Kajian Oleh: Ustaz Abu Farouq Rasul Bin Dahri
Antara tokoh-tokh Ikhwanul Muslimin yang banyak bermain dengan falsafah dan teori-teori pemikiran (yang paling menonjol) ialah Sayid Qutub. Disebabkan kekeliruannya yang nyata terhadap sirah, maka beliau rahimahullah telah mencela Khalifah Uthman radiallahu ‘anhu (Moga-moga Allah memberi keuzuran dan mengampunkan segala kesilapannya). Kenyataan ini terbukti di dalam tulisannya. Sayid Qutub berkata tentang Khalifah Uthman radiallahu ‘anhu:
Dalam kitab العواصم من القواصم oleh Abi Bakr Ibnu al-Arabi, hlm. 217 hingga ke hlm. 234, para pembaca yang budiman dapat menilai susunan kata-kata Sayid Qutub yang menggambarkan penghinaan yang keterlaluan terhadap Khalifah Uthman:
Berdasarkan penjelasan di atas, maka nyatalah keyakinan seperti ini boleh diklasifikasikan sebagai keyakinan yang berbaur dengan elemen ideologi Syiah. Namun Sayid Qutub tidak boleh dihukum kafir di atas beberapa kesilapannya.
Pengekor Sayid Qutub (Farid Nu’man) dalam bukunya Al-Ikhwan al-Muslimun Anugerah Allah Yang Terzalimi membelanya dalam hal ini dengan alasan dan istilah “Kebarangkalian”. Beliau berkata: “Barangkali seandainya Allah SWT memberikan umur yang panjang, ia akan merevisinya seperti yang sudah-sudah”. (Lihat: al-Ikhwan al-Muslimun Anugerah Allah Yang Terzalimi. Hlm. 231) Tidak boleh membela kebenaran dengan andaian atau kebarangkalian. Perlu ilmiyah dan berlaku adil apabila mempertahankan kebenaran, bukan main tangkap muat atau syok sendiri.
Selain mencela Uthman, maka antara kesalahan Sayid Qutub ialah mengkafirkan umat melalui kata-katanya:
Inilah bentuk takfir (menghukum orang lain kafir) dan menghukum murtad kepada orang Islam yang di luar kelompoknya. Inilah juga antara ciri-ciri doktrin dan fahaman Khawarij tulin, iaitu mudah mengkafirkan orang yang tidak menerima fahamannya. Sayid Qutub mentahrif (merubah makna) dan mentakwil nas-nas al-Quran sehingga diertikan bahawa al-Quran itu makhluk (bukan Kalamullah). Beliau berkata:
Melalui penafsiran dua ayat di atas menunjukkan bahawa Sayid Qutub meyakini bahawa al-Quran itu adalah صنع الله ciptaan Allah (makhluk), bukan Kalamullah. Keyakinan ini bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah. Berkata Imam al-Barbahari:
“Dan bahawasanya al-Quran itu Kalamullah yang diturunkanNya dan bukanlah makhluk”. (Lihat: Syarah Sunnah, hlm 4. Matan 10)
Berkata Imam Abu Ja’far at-Tahawi rahimahullah:
“Bahawasanya al-Quran itu adalah Kalamullah”. (Lihat: Syarah Akidah Tahawiyah, 1/172)
Berkata Imam Ibnu Abi al-Izz al-Hambali rahimahullah:
“Maka (sepakat) seluruhnya para imam mazhab yang empat dan orang-orang Salaf dan Khalaf, mereka bersepakat bahawasanya al-Quran adalah Kalamullah bukan makhluk”. (Lihat: Syarah Akidah Tahawiyah, 1/185)
Berkata Imam Abul Hasan al-Asy’ari rahimahullah:
“Kami mengatakan bahawa Kalamullah bukanlah makhluk dan sesiapa mengatakan al-Quran itu makhluk maka ia telah kafir”. (Al-Ibanah an Usulid Dianah. Hlm. 12)
Inilah sebahagian dari bid’ah-bid’ah yang terdapat di dalam kitab tulisan Sayid Qutub dan para tokoh Ikhwanul Muslimin yang begitu banyak, namun para pentaqlidnya yang fanatik sesak nafas apabila bid’ah-bid’ah Tok Syeikhnya dibetulkan atau diberi teguran.
