Jangan Malu Berkata Aku Tidak Tahu!
Abu Numair
www.ilmusunnah.com
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
وَمَا أُوتِيتُم مِّن الْعِلْمِ إِلاَّ قَلِيلاً
“Dan tidaklah kalian diberi pengetahuan kecuali hanya sedikit.” (Surah Al-Israa’, 17: 85)
Allah Subhanahu wa Ta’ala Ta’ala berfirman:
وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَؤُلَاءِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ (31) قَالُوا سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ
“Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman:
“Sebutkanlah kepada-Ku nama (benda-benda) itu jika kalian orang-orang yang benar!”
Mereka menjawab:
“Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui melainkan apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al-Baqarah, 2: 31-32)
Di ayat yang lain, Allah Ta’ala berfirman:
يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ
“Dia (Allah) mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.” (Surah Al-Baqarah, 2: 255)
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ إِلَّا رِجَالًا نُوحِي إِلَيْهِمْ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
“Tidaklah kami mengutuskan sebelum-mu, melainkan kalangan lelaki yang kami wahyukan atas mereka, maka bertanyalah kepada ahli adz-dzikr (orang yang berilmu tentang wahyu/agama) jika kalian tidak mengetahui.” (Surah An-Nahl, 16: 43)
Disebutkan juga dalam Surah Al-Anbiyaa’, 21: 7.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
إِنَّمَا يَأْمُرُكُمْ بِالسُّوءِ وَالْفَحْشَاءِ وَأَنْ تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ
“Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.” (Surah Al-Baqarah, 2: 169)
‘Abdullah bin Mas’oud radhiyallahu ‘anhu berkata:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ، مَنْ عَلِمَ شَيْئًا فَلْيَقُلْ بِهِ، وَمَنْ لَمْ يَعْلَمْ فَلْيَقُلِ اللَّهُ أَعْلَمُ، فَإِنَّ مِنَ العِلْمِ أَنْ يَقُولَ لِمَا لاَ يَعْلَمُ اللَّهُ أَعْلَمُ، قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لِنَبِيِّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: قُلْ مَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ وَمَا أَنَا مِنَ المُتَكَلِّفِينَ
“Wahai manusia, sesiapa yang mengetahui sesuatu hendaklah dia mengatakannya, dan sesiapa yang tidak mengetahui hendaklah dia mengatakan, “Allahu A’lam (Allah lebih mengetahui)”. Kerana termasuk sebahagian dari ilmu adalah mengatakan “Allahu A’lam” bagi sesuatu yang tidak diketahuinya.”
Kemudian beliau menyebutkan firman Allah ‘Azza wa Jalla (Surah Shaad, 38: 86):
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak meminta upah sedikitpun padamu atas dakwahku dan bukanlah aku dari kalangan orang yang takalluf (berkata secara paksa tanpa ilmu).”.” (Shahih Al-Bukhari, no. 4809)
Di hadis yang lain dari Masruq, bahawa ‘Abdullah (bin Mas’oud) berkata:
إِذَا سُئِلَ أَحَدُكُمْ عَمَّا يَعْلَمُ فَلْيَقُلْ بِهِ – قَالَ مَنْصُورٌ: فَلْيُخْبِرْ بِهِ – وَإِذَا سُئِلَ عَمَّا لَا يَعْلَمُ فَلْيَقُلِ اللَّهُ أَعْلَمُ، فَإِنَّ مِنْ عِلْمِ الرَّجُلِ إِذَا سُئِلَ عَمَّا لَا يَعْلَمُ أَنْ يَقُولَ: اللَّهُ أَعْلَمُ، فَإِنَّ اللَّهَ تَعَالَى قَالَ لِنَبِيِّهِ {قُلْ مَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ وَمَا أَنَا مِنَ المُتَكَلِّفِينَ} [ص: 86]
“Jika salah seorang dari kalian ditanya tentang sesuatu yang dia tahu, maka katakanlah… [Manshur, yakni perawi hadis berkata]: Hendaklah dia mengkhabarkanya.
