Keutamaan Bulan-bulan Haram Dalam Islam

Keutamaan Bulan-bulan Haram Dalam Islam

www.ilmusunnah.com

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:rajab-menanam

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ فَلا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ

“Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah adalah dua belas bulan sebagaimana ketetapan Allah di ketika Dia menciptakan langit dan bumi. Di antaranya ada 4 bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kalian menzalimi diri kalian dalam bulan yang 4 itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kalian semua, dan ketahuilah bahawasanya Allah bersama orang-orang yang bertaqwa.” (Surah At-Taubah, 9: 36)

Dari hadis Abu Bakrah radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

الزَّمَانُ قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ثَلَاثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ ذُو الْقَعْدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ وَالْمُحَرَّمُ وَرَجَبُ مُضَرَ الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ

“Waktu itu telah berputar sebagaimana biasa sejak Allah menciptakan langit dan bumi. Satu tahun ada 12 bulan, di antara 12 bulan tersebut ada 4 bulan haram; 3 bulan datang berturut-turut, iaitu Dzulqa’dah, Dzulhijjah, Muharram, dan satu lagi adalah Rajab yang terletak di antara bulan Jumadil (Akhir) dan Sya’ban.” (Shahih Al-Bukhari, no. 3197)

Al-Hafiz Ibn Rajab Al-Hanbali rahimahullah (Wafat: 795H) berkata:

فأخبر سبحانه أنه منذ خلق السماوات والأرض وخلق الليل والنهار يدوران في الفلك وخلق ما في السماء من الشمس والقمر والنجوم وجعل الشمس والقمر يسبحان في الفلك وينشأ منهما ظلمة الليل وبياض النهار فمن حينئذ جعل السنة اثني عشر شهرا بحسب الهلال فالسنة في الشرع مقدرة بسير القمر وطلوعه لا بسير الشمس وانتقالها كما يفعله أهل الكتاب. وجعل الله تعالى من هذه الأشهر أربعة أشهر حرما وقد فسرها النبي صلى الله عليه وسلم في هذا الحديث وذكر أنها ثلاثة متواليات: ذو القعدة وذو الحجة والمحرم وواحد فرد وهو شهر رجب

“Allah Subhanahu wa Ta’ala mengkhabarkan bahawa semenjak penciptaan langit-langit dan bumi, penciptaan malam dan siang, keduanya berputar pada cakrawala orbitnya. Dan Allah telah menciptakan objek-objek langit yang di antaranya adalah matahari, bulan dan bintang-bintang, dan menjadikan matahari dan bulan beredar pada cakrawala orbitnya. Dan dengan keadaan inilah terbinanya kegelapan malam dan terjadinya cahaya terang-benderang di waktu siang. Maka dari sejak masa itulah Allah menjadikan satu tahun menjadi dua belas bulan bersesuaian dengan perkiraan hilal. Maka satu tahun di dalam syari’at Islam dihitung berdasarkan peredaran dan terbitnya bulan, bukan dihitung berdasarkan peredaran dan pergerakan matahari sebagaimana yang dilakukan oleh Ahli Kitab.

Allah Ta’ala menjadikan di antara bulan-bulan tersebut ada empat bulan. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjelaskan dalam hadis di atas bahawa bulan haram adalah tiga bulan yang datang secara berurutan, yakni Dzulqa’dah, Dzulhijjah, dan Muharram, manakala satu bulan yang menyendiri adalah Rajab.” (Lathaa’if Al-Ma’aarif oleh Ibn Rajab, m/s. 112)

Al-Hafiz Ibnu Rajab Al-Hanbali rahimahullah (Wafat: 795H) berkata di halaman yang lain:

واختلف في أي هذه الأشهر الحرم أفضل؟ فقيل: رجب قاله بعض الشافعية وضعفه النووي وغيره وقيل: المحرم قاله الحسن ورجحه النووي وقيل: ذو الحجة روي عن سعيد بن جبير وغيره وهو أظهر والله أعلم.

