Kami Terpaksa Terjun Dalam Pilihan Raya Dan Masuk Ke Parlimen

Kami Terpaksa Terjun Dalam Pilihan Raya Dan Masuk Ke Parlimen

Syaikh Muhammad bin ‘Abdillah Al-Imam Hafidzahullah
www.ilmusunnah.com
تنوير الظلمات بكشف مفاسد وشبهات الانتخابات

Al-Ikraahالإكراه” (keterpaksaan) secara istilah adalah, “Membawa seseorang untuk mengerjakan atau mengatakan sesuatu yang dia tidak ingin melakukannya.” Inilah takrif (definisi) al-ikraah (terpaksa).

Dengan definisi tersebut, membawa maksud ada pihak yang memaksa (مُكْرِهٍ) dan ada pihak yang dipaksa (مُكْرَهٍ).

Dan ini sebagaimana dalil dalam Al-Qur’an Al-Kariim, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

إِلَّا مَنْ أُكْرِهَ وَقَلْبُهُ مُطْمَئِنٌّ بِالْإِيمَانِ وَلَكِنْ مَنْ شَرَحَ بِالْكُفْرِ صَدْرًا فَعَلَيْهِمْ غَضَبٌ مِنَ اللَّهِ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

“Kecuali orang yang dipaksa kafir sedangkan hatinya tetap tenang dalam keimanan (dia tidaklah berdosa), akan tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya.” (Surah An-Nahl, 16: 106)

Dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

وُضِعَ عَنْ أُمَّتِى الْخَطَأُ وَالنِّسْيَانُ وَمَا اسْتُكْرِهُوا عَلَيْهِ

“Diangkat dari umatku (balasan) disebabkan kesilapan, kelupaan, dan apa-apa yang dipaksakan atasnya.” (Sunan Ibnu Majah, no. 2035. Al-Mu’jam Al-Awsath, no. 8273)

Dari ayat dan hadis ini menunjukkan bahawa ada orang yang memaksa seorang muslim untuk melakukan perbuatan haram, atau mengatakan yang haram.

Para ulama membahagikan al-ikraah (terpaksa) kepada dua bahagian:

1, “ملجئ”, keterpaksaan dalam mencari perlindungan, iaitu dia mencari perlindungan dari ancaman bunuh atau diancam dengan sesuatu yang dia tidak mampu menanggungnya, disertai dengan sangkaan yang kuat bahawa ancaman tersebut pasti akan dilaksanakan. Maka para ulama berpendapat dalam masalah ini adalah mirip, kerana itulah para ulama terkemudian melihat perlunya membahagi permasalahan ini menjadi dua.

2, “إكراه غير ملجئ”, keterpaksaan orang yang tidak mencari perlindungan. Batasannya adalah bila seseorang diancam dengan sesuatu yang tidak sampai menyebabkan dia menghadapi kecelakaan atau orang yang memaksanya tidak memiliki cukup kekuatan dan kemampuan untuk melaksanakan ancamannya.

Melakukan yang diharamkan dengan alasan terpaksa adalah dibolehkan dengan dua syarat tersebut. Jadi, kita lihat dari kalangan saudara-saudara kita ini. Kita katakan kepada mereka:

“Siapa yang telah memaksa kalian untuk melibatkan diri ke kancah pilihan raya?”

Jika mereka jawab:

“Mereka telah memaksa kami.” Maka kami jawab:

“Hakikatnya tidak ada paksaan ke atas kalian dan tidak terjadi pun pemaksaan, tidak yang besar, tidak pula yang kecil.”

Kerana memang tidak ada orang yang memaksa. Lalu sebenarnya, kalian-lah yang menyeru manusia kepada pilihan raya dan mencari-cari dalil (untuk menghalalkannya), dan memerangi orang yang menyelisihi kalian dalam kefahaman tersebut.

Maka, pernyataan bahawa kalian “dipaksa”, sebenarnya itu adalah kedustaan.

