Kedatangan Dua Malaikat Sebaik Menjengah ke Alam Kubur

Kedatangan Dua Malaikat Sebaik Menjengah ke Alam Kubur

Abu Numair
www.ilmusunnah.com

Berikut penulis kongsikan sebahagian dari hadis-hadis yang berkait dengan judul tersebut.

gali_kubur1, Kubur adalah tempat yang mengerikan dan merupakan tempat yang seharusnya membuat kita bersegera mengingat akan kematian.

Haani’ maula ‘Utsman (bin ‘Affan) radhiyallaahu ‘anhu pernah berkata:

كَانَ عُثْمَانُ، إِذَا وَقَفَ عَلَى قَبْرٍ بَكَى حَتَّى يَبُلَّ لِحْيَتَهُ، فَقِيلَ لَهُ: تُذْكَرُ الجَنَّةُ وَالنَّارُ فَلَا تَبْكِي وَتَبْكِي مِنْ هَذَا؟ فَقَالَ: إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «إِنَّ القَبْرَ أَوَّلُ مَنْزِلٍ مِنْ مَنَازِلِ الآخِرَةِ، فَإِنْ نَجَا مِنْهُ فَمَا بَعْدَهُ أَيْسَرُ مِنْهُ، وَإِنْ لَمْ يَنْجُ مِنْهُ فَمَا بَعْدَهُ أَشَدُّ مِنْهُ

“Bahawasanya ‘Utsman apabila berdiri di kubur, beliau selalunya akan menangis sampai basah janggutnya. Maka ditanyakan kepada beliau:

“Ketika disebut-sebut tentang Syurga dan Neraka engkau tidak menangis, tetapi kenapa engkau menangis kerana kubur ini?”

Maka beliau (‘Utsman) pun menjawab, “Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Sesungguhnya kubur adalah tempat (rumah persinggahan) terawal dari tempat-tempat (persinggahan) di akhirat. Bila seorang selamat darinya, maka setelahnya akan lebih mudah. Jika tidak selamat darinya, maka setelahnya akan lebih sukar.”

‘Utsman berkata, “Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَا رَأَيْتُ مَنْظَرًا قَطُّ إِلَّا وَالقَبْرُ أَفْظَعُ مِنْهُ

“Tidaklah aku pernah melihat suatu yang sangat mengerikan berbanding dari kubur.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 2308. Dinilai hasan oleh At-Tirmidzi dan Al-Albani)

Faedah hadis:

1, Kubur adalah tempat yang membuat kita mengingat kematian, menitiskan air mata, melahirkan rasa insaf, dan memotivasikan kita untuk segera bersiap menuju ke sana.

2, Kubur bukan tempat bersuka ria, bergembira, dan bermain-main.

2, Akan ditanya sebaik menjengah ke alam kubur.

Dari hadis ‘Utsman bin ‘Affan radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، إِذَا فَرَغَ مِنْ دَفْنِ الْمَيِّتِ وَقَفَ عَلَيْهِ، فَقَالَ: اسْتَغْفِرُوا لِأَخِيكُمْ، وَسَلُوا لَهُ بِالتَّثْبِيتِ، فَإِنَّهُ الْآنَ يُسْأَلُ

“Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sebaik selesai pengebumian mayit, beliau berdiri pada sisi kubur lalu bersabda:

“Istighfarlah (mohonkanlah keampunan) untuk saudara kalian, dan mohonkanlah keteguhan untuknya, kerana dia sekarang sedang disoal.” (Sunan Abi Dawud, no. 3221. Dinilai sahih oleh Al-Albani)Ada Apa Setelah Mati?

Dari hadis ‘Urwah bin Az-Zubair, daripada ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha beliau berkata:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «تُبْتَلَى هَذِهِ الْأُمَّةُ فِي قُبُورِهَا» قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، كَيْفَ وَأَنَا امْرَأَةٌ ضَعِيفَةٌ قَالَ: ” {يُثَبِّتُ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا بِالْقَوْلِ الثَّابِتِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ} [إبراهيم: 27]

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Akan diuji ummat ini di dalam kuburnya.” ‘Aisyah bertanya:

“Bagaimana dengan aku wahai Rasulullah, aku perempuan yang lemah.” Jawab Nabi (dengan membawakan firman Allah):

“Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh.” (Surah Ibrahim, 14: 27).” (lihat: Majma’ Az-Zawa’id, no. 4272. Shahih At-Targhib wa At-Tarhib, no. 3554)

Faedah hadis:

1, Disunnahkan mendoakan si mati dengan memohonkan keampunan.

2, Si mati akan disoal (oleh malaikat) sebaik berada di alam kubur (barzakh).

3, Allah meneguhkan kedudukan orang-orang yang beriman tatkala disoal di alam kubur.

3, Kedatangan Malaikat dan Soalan di alam kubur.

