Langit dan Bumi Dahulunya Adalah Satu

Langit dan Bumi Dahulunya Adalah Satu

Al-Hafiz Ibn Katsir rahimahullah (Wafat: 774H)
www.ilmusunnah.com

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:bumi-town-moon

أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَاهُمَا وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاءِ كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ أَفَلَا يُؤْمِنُونَ (30) وَجَعَلْنَا فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ بِهِمْ وَجَعَلْنَا فِيهَا فِجَاجًا سُبُلًا لَعَلَّهُمْ يَهْتَدُونَ (31) وَجَعَلْنَا السَّمَاءَ سَقْفًا مَحْفُوظًا وَهُمْ عَنْ آيَاتِهَا مُعْرِضُونَ (32) وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ

“Dan adakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui langit dan bumi dahulu kedua-duanya adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka adakah mereka tidak juga beriman? Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu (tidak) bergoncang bersama mereka, dan telah Kami jadikan (pula) di bumi itu jalan-jalan yang luas, agar mereka mendapat petunjuk. Dan Kami menjadikan langit itu sebagai atap yang terpelihara, sementara mereka berpaling dari segala tanda-tanda (kekuasaan Allah) yang terdapat padanya. Dan Dia-lah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar pada garis edarnya.” (Surah Al-‘Anbiyaa’, 21: 30-33)

Al-Hafiz Ibn Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) menjelaskan:

يقول تعالى منبهًا على قدرته التامة، وسلطانه العظيم في خلقه الأشياء، وقهره لجميع المخلوقات، فقال: { أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا } أي: الجاحدون لإلهيته العابدون (2) معه غيره، ألم يعلموا أن الله هو المستقل بالخلق، المستبد بالتدبير، فكيف يليق أن يعبد غيره أو يشرك به ما سواه، ألم (1) يروا { أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ كَانَتَا رَتْقًا } أي: كان الجميع متصلا بعضه ببعض متلاصق متراكم، بعضه فوق بعض في ابتداء الأمر، ففتق هذه من هذه. فجعل السموات سبعًا، والأرض (2) سبعًا، وفصل بين سماء الدنيا والأرض بالهواء، فأمطرت السماء وأنبتت الأرض؛ ولهذا قال: { وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاءِ كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ أَفَلا يُؤْمِنُونَ } أي: وهم يشاهدون المخلوقات تحدث شيئًا فشيئًا عيانًا، وذلك دليل على وجود الصانع الفاعل المختار القادر على ما يشاء: فَفِي كُلّ شيء لَهُ آيَة … تَدُلّ علَى أنَّه وَاحد …

قال سفيان الثوري، عن أبيه، عن عكرمة قال: سئل ابن عباس: الليل كان قبل أو النهار؟ فقال: أرأيتم السموات والأرض حين كانتا رتقًا، هل كان بينهما إلا ظلمة؟ ذلك لتعلموا أن الليل قبل النهار.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman bagi mengingatkan tentang kesempurnaan kekuasaan dan kebesaran-Nya dalam penciptaan alam semesta, serta keperkasaan-Nya atas seluruh makhluk, Dia ‘Azza wa Jalla berfirman:

“Dan adakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui?”

yakni orang-orang yang tidak mengakui-Nya sebagai Rabb dan bahkan menyembah selain Allah. Adakah mereka tidak mengetahui bahawa hanya Allah-lah satu-satu-Nya pencipta alam dan yang berhak (berkuasa) mengatur segalanya?

Maka adakah patut selain Allah untuk disembah, atau menyekutukan-Nya dengan yang lain? Adakah mereka tidak mengetahui:

“Bahawa langit dan bumi dahulu kedua-duanya adalah suatu yang padu (lagi menyatu)?”

Yakni, satu sama lain saling menyambung, melekat dan berkumpul pada awalnya, yang satunya di atas yang lain.

Kemudian terpecah (dan terpisah)lah yang ini dari yang itu, langit menjadi tujuh tingkatan (atau lapisan), manakala bumi menjadi tujuh lapisan.[1] Dan di antara langit dunia dan bumi dipisahkan oleh udara, sehingga hujan dapat turun dari langit, tanah-tanah menjadi subur lalu tumbuhlah tumbuh-tumbuhan dari bumi. Allah ‘Azza wa Jalla menjelaskan hal ini dengan firman-Nya:

“Dan Kami jadikan dari air, segala sesuatu yang hidup. Maka adakah mereka tidak juga beriman?”

