Himpunan Lebih Dari 30 Fatwa Ulama Ahlus Sunnah wal-Jama’ah Tentang Nyanyian dan Muzik
Tulisan ini adalah kesinambungan dari beberapa siri artikel terdahulu. Artikel sebelumnya dengan judul, “Antara Nyanyian dan Melagukan Al-Qur’an.”
Setelah kita memahami dalil-dalil yang menunjukkan pengharaman nyanyi-nyanyian dan muzik dari Al-Qur’an dan hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, berikut kita lihat pula nasihat-nasihat, peringatan, fatwa-fatwa, dan penegasan pengharamannya berdasarkan perkataan para ulama ahlus sunnah wal-jama’ah.
1, Dari sahabat Nabi, ‘Abdullah Ibn Mas’oud radhiyallahu ‘anhu.
Dari riwayat Hammad, dari Ibrahim An-Nakha’i, Ibnu Mas’oud radhiyallahu ‘anhu berkata:
إنَّ الغِناءَ يُنبِتُ النِّفاقَ في القَلْب
“Nyanyian itu menyemai nifaq di dalam hati.” (Mushannaf Ibn Abi Syaibah, no. 21545. As-Sunan Al-Kubra oleh Al-Baihaqi, no. 21006. Syu’abul Iman oleh Al-Baihaqi, no. 4744. Al-Ibanah Al-Kubra, no. 947. Syarh As-Sunnah oleh Al-Baghawi, 12/382. Ma’rifatu As-Sunan wal Atsar, no. 20158)
Juga diriwayatkan daripada Ibnu Mas’oud dengan lafaz:
إنَّ الغِناءَ يُنبِتُ النِّفاقَ في القَلْب، كَمَا ينْبت المَاء الزَّرْع، وَالذِّكْرُ يُنْبِتُ الْإِيمَانَ فِي الْقَلْبِ كَمَا يُنْبِتُ الْمَاءُ الزَّرْعَ
“Nyanyian itu menyemai nifaq di dalam hati, sebagaimana air menyuburkan rerumputan. Dan adalah dzikir itu menyemai iman di qalb (hati) sebagaimana air menyuburkan rerumputan.” (As-Sunan Al-Kubra oleh Al-Baihaqi, no. 21007)
Perkataan serupa juga diriwayatkan daripada Al-Imam Ibrahim An-Nakha’i rahimahullah. Mushannaf Ibn Abi Syaibah, no. 21138)
Dari Abi Ma’mar, dari ‘Abdullah bin Mas’oud, beliau berkata:
إِذَا رَكِبَ الرَّجُلُ الدَّابَّةَ، وَلَمْ يُسَمِّ رَدِفَهُ الشَّيْطَانُ، فَقَالَ: تَغَنَّهْ، فَإِنْ كَانَ لَا يُحْسِنُ، قَالَ: لَهُ تَمَنَّهْ
“Apabila seseorang menaiki haiwan tunggangan tanpa menyebut nama Allah (yakni membaca bismillaah), maka syaitan pun akan menungganginya seraya berkata, “Bernyanyilah.” Jika syaitan gagal menggodanya, maka dia pun akan mengatakan, “Berangan-anganlah.” (Mushannaf ‘Abdurrazzq, no. 19481. Syu’abul Iman, no. 4747)
Manakala sebahagian perkataan beliau radhiyallahu ‘anh yang lain telah dipaparkan pada tulisan yang lalu di mana beliau mengatakan nyanyi-nyanyian itu adalah lahwul hadiits yang menjauhkan manusia dari jalan Allah.
2, Sahabat Nabi, ‘Utsman bin ‘Affan radhiyallahu ‘anhu.
Beliau berkata:
لَقَدِ اخْتَبَأْتُ عِنْدَ رَبِّي عَشْرًا، إِنِّي لَرَابِعُ أَرْبَعَةٍ فِي الإِسْلامِ، وَمَا تَعَنَّيْتُ وَلا تَمَنَّيْتُ
“Sesungguhnya aku telah bersembunyi daripada Rabb-ku selama sepuluh tahun. Dan aku adalah orang keempat dari empat orang yang terawal masuk Islam. Aku tidak pernah bernyanyi dan berangan-angan…” (Al-Mu’jam Al-Kabir oleh Ath-Thabrani, no. 124. Lihat: Majma’ Az-Zawa’id, no. 14525)
3, Sahabat Nabi, ‘Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma.
Dari Naafi’, beliau berkata:
أَنَّ ابْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ مَرَّ عَلَيْهِ قَوْمٌ مُحْرِمُونَ، وَفِيهِمْ رَجُلٌ يَتَغَنَّى فَقَالَ: أَلَا لَا سَمِعَ اللهُ لَكُمْ، أَلَا لَا سَمِعَ اللهُ لَكُمْ
“Bahawa Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhu pernah lalu kepada suatu kaum yang sedang melakukan ihram di mana bersama mereka ada seorang lelaki yang sedang bernyanyi (melagukan doa). Maka Ibnu ’Umar berkata kepada mereka, “Ketahuilah, semoga Allah tidak mendengar doa kamu.” (As-Sunan Al-Kubra oleh Al-Baihaqi, no. 9179)
Dari ‘Abdullah bin Dinar, beliau berkata:
خَرَجْتُ مَعَ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ إِلَى السُّوقِ، فَمَرَّ عَلَى جَارِيَةٍ صَغِيرَةٍ تُغَنِّي، فَقَالَ: إِنَّ الشَّيْطَانَ لَوْ تَرَكَ أَحَدًا لَتَرَكَ هَذِهِ
“Aku pernah keluar bersama-sama dengan ‘Abdullah bin ‘Umar ke pasar. Lalu beliau melihat seorang jaariyah (kanak-kanak perempuan dari kalangan hamba) sedang menyanyi. Beliau pun berkata:
“Sekiranya syaitan meninggalkan seseorang, sudah tentu ia akan meninggalkan jaariyah ini.” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad, no. 784. Dinilai hasan oleh Aal-Albani)
Atsar ini menunjukkan maksud bahawa syaitan tidak perlu lagi bersusah payah untuk mengganggu jaariyah tersebut, kerana ia telah pun bergelumang dengan sesuatu yang diharamkan lagi disukai syaitan.
4, Sahabat Nabi, ‘Abdullah bin ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma.
Beliau berkata:
الدُّفُّ حَرَامٌ، وَالْمَعَازِفُ حَرَامٌ، وَالْكُوبَةُ حَرَامٌ، وَالْمِزْمَارُ حَرَامٌ
“Duff (kompang) itu haram, al-ma’aazif (alat-alat muzik) itu haram, al-kuubah itu haram, dan al-mizmaar itu haram.” (As-Sunan Al-Kubra oleh Al-Baihaqi, no. 21000. Isnadnya sahih sebagaimana kata Al-Albani)
Atsar ini merujuk alat-alat muzik yang wujud pada ketika itu. Dan pernyataan Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma ini menunjukkan alat-alat muzik tersebut adalah haram secara umum.
Al-Kuubah adalah at-thabl, iaitu drum atau genderang, manakala al-mizmaar pula adalah seruling atau dari jenis alat-alat muzik yang ditiup.
5, Perkataan Ummul Mukminuun ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha.
Ummu ‘Alqamah menceritakan:
أَنَّ بَنَاتَ أَخِي عَائِشَةَ اختَتَنَّ فَقِيلَ لِعَائِشَةَ أَلاَ نَدْعُو لَهُنَّ مَنْ يُلَهِّيهِنَّ؟ قَالَتْ: بَلَى، فَأَرْسَلْتُ إِلَى عَدِي فَأَتَاهُنَّ فَمَرَّتْ عَائِشَةُ فِي البَيْتِ فَرَأَتْهُ يَتَغَنَّى وَيُحَرِّكُ رَأْسَهُ طَرَبًا وَكَانَ ذَا شَعْرٍ كَثِيرٍ فَقَالَتْ أُفٍّ، شَيْطَانٌ أَخْرِجُوهُ، أَخْرِجُوهُ
“Bahawasanya anak-anak perempuan saudara lelaki ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha dikhitankan. Lalu ada dari kalangan mereka mengajukan cadangan kepada ‘Aisyah, “Tidakkah kami mengundang sesiapa yang dapat menghiburkan mereka?”
‘Aisyah berkata, “Benar.” Lalu aku pun mengutus orang untuk menemui ‘Adiy. Tatkala ‘Adiy mendatangi mereka, datanglah ‘Aisyah menghampiri mereka di rumah tersebut dan beliau melihatnya sedang menyanyi sambil menggerakkan kepalanya dengan riang. Dan bahawa ‘Adiy adalah seorang yang punya banyak sya’ir. Maka ‘Aisyah pun berkata:
“Uff, syaitan! Keluarkan dia! Keluarkan dia!” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad, no. 1247. Al-Baihaqi, Sunan Al-Kubra, no. 21010. Dinilai hasan oleh Al-Albani)
Al-Imam Al-Bukhari rahimahullah meletakkan hadis ini pada bab:
اللهو في الختان
“Hiburan ketika berlangsungnya khitan.”
Al-Imam Al-Baihaqi rahimahullah pula membuat bab dengan judul:
الرَّجُلِ لاَ يَنْسِبُ نَفْسَهُ إِلَى الْغِنَاءِ وَلاَ يُؤْتَى لِذَلِكَ وَلاَ يَأْتِى عَلَيْهِ وَإِنَّمَا يُعْرَفُ بِأَنَّهُ يَطْرِبُ فِى الْحَالِ فَيَتَرَّنَمُ فِيهَا
“Seseorang tidak dinisbatkan dengan nyanyian pada dirinya, tidak didatangi untuk nyanyian, dan tidak mendatangkan orang kepadanya untuk nyanyian. Namun sekadar dia bergembira pada keadaan tertentu dengan melantunkan sya’ir padanya.”
Sebagaimana kata Syaikh Al-Albani rahimahullah, hadis ini menunjukkan dibolehkan berhibur dengan sedikit nyanyian tanpa alat muzik (yakni merujuk contoh sya’ir-sya’ir ‘Arab). Tetapi tidak boleh diiringi dengan tarian, joget, menghentak-hentak kaki, atau yang sama dengannya sehingga boleh merosakkan maruah diri. (lihat: Tahrim Alat Ath-Tharb, m/s. 129)
6, Pemuka Tabi’in, Sa’id bin Al-Musayyib rahimahullah (Wafat: 94H).
Beliau berkata:
إِنِّي لأَبْغَضُ الْغِنَاءَ، وَأُحِبُّ الرَّجَزَ
“Sesungguhnya aku benar-benar membenci nyanyian (al-ghinaa’) dan menyukai rojaz (sejenis sya’ir).” (Diriwayatkan oleh ‘Abdurrazzaq dalam Al-Mushannaf, no. 19743, 20506. Syarhus Sunnah Al-Baghawi, 12/379. Dinilai sahih oleh Al-Albani, Tahrim Alat Ath-Tharb, m/s. 101)
7, Khalifah Sulaiman bin ‘Abdul Malik rahimahullah (Wafat: 99H).
Al-Imam Ibnul Jauzi mengkhabarkan berserta sanadnya dari ‘Abdurrahman bin Abi Zinaad dari ayahnya, beliau berkata:
“… Bahawa Khalifah Sulaiman bin ‘Abdul Malik mengasingkan (atau memencilkan) orang yang menyebarkan nyanyi-nyanyian. Lalu beliau bertanya kepada orang ramai tentang nyanyian, dari mana asal datangnya dan di mana paling banyak ia dimainkan? Lalu mereka pun menjawab:
بالمدينة وهو في المخنثين وهم الحذاق به والأئمة فيه فكتب إلى عامله على المدينة وهو أبو بكر بن محمد بن عمرو بن حزم أن أخصي من قبلك من المخنثين المغنين.
“Di Madinah, dan mereka dari kalangan pondan-pondan, dan merekalah yang mahir dalam nyanyian serta menjadi rujukan padanya.”
Maka Sulaiman bin ‘Abdul Malik pun menulis surat kepada gabernor/pegawainya di Madinah iaitu Abu Bakr bin Muhammad bin ‘Amru bin Hazm agar mengasingkan (atau memencilkan) pondan-pondan penyanyi itu dari wilayah pentadbirannya.” (Talbis Iblis, m/s. 210)
8, Khalifah ‘Umar bin ‘Abdil ‘Aziz rahimahullah (Wafat: 101H).
Beliau adalah salah seorang ulama dari kalangan Tabi’in, dan merupakan seorang khalifah yang terkenal dengan kebaikan pada zamannya.
Imam Al-Auza’i rahimahullah (Wafat: 157H) berkata, “‘Umar bin ‘Abdil ‘Aziz pernah menulis surat kepada ‘Umar bin Al-Walid yang di antara isi kandungannya adalah:
وَإِظْهَارُكَ الْمَعَازِفَ، وَالْمِزْمَارَ بِدْعَةٌ فِي الْإِسْلَامِ، وَلَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ أَبْعَثَ إِلَيْكَ مَنْ يَجُزُّ جُمَّتَكَ جُمَّةَ السُّوءِ
“… Perbuatan engkau yang menzahirkan (atau menyebar-luaskan) alat-alat muzik dan seruling-seruling (atau nyanyian – pent.) merupakan kebid’ahan dalam Islam. Dan benar-benar aku berniat untuk mengutus seseorang yang dapat memotong rambut buruk engkau yang terjulur.” (As-Sunan Ash-Shaghir oleh An-Nasaa’i, no. 4135. Hilyatul Awliyaa’, 5/270. Dinilai sahih oleh Al-Albani dan maqthu’ kepada ‘Umar bin ‘Abdil ‘Aziz)
Selain itu, ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz juga turut memerintahkan kepada orang yang mendidik anak-anaknya supaya mengajar untuk membenci alat-alat muzik, kata beliau:
ليكن أول ما يعتقدون من أدبك بعض الملاهي التي بدؤها من الشيطان وعاقبتها سخط الرحمن فإنه بلغني عن الثقات من أهل العلم: أن حضور المعازف واستماع الأغاني واللهج بها ينبت النفاق في القلب كما ينبت العشب الماء ولعمري لتوقي ذلك بترك حضور تلك المواطن أيسر على ذي الذهن من الثبوت على النفاق في قلبه
“Hendaklah di antara yang terawal mereka fahami dari pengajaranmu adalah membenci alat-alat muzik yang awal datangnya dari Syaitan, dan mengakibatkan kemurkaan Allah Ar-Rahman. Kerana disampaikan kepadaku dari orang-orang yang tsiqaat (terpercaya) dari kalangan ahli ilmu bahawa menghadirkan alat-alat muzik, mendengar nyanyian, serta menyukainya akan menjadi sebab tersemainya kemunafikan dalam hati, sebagaimana air menyuburkan rerumputan. Sesungguhnya, meninggalkan perkara tersebut dengan menjauhinya adalah lebih mudah bagi orang yang berakal dari membiarkan kemunafikan tersemai subur dalam hatinya.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Ad-Dunya dalam Dzamm Al-Malahi, no. 49. Talbis Iblis, m/s. 209. Ighatsatul Lahfan, m/s. 250)
Dari sini menunjukkan adanya ijma’ akan keharaman muzik sehingga apabila diketahui tentang hal ini di sisi pemerintah saat itu, maka mereka pun akan mengambil tindakan.
