Manhaj Yang Sahih Pada Bermu’amalah Dengan Kitab-kitab Ahli Bid’ah

Manhaj Yang Sahih Pada Bermu’amalah Dengan Kitab-kitab Ahli Bid’ah

المنهج الصحيح في التعامل مع كتب أهل البدع للشيخ العلامة عبيد الجابري
Syaikh ‘Ubayd bin ‘Abdillah Al-Jaabiri hafidzahullah
www.ilmusunnah.com

bahaya-berteman-dengan-ahli-bid-ahقال الشيخ العلاَّمة عُبيد بن عبد الله الجابري:

إنَّ النَّظر في كتب الانحراف له ثلاثة أحكام:

1- ما كان بدعةً خالصاً ليس فيه شيءٌ من السُنَّة، ومثال ذلك: “أصول الكافي” للكُلَيْنيّ وغيره من كُتُب الرافضة، فهذا يحرم النظر فيه ومطالعته إلاَّ لعالمٍ متمكن يريد الردَّ على القوم من كتبهم.سمعتم ؟ شرطان: 1- عالم متمكن. 2- يريد الرَّد على القوم من كتبهم.

Berkata Asy-Syaikh Al-‘Allamah ‘Ubayd bin ‘Abdillah Al-Jabiri hafidzahullah:

“Bahawa pada kitab-kitab yang menyimpang itu terbahagi kepada tiga bentuk hukum perinciannya:

Pertama, Kitab yang seluruhnya adalah bid’ah, tiada padanya sunnah sedikitpun, misalnya seperti kitab Ushul Al-Kafi oleh Al-Kulaini dan selainnya dari kitab-kitab Syi’ah Rafidhah, maka pada kitab-kitab sedemikian adalah haram membaca dan menela’ahnya (atau memanfaatkannya), kecuali bagi seorang yang ‘alim (berilmu) lagi manpan ilmunya yang bertujuan untuk membuat bantahan (atau kritikan) atas kelompok tersebut berdasarkan kitab-kitab mereka; (dengar anda semua?) padanya ada dua syarat (yakni) hendaklah seorang yang ‘alim, dan bagi tujuan untuk menyusun bantahan atas kelompok bid’ah tersebut dari kitab-kitab mereka.

2- ما كان خليطاً فيه سُنَّةٌ وبدعة؛ فهذا لا يحل النظرُ فيه إلاَّ لعالمٍ مُتمكن قادرٌ على التمييز بين الصحيح والسقيم والغث والسمين والسنة والبدعة؛ ومن أمثلة ذلك: “الكشَّاف” للزمخشري تفسير الكشَّاف للزمخشري، فإنَّ الزمخشري معتزلي جلد، ماكرٌ داهيةٌ، يدُسُّ اعتزالياته؛ فالمُتمكِّنُ من أهل العلم يستفيدُ مما فيه من المعاني والبلاغة والبديع واللغة والنحو وغير ذلك ما دامت عنده القدرةُ على التمييز.

Kedua, kitab yang di dalamnya tercampur antara sunnah dan bid’ah. Maka yang seperti ini tidak dihalalkan membacanya kecuali bagi seorang ‘alim yang manpan ilmunya yang berkemampuan untuk membezakan di antara yang sahih dan yang berpenyakit, yang lemah dan yang beracun, dan antara yang sunnah dan yang bid’ah. Sebagai contoh darinya adalah semisal kitab Al-Kasyaf oleh Al-Zamakhsyari atau Tafsir Al-Kasyaf oleh Al-Zamakhsyari, seorang muktazilah, yang pandai membuat makar, yang menyembunyikan kemuktazilahannya; maka dibolehkan untuk mengambil faedah-faedah dari kitab ini hanya untuk mereka yang manpan ilmunya dari kalangan ahli ilmu yang pada kitab tersebut terdapat faedah berupa makna-makna kalimat, balaghah, badi’ (keindahan susunan kalimat), lughah (bahasa), nahwu, dan selainnya selagi mana dia punya kemampuan membezakan (antara yang haq dan bathil).

3- الثالثُ ما كان خالياً من البدعة، صاحبهُ مبتدع مُؤلفه مبتدع ولكنَّ الكتاب ليس فيه بدعة، يؤلفُ مثلاً في الفقه، في الطهارة، في البيوع، ولا يدسُّ، يقول ليس لي شأن، أنا أؤلف أطلب المعيشة، أطلب الرزق من هذا التأليف، أو يأخذ مثلاً كتاباً من كُتُب الحديث ويرتبه وينظمُ أبوابهُ ويُرقمه فقط، ولا يدخل شيئاً من بدعته، فهذا إذا أرشدك إليه عالمٌ متمكنٌ أرشدك إلى هذا الكتاب، وقال لك: إن كتاب فُلان ليس فيه بدعة، طالعتهُ وخبَرتهُ، الكتاب الفلاني ليس فيه شيءٌ من بِدَعِهِ، فلا مانع من قراءته» اهـ.

وصلى الله وسلَّم على نبينا مُحمَّد وآله وصحبه إلى يوم الدين والحمد لله رب العالمين.

Yang ketiga, kitab yang selamat dari kebid’ahan, tetapi penulisnya (atau penyusunnya) adalah seorang mubtadi’ (ahli bid’ah) yang menyimpang (dari jalan sunnah), namun kitab yang ditulisnya (atau disusunnya) tidak terkandung padanya kebid’ahan. Seperti contohnya ahli bid’ah yang menyusun kitab fiqh dalam bab thaharah, atau jual beli,  yang dia tidak menyembunyikan kebenaran, dia mengatakan tidak ada padaku kecuali kesibukan (dalam menulis atau mentahqiq kitab), aku menulis hanya untuk sekadar mencari ma’isyah (pendapatan), demi untuk mencari rezeki dari hasil penulisan (atau tahqiq). Atau dia mengambil misalnya sebuah tulisan (manuskrip atau kitab) dari kitab-kitab hadis, lalu dia mentertibnya (atau menyusunnya), dia berikan bab-babnya, dan dia sekadar memberikan penomboran padanya, tanpa memasukkan sedikitpun padanya dari bid’ah-bid’ahnya, maka jika ada kitab yang semisal ini yang disarankan atasnya oleh seorang ‘alim yang manpan ilmunya untuk engkau baca, dan dia mengatakan padamu:

“Sesungguhnya kitab fulan tidak ada padanya kebid’ahan, aku telah menela’ah dan menyemaknya, (atau dia mengatakan) kitab fulan tidak ada padanya bid’ah sedikitpun,  maka tiada larangan untuk membacanya.”

Semoga Allah memberikan selawat dan salam ke atas Nabi kita Muhammad, ahli keluarganya, dan para sahabatnya sehingga hari Kiamat, dan segala puji hanya bagi Allah.”

Sumber: http://ajurry.com/home/كتب-أهل-البدع/