Larangan Menjual Di Atas Jualan Saudaranya

Larangan Menjual Di Atas Jualan Saudaranya

www.ilmusunnah.comjual_beli

Dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

وَلَا يَبِعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَيْعِ بَعْضٍ

“Janganlah sebahagian kalian menjual di atas jualan sebahagian yang lain.” (Shahih Muslim, no. 2564)

Penjelasan Syaikh Ibn ‘Utsaimin rahimahullah:

وهل هذا يشمل ما كان بعد زمن الخيار، وما كان في زمن الخيار، أو خاص فيما إذا كان ذلك في زمن الخيار؟

الجواب:في هذا للعلماء قولان:

“Adakah larangan ini mencakup ketika waktu setelah khiyar dan pada waktu khiyar (yakni tempoh memilih dan membuat pertimbangan – pent.)? Atau khusus bagi ketika waktu khiyar sahaja? Al-Jawab, dalam hal ini terdapat dua pandangan ulama.”

القول الأول:إن تحريم البيع على بيع أخيه إذا كان هناك خيار، لأنه إذا كان هناك خيار تمكن من فسخ البيع، وأما إذا لم يكن خيار فلا حرج.

Pendapat pertama mengatakan: Pengharaman (larangan) menjual di atas jualan orang lain ini berlaku apabila masih  dalam tempoh khiyar. Sebabnya, apabila ketika tempoh khiyar, dia (pembeli) boleh bertindak untuk membatalkannya. Adapun jika bukan dalam tempoh khiyar, maka tidak mengapa.”

وأضرب لهذا مثلاً: زيد باع سلعة على عمرو بمائة ريال، وجاء بكر وقال لعمرو:أنا أعطيك مثلها بتسعين ريالاً، فهل هذا حرام،سواء كان في زمن الخيار أو بعد زمن الخيار، أو خاص بزمن الخيار؟

“Ambillah ini sebagai misal: Si Zayd menjual barang kepada ‘Amr dengan harga 100 riyal, lalu datang Bakr seraya berkata kepada ‘Amr, “Aku boleh memberi engkau barang yang semisal dengan harga 90 riyal (yakni lebih murah).”

Adakah perbuatan seperti ini diharamkan pada waktu khiyar atau setelahnya, ataupun adakah ianya bersifat khusus ketika dalam tempoh khiyar sahaja?”

ننظر:إذا كان البائع قد أعطى المشتري مهلة ثلاثة أيام خيار، وبكر جاء إلى عمرو في هذه المدة،وقال:أنا أعطيك مثلها بتسعين، هنا يتمكن عمرو من فسخ البيع لأنه يوجد خيار.

“Kita perhatikan: Apabila si penjual telah memberikan kepada si pembeli waktu tiga hari sebagai tempoh khiyar (untuk membuat pertimbangan), dan dalam tempoh tersebut Bakr pun datang kepada ‘Amr lalu berkata:

“Aku boleh memberi engkau barang yang semisal dengan harga 90 riyal (yakni lebih murah).”

Di sini mewujudkan berkebarangkalian agar ‘Amr mengubah pendirian membatalkan pembeliannya kerana masih dalam tempoh khiyar.”

أما إذا لم يكن خيار بأن باع زيد على عمرو هذه السلعة بمائة ريال وتقابضا،ولا خيار بينهما،ثم جاء بكر بعد ذلك،وقال لعمرو: أنا أعطيك مثلها بتسعين ريالاً ،فهل هذا حرام أو ليس بحرام؟

“Adapun jika tidak dalam tempoh khiyar, yang mana Zayd menjual barang kepada ‘Amr dengan harga 100 riyal lalu langsung si ‘Amr bersetuju (membelinya), dan tidak ada sela waktu khiyar antara mereka. Lalu datang pula Bakr setelah situasi tersebut dan beliau berkata kepada ‘Amr:

“Aku boleh memberi engkau barang yang semisal dengan harga 90 riyal (yakni lebih murah).”

Adakah tindakan ini haram atau tidak haram?”

اختلف في هذا العلماء رحمهم الله فمنهم من قال: إن هذا حرام لعموم قوله: “وَلا يَبِع بَعضُكُم عَلَى بَيعِ بَعضٍ” ، ومنهم من قال:إنه ليس بحرام،لأنه لا خيار للمشتري، فلو أراد أن يفسخ البيع ويعقد مع بكر لم يحصل له ذلك.

“Telah berselisih para ulama rahimahumullah dalam perkara ini. Sebahagian dari mereka berkata:

“Perbuatan ini diharamkan berdasarkan keumuman sabda Nabi, “Janganlah sebahagian kalian menjual di atas jualan sebahagian yang lain.”.”