9, Al-Imam Amir bin Syarahil Asy-Sya’bi rahimahullah (Wafat: 103H).
Asy-Sya’bi adalah ulama dari kalangan tabi’in di Kufah yang terkenal dengan kekuatan hafalannya sampai diriwayatkan bahawa beliau tidak pernah mencatat sesuatu di atas kertas. Dan beliau termasuk ulama yang sebaris dengan Sa’id bin Al-Musayyib (Madinah), Al-Hasan Al-Bashri (Bashrah), dan Mak-hul (Syaam) rahimahumullaah.
Beliau (Asy-Sya’bi) berkata:
لُعِنَ الْمُغَنِّي وَالْمُغَنَّى لَهُ
“Penyanyi dan yang diminta dinyanyikan itu terlaknat.” (Diriwayatkan oleh Ibn Abi Ad-Dunya dalam Dzamm Al-Malaahi, no. 46. Syu’abul Iman oleh Al-Baihaqi, no. 4751. Kata Al-Albani, sanadnya sahih)
Syaikh Al-Albani rahimahullah menyebutkan:
روى عنه إسماعيل بن أبي خالد أنه كره أجر المغنية وقال ما أحب أن آكله
“Diriwayatkan oleh Isma’il bin Abi Khalid, bahawa beliau membenci hasil pendapatan (gaji) para penyanyi. Beliau mengatakan, “Aku tidak mahu mengambilnya.” Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah, 7/9, no. 2203 dengan sanad yang sahih.” (Tahrim Alat Ath-Tharb, m/s. 101)
10, Al-Imam Adh-Dhohhaak rahimahullah (Wafat: 102H).
Beliau berkata:
الغناء مفسدة للقلب مسخطة للرب
“Nyanyian itu merosakkan hati dan mendatangkan kemarahan Allah.” (lihat: Talbis Iblis, m/s. 210. Ighatsatul Lahfan, m/s. 250)
11, Tabi’in, Al-Qaasim bin Muhammad bin Abu Bakr Ash-Shiddiq.
Ibnu Wahhab berkata:
قال ابن وهب : أخبرني سليمان بن بلال عن كثير بن زيد: أنه سمع عبيدالله يقول للقاسم بن محمد: كيف ترى في الغناء فقال له القاسم: هو باطل فقال: قد عرفت أنه باطل فكيف ترى فيه فقال القاسم: أرأيت الباطل أين هو قال: في النار قال: فهو ذاك
“Ibn Wahb berkata, Sulaiman bin Bilal megkhabarkan kepadaku dari Katsir bin Zaid, bahawa beliau telah mendengar ‘Ubaidillah berkata kepada Al-Qaasim bin Muhammad:
“Apa pendapat engkau tentang nyanyian?”
Al-Qaasim menjawab:
“Bathil.” ‘Ubaidillah bertanya lagi:
“Aku tahu bahawa nyanyian itu bathil, jadi bagaimana pendapat engkau tentang sesuatu yang bathil tersebut?” Al-Qaasim kembali bertanya:
“Tidakkah engkau tahu di mana yang bathil itu?” ‘Ubaidillah menjawa, “Di Neraka.” Al-Qaasim membalas, “Ya, demikianlah ia.”.” (Ighatsatul Lahfan, m/s. 243. Lihat: Dzamm Al-Malaahi oleh Ibn Abi Ad-Dunya, no. 46. At-Tamhiid oleh Ibn ‘Abdil Barr, 22/199)
12, Fudhayl bin ‘Iyaadh rahimahullah (Wafat: 187H).
Kata beliau:
الغناء رقية الزنا
“Nyanyian adalah mantera zina.” (Diriwayatkan oleh Ibn Abi Ad-Dunya dalam Dzamm Al-Malaahi, no. 55)
Kata Al-Imam Adz-Dzahabi, “Fudhayl bin ‘Iyaadh adalah orang yang zuhud, syaikh di tanah Haram, perawi hadis yang tsabat, disepakati ketsiqahannya, dan seorang yang memiliki keutamaan.” (Mizan Al-I’tidal, no. 6768)
13, Imam Mazhab, Al-Imam Abu Hanifah rahimahullah (Wafat: 150H).
Imam Ibnul Jauzi rahimahullah (Wafat: 597H) berkata:
أخبرنا هبة الله بن أحمد الحريري عن أبي الطيب الطبري قال كان أبو حنيفة يكره الغناء مع إباحته شرب النبيذ ويجعل سماع الغناء من الذنوب قال وكذلك مذهب سائر أهل الكوفة إبراهيم والشعبي وحماد وسفيان الثوري وغيرهم لا أختلاف بينهم في ذلك قال ولا يعرف بين أهل البصرة خلاف في كراهة ذلك والمنع منه
“Telah mengkhabarkan kepada kami Hibatullah bin Ahmad Al-Haririy, daripada Abu ath-Thayyib Ath-Thabari, beliau berkata:
“Adalah Abu Hanifah membenci nyanyian dan membenarkan minuman nabiz. Beliau menyatakan bahawa mendengar lagu sebagai suatu yang berdosa. Dan begitulah mazhab seluruh penduduk Kuffah seperti Ibrahim (An-Nakha’i), Asy-Sya’bi, Hammad, Sufyan Ats-Tsauri, dan selainnya. Tidak ada perbezaan di antara mereka mengenai perkara tersebut. Dan tidak diketahui pula perbezaan pendapat terhadap perkara yang sama di kalangan penduduk Bashrah dalam soal kebencian dan larangan mengenai perkara tersebut.” (Talbis Iblis, m/s. 205)
14, Imam Mazhab, Imam Malik bin Anas rahimahullah (Wafat: 179H).
Syaikh Al-Albani rahimahullah menyebutkan:
فروى أبو بكر الخلال في الأمر بالمعروف وابن الجوزي في تلبيس إبليس بالسند الصحيح عن إسحاق بن عيسى الطباع – ثقة من رجال مسلم – قال: سألت مالك بن أنس عما يترخص فيه أهل المدينة من الغناء؟ فقال: إنما يفعله عندنا الفساق
ثم روى الخلال بسنده الصحيح أيضا عن إبراهيم بن المنذر – مدني ثقة من شيوخ البخاري – وسئل فقيل له: أنتم ترخصون [ في ] الغناء؟ فقال: معاذ الله ما يفعل هذا عندنا إلا الفساق
“Abu Bakr Al-Khallal meriwayatkan dalam Al-Amru bi Al-Ghinaa’, manakala Ibnul Jauzi dalam Talbis Iblis, dengan sanad yang sahih dari Ishaq bin ‘Isa Ath-Thobba’ (seorang yang tsiqah dari perawi imam Muslim) bahawa beliau menyatakan:
“Aku pernah bertanya kepada Malik bin Anas berkenaan nyanyian yang dianggap rukhshah (suatu keringanan yang diperbolehkan) oleh penduduk Madinah?” Maka beliau jawab, “Bahawasanya apa yang mereka lalakukan itu dari sisi kami adalah perbuatan orang-orang fasiq.” (Demikian perkataan Imam Malik)
Al-Khallal juga meriwayatkan dengan sanad yang sahih dari Ibrahim Ibnul Mundzir (penduduk Madinah yang terpercaya, salah seorang guru Imam Al-Bukhari), bahawasanya beliau pernah ditanya, “Adakah kalian mengizinkan nyanyian?” Beliau menjawab,
“Semoga Allah memaafkan kami, tidaklah apa yang mereka lakukan ini menurut kami ia adalah perbuatan orang-orang fasiq.” (lihat: Tahrim Alat Ath-Tharb oleh Al-Albani, m/s. 99-100)
Imam Al-Qurthubi rahimahullah (Wafat: 671H) menukilkan:
أما مالك بن أنس فإنه نهى عن الغناء وعن استماعه
“Adapun Malik bin Anas (rahimahullah), bahawasanya beliau melarang menyanyi dan mendengarnya.” Kemudian beliau menyatakan:
وهو مذهب سائر أهل المدينة
“Itu adalah mazhab kalangan ahli Madinah.” (Al-Jaami’ li Ahkam Al-Qur’an, 14/55)
Adapun perkataan Ibnu Ath-Thohir Al-Qaisaraani bahawa adanya ijma’ penduduk Madinah yang menyatakan bolehnya muzik, ianya adalah mardud (tertolak). Telah dinukil dari Imam Al-Auza’i bahawa beliau menganggap perkataan yang membolehkan muzik yang berasal dari penduduk Madinah, ia adalah merupakan ketergelinciran ulama yang wajib ditinggalkan dan dilarang dari mengikutinya.
Syaikh Ath-Thawaari hafizahullah mengulas tentang wujudnya kelompok yang membolehkan muzik di Madinah pada zaman Imam Malik dengan katanya:
والتحقيق في ذلك أنه قد وُجد من أهل المدينة من أفتى بإباحة الغناء مِنْ مَنْ لم يعتد بفتواهم يشير إلى ذلك الإمام الذهبي في ترجمة (يوسف بن يعقوب بن أبي سلمة الماجشون): “قلت (أى الذهبي) أهل المدينة يترخصون في الغناء، وهم معروفون بالتسمع فيه، وذكر فيها: أنه كانت جواريه في بيته يضربن بالمعزف”
“Tahqiq (perincian) bagi masalah ini, bahawa memang telah ditemukan dari kalangan penduduk Madinah yang berfatwa bolehnya nyanyian, iaitu dari kalangan orang yang fatwanya tidak boleh dijadikan sebagai sandaran. Perkara ini telah diisyaratkan oleh Adz-Dzahabi ketika menyebutkan biografi Yusuf bin Ya’qub bin Abi Salamah al-Majisyun[1]:
“Aku (Adz-Dzahabi) berkata, “Penduduk Madinah membolehkan nyanyian, mereka dikenali sebagai orang yang suka mendengarnya. Disebutkan bahawa hamba-hamba perempuan kanak-kanak yang ada dalam rumah mereka memainkan alat-alat muzik.”
علق الطواري قائلاً: وقد صادفت هذه الفتوى هوى فساق أهل المدينة فاستحسنوها وغدت سمة من سماتهم ، وهو مخالف قول فقهاء المدينة بلا شك
Kemudian beliau (Syaikh Ath-Thawaari) mengulas, “Fatwa ini bersesuaian dengan hawa nafsu orang-orang fasiq di Madinah. Mereka menganggapnya baik sehingga terjadilah ia sebagai salah satu sifat (karektor) mereka. Dan ia jelas bertentangan dengan pendapat fuqaha’ Madinah.” Oleh kerana itulah Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata:
يكن إباحة الغناء من قول فقهاء المدينة وعلمائها، وإنما كان يضع ذلك فساقهم
“Pendapat yang membolehkan muzik bukanlah pendapat fuqaha’ Madinah dan para ulamanya, tetapi itu hanyalah perkara yang diada-adakan oleh orang-orang fasiq dari kalangan mereka.” (lihat: An-Nuur Al-Kaasyf fii Bayaan Hukm Al-Ghinaa’ wa Al-Ma’aazif oleh Ahmad bin Hussein Al-Azhari, m/s. 14-15, Maktabah Syamilah)
15, Imam Mazhab, Imam Asy-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 204H).
Imam Ibnul Jauzi rahimahullah (Wafat: 597H) menyebutkan dengan sanadnya sampai kepada Abu Thayyib Thaahir Ath-Thabari:
قال الشافعي الغناء لهو مكروه يشبه الباطل ومن استكثر منه فهو سفيه شهادته قال وكان الشافعي يكره التعبير
“Imam Asy-Syafi’i berkata, “Nyanyian adalah perkataan yang dibenci dan menyerupai kebathilan. Sesiapa yang suka (atau banyak) menyanyi (atau mendengarnya), maka dia adalah orang yang bodoh dan kesaksiannya tidak boleh diterima pakai, dan Asy-Syafi’i sangat membenci At-Taghbir (nyanyian sufi).”
قال الطبري: فقد أجمع علماء الأمصار على كراهية الغناء والمنع منه وإنما فارق الجماعة إبراهيم بن سعد وعبيد الله العنبري وقد قال رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “عليكم بالسواد الأعظم فإنه من شذ شذ في النار” وقال: من فارق الجماعة مات ميتة جاهلية
Ath-Thabari berkata: “Para ulama dari pelbagai wilayah telah ijma’ (bersepakat) tentang dibencinya nyanyian dan melarang darinya. Hanya Ibrahim bin Sa’ad dan ‘Ubaidillah Al-Anbari yang keluar dari kesepakatan ini. Sedangkan Rasulullah telah bersabda:
“Ikutilah As-Sawaadul A’zham, kerana sesiapa yang syadz (yakni yang mengambil pendapat yang pelik dari kebenaran), maka dia di Neraka.” Dan beliau bersabda:
“Sesiapa yang mati dalam keadaan menyelisihi Al-Jama’ah (kebenaran), maka matinya adalah mati jahiliyah.”
