Kedudukan Orang Yang Menyeru Penghuni Kubur

Kedudukan Orang Yang Tawaf dan
Memohon Pertolongan Kepada Kubur

Asy-Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz rahimahullah
www.ilmusunnah.com

Pertanyaan kepada Asy-Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz:Syirik_Menghapuskan_Amalan

وقع خلاف بين شخصين حول تكفير من يطوف حول القبر ويستغيث به، فمنهم من يقول إن هذا الفعل فعل شرك ولا خلاف ولكن يعذر صاحب هذا الفعل لجهله بأمور التوحيد، والآخر يقول: يكفر ذلك الشخص الذي يستغيث بغير الله ولا يعذر بسبب الجهل بأمور التوحيد ولكن يعذر في الفرعيات والأمور الفقهية، والسؤال هو: أي الرأيين صواب وأيهما خطأ؟

“Telah berlaku perselisihan antara dua individu berkaitan permasalahan mengkafirkan orang yang thawaf mengelilingi kuburan dan ber-istighatsah (memohon pertolongan) kepada kubur (yakni kepada penghuni kubur atau orang yang telah mati – pent.). Sebahagian mereka mengatakan, bahawa perbuatan ini adalah perbuatan syirik tanpa khilaf, tetapi pelakunya diberi ‘udzur (yakni tidak serta-merta dikafirkan – pent.) disebabkan kejahilannya terhadap perkara tauhid. Yang satu lagi mengatakan, orang yang ber-istighatsah kepada selain Allah ini adalah kafir dan tidak diberi ‘udzur walaupun dia jahil dalam permasalahan tauhid. Akan tetapi seseorang itu diberi ‘udzur dalam permasalahan furu’iyat dan permasalahan fiqhiyyah.”

Dan soalannya, “Yang manakah dari dua pendapat ini yang benar dan yang mana pula yang salah?”

Maka jawab Syaikh:

الصواب قول من قال: إن هذا لا يعذر؛ لأن هذه أمور عظيمة وهي من أصول الدين وهو أول شيء دعا النبي صلى الله عليه وسلم قبل الصلاة والصوم والزكاة وغير ذلك، فأصول الدين لا يعذر فيها بالجهل لمن هو بين المسلمين ويسمع القرآن ويسمع الأحاديث، الاستغاثة بأصحاب القبور والنذر لهم ودعاؤهم وطلبهم الشفاء والمدد، كل هذا من أعظم الشرك بالله عز وجل.

“Yang benar adalah ucapan orang yang mengatakan, bahawa perkara ini tidak diberi ‘udzur. Kerana ini adalah permasalahan yang besar yang ianya termasuk ke dalam ushul (prinsip dasar) agama, yang mana ia merupakan awal perkara dakwah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sebelum solat, puasa, zakat dan selainnya.

Maka perkara ushul (prinsip dasar) agama, yang kejahilan bukan termasuk ‘udzur bagi orang yang menetap dalam kalangan masyarakat umat Islam, bagi mereka yang mendengar Al-Qur’an, dan mendengar hadis-hadis. Ber-istighatsah (memohon pertolongan) kepada penghuni kubur, bernadzar untuknya, menyeru-nyeru namanya, dan meminta kepada mereka kesembuhan dan al-madad (pertolongan), semua ini termasuk sebesar-besar kesyirikan kepada Allah ‘Azza wa Jalla.”

والله سبحانه يقول سبحانه في كتابه العظيم: وَمَن يَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آخَرَ لَا بُرْهَانَ لَهُ بِهِ فَإِنَّمَا حِسَابُهُ عِندَ رَبِّهِ إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الْكَافِرُونَ فسماهم كفاراً بذلك.

“Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman di dalam kitab-Nya yang agung:

“Dan siapa yang menyeru (atau memohon) kepada ilah (sembahan) yang lain di samping menyeru (atau memohon) kepada Allah, sedangkan tidak ada suatu dalilpun baginya tentang hal tersebut, maka sesungguhnya perhitungannya di sisi Rabbnya. Sesungguhgnya orang-orang yang kafir itu tiada beruntung.” (Surah Al-Mukminun, 23: 117)

Allah menyebutkan mereka sebagai orang-orang kafir disebabkan perbuatan tersebut.”