Kerana mereka menyaksikan dengan mata kasar bahawa semua makhluk tumbuh (berkembang) sedikit demi sedikit. Sedangkan itu semua menunjukkan pada keberadaan sang Pencipta, yang Maha Berkehendak, dan Maha Kuasa atas apa yang Dia kehendaki.

Dalam segala sesuatu terdapat tanda-tanda,

Yang menunjukkan bahawa Rabb itu esa.

Sufyan Ats-Tsauri berkata (meriwayatkan), … bahawa Ibn ‘Abbas pernah ditanya:

“Sebenarnya malam atau siang dahulu yang pertama kali muncul?”

Beliau (Ibnu ‘Abbas) menjawab, “Adakah kalian tidak melihat, bahawa langit dan bumi dahulunya adalah satu yang padu, dan di antara keduanya hanya ada kegelapan? Semua itu agar kalian tahu bahawa malam (kegelapan) terjadi sebelum adanya siang.”

وقال ابن أبي حاتم: حدثنا أبي، حدثنا إبراهيم بن أبي حمزة، حدثنا حاتم، عن حمزة بن أبي محمد، عن عبد الله بن دينار، عن ابن عمر؛ أن رجلا أتاه يسأله عن السموات والأرض { كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَاهُمَا } ؟. قال: اذهب إلى ذلك الشيخ فاسأله، ثم تعال فأخبرني بما قال لك. قال: فذهب إلى ابن عباس فسأله. فقال ابن عباس: نعم، كانت السموات رتقًا لا تمطر، وكانت الأرض رتقًا لا تنبت. فلما خلق للأرض أهلا فتق هذه بالمطر، وفتق هذه بالنبات. فرجع الرجل إلى ابن عمر فأخبره، فقال ابن عمر: الآن قد علمت أن ابن عباس قد أوتي في القرآن علمًا، صدق -هكذا كانت. قال ابن عمر: قد كنت أقول: ما يعجبني جراءة ابن عباس على تفسير القرآن، فالآن قد علمت أنه قد أوتي في القرآن علمًا.

وقال عطية العَوْفي: كانت هذه رتقًا لا تمطر، فأمطرت. وكانت هذه رتقًا لا تنبت، فأنبتت.

Di samping itu, Ibn Abi Hatim rahimahullah juga pernah berkata, dari Ibn ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma, bahawa ada seorang lelaki yang mendatanginya lalu bertanya tentang ayat langit dan bumi:

“Dahulu keduanya adalah satu lagi padu, kemudian Kami pisahkan.”

Beliau pun berkata, “Pergilah kepada Syaikh itu (yakni Ibn ‘Abbas), tanyalah kepadanya. Kemudian setelah itu kembali kepadaku lagi dan beritahu aku apa yang beliau katakan.”

Kemudian lelaki itu pergi kepada Ibn ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma dan bertanya padanya. Maka Ibn ‘Abbas menjawab:

“Ya, benar. Dulunya langit (dan bumi) memang bersatu dan tidak menurunkan hujan. Bumi juga bersatu (dengan langit) dan tidak menumbuhkan tanaman. Tetapi ketika penduduk bumi diciptakan, terpisahlah langit serta turunlah hujan, dan terpisah pula bumi lalu kemudian menumbuhkan tanaman.”

Kemudian lelaki tersebut kembali kepada Ibn ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma dan menceritakannya. Maka Ibnu ‘Umar berkata:

“Sekarang aku tahu (yakin) bahawa Ibnu ‘Abbas telah diberi pengetahuan yang lebih tentang Al-Qur’an, dan memang benar seperti itu. Dulu aku pernah terfikir dan sangat hairan atas kelancangan Ibnu ‘Abbas dalam menafsirkan Al-Qur’an, tetapi sekarang aku yakin, bahawa beliau memang telah diberi pengetahuan yang lebih tentang Al-Qur’an.”

‘Athiyyah Al-Aufi juga berkata:

“Langit dahulunya bersatu, sehingga ianya tidak menurunkan hujan, tetapi sekarang ia menurunkan hujan. Bumi juga dahulunya bersatu sehingga tidak menumbuhkan tanaman, tetapi sekarang ia menumbuhkan tanaman.”