Tetapi apabila dia ditanya tentang sesuatu yang tidak dia ketahui, maka katakanlah: Allahu a’lam, kerana termasuk (sifat) seorang yang berilmu apabila ditanya tentang sesuatu yang dia tidak ketahui adalah dengan mengatakan:
Allahu a’lam. Kerana Allah Ta’ala berfirman kepada Nabi-Nya:
“Katakanlah (Wahai Muhammad), “Aku tidak meminta upah sedikitpun padamu atas dakwahku dan bukanlah aku dari kalangan orang yang takalluf (berkata secara paksa tanpa ilmu).” (Surah Shaad, 38: 86).” (Sunan At-Tirmidzi, no. 3254. Dinilai sahih oleh At-Tirmidzi)
Di riwayat yang lain, dari Masruq, bahawa ‘Abdullah (bin Mas’oud) berkata:
مَنْ عَلِمَ مِنْكُمْ عِلْمًا، فَلْيَقُلْ بِهِ، وَمَنْ لَمْ يَعْلَمْ، فَلْيَقُلْ لِمَا لَا يَعْلَمُ: اللَّهُ أَعْلَمُ. فَإِنَّ: الْعَالِمَ إِذَا سُئِلَ عَمَّا لَا يَعْلَمُ، قَالَ: اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ أَعْلَمُ، ” وَقَدْ قَالَ اللَّهُ لِرَسُولِهِ: {قُلْ مَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُتَكَلِّفِينَ} [ص: 86]
“Sesiapa di antara kalian yang mengetahui suatu ilmu, hendaklah dia mengatakannya. Dan siapa yang tidak mengetahui, katakanlah dalam permasalahan yang dia tidak ketahui itu (dengan ucapan): “Allaahu a’lam (Allah lebih mengetahuinya), kerana seorang yang ‘aalim (berilmu) itu apabila ditanya tentang apa yang dia tidak tahu, (maka) dia pun akan mengatakan:
“Allahu a’lam.”
Sesungguhnya Allah telah berfirman kepada Rasul-Nya, “Katakanlah (Wahai Muhammad), “Aku tidak meminta upah sedikitpun padamu atas dakwahku dan bukanlah aku dari kalangan orang yang takalluf (berkata secara paksa tanpa ilmu).” (Surah Shaad, 38: 86).” (Sunan Ad-Darimi, no. 179)
Dari ‘Urwah, dari Ibnu ‘Umar:
أَنَّ رَجُلًا سَأَلَهُ عَنْ مَسْأَلَةٍ فَقَالَ: لَا عِلْمَ لِي بِهَا، فَلَمَّا أَدْبَرَ الرَّجُلُ، قَالَ ابْنُ عُمَرَ: ” نِعْمَ مَا قَالَ ابْنُ عُمَرَ، سُئِلَ عَمَّا لَا يَعْلَمُ فَقَالَ: لَا عِلْمَ لِي بِهِ
“Bahawa pernah seorang lelaki bertanya kepada Ibnu ‘Umar tentang suatu masalah, lalu beliau mengatakan:
“Aku tidak punya ilmu tentangnya.”
Ketika lelaki itu telah beredar, Ibnu ‘Umar pun berkata, “Itulah sebaik-baik apa yang diucapkan oleh Ibnu ‘Umar ketika ditanya tentang apa yang dia tidak tahu, dia mengucapkan – Aku tidak punya ilmu tentangnya.” (Sunan Ad-Darimi, no. 185)
Dari ‘Abdul ‘Aziz bin Rufai’, beliau berkata:
سُئِلَ عَطَاءٌ عَنْ شَيْءٍ فقالَ: ” لَا أَدْرِي، قَالَ: قِيلَ لَهُ: أَلَا تَقُولُ فِيهَا بِرَأْيِكَ؟ قَالَ: إِنِّي أَسْتَحْيِي مِنَ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ أَنْ يُدَانَ فِي الْأَرْضِ بِرَأْيِي
“‘Athaa’ pernah ditanya tentang sesuatu. Lalu beliau mengatakan, “Aku tidak tahu.” Kemudian ada yang mengatakan kepadanya, “Kenapa engkau tidak menjawabnya berdasarkan pendapat engkau?”
