Matahari Sujud di Bawah ‘Arsy?

Matahari Sujud di Bawah ‘Arsy?

www.ilmusunnah.com

Dari hadis Abu Dzarr Al-Ghifari radhiyallahu ‘anhu, bahawa pada suatu hari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:Sunset-In-a-Glass-2

أَتَدْرُونَ أَيْنَ تَذْهَبُ هَذِهِ الشَّمْسُ؟» قَالُوا: اللهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ: ” إِنَّ هَذِهِ تَجْرِي حَتَّى تَنْتَهِيَ إِلَى مُسْتَقَرِّهَا تَحْتَ الْعَرْشِ، فَتَخِرُّ سَاجِدَةً، فَلَا تَزَالُ كَذَلِكَ حَتَّى يُقَالَ لَهَا: ارْتَفِعِي، ارْجِعِي مِنْ حَيْثُ جِئْتِ، فَتَرْجِعُ فَتُصْبِحُ طَالِعَةً مِنْ مَطْلِعِهَا، ثُمَّ تَجْرِي حَتَّى تَنْتَهِيَ إِلَى مُسْتَقَرِّهَا تَحْتَ الْعَرْشِ، فَتَخِرُّ سَاجِدَةً، وَلَا تَزَالُ كَذَلِكَ حَتَّى يُقَالَ لَهَا: ارْتَفِعِي، ارْجِعِي مِنْ حَيْثُ جِئْتِ، فَتَرْجِعُ فَتُصْبِحُ طَالِعَةً مِنْ مَطْلِعِهَا، ثُمَّ تَجْرِي لَا يَسْتَنْكِرُ النَّاسَ مِنْهَا شَيْئًا حَتَّى تَنْتَهِيَ إِلَى مُسْتَقَرِّهَا ذَاكَ تَحْتَ الْعَرْشِ، فَيُقَالُ لَهَا: ارْتَفِعِي أَصْبِحِي طَالِعَةً مِنْ مَغْرِبِكِ، فَتُصْبِحُ طَالِعَةً مِنْ مَغْرِبِهَا “، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ” أَتَدْرُونَ مَتَى ذَاكُمْ؟ ذَاكَ حِينَ {لَا يَنْفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا خَيْرًا} [الأنعام: 158]

“Tahukah kalian ke mana perginya matahari ini?”[1]

Mereka pun menjawab, “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.”

Nabi meneruskan:

“Sesungguhnya matahari ini berjalan (beredar dengan sangat laju) sampailah ke tempat (perhentian)nya[2] di bawah ‘Arsy[3], maka ia pun menyungkur sujud[4], dan ia tetap demikian sampailah dikatakan kepadanya:

“Bangunlah, kembalilah dari tempat pertama kali engkau datang.”

Maka ia pun kembali datang di waktu pagi, terbit dari tempat terbitnya.[5] Kemudian ia berjalan (beredar dengan sangat laju) sampailah ke tempatnya di bawah ‘Arsy lalu ia menyungkur sujud. Dan ia tetap demikian sampailah dikatakan kepadanya:

“Bangunlah, kembalilah dari tempat pertama kali engkau datang.”

Maka ia pun kembali datang di waktu pagi, terbit dari tempat terbitnya. Kemudian ia berjalan (beredar dengan sangat laju) tanpa diingkari oleh manusia darinya sedikitpun sampailah ia berakhir di tempatnya di bawah ‘Arsy. Maka dikatakan kepadanya:

“Bangunlah, terbitlah dari arah barat-mu (yakni tempat terbenam).”

Maka di pagi hari terbitlah ia dari arah barat.

Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Adakah kalian mengetahui bilakah yang demikian ini terjadi? Iaitu pada ketika (sebagaimana firman Allah), “… tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang untuk dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu, atau dia (belum) mengusahakan kebaikan dalam masa imannya.[6]” (Shahih Muslim, no. 159)

Demikian teks dalam Shahih Muslim, manakala dalam lafaz di Shahih Al-Bukhari:

Al-Imam Al-Bukhari meriwayatkan, … Dari hadis Abu Dzarr radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkata kepada Abu Dzarr ketika terbenamnya matahari:

أَتَدْرِي أَيْنَ تَذْهَبُ؟، قُلْتُ: اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ، قَالَ: ” فَإِنَّهَا تَذْهَبُ حَتَّى تَسْجُدَ تَحْتَ العَرْشِ، فَتَسْتَأْذِنَ فَيُؤْذَنُ لَهَا وَيُوشِكُ أَنْ تَسْجُدَ، فَلاَ يُقْبَلَ مِنْهَا، وَتَسْتَأْذِنَ فَلاَ يُؤْذَنَ لَهَا يُقَالُ لَهَا: ارْجِعِي مِنْ حَيْثُ جِئْتِ، فَتَطْلُعُ مِنْ مَغْرِبِهَا، فَذَلِكَ قَوْلُهُ تَعَالَى: {وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَهَا ذَلِكَ تَقْدِيرُ العَزِيزِ العَلِيمِ} [يس: 38] “

“Tahukah engkau ke mana perginya (ketika terbenam)?” Aku (Abu Dzar) menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.”

Lalu Nabi bersabda:

“Sesungguhnya ia pergi sehingga sujud di bawah ‘Arsy. Ia meminta izin maka diizinkannya. Lalu ia segera untuk bersujud lagi tetapi tidak diterima darinya, lalu ia meminta izin lagi namun ia tidak diperkenankan. Dikatakan kepadanya: Kembalilah dari mana kamu datang. Maka ia muncul (terbit) dari tempat ia terbenam (yakni terbit dari barat).

Maka inilah yang dimaksudkan oleh Allah Ta‘ala dalam firman-Nya:

“Dan matahari itu beredar (dengan sangat laju) pada garis peredarannya.[7] Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.” (Surah Yaasiin, 36: 38).” (Shahih Al-Bukhari, no. 3199)

Penjelasan dan faedah hadis

[1] Dari sini menunjukkan matahari beredar pada garis peredaran yang telah ditentukan baginya sebagaimana beredarnya objek-objek langit yang lainnya. Dan di sini bukanlah Al-Qur’an itu bertujuan untuk mengajarkan sains, sebaliknya ia berupa perkhabaran dari Allah yang harus kita imani dan yakniki, yakni bukan untuk dipertikaikan. Sekaligus termasuk sebahagian tanda yang menjelaskan kebesaran Allah Subhanahu wa Ta’ala.

[2] Al-Hafiz Ibn Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) menjelaskan:

وظاهر الحديث أن المراد بالاستقرار وقوعه في كل يوم وليلة عند سجودها ومقابل الاستقرار المسير الدائم المعبر عنه بالجري والله أعلم

“Zahir hadis menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan menetapnya adalah  berhentinya pada siang atau malam hari ketika ia bersujud, dan lawan dari menetap adalah peredarannya yang sentiasa dilakukan, yang dijelaskan dengan beredar (berjalan dengan sangat laju). Wallaahu a’lam.” (Fath Al-Bari, 8/542)

Al-Imam Al-Khaththabi rahimahullah (Wafat: 388H) berkata:

وَأَمَّا قَوْله عَلَيْهِ السَّلامُ: «مستقرها تَحْتَ الْعَرْش»، فَلا ننكر أَنْ يَكُونَ لَهَا اسْتِقْرَار تَحْتَ الْعَرْش من حَيْثُ لَا ندركه وَلا نشاهده، وَإِنَّمَا أخبر عَنْ غيب، فَلا نكذب بِهِ، وَلا نكيفه، لِأَن علمنَا لَا يُحِيط بِهِ.

“Adapun sabda Nabi ‘alaihis Salam yang mengatakan, “Tempat menetapnya di bawah ‘Arsy…”, maka kita tidak dapat mengingkari bahawa matahari memiliki tempat berhenti (atau menetap) di bawah ‘Arsy di mana kita tidak mampu melihat dan tidak pula menyaksikannya. Kita hanya menerima perkhabaran tentang perkara ghaib tersebut, maka kita tidak boleh mendustakannya, namun tidak juga menentukan kaifiyyahnya (mempersoalkan tatacaranya), kerana ilmu kita tidak mampu mencapai (atau menyingkap hakikat)nya.” (Syarh As-Sunnah oleh Al-Baghawi, 15/95-96)

Maka, pada urusan berkaitan perkara-perkara ghaib semisal ini adalah cukup kita imani, fahami, yakini dan terima tanpa mempersoalkan bagaimananya. Ia termasuk sebahagian dari urusan aqidah beriman dengan perkara-perkara ghaib yang tidak mampu dicapai oleh akal, namun telah jelas keabsahan perkhabarannya melalui hadis ini.