Dari hadis Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

“Aku bersama-sama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menyaksikan penguburan jenazah, lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ هَذِهِ الْأُمَّةَتُبْتَلَى فِي قُبُورِهَا، فَإِذَا الْإِنْسَانُ دُفِنَ فَتَفَرَّقَ عَنْهُ أَصْحَابُهُ، جَاءَهُ مَلَكٌ فِي يَدِهِ مِطْرَاقٌ فَأَقْعَدَهُ، قَالَ: مَا تَقُولُ فِي هَذَا الرَّجُلِ؟ فَإِنْ كَانَ مُؤْمِنًا قَالَ: أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، فَيَقُولُ: صَدَقْتَ ثُمَّ يُفْتَحُ لَهُ بَابٌ إِلَى النَّارِ، فَيَقُولُ: هَذَا كَانَ مَنْزِلُكَ لَوْ كَفَرْتَ بِرَبِّكَ، فَأَمَّا إِذْ آمَنْتَ فَهَذَا مَنْزِلُكَ، فَيُفْتَحُ لَهُ بَابٌ إِلَى الْجَنَّةِ، فَيُرِيدُ أَنْ يَنْهَضَ إِلَيْهِ فَيَقُولُ لَهُ: اسْكُنْ وَيُفْسَحُ لَهُ فِي قَبْرِهِ،

“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya umat ini akan diuji dalam kuburnya. Jika seseorang telah dikuburkan dan orang-orang yang mengikutinya telah meninggalkannya (beredar pergi), maka datanglah kepadanya malaikat yang di tangannya ada mithraaq (pemukul), lalu malaikat itu mendudukkannya dan bertanya:Misteri Alam Kubur

“Apa pendapat engkau tentang lelaki ini (yakni Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam – pent.)?” Jika dia seorang mu’min (yang beriman) maka dia akan mengatakan:

“Aku bersaksi (mengakui) bahawa tidak ada ilah (yang berhak diibadahi) melainkan Allah, dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya.” Maka malaikat itu berkata kepadanya:

“Engkau benar.” Maka dibukakan baginya pintu menuju neraka, lalu dikatakan kepadanya: “Inilah tempatmu seandainya engkau kafir kepada Rabb-mu. Adapun jika engkau beriman kepada-Nya, maka sesungguhnya Allah telah menggantikan untukmu dengan tempat ini.” Lalu dibukakan untuknya pintu menuju Syurga. Maka dia pun ingin segera menuju ke sana, maka dikatakan kepadanya:

“Diamlah (bertenanglah).” Lalu diluaskan untuknya kuburannya.”

وَإِنْ كَانَ كَافِرًا أَوْ مُنَافِقًا يَقُولُ لَهُ: مَا تَقُولُ فِي هَذَاالرَّجُلِ؟ فَيَقُولَ: لَا أَدْرِي سَمِعْتُ النَّاسَ يَقُولُونَ شَيْئًا، فَيَقُولُ: لَا دَرَيْتَ، وَلَا تَلَيْتَ، وَلَا اهْتَدَيْتَ، ثُمَّ يُفْتَحُ لَهُ بَابٌ إِلَى الْجَنَّةِ فَيَقُولُ: هَذَا مَنْزِلُكَ لَوْ آمَنْتَ بِرَبِّكَ، فَأَمَّا إِذْ كَفَرْتَ بِهِ فَإِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ أَبْدَلَكَ بِهِ هَذَا، وَيُفْتَحُ لَهُ بَابٌ إِلَى النَّارِ، ثُمَّ يَقْمَعُهُ قَمْعَةً بِالْمِطْرَاقِ يَسْمَعُهَا خَلْقُ اللهِ كُلُّهُمْ غَيْرَ الثَّقَلَيْنِ ” فَقَالَ بَعْضُ الْقَوْمِ: يَا رَسُولَ اللهِ، مَا أَحَدٌ يَقُومُ عَلَيْهِ مَلَكٌ فِي يَدِهِ مِطْرَاقٌ إِلَّا هِيِلَ عِنْدَ ذَلِكَ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ” يُثَبِّتُ اللهُ الَّذِينَ آمَنُوا بِالْقَوْلِ الثَّابِتِ ” [إبراهيم :27]

“Adapun orang yang kafir atau munafiq maka dikatakan kepadanya:

“Apa pendapat engkau tentang lelaki ini?” Lalu dia menjawab, “Aku tidak tahu, aku telah mendengar orang-orang mengatakan sesuatu.” Maka dikatakan kepadanya:

“Engkau tidak tahu, tidak pula berusaha untuk mengetahui, lalu engkau pun tidak mendapatkan hidayah!” Kemudian dibukakan baginya pintu menuju Syurga lalu dikatakan kepadanya:

“Inilah tempat engkau seandainya engkau beriman kepada Rabb-mu. Adapun jika engkau kafir kepadanya, maka Allah ‘Azza wa Jalla menggantikan untuk engkau dengan yang ini.” Lalu dibukakanlah baginya pintu menuju an-naar (Neraka). Lalu malaikat tersebut pun memukulnya dengan mithraaq (sejenis pemukul) dengan pukulan yang dapat didengar oleh seluruh makhluk Allah kecuali ats-tsaqalain (jin dan manusia).”