وقد كان رؤساء أصحاب الشافعي رضي الله عنهم ينكرون السماع وأما قدماؤهم فلا يعرف بينهم خلاف وأما أكابر المتأخرين فعلى الإنكار منهم أبو الطيب الطبري وله في ذم الغناء والمنع منه كتاب مصنف
فهذا قول علماء الشافعية وأهل التدين منهم وإنما رخص في ذلك من متأخريهم من قل علمه وغلبه هواه وقال الفقهاء من أصحابنا لا تقبل شهادة المغني والرقاص والله الموفق
“Para tokoh dari kalangan sahabat (pengikut) Asy-Syafi’i radhiyallahu ‘anhu tidak menyukai nyanyian malah melarangnya, tiada perselisihan di antara yang terdahulu ataupun yang terkemudian. Manakala ulama besar muta’akhirin juga turut mengingkari nyanyian. Di antaranya adalah Abu Thayyib Ath-Thabari, beliau memiliki buku berkenaan tercela dan terlarangnya nyanyian.
Ini adalah pendapat para ulama Syafi’iyah dan kalangan ahli ibadah di antara mereka. Dan yang memberi keringanan hukum berkenaan dengan alat-alat muzik hanyalah kalangan ulama terkemudian di antara mereka yang sedikit ilmunya dan lebih terpengaruh dengan hawa nafsunya. Berkata para fuqaha’ (ahli fiqh) dari kalangan sahabat kami, “Sumpah seseorang penyanyi dan penari tidak boleh diterima pakai.” Hanya kepada Allah kita memohon taufiq.” (lihat: Talbis Iblis oleh Ibn Al-Jauzi, m/s. 205-206)
Imam Asy-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 204H) berkata:
خَلَّفْتُ بِالْعِرَاقِ شَيْئًا أَحْدَثَتْهُ الزَّنَادِقَةُ يُسَمُّونَهُ التَّعْبِيرَ، يَشْتَغِلُونَ بِهِ عَنِ الْقُرْآنِ
“Aku tinggalkan di ‘Iraq sesuatu yang diada-adakan oleh az-zanaadiqah (yakni para zindiq) yang disebut sebagai At-Taghbiir, ia melalaikan manusia dari Al-Qur’an.” (Manaqib Al-Imam Asy-Syafi’i oleh Abu Al-Hasan Al-Abri As-Sijistani, no. 52. Hilyatu Al-Awliyaa’ oleh Abu Nu’aim, 9/146. Talbis Iblis oleh Ibn Al-Jauzi, m/s. 205. Majmu’ Al-Fatawa oleh Ibn Taimiyyah, 11/569. Siyar A’lam al-Nubala’ oleh Adz-Dzahabi, 10/91)
Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar:
ثم أطلق الاسم على كل من أسر الكفر وأظهر الإسلام حتى قال مالك الزندقة ما كان عليه المنافقون وكذا أطلق جماعة من الفقهاء الشافعية وغيرهم أن الزنديق هو الذي يظهر الإسلام ويخفي الكفر
“(Kata az-zanaadiqah) diithlaqkan untuk penamaan bagi setiap orang yang menyembunyikan kekufuran dan menzahirkan keislaman. Sampai Imam Malik mengatakan, “Zandaqah merupakan kebiasaan yang ada pada kaum munafiqin.” Demikian pula yang dikatakan oleh sejumlah ulama Syafi’iyyah dan selainnya, bahawa zindiq adalah orang yang memperlihatkan keislamannya dan menyembunyikan kekufuran” (Fathul Bari 12/271)
Iaitu mereka beramal dengan amal-amal yang bukan dari Islam, tetapi mereka menzahirkan amalan tesebut atas nama Islam, namun hakikatnya mereka bukan dari Islam dan mereka beribadah kepada selain Allah di samping mengibadahi Allah. Dan dalam masa sama, mereka turut memerangi Islam.
At-Taghbiir adalah sya’ir-sya’ir (nyanyian) yang mengandungi galakkan bersifat zuhud terhadap dunia (yakni menjauhi dunia dan mencintai agama) yang dinyanyikan oleh para penyanyi, manakala sebahagian yang hadir bertindak memukul alat seperti kayu pada besi (yakni sebagai alat muzik) atau batu dengan mengikuti irama lagunya. (lihat: An-Nuur Al-Kaasyf fii Bayaan Hukm Al-Ghinaa’ wa Al-Ma’aazif oleh Ahmad bin Hussein Al-Azhari, m/s. 15, Maktabah Syamilah)
Imam Ibnul Jauzi menjelaskan:
وقد ذكر أبو منصور الأزهري المغبرة قوم يغيرون بذكر الله بدعاء وتضرع وقد سموا ما يطربون فيه من الشعر في ذكر الله عز وجل تغييرا كأنهم إذا شاهدوها بالألحان طربوا ورقصوا فسموا مغيرة لهذا المعنى
“Sebagaimana disebutkan oleh Abu Manshur Al-Azhari, Al-Mughabbirah (pemain atau pelaku at-taghbiir) adalah suatu kelompok yang mendendangkan zikir kepada Allah dengan doa dan tadharru’ (merendah diri). Mereka lalu menamakan apa yang mereka dendangkan tersebut sebagai sya’ir berbentuk zikir kepada Allah. Sambil mereka mendendangkannya dengan irama tertentu, mereka menyaksikannya dengan gembira sambil menggoyang-goyang badan, mereka menyanyi, menari sampai debu berterbangan. Lalu mereka pun dinamakan Al-Mughabbirah.” (Talbis Iblis, m/s. 205. Lihat: Tahdziib Al-Lughah, 3/78-79)
Ibnu Manzhur menyebutkan dalam Lisan Al-‘Arab:
قال الأَزهري وقد سَمَّوْا يُطَرِّبون فيه من الشِّعْر في ذكر الله تَغْبيراً كأَنهم تنَاشَدُوهُ بالأَلحان طَرَّبوا فَرَقَّصوا وأَرْهَجوا فسُمّوا مُغَبِّرة لهذا المعنى
“Berkata Al-Azhari: Dan mereka telah menamakan orang-orang yang mendendangkan (melagukan) sya’ir untuk mengingati Allah sebagai Taghbiir sebagaimana mereka itu mendendangkannya dengan nada-nada tertentu lalu mereka mendendangkan pendengarnya sambil menari-nari serta menimbulkan gerakan-gerakan, maka dinamakan mereka itu mughabbirah berdasarkan makna ini.” (Ibn Manzhur, Lisan Al-‘Arab, 5/3)
Inilah yang telah banyak berlaku dan tersebar di sekitar kita hari ini. Mereka mengada-adakan amalan sedekimian lalu menamakannya sebagai qashidah, nasyid, dan majlis-majlis selawat. Hadanallaahu waiyyahum.
Penyusun kitab Tafsir terkenal; Al-Imam Ibnu Kasir rahimahullah (Wafat: 774H) mengulas kenyataan Imam Asy-Syafi’i tersebut dengan katanya:
“Dan ianya (at-taghbiir) adalah mengetuk dengan kayu atau yang lainnya di atas kulit yang kering berserta mendendangkan sya’ir-sya’ir ketuhanan yang melembutkan hati dan menggerakkan benda yang diam, walaupun begini keadaannya, beliau (Imam Asy-Syafi’i) telah menamakan pelakunya sebagai “para zindiq”, lalu bagaimana pula jika beliau melihat apa yang diada-adakan oleh mereka yang di zaman kita mendengar nyanyian dan menari-nari dengan diiringi duff (kompang) dan serunai…” (lihat: Al-Kalaam ‘ala Mas’alati As-Simaa’, m/s. 471 – Daar Al-‘Aashimah, cet. 1, 1409H)
Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah menjelaskan setelah menyebutkan perkataan Imam Asy-Syafi’i tersebut:
وما ذكره الشافعي – رضي الله عنه – من أنه من إحداث الزنادقة – [ فهو ] كلام إمام خبير بأصول الإسلام فإن هذا السماع لم يرغب فيه ويدعو إليه في الأصل إلا من هو متهم بالزندقة كابن الراوندي والفارابي وابن سينا وأمثالهم كما ذكر أبو عبد الرحمن السلمي في مسألة السماع ” عن ابن الراوندي
“Apa yang disebutkan oleh Al-Imam Asy-Syafi’i radhiyallahu ‘anh tersebut adalah hasil ciptaan (bid’ah) para zindiq maka itulah perkataan imam yang mendalam ilmunya dalam prinsip-prinsip Islam. Kerana pada dasarnya, tidak ada yang mempromosi dan menganjurkan serta mengajak padanya (yakni kepada nyanyi-nyanyian atas nama agama) melainkan orang-orang zindiq, seperti Ibnu Rawandi, Al-Farabi, Ibnu Sina, dan yang semisal mereka, sebagaimana yang disebutkan oleh ‘Abdurrahman As-Sulami dalam Mas’alati As-Simaa’ daripada Ibnu Rawandi.” (Majmu’ al-Fatawa, 11/570)
Dalam kitabnya yakni kitab Al-Umm, Al-Imam Asy-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 204) menegaskan bahawa:
الرجل يغني فيتخذ الغناء صناعة يأتي عليه ويأتي له، ويكون منسوبا إليه مشهورا به معروفا والمرأة لاتجوز شهادة واحدة منهما، وذلك أنه من اللهو المكروه، الذي يشبه، وأن من صنع هذا كان منسوبا إلى السفة وسقاطه المروءة
“Seorang lelaki yang menyanyi dan mengambilnya sebagai pekerjaan, adakalanya dia diundang dan adakalanya ia didatangi sehingga dia masyhur (dikenali) dengan gelaran penyanyi, demikian juga seseorang wanita (yang seperti itu), maka tidak diterima sumpah persaksiannya. Kerana menyanyi termasuk hiburan yang dibenci (terlarang). Tetapi, adalah yang lebih tepat, sesiapa sahaja yang menyerupainya, maka ia disebut sebagai dungu (bodoh) dan mereka termasuk orang yang sudah tiada harga diri (jatuh maruahnya).” (Al-Umm oleh Asy-Syafi’i, 6/209)
Beliau juga menegaskan bahawa hukum potong tangan tidak boleh ditegakkan atas orang yang mencuri khamr, khinzir, dan alat-alat muzik. Kata beliau:
فَإِنْ سَرَقَ خَمْرًا أو خِنْزِيرًا لم يُقْطَعْ لِأَنَّ هذا حَرَامُ الثَّمَنِ وَلَا يُقْطَعُ في ثَمَنِ الطُّنْبُورِ وَلَا الْمِزْمَارِ
“Jika seseorang mencuri khamr atau khinzir (babi), maka dia tidak dikenakan hukuman dipotong tangannya kerana keduanya adalah haram harganya. Dan seseorang juga tidak dipotong tangannya kerana mencuri thanbur, dan tidak juga al-mizmaar (seruling).” (Al-Umm, 6/147)
Beliau juga menegaskan bahawa tidak boleh dikenakan ganti rugi bagi alat-alat muzik yang dirosakkan. Kata beliau:
وَلَوْ كَسَرَ له طُنْبُورًا أو مِزْمَارًا أو كَبَرًا فَإِنْ كان في هذا شَيْءٌ يَصْلُحُ لِغَيْرِ الْمَلَاهِي فَعَلَيْهِ ما نَقَصَ الْكَسْرُ وَإِنْ لم يَكُنْ يَصْلُحُ إلَّا لِلْمَلَاهِي فَلَا شَيْءَ عليه وَهَكَذَا لو كَسَرَهَا نَصْرَانِيٌّ لِمُسْلِمٍ أو نَصْرَانِيٌّ أو يَهُودِيٌّ أو مُسْتَأْمَنٌ أو كَسَرَهَا مُسْلِمٌ لِوَاحِدٍ من هَؤُلَاءِ أَبْطَلْت ذلك كُلَّهُ
“Seandainya seseorang menghancurkan thanbur, atau mizmaar, atau gendang, maka sekiranya alat-alat ini semuanya bukan untuk suatu kegunaan selain sebagai alat-alat muzik, maka tidak ada ganti atasnya. Demikian juga jika seorang muslim merosakkan (alat-alat tersebut) dari milik seorang muslim, ataupun yang merosakkan tersebut adalah orang Nashrani, atau Yahudi, atau kafir musta’man, atau seorang muslim lain yang telah merosakkan salah satu dari alat-alat tersebut, maka semuanya dianggap bathil (yakni tiada sebarang tindakan boleh diambil).” (Al-Umm, 4/212)
16, Imam Mazhab, Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah (Wafat: 241H).
‘Abdullah bin Ahmad bin Muhammad bin Hanbal pernah berkata:
سألت أبي عن الغناء فقال: الغناء ينبت النفاق في القلب لا يعجبني: ثم ذكر قول مالك إنما يفعله عندنا الفساق قال عبدالله: وسمعت أبي يقول: سمعت يحيى القطان يقول: لو أن رجلا عمل بكل رخصة بقول أهل الكوفة في النبيذ وأهل المدينة في السماع وأهل مكة في المتعة لكان فاسقا
“Aku pernah bertanya kepada ayahku tentang nyanyian, maka beliau berkata:
“Nyanyian itu menyemai nifaq di qalb (hati) dan itu tidak menghairanku.” Kemudian beliau menyebutkan perkataan Imam Malik bahawa yang melakukannya itu menurut kami adalah orang-orang fasiq.”