وقال إسماعيل بن أبي خالد: سألت أبا صالح الحنَفِي عن قوله: { أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَاهُمَا } ، قال: كانت السماء واحدة، ففتق منها سبع سماوات، وكانت الأرض واحدة ففتق منها سبع أرضين.

وهكذا قال مجاهد، وزاد: ولم تكن السماء والأرض متماستين.

وقال سعيد بن جبير: بل كانت السماء والأرض ملتزقتين، فلما رفع السماء وأبرز منها الأرض، كان ذلك فتقهما الذي ذكر الله في كتابه. وقال الحسن، وقتادة، كانتا جميعًا، ففصل بينهما بهذا الهواء.

Ismail bin Abu Khalid juga berkata:

“Aku pernah bertanya kepada Abu Sholeh Al-Hanafi tentang firman Allah:

“Sesungguhnya langit dan bumi dahulu keduanya adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya.”

Beliau (Abu Sholeh) menjawab, “Dahulu langit memang menyatu, tapi kemudian terpisahlah menjadi tujuh tingkat langit. Dan bumi juga dahulunya satu, tapi kemudian terpisahlah menjadi tujuh lapisan bumi.”

Dan demikian juga dengan apa yang dikatakan oleh Mujahid rahimahullah, tapi terdapat tambahan (dari beliau):

“Yakni keduanya dijadikan tidak saling bersentuhan.”

Sa’id bin Jubayr berkata:

“Bahkan kedua-duanya saling menempel (melekat), kemudian ketika langit diangkat (ditinggikan) lalu terzahirlah bumi darinya, maka itulah yang disebut fataqahuma (pemisahan keduanya), sebagaimana yang disebutkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla dalam Al-Qur’an..”

Al-Hasan dan Qatadah turut menguatkan, bahawa keduanya dulu adalah satu (yakni bersatu), kemudian dipisahkan oleh udara.

وقوله: { وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاءِ كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ } أي: أصل كل الأحياء منه. وقال ابن أبي حاتم: حدثنا أبي، حدثنا أبو الجماهر (1) ، حدثنا سعيد بن بشير، حدثنا قتادة عن أبي ميمونة (2) ، عن أبي هريرة أنه قال: يا نبي الله إذا رأيتك قرت عيني، وطابت نفسي، فأخبرني عن كل شيء، قال: “كل شيء خلق من ماء”.

Firman Allah Ta’ala:

“Dan Kami jadikan dari air segala sesuatu yang hidup.”

Maksudnya, bahawa semua yang hidup berasal dari air. Ibn Abi Hatim meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa beliau berkata:

“Wahai Nabi, ketika aku melihat engkau, pandanganku menjadi nyaman, jiwaku menjadi tenteram, maka berilah pengetahuan kepadaku tentang segala sesuatu.”

Beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun bersabda:

“Sesungguhnya segala sesuatu itu diciptakan dari air.”

وقال الإمام أحمد: حدثنا يزيد، حدثنا همام، عن قتادة، عن أبي ميمونة، عن أبي هريرة قال: قلت: يا رسول الله، إني إذا رأيتك طابت نفسي، وقرت عيني، فأنبئني عن كل شيء. قال: “كل شيء خلق من ماء” قال: قلت: أنبئني عن أمر إذا عملتُ به دخلت الجنة. قال: “أفْش السلام، وأطعم الطعام، وصِل الأرحام، وقم بالليل والناس نيام، ثم ادخل الجنَّة بسلام”. ورواه أيضا عبد الصمد وعفان وبَهْز، عن همام. تفرد به أحمد، وهذا إسناد على شرط الصحيحين، إلا أن أبا ميمونة من رجال السنن، واسمه سليم، والترمذي يصحح له. وقد رواه سعيد بن أبي عَرُوبة، عن قتادة مرسلا والله أعلم.

Al-Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

“Wahai Rasulullah, sesungguhnya ketika aku melihat engkau, jiwaku menjadi tenteram, penglihatanku terasa nyaman. Maka ceritakanlah padaku tentang segala sesuatu.”

Beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun bersabda:

“Sesungguhnya segala sesuatu diciptakan dari air.”

Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu berkata, “Aku juga turut bertanya, khabarkanlah kepadaku tentang suatu hal yang jika aku melakukannya, aku akan masuk Syurga.”

Beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Tebarkanlah salam, berilah makan, sambunglah hubungan rahim, dan dirikanlah solat malam ketika orang-orang sedang tidur nyenyak. Kemudian masuklah ke dalam Syurga dengan aman.”

… Hadis ini hanya diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dan sanad ini telah memenuhi kriteria Shahihain (dua kitab Shahih; Al-Bukhari dan Muslim)… Dan Al-Imam At-Tirmidzi juga turut mensahihkannya… Wallaahu a’lam.

وقوله: { وَجَعَلْنَا فِي الأرْضِ رَوَاسِيَ } أي: جبالا أرسى الأرض بها وقرّرها وثقلها؛ لئلا تميد بالناس، أي: تضطرب وتتحرك، فلا يحصل لهم عليها قرار (6) لأنها غامرة في الماء إلا مقدار الربع، فإنه باد للهواء والشمس، ليشاهد أهلها السماء وما فيها من الآيات الباهرات، والحكم والدلالات؛ ولهذا قال: { أَنْ تَمِيدَ بِهِمْ } أي: لئلا تميد بهم.

Firman Allah Ta’ala:

“Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung..”

Yakni gunung-gunung yang meneguhkan bumi, menguatkannya serta memperberatkannya agar ia stabil tidak bergoncang dan bergerak bersama-sama manusia yang menjadikan mereka tidak dapat menetap dengan tenang di bumi (jika ianya bergerak). Bahawa (sebahagian besar) bumi itu tenggelam di dalam air, dan hanya seperempatnya saja yang menjulang ke udara dan mendapat sinar matahari, agar seluruh penduduk bumi menyaksikan langit serta tanda-tanda yang baik, hikmah, dan petunjuk-petunjuk terhadap kekuasaan Allah.

Atas inilah Allah Ta’ala berfirman:

“Supaya bumi tersebut (tidak) bergoncang bersama-sama mereka.”

Yang bermaksud agar bumi tersebut tidak bergoncang dan bergerak bersama-sama manusia.

وقوله: { وَجَعَلْنَا فِيهَا فِجَاجًا سُبُلا } أي: ثغرًا في الجبال، يسلكون فيها طرقًا من قطر إلى قطر، وإقليم إلى إقليم، كما هو المشاهد في الأرض، يكون الجبل حائلا بين هذه البلاد وهذه البلاد، فيجعل الله فيه فجوة -ثغرة-ليسلك الناس فيها من هاهنا إلى هاهنا؛ ولهذا قال: { لَعَلَّهُمْ يَهْتَدُونَ } .

Firman Allah Ta’ala:

“Dan telah Kami jadikan (pula) di jalan-jalan yang luas di bumi.”

Yakni laluan-laluan di antara gunung-gunung, yang digunakan oleh manusia untuk menempuh perjalanan dari satu negeri ke negeri yang lain, dan dari satu wilayah ke satu wilayah yang lain. Sebagaimana yang dapat kita saksikan di permukaan bumi ini, bahawa gunung menjadi sempadan atau pembatas antara suatu wilayah dengan wilayah yang lain. Maka Allah ‘Azza wa Jalla menciptakan laluan-laluan di antara gunung-gunung tersebut, untuk dilalui oleh manusia dalam menempuh perjalanan ke sana dan ke mari. Maka Allah Ta’ala berfirman:

“Agar mereka mendapat petunjuk.”

وقوله: { وَجَعَلْنَا السَّمَاءَ سَقْفًا } أي: على الأرض وهي كالقبة عليها، كما قال: { وَالسَّمَاءَ بَنَيْنَاهَا بِأَيْدٍ وَإِنَّا لَمُوسِعُونَ } [الذاريات: 47]، وقال: { وَالسَّمَاءِ وَمَا بَنَاهَا } [الشمس:5]، { أَفَلَمْ يَنْظُرُوا إِلَى السَّمَاءِ فَوْقَهُمْ كَيْفَ بَنَيْنَاهَا وَزَيَّنَّاهَا وَمَا لَهَا مِنْ فُرُوجٍ } [ق:6]، والبناء هو نصب القبة، كما قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: “بُنِي الإسلام على خمس” أي: خمس (7) دعائم، وهذا لا يكون إلا في الخيام، على ما (8) تعهده العرب. { مَّحْفُوظًا } أي: عاليًا محروسًا أن يُنال. وقال مجاهد: مرفوعا.

Firman Allah ‘Azza wa Jalla:

“Dan Kami jadikan langit sebagai atap.”