Sebahagian sahabat bertanya kepada Nabi:Amalan Penghibur Di Alam Kubur

“Wahai Rasulullah, tidakkah setiap daripada kami yang jika berdiri di hadapan malaikat yang di tangannya ada mithraaq melainkan akan hilang akalnya pada ketika itu juga (kerana takut – pent.)?” Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun menjawab (dengan menyebutkan firman Allah):

“Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh..” (Ibrahim: 27).” (Musnad Ahmad, no. 11000. Dinilai sahih oleh Syu’aib Al-Arnauth)

Faedah hadis:

1, Ini adalah dalil yang menunjukkan dibolehkan memberi peringatan (tadzkirah) kepada orang-orang yang hadir (atau turut serta) di kuburan ketika atau sebaik proses penguburan.

2, Manusia akan diberi ujian sebaik meninggal dunia dan masuk ke alam kubur.

3, Dia akan didatangi oleh (dua) malaikat yang di tangannya membawa mithraaq (pemukul) dan malaikat ini akan menyoalnya.

4, Jika dia seorang yang beriman, maka akan dipermudahkan baginya untuk menjawab pertanyaan malaikat tersebut.

5, Di alam kubur nanti, akan dibukakan dan ditunjukkan jalan menuju Syurga dan jalan menuju Neraka.

6, Bagi orang beriman dan yang melepasi pertanyaan malaikat dengan benar, maka dia akan dikhabarkan dengan janji Syurga, diberikan ketenangan, dan diluaskan kuburnya.

7, Adapun bagi orang yang kafir atau munafiq, maka dia tidak akan mampu menjawab pertanyaan malaikat dengan benar.

8, Hadis ini menjadi dalil bahawa jawaban kepada pertanyaan malaikat di alam kubur adalah berdasarkan keimanan dan amalnya.

9, Pertanyaan di alam kubur mampu dijawab apabila di dunia dia sentiasa berusaha menuntut ilmu yang syar’i dan beramal dengan ilmunya. Tidak boleh sekadar ikut-ikutan dan bermalas-malasan sehingga dia pun terhalang dari hidayah (petunjuk) Allah.

10, Bagi orang yang kafir dan munafiq, dia akan gagal menjawab pertanyaan malaikat di alam kubur lalu dia pun dijanjikan dengan Neraka, dan dia pun dipukul oleh malaikat dengan mithraaq.

11, Bunyi hasil dari pukulan mithraaq dapat didengar oleh seluruh makhluk Allah kecuali ats-tsaqalain (jin dan manusia).

12, Orang yang beriman akan diberikan keteguhan oleh Allah tatkala berhadapan dengan pertanyaan malaikat yang di tangannya membawa mithraaq.

13, Ini adalah dalil tentang adanya adzab dan nikmat kubur.

Kemudian sebagaimana diriwayatkan dalam Sunan Abi Dawud, dari hadis Al-Baraa’ bin ‘Aazib radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

“Kami keluar bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam untuk melihat jenazah seorang lelaki Anshar, kami pun tiba di tanah penguburan. Ketika lubang lahad telah dibuat, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun duduk, lalu kami ikut duduk di sekitarnya. Kami diam, seakan-akan di atas kepala kami ada burung (sedang hinggap). Saat itu beliau memegang sebatang kayu yang ditancapkan ke dalam tanah, lalu beliau mengangkat kepalanya dan bersabda:

اسْتَعِيذُوا بِاللَّهِ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ

“Mintalah perlindungan kepada Allah dari adzab kubur.” Beliau mengucapkannya dua atau tiga kali. Demikanlah tambahan dalam hadis Jarir. Beliau melanjutkan:Pelajari Ilmu Penyelenggaraan Jenazaan Melalui VCD

وَإِنَّهُ لَيَسْمَعُ خَفْقَ نِعَالِهِمْ إِذَا وَلَّوْا مُدْبِرِينَ حِينَ يُقَالُ لَهُ: يَا هَذَا، مَنْ رَبُّكَ وَمَا دِينُكَ وَمَنْ نَبِيُّكَ؟ ” قَالَ هَنَّادٌ: قَالَ: ” وَيَأْتِيهِ مَلَكَانِ فَيُجْلِسَانِهِ فَيَقُولَانِ لَهُ: مَنْ رَبُّكَ؟فَيَقُولُ: رَبِّيَ اللَّهُ، فَيَقُولَانِ لَهُ: مَا دِينُكَ؟ فَيَقُولُ: دِينِيَ الْإِسْلَامُ، فَيَقُولَانِ لَهُ: مَا هَذَا الرَّجُلُ الَّذِي بُعِثَ فِيكُمْ؟ ” قَالَ: ” فَيَقُولُ: هُوَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَيَقُولَانِ: وَمَا يُدْرِيكَ؟ فَيَقُولُ: قَرَأْتُ كِتَابَ اللَّهِ فَآمَنْتُ بِهِ وَصَدَّقْتُ

“Benar-benar si mati tersebut akan dapat mendengar hentakan kasut mereka tatkala berlalu pulang; yakni ketika ditanyakan kepadanya, “Wahai engkau ini, siapa Rabbmu?” “Apa agamamu?” “Dan siapa Nabimu?” Hannad (salah seorang perawi hadis ini) menyebutkan; Nabi bersabda, “Lalu ada dua malaikat mendatanginya seraya mendudukkannya. Malaikat itu bertanya, “Siapa Rabbmu?” yang ditanya pun menjawab, “Rabbku adalah Allah.” Malaikat itu bertanya lagi, “Apa agamamu?” dia menjawab lagi, “Agamaku adalah Islam.” Malaikat itu bertanya lagi, “Siapa lelaki yang diutus kepada kalian ini?” dia menjawab, “Dia adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.”