‘Abdullah bin Ahmad juga berkata, “Aku mendengar ayahku berkata:
“Aku mendengar Yahya Al-Qaththan berkata, “Kalau seandainya seseorang itu mengamalkan seluruh rukhshah (ketergelinciran ulama) dengan apa yang dikatakan oleh orang-orang Kufah tentang nabiz, orang-orang Madinah tentang mendengar nyanyian, dan ahli Makkah tentang mut’ah, maka pasti dia pun menjadi orang-orang fasiq.” (Ighatsatul Lahfan, m/s. 229. Lihat: Masa’il Al-Imam Ahmad bin Hanbal, m/s. 449 – Tahqiq Zuhair Syaawisy)
Imam Ahmad rahimahullah (Wafat: 241H) berkata:
وقال سليمان التيمي : لو أخذت برخصة كل عالم أو زلة كل عالم اجتمع فيك الشر كله
“Berkata Sulaiman At-Taimi: “Kalau engkau mengambil rukhshah dari setiap ‘alim atau kesilapan (ketergelinciran) setiap ‘alim, nescaya akan berkumpul pada engkau seluruh keburukan.”.” (Ighatsatul Lahfan, m/s. 230. Lihat: Musnad Ibn Al-Ja’d, no. 1319. Hilyatu Al-Awliyaa’ oleh Abu Nu’aim, 3/32)
‘Abdullah bin Ahmad bin Muhammad bin Hanbal berkata, “Aku pernah mendengar ayahku (Ahmad bin Hanbal) mengulas tentang seorang lelaki yang melihat (beberapa alat muzik seperti) thanbur, ‘uud, thabl (gendang atau drum), atau yang serupa dengannya, maka apa yang harus beliau lakukan dengannya?” Beliau berkata:
اذا كان مغطى فلا وان كان مكشوفا كسره
“Apabila alat-alat tersebut disembunyikan, maka jangan (engkau rosakkan). Tetapi apabila alat-alat tersebut dipertontonkan, maka hendaklah dirosakkan.” (Masa’il Al-Imam Ahmad bin Hanbal, m/s. 316. Talbis Iblis, m/s. 133)
Al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullah telah menyebutkan bahawa:
ونص رحمه الله على كسر آلات اللهو كالطنبور وغيره، إذا رآها مكشوفة، وأمكنه كسرها
“(Imam Ahmad rahimahullah) telah menegaskan kebenaran untuk merosakkan alat-alat muzik seperti thanbur dan seumpamanya apabila alat-alat muzik tersebut dipersembahkan secara terbuka dan ada kemampuan untuk melakukannya.” (Ighatsatul Lahfan, m/s. 230)
Secara umumnya, pendapat keempat-empat imam mazhab dalam persoalan ini (alat-alat muzik) telah pun disebutkan oleh Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah (Wafat: 728H) sebagaimana berikut:
فَذَهَبَ الْأَئِمَّةُ الْأَرْبَعَةُ : أَنَّ آلَاتِ اللَّهْوِ كُلَّهَا حَرَامٌ فَقَدْ ثَبَتَ فِي صَحِيحِ الْبُخَارِيِّ وَغَيْرِهِ
“… maka berdasarkan pendapat para imam mazhab yang empat: sesungguhnya keseluruhan alat-alat muzik adalah haram sebagaimana telah tsabit (ditetapkan) di kitab Shahih Al-Bukhari dan selainnya…” (Majmu’ Al-Fatawa, 11/576)
17, Syuraih Al-Qadhi rahimahullah (Wafat: 235H).
Syaikh Al-Albani rahimahullah menyebutkan:
قال أبو حصين: أن رجلا كسر طنبور رجل فخاصمه شريح فلم يضمنه شيئا. أخرجه ابن أبي شيبة في المصنف ( 7 / 312 / 3275 ) وإسناده صحيح والبيهقي ( 6 / 101 ) والخلال ( 26 ) وقال عقبه: قال حنبل: سمعت أبا عبد الله يقول: هو منكر لم يقض فيه بشيء وأبو عبد الله هو الإمام أحمد وروى عنه نحوه أبو داود في مسائله ص 279
“Abu Hushain menceritakan bahawa ada seorang lelaki yang memecahkan thanbur (sejenis alat muzik) kepunyaan seorang lelaki lainnya. Orang tersebut pun mengadukannya kepada Syuraih, tetapi Syuraih tidak memutuskan sebarang ganti rugi pun.”
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam Al-Mushannaf, 7/312, no. 2375, dan isnadnya sahih. Al-Baihaqi, 6/101. Dan Al-Khallal, m/s. 26, di mana setelah itu beliau menyatakan, “Hanbal pernah menceritakan, Aku pernah mendengar Abu ‘Abdillah menyatakan, “Itu adalah perbuatan mungkar, sehingga beliau tidak memberikan sebarang keputusan pengadilan.”
Abu ‘Abdillah tersebut adalah Imam Ahmad. Turut diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Masa’il-nya, m/s. 279.” (Tahrim Alat Ath-Tharb, m/s. 100)
18, Ulama Tafsir, Al-Imam Ibnu Jarir Ath-Thabari rahimahullah (Wafat: 310).
Al-Imam Al-Qurthubi rahimahullah menyebutkan:
فَقَدْ أَجْمَعَ عُلَمَاءُ الْأَمْصَارِ عَلَى كَرَاهَةِ الْغِنَاءِ وَالْمَنْعِ مِنْهُ
“Bahawasanya para ulama dari seluruh negeri telah ijma’ (sepakat) atas dibencinya nyanyian dan melarang darinya.” (Tafsir Al-Qurthubi, 14/56)
19, Abu ‘Abdillah Ibn Baththah Al-‘Ukbari rahimahullah (Wafat: 387H).
Al-Imam Ibnul Jauzi rahimahullah menyebutkan dengan sanadnya sampai kepada Abu ‘Abdillah Ibn Baththah Al-‘Ukbari, beliau berkata:
سألني سائل عن استماع الغناء فنهيته عن ذلك وأعلمته أنه مما أنكرته العلماء واستحسنه السفهاء وإنما تفعله طائفة سموا بالصوفية وسماهم المحققون الجبرية أهل همم دنيئة وشرائع بدعية يظهرون الزهد وكل أسبابهم ظلمة يدعون الشوق والمحبة بإسقاط الخوف والرجاء يسمعونه من الأحداث والنساء ويطربون ويصعقون ويتغاشون ويتماوتون ويزعمون أن ذلك من شدة حبهم لربهم وشوقهم إليه تعالى الله عما يقوله الجاهلون علو كبيرا.
“Seseorang bertanya kepadaku tentang mendengar nyanyian, maka aku pun melarangnya dari yang demikian. Aku menjelaskan padanya bahawa nyanyian itu diingkari oleh para ulama, namun dianggap baik oleh orang-orang yang bodoh. Dan sesungguhnya yang melakukannya hanyalah suatu kelompok yang menamakan dirinya dengan suffiyah (kelompok sufi – pent.). Namun para ulama muhaqqiqun (yang teliti) menamakan mereka sebagai al-jabriyyah, rendah wawasannya, dan mengada-adakan bid’ah.
Mereka (kelompok sufi) menzahirkan diri mereka sebagai zuhud walaupun setiap sarana yang mereka lalui hanyalah kegelapan, mereka menyerukan al-mahabbah (kerinduan dan cinta) kepada Allah dengan menghilangkan al-khauf (rasa takut) dan ar-rojaa’ (rasa harap) pada Allah. Mereka mendengar dari nyanyi-nyanyian dari para pemuda dan wanita, mereka memainkan alat-alat muzik, bersuara lantang, pengsan, hampir mati, dan mereka mendakwa bahawa itu disebabkan oleh kecintaan dan kerinduan mereka yang sangat kepada Allah. Maha Tinggi Allah dari apa-apa yang diperkatakan oleh orang-orang jahil yang melampau.” (Talbis Iblis, m/s. 211)
20, Muhaqqiq Mazhab Maliki, Al-Imam Ibnu ‘Abdil Bar rahimahullah (Wafat: 463H).
Abu ‘Umar bin Abdil Barr (Ibnu Abdil Barr) rahimahullah menjelaskan:
من المكاسب المجتمع على تحريمها الربا ومهور البغاء والسحت والرشاوي وأخذ الأجرة على النياحة والغناء وعلى الكهانة وادعاء الغيب وأخبار السماء وعلى الرمز واللعب والباطل كله
“Termasuk perusahaan/pekerjaan yang disepakati atas keharamannya ialah riba, hasil pelacuran, barang haram, rasuah, upah ratapan, hasil nyanyian, hasil perdukunan (tukang tilik), peramal bintang, serta permainan yang bathil.” (Al-Kaafi fil Fiqh Ahli Al-Madinah Al-Maliki oleh Ibnu ‘Abdil Barr, 1/444. Al-Jaami’ li Ahkamil Qur’an oleh Al-Qurthubi, 7/3)
21, Al-Imam Ibnul Jauzi rahimahullah (Wafat: 597H).
Beliau berkata:
قلت وكم قد فتنت الأصوات بالغناء من عابد وزاهد وقد ذكرنا جملة من أخبارهم في كتابنا المسمى بذم الهوى
“Aku katakan, betapa banyak suara nyanyian telah membuat sesat ahli ibadah dan orang-orang zuhud. Dan kami menyebutkan kisah-kisah mereka dalam kitab kami yang kami namakan dengan Dzamm Al-Hawaa.” (Talbis Iblis, m/s. 210)
Kata beliau lagi:
فقد بينا أن الغناء يخرج الإنسان عن الاعتدال ويغير العقل وبيان هذا أن الإنسان اذا طرب فعل ما يستقبحه في حال صمته من غيره من تحريك رأسه وتصفيق يديه ودق الأرض برجليه إلى غير ذلك مما يفعله أصحاب العقول السخيفة والغناء يوجب ذلك بل يقارب فعله فعل الخمر في تغطية العقل فينبغي أن يقع المنع منه
“Bahawa nyanyian dapat mengeluarkan seseorang dari kebiasaan dan mampu mengubah akal. Dan pejelasan perkara ini bahawa manusia apabila terpana dalam nyanyian, maka dia akan terpengaruh untuk melakukan apa-apa yang dia sendiri tau hal tersebut buruk tatkala dia dalam keadaan sadar iaitu seperti menggoyang-goyangkan kepalanya, menepuk-nepuk tangannya, menghentak-hentak kakinya ke bumi, dan yang selain itu yang biasanya hanya dilakukan oleh orang-orang yang bodoh lagi mengarut. Dan nyanyian dapat mendatangkan yang demikian. Malah lebih lagi, nyanyian mampu menutupi akal sebagaimana al-khamr. Maka sudah sepatutnya nyanyi-nyanyian itu ditegah.” (Talbis Iblis, 210-211)
22, Al-Imam Al-Baghawi rahimahullah (Wafat: 516H).
Syaikh Ahmad bin Hussein Al-Azhari menyebutkan:
وأفتى البغوي رحمه الله بتحريم بيع جميع آلات اللهو والباطل مثل الطنبور والمزمار والمعازف كلها، ثم قال: فَإِذَا طُمِسَتِ الصُّوَرُ وَغُيِّرَتْ آلاتُ اللَّهْوِ عَنْ حَالَتِهَا، فَيَجُوزُ بَيْعُ جَوَاهِرِهَا وَأُصُولِهَا، فِضَّةً كَانَتْ أَوْ حَدِيدًا أَوْ خَشَبًا أَوْ غَيْرَهَا
“Fatwa daripada Al-Imam Al-Baghawi rahimahullah menyatakan haramnya menjual seluruh jenis alat muzik dan kebathilan, contohnya seperti thanbur, seruling, dan seluruh jenis alat muzik. Kemudian beliau rahimahullah berkata:
“Apabila suatu gambar (yakni yang berupa makhluk bernyawa) telah diconteng (atau luntur), dan alat-alat permainan muzik telah diubah dari sifat asalnya, maka boleh dijual bahan-bahan asasnya sama ada yang terbina dari perak, kayu, atau selainnya.” (An-Nuur Al-Kaasyf fii Bayaan Hukm Al-Ghinaa’ wa Al-Ma’aazif oleh Ahmad bin Hussein Al-Azhari, m/s. 14-15, Maktabah Syamilah. Lihat: Syahus Sunnah oleh Al-Baghawi, 8/28)
Al-Imam Al-Baghawi juga menegaskan:
وَاتَّفَقُوا عَلَى تَحْرِيم المزامير والملاهي وَالْمَعَازِف، وَرُوِيَ عَن نَافِع، قَالَ: سَمِعَ ابْن عُمَر مِزْمَارًا، فَوضع إصبعيه فِي أُذُنَيْهِ، ونأى عَن الطَّرِيق، وَقَالَ: كنت مَعَ النَّبِيّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَسمع مثل هَذَا، وصنع مثل هَذَا. وَكَانَ الَّذِي سَمِعَ ابْن عُمَر صفارة الرُّعَاة، وَقد جَاءَ مَذْكُورا فِي الحَدِيث
“Para ulama sepakat atas haramnya seruling, alat-alat hiburan dan alat-alat muzik. Diriwayatkan dari Naafi’, beliau berkata:
“Suatu ketika Ibnu ‘Umar mendengar suara seruling, maka beliau pun menutupi kedua telinganya dengan kedua jarinya dan menjauh dari jalan. Lalu beliau berkata:
“Aku pernah bersama Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam lalu beliau mendengar semisal ini dan beliau pun melakukan seperti ini.”
Yang didengar oleh Ibnu ‘Umar ketika itu adalah seruling pengembala. Ini telah datang penjelasannya dalam sebuah hadis.” (Syarhus Sunnah, 12/383)
23, Al-Imam Abu Bakar Ath-Thurthusyi rahimahullah (Wafat: 520H).
Beliau pernah diajukan pertanyaan berkenaan keadaan orang-orang yang membaca sebahagian ayat Al-Qur’an (dari kelompok sufi), kemudian dikumandangkan kepada mereka rangkap-rangkap sya’ir, maka mereka pun menari dan berdendang, memukul rebana dan rebab… adakah dibolehkan untuk turut serta bersama-sama mereka?
Beliau pun menjawab:
مذهب الصوفية بطالة وجهالة وضلالة، وما الإسلام إلا كتاب الله وسنة رسول، وأما الرقص والتواجد فأول من أحدثه أصحاب السامري، لما اتخذ لهم عجلا جسدا له خوار قاموا يرقصون حواليه ويتواجدون؛ فهو دين الكفار وعباد العجل؛ وأما القضيب فأول من اتخذه الزنادقة ليشغلوا به المسلمين عن كتاب الله تعالى؛ وإنما كان يجلس النبي صلى الله عليه وسلم مع أصحابه كأنما على رؤوسهم الطير من الوقار؛ فينبغي للسلطان ونوابه أن يمنعهم عن الحضور في المساجد وغيرها؛ ولا يحل لأحد يؤمن بالله واليوم الآخر أن يحضر معهم، ولا يعينهم على باطلهم؛ هذا مذهب مالك وأبي حنيفة والشافعي وأحمد بن حنبل وغيرهم من أئمة المسلمين وبالله التوفيق.