[3] Penjelasan berkaitan ‘Arsy boleh dicapai pada artikel terdahulu, Arsy Allah dan Kursi-Nya.

[4] Al-Imam Al-Khaththabi rahimahullah (Wafat: 388H) berkata:sunset-botol

إِخْبَار عَنْ سُجُود الشَّمْس تَحْتَ الْعَرْش، فَلا يُنكر أَنْ يَكُونَ ذَلِكَ عِنْدَ محاذاتها الْعَرْش فِي مسيرها، وَلَيْسَ فِي سجودها تَحْتَ الْعَرْش مَا يعوقها عَنِ الدأب فِي سَيرهَا، وَالتَّصَرُّف لما سخرت لَهُ. وَأَمَّا قَوْله عَزَّ وَجَلَّ: {حَتَّى إِذَا بَلَغَ مَغْرِبَ الشَّمْسِ وَجَدَهَا تَغْرُبُ فِي عَيْنٍ حَمِئَةٍ} [الْكَهْف: 86]، فَهُوَ نِهَايَة مدرك الْبَصَر إِيَّاهَا حَالَة الْغُرُوب، ومصيرها تَحْتَ الْعَرْش للسُّجُود إِنَّمَا هُوَ بَعْد الْغُرُوب، وَلَيْسَ معنى قَوْله: {تَغْرُبُ فِي عَيْنٍ حَمِئَةٍ} [الْكَهْف: 86]، أَنَّهَا تسْقط فِي تِلْكَ الْعين فتغمرها، وَإِنَّمَا هُوَ خبر عَنِ الْغَايَة الَّتِي بلغَهَا ذُو القرنين فِي مسيره حَتَّى لَمْ يجد وَرَاءَهَا مسلكا، فَوجدَ الشَّمْس تتدلى عِنْدَ غُرُوبهَا فَوْقَ هَذِهِ الْعين، وَكَذَلِكَ يتَرَاءَى غرُوب الشَّمْس لمن كَانَ فِي الْبَحْر، وَهُوَ لَا يرى السَّاحِل كَأَنَّهَا تغيب فِي الْبَحْر، وَاللَّه أعلم.

“Hadis ini adalah perkhabaran tentang sujudnya matahari di bawah ‘Arsy, perkara ini tidak dapat diingkari bahawa ianya terjadi ketika matahari lurus di bawah ‘Arsy dalam garis peredarannya dan tidaklah pada sujudnya di bawah ‘Arsy tersebut menghalanginya untuk tetap terus menjalankan fungsinya pada perjalanannya, dan ia diperlakukan bersesuaian dengan apa yang telah ditentukan baginya.

Adapun firman Allah ‘Azza wa Jalla, “Sehingga apabila dia (Dzulqarnain) telah sampai ke tempat terbenamnya matahari, dia melihat (atau mendapati) matahari terbenam di dalam laut yang berlumpur hitam…” (Surah Al-Kahf, 18: 86)

Maka hal tersebut adalah batas akhir dari pandangan kita kepadanya ketika ia terbenam (yakni kadar yang mampu kita lihat), dan kembalinya ia ke bawah ‘Arsy untuk bersujud yang hanya terjadi ketika ia terbenam.