وقال عز وجل: ذَلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ لَهُ الْمُلْكُ وَالَّذِينَ تَدْعُونَ مِن دُونِهِ مَا يَمْلِكُونَ مِن قِطْمِيرٍ (13) إِن تَدْعُوهُمْ لَا يَسْمَعُوا دُعَاءكُمْ وَلَوْ سَمِعُوا مَا اسْتَجَابُوا لَكُمْ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يَكْفُرُونَ بِشِرْكِكُمْ وَلَا يُنَبِّئُكَ مِثْلُ خَبِيرٍ سبحانه وتعالى سمى دعاءهم إياهم شركاً،

Dan Allah ‘Azza wa Jalla berfirman:

“… demikian itulah Allah Rabb-kalian, kepunyaan-Nya-lah kerajaan. Dan siapa yang kamu seru selain dari Allah tidaklah memiliki apa-apa walaupun senipis qithmiir (selaput biji kurma). Jika kamu menyeru (atau memohon) kepada mereka, mereka tidaklah mendengar seruanmu; dan kalaupun mereka mendengar, mereka tidak akan dapat menunaikan permintaanmu. Dan di hari Kiamat mereka akan mengingkari kesyirikanmu dan tidak ada yang dapat memberikan keterangan kepadamu sebagaimana yang diberikan oleh Yang Maha Mendalam Pengetahuannya.” (Surah Faathir, 35: 13-14)

Allah Subhanahu wa Ta’ala menamakan seruan (yakni permohonan) mereka kepada selainnya sebagai kesyirikan.”madad

والله يقول جل وعلا: فَلَا تَدْعُوا مَعَ اللَّهِ أَحَدًا

Dan Allah Jalla wa ‘Ala berfirman:

“… maka janganlah kalian seru bersama Allah apa pun juga.” (Surah Jin, 72: 18).”

ويقول سبحـانه: وَلاَ تَدْعُ مِن دُونِ اللّهِ مَا لاَ يَنفَعُكَ وَلاَ يَضُرُّكَ فَإِن فَعَلْتَ فَإِنَّكَ إِذًا مِّنَ الظَّالِمِينَ

“Dan Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Dan janganlah kalian seru selain Allah dari apa-apa yang tidak memberi manfaat kepadamu dan tidak pula memberi mudharat kepadamu. Jika kamu lakukan maka sesungguhnya kamu ketika itu termasuk orang-orang yang zalim.” (Surah Yunus, 10: 106).”

فالظالمون هم المشركون، إذا أطلق الظلم فهو الشرك، كما قال عز وجل: إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ

“Maka orang-orang yang zalim, mereka adalah musyrikun, apabila kezaliman disebutkan secara mutlaq maka maksudnya adalah kesyirikan sebagaimana firman Allah:

“Sesungguhnya kesyirikan adalah sebesar-besar kezaliman.” (Surah Luqman, 31: 13)

وهكذا الطواف بالقبور، إذا طاف يتقرب بذلك إلى صاحب القبر فهو مثل إذا دعا واستغاث به يكون شركاً أكبر، أما إذا طاف يحسب أن الطواف بالقبور قربة إلى الله قصده التقرب إلى الله، كما يطوف الناس بالكعبة ليتقرب إلى الله بذلك وليس يقصد الميت، فهذا من البدع ومن وسائل الشرك المحرمة والخطيرة، ولكن الغالب على من طاف بالقبور أنه يتقرب إلى أهلها بالطواف ويريد الثواب منهم والشفاعة منهم، وهذا شرك أكبر نسأل الله العافية كالدعاء

“Dan demikianlah dengan perbuatan thawaf mengelilingi kubur, apabila seseorang thawaf dengan tujuan mendekatkan dirinya kepada penghuni kubur, maka ianya sama juga seperti perbuatan menyeru dan ber-istighatsah kepadanya, jadilah ia syirik yang besar. Adapun apabila dia thawaf dengan anggapan bahawa thawaf di kubur termasuk perbuatan yang mendekatkan diri kepada Allah, yakni maksud dia bagi mendekatkan diri kepada Allah, sebagaimana orang-orang yang thawaf di Ka’bah dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah dengan thawaf tersebut, bukan bertujuan mendekatkan diri kepada penghuni kubur (atau si mati), maka ini termasuk bid’ah dan termasuk wasilah kepada kesyirikan yang diharamkan dan berbahaya. Akan tetapi kebanyakan orang-orang yang thawaf di kubur-kubur, bahawasanya mereka bertujuan untuk mendekatkan dirinya kepada penghuninya dengan thawaf tersebut, dan mereka inginkan ganjaran (keutamaan) serta syafa’at dari penghuni kubur tersebut, dan ini adalah syirik yang besar. Kami memohon kepada Allah al-‘aafiyah (keselamatan).”

Sumber: www.binbaz.org.sa/mat/4203