Malaikat itu bertanya lagi, “Apa yang engkau ketahui?” dia menjawab, “Aku membaca (mempelajari dan memahami) Kitab Allah, aku beriman dengannya, dan aku membenarkannya.”

Dalam hadis Jarir ditambahkan, “Maka inilah makna firman Allah ‘Azza wa Jalla:

يُثَبِّتُ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا

“Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman…” hingga akhir ayat. Surah Ibrahim, 14: 27.

Kemudian kedua perawi sepakat pada lafaz, “Beliau bersabda:

فَيُنَادِي مُنَادٍ مِنَ السَّمَاءِ: أَنْ قَدْ صَدَقَ عَبْدِي، فَأَفْرِشُوهُ مِنَ الْجَنَّةِ، وَافْتَحُوا لَهُ بَابًا إِلَى الْجَنَّةِ، وَأَلْبِسُوهُ مِنَ الْجَنَّةِ ” قَالَ: «فَيَأْتِيهِ مِنْ رَوْحِهَا وَطِيبِهَا» قَالَ: وَيُفْتَحُ لَهُ فِيهَا مَدَّ بَصَرِهِ

“Kemudian ada suara dari langit yang berseru, “Benarlah apa yang dikatakan oleh hamba-Ku, hamparkanlah permadani untuknya di Syurga, bukakan baginya pintu-pintu Syurga dan berikan kepadanya pakaian Syurga.” beliau melanjutkan:

“Kemudian didatangkan kepadanya wangi-wangian Syurga, lalu kuburnya diluaskan sejauh mata memandang.”

Beliau melanjutkan:Kitab Ahkamul Jana'iz (Hukum-hakam Pengurusan Jenazah), karya ilmiyah milik Syaikh Al-Albani

«وَإِنَّ الْكَافِرَ» فَذَكَرَ مَوْتَهُ قَالَ: ” وَتُعَادُ رُوحُهُ فِي جَسَدِهِ، وَيَأْتِيهِ مَلَكَانِ فَيُجْلِسَانِهِ فَيَقُولَانِ: لَهُ مَنْ رَبُّكَ؟ فَيَقُولُ: هَاهْ هَاهْ هَاهْ، لَا أَدْرِي، فَيَقُولَانِ لَهُ: مَا دِينُكَ؟ فَيَقُولُ: هَاهْ هَاهْ، لَا أَدْرِي، فَيَقُولَانِ: مَا هَذَا الرَّجُلُ الَّذِي بُعِثَ فِيكُمْ؟ فَيَقُولُ: هَاهْ هَاهْ، لَا أَدْرِي، فَيُنَادِي مُنَادٍ مِنَ السَّمَاءِ: أَنْ كَذَبَ، فَأَفْرِشُوهُ مِنَ النَّارِ، وَأَلْبِسُوهُ مِنَ النَّارِ، وَافْتَحُوا لَهُ بَابًا إِلَى النَّارِ

“Jika yang meninggal adalah orang kafir, maka ruhnya akan dikembalikan kepada jasadnya. Ketika itu datanglah dua malaikat seraya mendudukkannya. Kedua malaikat itu bertanya, “Siapa Rabbmu?” dia pun menjawab, “Hah, hah, hah. Aku tidak tahu.” Malaikat itu bertanya lagi, “Apa agamamu?” dia menjawab, “Hah, hah. Aku tidak tahu.” Malaikat itu bertanya lagi, “Siapa lelaki yang diutus kepada kalian ini?” dia menjawab, “Hah, hah. Aku tidak tahu.” Setelah itu terdengar suara dari langit:

“Dia telah berdusta. Berilah dia hamparan permadani dari Neraka, berikan pakaian dari neraka, dan bukakanlah pintu-pintu neraka untuknya.”

Beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melanjutkan:

«فَيَأْتِيهِ مِنْ حَرِّهَا وَسَمُومِهَا» قَالَ: «وَيُضَيَّقُ عَلَيْهِ قَبْرُهُ حَتَّى تَخْتَلِفَ فِيهِ أَضْلَاعُهُ» زَادَ فِي حَدِيثِ جَرِيرٍ قَالَ: «ثُمَّ يُقَيَّضُ لَهُ أَعْمَى أَبْكَمُ مَعَهُ مِرْزَبَّةٌ مِنْ حَدِيدٍ لَوْ ضُرِبَ بِهَا جَبَلٌ لَصَارَ تُرَابًا» قَالَ: «فَيَضْرِبُهُ بِهَا ضَرْبَةً يَسْمَعُهَا مَا بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ إِلَّا الثَّقَلَيْنِ فَيَصِيرُ تُرَابًا» قَالَ: «ثُمَّ تُعَادُ فِيهِ الرُّوحُ»

“Kemudian didatangkan kepadanya panas dan baunya neraka. Lalu kuburnya disempitkan hingga tulangnya saling berhimpitan.”