“Mazhab sufi adalah mazhab yang terbina dengan kemalasan, kebodohan dan kesesatan. Islam hanyalah kitab Allah dan Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Adapun menari dan mengolah perasaan adalah perkara pertama yang direka-reka oleh para pengikut Samiri ketika Samiri membina untuk mereka sebuah patung anak lembu yang berbentuk jasad (lembu) yang mengeluarkan suara. Mereka pun menari-nari di sekelilingnya dan saling berdendang dengannya riang gembira. Tarian adalah agama orang-orang kafir dan para penyembah anak lembu.
Adapun acara memukul gendang, golongan pertama yang melakukannya adalah kalangan zindiq yang dengannya telah menyibukkan kaum muslimin dari Kitab Allah Ta’ala.
Sedangkan majlis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan para sahabat beliau adalah majlis ketika kepala-kepala mereka seolah-olah dihinggapi burung kerana kekhusyukkan mereka (tekun dan khusyu’). Maka, sepatutnya bagi para penguasa dan kakitangannya supaya melarang orang-orang seperti ini agar tidak melakukannya atau hadir di masjid dan seumpamanya. Tidak dihalalkan bagi orang yang beriman kepada Allah dan hari Kiamat untuk turut serta bersama mereka, juga tidak boleh untuk menolong mereka dalam kebathilan. Inilah mazhab Malik, Abu Hanifah, Asy-Syafi’i, dan Ahmad bin Hanbal serta para ulama kaum muslimin yang lainnya. Dan kepada Allah kita memohon Taufiq.”
(lihat: Al-Qurthubi, Al-Jaami’ li Ahkam Al-Qur’an, 11/238. Muhammad Al-Amin Asy-Syanqithi, Adhwa’ul Bayan, 4/88. Al-Albani, Tahrim Alat Ath-Tharb, m/s. 168)
Kata Al-Imam Adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H) tentang Abu Bakar Ath-Thurthusyi:
“Beliau adalah Al-Imam Al-‘Allamah, Al-Qudwah (contoh ikutan), zuhud, Syaikh Al-Malikiyah (ulama besar mazhab Maliki), Abu Bakar Muhammad bin Al-Walid bin Kholaf bin Sulaiman bin Ayyub Al-Fihri Al-Andalusi Ath-Thurthusyi Al-Faqih ‘alim Iskandariyah (ilmuan dan penyebar ilmu di Iskandariyah, Mesir).” (Adz-Dzahabi, Siyar a’lam an-Nubala’, 19/490)
24, Muhaqqiq mazhab Hanbali, Al-Imam Ibnu Qudamah rahimahullah (Wafat: 620H).
Beliau menyatakan:
فِي الْمَلَاهِي: وَهِيَ عَلَى ثَلَاثَةِ أَضْرُبٍ؛ مُحَرَّمٌ، وَهُوَ ضَرْبُ الْأَوْتَارِ وَالنَّايَاتُ، وَالْمَزَامِيرُ كُلُّهَا، وَالْعُودُ، وَالطُّنْبُورُ، وَالْمِعْزَفَةُ، وَالرَّبَابُ، وَنَحْوُهَا، فَمَنْ أَدَامَ اسْتِمَاعَهَا، رُدَّتْ شَهَادَتُهُ
“Alat-alat muzik ada tiga bentuk, iaitu yang diharamkan berupa alat muzik yang dipukul, al-autar (yang bertali), alat yang ditiup, al-mazamir dan seluruhnya yang sama jenis dengannya seperti al-‘udd (gitar), thanbur, al-mi’zafah, rebab, dan seumpamanya. Maka sesiapa yang terus-menerus mendengarnya, maka persaksiannya ditolak (tidak boleh diterima).” (Al-Mughni, 23/182)
Dan sebahagian perkataan beliau juga telah dipaparkan pada tulisan-tulisan sebelumnya.
25, Imam Ibn Ash-Sholah rahimahullah (Wafat: 643H).
Syaikh Al-Albani rahimahullah menyebutkan:
Ibnush Sholah rahimahullah berkata dalam fatwanya ketika ditanya tentang orang-orang yang menghalalkan nyanyian dengan kompang dan seruling, dengan tarian, dan tepuk tangan, serta mereka yang menganggapnya sebagai perkara yang halal yang dapat mendekatkan diri kepada Allah.
Maka, beliau rahimahullah pun menjawab:
لقد كذبوا على الله سبحانه وتعالى، وشايعوا بقولهم هذا باطنية الملحدين، وخالفوا إجماع المسلمين، ومن خالف إجماعهم، فعليه ما في قوله تعالى: وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءَتْ مَصِيرًا
“Benar-benar mereka telah berdusta atas nama Allah Subhanahu wa Ta’ala. Mereka mengikuti orang-orang bathiniyyah mulhid (atheis) dengan perkataan mereka. Mereka juga telah menyelisihi ijma’ kaum muslimin. Sesiapa yang menyelisihi ijma’ mereka, maka baginya adalah seperti yang dinyatakan oleh Allah Ta’ala:
“Dan sesiapa yang menentang Rasul setelah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mu’min, Kami biarkan dia hanyut dalam kesesatan yang telah dilakukannya dan Kami masukkannya ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.” (Surah An-Nisaa’, 4: 115).” (lihat: Tahrim Alat Ath-Tharb, m/s. 170. Fatawa Ibn Ash-Sholah, 2/500)
Kata beliau juga:
وأما اباحة هذا السماع وتحليله فليعلم أن الدف والشبابة والغناء إذا اجتمعت فاستماع ذلك حرام عند أئمة المذاهب وغيرهم من علماء المسلمين ولم يثبت عن أحد ممن يعتد بقوله في الإجماع والاخلاف أنه أباح هذا السماع
“Adapun pembolehan samaa’ (mendengar nyanyi-nyanyian) ini dan penghalalannya, maka ketahuilah bahawa duff, asy-syababah, dan nyanyi-nyanyian, apabila terhimpun bersama, maka mendengar yang demikian itu adalah haram di sisi para imam mazhab dan selainnya dari kalangan ulama kaum muslimin.Dan tidaklah tsabit dari seorang pun yang perkataannya muktabar dalam ijma’ dan perselisihan bahawa dia membolehkan mendengar nyanyi-nyanyian ini.” (Fatawa Ibn Ash-Sholah, 2/500)
26, Imam Al-Qurthubi rahimahullah (Wafat: 671H).
Beliau berkata:
فقد أجمع علماء الأمصار على كراهة الغناء والمنع منه. وإنما فارق الجماعة إبراهيم بن سعد وعبيدالله العنبري؛ وقد قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: عليكم بالسواد الأعظم. ومن فارق الجماعة مات ميتة جاهلية
“Para ulama dari pelbagai wilayah telah ijma’ (sepakat) atas dibenci dan dilarangnya nyanyi-nyanyian. Hanya Ibrahim bin Sa’d dan ‘Ubaidillah Al-Anbari sahaja yang menyelisihi Al-jama’ah. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda, “Hendaklah engkau tetap mengikuti As-Sawaadul A’zham (al-jama’ah).” Sesiapa yang memisahkan diri dari al-jama’ah lalu mati, maka matinya adalah mati jahiliyyah.” (Al-Qurthubi, Al-Jami’ li Ahkaamil Qur’an, 14/56)
Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Bazz rahimahullah (Wafat: 1420H) berkata:
إبراهيم بن سعد وعبيد الله بن الحسن العنبري من ثقات أتباع التابعين ولعل ما نقل عنهما من سماع الغناء إنما هو في الشيء القليل الذي يزهد في الدنيا ويرغب في الآخرة وحملهما على سماع الغناء المحرم وهكذا ما يروى عن عبد الله بن جعفر بن أبي طالب رضي الله عنه من سماع الغناء وشراء الجواري المغنيات يجب أن يحمل على الشيء اليسير الذي لا يصد عن الحق ولا يوقع في الباطل مع أن ابن عمر والحسن البصري قد أنكرا عليه ذلك
ومعلوم عند أهل العلم والإيمان أن الحق أولى بالاتباع، وأنه لا يجوز مخالفة الجماعة والأخذ بالأقوال الشاذة من غير برهان، بل يجب حمل أهلها على أحسن المحامل مهما وجد إلى ذلك من سبيل، إذا كانوا أهلا لإحسان الظن بهم لما عرف من تقواهم وإيمانهم
“Ibrahim bin Sa’d dan ‘Ubaidillah bin Al-Hasan Al-Anbari termasuk atbaa’ at-tabi’in yang tsiqah. Kemungkinan yang dinukil daripada mereka berdua berkenaan dibolehkan mendengar nyanyian adalah nyanyian yang sifatnya sedikit dan mengajak kepada zuhud terhadap dunia serta mendorongnya kepada akhirat. Berprasangka bahawa keduanya mendengar muzik yang diharamkan sebagaimana yang diriwayatkan daripada ‘Abdullah bin Ja’far bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu bahawa ia mendengar nyanyian dan membeli penyanyi-penyanyi wanita perlu diarahkan kepada bentuk nyanyian yang sedikit dan yang tidak memalingkan manusia dari kebenaran serta tidak menjatuhkan mereka dalam kebatilan. Lebih-lebih lagi, Ibnu ‘Umar dan Al-Hasan Al-Bashri rahimahullah telah mengingkari (menafikan) perkara tersebut atas yang demikian.
Dan telah kita fahami dari kalangan ahli ilmu dan ahli iman, bahawa kebenaran lebih berhak untuk diikuti. Tidak boleh menyelisihi al-jama’ah lalu mengambil pendapat-pendapat yang syadz (ganjil) tanpa hujah. Bahkan wajib memupuk pendapat-pendapat tersebut kepada makna yang lebih baik selagi ada cara. Lebih-lebih lagi mereka adalah para ulama yang wajib untuk kita berbaik sangka kepadanya kerana telah dikenali ketaqwaan dan keimanan mereka.” (Majmu’ Fatwa Ibn Bazz, 3/421, Susunan: Muhammad bin Sa’ad asy-Syuwai’r)
Kata Al-Imam Al-Qurthubi juga:
فَأَمَّا مَا ابْتَدَعَتْهُ الصُّوفِيَّةُ الْيَوْمَ مِنَ الْإِدْمَانِ عَلَى سَمَاعِ الْمَغَانِي بِالْآلَاتِ الْمُطْرِبَةِ مِنَ الشَّبَّابَاتِ والطار والمعازف والأوتار فحرام.
“Adapun apa yang diada-adakan oleh kaum Sufi pada hari ini; iaitu melazimi mendengar nyanyian dengan alat-alat yang menggerakkan jiwa seperti seruling, rebana, dan alat-alat muzik lainnya maka ini adalah haram.” (Tafsir Al-Qurtubi, 14/54)
27, Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H).
Beliau berkata:
فَمَنْ فَعَلَ هَذِهِ الْمَلَاهِي عَلَى وَجْهِ الدِّيَانَةِ وَالتَّقَرُّبِ فَلَا رَيْبَ فِي ضَلَالَتِهِ وَجَهَالَتِهِ. وَأَمَّا إذَا فَعَلَهَا عَلَى وَجْهِ التَّمَتُّعِ وَالتَّلَعُّبِ فَذَهَبَ الْأَئِمَّةُ الْأَرْبَعَةُ: أَنَّ آلَاتِ اللَّهْوِ كُلَّهَا حَرَامٌ فَقَدْ ثَبَتَ فِي صَحِيحِ الْبُخَارِيِّ وَغَيْرِهِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخْبَرَ أَنَّهُ سَيَكُونُ مِنْ أُمَّتِهِ مَنْ يَسْتَحِلُّ الْحَرَّ وَالْحَرِيرَ وَالْخَمْرَ وَالْمَعَازِفَ وَذَكَرَ أَنَّهُمْ يُمْسَخُونَ قِرَدَةً وَخَنَازِيرَ. و الْمَعَازِفُ هِيَ الْمَلَاهِي كَمَا ذَكَرَ ذَلِكَ أَهْلُ اللُّغَةِ
“Maka sesiapa yang memainkan alat-alat muzik di atas maksud keagamaan dan taqarrub (yakni untuk mendekatkan diri kepada Allah – pent.), maka jangan ragu akan kesesatan dan kebodohannya. Dan adapun jika memainkannya di atas maksud suka-suka (yakni untuk berhibur), maka berdasarkan pendapat para imam mazhab yang empat: sesungguhnya keseluruhan alat-alat muzik adalah haram sebagaimana telah tsabit (ditetapkan) di kitab Shahih Al-Bukhari dan selainnya bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengkhabarkan sesungguhnya akan terjadi nanti dari kalangan umatnya yang menghalalkan zina, sutera, al-khamr, dan al-ma’aazif. Dan disebutkan bahawa mereka akan diubah menjadi monyet dan babi. Dan al-ma’aazif adalah alat-alat muzik sebagaimana disebutkan oleh ahlul lughah (pakar bahasa ‘Arab).” (Majmu’ Al-Fatawa, 11/576)
Beliau juga turut mengatakan bahawa:
و ” الْمَعَازِفُ ” هِيَ خَمْرُ النُّفُوسِ تَفْعَلُ بِالنُّفُوسِ أَعْظَمَ مِمَّا تَفْعَلُ حُمَيَّا الْكُؤُوسِ فَإِذَا سَكِرُوا بِالْأَصْوَاتِ حَلَّ فِيهِمْ الشِّرْكُ وَمَالُوا إلَى الْفَوَاحِشِ وَإِلَى الظُّلْمِ فَيُشْرِكُونَ وَيَقْتُلُونَ النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ وَيَزْنُونَ
“Alat-alat muzik adalah khamr (pengkhayal atau candu) yang memabukkan jiwa. Ia mempengaruhi (memabukkan) jiwa dengan lebih berkesan berbanding gelas-gelas minuman keras. Maka apabila mereka telah mabuk dengan suara-suara (muzik dan nyanyian), akan berlakulah dalam kalangan mereka itu kesyirikan serta terdorong pula untuk melakukan hal-hal yang keji yang membawa kepada kezaliman. Kemudian mereka akan melakukan syirik, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah, dan akan melakukan zina (zina mata, tangan, dan zina kemaluan – pent.).” (Majmu’ Al-Fatawa, 10/417)
Di halaman yang lain beliau menjelaskan:
ولهذا يوجد من اعتاده واغتذى به لا يحن على سماع القرآن، ولا يفرح به، ولا يجد في سماع الآيات كما يجد في سماع الأبيات، بل إذا سمعوا القرآن سمعوه بقلوب لاهية وألسن لاغية، وإذا سمعوا المكاء والتصدية خشعت الأصوات وسكنت الحركات وأصغت القلوب
“Oleh kerana itu, dapat kita lihat bahawa orang-orang yang biasa mendengarnya dan merasa kenyang dengannya, tidak tertarik untuk mendengar Al-Qur’an dan tidak gembira dengannya. Ia tidak merasa terkesan ketika mendengar ayat-ayat Al-Qur’an sebagaimana ia merasakan ketika mendengar rangkap-rangkap lagu. Malah apabila mereka mendengar Al-Qur’an, mereka mendengarnya dengan hati yang lalai (sambil lewa) dan lisan yang kosong (gurauan). Tetapi, apabila mereka mendengar tepukan dan tiupan muzik, maka bingitlah seluruh suara, berhentilah seluruh pergerakkan dan tunduklah seluruh jiwa.” (Majmu’ Al-Fatawa, 11/568)
28, Ulama Tafsir, Al-Hafiz Ibnu Kasir rahimahullah (Wafat: 774H).
Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) berkata ketika menafsirkan firman Allah dalam Surah Luqman:
اللَّهُ نزلَ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ كِتَابًا مُتَشَابِهًا مَثَانِيَ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ ذَلِكَ هُدَى اللَّهِ يَهْدِي بِهِ مَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ هَادٍ } [الزمر: 23]، عطف بذكر حال الأشقياء، الذين أعرضوا عن الانتفاع بسماع كلام الله، وأقبلوا على استماع المزامير والغناء بالألحان وآلات الطرب
“(Firman Allah) “Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan (iaitu) kitab yang sama keindahannya lagi diulang-ulang, dengan sebab itulah bergetarnya kulit orang-orang yang takut kepada Rabb-nya, lalu menjadi lembutlah kulit dan hati mereka untuk mengingati Allah.” (Surah Az-Zumar, 39: 23)
Dan Allah Ta’ala menghubungkannya dengan menyebutkan keadaan orang-orang yang celaka (tidak beruntung), iaitu orang-orang yang tidak mampu (tidak berusaha) mengambil manfaat dengan mendengar Al-Qur’an. Sebaliknya, mereka lebih suka (lebih terkesan) apabila mendengar seruling, nyanyi-nyanyian, dan alat-alat muzik.”
Kata beliau lagi:
ثم قال تعالى: { وَإِذَا تُتْلَى عَلَيْهِ آيَاتُنَا وَلَّى مُسْتَكْبِرًا كَأَنْ لَمْ يَسْمَعْهَا كَأَنَّ فِي أُذُنَيْهِ وَقْرًا } أي: هذا المقبل على اللهو واللعب والطرب، إذا تليت عليه الآيات القرآنية، ولى عنها وأعرض وأدبر وتَصَامّ وما به من صَمَم، كأنه ما يسمعها؛ لأنه يتأذى بسماعها، إذ لا انتفاع له بها، ولا أرَبَ له فيها، { فَبَشِّرْهُ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ } أي: يوم القيامة يؤلمه، كما تألم بسماع كتاب الله وآياته
“Kemudian Allah Ta’ala berfirman, “Dan apabila dibacakan ayat-ayat Kami, dia berpaling dan menyombongkan diri seolah-olah dia tidak mendengarnya seakan-akan ada penyumbat di telinga mereka.” (Surah Luqman, 31: 7)
Maksudnya: Seterusnya mereka ini mengikuti (yakni leka) dengan hiburan dan muzik, yang jika dibacakan ayat-ayat Al-Qur’an, mereka berpaling seakan-akan mereka pekak, tidak mendengarnya kerana mereka merasa janggal (tidak senang) sekiranya mendengar ayat-ayat Al-Qur’an tersebut dibacakan. (Firman Allah), “Maka, berilah khabar gembira dengan azab yang pedih.” (Surah Luqman, 31: 7)
Maksudnya, mereka akan diazab (disiksa) pada hari kiamat dengan sesuatu yang menyakitkan sebagaimana ia merasa sakit jika membaca Kitab Allah dan ayat-ayat-Nya.” (Tafsir Ibnu Katsir, 6/330)
Beliau juga berkata di tempat yang lain:
“Adapun menjadikan nyanyian muzik ini sebagai taqarrub (jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah) dan jalan untuk mendapatkan pahala maka ianya adalah bid’ah yang sangat buruk tidak pernah disebut oleh mana-mana Nabi dan tidak pernah diturunkan dalam mana-mana Kitab dari langit dan perbuatan ini menyamai dengan orang-orang yang dinyatakan Allah dalam firman-Nya:
وَذَرِ الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَعِبًا وَلَهْوًا
“dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan…” (Surah Al-An’aam, 6: 70)
Dan Allah Ta’ala juga berfirman:
وَمَا كَانَ صَلَاتُهُمْ عِنْدَ الْبَيْتِ إِلَّا مُكَاءً وَتَصْدِيَةً
“… dan tiadalah solat mereka di sisi Baitullah itu melainkan bersiul-siul dan bertepuk tangan…” (Surah Al-Anfal, 8: 35).” (lihat: Al-Kalaam ‘ala Mas’alati As-Simaa’, m/s. 470 – Daar Al-‘Aashimah, cet. 1, 1409H)
29, Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H).
Beliau berkata:
اعلم أن للغناء خواصَّ لها تأثير في صبغ القلب بالنفاق، ونباته فيه كنبات الزرع بالماء. فمن خواصه: أنه يُلهي القلب ويصده عن فهم القرآن وتدبره، والعمل بما فيه، فإن الغناء والقرآن لا يجتمعان في القلب أبداً لما بينهما من التضاد، فإن القرآن ينهى عن اتباع الهوى، ويأمر بالعفة، ومجانبة شهوات النفوس، وأسباب الغيّ، وينهى عن اتباع خطوات الشيطان، والغناء يأمر بضد ذلك كله، ويحسنه، ويهيِّج النفوس إلى شهوات الغيّ فيثير كامنها، ويزعج قاطنها، ويحركها إلى كل قبيح، ويسوقها إلى وصْل كل مليحة ومليح، فهو والخمر رضيعا لبانٍ، وفي تهييجهما على القبائح فرسا رهان
“Ketahuilah bahawasanya muzik mampu memberikan suatu kesan yang khusus dalam menyelubungi hati dengan kemunafikan. Tumbuhnya penyakit nifaq dalam hati seperti tumbuhnya tanaman yang disirami air. Di antara kesannya adalah muzik ini mampu melalaikan dan menghalang hati dari memahami Al-Qur’an serta menghalang dari mentadabbur (menghayati) dan mengamalkan kandungannya. Kerana nyanyian dan Al-Qur’an tidak akan bertemu dalam hati selama-lamanya. Keduanya saling tidak sehaluan lagi saling bertentangan. Sesungguhnya Al-Qur’an melarang mengikuti hawa nafsu, menyuruh supaya menjaga kesucian diri, menjauhi nafsu syahwat, menjauhi sebab-sebab kesesatan dan melarang dari mengikuti langkah-langkah syaitan. Manakala muzik pula mengajak kepada perkara yang bertentangan dengannya. Ia menghiasasinya sehingga nampak menawan. Muzik mendorong jiwa kepada syahwat kesesatan dan membangkitkan kesan-kesan negatif yang tersembunyi di dalamnya, mengusik dan menggerakkannya kepada keburukan. Mengajak kepada hubungan para pemuda dan pemudi. Muzik dan minuman keras ibarat dua bayi yang menyusu kepada ibu susu yang sama. Keduanya sama-sama mengajak kepada perbuatan-perbuatan yang keji.” (Ighatsatul Lahfan min Masho’idusy Syaithan, 1/249)
30, Al-Hafiz Ibnu Rejab Al-Habali rahimahullah (Wafat: 795H).
وأما استماع آلات الملاهي المطربة المتلقاة من وضع الأعاجم، فمحرم مجمع على تحريمه، ولا يعلم عن أحد منه الرخصة في شيء من ذَلِكَ، ومن نقل الرخصة فيه عن إمام يعتد به فقد كذب وافترى
“Dan adapun mendengar alat-alat muzik untuk bermain muzik yang diperbolehkan oleh orang-orang ‘aajam, maka hukumnya adalah haram dengan ijma’ (kesepakatan) para ulama atas keharamannya. Dan tidak diketahui seorang pun dari kalangan ulama yang memberikan rukhshah (kelonggaran) padanya. Sesiapa yang menukilkan bahawa ada seorang imam yang diperakui bahawa imam tersebut membolehkan alat-alat muzik, maka dia telah berdusta dan mengada-ada.” (Fathul Bari karya Ibnu Rejab, 6/83)
31, Ibnu Hajar Al-Haitsami rahimahullah (Wafat: 974H).
Syaikh Ahmad bin Hussein Al-Azhari menyebutkan:
Ibnu Hajar Al-Haitsami rahimahullah menukil ijma’ berkaitan haramnya alat-alat muzik, beliau berkata:
ومن حكى فيها خلافاً فقد غلط أو غلب عليه هواه حتى أصمَّه وأعماه
“Sesiapa yang menukil adanya perselisihan (khilaf) dalam persoalan ini, maka dia telah keliru atau telah dikuasai hawa nafsunya sehingga menjadikannya tuli dan buta.” (Kaffur Ri’aa, m/s. 124. lihat: An-Nuur Al-Kaasyf fii Bayaan Hukm Al-Ghinaa’ wa Al-Ma’aazif oleh Ahmad bin Hussein Al-Azhari, m/s. 18)
32, Tokoh Syafi’iyyah, Muhammad bin Ahmad Al-Khathib Asy-Syarbini rahimahullah (Wafat: 977H).
Beliau menegaskan:
(وَيَحْرُمُ) (اسْتِعْمَالُ) أَوْ اتِّخَاذُ (آلَةٍ مِنْ شِعَارِ الشَّرَبَةِ) جَمْعُ شَارِبٍ وَهُمْ الْقَوْمُ الْمُجْتَمِعُونَ عَلَى الشَّرَابِ الْحَرَامِ، وَاسْتِعْمَالُ الْآلَةِ هُوَ الضَّرْبُ بِهَا (كَطُنْبُورٍ) بِضَمِّ الطَّاءِ، وَيُقَالُ الطِّنْبَارُ (وَعُودٍ وَصَنْجٍ) وَهُوَ كَمَا قَالَ الْجَوْهَرِيُّ: صُفْرٌ يُضْرَبُ بَعْضُهَا عَلَى بَعْضٍ، وَتُسَمَّى الصَّفَّاقَتَيْنِ؛ لِأَنَّهُمَا مِنْ عَادَةِ الْمُخَنَّثِينَ (وَمِزْمَارٍ عِرَاقِيٍّ) بِكَسْرِ الْمِيمِ، وَهُوَ مَا يُضْرَبُ بِهِ مَعَ الْأَوْتَارِ (و) يَحْرُمُ (اسْتِمَاعُهَا) أَيْ الْآلَةِ الْمَذْكُورَةِ؛ لِأَنَّهُ يُطْرِبُ وَلِقَوْلِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ { لَيَكُونَنَّ مِنْ أُمَّتِي أَقْوَامٌ يَسْتَحِلُّونَ الْخَزَّ وَالْحَرِيرَ وَالْمَعَازِفَ }
“Dan adalah diharamkan memainkan atau mengambil (yakni menggunakan) alat-alat yang menjadi syi’ar (atau simbol) para pencandu khamr, iaitu mereka yang dari kalangan yang berkumpul atas meminum minuman-minuman haram. Dan memainkan alat-alat, memukul dengannya seperti thanbur, atau disebut thanbaar, dan juga ‘uud dan shanj, dan ia sebagamana dikatakan oleh Al-Jauhari: (iaitu) dua piring tembaga yang saling dilagakan sehingga menghasilkan bunyi, dan dinamakan juga sebagai ash-shaffaaqatayn, kerana keduanya merupakan tradisi orang-orang pondan. Termasuk juga mizmar ‘Iraqi dengan mengkasrah mim dan ia adalah apa-apa yang dipukul dengannya bersama juga al-autaar, dan adalah diharamkan mendengarnya, iaitu dari alat-alat yang disebutkan, kerana ia adalah termasuk alat-alat muzik sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “akan ada dari kalangan umatku yang akan menghalalkan al-khamr, sutera, dan al-ma’aazif…” (Mughni Al-Muhtaaj oleh Al-Khathib Asy-Syarbini, 19/345 – Maktabah Syamilah)
33, Syaikh Dr. Bakr bin ‘Abdillah Abu Zaid rahimahullah.
