Makna Jalan Yang Lurus (Ash-Shiraath Al-Mustaqiim)

Makna Jalan Yang Lurus (Ash-Shiraath Al-Mustaqiim)

www.ilmusunnah.com

Asy-Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir As-Si’di berkata dalam Tafsir-nya:Tafsir-as-Sa'di_2

{ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ } أي: دلنا وأرشدنا، ووفقنا للصراط المستقيم، وهو الطريق الواضح الموصل إلى الله، وإلى جنته، وهو معرفة الحق والعمل به، فاهدنا إلى الصراط واهدنا في الصراط. فالهداية إلى الصراط: لزوم دين الإسلام، وترك ما سواه من الأديان، والهداية في الصراط، تشمل الهداية لجميع التفاصيل الدينية علما وعملا. فهذا الدعاء من أجمع الأدعية وأنفعها للعبد ولهذا وجب على الإنسان أن يدعو الله به في كل ركعة من صلاته، لضرورته إلى ذلك.

Tunjukilah kami jalan yang lurus.” (Surah Al-Fatihah, 1: 6),

maknanya adalah: tunjukilah kami, bimbinglah kami, dan teguhkan serta tetapkanlah kami di atas Ash-Shirathal Mustaqiim. Iaitu jalan yang terang dan jelas, yang menyampaikan kepada Allah, sehingga ke Syurga-Nya. Yakni dengan mengenal kebenaran dan mengamalkannya.

Hidayahkanlah kami kepada jalan tersebut dan bimbinglah kami di atas jalan tersebut (agar tetap konsisten).

Hidayah tersebut merangkumi seluruh rincian-rincian agama baik ilmu (pengetahuan) mahupun amal (praktikal).

Ini merupakan doa yang paling menyeluruh (komprehensif) dan paling bermanfaat bagi para hamba, dan dengan sebab itulah wajib bagi setiap insan berdoa dengan doa tersebut di setiap rakaat-rakaat solatnya disebabkan kebergantungan yang tinggi pada tujuan tersebut.

وهذا الصراط المستقيم هو: { صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ } من النبيين والصديقين والشهداء والصالحين. { غَيْرِ } صراط { الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ } الذين عرفوا الحق وتركوه كاليهود ونحوهم. وغير صراط { الضَّالِّينَ } الذين تركوا الحق على جهل وضلال، كالنصارى ونحوهم.

Dan adalah Ash-Shirathal Mustaqiim itu (adalah), “Jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat atas mereka.”[1] Yakni jalan yang ditempuh oleh para Nabi, para Shiddiqin (orang yang sentiasa membenarkan wahyu, dari kalangan para sahabat), para syuhada’ (para penjuang yang telah berjuang dan mati di atas jalan Allah), dan para shalihin (orang-orang yang soleh yang beragama sebagaimana agama yang dibawa oleh Nabi).[2]

Yakni bukan jalan “orang-orang yang dimurkai (oleh Allah).” Yakni bukan jalan mereka yang mengetahui kebenaran tetapi bertindak meninggalkannya, sebagaimana orang-orang Yahudi dan yang semisal dengan mereka.

Dan bukan pula jalan “orang-orang yang sesat.” Yakni orang-orang yang meninggalkan kebenaran dengan sebab jahil dan sesat, sebagaimana orang-orang Nashara dan yang semisal dengan mereka.

Sumber: Taisir Al-Karim Ar-Rahman fi Tafsir Kalam Al-Mannan oleh As-Si’di, m/s. 39.


[1] Al-Imam Ibnul Qayyim menafsirkan sebagaimana dalam Madarij As-Salikin bahawa ia adalah jalan yang ditempuh oleh Nabi bersama-sama para sahabatnya.

[2] Lihat: Surah An-Nisaa’, 4: 69.

jalan-salaf