Dalam hadis Jarir ditambahkan; beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Lalu dia dibelenggu dalam keadaan buta dan bisu. Dan baginya disediakan sebatang pemukul dari besi, sekiranya pemukul itu dipukulkan pada sebuah gunung nescaya gunung itu akan hancur menjadi debu.” Beliau melanjutkan:

“Lelaki kafir itu kemudian dipukul dengan pemukul tersebut sampai suaranya dapat didengar oleh semua makhluk; dari hujung timur hingga hujung barat kecuali ats-tsaqalain (yakni jin dan manusia) hingga dia menjadi debu.” Beliau meneruskan penjelasannya:

“Setelah itu, ruhnya dikembalikan lagi.”.” (Sunan Abi Dawud, no. 4753. Bab: Pertanyaan dan Adzab Kubur)

Hadis dalam Shahih Al-Bukhari disebutkan, dari hadis Al-Baraa’ bin ‘Aazib radhiyallahu ‘anhuma, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِذَا أُقْعِدَ المُؤْمِنُ فِي قَبْرِهِ أُتِيَ، ثُمَّ شَهِدَ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، فَذَلِكَ قَوْلُهُ: {يُثَبِّتُ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا بِالقَوْلِ الثَّابِتِ} [إبراهيم: 27]

“Apabila seorang mu’min telah didudukan di dalam kuburnya, dia pun didatangi (oleh malaikat). Kemudian dia bersaksi (mengakui) bahawa tidak yang berhak diibadahi melainkan Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasul Allah. Yang demikian adalah sebagaimana firman Allah:

“Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh.” (Surah Ibrahim, 14: 27).” (Shahih Al-Bukhari, no. 1369)

Manakala dalam lafaz hadis di Shahih Muslim:

{يُثَبِّتُ اللهُ الَّذِينَ آمَنُوا بِالْقَوْلِ الثَّابِتِ} [إبراهيم: 27] ” قَالَ: ” نَزَلَتْ فِي عَذَابِ الْقَبْرِ، فَيُقَالُ لَهُ: مَنْ رَبُّكَ؟ فَيَقُولُ: رَبِّيَ اللهُ، وَنَبِيِّي مُحَمَّدٌ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَذَلِكَ قَوْلُهُ عَزَّ وَجَلَّ: {يُثَبِّتُ اللهُ الَّذِينَ آمَنُوا بِالْقَوْلِ الثَّابِتِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا، وَفِي الْآخِرَةِ} [إبراهيم: 27]

“(Firman Allah): “Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh.” Ayat ini turun berhubung dengan adzab kubur. Lalu dia akan ditanya, “Siapa Rabb engkau?” lalu dia menjawab, “Rabbku Allah, dan Nabiku Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.” Maka demikianlah firman Allah ‘Azza wa Jalla:Rintangan Setelah Kematian

“Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh ketika hidup di dunia dan ketika di akhirat.” (Surah Ibrahim, 14: 27).” (Shahih Muslim, no. 2871)

Faedah hadis:

1, Dibolehkan duduk di saat penguburan berlangsung, namun tidak boleh duduk di atas kubur.

2, Ini adalah dalil yang menunjukkan dibolehkan memberi peringatan (tadzkirah) kepada orang-orang yang hadir (atau turut serta) di kuburan ketika atau sebaik proses penguburan.

3, Peringatan yang diberi adalah untuk orang yang hidup yang hadir, bukan ke atas si mati sebagaimana yang banyak dilakukan oleh kebanyakan orang dalam masyarakat hari ini yang dikenal dengan nama talkin.

4, Disunnahkan untuk memohon kepada Allah agar dilindungi dari adzab kubur. Sekaligus menunjukkan adzab kubur itu benar adanya.

5, Si mati diperdengarkan oleh Allah bunyi hentakan atau geseran kasut orang-orang yang kembali dari mengiringi jenazahnya.

6, Si mati akan didudukkan lalu ditanya tentang siapa Rabb-nya, siapa Nabi-nya, dan apa agamanya oleh dua malaikat.

7, Orang beriman akan mampu menjawab pertanyaan malaikat dengan benar, lalu dihamparkanlah untuknya permadani di Syurga, dibukakan baginya pintu-pintu Syurga, diberikan kepadanya pakaian Syurga, didatangkan kepadanya wangi-wangian Syurga, dan kuburnya pun diluaskan sejauh mata memandang.

8, Orang yang kafir tidak akan mampu menjawab pertanyaan dua malaikat. Dia hanya mampu menjawab dengan mengatakan, “Tidak tahu, tidak tahu…” Lalu dihamparkanlah untuknya permaidani dari Neraka, pakaian dari Neraka, dibukakan untuknya pintu-pintu menuju neraka, didatangkan panas dan bau Neraka, dan kuburnya pun disempitkan sehingga tulang-tulang saling menghimpit.”