Beliau berkata:
والذي نقول هنا: إن الذكر، والدعاء بالغناء، والتلحين، والتطريب، وإنشاد الأشعار، والأت اللهو، والتصفيق، والتمايل، كل ذلك بدع شنيعة، وأعمال قبيحة، هي من أقبح أنواع الإبتداء في الذكر والدعاء، فواجب على كل فاعل لها، أو لشيء منها، الإقلاء عنه، وأن لا يجعل نفسه مطية لهواه وشيطانه، وواجب على من رأى شيئاًءَ من ذلك إنكاره، وواجب على من بسط الله يده علي المسلمين، منعه، وتأدبوهّ فاعله، وردعه، وتبصير لدينه
“Dan kami menegaskan di sini, “Bahawasanya zikir dan doa dengan cara nyanyian, dengan lirik berirama dan olahan suara, dilantunkan secara bersya’ir, dengan iringan alat-alat muzik, dengan tepukan tangan, dengan tamayyul (yakni dengan goyangan badan ke kanan dan kiri atau ke depan dan ke belakang); semua itu adalah bid’ah yang sangat buruk, dan merupakan perbuatan yang sangat menjijikkan. Lebih buruk dari sekadar melanggar batas-batas dalam berzikir dan berdoa. Siapa sahaja yang melakukan perkara tersebut atau sebahagian darinya maka dia wajib untuk segera melepaskan diri darinya, tidak menjadikan dirinya tunduk kepada hawa nafsu dan bisikan syaitan. Sesiapa sahaja yang melihat sebahagian dari perkara tersebut wajib mengingkarinya. Sesiapa sahaja di antara kaum muslimin yang memiliki kemampuan maka wajib mencegahnya, mencela pelakunya, memberi pencerahan kepadanya, dan menjelaskan kedudukan keadaan tersebut berdasarkan kaca mata agamanya.” (lihat: Tashhih Ad-Du’a oleh Bakr bin ‘Abdillah Abi Zaid, m/s. 78 – Daar Al-‘Aashimah. Al-Qaul Al-Mufid fii Hukm An-Nasyid Ma’a Fatawa lil ‘Ulama Al-‘Ashr oleh ‘Isham bin ‘Abdil Mun’im Al-Marri, m/s. 65)
Syubhat dan Bantahannya [Pertama]
Adapun berkenaan apa yang disebutkan oleh Dr. Yusuf Al-Qadhawi hadahullaah bahawa terdapat banyaknya riwayat yang tsabit yang menunjukkan para sahabat dan tabi’in mendengar muzik serta membenarkan untuk mendengarnya, maka sebenarnya perkara tersebut adalah sangat diragui dan sukar diterima sama sekali.
Malah, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi telah melakukan sesuatu yang aneh dan sangat meragukan. Kerana apabila hadis yang diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari rahimahullah di Shahih-nya yang telah jelas kesahihannya dan telah diterima pakai sebagai hujah oleh para imam, beliau malah boleh berani mencuba sedaya-upaya beliau melemahkan dan menafikan keabsahannya dengan pelbagai cara.
Tetapi, apabila beliau membawakan riwayat-riwayat yang disandarkan kepada para sahabat berkenaan nyanyian (yang menyokong kehendak beliau), beliau tidak pula melakukannya sebagaimana beliau telah lakukan ke atas hadis Al-Bukhari tadinya. Beliau hanya menukilkan begitu sahaja tanpa penjelasan yang ilmiyah akan darjatnya sama sekali. Dan keanehan ini telah diungkapkan oleh para ulama yang membantahnya.
Atas sebab itu, antaranya Syaikh Ahmad Al-Azhari tampil membantah tindakan Dr. Yusuf al-Qaradhawi tersebut dengan perkataannya:
إن من يرون إباحة الغناء مطلقاً من السابقين أمثال ابن حزمٍ أو من المعاصرين مثل الدكتور يوسف القرضاوي قد استدلوا بآثار موقوفة عن جمع من الصحابة (في زعمهم) أباحوا الغناء. وهذا تناقض غريب أن يبحث وينقب المحللون للغناء خلف البخاري ثم يطعنوا في حديثه ويروا اضطرابه سنداً ومتناً ولا نجد مثل هذا الجهد في تخريج الأثار التي استدلوا بها عن جمع من الصحابة أنهم أباحوا الغناء. والأحرى أن يفعلوا هذا مع من هو دون البخاري في العلم! وأناشد الدكتور يوسف القرضاوي أن يخرج إسناد تلك المرويات المذكورة في فتواه مع بيان صحتها. واذكر بما أخرجه مسلم عن عبد الله بن المبارك أنه قال: إن الإسناد من الدين، ولولا الإسناد لقال من شاء ما شاء
“Sesungguhnya orang-orang yang membolehkan muzik secara mutlak dari kalangan ulama terdahulu seperti Ibnu Hazm atau dari kalangan orang-orang masa kini seperti Dr. Al-Qaradhawi, mereka berdalil dengan beberapa atsar mauquf dari sebilangan sahabat (berdasarkan dakwaan mereka) bagi membolehkan muzik. Ini merupakan hasil sikap kontroversi yang sangat aneh. Orang-orang yang menghalalkan nyanyi-nyanyian tersebut mencari-cari jalan untuk menyelisihi hadis Al-Bukhari, kemudian mereka berusaha menghukumi sanad dan matannya sebagai mudhthorib, tetapi mereka tidak pula melakukan perkara yang sama ketika mentakhrij (yakni ketika mengeluarkan dan menilai status kesahihan periwayatan) atsar-atsar yang mereka jadikan dalil dari sebilangan sahabat bahawa mereka membenarkan muzik. Sepatutnya mereka lakukan perkara yang sama terhadap para perawi yang kapasiti ilmunya di bawah Al-Bukhari. Aku meminta supaya Dr. Yusuf Al-Qaradhawi mentakhrij sekurang-kurangnya satu sanad sahaja dari riwayat-riwayat tersebut dalam fatwanya dengan disertakan penjelasan kesahihannya! Aku memberi peringatan kepada beliau dengan riwayat yang dikeluarkan oleh Al-Imam Muslim dari ‘Abdullah Ibn Al-Mubarak bahawa beliau menyatakan, “Sanad itu termasuk sebahagian dari agama, sekiranya tiada sanad, nescaya setiap orang bebas untuk berkata apa sahaja.” (An-Nuur Al-Kaasyf fii Bayaan Hukm Al-Ghinaa’ wa Al-Ma’aazif oleh Ahmad bin Hussein Al-Azhari, m/s. 14-15, m/s. 34)
Syaikh Dr. Soleh bin Fauzan Al-Fauzan hafizahullah ketika membuat semakkan ke atas kitab Al-Qaradhawi yang berjudul Al-Halal wa Al-Haram, Syaikh Al-Fauzan pun mengatakan:
هذا دعوى منه ونحن نطالبه بإبراز الأسانيد الصحيحة إلى هؤلاء الصحابة والتابعين بإثبات ما نسبه إليهم
“Ini adalah dakwaan dari Al-Qaradhawi dan kami meminta beliau supaya menyebutkan sanad-sanad yang sahih sampai kepada para sahabat dan tabi’in tersebut, dengan menetapkan kesahihan terhadap apa yang beliau sandarkan kepada mereka.” (lihat: Al-I’lam bi Naqdi Kitab Al-Halal wal Haram oleh Dr. Soleh bin ‘Abdillah bin Fauzan Al-Fauzan, m/s. 60: Edisi e-Book)
Selain itu, mereka dari kalangan yang berusaha keras menghalalkan nyanyian dan muzik mengambil pula perkataan Al-Imam Asy-Syaukani dalam Nail Al-Authar sebagai dalil. Perkara ini perlu dinilai semula berkenaan keabsahan sandaran yang digunakan oleh Al-Imam Asy-Syaukani tersebut sendiri.
Perkataan Imam Asy-Syaukani rahimahullah yang dimaksudkan adalah sebagaimana berikut:
وذهب أهل المدينة ومن وافقهم من علماء الظاهر وجماعة من الصوفية إلى الترخيص في السماع ولو مع العود واليراع وقد حكى الأستاذ أبو منصور البغدادي الشافعي في مؤلفه في السماع أن عبد اللّه بن جعفر كان لا يرى بالغناء بأسًا ويصوغ الألحان لجواريه ويسمعها منهن على أوتاره وكان ذلك في زمن أمير المؤمنين علي رضي اللّه عنه. وحكى الأستاذ المذكور مثل ذلك أيضًا عن القاضي شريح وسعيد بن المسيب وعطاء بن أبي رباح والزهري والشعبي.
وقال إمام الحرمين في النهاية وابن أبي الدم نقل الأثبات من المؤرخين أن عبد اللّه بن الزبير كان له جوار عوادات وأن ابن عمر دخل عليه وإلى جنبه عود فقال ما هذا يا صاحب رسول اللّه فناوله إياه فتأمله ابن عمر فقال هذا ميزان، قال ابن الزبير: يوزن به العقول.
وروى الحافظ أبو محمد ابن حزم في رسالته في السماع سنده إلى ابن سيرين قال: إن رجلا قدم المدينة بجوار فنزل على عبد اللّه بن عمر وفيهن جارية تضرب فجاء رجل فساومه فلم يهو منهن شيئًا قال انطلق إلى رجل هو أمثل لك بيعًا من هذا قال من هو قال عبد اللّه بن جعفر فعرضهن عليه فأمر جارية منهن فقال لها خذي العود فأخذته فغنت فبايعه ثم جاء إلى ابن عمر إلى آخر القصة.
وروى صاحب العقد العلامة الأديب أبو عمر الأندلسي أن عبد اللّه بن عمر دخل على أبي جعفر فوجد عنده جارية في حجرها عود ثم قال لابن عمر هل ترى بذلك بأسًا قال لا بأس بهذا وحكى الماوردي عن معاوية وعمرو بن العاص أنهما سمعا العود عند ابن جعفر.
“Penduduk Madinah dan golongan yang sependapat dengan mereka dari kalangan ulama Zhahiriyyah (mazhab literal) dan kelompok Sufi berpendapat adanya keringanan dalam persoalan simaa’ (nyanyian) walaupun dengan diiringi ‘uud (alat muzik bertali) dan yara’. Dan Al-Ustaz Abu Manshur Al-Baghdadi Asy-Syafi’i dalam bukunya tentang persoalan simaa’ meriwayatkan bahawa ‘Abdullah bin Ja’far berpendapat tidak mengapa dengan nyanyian dan beliau membenarkan para jaariyahnya (yakni hamba perempuan dari kalangan kanak-kanak yang belum baligh/mukallaf) untuk memainkan muzik manakala beliau sendiri mendengar apa yang dinyanyikan oleh mereka dengan alat muzik yang dimainkannya. Ini terjadi pada zaman Amirul Mukminin ‘Ali (yakni ‘Ali bin Abi Thalib). Abu Manshuur juga meriwayatkan perkara yang serupa dari Al-Qadhi Syuraih, Sa’id bin Al-Musayib, ‘Atha’ bin Abi Rabah, Az-Zuhri, dan Asy-Sya’bi.
Telah berkata Al-Imam Al-Haramain dalam An-Nihayah dan Ibnu Abi Ad-Damm yang menukil adanya penetapan tersebut dari kalangan muarrikhin (ahli sejarah) bahawasanya ‘Abdullah bin Az-Zubair memiliki hamba yang memainkan ‘uud. Dan bahawasannya Ibnu ‘Umar masuk menemuinya di mana di sisinya terdapat ‘uud, lalu Ibnu ‘Umar berkata, “Apa ini wahai sahabat Rasulullah?” Lalu Ibnu Az-Zubair mengambil untuknya. Lalu Ibnu ‘Umar merenungkannya dan berkata, “Ini adalah mizan (timbangan) orang Syam”. Ibnu Az-Zubair berkata, “Yang akan menimbang akal.”
Dan diriwayatkan oleh Al-Hafiz Abu Muhammad bin Hazm dalam risalahnya tentang persoalan nyanyian dengan sanad sampai kepada Ibnu Sirin, beliau berkata:
“Sesungguhnya ada seorang lelaki yang datang ke Madinah bersama para jaariyahnya, lalu orang tersebut menemui ‘Abdullah bin ‘Umar. Di antara jaariyah tersebut ada yang berkemahiran memukul (alat muzik). Datanglah seorang lelaki, lalu si pemilik hamba menawarkan hamba-hamba perempuan tersebut kepadanya (untuk dijual), namun lelaki tersebut tidak berkenan dengan mereka. Tetapi kemudian dia berkata, “Pergilah engkau kepada seseorang yang sama berurus-niaga seperti kamu.” Ia berkata, “Siapakah dia?” Orang itu menjawab, “‘Abdullah bin Ja’far.” Lalu lelaki pemilik hamba tersebut pun pergi menawarkannya kepada ‘Abdullah bin Ja’far. Lalu ‘Abdullah memerintahkan salah seorang hamba tersebut dan berkata, “Ambillah ‘uud”. Jaariyah tersebut pun mengambilnya lalu bernyanyi. Maka ‘Abdullah bin Ja’far membelinya. Kemudian beliau mendatangi Ibnu ‘Umar… hingga akhir kisah…
Dan diriwayatkan pula oleh penulis kitab Al-‘Aqd Al-‘Allamah Al-Adib Abu ‘Umar Al-Andalusi, bahawasannya ‘Abdullah bin ‘Umar pernah masuk menemui ‘Abdullah bin Ja’far. Lalu beliau mendapatinya jaariyahnya di kamar bersama-sama dengan ‘uud. ‘Abdullah bin Ja’far berkata kepada Ibnu ‘Umar, “Adakah engkau menganggap perkara tersebut tidak mengapa?” Beliau pun menjawab, “Tidak mengapa.” Al-Mawardi meriwayatkan dari Mu’awiyyah dan ‘Amru bin Al-‘Ash bahawasannya mereka berdua mendengar ‘uid di sisi Ibnu Ja’far…” (lihat: Nail Al-Authar, 9/100-101 – Maktabah Ad-Da’wah Al-Islamiyyah)
Kemudian Al-Imam Asy-Syaukani pun menyebutkan pula nama-nama yang berkaitan yang membolehkan muzik dan nyanyian dengan menukil perkataan Ibnu An-Nahwi. Ini adalah sebagaimana berikut:
قال ابن النحوي في « العمدة »: وقد روى الغناء وسماعه عن جماعة من الصحابة والتابعين، فمن الصحابة عمر كما رواه ابن عبد البر وغير وعثمان كما نقله الماوردى وصاحب البيان والرافعى وعبد الرحمن بن عوف كما رواه ابن أبى شيبة وأبو عبيدة بن الجراح كما أخرجه البيهقى وسعد بن أبى وقاص كما أخرجه ابن قتيبة وأبو مسعود الأنصاري كما أخرجه البيهقى وبلال وعبد الله بن الأرقم وأسامة بن زيد كما أخرجه البيهقى أيضا وحمزة كما في الصحيح وابن عمر كما أخرجه ابن طاهر والبراء بن مالك كما أخرجه أبو نعيم وعبد الله بن جعفر كما رواه ابن عبد البر وعبد الله بن الزبير كما نقل أبو طالب المكى وحسان كما رواه أبو الفرج الأصبهانى وعبد الله بن عمرو كما رواه الزبير بين بكار وقرظة بن كعب كما رواه ابن قتيبة وخوات بن جبير ورباح المعترف كما أخرجه صاحب الأغاني والمغيرة بن شعبة كما حكاه أبو طالب المكى وعمرو بن العاص كما حكاه الماوردى وعائشة والربيع كما في صحيح البخاري وغيره.
