Malaikat Tidak Masuk ke Dalam Rumah Yang Ada Anjing dan Gambar

Malaikat Tidak Masuk ke Dalam Rumah Yang Ada Anjing dan Gambar

Abu Numair
www.ilmusunnah.com

Dari hadis Abu Thalhah, beliau berkata, “Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:anjing dan gambar

لاَ تَدْخُلُ المَلاَئِكَةُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ، وَلاَ صُورَةُ تَمَاثِيلَ

“Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang padanya ada anjing, dan tidak pula yang ada gambar yang menyerupai (manusia atau haiwan).” (Shahih Al-Bukhari, no. 3225)

Dari hadis ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau berkata:

وَعَدَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جِبْرِيلُ فَقَالَ: إِنَّا لاَ نَدْخُلُ بَيْتًا فِيهِ صُورَةٌ وَلاَ كَلْبٌ

“Suatu ketika Malaikat Jibril berjanji kepada Nabi yang mana dia akan datang menemui Nabi, tetapi dia tidak datang-datang. Dan kemudiannya dia (Jibril) memberitahu, “Kami dari golongan malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya mengandungi gambar (berupa makhluk bernyawa) atau anjing.” (Shahih Al-Bukhari, no. 3227)

Dalam riwayat yang lain, ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha menceritakan:

وَاعَدَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلاَم فِي سَاعَةٍ يَأْتِيهِ فِيهَا فَجَاءَتْ تِلْكَ السَّاعَةُ وَلَمْ يَأْتِهِ وَفِي يَدِهِ عَصًا فَأَلْقَاهَا مِنْ يَدِهِ وَقَالَ مَا يُخْلِفُ اللَّهُ وَعْدَهُ وَلَا رُسُلُهُ ثُمَّ الْتَفَتَ فَإِذَا جِرْوُ كَلْبٍ تَحْتَ سَرِيرِهِ فَقَالَ يَا عَائِشَةُ مَتَى دَخَلَ هَذَا الْكَلْبُ هَاهُنَا فَقَالَتْ وَاللَّهِ مَا دَرَيْتُ فَأَمَرَ بِهِ فَأُخْرِجَ فَجَاءَ جِبْرِيلُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَاعَدْتَنِي فَجَلَسْتُ لَكَ فَلَمْ تَأْتِ فَقَالَ مَنَعَنِي الْكَلْبُ الَّذِي كَانَ فِي بَيْتِكَ إِنَّا لَا نَدْخُلُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ وَلاَ صُورَةٌ

“Jibril ‘alaihis Salam berjanji untuk datang mengunjungi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pada masa yang telah ditetapkan, tetapi ketika tiba waktunya Jibril tidak kunjung tiba. Kemudian Nabi mencampakkan tongkat di tangannya dan berkata, “Tidak pernah Allah dan utusannya (Malaikat Jibril) memungkiri janji.”

Kemudian nabi terlihat dan menemui anak anjing di bawah tempat tidur lalu berkata, “Aisyah, bila anjing ini masuk ke sini?”

‘Aisyah menjawab, “Demi Allah, aku tidak tahu.” Kemudiannya Nabi menyuruh agar anjing itu dikeluarkan.

Tidak lama selepas itu, Jibril pun datang dan Rasulullah berkata kepadanya, “Engkau berjanji kepada aku dan aku menunggu-nunggu kedatangan engkau, tetapi engkau tidak datang-datang.”

Jibril pun menyatakan, “Di dalam rumah-mu ada anjing, di mana ia menghalangiku (untuk masuk). Kami (para malaikat) tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar-gambar (yakni gambar atau patung-patung makhluk bernyawa).” (Shahih Muslim, no. 2104)

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) menjelaskan:

وسبب امتناعهم من بيت فيه كلب لكثرة أكله النجاسات ولأن بعضها يسمى شيطانا كما جاء به الحديث والملائكة ضد الشياطين ولقبح رائحة الكلب والملائكة تكره الرائحة القبيحة ولأنها منهى عن اتخاذها فعوقب متخذها بحرمانه دخول الملائكة بيته وصلاتها فيه واستغفارها له وتبريكها عليه وفى بيته ودفعها أذى للشيطان وأما هؤلاء الملائكة لذين لايدخلون بيتا فيه كلب أو صورة فهم ملائكة يطوفونبالرحمة والتبريك والاستغفار وأما الحفظة فيدخلون فى كل بيت ولايفارقون بنى آدم فى كل حال لأنهم مأمورون باحصاء أعمالهم وكتابتها