9, Orang yang kafir akan dibelenggu di alam kubur dalam keadaan buta dan bisu, disediakan pula dengan mirzabah (pemukul) dari besi yang jika mirzabah ini dipukulkan kepada gunung maka gunung pun akan hancur berkecai.

10, Orang yang dipukul dengan mirzabah ini akan hancur luluh sampai menjadi debu, lalu ruhnya dikembalikan lagi, dan diulangi lagi pukulan ke atas, dan demikianlah seterusnya.

11, Bekal dan keteguhan saat ditanya oleh para malaikat di alam kubur adalah dengan membaca (mempelajari dan memahami), mengimani, dan membenarkan Kitab Allah.

4, Penjelasan sifat malaikat dan keadaan orang yang ditanya.

Dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘ahu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِذَا قُبِرَ الْمَيِّتُ، أَوْ قَالَ: أَحَدُكُمْ، أَتَاهُ مَلَكَانِ أَسْوَدَانِ أَزْرَقَانِ، يُقَالُ لأَحَدِهِمَا: الْمُنْكَرُ، وَلِلآخَرِ: النَّكِيرُ،

“Apabila seorang mayyit [atau beliau mengatakan: salah seorang dari kalian] telah dikubur, maka akan datanglah dua malaikat hitam kebiru-biruan. Salah satu dari keduanya disebut Al-Munkar, dan salah satu lagi An-Nakiir.”

فَيَقُولاَنِ: مَا كُنْتَ تَقُولُ فِي هَذَا الرَّجُلِ؟ فَيَقُولُ: مَا كَانَ يَقُولُ: هُوَ عَبْدُ اللهِ وَرَسُولُهُ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، فَيَقُولاَنِ: قَدْ كُنَّا نَعْلَمُ أَنَّكَ تَقُولُ هَذَا،

“Lalu kedua malaikat itu bertanya:

“Apa yang engkau katakan tentang lelaki ini?” Maka dia mengatakan, “Dia adalah hamba Allah dan Rasul-Nya, aku bersaksi (mengakui) bahawa tiada ilah (yang berhak diibadahi) melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya.”Kubur Yang Menanti

Maka dua malaikat itu pun berkata:

“Sungguh, kami berdua mengetahui bahawa engkau akan mengucapkan ini.”

ثُمَّ يُفْسَحُ لَهُ فِي قَبْرِهِ سَبْعُونَ ذِرَاعًا فِي سَبْعِينَ، ثُمَّ يُنَوَّرُ لَهُ فِيهِ، ثُمَّ يُقَالُ لَهُ، نَمْ، فَيَقُولُ: أَرْجِعُ إِلَى أَهْلِي فَأُخْبِرُهُمْ، فَيَقُولاَنِ: نَمْ كَنَوْمَةِ العَرُوسِ الَّذِي لاَ يُوقِظُهُ إِلاَّ أَحَبُّ أَهْلِهِ إِلَيْهِ، حَتَّى يَبْعَثَهُ اللَّهُ مِنْ مَضْجَعِهِ ذَلِكَ،

“Lalu setelah itu diluaskanlah untuknya kuburnya 70 hasta sebanyak 70 kali. Kemudian diterangi untuknya, lalu dikatakan padanya, “Tidurlah.” Lalu dia berkata:

“Aku mahu kembali kepada keluargaku lalu mengkhabari pada mereka.” Maka dua malaikat itu berkata:

“Tidurlah sebagaimana tidurnya pengantin yang tidak ada yang membangunkannya melainkan keluarganya yang paling mencintainya.” Demikianlah sampai Allah membangkitkannya dari tempat tidurnya.”

وَإِنْ كَانَ مُنَافِقًا قَالَ: سَمِعْتُ النَّاسَ يَقُولُونَ، فَقُلْتُ مِثْلَهُ، لاَ أَدْرِي، فَيَقُولاَنِ: قَدْ كُنَّا نَعْلَمُ أَنَّكَ تَقُولُ ذَلِكَ، فَيُقَالُ لِلأَرْضِ: التَئِمِي عَلَيْهِ، فَتَلْتَئِمُ عَلَيْهِ، فَتَخْتَلِفُ فِيهَا أَضْلاَعُهُ، فَلاَ يَزَالُ فِيهَا مُعَذَّبًا حَتَّى يَبْعَثَهُ اللَّهُ مِنْ مَضْجَعِهِ ذَلِكَ.

“Jika dia seorang munafiq, dia akan menjawab:

“Aku mendengar manusia mengucapkan sesuatu, aku pun mengucapkan yang semisal dengannya, aku tidak tahu.” Maka dua malaikat itu pun berkata:

“Sungguh, kami mengetahui bahawa engkau akan megucapkan ini.”

Kemudian diperintahkanlah kepada bumi, “Himpitlah dia!”