Di Malaysia pula, Mohd. Asri yang merupakan antara pengekor, pembela dan penegak teori penafsiran Sayid Qutub yang tulin. Beliau (secara tidak langsung) membantah dengan sekeras-kerasnya penjelasan Syeikh Abdullah bin Muhammad ad-Duwais, Syeikh Dr. Yahya an-Najmi, Syeikh Dr. Soleh bin Fauzan, Syeikh Dr. Rabi’ Bin Hadi al-Madkhali, Syeikh Salim al-Hilali, Syeikh al-Uthaimin, Syeikh Ayyid asy-Syamari dan ramai lagi (akan dibuktikan kenyataan ini dengan mengemukakan kitab rujukan secara amanah, insya Allah) yang memfatwakan bahawa tafsiran Sayid Qutub membawa kepada maksud (pengertian) Wahdatul Wujud dan keyakinan bahawa al-Quran itu makhluk bukan Kalamullah. Kedua-dua bentuk akidah ini adalah sesat dan menyesatkan dan ditakuti pula sesiapa yang mempertahankannya dengan tulisan atau ucapannya akan terkena peringatan yang terdapat pada ayat:
Apakah Mohd. Asri lebih hebat dari para masyeikh (syeikh-syeikh) yang tertera nama mereka di atas ini sehingga menolak dengan kesombongannya fatwa para syeikh tersebut? Mohd. Asri hendaklah berlaku adil “kerana adil itu lebih mendekatkan diri kepada Allah”. (al-Maidah. 5:8) Mudah-mudahan Allah memberinya hidayah.
Muhammad Qutub Berkata Tentang Jamaah
Dia juga seorang penggerak serta tokoh Ikhwanul Muslimin. Di dalam tulisannya Muhammad Qutub (Penulis, iaitu Rasul bin Dahri sempat mengikuti kuliah-kuliahnya semasa menuntut di Universiti Ummul Qura, Mekah, Arab Saudi) menegaskan bahawa tidak ada lagi jamaah yang boleh diikuti kecuali Jamaah Ikhwanul Muslimin. Oleh kerana pendiriannya yang terlalu fanatik kepada jamaahnya beliau berkata:
Ungkapan kata-kata Muhammad Qutub ini boleh menjejaskan akidah pemuda Islam yang tidak memahami pengertian “al-Jamaah” kerana jamaahnya Ikhwanul Muslimin masih dicemari dengan berbagai-bagai bid’ah dan kebatilan.
Adapun maksud dan pengertian “al-Jamaah” yang sebenar telah dijelaskan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam di dalam sabda baginda:
وَالَّذِيْ نَفْسِ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ ، لَتَفْتَرِقَنَّ أُمَّتِيْ عَلَى ثَلاَثِ وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً وَاحَدَةً فِى الْجَنَّةِ وَثِنْتَانِ وَسَبْعُوْنَ فِى النَّارِ . قِيْلَ مَنْ هُمْ ؟ قَالَ : اَلْجَمَاعَةُ.
Antara ciri-ciri “al-Jamaah” ialah yang menyerupai jamaahnya para sahabat radiallahu ‘anhum sebagaimana yang disabdakan oleh baginda:
Kata-kata Muhammad Qutub di atas ini tidak ada jaminannya dari dalil-dalil syara’. Kerana tidak ada nas yang memastikan akan selamatnya Pertubuhan Ikhwanul Muslimin dari berbagai kesilapan dan kesalahan yang berkaitan dengan akidah. Maka jamaah yang selamat adalah “al-Jamaah” yang digariskan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, bukan jamaah Ikhwanul Muslimin, mahupun jamaah Hizbut Tahrir dan yang semodel dengan mereka secara khusus dan mutlak. Allahu wa’lam.