Dan bukanlah firman Allah (yang terjemahannya), “terbenam di dalam laut yang berlumpur hitam…” ini bermakna matahari tersebut jatuh ke dalam lautan yang berlumpur hitam, lalu laut menelannya. Akan tetapi itu merupakan khabar tentang batasan akhir yang mampu dicapai oleh (penglihatan) Dzulqarnain ketika dalam perjalanannya, sehingga dia tidak menemukan jalan lagi di balik lautan tersebut. Beliau mendapati matahari turun di atas lautan berlumpur hitam tersebut ketika saat terbenamnya. Demikian pula pandangan yang akan dilihat oleh siapa pun yang melihatnya ketika ianya terbenam di lautan.” (Syarh As-Sunnah oleh Al-Baghawi, 15/95-96)

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) berkata:

وأما سجود الشمس فهو بتمييز وادراك بخلق الله تعالى فيها

“Adapun sujudnya matahari, maka ianya bersesuaian dengan keistimewaan (kekhususan sifat) dan pengetahuan yang Allah ciptakan padanya.” (Syarh Shahih Muslim, 2/197)

Al-Hafiz Ibn Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) berkata:

يخبر تعالى أنه المستحق للعبادة وحده لا شريك له، فإنه يسجد لعظمته كل شيء طوعا وكرها وسجود [كل شيء مما] يختص به

“Allah Ta’ala mengkhabarkan Dia-lah satu-satunya yang berhak diibadahi, tiada sekutu bagi-Nya. Maka kepada-Nya-lah bersujud segala sesuatu kerana ke-Agungan-Nya, sama ada dengan ketaatan atau secara terpaksa, dan sujudnya segala sesuatu bersesuaian dengan kekhususan masing-masing.” (Tafsir Ibn Katsir, 5/403)

Kemudian Al-Hafiz Ibn Katsir menyebutkan dalil dari Surah Al-Hajj, 22: 18, Surah An-Nahl, 16: 48, dan Surah Al-Israa’, 18: 44.

[5] Peredaran matahari (yakni terbit dan tenggelamnya) menjadi sebab pertukaran antara malam dan siang, sekaligus perjalanan waktu dan tahun. Bukan disebabkan oleh putaran dan peredaran bumi sebagaimana yang disangka oleh kebanyakan orang yang mengikuti teori-teori sains yang dimaklumi.glas-rose-sunset

Dalam hadis ini menjelaskan fi’il (perbuatan) beredar (terbit dan terbenam) itu disandarkan kepada matahari (yang mana matahari merupakan fa’il, yakni pelaku), bukan kepada bumi. Demikian kata perintah dalam hadis tersebut ditujukan kepada matahari; untuk beredar, terbit, mahupun terbenam. Kata perintah tidak ditujukan kepada bumi.

Di dalam Al-Qur’an, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

هُوَ الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالْقَمَرَ نُورًا وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُوا عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ

“Dia-lah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya, dan Dia-lah yang menetapkan tempat-tempat orbitnya, agar kalian mengetahui bilangan tahun dan perhitungan waktu.” (Surah Yunus, 10: 5)

Di ayat yang lain:

وَسَخَّرَ لَكُمُ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ دَائِبَيْنِ وَسَخَّرَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ

“Dan Dia telah menundukkan (pula) bagimu matahari dan bulan yang terus menerus beredar (dalam orbitnya); dan telah menundukkan bagimu malam dan siang.” (Surah Ibrahim, 14: 33)

Di ayat yang lain:

وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ

“Dan Dia-lah yang menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan, masing-masing beredar pada garis peredarannya.” (Surah Al-Anbiya’, 21: 33)

Di ayat yang lain:

يُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَيُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِي لِأَجَلٍ مُسَمًّى ذَلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ لَهُ الْمُلْكُ

“Dia memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berjalan menurut waktu yang ditentukan. Yang (berbuat) demikian itulah Allah Rabb kalian, kepunyaan-Nya-lah kerajaan (pemerintahan).” (Surah Fathir, 35: 13)

Di ayat yang lain:

وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَهَا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ

“Dan matahari itu beredar (dengan sangat laju) pada garis peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.” (Surah Yaasiin, 36: 38)

Di ayat yang lain lagi:

لَا الشَّمْسُ يَنْبَغِي لَهَا أَنْ تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ

Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya.” (Surah Yaasiin, 36: 40)

Asy-Syaikh Ibn ‘Utsaimin rahimahullah berkata:

ظاهر الأدلة الشرعية تثبت أن الشمس هي التي تدور على الأرض، وبدورتها يحصل تعاقب الليل والنهار على سطح الأرض وليس لنا أن نتجاوز ظاهر هذه الأدلة إلا بدليل أقوى من ذلك يسوغ لنا تأويلها عن ظاهرها