Bumi pun menghimpitnya sampai bercerai-berai tulang-tulang rusuknya. Terus-menerus dia diadzab padanya sampailah Allah bangkitkannya dari tempat tidurnya.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 1071. Dinilai hasan oleh Al-Albani)

Faedah hadis:

1, Sebaik si mati selesai dikuburkan, maka dia akan didatangi oleh dua malaikat hitam kebiru-biruan.

2, Dua malaikat tersebut disebut sebagai Al-Munkar dan An-Nakiir dan ia akan menanyakan soalan.

3, Jika yang ditanya dapat menjawab soalan malaikat dengan benar, kuburnya pun diluaskan 70 hasta sebanyak 70 kali dan diterangi dengan cahaya, lalu dikatakan kepadanya, “Tidurlah..” sampai Allah membangkitkannya. Ini menunjukkan dalil adanya nikmat kubur.

4, Jika yang ditanya itu seorang yang munafiq, maka dia pun tidak mampu menjawabnya dengan benar dan menjawabnya dengan jawaban tidak tahu. Lalu dia pun akan dihimpit oleh bumi sampai bercerai-berai tulang-tulang rusuknya.

5, Orang yang munafiq akan terus menerus diadzab di alam kubur sampailah Allah membangkitkannya. Dan ini adalah dalil yang menunjukkan adanya adzab kubur.

6, Menunjukkan soalan di alam kubur akan dapat dijawab dengan keimanan atas dasar ilmu dan amal yang benar. Tidak boleh hanya ikut-ikutan tanpa ilmu.Menuai Pahala Setelah Kematian

Dari hadis Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu:

العَبْدُ إِذَا وُضِعَ فِي قَبْرِهِ، وَتُوُلِّيَ وَذَهَبَ أَصْحَابُهُ حَتَّى إِنَّهُ لَيَسْمَعُ قَرْعَ نِعَالِهِمْ، أَتَاهُ مَلَكَانِ، فَأَقْعَدَاهُ، فَيَقُولاَنِ لَهُ: مَا كُنْتَ تَقُولُ فِي هَذَا الرَّجُلِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟ فَيَقُولُ: أَشْهَدُ أَنَّهُ عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ، فَيُقَالُ: انْظُرْ إِلَى مَقْعَدِكَ مِنَ النَّارِ أَبْدَلَكَ اللَّهُ بِهِ مَقْعَدًا مِنَ الجَنَّةِ، قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ” فَيَرَاهُمَا جَمِيعًا، وَأَمَّا الكَافِرُ – أَوِ المُنَافِقُ – فَيَقُولُ: لاَ أَدْرِي، كُنْتُ أَقُولُ مَا يَقُولُ النَّاسُ، فَيُقَالُ: لاَ دَرَيْتَ وَلاَ تَلَيْتَ، ثُمَّ يُضْرَبُ بِمِطْرَقَةٍ مِنْ حَدِيدٍ ضَرْبَةً بَيْنَ أُذُنَيْهِ، فَيَصِيحُ صَيْحَةً يَسْمَعُهَا مَنْ يَلِيهِ إِلَّا الثَّقَلَيْنِ

“Sesungguhnya seorang hamba apabila telah diletakkan di dalam kuburnya, orang-orang yang menghantar dan mengikutinya pun beredar pergi, sampai dia pun akan mendengar hentakkan kasut-kasut (yang pergi). Lalu datanglah dua malaikat, keduanya akan mendudukkannya dan bertanya kepadanya, “Apa yang engkau katakan tentang lelaki ini (iaitu) Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam?” Maka dia menjawab:

“Aku bersaksi (mengakui) bahawa dia adalah hamba Allah dan Rasul-Nya.” Lalu dikatakan kepadanya:

“Lihatlah tempat dudukmu di An-Naar! Benar-benar Allah telah menggantikan untukmu dengan sebuah tempat di Jannah.”

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjelaskan lagi:

“Maka dia pun melihat keduanya secara bersamaan. Dan adapun bagi yang kafir [atau yang munafiq], maka dia akan berkata (menjawab soalan tersebut):

“Aku tak tahu, dahulu aku hanya mengucapkan apa yang dikatakan oleh orang-orang.” Maka dikatakan kepadanya:

“Engkau tidak tahu, dan engkau tidak mengikuti (kebenaran).”

Lalu dia pun dipukul dengan pemukul dari besi dengan sekali pukulan. Dia menjerit dengan jeritan  yang akan didengar oleh seluruh yang ada berdekatan dengannya melainkan ats-tsaqalain (jin dan manusia).” (Shahih Al-Bukhari, no. 1338)

Faedah hadis:

1, Si mati akan disoal di alam kubur sebaik orang-orang yang menghantar jenazahnya kembali.

2, Allah memperdengarkan bunyi geseran atau hentakan kasut orang-orang yang kembali dari menghantarkan jenazahnya.

3, Dua malaikat akan datang menyoal si mati sebaik memasuki alam kubur.

4, Si mayyit akan bersaksi dengan tauhidnya.

5, Akan diperlihatkan Neraka dan Syurga ketika di alam kubur. Bagi yang mampu menjawab dengan benar, maka diapun dijanjikan Syurga.