قال الخطابى وانما لاتدخل الملائكة بيتا فيه كلب أو صورة مما يحرم اقتناؤه من الكلاب والصور فأما ما ليس بحرام من كلب الصيد والزرع والماشية والصورة التى تمتهن فى البساط والوسادة وغيرهما فلا يمتنع دخول الملائكة بسببه وأشار القاضي إلى نحو ما قاله الخطابى والأظهر أنه عام فى كل كلب وكل صورة وأنهم يمتنعون من الجميع لاطلاق الأحاديث ولأن الجرو الذى كان فى بيت النبى صلى الله عليه و سلم تحت السرير كان له فيه عذر ظاهر فانه لم يعلم به ومع هذا امتنع جبريل صلى الله عليه و سلم من دخول البيت وعلل بالجرو فلو كان العذر فى وجود الصورة والكلب لايمنعهم لم يمتنع جبريل والله أعلم

“Para malaikat enggan memasuki rumah yang padanya terdapat anjing kerana anjing selalu memakan najis, sebahagian anjing ada yang disebut sebagai syaitan sebagaimana telah datang dalam hadis dan bahawa para malaikat adalah berlawanan dengan syaitan, dan anjing juga berbau busuk sedang para malaikat tidak menyukai bau busuk, dan memelihara anjing adalah termasuk hal yang dilarang lalu mereka yang memeliharanya pun dihukum dengan terhalangnya dari para malaikat di mana malaikat enggan memasuki rumahnya, tidak berdoa di dalamnya, tidak istighfar (memohonkan ampunan) untuknya, tidak membawa barakah untuknya dan untuk rumahnya, serta mereka tidak menahan dari gangguan syaitan. Para malaikat yang tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya terdapat anjing atau gambar (yakni gambar makhluk bernyawa – pent.) adalah para malaikat yang mengitari manusia dengan membawa rahmat, keberkahan, istighfar, dan adapun para malaikat penjaga amalan, mereka ini tetap masuk ke setiap rumah dan tidak akan meninggalkan manusia pada seluruh keadaan, kerana memang mereka telah siap diperintahkan untuk mengira dan mencatat amal-amal mereka.”

Al-Khaththabi berkata: “Sesungguhnya malaikat (yang membawa rahmat) hanya tidak akan memasuki rumah yang padanya terdapat anjing atau gambar yang diharamkan kepemilikannya. Adapun anjing yang tidak diharamkan untuk memilikinya seperti anjing untuk berburu, anjing menjaga kebun, dan anjing untuk menjaga ternakkan, demikian pula dengan gambar yang dihinakan yang ada pada tikar, bantal, dan seumpamanya, maka hal tersebut tidak menghalangi malaikat untuk memasuki rumah.” Al-Qadhi mengisyaratkan sebab-sebab yang seumpama dengan apa yang diutarakan oleh Al-Khaththabi.

Namun yang lebih jelas adalah ia bersifat umum pada seluruh anjing dan gambar (yakni gambar makhluk bernyawa – pent.) dan bahawasanya mereka (para malaikat) terhalang dengan semua sebab tersebut berdasarkan kemuthlakan hadis-hadis. Dan kerana juga anak anjing yang berada di rumah Nabi di bawah tempat tidur beliau, seharusnya padanya mendapat udzur kerana beliau tidak menyedarinya, namun bersamaan dengan itu Jibril ‘alaihis salam tetap menolak dari memasukinya dengan alasan keberadaan anak anjing tersebut. Sekiranya udzur terkait keberadaan gambar dan anjing tidak menghalang para malaikat, maka sudah tentu Jibril tidak akan terhalang dari memasuki rumah Nabi. Wallahu a’lam.” (Syarah Shahih Muslim, 14/84)

Maka bagi mereka yang memelihara anjing bagi tujuan yang mubah (dibenarkan), hendaklah memeliharanya di luar rumah dan tidak dibawa masuk ke dalam rumah. Wallahu a’lam.

Baca artikel lengkap di, https://ilmusunnah.com/?p=11567