“Para ulama berselisih pendapat tentang bulan-bulan haram ini, manakah yang paling utama? Ada yang mengatakan Rajab, dikemukakan oleh sebahagian ulama bermazhab Asy-Syafi’i. Namun pendapat ini dipandang lemah (dha’if) oleh Al-Imam An-Nawawi dan selainnya (dari kalangan Syafi’iyyah). Ada yang mengatakan Muharram lebih utama, dan ini dipegang oleh Al-Hasan Al-Bashri dan dirajihkan oleh An-Nawawi. Dan ada pula yang mengatakan Dzulqa’dah adalah lebih utama, diriwayatkan dari Sa’id bin Jubair dan selainnya, dan inilah pendapat yang lebih jelas (kuat). Wallaahu a’lam.” (Lathaaif Al-Ma’aarif oleh Ibn Rajab, m/s. 34)

Di halaman yang lain beliau berkata:

وما تقدم عن كعب يدل على أن شهر ذي الحجة أفضل الأشهر الحرم الأربعة وكذا قال سعيد بن جبير راوي الحديث عن ابن عباس “ما من الشهور أعظم حرمة من ذي الحجة”. وفي مسند البزار عن أبي سعيد الخدري عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: “سيد الشهور رمضان وأعظمها حرمة ذو الحجة” وفي إسناد ضعف. وفي مسند الإمام أحمد عن أبي سعيد الخدري أيضا أن النبي صلى الله عليه وسلم قال في حجة الوداع في خطبته يوم النحر “ألا إن أحرم الأيام يومكم هذا ألا وإن أحرم الشهور شهركم هذا ألا وإن أحرم البلاد بلدكم هذا”. رورى ذلك أيضا عن جابر ووابصة بن معبد ونبيط بن شريط وغيرهم عن النبي صلى الله عليه وسلم وهذا كله يدل على أن شهر ذي الحجة أفضل الأشهر الحرم حيث كان أشدها حرمة وقد روى عن الحسن أن أفضلها المحرم وسنذكره عند ذكر شهر المحرم إن شاء الله تعالى. وأما من قال أفضلها رجب فقوله مردود.

“Dan telah disebutkan dari hadis Ka’ab yang menunjukkan atas keutamaan bulan Dzulhijjah itu lebih utama berbanding bulan-bulan haram empat. Dan demikian pula dari Sa’id bin Jubair, dari Ibnu ‘Abbas:

“Tidak ada bulan-bulan yang lebih agung berbanding Dzulhijjah.”

Dan di Musnad Al-Bazzar dari hadis Sa’id Al-Khudri, bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Penghulu bulan-bulan (dalam setahun) adalah Ramadhan, dan yang paling agung kehormatannya adalah Dzulhijjah.” Namun pada isnadnya dha’if.

Dan di Musnad Al-Imam Ahmad dari Sa’id Al-Khudri juga, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda ketika Haji Wada’ dalam khuthbahnya di hari An-Nahr:

“Ketahuilah bahawa hari yang paling haram adalah hari kalian ini, ketahuilah bahawa bulan yang paling haram adalah adalah bulan kalian ini, dan ketahuilah bahawa negeri yang paling haram adalah negeri kalian ini (Makkah).” Diriwayatkan juga dari Jaabir, Wabishah bin Ma’bad, Nabith bin Syarith, dan selain mereka dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Dan ini semua menunjukkan bahawa bulan Dzulhijjah adalah bulan haram yang paling utama. Bahawa telah diriwayatkan dari Al-Hasan (Al-Bashri) bahawa yang paling afdhalnya adalah bulan Al-Muharram, dan akan kami sebutkan ketika membahaskan tentang bulan Al-Muharram, insyaAllahu Ta’ala.

Adapun mereka yang mengatakan Rajab lebih afdhal, maka perkataannya tertolak.” (Lathaa’if Al-Ma’aarif, m/s. 267-268)

Hikmah Bulan-bulan Haram

Al-Qadhi Abu Ya’la rahimahullah berkata:

إنما سماها حرما لمعنيين أحدهما تحريم القتال فيها وقد كان أهل الجاهلية يعتقدون ذلك أيضا والثاني لتعظيم انتهاك المحارم فيها أشد من تعظيمه في غيرها وكذلك تعظيم الطاعات فيها

“Dinamakannya sebagai bulan haram kerana dua makna; pada bulan tersebut diharamkan peperangan, di mana orang-orang Jahiliyyah turut meyakini hal tersebut.