Beliau pun berkata:
“Sesungguhnya aku malu kepada Allah ‘Azza wa Jalla untuk menjadikan pendapatku sebagai pedoman di muka bumi.” (Sunan Ad-Darimi, no. 108)
Dari Ibn Sirin, Humaid bin ‘Abdirrahman berkata:
لَأَنْ أَرُدَّهُ بِعِيِّهِ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ أَنْ أَتَكَلَّفَ لَهُ مَا لَا أَعْلَمُ
“Menjawab dengan jawaban tidak tahu itu lebih aku sukai berbanding aku bertakalluf (memaksakan diri) menjawab dengan apa yang tidak aku ketahui.” (Sunan Ad-Darimi, no. 149)
Dari Mughirah, bahawa Asy-Sya’bi berkata:
لَا أَدْرِي نِصْفُ الْعِلْمِ
“(Mengucapkan) Aku tidak tahu itu adalah separuh ilmu.” (Sunan Ad-Darimi, no. 186)
Dari Asy’ats, bahawa Ibn Sirin berkata:
مَا أُبَالِي سُئِلْتُ عَمَّا أَعْلَمُ أَوْ مَا لَا أَعْلَمُ، لِأَنِّي ” إِذَا سُئِلْتُ عَمَّا أَعْلَمُ، قُلْتُ مَا أَعْلَمُ، وَإِذَا سُئِلْتُ عَمَّا لَا أَعْلَمُ، قُلْتُ: لَا أَعْلَمُ
“Aku tidak kisah ditanya tentang apa-apa yang aku ketahui atau apa-apa yang tidak aku ketahui. Jika aku ditanya tentang apa yang aku tahu, maka aku akan katakan apa yang aku ketahui itu. Tetapi jika aku ditanya tentang apa yang aku tidak ketahui, maka aku katakan, “Aku tidak tahu.”.” (Sunan Ad-Darimi, no. 189)
‘Abdul Malik bin Abi Sulaiman berkata:
سُئِلَ سَعِيدُ بْنُ جُبَيْرٍ، عَنْ شَيْءٍ فَقَالَ «لَا أَعْلَمُ» ، ثُمَّ قَالَ: ” وَيْلٌ لِلَّذِي يَقُولُ لِمَا لَا يَعْلَمُ: إِنِّي أَعْلَمُ
“Sa’id bin Jubair pernah ditanya tentang sesuatu, lalu beliau menjawab:
“Aku tidak tahu.” Kemudian beliau berkata:
“Celakalah bagi orang-orang yang mengatakan tentang apa yang dia tidak ketahui dengan mengatakan, “Sesungguhnya aku mengetahui.” (Jaami’ Bayaan Al-‘Ilm wa Fadhlih, no. 1568)
‘Al-Imam ‘Abdurrahman bin Mahdi rahimahullah (Wafat: 197H) berkata:
كُنَّا عِنْدَ مَالِكِ بْنِ أَنَسٍ، فَجَاءَهُ رَجُلٌ فَقَالَ: يَا أَبَا عَبْدِ اللَّهِ جِئْتُكَ مِنْ مَسِيرَةِ سِتَّةِ أَشْهُرٍ حَمَّلَنِي أَهْلُ بَلَدِي مَسْأَلَةً أَسْأَلُكَ عَنْهَا، قَالَ: فَسَلْ فَسَأَلَهُ الرَّجُلُ عَنْ مَسْأَلَةٍ فَقَالَ «لَا أُحْسِنُهَا» قَالَ: فَبُهِتَ الرَّجُلُ كَأَنَّهُ قَدْ جَاءَ إِلَى مَنْ يَعْلَمُ كُلَّ شَيْءٍ، قَالَ فَقَالَ: فَأَيُّ شَيْءٍ أَقُولُ لِأَهْلِ بَلَدِتِي إِذَا رَجَعْتُ لَهُمْ؟ قَالَ: ” تَقُولُ لَهُمْ: قَالَ مَالِكٌ: لَا أُحْسِنُ
“Kami pernah berada di sisi Imam Malik bin Anas (dalam suatu majlis), lalu datang seorang lelaki seraya berkata:
“Wahai Abu ‘Abdillah (Imam Malik), aku mendatangi-mu dari suatu wilayah yang jauhnya 6 bulan perjalanan. Aku membawa suatu permasalahan (persoalan) dari penduduk negeriku untuk ditanyakan kepada-mu.”