Abul A’la Al-Maududi
Abul A’la al-Maududi (semoga Allah merahmati dan mengampunkan dosanya) adalah pengasas Jamaah al-Islami Pakistan kelahiran Ikhwanul Muslimin, seorang yang berbau Rafidi (Syiah) namun berselindung dengan selimut sunnah. (Lihat: Dakwahtul Ikhwanul Muslimin Fi Mizanil Islam hlm. 84. Farid Ahmad) Keyakinan beliau sebagai Rafidi dapat dibaca di dalam kitab-kitab atau makalah-makalah tulisannya. Sebagai bukti beliau sering menghina para sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam terutama di dalam bukunya “al-Khilafah wal-Mulk”, malah tidak terlepas dalam penghinaannya terhadap para Nabi Allah dan RasulNya. (Lihat: Dakwahtul Ikhwanul Muslimin Fi Mizanil Islam hlm. 84 Farid Ahmad) Penghinaannya terhadap Rasulullah terdapat di dalam tulisannya. Beliau menuduh:
“Sesungguhnya Allah Subhanahu wa-Ta’ala memerintahkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam di surah an-Nasr agar meminta pengampunan kepada Tuhannya terhadap apa yang dilakukan dalam menunaikan kewajipan-kewajipan sebagai Nabi kerana terdapat beberapa ketidaksempurnaan dan kekurangan”. (Ibid. Lihat: Mustalahat al-Quran al-Asasiyah al-Arba’ah. Hlm. 156.
Bagaimana beliau berani mempertikaikan seorang nabi dan rasul utusan serta tergamak menuduh Rasulullah dengan tuduhan: ketidaksempurnaan dan kekurangan? Apakah Allah ‘Azza wa-Jalla mengutus seorang utusan yang tidak sempurna dan ada kekurangan? Pastinya mustahil kerana setiap nabi bersifat maksum. Tanda orang beriman ialah menolak tuduhan liar ini.
Hampir tidak ada kitab atau makalah tulisan al-Maududi yang terkecuali (terlepas) dari menghina para sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, khususnya Muawiyah radiallahu ‘anhum ajma’in. Telah tercatit di dalam kitab beliau (Lihat: al-Khalifah al-Mulk) kata-kata yang keji dilontarkan ke atas para sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam antaranya Abu Bakr, Umar, Uthman, Muawiyah dan Ummul Mukminin ‘Aisyah dan Hafsah radiallahu ‘anhum ajma’in. (Lihat: al-Khalifah al-Mulk) Inilah antara bukti-bukti dan ciri-ciri fahaman dan akidah Rafidah – Syiah yang terpacak di benak al-Maududi. Penjelasan ini diakui oleh ketua pengarah majalah “as-Syiah”:
“Telah membantah ustaz kita al-Maududi dengan bantahan yang keras terhadap Khalifah yang tiga (Abu Bakar, Umar dan Uthman) serta Muawiyah”. (Lihat: Majalah as-Syiah Lahur 1-8 Oktobar 1979 Lihat: Syakiqain hlm 40)
Beliau telah menyelewengkan tafsiran ayat:
Menurut penafsiran al-Maududi ialah:
“Sesungguhnya ini tidak menunjukkan permintaan Syaidina Yusuf ‘alaihi salam untuk menjawat sebagai menteri semata tetapi sesungguhnya ia berupa permintaan untuk menjadi diktator, oleh yang demikian kedudukan baginda benar-benar menyerupai kedudukan Musolini sekarang ini di Itali”. (Lihat: تفهيمات Hlm 12. al-Maududi)
Apakah dapat diterima apabila Abul A’la al-Maududi menyamakan kedudukan Nabi Yusuf ‘alaihis salam seperti seorang kafir diktator Musolini yang dilaknat oleh Allah dan RasulNya? Ini adalah suatu penghinaan dan cemuhan terhadap seorang Nabi pilihan Allah ‘Azza wa-Jalla yang Allah muliakan di dunia dan di akhirat..