6, Adapun bagi orang kafir dan munafiq, dia tidak akan mampu menjawab soalan dengan benar dan hanya mengatakan, “Tidak tahu…”

7, Menunjukkan beragama ini tidak boleh hanya sekadar dengan ikut-ikutan, sebaliknya hendaklah dia beragama dengan penyaksian (iqrar) yang benar tentang Allah dan Rasul-Nya, lalu barulah dia akan mampu berhadapan dengan soalan-soalan dua malaikat di alam kubur.

8, Bagi orang yang enggan mengikuti kebenaran, dia pun dipukul dengan pemukul dari besi dengan sekali pukulan. Dia menjerit dengan jeritan  yang akan didengar oleh seluruh yang ada berdekatan dengannya melainkan ats-tsaqalain (jin dan manusia).Perjalanan Ruh Setelah Kematian

Dari hadis Asma’ bintu Abi Bakr Ash-Shiddiq radhiyallahu ‘anhuma, beliau berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berdiri dalam keadaan sedang berkhuthbah (ketika berlangsungnya gerhana), beliau memuji Allah ‘Azza wa Jalla dan menyanjungnya, kemudian bersabda:

مَا مِنْ شَيْءٍ لَمْ أَكُنْ أُرِيتُهُ إِلَّا رَأَيْتُهُ فِي مَقَامِي، حَتَّى الجَنَّةُ وَالنَّارُ، فَأُوحِيَ إِلَيَّ: أَنَّكُمْ تُفْتَنُونَ فِي قُبُورِكُمْ – مِثْلَ أَوْ – قَرِيبَ – لاَ أَدْرِي أَيَّ ذَلِكَ قَالَتْ أَسْمَاءُ – مِنْ فِتْنَةِ المَسِيحِ الدَّجَّالِ، يُقَالُ مَا عِلْمُكَ بِهَذَا الرَّجُلِ؟ فَأَمَّا المُؤْمِنُ أَوِ المُوقِنُ – لاَ أَدْرِي بِأَيِّهِمَا قَالَتْ أَسْمَاءُ – فَيَقُولُ: هُوَ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ، جَاءَنَا بِالْبَيِّنَاتِ وَالهُدَى، فَأَجَبْنَا وَاتَّبَعْنَا، هُوَ مُحَمَّدٌ ثَلاَثًا، فَيُقَالُ: نَمْ صَالِحًا قَدْ عَلِمْنَا إِنْ كُنْتَ لَمُوقِنًا بِهِ. وَأَمَّا المُنَافِقُ أَوِ المُرْتَابُ – لاَ أَدْرِي أَيَّ ذَلِكَ قَالَتْ أَسْمَاءُ – فَيَقُولُ: لاَ أَدْرِي، سَمِعْتُ النَّاسَ يَقُولُونَ شَيْئًا فَقُلْتُهُ

“Tidak ada suatu pun yang belum pernah aku lihat melainkan aku melihatnya pada kedudukanku ini, sampai-sampai al-jannah dan an-naar juga. Bahawa diwahyukan kepada aku bahawa kalian akan mendapatkan fitnah di alam kubur semisal atau hampir sama dengan fitnah Al-Masih Ad-Dajjal.

Dia akan ditanya, “Apa yang engkau ketahui dari lelaki ini?” Adapun bagi yang mu’min (beriman) atau yang muqin (mantap keyakinan dan keimanannya), maka dia akan menjawab:

“Dia adalah Muhammad Rasul Allah, dia telah datang kepada kami dengan membawakan al-bayyinaat (bukti penjelasan) dan al-huda (petunjuk). Kami pun menerima (mentaati) dan mengikuti, beliau adalah Muhammad. (diulang-ulang sebanyak tiga kali).” Maka dikatakan kepadanya:

“Tidurlah dengan tenang, kami telah mengetahui bahawa engkau adalah orang yang muqin.”

Adapun orang-orang yang munafiq atau yang murtad, mereka menjawab:

“Aku tidak tahu, aku mendengar manusia mengatakan sesuatu, maka aku pun ikut mengatakannya.” (Shahih Al-Bukhari, no. 86. Shahih Muslim, no. 905)

Faedah hadis:

1, Menunjukkan sunnah khuthbah ketika terjadi gerhana.

2, Adanya ujian di alam kubur yang dahsyatnya mirip seperti fitnah dajjal.

3, Dia akan ditanya tentang Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan kemampuan menjawabnya bergantung pada bentuk penerimaan, ketaatan, dan ittiba’nya terhadap Nabi ketika di hayat dunia.

4, Orang-orang yang beriman akan selamat dari adzab kubur dan dikatakan padanya agar tidur dengan tenang.

5, Adapun orang yang munafiq atau yang murtad (yakni yang meninggalkan Islam), maka dia tidak akan mampu menjawab pertanyaan di alam kubur.

6, Agama dibina dengan ilmu berdasarkan al-bayyinat dan al-huda yang dibawa oleh Nabi, bukan hanya sekadar ikut si fulan dan ikut si fulan atau manusia-manusia yang lainnya.

Wallaahu a’lam.ingat mati, cerdik bijak