(Yakni) di atas bumi, yang berbentuk seperti kubah di atasnya. Sebagaimana dalam firman Allah:

“Dan langit itu Kami bangunkan dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa.” (Surah Adz-Dzariyat, 51: 47)

Dan Allah juga berfirman:

“Dan langit serta pembinaannya.” (Surah Asy-Syams, 91: 5)

“Adakah mereka tidak melihat terhadap langit yang ada di atas mereka, bagaimana Kami meninggikannya dan menghiasinya, dan langit itu tidak memiliki retak-retak sedikit pun.” (Surah Qaaf, 50: 6)

Dan yang dimaksudkan dengan Al-Binaa’ (membina/membangunkan) dalam ayat-ayat di atas adalah dasar mendirikan kubah, sebagaimana Al-Bina’ (membina/membangunkan) dalam sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

“Telah dibinakan Islam itu di atas lima (asas, perkara).”

Maksudnya, adalah lima tiang. Manakala menurut kebiasaan orang ‘Arab, tiang itu hanya akan ada dalam tenda (Khemah, tandu).

(Kalimat) “Mahfuzha” (yakni yang terpelihara), adalah yang tinggi dan sukar untuk dicapai.

Menurut Mujahid, “Yang diangkat tinggi.”

وقال ابن أبي حاتم: حدثنا علي بن الحسين، حدثنا أحمد بن عبد الرحمن الدَّشْتَكي، حدثني أبي، عن أبيه، عن أشعث -يعني ابن إسحاق القُمِّي-عن جعفر بن أبي المغيرة، عن سعيد بن جُبَيْر، عن ابن عباس، قال رجل: يا رسول الله، ما هذه السماء، قال: “موج مكفوف عنكم” (1) إسناد غريب.

Ibn Abi Hatim berkata (meriwayatkan)… dari Ibn ‘Abbas, ada seorang lelaki bertanya:

“Wahai Rasul Allah, langit itu sebenarnya apa?”

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjawab:

“Itu adalah gelombang yang menutupi kalian.”

Sanad hadis ini gharib.

وقوله: { وَهُمْ عَنْ آيَاتِهَا مُعْرِضُونَ } ، كقوله: { وَكَأَيِّنْ مِنْ آيَةٍ فِي السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ يَمُرُّونَ عَلَيْهَا وَهُمْ عَنْهَا مُعْرِضُونَ } [يوسف:105] أي: لا يتفكرون فيما خلق الله فيها من الاتساع العظيم، والارتفاع الباهر، وما زينت به من الكواكب الثوابت والسيارات في ليلها، وفي نهارها من هذه الشمس التي تقطع الفلك بكماله، في يوم وليلة فتسير غاية لا يعلم قدرها إلا الذي قدرها وسخرها وسيرها.

Firman Allah Ta’ala:

“Sedangkan mereka berpaling dari tanda-tanda kebesaran Allah itu.”

Sebagaimana firman-Nya:

“Dan banyak sekali tanda-tanda (kekuasaan Allah) di langit dan di bumi yang mereka laluinya, sementara mereka berpaling darinya.” (Surah Yusuf, 12: 105)

Yakni, mereka tidak pernah berfikir tentang apa yang diciptakan oleh Allah padanya, berupa keluasan yang sangat besar dan ketinggian yang tidak terjangkau. Mereka tidak pernah berfikir tentang hiasan-hiasan malam yang berupa Al-Kawakib (yakni bintang-bintang, planet, atau objek-objek langit lainnya) sama ada yang tetap mahupun yang beredar (berjalan), manakala pada siangnya dari matahari ini yang beredar menempuh orbit cakrawala dengan sempurna sehari semalam, ia beredar dengan kelajuan yang tiada seorang pun mengetahui kadarnya kecuali Allah yang telah menentukannya, yang menundukkan (mengatur)nya, dan menjalankannya…”

ثم قال منبهًا على بعض آياته: { وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ } أي: هذا في ظلامه وسكونه، وهذا بضيائه وأنسه، يطول هذا تارة ثم يقصر أخرى، وعكسه الآخر. { وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ } هذه لها نور يخصها، وفلك بذاته، وزمان على حدة، وحركة وسير خاص، وهذا بنور خاص آخر، وفلك آخر، وسير آخر، وتقدير آخر، { وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ } [ يس:40]، أي: يدورون.