Kalau pengakuan mereka terbukti bathil, lalu apa tujuan dari segala bentuk alasan dan propaganda kalian ini (yang mengatakan kalian terpaksa)?

Jawabnya adalah, dalam rangka menghalalkan sikap-sikap mereka dan memperdayakan masyarakat umum. Sehingga apabila gagal, mereka pun “dimaafkan” oleh masyarakat. (Lihat: Tanwiir Adz-Dzulumaat bi Kasyfi Mafaasid wa Syubuhaat al-Intikhaabaat, m/s. 192-193 – Maktabah Al-Furqon)

Mereka mengatakan: “Kami masuk Pilihan Raya Kerana Dharurat.”

Adh-Dharurahالضرورة” berasal dari kata “الضرر” (bahaya), dan dari sudut istilah menurut Az-Zarkasyi”:

“Adh-Dharurah adalah sampainya kepada had (batasan atau sempadan), jika tidak melaksanakan yang terlarang, maka akan celaka atau begitu hampir menjadi celaka.” Dan inilah yang ditemui dalam kitab-kitab al-qawa’id (kaedah-kaedah fiqh).

Dan selain dari Az-Zarkasyi mengatakan:

“Bahawa adh-dharurah bermaksud datangnya suatu keadaan pada manusia berupa kepayahan/kesukaran, bahaya, dan kesusahan yang ia merasa takut atau bimbang terjadinya sesuatu yang membahayakan atau menyakiti jiwa dan anggota badan, kehormatan, akal, dan harta, serta yang menyertainya.”

Seharusnya pada keadaan seperti ini dibolehkan untuk melakukan perbuatan yang haram, atau meninggalkan yang wajib, atau menunda amalan wajib dari waktu perlaksanaannya. Ini semua dilakukan dalam rangka menolak bahaya yang mungkin timbul bersesuaian dengan sangkaan yang kuat secara syar’i. Ini adalah definisi yang paling komprehensif tanpa perlu tambahan lagi.

Saya katakan, dalam perkara ini ada perbezaan antara “adh-dhadurah” dan “al-mash-lahah”. Maslahah lebih bersifat umum dan adh-dharurah bersifat khusus. Adh-Dharurat berlaku di saat yang amat kritikal dan ditakuti munculnya bahaya sebagaimana yang kamu lihat.

Al-Qur’an menjelaskan tentang adh-dharurah, Allah Ta’ala berfirman:

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَنْ تَسْتَقْسِمُوا بِالْأَزْلَامِ ذَلِكُمْ فِسْقٌ الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِإِثْمٍ فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

“Diharamkan ke ats kamu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih dengan selain nama Allah, yang mati tercekik, yang mati terpukul, yang mati kerana jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan atas kamu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, itu adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, dari itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Aku redhai Islam itu menjadi agama bagimu. Maka sesiapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Al-Ma’idah, 5: 3)

Makanan yang diharamkan ini boleh dimakan dalam keadaan yang sangat lapar, yang dengan sebab kelaparan tersebut dibimbangi akan membinasakan seseorang.

Allah telah menjadikan syari’at-Nya atas dasar kemudahan. Dan Dia telah memberikan banyak sekali jalan keluar dari pelbagai kesulitan, dan sudah tentu tidak akan cukup ruangnya untuk menyebutkan semua itu.

Maka apa dia dari bentuk-bentuk dharurah yang telah menjadikan para ash-hab al-intikhaabaat (pendukung pilihan raya) menempuh cara ini?

Mereka mengatakan, “Kami terpaksa, dan jika kami tidak mengikutinya maka mereka akan memotong janggut-janggut kami (melenyapkan penampilan Islami – pent.), melarang kami menegakkan Islam, melarang kaum muslimin melaksanakan solat di masjid-masjid, melarang mengajarkan Al-Qur’an, serta tidak mengizikan khuthbah dan muhadharah (ceramah)…” Dan pelbagai lagi lainnya dari alasan-asalan mereka.