Keduanya, larangan dari melakukan perkara-perkara haram pada bulan tersebut adalah lebih ditekankan berbanding bulan-bulan yang lainnya disebabkan kemuliaan bulan itu. Demikian juga dengan amal ketaatan pada bulan tersebut, ianya lebih ditekankan berbanding bulan-bulan yang lainnya.” (Zaad Al-Masiir oleh Ibn Al-Jauzi, 3/432)

Al-Hafiz Ibn Rajab Al-Hanbali berkata:

واختلفوا لم سميت هذه الأشهر الأربعة حرما؟ فقيل: لعظم حرمتها وحرمة الذنب فيها قال علي بن أبي طلحة عن ابن عباس: اختص الله أربعة أشهر جعلهن حرما وعظم حرماتهن وجعل الذنب فيهن أعظم وجعل العمل الصالح والأجر أعظم

“Para ulama berbeza pendapat mengapa empat bulan ini dinamakan sebagai bulan-bulan haram? Ada yang berpendapat, “Kerana keagungan kehormatannya dan pengharaman dosa-dosa yang lebih besar padanya.”

Berkata ‘Ali bin Abu Thalhah dari Ibn ‘Abbas, “Allah mengkhususkan empat bulan ini dan menjadikannya sebagai bulan haram disebabkan ada dua perkara yang besar di dalamnya, iaitu Allah menjadikan dosa-dosa yang dilakukan pada bulan tersebut lebih berat dan menjadikan amal-amal soleh serta pahala pada bulan tersebut lebih besar.” (Lathaa’if Al-Ma’aarif, m/s. 115)

Larangan Berbuat Dosa Lebih Ditekankan

Al-Hafiz Ibn Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) berkata:

وقال تعالى: { فَلا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ } أي: في هذه الأشهر المحرمة؛ لأنه آكد وأبلغ في الإثم من غيرها، كما أن المعاصي في البلد الحرام تضاعف، وكذلك الشهر الحرام تغلظ فيه الآثام

Allah Ta’ala berfirman, “Maka janganlah kalian menzalimi diri kalian dalam bulan tersebut…” (Surah At-Taubah, 9: 36)

Yakni dalam bulan-bulan haram tersebut, janganlah kalian menzalimi diri-diri kalian (dengan berbuat maksiat), kerana dalam bulan-bulan haram tersebut dosanya jauh lebih berat berbanding hari-hari yang lainnya. Ini adalah sebagaimana perbuatan maksiat yang dilakukan di tanah haram lebih berat dosanya, maka demikian dengan dosa-dosa yang dilakukan pada bulan-bulan haram, maka dosanya adalah lebih berat juga.” (Tafsir Ibn Katsir, 4/148)

Kata beliau lagi:

في كلِّهن، ثم اختص من ذلك أربعة أشهر فجعلهن حراما، وعَظم حُرُماتهن، وجعل الذنب فيهن أعظم، والعمل الصالح والأجر أعظم. إن الظلم في الأشهر الحرم أعظم خطيئة ووزرًا، من الظلم فيما سواها، وإن كان الظلم على كل حال عظيما، ولكن الله يعظم من أمره ما يشاء.

“Yakni pada keseluruhan bulan itu janganlah kalian menzalimi diri-diri kalian (dengan berbuat maksiat), kemudian lebih ditekankan lagi dari keseluruhan bulan tersebut pada empat bulan yang dijadikan pada bulan tersebut sebagai bulan haram yang diagungkan kehormatannya, dan dijadikan dosa-dosa (yang dilakukan padanya) lebih besar, dan amal-amal soleh yang dikerjakan dalam bulan-bulan haram juga turut diperbesar pahalanya.

Sesungguhnya melakukan perbuatan zalim (dosa) pada bulan-bulan haram tersebut dosa-dosanya adalah lebih besar lagi berbanding melakukannya di bulan-bulan yang lain, walaupun secara asalnya perbuatan zalim (dosa) tersebut tetap besar dosanya. Tetapi Allah telah memperbesar dari urusan-Nya bersesuaian dengan apa yang Dia kehendaki.” (Tafsir Ibn Katsir, 4/148)

Wallaahu a’lam.