“Zahir (yang nampak jelas dari) dalil-dalil syari’at, menetapkan bahawa matahari yang bergerak mengelilingi bumi, dan dengan pegerakannya (yakni peredarannya) terjadilah saling silih bergantinya malam dan siang di atas permukaan bumi. Dan tidak sepatutnya bagi kita untuk melampaui zahir (yang nampak jelas dari) dalil-dalil ini kecuali dengan dalil yang lebih kuat yang membolehkan kita untuk menafsirkannya hingga keluar dari zahir-nya.” (Majmu’ Fatawa war-Rasaail, 1/73)

Al-Imam Al-Qurthubi rahimahullah (Wafat: 671H) menegaskan:

وَالَّذِي عَلَيْهِ الْمُسْلِمُونَ وَأَهْلُ الْكِتَابِ الْقَوْلُ بِوُقُوفِ الْأَرْضِ وَسُكُونِهَا وَمَدِّهَا، وَأَنَّ حَرَكَتَهَا إِنَّمَا تَكُونُ فِي الْعَادَةِ بِزَلْزَلَةٍ تُصِيبُهَا.

“Adapun bagi kaum muslimin dan ahli kitab, mereka berpendapat bahawa bumi itu tetap, diam (tenang, tidak bergerak) dan terhampar (atau membentang). Bumi hanya bergerak ketika ditimpa goncangan (gegaran atau gempa) sebagaimana yang biasa berlaku.” (Tafsir Al-Qurthubi, 9/280)

Asy-Syaikh Ibn ‘Utsaimin rahimahullah menjelaskan:

فقوله: ((ارجعي من حيث جئت، فتطلع من مغربها)) ظاهر جداً في أنها تدور على الأرض وبدورانها يحصل الطلوع والغروب.

“Perkataan-Nya: “Kembali-lah dari mana engkau datang, maka matahari pun terbit dari tempat terbenamnya (arah barat)…”

(adalah) suatu yang sangat jelas bahawa matahari beredar mengelilingi bumi yang dengan peredarannya tersebut terhasillah terbit dan terbenam.” (Fatawa Arkan Al-Islam, no. 16)

[6] Akan sampai masanya nanti bahawa matahari akan terbit dari barat, dan apabila muncul saja fenomena tersebut, maka pintu-pintu taubat dan amal pun akan tertutup. Hal ini termasuk salah satu dari tanda-tanda besar menjelang Kiamat yang wajib kita imani.

Sila lihat artikel dengan judul, Apabila Matahari Terbit Dari Barat.

[7] Al-Hafiz Ibn Hajar rahimahullah (Wafat: 852H) berkata:

والشمس تجري لمستقر لها وسيأتي شرحه مستوفى في تفسير سورة يس والغرض منه هنا بيان سير الشمس في كل يوم وليلة وظاهره مغاير لقول أهل الهيئة أن الشمس مرصعة في الفلك فإنه يقتضي أن الذي يسير هو الفلك وظاهر الحديث أنها هي التي تسير وتجري ومثله قوله تعالى في الآية الأخرى كل في فلك يسبحون أي يدورون

“(Firman Allah) Matahari beredar (dengan laju) pada garis peredarannya.” … .. Dan tujuan penyebutannya di sini adalah sebagai menjelaskan perjalanan matahari di setiap hari siang dan malam. Dan secara zahirnya berbeza dengan perkataan ahli astronomi bahawa matahari itu berada tetap pada suatu orbit sebagai pusat alam semesta yang mana yang bergerak adalah garis orbit (objek-objek selainnya).

Namun zahir hadis menjelaskan bahawa mataharilah yang bergerak dan beredar (dengan laju), dan yang semisal dengan hadis ini adalah firman Allah Ta’ala pada ayat yang lain:

“(Matahari dan bulan) masing-masing bergerak (dengan terapung) pada garis edarnya.” (Surah Al-Anbiyaa’, 21: 33).” Yakni, masing-masing bergerak mengelilingi (bumi).” (Fath Al-Bari, 6/299)

Wallaahu a’lam.

1 Comment

  1. […] [10] Berkaitan sujudnya matahari, sila lihat di artikel, Matahari Sujud di Bawah ‘Arsy. […]

Comments are closed.