Dan dari arah (perspektif) kedua, disyari’atkannya hukum dharurah adalah dalam rangka menghilangkan bahaya. Persoalannya, apakah bahaya yang menimpa kaum muslimin akan lenyap dengan masuknya kalian ke dalam parlimen?

Jika mereka mengatakan, “Ya.” Maka ini tidaklah benar.

Contoh, di masa-masa akhir pemerintahan Presiden Anwar Sadat, puluhan ribu umat Islam dipenjarakan, sedangkan di parlimen Mesir ramai wakil rakyat dari kalangan kaum Muslimin. Mereka tidak mampu melakukan apa-apa pun.

Begitu juga di Sudan ketika Numairi menangkap para aktivis muslim. Di antara para aktivis muslim tersebut yang ditangkap terdapat penasihat-penasihat elit pemerintahan. Tetapi mereka semua tidak mampu berbuat apa-apa pun. Jadi, keadaan kaum muslimin tetap seperti itu, dan penglibatan mereka ke dalam parlimen hanyalah menambah burukkan lagi keadaan di pelbagai tempat. Walaupun kadangkala ada juga yang mengurangi keburukan.

Jadi, perkara pertama tadi (berkaitan bertambahnya keburukan) sebenarnya telah menggugurkan hujah mereka, kerana hukum dharurah disyari’atkan demi melenyapkan bahaya (bukannya semakin menambahkan keburukan atau bahaya). Demikiahlah 60 tahun (bahkan 80 tahun – pent.) telah berlalu. Dengan ucapan-ucapan ini malah kami dapati keadaan kaum muslimin kian bertambah buruk dari hari ke hari, demikian pula tingkah-laku orang-orang yang mengucapkan hal tersebut sendiri (juga turut menjadi semakin buruk – pent.).

Dan secara zahirnya bahawa saudara-saudara kita semoga Allah memaafkan mereka, berdiri di beberapa parit. Jika mereka dikepung dalam satu parit, mereka berteriak dari parit yang lainnya. Mula-mula mereka beralasan dengan syura (musyawarah), kemudian al-mash-lahah al-mursalah, kemudian akhoffu adh-dhorurain (memilih mudharat yang kecil dari dua mudharat yang ada), kemudian dharurah yang memaksa.

Maka sesungguhnya ini semua tidak bermanfaat buat mereka, maka mereka pun membalas dengan jawaban, “Apa yang kalian mahu kami lakukan?” “Adakah kalian mahu kami memberi peluang kepada musuh-musuh Islam?!”

Mereka membentangkan contoh-contoh logika yang tidak tepat, sedangkan akal yang sahih tidak bertentangan dengan wahyu yang sahih. Sebagaimana dijelaskan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullahu Ta’ala.

Dan sesiapa yang tidak mampu megambil manfaat bukti-bukti dan tidak pula mampu memahami hakikat dari waqi’ (realiti keadaan) yang dialami umat Islam di sidang-sidang perwakilan sejak lebih dari setengah abad yang lalu, maka mereka pun tidak akan peduli lagi dengan dalil-dalil yang tadi disebutkan semuanya, melainkan apabila Allah ‘Azza wa Jalla menghendaki. Allah-lah tempat mengadu.

Adapun perkataan mereka, “Dan jika kami tidak mengikuti mereka, mereka pun akan memotong janggut-janggut kami…” Maka jawabnya:

“Sudah dimaklumi bahawa Allah ‘Azza wa Jalla menjadikan perseteruan antara yang haq dengan yang bathil, adakalanya Allah ‘Azza wa Jalla menguasakan ahli bathil ke atas pengikut al-haq. Dan adapun yang menjadi kewajiban bagi pendukung kebenaran adalah dengan bersabar, dan tidak boleh bagi mereka melakukan atau mengambil jalan-jalan yang tidak syar’i dalam melawan musuh.” (Lihat: Tanwiir Adz-Dzulumaat bi Kasyfi Mafaasid wa Syubuhaat al-Intikhaabaat, m/s. 194-196 – Maktabah Al-Furqon)

Mereka juga mengatakan: “Kami menyertai pilihan raya kerana memilih akhoffu adh-dhorurain.”