Kata Imam Malik, “Tanyakanlah.”
Maka lelaki itu pun bertanya tentang permasalahannya. Lalu Imam Malik menjawab:
“Aku tidak dapat menjawabnya.”
Maka tecenganglah lelaki tersebut kerana beliau menyangka telah menemui seseorang yang mengetahui segala sesuatu. Lalu lelaki itu pun berkata:
“Jadi, apakah yang harus aku katakan kepada penduduk negeriku apabila aku kembali kepada mereka nanti?”
Jawab Imam Malik, “Katakan pada mereka, bahawa Malik tidak dapat menjawab soalan mereka.” (Jaami’ Bayan Al-‘Ilm wa Fadhlih, no. 1573)
Al-Imam Ibn Wahb rahimahullah (Wafat: 197H) berkata:
قَالَ لِي مَالِكُ بْنُ أَنَسٍ، رَحِمَهُ اللَّهُ وَهُوَ يُنْكِرُ كَثْرَةَ الْجَوَابِ لِلْمَسَائِلِ: «يَا عَبْدَ اللَّهِ مَا عَلِمْتَهُ فَقُلْ بِهِ وَدُلَّ عَلَيْهِ، وَمَا لَمْ تَعْلَمْ فَاسْكُتْ عَنْهُ وَإِيَّاكَ أَنْ تَتَقَلَّدَ لِلنَّاسِ قِلَادَةَ سُوءٍ
“Imam Malik pernah berkata kepada-ku, semoga Allah merahmatinya. Beliau mengingkari perbuatan banyak menjawab permasalahan-permasalahan. Beliau berkata:
“Wahai ‘Abdullah (Ibn Wahb), apa yang engkau ketahui maka katakanlah dan tunjukkanlah tentangnya. Dan apa-apa yang engkau tidak ketahui, maka diamlah darinya. Berhati-hatilah dari memberi tanggapan yang buruk kepada manusia.” (Jaami’ Bayan Al-‘Ilm wa Fadhlih, no. 2080)
Al-Imam Asy-Sya’bi rahimahillah (Wafat: 104H) berkata:
مَا كَلِمَةٌ أَبْغَضُ إِلَيَّ مِنْ: أَرَأَيْتَ
“Tidak ada kalimat (perkataan) yang lebih aku benci berbanding “aku berpendapat…”.” (Jaami’ Bayan Al-‘Ilm wa Fadhlih, no. 2095)
Kata beliau juga:
إِنَّمَا هَلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ فِي: «أَرَأَيْتَ
“Sesungguhnya telah celaka orang-orang sebelum kalian disebabkan suka mengucapkan “aku berpendapat…” (yakni menjawab permasalahan agama menurut hawa nafsu tanpa ilmu).” (Jaami’ Bayan Al-‘Ilm wa Fadhlih, no. 2097)
Wallaahu a’lam.