Kemudian Allah Ta’ala mengingatkan tentang sebahagian tanda-tanda kekuasaan-Nya dengan firman-Nya:

“Dan Dia-lah yang menciptakan malam dan siang.”

(Yakni) malam hari dengan kegelapan dan ketenangannya, serta siang hari dengan keterangan (cahaya) dan keriuhannya, yang adakalanya yang satu lebih panjang masanya (lebih lama), dan yang lainnya lebih cepat, atau sebaliknya.

(Firman Allah), “Dan matahari dan bulan..”

Maksudnya, matahari memiliki cahaya sendiri, garis edar sendiri pada jangka waktu yang telah dipastikan, serta pergerakan dan perjalanan sendiri. Dan juga bulan yang memiliki cahaya yang berbeza dan orbit, perjalanan dan ketentuan yang juga berbeza.

(Firman Allah) “Masing-masing beredar pada garis edarnya sendiri.” (Surah Al-Anbiyaa’, 21: 33)

Maksudnya, berputar pada garis edar masing-masing.

قال ابن عباس: يدورون كما يدور المغزل في الفلكة. وكذا قال مجاهد: فلا يدور المغزل إلا بالفلكة، ولا الفلكة إلا بالمغزل، كذلك النجوم والشمس والقمر، لا يدورون إلا به، ولا يدور إلا بهن، كما قال تعالى: { فَالِقُ الإصْبَاحِ وَجَعَلَ اللَّيْلَ سَكَنًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ حُسْبَانًا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ } [ الأنعام:96] .

Ibnu ‘Abbas berkata:

“Semuanya berputar sebagaimana tenunan berputar pada garis/orbit putarannya.”

Mujahid juga berkata:

“Tenunan tidak akan berputar kecuali pada garis putarannya, dan tidak ada alat putaran kecuali dengan tenunannya.”

Demikian juga dengan bintang, matahari, serta bulan, tidak akan berputar kecuali pada orbitnya, sebagaimana firman Allah Ta’ala:

“Dia menyingsingkan pagi dan menjadikan malam untuk beristirehat, dan (menjadikan) matahari dan bulan untuk perhitungan. Itulah ketentuan Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-An’aam, 6: 96)

– Sekian nukilan. Wallaahu a’lam.


[1] Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُمْ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا ثُمَّ اسْتَوَى إِلَى السَّمَاءِ فَسَوَّاهُنَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

“Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak (menciptakan) langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Surah Al-Baqarah, 2: 29)

Di ayat yang lain:

اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ وَمِنَ الْأَرْضِ مِثْلَهُنَّ يَتَنَزَّلُ الْأَمْرُ بَيْنَهُنَّ لِتَعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ وَأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا

“Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan semisal itu juga bumi. Perintah Allah berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahawa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan sesungguhnya Allah ilmu-Nya benar-benar meliputi segala sesuatu.” (Surah Ath-Thalaq, 65: 12)

Di ayat yang lain:

وَلَقَدْ خَلَقْنَا فَوْقَكُمْ سَبْعَ طَرَائِقَ وَمَا كُنَّا عَنِ الْخَلْقِ غَافِلِينَ

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan di atas kalian tujuh jalan (tujuh langit); dan Kami tidaklah lalai terhadap ciptaan (Kami).” (Surah Al-Mu’minuun, 23: 17)

Di ayat yang lain:

فَقَضَاهُنَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ فِي يَوْمَيْنِ وَأَوْحَى فِي كُلِّ سَمَاءٍ أَمْرَهَا وَزَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَحِفْظًا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ

“Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa. Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit dunia dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.” (Surah Fushshilat, 41: 12)

Dari ayat ini terkandung penjelasan bahawa bintang-bintang yang dapat kita saksikan tersebut umumnya berada pada langit yang pertama, yakni langit dunia.

Di ayat yang lain:

وَبَنَيْنَا فَوْقَكُمْ سَبْعًا شِدَادًا

“… dan Kami bina di atas kamu tujuh buah (langit) yang teguh.” (Surah An-Naba’, 78: 12)

Dan disebutkan dalam sebahagian hadis bahawa jarak di antara bumi dengan langit yang pertama adalah 500 tahun perjalanan. Dan demikian pula jarak di antara satu langit dengan langit yang berikutnya dan seterusnya. Wallaahu a’lam.