Kata mereka, “Kami mengakui bahawa pilihan raya itu adalah keburukan, akan tetapi penglibatan kami di dalamnya adalah dalam rangka memilih akhoffu adh-dhorurain (iaitu: memilih mudharat yang paling ringan di antara dua mudharat yang besar yang tidak dapat dielakkan) dan demi mewujudkan kemaslahatan yang lebih besar.”

Maka kami katakan: Memilih Akhoffu Adh-Dhorurain di sisi kalian adalah dengan turut serta di dalam sidang parlimen (atau pilihan raya). Dan mari kita lihat apa yang dimaksudkan dengan memilih mudharat yang paling ringan di sisi mereka.

Soalan 1: Siapakah hakim dalam majlis perwakilan tersebut, Allah atau-kah manusia?

Jawaban mereka: Manusia.

Soalan 2: Apabila hukum manusia yang berkuasa di majlis perwakilan, adakah ini termasuk syirik akbar (besar) atau syirik ashghar (kecil)?

Jawaban mereka: Syirik akbar.

Soalan 3: Kenapa syirik akbar?

Al-Jawab, kerana hukum Allah ‘Azza wa Jalla diabaikan dan di sana ada orang-orang yang tidak mengiktiraf hukum Allah ‘Azza wa Jalla, sebalik mereka berhukum dengan suara majoriti.

Dan sebagaimana diketahui bahawa yang menjadi hakim dalam sidang perwakilan adalan manusia (atau hukum manusia), bahkan hukum Allah ‘Azza wa Jalla ditolak dan boleh digugat dan ini tidak dinafikan lagi adalah termasuk syirik yang besar. Apabila ini adalah kesyirikan berbentuk penentangan terhadap syari’at Allah, lalu masih adakah dosa yang lebih besar dari kesyirikan dan kekufuran ini? Sebagaimana disebutkan oleh Allah:

إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa selain dari syirik bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Sesiapa yang mensyirikkan Allah, maka sungguh dia telah berbuat dosa yang besar.” (Surah An-Nisaa’, 4: 48)

Kerana syirik adalah dosa yang paling besar, maka Allah tidak mengampuni dosa pelakunya apabila ia mati dalam keadaan tersebut. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah ditanya:

“Dosa apakah yang paling besar di sisi Allah?” Beliau jawab, “Iaitu engkau mensyirikkan Allah, sedangkan Dia-lah yang telah menciptakan engkau.” Kemudian beliau ditanya lagi setelah itu, maka beliau jawab, “Engkau membunuh anakmu sendiri kerana bimbang ia akan turut serta makan bersamamu (risau tidak cukup makanan).” (Muttafaq ‘alaih, daripada hadis ‘Abdullah Ibnu Mas’oud)

Jelaslah bagi kita bahawa mereka di beberapa keadaan telah melakukan perbuatan syirik yang besar. Dan bukanlah bahaya yang paling ringan.

Allah ‘Azza wa Jalla telah berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah engkau mengambil orang-orang Yahudi dan Nashaara sebagai awliyaa’ (pemimpin), sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Dan sesiapa di antara kamu yang mengambil dari mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya dia termasuk dari mereka.” (Surah Al-Ma’idah, 5: 51)

Ini adalah hukum Allah ‘Azza wa Jalla terhadap orang-orang yang tunduk kepada orang-orang Yahudi dan Nashaara.