Sebahagian ulama yang lainnya berkata:

“Perbuatan tersebut tidak diharamkan kerana tidak ada lagi tempoh khiyar bagi si pembeli. Dan pembeli juga sudah tidak boleh membatalkan pembeliannya untuk membuat transaksi yang lain bersama Bakr.”jual_beli_online

والصحيح أنه عام لما كان بعد زمن الخيار أو قبله،لأنه إذا كان قبل زمن الخيار فالأمر واضح بأن يفسخ البيع ويشتري من الثاني، لكن بعد زمن الخيار أيضاً لا يجوز لأنه يترتب عليه مفاسد:

أولاً: أن المشتري يكون في قلبه حقد على البائع، ويقول: هذا الرجل غلبني وخدعني.

ثانياً:أن المشتري يندم ويقول: كيف أشتري هذا بمائة وهو بتسعين،وإدخال الندم على المسلم محرم.

Dan yang sahih yakni yang benar (dari dua pendapat tersebut), bahawa hadis ini bersifat umum, mencakup setelah berakhirnya masa khiyar mahupun sebelumnya (ketika masih dalam tempoh khiyar). Apabila sebelum masa khiyar berakhir, permasalahan tersebut adalah jelas kerana boleh menyebabkan seorang pembeli membatalkan pembeliannya kepada penjual pertama lalu membeli kepada penjual kedua. Demikian pula setelah tempoh khiyar tamat, tetap tidak dibenarkan kerana perbuatan menjual atas jualan saudaranya boleh menimbulkan banyak keburukan. Di antaranya:

Pertamanya: Akan menimbulkan perasaan benci di dalam hatinya terhadap penjual pertama, lalu berkata:

“Orang ini telah menipu aku.”

Kedua: Akan membuatkan si pembeli rasa kecewa (atau menyesal). Lalu berkata:

“Bagaimana aku boleh membeli barang dengan harga 100 riyal sedangkan harganya hanya 90 riyal?”

Dan menyebabkan seorang muslim kecewa adalah dilarang.”

ثالثاً: أنه ربما يسعى المشتري إلى إحداث عيب في السلعة، أو إلى دعوى اختلال شرط من الشروط من أجل أن يفسخ البيع.

“Ketiga: Ini akan menimbulkan kebarangkalian mendorong si pembeli untuk mencari-cari atau mengada-adakan ‘aib (kecacatan) pada barang yang telah dibeli, atau membuat dakwaan adanya syarat dari syarat-syarat jual beli yang tidak jelas agar si pembeli boleh membatalkan pembeliannya.”

فلذلك كان القول الراجح في هذه المسألة:إن بيع المسلم على المسلم حرام، سواء كان في زمن الخيار أو بعد زمن الخيار .

“Maka dari yang demikian, pendapat yang rajih dalam permasalahan ini adalah, jualan seorang muslim di atas jualan seorang muslim yang lainnya adalah haram, sama ada pada tempoh khiyar, mahupun setelah berakhirnya masa khiyar tersebut.”mudahkan urusan jual beli

وهل يقال:إن شراء الإنسان على شراء أخيه كبيعه على بيع أخيه؟

“Adakah boleh dikatakan: (Turut dilarang) pembelian seseorang di atas pembelian saudaranya sebagaimana (larangan) jualan atas jualan saudaranya?”

فالجواب:نعم، إذ إن المعنى واحد، ومثال الشراء على شراء أخيه، أن يبيع زيد على عمرو سلعة بمائة، فيذهب بكر إلى زيد- البائع – ويقول:أنا أشتريها منك بمائة وعشرين، فهذا حرام لما فيه من العدوان، وإحداث العداوة والبغضاء والنزاع بين الناس.

“Al-Jawab: Ya, (sama). Kerana maknanya sama. Misal membeli atas belian saudaranya adalah, si Zayd menjual barang kepada si ‘Amr dengan harga 100, lalu datang si Bakr kepada Zayd seraya berkata, “Aku bersedia membelinya dari engkau dengan harga 120.”

Maka perbuatan yang seperti ini diharamkan kerana padanya mengandungi sebab permusuhan dan melahirkan kebencian sesama manusia.”

وسبق لنا: هل هذا خاص في زمن الخيار أو هو عام؟ وبينَّا أن القول الراجح إنه عام.

“Dan telah berlalu pada kita adakah ini bersifat khusus pada masa khiyar atau bersifat umum? Dan telah kami jelaskan bahawa pendapat yang rajih adalah ianya umum (baik ketika khiyar atau setelahnya).”

Sumber: Syarh Al-Arba’iin An-Nawawiyyah, no. 35 oleh Syaikh Ibn ‘Utsaimin.