut maka tidaklah mengapa membiarkan mereka.” (Subul As-Salaam, 4/68)

Asy-Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah (Wafat: 1421H) berkata:

يعني لا نوسع لهم الطريق لو كان جماعة مسلمون وجماعة كفار تلاقوا في الطريق لا يفسح المسلمون لهم المجال ولو تفرقوا في الطريق لأنك إذا أفسحت الطريق لهم يعد هذا إكراما

“Yakni tidak boleh melapangkan laluan untuk mereka. Seandainya sekumpulan muslim dan sekumpulan orang-orang kafir bertembung di jalanan, maka janganlah kaum muslimin sengaja melapangkan laluan untuk mereka, walaupun hal tersebut akan menjadikan mereka terpisah (antara satu sama lain), kerana dengan sengaja melapangkan laluan untuk mereka menunjukkan penghormatan atau pemuliaan (atas kaum kafir).” (Syarh Riyadh Ash-Shalihin, 4/423-424)

Wallaahu a’lam.