Dan Allah berfirman:

وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللَّهِ يُكْفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلَا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُمْ

“Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Kitaab (Al-Qur’aan) bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan dengannya, maka jangan-lah engkau duduk-duduk bersama mereka, sehingga-lah memasuki perbicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (jika engkau berbuat demikian), tentu engkau serupa saja dengan mereka.” (Surah An-Nisaa’, 4: 140)

Allah Ta’ala tidak mengatakan, “maa ‘alaikum min syai’un.” (tidak-lah atas kalian segala sesuatu (dari risiko dan keburukan)) dan tidak pula mengatakan, “Kecuali parti-parti Islam, sesungguhnya hal tersebut disyari’atkan atas mereka.”

Dan kami katakan kepada mereka: Adakah mereka telah bertanya kepada ulama tentang keburukan yang mereka pilih? Sudahkah mereka menjelaskan kepada para ulama hakikat perbuatan mereka ini? Ataukah mereka hanya menipu ulama?

Kalau demikian, kaedah ini telah digunakan bukan pada tempatnya. Memang benar, bahawa sebahagian perbuatan buruk boleh dilakukan untuk mewujudkan kemaslahatan yang besar, sebagaimana yang dilakukan oleh sebahagian sahabat ketika mereka melihat rambut kemaluan anak-anak Yahudi Bani Quraidzoh dengan tujuan untuk mengetahui antara yang telah tumbuh rambutnya, dan yang belum tumbuh. Jika rambutnya telah tumbuh, maka mereka dibunuh, jika belum maka tidak dibunuh.

Walau bagaimanapun, telah jelas bagi kita bahawa kaedah tersebut tidak diterapkan bersesuaian dengan hakikatnya. Inilah musibah parti-parti Islam, mereka menerapkan apa yaang sesuai dengan selera hawa nafsu mereka sendiri, sehingga mereka diharamkan (dijauhkan) dari ittiba’ (mengikuti sunnah Rasulullah). Wa at-Taufiq minallah.

Kemudian, maslahah besar apa yang telah mereka wujudkan? Kita telah mengetahui kejahatan yang mereka terjerumus ke dalamnya, kemudian kita rasa teruja dengan kemaslahatan yang mereka maksudkan. Kerana mereka sentiasa mendakwa bahawa mereka akan membuahkan kemaslahatan yang besar.

Maka kita katakan, sejak 60 tahun yang lalu telah terbukti tanpa dapat dibantah bahawa mereka tidak mampu mewujudkan satu pun kemaslahatan untuk Islam.

Adapun ucapan mereka bahawa mereka berkecimpung di arena pilihan raya dalam rangka menempuh sesuatu yang bahayanya paling ringan dan dalam rangka mendirikan negara Islam lalu menerapkan syari’at Islam, semua itu hanyalah slogan kosong.

Mampukah syari’at ditegakkan sedangkan masyarakat belum bersedia menerimanya?

Jawabanya, sudah tenti tidak! Perhatikanlah kandungan hadis daripada Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma tentang kisah heracle. Ketika Abu Sufyan memngkhabarkan kepadanya tentang sifat-sifat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan dakwahnya, lalu datanglah surat Rasulullah melalui pembesar negeri Bushra. Setelah membaca surat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tersebut, Heracle pun menyatakan:

يَا مَعْشَرَ الرُّومِ، هَلْ لَكُمْ فِي الفَلاَحِ وَالرُّشْدِ، وَأَنْ يَثْبُتَ مُلْكُكُمْ، فَتُبَايِعُوا هَذَا النَّبِيَّ؟ فَحَاصُوا حَيْصَةَ حُمُرِ الوَحْشِ إِلَى الأَبْوَابِ، فَوَجَدُوهَا قَدْ غُلِّقَتْ، فَلَمَّا رَأَى هِرَقْلُ نَفْرَتَهُمْ، وَأَيِسَ مِنَ الإِيمَانِ، قَالَ: رُدُّوهُمْ عَلَيَّ، وَقَالَ: إِنِّي قُلْتُ مَقَالَتِي آنِفًا أَخْتَبِرُ بِهَا شِدَّتَكُمْ عَلَى دِينِكُمْ، فَقَدْ رَأَيْتُ، فَسَجَدُوا لَهُ وَرَضُوا عَنْهُ