وأما التابعون فسعيد بن المسيب، وسالم بن عبد الله بن عمر، وابن حسان، وخارجة بن زيد، وشريح القاضى، وسعيد بن جبير، وعامر الشعبي، وعبد الله ابن أبى عتيق، وعطاء بن أبى رباح، ومحمد بن شهاب الزهري، وعمر بن عبد العزيز، وسعد بن إبراهيم الزهري.
وأما تابعوهم، فخلق لا يحصون، منهم: الأئمة الأربعة، وابن عيينة، وجمهور الشافعية
“Telah berkata Ibnu An-Nahwi dalam Al-‘Umdah, “Dan telah diriwayatkan tentang diharuskan (dibolehkan) nyanyian dan mendengarnya dari sekelompok sahabat dan tabi’in. Dari kalangan sahabat:
‘Umar sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abdil Barr dan selainnya, ‘Utsman sebagaimana dinukil oleh Al-Mawardi dan penulis kitab Al-Bayan dan Ar-Rafi’i. ‘Abdurrahman bin ‘Auf sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah. Abu ‘Ubaidah bin Al-Jarrah sebagaimana diriwayatkan oleh Al-Baihaqi. Sa’ad bin Abi Waqqash sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Qutaibah. Abu Mas’ud Al-Anshari sebagaimana diriwayatkan oleh Al-Baihaqi. Bilal, ‘Abdullah bin Arqam, dan Usamah bin Zaid sebagaimana diriwayatkan juga oleh Al-Baihaqi. Hamzah sebagaimana dalam kitab Ash-Shahih. Ibnu ‘Umar sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Thahir. Al-Barra’ bin Malik sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Nu’aim, ‘Abdullah bin Ja’far sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abdil Barr. ‘Abdullah bin Az-Zubair sebagaimana dinukil oleh Abu Thalib Al-Makki. Hassan sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Al-Farj Al-Ashbahani, ‘Abdullah bin ‘Amru sebagaimana diriwayatkan oleh Az-Zubair bin Bakkar, Qaradhah bin Ka’b sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Qutaibah. Khawat bin Jubair dan Rabbah bin Al-Mu’tarif sebagaimana diriwayatkan oleh penulis kitab Al-Aghani. Al-Mughirah bin Syu’bah sebagaimana dihikayatkan oleh Abu Thalib Al-Makki. ‘Amru bin Al-‘Ash sebagaimana dihikayatkan oleh Al-Mawardi. ‘Aisyah dan Ar-Rabi’ sebagaimana terdapat dalam Shahih Al-Bukhari dan selainnya.
Dari kalangan tabi’in:
Sa’id bin Al-Musayib, Salim bin ‘Abdillah bin ‘Umar, Ibnu Hassan, Kharijah bin Zaid, Syuraih Al-Qadhi, Sa’id bin Jubair, ‘Amir Asy-Sya’bi, ‘Abdullah bin Abi ‘Atiq, ‘Atha’ bin Abi Rabbah, Muhammad bin Syihab Az-Zuhri, ‘Umar bin ‘Abdil ‘Aziz, dan Sa’d bin Ibrahim Az-Zuhri.
Adapun dari kalangan yang mengikuti mereka tidak terhitung jumlahnya, di antaranya adalah imam yang empat, Ibnu ‘Uyainah, dan jumhur Syafi’iyyah.” (lihat: Nail Al-Authar, 8/101-102. Maktabah ad-Da’wah al-Islamiyyah)
Sebenarnya apa yang diutarakan oleh Imam Asy-Syaukani ini dapat dijawab dari beberapa sudut. Pertamanya dari aspek kesahihan sandaran dan riwayat yang masih tidak dapat dipastikan, sekaligus menimbulkan keraguan. Keduanya, sebahagian dari apa yang disebutkan oleh beliau tersebut ternyata jelas bertentangan dengan riwayat-riwayat yang telah dijelaskan kesahihannya. Ini adalah sebagaimana yang telah penulis kemukakan sebelumnya.
Ini dapat dilihat contohnya berkenaan sandaran beliau kepada para sahabat seperti ‘Utsman, Ibnu ‘Umar, dan ‘Aisyah. Kemudian kepada para tabi’in seperti Sa’id bin Al-Musayyib, Syuraih Al-Qadhi, Sa’id bin Jubair, ‘Atha’ bin Rabbah, dan ‘Umar bin ‘Abdil ‘Aziz serta selainnya.
Seterusnya penisbahan dan penyandaran beliau kepada imam yang empat dan jumhur ulama Syafi’iyyah. Ini begitu jelas sekali bertentangan dengan hakikat sebenar yang dapat kita lihat dari apa yang telah dibentangkan di atas.
Dari itu, berhujah dengan apa yang disebutkan oleh Al-Imam Asy-Syaukani ini sama sekali amat sukar untuk diterima dan sangat-sangat diragukan keabsahannya untuk masa ini.
Ini adalah sebagaimana yang ditegaskan oleh Syaikh Al-Albani rahimahullah dalam bantahannya ke atas golongan yang bersusah-payah menghalalkan muzik. Beliau berkata:
ثم نقل عن بعضهم أنه حكى أقوالا عن بعض السلف بالإباحة وتوسع في ذلك توسعا لا فائدة منه لأنها أقوال غالبها معلقة لا سنام لها ولا خطام وبعضها قد صح عن بعضهم خلافه وبعضها مشكوك في لفظه كما يأتي تحقيقه
“Beliau (Asy-Syaukani) menukil dari sebahagian pihak bahawa dia membentangkan pelbagai pendapat ulama salaf (generasi awal) yang membolehkan nyanyian dan muzik. Beliau berbicara panjang lebar dalam persoalan yang tiada faedahnya. Kerana pendapat-pendapat tersebut kebanyakannya tidak memiliki sandaran, besar ataupun kecil. Bahkan sebahagian riwayat tersebut bertentangan pula dengan pendapat yang benar (sahih) daripada mereka sendiri, dan sebahagian di antaranya diragui bentuk lafaznya sebagaimana nanti akan dijelaskan hasil penelitiannya.” (Tahrim Alat Ath-Tharb, m/s. 98)
Kemudian, kalau pun benar sandaran tersebut, hal tersebut tetap tidak boleh dijadikan hujah kerana bertentangan dengan dalil-dalil hadis yang sahih dan sharih. Dan Syaikh Al-Albani rahimahullah membantah syubhat ini dengan baik sekali, dan para pembaca boleh merujuk ke kitab beliau yang berjudul Tahrim Alat Ath-Tharb.
Syubhat dan Jawaban [Kedua]
Disebutkan dalam Al-Muhalla oleh Ibnu Hazm dan Nail Al-Authar oleh Asy-Syaukani:
Ketika ada seorang lelaki datang ke Madinah dengan membawa beberapa orang hamba wanita, beliau singgah di rumah ‘Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma. Di antara para hamba tersebut terdapat seorang jaariyah yang pandai memukul duff (kompang).
Datanglah seseorang untuk membelinya, tetapi dia tidak berminat kepada mana-mana pun dari jaariyah tersebut. Sehinggalah kemudian lelaki tersebut pun pergi bertemu dengan ‘Abdullah bin Ja’far, lalu menawarkannya kepada ‘Abdullah bin Ja’far. ‘Abdullah bin Ja’far pun menyuruh hamba wanita tersebut, “Ambillah duff (kompang).” (manakala menurut satu riwayat lain, “ambillah gitar[2]”). Maka hamba wanita tersebut pun mengambilnya dan memainkannya sambil menyanyi. Sehinggalah ‘Abdullah bin ‘Umar pun berkata:
سْبُك سَائِرَ الْيَوْمِ مِنْ مَزْمُورِ الشَّيْطَانِ
“Cukuplah sudah seharian kamu bermain dengan seruling syaitan.” Maka ‘Abdullah bin Ja’far pun membelinya. (Al-Muhalla oleh Ibn Hazm, 9/63. Ibnu Hazm mensahihkannya dan dipersetujui oleh Al-Albani)
Dapat diperhatikan bahawa perkataan Ibnu ‘Umar menunjukkan bahawa nyanyian adalah seruling syaitan. Cuma mungkin ‘Abdullah bin Ja’far tetap membelinya walaupun jaariyah tersebut adalah seorang yang pandai menyanyi dengan menggunakan duff (kompang) tanpa ditegah oleh Ibnu ‘Umar adalah kerana nyanyian seorang jaariyah dengan menggunakan duff tidak menjadi kesalahan apabila dimainkan ketika majlis walimah (majlis pernikahan) dan hari raya (‘Ied). Namun, pada waktu selainnya, ia adalah termasuk seruling syaitan sebagaimana disebutkan sendiri oleh Ibnu ‘Umar dalam hadis tersebut.
Maka, tidak sepatutnya timbul alasan bahawa ‘Abdullah bin Ja’far membeli hamba wanita tersebut kerana dia pandai menyanyi lalu menjadikan riwayat ini sebagai dalil halalnya nyanyian dan alat muzik. Kerana hal ini perlu difahami dengan fiqh yang cermat dan teliti. Lebih-lebih lagi dalil-dalil pengharaman nyanyian dan muzik telah dijelaskan dengan bersumberkan Al-Qur’an dan As-Sunnah serta atsar para salaf.
Terakhir, ada sebuah kitab yang lain yang telah membantah hujah tokoh-tokoh yang menghalalkan muzik seperti Al-Qaradhawi yang di susun oleh Dr. ‘Abdullah Ramadhan bin Musa dengan judul Ar-Raddu ‘ala Al-Qaradhawi wal Juday’ fii Mas’alati Al-Ghinaa’ wa Al-Musiiq Radd Mutadhammin Qowa’id fii Ushul Al-Fiqh wa Al-Hadiits wa Al-Lughah (Bantahan atas Al-Qaradhawi dan Al-Juday’ dalam Permasalahan Nyanyian dan Muzik, Radd mencakupi pada Kaedah-kaedah dalam Ushul Fiqh, Hadis, dan Bahasa). Wallahu a’lam.
Bersambung di tulisan berikutnya dengan judul Bolehkah Berdakwah Dengan Muzik?
[1] Imam Adz-Dzahabi rahimahullah berkata:
قال ابن معين: كنا نأتي يوسف بن الماجشون يحدثنا، وجواريه في بيت آخر يضربن بالمعزفة. قلت: أهل المدينة يترخصون في الغناء، هم معروفون بالتسمح فيه.
“Ibnu Ma’in berkata, ‘Kami pernah mendatangi Yusuf bin Al-Majisyun lalu beliau meriwayatkan hadis kepada kami. Hamba perempuan (yang kanak-kanak) di rumahnya yang lain pada ketika itu sedang memukul alat muzik.” Aku (Adz-Dzahabi) katakan, “Penduduk Madinah memberikan rukhshah (kelonggaran) dalam soal nyanyian. Dan mereka memang dikenali sebagai orang-orang yang longgar dalam persoalan ini.” (lihat: Siyar A’lam an-Nubala’, 8/372. Tahdzib At-Tahdzib, 11/430)
Al-Khalili berkata, “Beliau (Yusuf bin Al-Majisyun) dan saudara-saudara lelakinya memberikan rukhshah (kelonggaran) dalam persoalan simaa’.” (Tahdzibut Tahdzib, 11/430)
Yusuf bin Al-Majisyun, nama lengkapnya adalah Yusuf bin Ya’qub bin Abi Salamah Al-Majisyun, Abu Salamah Al-Madani – seorang yang tsiqah (Wafat: 185H), merupakan perawi Al-Bukhari dan Muslim dalam Shahih-nya. (Lihat biografi beliau dalam Tahdzib Al-Kamal, 32/479-482, no. 7166. Siyar A’lam an-Nubala’, 8/371-373)
Ibnu Ma’in berkata ketika mengulas tentang Ibn Al-Majisyun, “Tsiqah.” Dalam riwayat yang lain, “Soleh.” Dalam riwayat yang lain, “Tidak mengapa dengannya.”
Dari sini kita dapat lihat bahawa Ibnu Ma’in tidak menggugurkan kriteria al-‘adalah (sifat kredibel selaku perawi hadis) terhadap Ibn Al-Majisyun dalam periwayatan hadis walaupun beliau membolehkan mendengar nyanyian dan alat-alat muzik. Wallahu a’lam.
Walau bagaimanapun keadaannya, perbezaan seperti ini perlu dikembalikan kepada dalil-dalil Al-Qur’an dan As-Sunnah. Dan ianya adalah sebagaimana yang telah penulis jelaskan. Diperkuatkan pula dengan penegasan para ulama yang lainnya yang lebih dipercayai bermula dari kalangan para sahabat dan seterusnya.
Dan perlu diperhatikan baik-baik, yang memainkan tersebut adalah dari kalangan para hamba perempuan kanak-kanak, dan hal ini ada disebutkan dalam hadis yang menjelaskan rukhshah bolehnya memainkan alat muzik berupa duff ketika hari raya dan majlis walimah. Dan hal ini telah penulis jelaskan pada tulisan terdahulu. Jadi, ada kemungkinan apa yang dilakukan di sisi Yusuf Al-Majisyun tersebut adalah pada hari raya. Wallahu a’lam.
[2] Syaikh Al-Albani rahimahullah merajihkan, ia adalah duff (kompang) dan bukannya al-‘uud (gitar) sebagaimana dalam kitabnya, Tahrim Alat Ath-Tharb.