Abul A’la al-Maududi telah menyalahi manhaj Salaf as-Soleh dalam menjalankan dakwah Islamiyah dan manhaj nabawiyah dalam mempertahankan kebenaran, kerana manhaj dan agama para nabi adalah satu dan manhaj adalah sama sebagaimana firman Allah:
Para nabi, para rasul utusan Allah ‘Azza wa-Jalla, para ulama serta para da’i-da’i Salaf as-Soleh kesemua mereka mengutama dan mendahulukan ittiba’ kepada para nabi dan rasul dalam berdakwah kepada akidah tauhid dan keimanan dalam menegakkan agama Allah, tetapi seruan dakwah al-Maududi lebih mengutamakan jamaah, imamah atau mendirikan daulah sehingga mengenepikan keutamaan dakwah tauhid. Begitulah model dan uslub berdakwah tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin yang lainnya. Abul A’la al-Maududi berkali-kali menegaskan di dalam seruan dan tulisan-tulisannya:
Dalam mendukung gerakan Syiah, walaupun amat membahayakan Ahli Sunnah wal-Jamaah, al-Maududi sefahaman dan sejalan dengan para tokoh dan pentaklid Ikhwanul Muslimin yang lainnya. Beliau menyeru agar umat Islam menyokong dan bersatu dengan Syiah kerana beliau menganggap Syiah adalah orang-orang Islam sebagaimana Islamnya Ahli Sunnah wal-Jamaah. Beliau berkata:
Beliau berkata lagi:
Begitulah sikap dan pendirian tokoh Ikhwanul Muslimin dari Pakistan ini. Mencabuli agama Allah ‘Azza wa-Jalla dengan akal dan hawa nafsunya.
Abul ‘Ala Al-Maududi telah menghabiskan sebahagian besar umurnya berkhidmat kepada Islam. Beliau juga terkenal sebagai pendokong perjuangan dan suara lantang Ikhwanul Muslimin yang mewakili India dan Pakistan semoga Allah merahmatinya. Malangnya, terdapat sisipan di dalam tulisan beliau kata-kata yang bukan sahaja mengkritik para nabi, rasul dan para sahabat sebagaimana yang telah dijelaskan di tulisan sebelumnya, malah Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam juga tersenarai di dalam penghinaan beliau. Buktinya dengan berani beliau menulis:
“Bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam menyangka tentang keluarnya dajjal pada zaman baginda atau dizaman yang dekat dengannya. Malangnya sangkaan ini sejak tahun 1350 yang lalu setelah abad yang panjang dajjal masih tidak keluar. Maka Jelaslah apa yang baginda sangkakan itu tidak benar”. (Lihat: Rasail wa-Masail. Hlm.57. cetakan 1351H)
Dalam buku yang sama cetakan 1362H. Maududi membuat penambahan untuk membuktikan kebenaran tuduhannya bahawa Nabi Muhammad tidak benar:
“Seribu tahun telah berlalu namun dajjal masih tidak keluar maka inilah kenyataannya (baginda tidak benar)”.
Seterusnya Maududi berkata:
“Semua khabar dalam hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam tentang dajjal, kesemuanya berpandukan akal dan kiasan baginda sallallahu ‘alaihi wa-sallam semata. Baginda tidak tepat (ragu) dalam persoalan ini”. (Lihat: Hlm. 55).
Mengikut teks dan secara zahir, tulisan Abul A’la al-Maududi sebagaimana yang tertera di atas sangat bertentangan dengan syara’ (mudah-mudahan ia suatu kesilapan yang tidak dirancangnya). Kalimah “berpandukan akal dan kiasan baginda sallallahu ‘alaihi wa-sallam semata” adalah bertentangan dengan firman Allah:
Iktikad orang-orang yang beriman berkeyakinan bahawa setiap yang diucapkan oleh Nabi Miuhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam adalah wahyu yang tidak boleh dipertikaikan dan tidak akan salah dan silap, tetapi kenyataan Abul ‘Ala al-Maududi sebaliknya.
Walau bagiamanpun apa yang tersemat di hati Abul ‘Ala al-Maududi semuanya itu sewajarnya dikembalikan kepada Allah dan bukan hak kita untuk mengkafirkan atau menghukum beliau, namun bagi yang berakal, kenyataan beliau itu wajib ditolak. Ya Allah, ampunkanlah dosa dan kesilapannya!