“Wahai seluruh rakyat Rom, adakah kalian inginkan kemenangan dan petunjuk, serta kerajaan kalian stabil di tangan kita? (Jika mahu), bai’atlah Nabi ini. Mendengarkan hal tersebut, rakyatnya pun bergegas lari seperti keldai liar menuju pintu (untuk keluar), namun mereka dapati pintu telah terkunci. Melihat keadaan tersebut, Heracle pun putus harapan terhadap keimanan mereka (kepada Muhammad). Lalu Heracle pun memanggil mereka kembali menghadapnya dan beliau pun berkata:

“Sungguh sebenarnya aku mengatakan hal tersebut hanyalah untuk menguji keteguhan hati-hati kalian terhadap agama kalian, kini aku telah pun melihatnya. Lalu mereka pun bersujud dan kembali tunduk kepadanya.” (Shahih Al-Bukhari, no. 7)

Walaupun Heracle adalah seorang raja yang memiliki kekuatan dan kekuasaan, beliau tidak mampu memaksa rakyatnya untuk menerima Islam. Demikian pula Raja Najasyi, setelah masuk Islam dan turun ayat:

وَإِذَا سَمِعُوا مَا أُنْزِلَ إِلَى الرَّسُولِ تَرَى أَعْيُنَهُمْ تَفِيضُ مِنَ الدَّمْعِ مِمَّا عَرَفُوا مِنَ الْحَقِّ

“Dan apabila mereka mendengar apa yang diturunkan kepada Rasul, kamu melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al-Qur’an).” (Surah Al-Ma’idah, 5: 83)

Dan ayat-ayat lainnya (yang sebab-sebab turunnya ada kaitan dengan Najasyi), lihat kitab “Shahih Al-Musnad min Asbabin Nuzul” karya Syaikh Muqbil rahimahullah. Ketika Najasyi meninggal dunia tidak ada yang mensolati beliau, maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun mensolatinya (secara ghaib). Beliau seorang raja Kristian di negeri Habsyah, beliau bukanlah orang yang naik ke tampuk kuasa lalu menegakkan Islam. Ini menandakan pemahaman mereka yang rancu (mengandungi syubhat) dan timbul dari tidak adanya fiqh al-waqi’ (kefahaman terhadap hakikat realiti)!!!

Maka mestilah mengadakan ishlah (memperbaiki) dahulu masyarakat sebelum menuju kepada kerusi pemerintahan.

Kami katakan kepada parti-parti Islam, “Pelajarilah ilmu-ilmu syar’i.” Maka apa yang dicapai bersamaan ini adalah untuk kebaikan.

Kami katakan juga, “Ajarilah manusia ilmu-ilmu agama (yang benar) dan jangan ajari mereka dengan mencari-cari kekuasaan.” Maka apa yang dicapai bersamaan ini adalah untuk kebaikan.

Demi Allah, kami telah banyak melihat umat Islam yang ketika menguasai sebahagian kawasan (atau sidang perwakilan), mereka lebih konsisten (atau berkomitmen) dengan perundangan buatan manusia berbanding selainnya. Bila dikatakan kepada mereka:

“Adakah Allah memerintahkan dengan ini?”

Mereka pun jawab, “Ini adalah undang-undang!”

Lalu, mana perubahan yang telah kalian lakukan terhadap kerosakan-kerosakan yang kalian canang-canangkan ke telinga-telinga manusia?

Kalian telah menghabiskan segenap harta dan memalingkan manusia dari sesuatu yang lebih bermanfaat berupa konsisten terhadap mendakwahkan sunnah dan menjauhi bid’ah!

Dan adalah Allah maha Kuasa atas segala urusan walaupun kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. (Lihat: Tanwiir Adz-Dzulumaat bi Kasyfi Mafaasid wa Syubuhaat al-Intikhaabaat, m/s. 196-200 – Maktabah Al-Furqon)